Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Jari jemarinya begitu pantas ligat mencalit warna pada kanvas dihadapannya. Dia kesuntukan masa, perlu menyiapkan karyanya secepat mungkin, sebab pelanggannya mahukan karyanya untuk dijadikan cenderahati pada kenalan yang berkunjung dari luar Negara. Inilah kerjanya, yang sebati dalam jiwanya, walaupun bidang ini dulu tidak pernah diminati sewaktu zaman kanak-kanaknya, tetapi segalanya berubah semenjak dia menginjak sekolah menengah. Mungkin sebab penangan seorang guru yang mesra dipanggil "mama" oleh setiap pelajar suatu ketika dulu menyebabkan sedikit sebanyak mencambahkan minat dalam jiwanya. Haryani, tersenyum, jika lama dulu dia langsung tak tahu tentang teknik-teknik campuran warna, garisan-garisan dalam sebuah karya begitu juga dengan teknik pencahayaan, tidak pula sekarang. Mungkin darah seni yang diturunkan dari al-marhum pakciknya menyebabkan dia berbeza dari pada abang-abangnya yang lain. Jika dulu karyanya sering dijadikan bahan usikan abang-abangnya, bahkan penah sekali lukisannya dirosakkan oleh abang sulungnya, ah tapi itu kisah kira-kira 5 tahun yang dulu. Kini mereka telah menginjak dewasa dan faham apa yang diminati oleh adik bongsu mereka itu. Keras kepala, apa yang dia hendak mesti dia akan dapatkan. Hehehe.. anak bongsulah katakan..dah tu perempuan tunggal, memang manja.. Ceh termengelamunlah pulak.. Dia tersengih sendirian.
Dia mengerling seketika pada jam dipergelangannya. "alamak dah pukul 5 lebih, aku nak pegi jumpa Iqa, semalam sudah janji" getus hatinya. Haryani kalut mengemas berus lukisannya, mencuci tangannya yang telah terpalit warna-warna. "Urghh aku ni melukis kat kanvas ke kat muka", sungutnya sendirian apabila terpandang palitan warna di wajahnya. "entah apa-apa" dia tersenyum sendirian. Selendang yang tergantung dicapai, pantas dililit kekepalanya, menutup mahkota ikalnya.
******
Tanah perkuburan itu tetap sunyi, seperti selalu. Hanya nisan kaku yang tegak berdiri menyambut kedatangannya. Haruman kemboja menusuk rongga hidungnya. Disinilah tempat dia menghabiskan petangnya jika tidak diulit sibuk. Perpisahan itu memang tak pernah terduga, dan perpisahan itulah yang ditangisinya dulu kerana dirasakan terlalu sakit hendak diterima, gelap seketika dunianya ketika dikhabarkan tentang berita itu suatu ketika dulu. Tapi itu dulu, peristiwa kira-kira 9 tahun lalu. Kini dia sudah mampu menerima dengan redha.
******
"Iqa, kenapa rambut kau nipis?" Haryani bertanya, sedari dulu dia sering tertanya kenapa temannya yang satu ini punya rambut yang sedikit.
"oh aku silap pakai syampoo.. tu yang rambut aku gugur.. huhuhu.." Syafiqa menjawap sambil lewa.
Hari itu mereka berdua bersama-sama menghabiskan masa terluang dengan bersiar-siar. Seperti biasa menunggang motorsikal kapcai milik Haryani. Sambil menunggang sambil bercerita kadang-kadang bersulam gelak ketawa. Saat itu, yang ada hanya sebuah bahagia, tiada langsung pernah terfikir wujudnya sebuah takdir yang perit di sebalik tawa mereka. Syafiqa sahabatnya, seorang yang baru dikenali tak sampai setahun. Berlainan kelas, tapi entah kenapa dia berasa senang bila bersama gadis itu. Hairankan? Setahunya, dirinya bukan mudah untuk bergaul mesra dengan orang, tapi dengan Syafika, tak sampai beberapa hari mereka dah rapat dan mesra seolah teman yang sudah lama.
"Iqa, next week sekolah buat rombongan ke Ulu Yam, kau pergi tak?" dia bertanya sambil merenung sisi wajah sahabatnya yang asyik mengadap pantai di sekitar rumah mereka. "aku tak sure dapat pergi or tak" lama barulah Syafiqa menjawab pertanyaan itu. "ala… kalau kau tak pergi tak best la, lagipun kita belum pernah bercuti sama-sama tau, kalau kau sayang aku kau pergi k", Haryani buat muka ala-ala mahu merajuk hendakkan perhatian temannya. "yela-yela aku pergi, kau ni kan heyyy manja.. malas aku nak layan, dah jangan nak buat muka cemberut macam tu.. kalau comel takpa gak…hehhe…" Syafiqa ketawa sengaja menyakat Haryani. Jawapan itu menyebabkan wajah mendung Haryani bertukar kembali cerah.
*******
Rombongan ke Ulu Yam sudah lama berlalu. Meninggalkan kenangan terindah antara mereka. Namun begitu Haryani perasan sebuah perubahan dalam diri Syafiqa, entah kenapa gadis itu kini sering tak hadir kesekolah. Terbit juga rasa hairan, setahunya sahabatnya itu bukan pelajar kaki ponteng. "Uikk mana Iqa ni, hari ni pun tak datang lagi, mesti ada sebab dia tak hadir, takpalah lepas kelas nanti aku singgah rumahnya" getus hatinya Usai kelas, Haryani bergegas menuju rumah Syafiqa, Sesampai dilihat rumah itu agak sunyi
"Assalamualaikum….." salam diberi, seketika kemudian terdengar suara garau menjawab salam "Iqa ada pakcik?" terlihat sahaja wajah Pak Deris ayah kepada temannya itu, pantas soalan dilemparkan. "ada kat dalam tu, ha… masuklah…" pelawa lelaki separuh umur itu.
"Iqa kenapa tak datang sekolah? Kau sakit ke? Pantas soalan dilontarkan sebaik terlihat kelibat Syafiqa. "Takdalah aku sihat, Cuma kau fahamla, aku kan takda mak, adik aku demam takda sapa nak jaga, ayah aku kan kerja, takkan nak biarkan dia sorang-sorang, apa-apa jadi kan susah" panjang jawapan diberikan. Haryani mengangguk faham. Dia sedikit lega mendengar jawapan temannya itu namun dia sedikit hairan melihat wajah pucat Syafiqa, tapi dipendam sahaja rasa hairannya tak mahu mempersoalkannya. Dia sendiri maklum yang Syafiqa telah kematian ibunya kira 7 tahun lalu akibat satu penyakit yang tak dapat dikesan. Ada yang kata ibunya terkena penyakit buatan orang akibat hasad dengki. Allahuaklam dia pun sukar nak percaya benda-benda melibatkan ilmu-ilmu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar ni. Perkara tahyul tanpa bukti logik memang sukar nak dipercayai. Almaklumlah dia sendiri jenis orang yang berfikir ikut logik akal.
"Yani aku nak beri tahu kau yang aku nak pindah akhir tahun ni, aku nak balik kampung asal arwah ibu aku kat Pahang" Tiba-tiba tanpa angin tanpa ribut Syafika memberitahu sebuah berita yang tak terduga itu. "Pindah? Kenapa tiba-tiba? Sebelum ni kau tak pernah cakap pun rancangan kau? Kau nak tinggalkan aku ke?", wajah lega Haryani kini sudah bertukar mendung. "Aku terpaksa, lagipun ayah aku tiba-tiba buat keputusan begitu" kedengaran lemah sekali jawapannya. Haryani mengangguk lesu. "kalau itu keputusan ayah kau, siapalah aku untuk membantah, nanti kat sana jangan lupakan aku tau, rajin-rajin lah hantar surat" kedengaran sebak suara Haryani tika itu. "InsyaALLAH, jangan risau, persahabatan kita ini takkan sekali-kali akan pernah putus walaupun aku dah takda, ingat tu ok.." mendalam sekali maksud ungkapan yang diberikan oleh Syafiqa. Haryani mengangguk sambil tersenyum pahit!!
*******
Setahun berlalu, Syafiqa telah pun berpindah ke kampung asal arwah ibunya. Haryani kini kembali sendirian. Walaupun ada kawan-kawan yang lain tapi tetap tidak mampu menggantikan tempat Syafiqa dihatinya."Iqa kenapa kau tak hantar surat, kenapa tak telefon aku, tak rindukah kau pada aku atau kau dah lupakan aku" rintih hatinya hiba. Kelopak mata terasa bergenang secara tiba-tiba.
"Yani…!" terdengar namanya dipanggil. Pantas air mata yang mahu digugur di seka. Dia menoleh "Ada apa Saf" terlihat Safri berdiri tidak jauh dari situ. Ditangannya tergenggam satu sampul surat. Lelaki itu menghampirinya. "Nah surat untuk kau" hulur Safri. "surat?, surat untuk aku? Dari siapa? Terluncur pertanyaan dari mulutnya. Dia kehairanan. Takkan surat dari peminat kut… ceh perasan.. hissy sempat lagi hatinya bergumam "Surat dari Iqa" jawab lelaki itu sepatah dan terus berlalu tanpa sempat dia bertanya lebih lanjut.
******
Ouchh.. dia mengaduh perlahan bila terasa jemari kakinya digigit sesuatu. Kelihatan seekor semut merah sedang melarikan diri. Lamunannya terhenti. Dia kembali ke alam nyata.
"apa khabar hari ini teman?, aku harap kau bahagia dan tenang disana", Haryani mengusap lembut batu nisan milik sahabatnya. Seketika terdengar gemersik alunan surah Yaseen dari bibirnya.
Assalamualaikum sahabatku, Haryani, Mungkin tika warkah ini sampai kepadamu aku sudah tiada lagi didunia ini. Maaf kan aku kerana terpaksa berbohong dengan kau. Aku tak balik Pahang pun sebenarnya tapi aku di hospital menjalani rawatan untuk penyakit leaukimia aku, sekali lagi maafkan aku. Bukan niat aku merahsiakan ini dari kau tapi aku taknak susahkan hati kau. Tahu tak, setiap hari aku di sini tak pernah sekali pun aku lupakan kau, hanya Safri yang tahu keadaan aku. Ayahku hanya sekali sekala datang menjenguk aku sebab dia sekarang sedang asyik bercinta dengan seorang janda anak satu. Takpalah aku redha, asalkan ayahku bahagia sudah memadai bagi aku.
Haryani sahabatku, mungkin dunia kita kini berbeza, tapi aku mohon jangan sesekali kau putuskan persahabatan kita. Mengenalimu suatu perkara terindah dalam hidup aku. Masa bersamamu juga terlalu berharga buat aku. Terima kasih kerana buat aku rasa bahagia walaupun hanya seketika dan terima kasih tak terhingga kerana hadir dalam hidup aku.
Haryani, jika pilihan itu ada, ingin sekali aku tinggal disisimu bersama-sama jatuh bangun untuk mencapai cita-cita kita. Tapi apakan daya kita untuk melawan takdirNya. Dia lebih tahu segalanya. Lagipun aku bahagia kini kerana hasratku menemani ibuku akan tercapai. Sahabatku.. Izinkan aku terus tinggal dalam hatimu selama mungkin. Hiduplah dengan gembira seperti dulu. Capailah cita-citamu sebab aku sentiasa memerhati dan mendoakanmu dari kejauhan
Salam sayang dan rindu dari kejauhan, Sahabatmu, Syafiqa Bt Idris.
Amin ya rabbal alamin, surah yaseen ditutupnya dan di kucup lembut, usai menghabis kan ayat yang terakhir, Air yang dicampur pelbagai bunga-bungaan disiram perlahan diatas pusara sahabatnya. "walaupun jasadmu telah bersemadi, dan kita terpisah dengan dunia yang berbeza, namun kasih sayang aku tak pernah padam bahkan sentiasa subur mekar mewangi seperti haruman bunga kemboja itu, kerana disinilah kasih kita abadi selamanya". Haryani berbisik perlahan.
Matahari mula membenamkan wajahnya, menandakan siang mahu berakhir.
"InsyaALLAH, jangan risau, persahabatan kita takkan putus walaupun aku dah takda" terngiang ucapan terakhir arwah Syafiqa itu, Fahamlah Haryani kini makna ungkapan itu.
"selamat tinggal Iqa, Semoga damailah kau dalam persemadianmu, esok insyaALLAH aku datang kembali"
nice. ingatkan couple nye story. tp sahabat. best. mantapkan lagi cara penulisan. jalan citer okey dah, cuma ada beberapa part je slack sket n perlu d baiki. tp really nice story... nk nangeh..huhu
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhuhuuu... cedihnyer la......