Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Eka merenung wajah dihadapannya. Wajah itu penuh keriangan. Sudah agak lama mereka tidak berjumpa sejak lelaki itu bekerja. Wajah itu masih seperti dahulu, matanya masih lagi bersinar, penuh kasih saying. Sudah lama mereka berkenalan malah hubungan mereka mulai serius sejak dari sekolah rendah lagi, ketika harijadinya yang ke dua belas lelaki itu meluahkan perasaannya… tak mungkin dia akan melupakan saat-saat itu…
"apa yang buat Eka tersenyum ni? Boleh Rie kongsi sama?" Tanya jejaka itu sambil mencuit hidung Eka. Eka sekadar menggeleng, masih lagi merenung wajah di hadapannya sehinggakan lelaki itu resah. "tahulah Eka rindukan Rie, tapi janganlah renung Rie sampai nak tersembul biji mata tu," "tak ada ape, Cuma Eka teringat ada orang tu tergagap-gagap, lepas tu muka dia merah, bila nak luah perasaan pada Eka. Kelakar betul bila Eka ingatkan wajah orang tu…" Eka ketawa riang dan akhirnya terdengar jeritannya apabila Rie menarik pipinya, geram dikenakan oleh kekasih hati. Namun dia lega, akhirnya Eka ketawa jua. Setengah jam yang lalu, Eka kelihatan muram. Gadis itu kelihatan sepoerti ada masalah. Rie faham, mungkin Eka masih bersedih dengan kehilangan kak Lia, tambahan pula Eka sangat rapat dengan kak Lia. "ohhh… pandai nak kenakan Rie, dahla jom kita pergi tempat biasa nak? Dah lama rasanya tak makan ABC (ais batu campur) Mak Jah depan sekolah tu. Teringat ada budak nangis bila duit dia hilang waktu nak beli abc… arghh…" dan kini kedengaran jeritan Rie pula apabila Eka mencubit lengannya. "ohh… pandai nak kenakan Eka balik, tapi kalau duit Eka tak hilang, Eka takkan kenal Rie…" ujar Eka, teringat kembali saat pertama kali mereka bersua. Ketika itu dia berada dalam tahun tiga manakala Rie berada di tahun enam.detik itulah permulaan bagi segalanya, dari sekadar abang dan adik angkat… akhirnya terangkat… Indahnya saat itu. Mereka terus melangkah, sesekali kedengaran tawa riang tika mengimbau saat-saat indah bersama.
Sofea menerpa ke arah Eka tika dia melangkah menuju ruang tamu, anak kecil itu merengek manja meminta dirinya didukung. Pantas Eka memaut tubuh kecil itu dan membawanya naik ke bilik. "Fia dah makan? Nenek ke atuk yang suapkan?" tanya Eka, pada si kecil yang berbaring selesa di atas katil. "Fia tak makan lagi, tadi nenek dan atuk suruh makan tapi Fia nak ucu yang suapkan. Ucu pergi mana? Nape ucu tinggalkan Fia? Ucu nak pegi macam umi dan walidke?" Tanya si kecil petah. Tersentak Eka mendengar pertanyaan si kecil. Pantas diua menghampiri si kecil dan memeluk tubuh itu penuh kasih sayang… "Ucu keluar jumpa kawan. Sape kata ucu nak tinggalkan Fia? Ucu takkan tinggalkan Fia dan baby Haziq walau apapun terjadi, ucu janji…" ujar Eka, ada sebak dalam suaranya. Anak kecil itu dipeluk erat. Kasihan…… maafkan ucu Fia……
"ibu nak suruh Danish putuskan pertunangan dengan Erin dan terima permintaan abang Razif? Tak, Danish tak setuju. Walau apapun yang terjadi Danish tetap tak akan setuju. Maaf bu, Danish tetap akan kahwin dengan Erin dan bukannya perempuan tu," Danish tetap dengan keputusannya. Tersentak dia seketika tadi apabila ibunya menceritakan kandungan wasiat abang Razif. Mustahil dia akan akur dengan permintaan itu. Dia telah lama mengenali Erin malah beberapa bulan lagi mereka akan disatukan. Mustahil ibu lupa. Malah ibu juga sudah sibuk membuat persiapan, tapi kini…… ibu meminta dia memutuskan pertunangannya……
Puan Salbiah mengeluh bila mendengar kata-kata anak bongsunya itu. sudah diduganya, Danish pasti menolak mentah-mentah permintaan itu. dia juga tidak rela pertunangan itu terputus… tapi nasib cucu-cucunya terletak atas persetujuan Danish dan perempuan tu… entah apa namanya, dia langsung tak ingat nama anak perempuan Zainab dengan Rahim… suka atau tidak mereka terpaksa akur, dan dia sudah tidak mempunyai pilihan…
"sampai hati Danish… Danish pun tahu, ibu sayang kan Erin, tapi kita tak ada pilihan lain… Danish mesti terima permintaan itu…… cukuplah ibu kehilangan seorang anak dan kini… ibu tak nak kehilangan cucu-cucu ibu pula… please Danish fikirlah…" Puan Salbiah terus beredar ke biliknya bersama tangisan, tangisan penyesalan seorang ibu… Danish terpaku di ruang tamu, masih lagi keliru mendengar permintaan ibunya. Haruskan dia lukakan hati insan yang paling disayanginya dan menerima permintaan ibunya itu… dia tak sanggup. Kini dia benar-benar tersepit… masih adakah lagi pilihan lain buatnya???
nvel ni pnjgkn la...tgj best2 lyn tgk2 dh abeh..huhu..sdey r cmni...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
crita ni makin best,makin pndekle wak..pjgknle lg k.cuma...ayt SAYING & DIUA tu silap taip lgke :)