BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, April 06, 2009
Cerpen : Princess Wan-Na-Be
Nama Pena : akubintangbiasa

"Woit." Nana menyergah Ain dari belakang.
"Opocot!! Mak engkau!!." Berterabur mulut aku melatah bahana dikejutkan oleh kroni sehati sejiwa teman dikala susah-susah senang bergumbira. Hampagas tak ada gas punya Cik Nana. Kejutkan aku macam tu.
Pecah ketawa Nana melihat telatah Nurul Ain yang melatah macam makcik-makcik ahli mesyuarat tingkap itu. Apa punya princess wan-na-be entah. Mana ada tuan puteri melatah berterabur macam Cik Nurul Ain.
Muka aku dah naik merah macam duit tembaga satu sen. Geramnyer… Boleh pulak Nana gelakkan aku macam ni. Belasah karang baru tau. "Pesal lambat." Ringkas aku bertanya.
"Jammed." Jawapan yang keluar jugak ringkas sepertimana soalan yang diutarakan tadi.
Aku naik kening. Nak ketuk aku la tu. Apa dia ingat aku budak tadika, kanak-kanak Ribena apa yang senang-senang boleh kena ketuk tok-tok-tok macam tu. "Eh..helloo… Ini Ipoh meh.. Bukan KL. Jammed amendenyer."
Nana mengukir senyum segaris. Dia tersengih macam kerang busuk. Betul lah Ain jenis yang kalis kelengtong. Tak lut kalau nak kelengtong dia ni. "Aku keluar dengan Shah tadi. Tu yang terlambat. Itupun dia yang hantar aku datang sini. Karang balik aku tumpang kau balik ek." Sengih Nana makin panjang.
"Pesal dia tak join sekali. Ni apa kes aku pulak kena jadi Driver Miss Nana The Poyo-Poyo Main Yo-Yo ni." Aku bertanya bersahaja.
Cess!!!.. Suka-suka hati tak gosok gigi punya Ain mengata aku Miss Nana The Poyo-Poyo Main Yo-Yo. Sungguh tidak berinsurans mulut dia ni. "Alah kau ni Ain. Dengan aku pun nak berkira ker. Rumah kau dengan aku satu jalan ajer la. Shah ada kerja. Lagipun kalau dia join kita sekali teruk dia kena hentam dengan kau." Nana mencebik. Mulutnya merungut-rungut sebab tak puas hati dengan Ain. Buat-buat merajuk sikit. Biar Ain gelabah. Main cakap ikut sedap mulut dia ajer.
"Eleleehh.. Merajuk la pulak member aku yang sorang ni. Yer la. Yer la. Tapi kalau dengan aku, ko kena naik scooter la. Tak boleh la jadi ma’am besar naik kereta. Dengan Shah boleh la kau bergaya sakan naik kereta. Dengan aku layan scooter ajer lah yer makcik Nana." Aku buat-buat pujuk Nana. Bukan tak tau. Tapi dah sedia maklum dengan perangai teman baik aku itu yang suka buat-buat merajuk kalau kena sound macam tu.
Nana tersenyum. Muka masam mencuka tadi dah bertukar ke muka manis gula pasir. "Tak ada hal la wei. Aku belasah ajer kalau dah time darurat."
"Apaper ajerlah. Cepatlah order. Kau nak makan apa. Aku belanja hari ni." Aku mempelawa. Memang niat di hati ingin belanja Nana makan. Dah lama mereka berdua tidak keluar bersama. Kalau dulu-dulu, time pakai baju sekolah aku, Nana, Julia dan Abab akan keluar lepak makan sama-sama dekat Restoran KFC Pasir Puteh ini. Kira KFC Pasir Puteh ni port baik punyalah untuk kita orang melepak. Dekat dengan sekolah. Tap sekarang, tinggal aku dengan Nana ajer lah yang boleh buat gaya-gaya budak sekolah melepak kat sini. Julia dengan Abab dah tak boleh join. Maklumlah dah jadi isteri orang. Mana boleh suka-suki duduk melepak macam aku dengan Nana. Nak keluar dengan Nana sekarang pun macam terbatas jugak. Nana dah jadi tunangan orang. Sibuk dengan tunang terchenta. Menyiapkan persiapan majlis bahagia mereka berdua. Aku jugaklah masih lagi pegang titile Miss Single And Available dekat daerah ni. Daerah??.. Macam melampau sangat pulak bunyinya tu.
"Wah. Ada orang nak belanjalah. Amin.. Murah rezeki kau Ain. Ni yang buat I LAP U FOREVER ni." Mengekek Nana ketawa mendengar perkhabaran gembira masuk dalam telinga bila Cik Ain nak belanja makan KFC hari ini. Rezeki datang bergolek namanya ni.
"Yer la tu. Ni kes nak kipas aku pakai kipas angin jenama Panasonic la ni. Puji melambung-lambung yo yo oii ajer." Aku tersenyum melihat aksi gedik manja Nana itu. Ngee.. Geli geleman aku dengan Nana ni. Tak pernah berubah manja-manja dia tu. Dari sekolah bawak ker besar. Tak ingat ker kes gaduh dekat kantin dengan Akma sebab mulut longkang minah senget tu mengata aku dengan Nana pasangan lesbi yang paling ideal dekat sekolah. Panas hati aku sampai air bandung pink colour aku simbah dekat uniform minah senget tu. Geram pun ada. Tuduhan tak berasas.
"Wei. Tak main la kipas pakai kipas angin jenama Panasonic. Aku kasi kau angin sejuk macam kat London guna aircond LG Art Cool Series tau."
"Banyak lah kau punya LG Art Cool Series."
Pecah ketawa kami berdua. Memanglah kalau dah berdua macam tak sedar diri. Ketawa happy-happy go lucky macam dunia kita orang yang punya. Tu belum masuk mulut ptot-pet-pot-pet Abab, cerita tak henti-henti Julia, kalau tak, mau terbalik KFC Pasir Puteh ni.
Aku dan Nana berjalan menuju ke kaunter restoran untuk mengambil pesanan. Macam-macam Nana pesan. Ni sapa yang nak makan entah. Mentang-mentang aku kasi offer baik punya. Sampai dinner set Shah pun dia ketuk aku jugak suruh bayar. Apaper ajer lah Nana. Janji kau bahagia.
"Wei.. Julia dengan Abab aper cer ek. Lama gila aku tak dengar cerita dia orang berdua tu." Nana bertanya sambil tangan sibuk mencicah ayam goreng dengan sos cili dan di bawa masuk ke dalam mulut. Errmmm.. Nyam..Nyam..
Aku yang tengah makan berhenti. Kunyahan di dalam mulut di habiskan. Pepsi diteguk masuk ke dalam kerongkong. "Dia orang okey lah. Julia tengah mabuk sekarang ni. Tak lama lagi kita jadi aunti la. Abab, kan baru lagi. Mood honeymoon la."
"Kau kerja macam mana. Banyak ker dapat sale. Komisyen macam mana." Nana bertanya lagi.
Aku memandang Nana. "Boleh lah. Dari duduk tanam anggur kat rumah. Baik aku kerja dekat Courts Mammoth tu. Komisyen okey. Tapi aku kena berhempas pulas lah. Kau ingat senang ker nak jadi top sale kat situ." Panjang lebar penerangan aku beri pada Nana. "Tapi kan. Aku rasa. Macam nak tukar kerja la. Malas lah buat sale kat Courts Mammoth. Aku ingat macam nak join Perodua. Lagi banyak komisyen kalau jual kereta dari aku jual tv semua tu." Aku menambah lagi.
Ek ena.. Memanglah dari sekolah tak berubah. Materialistic plastic pakai lipstick betul. Keluar uni tapi nak jadi salesgirl. Ni apa kes entah. "Kau jangan cakap dengan aku, kau nak wat sale kereta sebab nak cari lelaki kaya. Prince charming idaman kau tu, Ain. Bukan aku tak kenal kau. Banyak agenda. Ni kes ada ekor dibalik bontot lembu la ni."
Pecah ketawa aku tanpa dapat ditahan. Apa punya peribahasa Nana guna pakai ni. Baru balik bertapa dalam gua dengan Karam Singh Walia ker. "Aku dah bertaubat la buat kerja-kerja macam tu. Kau ingat aku ni macam dulu lagi ker. Tak adalah. At least, dapat lah pendapatan lebih sikit. Kerja sekarang pun susah nak cari. Yang mana boleh buat duit lebih apa salah aku cuba. Lagipun, aku kan ker ada skill mengayat berapi bab-bab nak jual barang ni."
"Yer ker. Setahu aku kau kan ker Princess Wan-Na-Be. Tak malu ker buat kerja macam ni semua."
"Tue dulu. Sekarang tak dah. Aku dah insaf. Bagi aku tu semua tak penting. Buat apa kalau kita tak bahagia."
"Yer ker. Bagus lah tu. Kalau dulu kau cakap macam ni, tak adalah Amat merajuk bawak diri sampai pergi oversea."
Ain hanya tunduk membisu diam menyepi apabila mendengar kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Nana itu.
********************
Dari jauh kelihatan Julia melambai-lambai ke arah sekumpulan remaja perempuan yang lengkap beruniform sekolah sedang duduk di bawah pokok berdekatan dengan makmal Sains. Terkedek-kedek dia berlari mendapatkan teman-teman yang tengah sibuk berborak. "Nah. Untuk kau." Sampul surat pink colour di letakkan di atas riba aku.
"Apa ni?" Aku bertanya dengan muka blur tak paham apa-apa di atas kedatangan sampul surat pink colour yang baru diterima.
"Ang pow Gong Xi Fa Chai." Julia ketawa. Senyuman seribu makna dihadiahkan buat teman yang ternyata telah pun mengerutkan dahi tanda tidak paham apa-apa.
"Apa ni? What-is-this?" sepatah-sepatah aku bertanya semula kepada Julia. Guna bahasa Melayu standard berserta translation in BI sekali aku bagi. Kalau Julia buat-buat tak paham. Memang dia tempah tiket nak kena luku kepala sebijik.
"Tak tau. Aku jumpa atas meja kau masa aku ambil purse yang tertinggal dalam kelas tadi. Aku bawak lah kat sini."
"Bukaklah Ain. Bukaklah cepat." Abab dengan Nana terlebih exited nak suruh Ain bukak warkah yang baru diterima.
Aku hanya mendiamkan diri. Sampul surat tadi dipandang dengan penuh tanda tanya. Siapa punya kerja ni. Hati tertanya-tanya. "Korang bukaklah." Sampul surat itu dilempar ke arah pakatan bertiga yang duduk dihadapannya. Kacang goreng segera dilambung masuk ke dalam mulut.
Abab segera membuka sampul surat yang teramatlah sweet warnanya itu. Lalu isi warkah di baca kuat-kuat.
Salam alaiki buat Princess Wan-Na-Be,
Tujuan patik menulis warkah berlagu rindu ini adalah untuk meluahkan perasaan patik buat Princess Wan-Na-Be. Harap Princess-Wan-Na-Be faham maksud kiriman warkah pertama ini. Kiranya sudi menghulurkan salam perkenalan, rajin-rajinlah email patik di alamat Princecharming@yahoo.com
Yang Ikhlas,
Prince Charming
Pecah ketawa budak berempat setelah Abab menghabiskan isi warkah yang ditulis oleh putera raja dari negara entah mana-mana itu. Skema-master betul. Tapi, tak tipu jugak. Budak-budak berempat ini tertanya-tanya sesame sendiri siapa gerangannya prince charming the encem guy ini. Lagi pening, dah tentu-tentulah aku. Sebab aku penerima surat misteri berwarna merah jambu itu.
*******
"Ain. Tunggu apa lagi. Cepatlah taip." Abab memberi titah perintah buat Nurul Ain. Nak taip ucap assalamualaikum pun terkemut-kemut.
"Malas lah aku." Aku bangun dari kerusi.
Baru aku hendak bergerak, Julia telah pun menghalang laluan. Nana dah pegang bahu Ain mintak bertenang duduk kembali.
Tak aci betul. Tiga lawan satu. Kalahlah aku. Ni apa kes buat gaya ala mafia tali raffia dengan aku ni. Ngeee.. Pakatan bertiga ni memang nak kena betul la. "Korang ni kenapa hah…" Aku dah mula hilang sabar bila pakatan bertiga sama-sama berganding tenaga nak kenakan dirinya.
Abab, Nana dan Julia melepaskan keluhan sambil mata memandang ke arah aku. "Ain, taip ajerlah. Kawan-kawan ajerlah. Macam tak biasa pulak ber’chatting’ dengan orang yang kau tak kenal." Abab berkata.
Aku mengerutkan dahi. Bukan aku tidak biasa berchatting, berbalas email tapi prince charming yang menghantar warkah pink colour itu terang tang-tang kenal siapa dirinya yang sebenar. Maknanya, aku tidak boleh menipu, menukar identity sebenar sepertimana yang aku biasa lakukan. "Perlu ker aku buat semua ni." Aku bertanya kembali.
"Perlu!!!" serentak budak bertiga ini menjawab. Tokei cybercafé Golden Apple dah mula menjeling ke arah mereka apabila dari tidak berhenti-henti membuat bising. Aku, Nana, Abab dan Julia hanya tersengih memandang muka Mr. Lim.
"Okey." Aku memberi kata muktamad. Jari-jari mula menari di atas papan kekunci menaip baris kata buat tatapan prince charming di sana.
***********
"Tujuh kupang." Pengawas yang bertugas menjaga pintu pagar hari ini menjalankan tugas seperti biasa. Siapa yang lambat akan dikenakan kompoun sebanyak tujuh puluh sen. Seperti biasa, aku tidak terkecuali.
"Hari-hari tujuh kupang. Macam ni, tokei kayu balak pun boleh botak." Merungut-rungut aku di hadapan ketua pengawas yang sibuk menulis nama para pelajar yang datang lewat itu di atas buku disiplin. Rungutan aku itu jelas masuk ke telinga Si Ketua Pengawas.
"Kalau takut kepala botak, datanglah awal. Tak adalah masuk dalam sekolah kena bayar tujuh kupang macam masuk funfare." Bersahaja Ketua Pengawas yang bernama Ahmad Ikhwan itu berkata. Ikutkan dia sendiri dah boring hari-hari kena menulis nama orang yang sama dalam buku ini setiap hari. Tak pernah serik. Kecik-kecik lagi dah degil.
Aku memandang gerangan yang bersuara itu. Eh.. Ini kes macam perli aku ajer. tuju tepat terkena dekat batang hidung aku ni. "Kau ni Amat, macam perli aku ajer." Aku bersuara perlahan.
Amat hanya tersenyum. Slumber ajer princess wan-na-be ni bercakap. Aku ketua pengawas terbilang, sikit pun dia tak pernah nak respect. Berbahasa ikut sedap mulut ajer. budak sebaya dia ni semua panggil aku Abang Amat. Tapi, dibuat bahasa Adik Ain ini, Amat ajer yang dia sebut. "Mana ada perli, siapa makan petai dah tentu mulut dia yang berbau busuknya."
Aku mencebik. "Apaper ajerlah. Nah tujuh kupang." Aku terus berlalu masuk ke dalam kelas. Ellehh.. Mentang-mentang dia abang tertua dekat ini sekolah, boleh tunjuk kuasa dekat aku konon. Piirrahhh.. Tali barut sekolah tu.
**********************
Aku masih setia menanti kedatangan pelanggan. Dari tadi seorang pun tak melekat. Sales person lain bukan main baik punya menenyeh borang application customer. Aku dari tadi sibuk melayan customer tapi satu sale pun tak masuk lagi. Setakat jual rice cooker sebijik, berapa sen lah sangat komisyen yang masuk. Mintak-mintak Encik Razak tak masuk hari ini. Biarlah dia duduk lama-lama sedikit dekat cawangan di Giant, Tambun tu. Kalau tidak, mahunya naya aku kena brainwash dengan Encik Branch Manager itu. Mata terhala pada pasangan suami isteri separuh abad yang menuju ke pintu masuk Courts Mammoth Pasir Puteh itu. Aku cepat-cepat membuka pintu untuk pelanggan yang datang. "Selamat datang. Nak beli barang ker?" Ramah aku menyapa pasangan suami isteri itu.
Pasangan suami isteri itu hanya tersenyum sambil mengangguk. "Yess.. harap-harap dapat sale besar jatuh tergolek lah hari ini." Aku bersuara di dalam hati sambil bibir mengukir senyum lebar. Dari jauh aku mengangkat ibu jari ke atas mengisyaratkan sesuatu kepada Abang Sham di belakang. Abang Sham hanya tersenyum melihat gelagat sale person yang seorang itu.
"Makcik dengan pakcik cari apa?" Aku bertanya apabila dari tadi pasangan suami isteri itu hanya mendiamkan diri sahaja. Mereka hanya berjalan-jalan melihat barang-barang yang elok terpamer di bilik pameran Courts Mammoth Pasir Puteh itu sahaja.
Wanita separuh usia itu tersenyum memandang wajah aku. "Makcik dengan pakcik tengah tunggu anak lelaki kami datang ni. Sebenarnya dia yang mahu beli barang-barang untuk rumah barunya."
Aku mengangguk tanda faham. Walaupun kaki rasa macam nak tercabut dah ni mengikut makcik dengan pakcik ni jalan-jalan satu showroom, dibuat-buat macam tak ada apa-apa yang berlaku di hadapan pelanggan. Aku masih setia bersama pelanggan suami isteri ini. Harap-harap, anak lelaki pakcik dengan makcik ini belilah sesuatu bila dia sampai nanti.
"Mana anak makcik pakcik ni. Rasanya dah hampir satu jam aku mengikut mereka berdua ke hulu hilir macam buat lawatan sambil belajar dalam showroom ni. Tapi bayang anak pakcik makcik ni tetap tak nampak jugak." Getus aku di dalam hati.
Telefon bimbit milik pakcik ini tiba-tiba berbunyi rancak. Lagu Jeffry Din lagi. Aku hanya memerhati sahaja pakcik tadi menjawab panggilan yang diterimanya.
"Anak pakcik tak dapat dating. Mungkin esok kut kami dating dengan dia."
Aku hanya mengukir senyuman plastic. Adoyai.. Malangnya nasib aku hari ni. Ingat boleh dapat sale besar, rupa-rupanya hampeh belaka. "Tak apalah. Esok pakcik dengan makcik jangan lupa jumpa saya. Ini kad saya." Aku membalas. Kad nama dihulurkan kepada pakcik tadi.
Kad nama sudah pun beralih tangan. "Nurul Ain."
Aku hanya mengukir senyuman segaris. "Panggil Ain ajer pakcik. Pakcik dengan makcik apa nama?" Aku bertanya dengan penuh rasa hormat. Tadi memang rasa macam hot jugak. Dah bawak pusing satu showroom tapi satu apa pun dia orang tak beli. Tapi disebabkan keramahan yang ditonjolkan oleh pakcik dan makcik yang Ain sendiri tak tau siapa nama mereka, segera rasa hot tadi dah bertukar ke rasa sejuk ais blended.
"Nama pakcik Baharudin. Panggil Pakcik Din ajerlah. Isteri pakcik Mariam. Panggil Makcik Yam." Pakcik Din memperkenalkan diri.
"Okey. Esok kalau Pakcik Din dengan Makcik Yam dating sini jangan lupa jumpa Ain. Maklumlah…" Aku tersengih sebelum menghabiskan kata-katanya. "Kat sini semua main komisen. Karang tak pasal-pasal sale depan mata kena rembat." Aku menyambung seakan berbisik.
Tersenyum pasangan suami isteri di hadapan gadis yang bernama Nurul Ain itu. "Pakcik faham. Esok pakcik datang dengan anak pakcik." Balas Pakcik Din.
"Okey." Segera aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Pakcik Din dan Makcik Yam.
"Macam mana?" Tanya abang Sham sambil tersengih mengadap muka aku yang sudah masam mencuka sebaik sahaja pasangan suami isteri tadi keluar dari showroom Courts Mammoth.
Aku hanya memberi isyarat ibu jari diterbalikkan ke bawah.
"Tu la. Lain kali sebelum ikut, sembur kiri kanan dulu. Baru boleh melekat." Abang Sham sudah ketawa melihat budak Ain yang gagal mendapat sale dari pasangan tadi.
"Shut up." Terus aku berlalu pergi.
***********************
Aku masih lagi membelek-belek handycam berjenama JVC di tangan. Seperti kebiasaan tugas sebagai sale person di sini, selain buat sale, aku juga perlu memastikan kawasan tempat dia di tugaskan sentiasa berada di dalam keadaan kemas dan bersih. Aku ditugaskan untuk menjaga tempat pameran barangan digital. Jadi tidaklah begitu bermasalah sangat, memandangkan semua barangan digital yang dipamerkan diletak di dalam almari kaca. Cuma hari-hari kena lap cermin kaca tersebut supaya nampak berkilat. Sedikit merumitkan apabila hari-hari kena periksa harga setiap barang digital yang dijual kerana hampir setiap hari harganya berubah-ubah mengikut promosi yang diadakan. Hari ini pun datang lagi satu handycam model baru. Kena buka manual book untuk mempelajari cara penggunaannya. Kalau cara-cara macam mana nak guna memang aku sudah master sangat, ini mahu meneliti apa lagi fungsi lain handycam tersebut.
Aku masih lagi leka dengan manual book yang dari tadi tidak habis-habis lagi khatam. Jenuh rasanya mahu faham ayat-ayat dalam manual book ini. Sesekali pandangannya ditala pada pintu masuk Courts Mammoth.
"Oitt!!" Jerkah Fariz dari belakang.
Secara reflex, manual book di tangan terpelanting di hadapan. Pantas manual book tadi dikutip dan di baling ke arah Fariz. Fariz yang terlebih dahulu dapat menghidu tindakan aku itu sempat mengelak.
"Kau ni Fariz adalah salah satu sebab kalau aku terkena penyakit darah tinggi." Aku memarahi Fariz. Macam nak penggal ajer handycam yang ada di depan mata ni dekat Fariz sebab boleh ajer mamat ni buat muka toya orang tak bersalah.
Pecah ketawa Fariz melihat temannya itu sudah mula menyinga. Asyik sangat Ain berangan. Sampaikan kehadirannya tidak disedari.
"Kecohlah kau ni makcik. Patut tak ada saper yang melekat. Mulut pot-pet-pot-pet macam mak nenek." Sengaja Fariz mahu mengusik Ain. Bukan apa, yang terasa seronok sangat apabila dapat mengenakan Ain, pasti Ain punya modal untuk menjawab balik. Pasti dia akan mencari point-point penting untuk menjadi pelindung diri sendiri. Itu yang best.
"Kureng kau Fariz. Mengata aku macam mak nenek. Aku dahlah tengah stress sangat ni. Kau jangan sengaja menaikkan temperature aku sekarang ni." Aku masih lagi dalam mood hangat membara.
"Rilek. Rilek." Fariz berpura-pura cuba menenangkan Ain. Betul punya stress member aku yang sorang ni. Patutlah muka macam tak ceria. "Apasal ni?" Tanya Fariz.
"Baru nak Tanya pasal apa?" Ain masih lagi bersuara kasar.
Fariz sekadar tersengih memandang Ain yang sedang meletakkan semula handycam tadi ke dalam peti pameran. "Ceritalah kat aku. Apa benda yang buat kau boleh jadi stress macam ni?" Tanya Fariz lagi. Lembut.
"Kau tengok sekarang ni. Dah pukul berapa?" Aku bertanya kembali tanpa menjawab soalan Fariz tadi. Jam tangan di tangan di tala ke muka Fariz.
Fariz mengerut dahi. "Pukul empat petang." Jawab Fariz bersahaja. Kemudian dia beralih ke arah peti pameran telefon bimbit pula untuk memeriksa harga yang dipamerkan sama ada betul atau tidak mengikut harga promosi yang baru diterima dari HQ pagi tadi.
Aku sekadar memerhati Fariz yang sibuk memeriksa harga telefon bimbit. Dengan selamba, dia melabuhkan punggung di atas sofa kulit di ruang pameran. Sedapnya. Dari tadi berdiri tak duduk-duduk cukup buat kaki sudah terasa lenguh yang amat sangat.
"Wei!! Suka-suka hati kau ajer bersandar atas sofa tu. Buatnya Encik Razak masuk nanti, tak ker teruk kau kena bambu dengan dia nanti." Marah Fariz. Ain. Ain. Sudah berapa kali diingatkan yang setiap jurujual adalah dilarang sama sekali untuk duduk di atas sofa yang berada di bilik pameran ini. Budak yang seorang ini tetap sama sahaja perangainya. Ketegak tak tentu pasal.
Aku hanya buat tidak tahu.
Fariz sudah malas mahu ambil pusing. Lantak kaulah Nurul Ain. Kena marah dengan bos nanti, aku dari jauh tepuk tangan ajerlah. Degil tak bertempat.
Aku mengeluh perlahan. "Wei.. Fariz. Dah pukul empat ni. Satu sale pun aku tak masuk lagi hari ini. sudah ler semalam aku hanya jual rice cooker ajer. Apalah malangnya nasib aku minggu ni." Rungut aku lagi. Hari ini memang hari merungut sedunia agaknya.
Fariz yang dari tadi ralit memeriksa harga telefon bimbit segera angkat muka. Jelas, Nurul Ain sudah tidak bermaya. "Lor.. Itu sebabnya yang kau stress ni. Takkan dari tadi tak ada satu sale pun masuk." Tanya Fariz lagi.
"Tak ada." Aku membalas geram.
"Takkan tak ada langsung." Tanya Fariz lagi seakan tidak percaya.
"Tak ada. Tak ada. Tak adalah." Aku menjawab laju. Tolonglah faham bila orang sudah cakap tak ada tu.
"Aku nampak invois kau dekat kaunter tadi tu apa?" Fariz bertanya seperti tidak puas hati. Namun terukir senyuman nakal untuk Nurul Ain.
Aku membulatkan mata. Memandang muka Fariz dengan geram sekali. Nak kena kut mamat ni. "Aku jual rice cooker ajerlah tadi mangkuk." Fariz kena marah lagi.
Pecah ketawa Fariz melihat rakan sekerjanya itu sudah naik angin. "Minggu ni kau ambil tender jual rice cooker ajerlah yer Ain. Nanti-nanti kalau ada customer yang nak beli rice cooker aku tolak dekat kau. Minggu ni aku ambil tender jual LCD ajer. Setakat hari ini ajer dah empat biji LCD aku jual." Kata Fariz dengan bangganya. Matanya melirik pada score board di depan bilik pengurus cawangan.
Aku turut sama memandang score board yang cantik tergantung itu. Wah!!... Riak sungguh budak Fariz ni. Nampaknya graf dia naik semakin tinggi. Aku pulak yang tak naik-naik. Padahal hari ini sudah hari Khamis. Kalau tak perform minggu ni, alamatnya kena tadah telingalah lagi dengan Encik Branch Manager.
Aku menjuih bibir. "Elleh.. Graf kau naik sebab minggu ni ajer, dua sale LCD orang lain kau rembat. Aku tak main lah rembat merembat ni." Ain membalas balik. Memang kenyataan pun. Si Fariz ni. Ada ker patut sale Kak Ika dengan Abang Didi dia pergi rembat semasa dia orang berdua off day. Kalau tak, tak ada maknanya pakcik sorang ni, boleh dapat jual empat LCD dalam seminggu.
"Tak puas hati lah tu." Fariz membalas balik.
"Malas aku layan kau." Aku terus berlalu menuju ke pintu masuk bilik pameran. Macam biasa. Menanti kedatangan pelanggan. Baru lima minit menanti, sudah kelihatan Encik Branch Manager menghampiri pintu masuk. Adoyai. Ayat kasi gempak Nurul Ain.
"Bos…" Aku menegur panjang bosnya yang baru masuk.
Encik Razak tanpa bercakap panjang terus memberi isyarat seperti biasa. "Berapa sale?"
"Boleh tahan banyak ar. Alhamdulillah." Aku cuba berbohong walaupun aku memang tahu yang aku akan fail bab bohong membohong ni. Matanya ditala pada tempat lain.
"Banyak tu berapa?" Encik Razak bertanya lagi.
"Adalah." Aku berbasa basi.
"Berapa?" Encik Razak bersuara agak meninggi.
"RM59.90, bos." Aku menjawab laju.
"Ain, kalau minggu ni awak tak capai target, cuti Sabtu Ahad awak saya tarik balik." Balas Encik Razak.
"Apa pulak macam tu bos?" Aku bertanya kerana tidak puas hati. Mana aci. Dah bagi ambil balik. Buruk siku betul lah bos aku ni.
"Kalau hari ni awak boleh dapat lima ribu. Awak selamat. Kalau tak. Tak ada cuti-cuti Malaysia Sabtu Ahad ni."
"Bos cabar saya ker?"
Encik Razak hanya tersenyum. Budak kecil ni kalau tak menjawab memang tak sah.
"Okey. Hari ni kalau saya dapat lima ribu, Sabtu Ahad saya cuti." Putus aku.
"Okey." Encik Razak terus berlalu.
"Wah.. Aku rasa kau kena cancel program kau Sabtu Ahad ni awal-awal sebab aku rasa tak mungkin kau boleh dapat lima ribu hari ni." Fariz menyiku Ain yang masih lagi tegak berdiri di depan pintu masuk.
Pantas Ain menoleh. Bercekak pinggang. Muka sudah merah menahan geram. "Kau ni, kalau tak menyakitkan hati aku tak boleh ker. Dah-dah. Pergi main jauh-jauh. Jangan nak kacau aku." Sekali lagi Fariz kena dengan aku.
Fariz sekadar mengekek ketawa.
Aku mencebik melihat Fariz dari tadi ketawakan dirinya. Yerlah kau. Gelakkan aku yer. Nantilah. Akan aku buktikan. Seketika kemudian mata Ain bersinar-sinar. Amin. Mintak-mintak doa aku nak dapat lima ribu hari ni terlaksana. Pantas aku membuka pintu masuk.
"Assalamualaikum pakcik, makcik." Aku menyapa penuh ramah.
"Waalaikummussalam." Balas Pakcik Din dan Makcik Yam serentak.
Aku hanya tersenyum. "Semalam dah datang tengok barang. Hari ni mesti datang nak beli barang pulak kan pakcik?" Aku buat-buat tanya. Masa dah suntuk. Tak ada masa nak berbasa-basi nak beramah mesra lagi. Aku nak sale…..
"Lebih kuranglah tu Ain. Nanti sekejap. Anak pakcik dekat dalam kereta tu lagi."
"Okey. Kita tunggulah dulu orang yang nak beli barang tu masuk sekali. Nanti senang. Sekali jalan ajer." Aku menjawab selamba. Muka sudah berseri-seri. Ini gaya kalau tak sampai lima ribu ni macam tak sah ajer. Maklumlah. Menurut kata Pakcik Din semalam, anaknya ingin membeli perabut dan barang elektrik untuk rumah barunya. Kalau cash pun, mesti dalam enam ribu jugak. Kalau tak mampu bayar tunai pun tarak apa. Ansuran mudah kan ada. Hahahah… Selamat bercuti Nurul Ain.
"Hah!!! Tu pun anak pakcik dah datang." Kata Pakcik Din sambil menalakan jari telunjuk pada seorang pemuda yang masuk ke dalam ruang pameran.
Tersekat air liur ketika melihat anak pakcik Din tadi. Ya ampun… Macam manalah pulak boleh terjumpa balik ni. Niat dihati, memang dah taknak jumpa dah lepas peristiwa dulu tu. Hari ni, takdir tuhan menemukan aku semula dengan Amat.
*****************
"Ain, dengar cakap saya. Salah ker orang macam saya jatuh hati dengan perempuan macam awak?" Tanya Amat.
"Memang salah. Suka-suka hati awak ajer yer main-mainkan saya." Aku memarahi Amat.
"Kalau saya tak buat macam tu, awak nak ker kawan dengan saya."
"Taknak!!!" Aku menjerit kuat.
"Sebab tu saya buat macam tu."
"Lantak awaklah. Janji saya memang tak suka dengan awak." Aku terus berlalu.
Pantas tangan aku disambar Amat. "Ain, jangan macam ni. Tak boleh ker kalau awak jadi macam Nurul Ain yang di dalam YM tu. Awak pernah cakap di dalam YM, yang awak tak kesah siapa pun Prince_Charming tu. Kenapa sekarang jadi lain."
"Sebab masa tu, saya tak kenal siapa awak." Aku membalas berani. Orang bodoh ajer yang akan percaya bulat-bulat apa yang orang lain taip dekat YM tu. Dan Ahmad Ikhwan salah seorang dari golongan itu.
Amat meleraikan pegangan tangannya. "Sebab saya macam ni. Sebab tu awak tak sudi nak berkawan dengan saya." Balas Amat perlahan. "Tak apalah Ain. Awak berhak untuk dapat lelaki yang sepadan dengan awak. Saya doakan kebahagian awak." Sambung Amat sebelum kakinya melangkah pergi.
Aku hanya memerhati Amat yang sudah jauh berjalan ke hadapan.
Sungguh aku tidak sangka, Prince_Charming itu adalah Amat orangnya. Sebenarnya, bukanlah aku tidak suka dengan Prince_Charming itu. Benar, di dalam YM, Princess_Wannabe memang suka dengan Prince_Charming. Pada Princess_Wannabe, Prince_Charming itu baik, gentleman, penuh nasihat dan mampu membuatkannya berasa gembira tatkala jari jemari menari di atas papan kekunci. Yang buat aku jadi tak tentu arah apabila dapat cerita dari sumber-sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan Prince_Charming itu sebenarnya adalah Amat. Si Ketua Pelajar tukang paw duit tiap-tiap hari. Lagi satu, Amat itu tidak pernah termasuk dalam daftar senarai abang-abang senior yang aku admire. Amat itu, sudahlah gemuk, gerhana pulak tu. Taknaklah jadi seperti Beauty and The Beast. Sewenang-wenangnya aku mengutuk Amat di dalam hati. Semenjak hari itu, aku dan Amat sudah tidak lagi berchatting. Hobi berchatting pun sudah lama aku tinggalkan. Cuma kadang-kadang ajer bila nak lepas gian. Tapi bila nampak Prince_Charming tu pun turut sama online jugak, cepat-cepat aku sign off. Sehinggalah pada suatu hari, sepucuk surat bersampul merah jambu tiba sekali lagi di bawah meja tulis aku di dalam kelas. Perlahan-lahan, aku membaca isi kandungan surat itu dihadapan Julia, Abab dan Nana.
Kehadapan Nurul Ain,
Saya sedar, saya bukan lelaki yang sesuai untuk awak. Maklumlah, masakan lelaki gemuk dan gerhana seperti saya bisa mendekati awak, Princess_Wannabe. Tapi, percayalah, sayang saya pada awak bukanlah semata-mata kerana luaran awak. Saya tahu, awak baik. Awak adalah awak. Tidak pernah sekali pun awak bersikap hipokrit untuk menjadi orang lain. Itu kekuatan awak yang membuatkan saya jatuh suka dan jatuh sayang dengan awak sehingga Berjaya membuat saya jatuh cinta dengan Nurul Ain a.k.a Princess_Wanabe. Hari ini, awak menolak saya. Saya akan pastikan, suatu hari nanti, awak akan saya miliki jua. Percayalah.

Semenjak dapat surat kedua dari Amat, aku sudah tidak lagi berjumpa dengannya. Aku hanya dikhabarkan berita perpindahan Amat dari Abang Saiful, teman sekelas Amat. Katanya, Amat bertukar sekolah kerana mengikut ayahnya yang telah berpindah ke tempat lain. Tak sempat nak mintak maaf dengan Amat membuatkan sampai sekarang aku masih lagi dihambat dengan perasaan bersalah. Akhirnya, dengan sikap memilih tak bertempat, sampai sekarang aku jadi Lone Ranger.
*********
"Kenapa menggigil?"
Amat bertanya selamba tatkala melihat tanganku yang sudah menggigil ketika menulis invois untuk barangan yang dibelinya tadi. Pakcik Din dan Makcik Yam turut sama memerhatikan keadaan tangan aku yang tiba-tiba menggigil itu. Apa dah jadi ni Ain. Bertahan. Bertahan. Bukan terjumpa dengan hantu pun. Mak Lampir pun bukan. Itu Amat. Adoi…
"Tak ada apa-apa." Pantas aku menggeleng perlahan. Menyembunyikan rasa getar di dalam hati.
"Ain tak sihat?" Tanya Makcik Yam lembut.
"Si…sihat makcik." Aku menjawab teragak-agak. Tangan aku bergerak pantas menulis senarai barang dan harga yang telah dibeli oleh Amat tadi. Cepat dia orang dapat invois. Cepat dia orang bayar. Cepat dia orang balik. Itu yang aku mahukan sekarang ini.

Selesai membuat pembayaran di kaunter, aku menghantar mereka ke pintu ruang pameran. "Sebelum budak-budak kita hantar barang, kita orang akan call dulu. Jangan risau. Esok petang semua barang sampailah. Apa-apahal, Encik Ikhwan boleh telefon saya. Nombor telefon ada dibelakang invois tadi." Aku cuba berlagak formal. Amboi… boleh tahan gatal jugak aku ni. Kalau dengan customer lain, haram nak bagi nombor handphone peribadi. Nombor di meja Mala, si customer services beranak dua tu jugak yang akan aku bagi. Sampai Mala boleh naik bengang kerana, customer semedang datang mengganggu dengan panggilan yang tak ada kena mengena dengan urusan jual beli barang. Lebih kepada urusan jual minyak ajer. Kenapa tiba tang Amat, mantan ketua pelajar ini, nombor peribadi yang tercatat di belakang invois. Siap dengan email address yang sudah berlapuk akibat berzaman tak bukak tu pun ada sekali. Macam-macam….
*********************
Pagi tadi Amat ada telefon. Alah… Ingat nak Tanya pasal diri aku. Tapi dia just nak inform yang semua barang-barang yang dibeli sudah selamat sampai. Tak tahu apa kena dengan hati, sejak terjumpa, terbercakap, terberurusniaga dengan Amat semalam, dalam hati ni duk berdetak detik ajer. Semedang pusing ke masa lalu. Amat tak macam dulu. Eleeh.. Tahulah sekarang dah jadi orang yang berjaya. Taulah sekarang dah encem bergaya. Tahulah sekarang dah tak gemuk-gemuk montel. Tahulah sekarang dah tak gerhana bulan penuh. Tapi kenapa Amat jadi berlagak sangat. Ingat lagi. Bukan main sinis lagi dia tersenyum bila terpandang aku yang beruniform warna kuning, tertulis Courts Mammoth kat sebelah kiri tshirt yang aku pakai. Dengan seluar jeans dan calculator kat poket belakang tu. Nak ajer bagi tau kat Amat tu, yang ini cuma kerja suka-suka sebelum dapat kerja yang betul-betul kena selaku Degree Holder dalam Komunikasi Korporat tau. Nak marah nak melenting pun tak guna jugak. Mungkin Amat sengaja ajer. Nak balas balik apa yang aku pernah buat kat dia dulu. Tapi tak matured ar Amat tu kalau citer budak-budak sekolah dulu pun nak ungkit. Nafas lemah dilepas perlahan. Pantas tangan menekan butang on pada laptop di atas meja tulis. Memandang esok hari off day, tidur lambat pun tak ada saper nak marah. Lagipun, dah lama tak bukak internet, terasa malam ni nak beramah mesra dengan saper-saper yang belum tidor lagi tu kat dalam chattroom. Laman Anak Perak pun dah lama tak jengah. Entah apa forum hangat dan terkini budak-budak tu tengah bincangkan memang dah lama aku tak ambil port. Tangan mula menaip ID Yahoo Massenger yang biasa digunakan. Arrgghhh… Mana semua orang ni. Budak-budak Anak Perak ni, semua tidur awal ker. Yang ada pun cuma Uncle EE ajer. Tak boleh kacau Uncle Ee malam-malam macam ni. Dia mesti tengah studi tu. Almaklumlah, budak Langkap yang studi kat oversea ar katakan. Dah lama duk berforum sakan kat Laman Anak Perak, berchatting memanjang kat YM tapi sampai sekarang pun tak tau apa nama penuh si Uncle Ee ni. Terlintas sesuatu di kepala. Pantas tangan menggerakkan mouse. Sign off ditekan. Kemudian tangan menaip kembali ID yang dah berlapuk tu. Princess_Wannabe ID YM dolu-dolu. Zaman sekolah disebabkan selalu ditimpa perasan dek kerana selalu berangan nak jadi tuan puteri, tu yang melekat ID Princess_Wannabe tu. Mata tertancap pada satu ikon smile yang menyala terang benderang. Alamak. Walawei… Mamat ni still guna ID yang samalah. Prince_Charming. Nak tegur. Tak tegur. Nak tegur. Tak tegur. Aku berfikir-fikir sendiri. Belum sempat buat keputusan, Amat menengur terlebih dahulu.
Prince_Charming: Tak tidur lagi.
(Terasa macam nak makan biskut empat segi pulak)
Prince_Charming: Buzzz
(Lalalallala…)
Princess_Wannabe: Siapa ni? (ahakksss… dalam keadaan macam ni pun boleh buat-buat tanya pulak. Ni kalau Nana ada kat sebelah, confirm kena luku kepala lutut.)
Prince_Charming: Ni tau ker. Buat-buat tak tau.
(Lalallalaalla..)
Princess _Wannabe: Yayayayaya… Tahu. Esok cuti. Tidur lambat sikit ar. Per kes. Per cer.
Prince_Charming: Masih berminat lagi ker nak tau apa-apa pasal saya.
(Ni rasa macam nak tersedak biskut empat segi tadi)
Princess_Wannabe: Okey. Saya tau. Dulu memang salah saya. Sorry.
Prince_Charming: Apa dia?
(Errkk.. Dah nak tercekik dah ni.)
Princess_Wannabe: Nak tidur. Bai.
Melarikan diri adalah benda paling baik dan paling rasional sekali yang boleh dibuat dalam saat-saat macam ni. Malaslah nak mengungkit cerita lama. Buat apa. Menghabiskan beras ajer. Buang karan. Baru beberapa saat aku sign off, telefon bimbit berbunyi rancak. Nombor private. Segera panggilan tadi disambut.
"Hello."
"Pesal off awal?"
"Saper ni?"
"Musuh lama awak."
Errkk… Mulut memang jahat. Tapi jahat-jahat macam tu ajerlah. Tak adalah sampai boleh bermusuh. Ni saper ni. Bunyi macam serius ajer.
"Saper ni?" Aku dah terketar-ketar.
"Amat."
Errkk… Bila masa pulak aku duk bermusuh dengan mamat ni. Memang dulu mulut ni yang jahat pergi kutuk-kutuk mamat ni debab ar, gerhana bulan penuh ar. Tapi tu dulu. Takkan Amat ni touching sampai sekarang.
"Hai…" Tu ajer yang mampu aku katakan.
"Saya tak habis lagi nak cakap dengan awak kat chattroom tadi."
"Cakaplah apa yang nak cakap."
"Good. Sekarang awak diam saya cakap. Awak tu sebenarnya bajet bagus. Awak tu sebenarnya bajet cun. Awak tu perasan semedang. Awak tu poyo….." Amat menghamburkan kata-kata yang buat kasi panas telinga.
Tersentak aku mendengar Amat boleh kata begitu. Dia ingat dia siapa boleh kutuk-kutuk aku macam tu. Apa dia ingat dia tu bagus sangat ker. Aku benci Amat. Belum sempat Amat buat sambungan ke atas caci makinya itu, terus aku menutup telefon. Terasa tubir mata jadi panas. Dan meleleh siot….bila kena kutuk macam tu. Tak agak-agak betul. Laptop yang masih terpasang dirapati. Segera ID YM dimasukkan. Kali ini aku pakai ID yang biasa-biasa guna ajer. Maya_karan mula menaip sesuatu pada tetingkap YM.
Maya_karan: Uncle Ee. Tulun.
(Biarlah Uncle_Ee ni tengah studi ker, tengah berperang ker aku tak kira. Somebody mesti dengar rintihan aku malam ni)
Uncle_Ee: Apa kes. Belum dapat offer berlakon lagi ker?
Maya_karan: Tembak dengan senapang gajah karang.
Uncle_Ee: Lalalala… Apa hal?
Maya_karan: Ada orang gila marah kita tadi.
Uncle_Ee: Sejak bila ada best fren kat Tanjung Rambutan.
(Ngeee… ada yang kena ni malam-malam ni. Bikin hangin satu badan pulak Uncle Ee)
Uncle_Ee: Okey. Nak buat sesi luah perasaan. Boleh ajer. Saya dah selamat balik Mesia ni.
(Tiba-tiba aku terasa macam nak tersedak walaupun tak makan apa-apa sekarang ni hatta biskut empat segi sekalipun)
Maya_karan: Bila? Kenapa tak bagi tau. So kat Langkap ker sekarang ni?
Uncle_Ee: Nope. Ipoh. Dah sebulan.
Mulut aku dah ternganga luas. Uncle_Ee ni memang nak kena. Punyalah dulu duk berjanji kalau dia tu balik Malaysia, balik Perak nak jumpa aku, ini dah sebulan jejak kaki kat tanah air tercinta baru dia bagi tahu.
Maya_karan: Fail jadi member. Kalau balik sini tak bagi tahu.
Uncle_Ee: Sorry. Kekanganlah. So nak jumpa ker.
Aku tersenyum sendiri. Dah tak terasa sedih dah sebab kena marah dengan Amat tadi. Gilalah. Nak buat blind date dengan Uncle_Ee ni. Dahlah rupa pun tak kenal. Harap kenal dalam laman Anak Perak ajerlah. Dan dalam YM. Kalau Bai jual karpet tu mengaku yang dia Uncle_Ee pun memang bajet aku percaya seratus peratus sebab muka mamat ni memang tak pernah tengok. Even dalam Facebook dia pun tak ada sekeping gambar dia pun. Apa-apa pun dah hampir tiga tahun aku berhubung dengan Uncle_Ee pakai cara sebegini. Okey ajer. Tak tau rupa paras pun taka pa. sekurangnya hubungan persahabatan tidak dipengaruh rupa paras. Janji sama-sama boleh masuk. Kira satu kepala. Layan ajerlah. Aku menimbang-nimbang dalam kepala. Perlukah Uncle_Ee ini aku pergi jumpa.
Maya_karan: Bila?
Uncle_Ee: Esok.
Mak oii… cepat gila. Macam tau-tau ajer esok aku bercuti.
Maya_karan: Okey. Kat Nasymir Waterfront boleh. Kat Pekan Lama.
Uncle_Ee: Set.
Maya_karan: Okey.
Uncle_Ee: Tadi kata nak cerita pasal orang gila tu.
Maya_karan: Esok-esok ajerlah kita cerita. Macam mana nak kenal esok ni.
Uncle_Ee: Awak duduk diam-diam kat Nasymir tu. Nanti pandailah saya cari awak.
Uncle_Ee dah sign off. Ni menimbulkan persoalan di hati. Macam lain macam ajer ni. Nak buat blind date biasa orang dah tetapkan nak pakai apa. Supaya senang nak cam. Ini Uncle_Ee main belasah redah ajer ni. Ermmm… Memang betulah. Harap Uncle_Ee ni bukan Bai jual karpet ar. Kalau tak mahu tak hancus aku. Sudahlah pilih tempat pun kat Nasymir.

*************
Hampir satu jam lima puluh sembilan minit aku menanti Uncle_Ee ditempat yang dijanjikan. Berpeluh ketiak menunggu pakcik ni datang. Sah aku kena main. Uncle_Ee ko memang nak kena. Ketika aku dah bersiap sedia nak mengangkat punggung untuk pergi dari sini, aku disapa dari belakang. Segera aku berpaling lipat maut. Ceng..ceng..ceng… Amat? Amat dan bunga? Macam lagu Rahimah Rahim pulak. Dan secara tiba-tiba, jantung macam nak luruh ajer bila Amat jalan menghampiri aku yang dah terasa nak pitam. Amat ni tak puas lagi ker maki aku dalam telefon semalam. Ni nak buat siaran ulangan secara berdepan-depan ker.
"Hai.." Amat menegur.
Aku memandang tidak berkelip. Sakit apa ni. Semalam maki aku bukan main. Hari ni buat gaya kasanova pegang bunga say hai pulak. Kalau ikut dalam hati ada bara ni, mau ajer aku buat gaya Ezlynn nyanyi Hai-Hai Bai-Bai. Aku memang blur sekarang ni.
"Uncle Ee." Amat memperkenalkan diri.
Ya Allah. Aku belum pekak. Memang aku dengar sejelas-jelasnya. Dia Uncle_Ee. Uncle_Ee yang belajar kat oversea tu. Uncle_Ee yang aku kenal dalam laman Anak Perak tu. Uncle_Ee yang selama ini tempat aku tuju setiap kali ada problem. Dia…….
"Apa?" Aku bertanya lagi sekali. Aku nak kepastian.
Amat mengangguk. Kemudian dia tersenyum. "Saya Ahmad Ikhwan. Saya Amat. Saya Prince Charming. Saya jugak Uncle Ee." Jawabnya tenang.
Aku membuntangkan mata sebelum pandangan ini dilontarkan jauh ke sungai. Aku kena main. Tiga tahun aku kena main. "Kenapa buat saya macam ni?" Aku bertanya sebak. Memang dulu aku suka main-mainkan orang. Tapi tu dulu. Bukan sekarang. Kalau tak memikirkan sini tempat awam, dah lama budak Amat ni aku mandikan dengan air tembikai yang masih berbaki di dalam gelas besar ni. Aku dah panas. Aku nak blah tapi Amat sempat menghalang.
"Kenapa awak ni?" Tanya Amat kasar. "Salah ker kalau saya nak berkawan dengan awak Nurul Ain."
"Tak salah. Tapi cara awak tu yang salah. Dulu pun awak macam ni. Sekarang pun awak macam ni. Awak memang sengajakan." Aku dan Amat dah masuk adegan Sembilu Kasih.
"Saya buat macam ni sebab saya nak dekat dengan awak. Saya nak berkawan dengan awak. Dulu saya ingat bila saya dah jadi macam ni awak boleh terima saya. Tapi awak memangkan. Memandang paras rupa sebenarnya."
"Apa yang awak cakap ni. Bila masa pulak saya pandang paras rupa. Kalau iya pun. Tu dulu. Bukan sekarang." Aku membalas. Lantang. Mapley yang tengah tebar roti canai tu dah pandang lain macam ajer.
"Jadi kenapa awak nak pergi." Suara Amat mula dikendurkan. Perlahan dan terkawal.
"Saya tak suka awak buat macam ni. Amat tak boleh ker kalau straight to the point ajer cakap yang awak nak berkawan dengan saya. Awak tu yang sama ajer dari dulu sampai sekarang. Macam pondan. Pengecut. Awak ingat ini cerita Biar YM Bicara ker. Main sembunyi-sembunyi sebalik ID." Aku membalas. Ya. Nampaknya aku masih punya modal nak balas balik kata-kata malaon ni.
"Ain tak boleh ker kalau kita berkawan macam Princess_wannabe berkawan dengan Prince_charming dia. Macam Maya_karan berkawan dengan Uncle_Ee. Awak tak rasa ker mereka yang bukan-nama-sebenar tu seronok bila berkongsi kisah, berkongsi cerita sama-sama." Amat bersuara. Memang betul jugak yang dia sengaja membuat begini untuk cuba mendekati Nurul Ain. Bukan sengaja terlintas dihati nak kenakan Nurul Ain, habisnya ini sahaja cara yang relevan dan boleh pakai untuk diri makin rapat makin rapat dengan Nurul Ain. Memang pun. Selama dia mula kenal Maya_karan yang konon-konon peminat setia Pontianak tercantik di Malaysia itu siapa lagi kalau bukan Maya Karin, mereka berdua sudah mula akrab. Boleh kongsi cerita. Si Maya_karan itu sahaja selalu berpesan ‘sharing is caring’ katanya.
Aku memandang Amat yang masih dengan muka berharap. Aku tahu sekarang ni dahi aku sudah berkerut seribu. Lalalalala…. Aku masih lagi berpeluk tubuh menimbang kembali apa yang Amat katakan tadi.

********
Badan sudah sedap landing di atas katil. Lengan kanan aku bawakan ke dahi. Satu hari suntuk aku dengan Amat duduk di Nasymir tadi. Macam-macam yang kami bualkan. Dari sesi suai kenal minggu orientasi sebab dah lama tak jumpa dan tiba-tiba mamat ni datang menjelma di depan mata. Sambung pula dengan sesi bermaaf-maafan di pagi raya sebab mulut aku ni dolu-dolu suka sangat mengata Amat itu ini, dan dia pun dua kali lima jugak main-mainkan aku dua kali kat dalam YM. Fair and square. Jadi antara kami berdua kosong-kosong.
Mula-mula memang susah jugak nak terima kenyataan yang Amat ini adalah Uncle_Ee. Bayangkanlah selama tiga tahun aku berhubung dengan Uncle_Ee, bercerita pasal diri aku, bercerita pasal zaman sekolah aku dan tidak ketinggalan jugak bercerita pasal rasa kesal aku sebab suka mengata orang terutamanya mengata bekas ketua pelajar SMKPPI yang gerhana bulan penuh tu rupa-rupanya aku membuka pekung di dada di hadapan Amat. Yang buat aku naik marah siang tadi pun sebab nak control rasa malu sebab dah terkantoi kerana selama aku berhubung dengan Uncle_Ee aku memang tak pernah nak berselindung apabila bercerita pasal Amat dengan Uncle_Ee. Pernah ajer aku bukak cerita pada Uncle_Ee yang aku sedih sangat bila tahu Amat pindah sekolah macam tu ajer. Dan aku sedih sangat sebab tak sempat nak mintak maaf dengan Amat dulu. Ahh… Malunya aku. Memang dah tak boleh lari ke mana.
Amat pula bersahaja ajer tadi. Memanglah kan. Ini dia punya rancangan. Kalau tidak kerana bantuan dari Nana yang memberikan ID YM baru aku ini, mungkin Amat pun tak dapat nak berhubung dengan aku lagi. Amat cakap, sejauh mana dia merantau merentas lautan, hanya kerana tersesat masuk dalam Friendster, dia berjumpa dengan Nana. Memanglah dunia ini tanpa sempadan. Pada Nana amat cuba risik khabar aku di sini. Lalalala… Aku terasa nak marah Nana sebab bersekongkol dengan Amat sampai aku pun tak boleh nak cium yang diorang berdua ni buat pakatan. Tapi aku pun terasa nak peluk Nana sebab Nana berjaya jadi orang tengah antara aku dengan Amat. Sekurang-kurangnya perasaan bersalah tu dah hilang sikit. Alhamdulillah. Amat itu memang gelojoh orangnya. Baru hari ini berjumpa, bersembang, bermaaf-maafan dia dah mula nak tau kalau dia masih punya peluang untuk jadikan aku princess di hatinya. Dia tu setialah. Terharu aku. Aku pun tak tau nak cakap apa sebab masa tu aku memang dah kelu lidah bisu seribu kata. Tapi aku mengakui, sepanjang berkawan di alam maya, aku selesa dengan Uncle_Ee yang bukan-nama-sebenar itu. Apa yang aku boleh beritahu pada Amat tadi, permintaannya akan dipertimbangkan. Aku mahu kami berdua saling kenal antara satu sama lain sebelum buat apa-apa keputusan. Amat ni baik. Amat ni setia. Kalau bawak jumpa mak abah pun confirm diorang tak tolak punya. Siapa taknak dapat menantu seorang doctor kat Hospital Besar Ipoh tu. Hari-hari mak boleh cek tekanan darah tinggi free. Aku cuma takut aku jadi main-main macam dulu walaupun rasanya sekarang ni aku dah jauh jadi lebih baik dari yang dulu. Kalau aku layak untuk menjadi princess di hati Amat, biar Tuhan yang tentukan. Perhubungan baru bermula. Apa-apa pun apa yang pernah jadi pada aku dan Amat dulu dan sekarang banyak mengajar aku agar lebih pandai menghormati orang lain. Jangan sesekali memandang pada paras rupa kerana itu semua bersifat sementara. Jangan sesekali bangga dengan apa yang kita ada. Tuhan tu kalau nak kasi balasan, bayar cash kat dunia pun boleh. Jadi apa-apa pun aku memang nak pinjam sekejap tag line Nabil. Lu pikir ar sendiri…..

*******************
Semekom.. Semekom...Lama tak menyumbangkan sesuatu kat dalam blog yang semakin hari dilihat semakin ceria ini. (blog saya tak adalah semeriah, seceria blog penulisan ni). Just a few word. 1st nak say sorry kalau ada yang membaca cerita ini mengatakan yang ianya serabut. (tau. memangpun awal2 lagi dah terasa macam tu) Cerita ni dah lama sangat terperam kat dalam folder saya kerana masa menulis tu dah stuck jammed kat dalam kepala sebab dah tatau nak end of dis stori macam mana. lastnyer, baru dua hari lepas bukak balik dan main taip ajerlah apa yang rasa nak taip. dan hari ini pada 1st apr 2009 (dan hari ni jugak teruk kena april fool dengan cik pira) cerita ni siap. mula-mula saya menulis cerita ni, just untuk sharing dgn pembaca pengalaman saya masa jadi sale person dulu dan tak tau macam mana, terus termasuk cerita cinta romantika de amor pulak. (ada gaya romantik ker...lalalala..belasah ajer) jadi, yang membaca kalau sudah baca, harap boleh drop comment untuk saya terus membaiki segala kelemahan dan segala kekurangan. wassalam...

Mata Pen,
akubintangbiasa
posted by Penulisan2u @ 12:04 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
35 Comments:
  • At 6/4/09 1:12 PG, Blogger myra_miracle said…

    owh.. kesah cinta anda ke?? neway.. nice story.. cume sometimes u gune 'aku' sebagai pencerita, and sometimes len. papepun, it is nice story.. kalo ini kesah cinta anda, mmg sweet lar.. =)

     

  • At 6/4/09 8:12 PG, Blogger areila sahimi said…

    ianya hanya rekaan semata-mata...tidak ada kena mengena dgn kesah cinta saya...lalalala....

     

  • At 6/4/09 9:40 PG, Anonymous tanpa nama said…

    nice story,gaya bahasa..ok lucu..
    anwy good job.

     

  • At 6/4/09 9:55 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hi akubintangbiasa..
    cter ni enjoy..
    teringat ms zaman sy main ym dolu-dolu..
    x sy dulu pun sy kenal from ym...
    tp jodoh xpanjang..huhuhu..
    tp i enjoy it..
    teruskan berkarya...

     

  • At 6/4/09 11:16 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ahaa.. sy pun kenal tunang sy dlm YM..
    ahakss..
    hehheee

     

  • At 6/4/09 11:37 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    akk sy lg best buln 10.4 ni da nak nikah...:">
    dieorg knai pun lam ym gak...;))
    jodoh katakan..ahakszz..
    sy pun samala gak akan di ikuti cam akk sy:))

    apa2 pun best cite ni..:)>-

    ~aku insan biasa~

     

  • At 6/4/09 2:11 PTG, Blogger Unknown said…

    besh giler la cite ni..
    sepanjang baca asik gelak je..
    pandai penulis amik mood pembaca..
    papehal pon mmg best!
    skg ni bnyk dh jodoh melalui ym..huhuhu

     

  • At 6/4/09 3:53 PTG, Anonymous HAJAR said…

    ALA..
    CTENYE NI BEST..
    TP KNPE XSMBG SMPAI DYEORG KHWEN..
    BAU BEZ..
    ROMANTIK AG..
    HUHU...

     

  • At 7/4/09 12:21 PG, Blogger bidadari cinta said…

    panjangnye..

     

  • At 7/4/09 12:39 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok gak........
    tp nape ending xkawin...
    panjang lak.........

     

  • At 7/4/09 1:13 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    alahai syng panjang nye..
    xlarat nak bce..
    hehe..
    ape ape pon nice story ..
    gud job.!
    :)

    ~miera,form 3~

     

  • At 7/4/09 8:12 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jalan cerita best!..cuma...lain kali tolong kemaskan penulisan ya..spacekan ayat-ayat ikut perenggan..pening saya baca. :D

     

  • At 7/4/09 10:55 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    uitt..KFC Pasir Puteh,Cyber Cafe Golden Apple,tempat aku tu beb..
    jgn2 penulis ni 1 kampung dgn aku..hehehe..
    besh2..gud job..
    teruskan usaha anda..

    ~hazie~

     

  • At 7/4/09 11:31 PG, Blogger areila sahimi said…

    kalo kita 1 kampung cik hazie, means kita same2 budak kg pasir puteh ipoh ar...lalalala
    ~akubintangbiasa~

     

  • At 9/4/09 9:10 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    not bad =)
    simple n swet...
    stuju ngan yg kt ats, kene wt prgraph..kelabu mata nk bace...hehehe =p
    nway...
    +++ good try~~~

     

  • At 11/4/09 10:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    first thing is sy x bace sampai abis pon.. sory eh?.. bukannye cite awk x best.. tp mls nak bace tgh ngantok.. jadik sy tros bagi komen nii..

     

  • At 12/4/09 10:39 PTG, Anonymous cik_bulma said…

    finin nak bce....
    tp aku abis an gak..
    bez2...

     

  • At 13/4/09 8:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    agak serabut ckt..
    skt kepala aku nk bc
    Trskn usaha..!!

     

  • At 16/4/09 5:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    serabur nye jln cerite nie..
    xphm2 aku nk bace..
    kalau diringkaskn mst menarik..
    terlalu byk imbas kembali..

     

  • At 19/4/09 4:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bosan la pnjg...

     

  • At 26/4/09 3:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bosan arrr..panjang x pe asal ada perenggan tp nie tak..

     

  • At 29/4/09 4:05 PG, Blogger Bae said…

    citer besy,
    gaye bhs cam gaye bhsa aku zmn skool dolu2 gak..
    lepak, njoy jea, happy sntiasa..
    tp maafla sbb x abis bce karya ni, sbb keadaan x mngizinkan...
    cite terlalu pnjg pastu xda gaps mang aku xley nak bace..
    mata aku x nmpak,
    tenung lame2 migrain naek,,
    maafla ya penulis,
    myb aku akn habiskan bcaan lps crmin mata aku siap..
    enjoy..
    Next time wat jarak skit...
    apa2 pun syabaz..
    aku suke cite yg gye bhsanya santai,
    x terlalu kuno,
    x terlalu over syok sndri..
    ~salam~

     

  • At 24/7/09 4:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Panjang giler... tapi kalau smbung citer ni smpai habis mesti best kan...

     

  • At 24/7/09 4:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Apa jadi kat Amat dan Princess wa-na-be erk... please smbung citer ni ye....

     

  • At 28/11/10 3:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    la yekew?? amacam?? kawen kew ngn amat?? anyway nice story. short and simple. good job :)

     

  • At 22/2/13 3:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Hi would you mind sharing which blog platform you're working with? I'm looking to start my own
    blog in the near future but I'm having a difficult time deciding between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your layout seems different then most blogs and I'm
    looking for something unique. P.S Sorry for being
    off-topic but I had to ask!

    My web site ... logi kochbuch

     

  • At 22/2/13 3:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    I could not resist commenting. Perfectly written!


    Feel free to visit my website; kohlenhydratarme Diät Rezept

     

  • At 22/2/13 10:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    I'm really enjoying the design and layout of your website. It's a very easy
    on the eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit more often.
    Did you hire out a developer to create your theme?
    Outstanding work!

    Here is my webpage atkinson diet
    my webpage - steinzeit ernährung

     

  • At 28/2/13 2:48 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    I need to to thank you for this wonderful read!! I certainly loved every little bit of it.
    I have got you saved as a favorite to check out new stuff you post…

    Here is my website: steuerberater wiesbaden
    My webpage :: bilanzbuchhalter ihk berlin

     

  • At 1/3/13 11:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Greetings from Florida! I'm bored to tears at work so I decided to check out your site on my iphone during lunch break. I really like the information you present here and can't wait to take a
    look when I get home. I'm shocked at how quick your blog loaded on my phone .. I'm not even using WIFI,
    just 3G .. Anyhow, excellent blog!

    Also visit my site; internet marketing coach

     

  • At 5/3/13 3:10 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Fascinating blog! Is your theme custom made or did you
    download it from somewhere? A theme like yours with a
    few simple tweeks would really make my blog jump out.
    Please let me know where you got your design. Bless you

    My weblog was koche ich heute

     

  • At 6/3/13 10:03 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Hey there! I realize this is kind of off-topic but I needed to ask.

    Does building a well-established blog like yours require a lot of work?
    I'm completely new to running a blog however I do write in my journal on a daily basis. I'd like to
    start a blog so I can easily share my experience and feelings online.
    Please let me know if you have any suggestions or tips for brand new aspiring bloggers.
    Thankyou!

    Stop by my website steinzeit rezepte frühstück
    Also see my website > paleoernährung

     

  • At 9/3/13 8:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    It's an amazing post in favor of all the online visitors; they will get benefit from it I am sure.

    My blog post Nützliche Informationen über die glutenfreie Ernährung

     

  • At 10/3/13 3:17 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Remarkable! Its in fact remarkable article, I have got much clear idea about from this article.


    Look into my web blog - symphonie speed

     

  • At 31/3/13 4:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Nісe post. I learn somеthing totally new anԁ
    challenging on sites I stumbleupon eνerydаy. It will аlωaуs be interesting tо геaԁ articleѕ from other writеrs anԁ use ѕomethіng fгom othеr web sites.


    My homepage :: raspberry ketone uk

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group