Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ini adalah skrip yang telah saya reka untuk program Malam Penghayatan Tiga Rasa, MSR June 2007. Program ini bermula selepas isyak di dataran asrama kolej. Bermula dengan nyanyian berbalas pantun (rasa riang ria) diikuti dengan penyerahan nota amanah pelajar kepada kem komandan (pelajar diberi sehelai kertas dan diminta menulis apakah amanat ibu dan ayah ketika menghantar mereka ke kolej) untuk sesi rasa marah. Sesi ini akan memainkan dua peranan.
Kem komandan akan sengaja memarahi pelajar dengan menyatakan, bahawa pelajat adalah anak yang tidak bertanggungjawab. Amanah ibu bapa walaupun di atas sehelai kertas masih tidak mampu dijaga. Mudah diberikan kepada orang lain. Jika ada pelajar yang bangun untuk mendapatkan semula kertas tersebut, peranan pertama bermula.
Kem komandan akan menyatakan, 'Saya tak arahkan kamu bangun! Duduk!' Tetapi jika pelajar senyap dan tidak memberi sebarang respon, kem komandan akan memanggil seorang pelajar untuk bangun, dan bertanya ' Adakah kamu tidak puas hati dengan saya?'
Ketika ini peranan kedua bermula. Jika pelajar tersebut menjawab 'Tidak', maka hamburannya ialah 'kamu hipokrit.'
Jika pelajar menjawab 'Ya', kem komandan akan mengucapkan terima kasih dan hamburannya ialah 'saya suka kamu. Kamu seorang yang jujur.'
Sesi rasa sedih dan keinsafan bermula secara perlahan-lahan. Kem komandan akan mula menenangkan pelajar dan memberitahu apakah motif berbuat demikian. Nasihat turut diberikan sebelum bacaan skrip dan penghayatan diberikan kepada biro yang tertentu untuk melengkapkan tugas malam penghayatan.
Lalu skrip berikut mula dibaca, diiringi oleh alunan lagu-lagu yang telah disusun...
*ALUNAN BUNYI OMBAK YANG DAMAI DIMAINKAN*
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Assalamualaikum adik-adik yang dikasihi sekalian... Alhamdullillah dapat kita sama-sama berkumpul pada malam yang indah ini... duduk bersama menikmati nikmat kebesaran Ilahi... lihatlah pada bintang-bintang di angkasa... pandanglah bulan yang menerangi langit malam... betapa indahnya ciptaan Allah... Subhanallah... adik-adik... sekarang... pejamkanlah mata kalian... hilangkan segala kekusutan yang ada dalam diri... tarik nafas dalam-dalam... hembuskan dengan perlahan... tarik nafas sekali lagi... hembuskannya...
*MULAKAN SENTIMENTAL ALUNAN SERULING KIARO ATAU PIANO LAGU FIRST LOVE (PILIH SALAH SATU)*
Rasailah angin yang bertiup lembut... umpamakan seperti bayu yang bertiup... bayangkanlah kalian berjalan di persisiran pantai... berjalan memijak butiran-butiran pasir halus... gulungan-gulungan ombak berlari-lari menyentuh jari jemari kaki... damainya rasa hati... di sebalik rimbunan pepohon yang menghijau... unggas-unggas terbang berkicauan di langit biru yang terbentang luas... indah... sungguh indah... Maha suci Allah yang menciptakan setiap kejadian alam mengikut kehendak-Nya...
Adik-adik yang dirahmati Allah sekalian... tahukah kalian... betapa bertuahnya kamu dapat menikmati kebesaran Allah ini... beruntungnya kamu di lahirkan untuk menikmati hidup di dunia yang indah seperti ini...
*HENTIKAN ALUNAN SENTIMENTAL, MAINKAN ALUNAN OMBAK DAN LAGU PERMAIDANI OLEH ARIS ARIWATAN SERENTAK* (untuk memainkan dua lagu serentak, buka winamp dan window media player sekali. Volume suara juga memainkan peranan penting. Mulakan dari perlahan seterusnya kuatkan sedikit untuk mendapatkan penghayatan sambil membaca skrip)
Semuanya kerana kasih dan sayang ayah dan ibu... betapa besarnya kasih sayang ayah dan ibu kepada kamu semua... pernahkah kamu melihat... gembiranya wajah mereka tatkala mendapat berita bahawa mereka akan menimang cahaya mata... kasih sayangnya bermula walaupun kamu hanya segumpal daging dalam dinding rahim seorang ibu... kamu tidak akan tahu semua itu... kerana kamu belum dilahirkan... walau peritnya mencengkam... cinta mereka pada anak yang bakal dilahirkan tidak pernah padam... terlalu banyak rintangan yang ditempuh... hanya kerana kamu yang bergelar anak, wahai adik-adik...
Dalam keriangan ingin menyambut kelahiran seorang anak... ayah dan ibu tetap terus berusaha... bersengkang mata... mengerah kudrat... melakukan pelbagai kerja selagi terdaya... agar anak yang bakal dilahirkan tidak merasai keperitan hidup yang penuh pancaroba...
Bayangkanlah... ayah... tetap masuk ke hutan dengan luka pada kakinya... mencari rebung untuk dibuat jualan... sedang ibu berjalan ke seluruh kampung menjaja kuih... walaupun kala itu kamu sudah berusia 7 bulan dalam kandungan...
Saat yang dinanti telah tiba... ketika itu hujan turun renyai-renyai di waktu malam... dalam kedinginan malam... ibu bertarung nyawa untuk melahirkan... ayah dalam resah menghantar ibu dengan motor buruknya... meredah hujan... hampir saja beberapa meter dari pintu masuk hospital... ibu dengan tiba-tiba terjatuh dari motor... betapa peritnya rasa yang mencengkam sehingga ibu tidak mampu bertahan... sehingga ayah mencampakkan motornya lalu berlari mendapatkan isteri tercinta... dalam basah hujan yang kian lebat... guruh dan kilat sabung-menyabung... ayah mengendong ibu sehingga ke wad kecemasan... mengendong ibu... dengan lelahnya... tercungap-cungap ayah...
*HENTIKAN NYANYIAN LAGU PERMAIDANI SECARA PERLAHAN-LAHAN* (kawalan volume lagu permaidani sahaja. Biarkan alunan ombak terus dimainkan)
Dan kamu... selamat dilahirkan melalui pembedahan... ayah yang menunggu dengan penuh debar di luar tersenyum gembira... bersyukur setelah mengetahui kamu selamat dilahirkan ke dunia ini...
Air mata gembira menitis membasahi pipi... melihat anak yang telah dilahirkan menangis di pangkuan... tanpa berlengah laungan azan seorang ayah bergema di telinga kamu...
*ALUNAN AZAN MENDAYU OLEH FASILITATOR DIIRINGI OLEH SUARA TANGISAN BAYI BARU LAHIR DI WINAMP*
Selepas saat itu... kamu ditatang bagaikan minyak yang penuh... seekor nyamuk pun tidak dibenarkan menghampiri kamu... kamu kian membesar... hidup kamu memang tidak mewah dengan harta... makan minum serba kekurangan... ada ketikanya kamu sekeluarga terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga... sebagai anak yang masih kecil.. kamu sering merungut. Tapi ibu segera memujuk. Ketika makan ibu sering memberikan bahagian nasinya kepada kamu... sambil memindahkan nasinya ke pinggan kamu... dia berkata...
(SUARA FASILITATOR sebagai ibu)
Makanlah nak... ibu tak lapar...
*ALUNAN SENTIMENTAL SERULING ATAU PIANO*
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Kamu tahu ibu berbohong... kerana kamu nampak ibu berkongsi nasi dengan ayah... tapi kamu tetap tidak peduli... asalkan perut kamu terisi... asalkan kamu mendapat apa yang kamu mahukan... selepas selesai makan terus kamu turun untuk bermain dengan kawan-kawan... meninggalkan pinggan dan nasi yang bersepah untuk ibu kemaskan...
Saat kamu riang bermain... datang seorang kawan membawa permainan barunya... katanya hadiah dari ayahnya... kamu rasa teruja... kamu pun mahukan permainan dari ayah kamu... kamu berlari pulang ke rumah... merengek-rengek minta dibelikan permainan baru...
Esoknya... ayah dengan lelahnya yang semakin teruk... batuk tidak berhenti... tetap turun pada awal pagi ke hutan mencari rebung lebih untuk dibuat jualan... hasilnya dapatlah digunakan untuk membeli permainan baru kamu... sedang kamu, terus bersuka ria bermain dengan kawan-kawan...
(SUARA KEM KOMANDAN)
Tahukah kamu ayah kamu telah pergi? Tahukah kamu? Tidak! Kamu tidak tahu! Kerana kamu asyik memancing dan bergembira dengan kawan-kawan! Kamu bergelak ketawa adik-adik! Sedangkan ibu... Berlinangan air mata menangisi pemergian suami tercinta...
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Dan ketika kamu mendapat tahu berita itu... kamu bukan menangis kerana pemergiaannya seorang ayah... kamu menangis bukan kerana menyesal... tetapi kamu menangis kerana ayah pergi tanpa sempat memberikan kamu sebarang permainan... itulah kamu... itu kamu... kamu...
*PERLAHANKAN ALUNAN SENTIMENTAL, MAINKAN LAGU AIR MATA IBU NYANYIAN SITI NURHALIZA*
Setelah pemergian ayah, ibu mengambil tugas ayah kepada keluarga. Ibu mengambil upah menjahit, mengambil upah ke kebun, membuat penyapu lidi selain rutin hariannya membuat kuih agar kamu dan adik-beradik kamu tidak terus kelaparan.
Tapi... apalah sangat kudrat seorang ibu... kehidupan kamu semakin susah dan susah. Melihat keadaan kelurga kamu... seorang pakcik yang baik hati dan berjiran dengan kamu datang menghulurkan bantuan... malangnya ibu kamu menolak... jiran-jiran kamu pula seringkali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kamu sekeluarga. Ibu tetap dengan keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Kata ibu...
(SUARA FASILITATOR sebagai ibu)
Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki lain dalam hidup saya... saya hanya perlukan anak-anak saya...
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Lihatlah... ibu berbohong lagi... kemudian hari permulaan kamu di sekolah rendah bermula... sungguhpun kehidupan kamu tidak semewah mana... ibu masih mampu untuk membayar yuran persekolahan kamu... kamu dihantar ke kelas... ibu pula setia menemani di luar... ketika loceng menandakan waktu rehat telah habis... ibu pun ingin berganjak pulang... kamu menangis... menangis kerana takut ditinggalkan... namun... seperti biasa... ibu cepat memujuk kamu... untuk tinggal di sekolah dan belajar sehingga menjadi orang yang berjaya... supaya besar boleh menjadi harapan keluarga... kamu akur... kamu mulakan sesi pembelajaran kamu sehingga kamu beroleh ramai kawan dan sering mendapat pujian dari guru-guru...
Hari demi hari berlalu... bulan silih berganti... kini tiba saat kamu menduduki peperiksaan UPSR... kamu sering mengulangkaji pelajaran di hadapan ibu kamu... sehingga akhirnya kamu terlena dalam dakapan buku-buku...
Tika dinihari... lebih kurang pukul 2 pagi... kamu terjaga dari tidur. Kamu melihat ibu sedang membuat kuih bertemankan pelita di hadapannya. Beberapa kali pula kamu lihat ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk. Tetapi... sebaik terpandang kamu memerhatikannya... ibu terus berkata...
(SUARA FASILITATOR sebagai ibu)
Tidurlah nak... malam lagi... esok nak ke sekolah...
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Ibu berkata demikian sedang dirinya tidak lelap sehingga ke pagi... begitulah keadaannya... sehingga sebulan sebelum UPSR menjelang tiba... ibu giat berdoa... melakukan solat hajat minta urusan kamu lancar... segala yang kamu baca lekat di fikiran... Alhamdullillah berkat doa ibu kamu berjaya dengan cemerlang... girang hati kamu kerana berjaya menunaikan hasrat ibu... berbekalkan keputusan yang cemerlang itu kamu meneruskan pembelajaran kamu di sekolah menengah... masa kian belalu pergi... kamu mula berjinak dengan dunia luar... belajar melakukan sesuatu mengikut kata hati... kawan merokok kamu pun ikut sama merokok! Kamu mula melawan cakap ibu yang bertanyakan hal kamu! Kamu mula liar! Resah hati ibu melihat kamu berubah... pun begitu... hati kecil seorang ibu tetap memahami... mungkin kamu baru hendak mengenali dunia luar... dan ibu terus berdoa...
(SUARA FASILITATOR sebagai ibu)
Ya Allah ya Tuhanku... berikanlah cahaya hidayah kepada anakku... lindungilah anakku dari segala macam bahaya yang ada... ya Allah yang Maha Esa... berkatilah ilmu di dada anakku... agar dia menjadi orang yang berguna suatu masa kelak...
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani kamu pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan PMR... ketika hari menginjak siang... terik panas matahari mula menyinari... ibu terus sabar menunggu kamu di luar dewan... ibu seringkali tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa agar kamu lulus peperiksaan ini dengan cemerlang...
*MAINKAN LAGU SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU NYANYIAN AISYAH*
Setelah peperiksaan selesai... ibu segera menyambut kamu dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang di bawanya... tetapi kamu tidak tidak tahu bahawa kopi kental itu tidak langsung dapat menandingi hati ibu yang jauh lebih kental... kerana kamu dengan perasaan ego hanya memandang cawan tersebut yang masih berada di tangan ibu kamu...
(SUARA KEM KOMANDAN)
Kamu suruh ibu kamu balik! Kamu katakan yang kamu malu terhadap kawan-kawan kamu! Kamu aibkan ibu kamu di depan kawan-kawan... Kamu aibkan ibu kamu!
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Tidak setanding rasanya pengorbanan seorang ibu untuk anak yang menderhaka seperti kamu! Kamu hancurkan hatinya... entah kenapa... ajaib sekali... ibu tidak pernah menyalahi kamu... ibu menyalahi dirinya sendiri... ibu kata pada dirinya bahawa anaknya sudah dewasa... sudah pandai menjaga diri... namun malang datang lagi setelah keputusan PMR kamu ternyata mendukacitakan... sedangkan rakan-rakan lain terus cemerlang dalam hidup mereka... begitu pun sekali lagi ibu tidak menyalahi kamu... pada ibu mungkin kamu belum bersedia lagi...
Hidup ini terlalu mengasyikkan... kerana itu kamu terus-terusan enjoy dan enjoy tanpa menghiraukan pelajaran kamu... tanpa menghiraukan ibu yang mengharapkan perubahan dari kamu... sehinggalah kamu meningkat naik ke tingkatan 5... masa yang akan menentukan ke mana hala tuju kamu... di mana masa depan kamu... setiap hari adalah hari yang mendebarkan bagi ibu... dalam pada itu segala kemahuan... kehendak kamu... ibu turuti dengan harapan dapat menaikkan semangat kamu untuk belajar...
(SUARA KEM KOMANDAN)
Tapi kamu ENJOY!!!
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Sudahlah pulang di tengah malam... pelajaran entah ke mana... ibu menegur kamu melawan... kamu menjerit pada ibu... kamu kata...
(SUARA KEM KOMANDAN)
Diamlah! Jangan menyibuk hal orang!
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Kamu masuk ke bilik lalu menghempas pintu... ibu pula terdiam tanpa kata... sungguhpun kamu calari hati tuanya... ibu tetap duduk bermohon kepada Tuhan setiap malam agar kamu menjadi anak yang soleh dan solehah seperti mana harapan dia dan arwah suaminya yang tercinta sewaktu kamu dikandungkan suatu masa dulu... dan bila tiba masanya kamu menduduki peperiksan SPM... ibu masih mendoakan kejayaan untuk kamu...
Syukur alhamdulliah... berkat doa dan kasihnya seorang ibu... kamu berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Kamu sangat gembira... sayang seribu kali sayang... kamu tidak terus pulang mendakap ibu, mengucup pipinya tanda terima kasih. Kamu meraikannya dengan rakan-rakan di restoran KFC... Pizza Hut... Mc Donald... kamu bergembira dengan kekasih kamu... umpamanya kamu adalah anak orang kaya... sedangkan itu duit titik peluh ibu yang bersengkang mata setiap hari... duit sakit pinggangnya melakukan kerja tanpa sedikit pun keluhan yang lahir dari bibir... kamu berpesta... tanpa kamu sedari ibu sedang menanti kamu dengan debarnya di rumah... sejak dinihari hingga ke waktu senja... mengharap keputusan yang akan kamu bawa pulang ke rumah tidak mengecewakan dirinya...
Benar... keputusan yang kamu bawa pulang tidak mengecewakan dirinya... tetapi tingkah laku kamu yang telah mencarik hatinya. Pulang di kala lewat tengah malam. Pulang tanpa mencari ibu. Pulang dan terus mengunci dalam bilik, menyalin pakaian dan TIDUR!!! Ibu datang mengetuk bilik untuk bertanyakan keputusan kamu... tapi kamu...
(SUARA KEM KOMANDAN)
KAMU MELENTING!!! KAMU MARAH IBU YANG MENGGANGGU LENA TIDUR KAMU! KAMU CAMPAK SLIP KEPUTUSAN ITU...
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Slip keputusan itu jatuh di kaki ibu... ibu yang tunduk mengutipnya... anak-anak/sahabat-sahabat... mengapa begitu kelakuan kamu... menitik air mata ibu... dalam ria terpalit duka... dalam sendu hatinya menangis hiba...
Tidak lama kemudian datang pula tawaran untuk kamu menyambung pelajaran... kamu gembira bukan kepalang. Kamu akan sama-sama berjaya seperti rakan-rakan kamu yang lainnya. Kamu beria meminta ibu untuk mendaftarkan kamu di sini. Kamu tahu pendaftarannya memerlukan wang yang banyak. Seperti biasa kamu tidak peduli sama ada ibu mampu untuk menunaikannya atau tidak. Kerana kamu tahu sesusah mana sekalipun ibu, demi insan yang bergelar anak... untuk masa depan insan ini... untuk kejayaan insan yang bergelar ANAK ini... ibu talah menghantar kamu ke INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA iaitu--------------- ini... kamu tahu ibu pasti akan memberikan yang terbaik buat kamu... di sini kamu bergelak ketawa bergembira dengan kawan-kawan sedangkan ibu berusaha lebih gigih dari rutin biasanya hanya untuk kesenangan kamu... kesusahannya tidak pernah diceritakan pada kamu... hatta dirinya berlaukkan nasi dan telur ayam... berbeza dengan kamu yang setiap hari bersuap juadah enak dan mahal... bayangkanlah anak-anak/sahabat-sahabat... betapa daifnya kehidupan ibu di kampung...
(SUARA KEM KOMANDAN)
TAPI KAMU EGO!!! BONGKAK!!! BERLAGAK SEPERTI ANAK ORANG KAYA!! KAMU ANAK YANG TAK SEDAR DIRI!!!
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Sejak dari mula kamu disini... tidak sekali kamu pulang ke kampung menjenguk ibu dan adik-adik... kamu terus-terusan hanyut dengan dunia kamu... bila kehabisan duit... kamu hanya perlu memberitahu ibu... dan ibu akan segera memasukkan wang ke dalam akaun kamu tanpa kamu tahu duit itu untuk persekolahan adik-adik kamu... kamu tidak pula berterima kasih... sebaliknya mendesak untuk mendapatkan duit lebih... sehinggalah suatu hari... kamu mendapat berita dari adik kamu... bahawa ibu sedang sakit tenat di rumah... kamu yang ketika itu enak menjamu selera tidak segera pulang... kamu habiskan saki baki makanan kamu... sedang ibu di rumah sudah terbaring lemah... adik-adik yang duduk mengelilingi menangis melihat ibu yang tercinta kian nazak... orang-orang kampung kamu hadir untuk membacakan yassin...
*MAINKAN BACAAN YASSIN OLEH IMAM ALGHAMIDI DENGAN PERLAHAN*
(SUARA KEM KOMANDAN)
Kamu masih di gerai berbual dengan rakan! Menghabiskan puntung rokok yang terakhir dalam kotak!
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Kamu beredar setelah puntung rokok yang terakhir habis menjadi abu... sebaik kamu memasuki halaman rumah... kamu dapati orang ramai berkumpul di rumah kamu. Kamu bergegas naik tanpa mengucapkan salam... kamu lihat ibu yang terbaring nazak menunggu saat menghembuskan nafas... ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah kamu dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan kamu senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya... betapa penyakit ibu telah memamah dirinya sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus... saat itu baru kamu merasai sebak didada... air mata berlinangan di pipi... kamu mencium tangan ibu... kemudian kamu kucup pula pipi dan dahinya...
(SUARA KEM KOMANDAN)
Untuk apa! Dah tak ada gunanya! Kamu terlalu banyak menyakiti hati ibu! Kamu calari jiwanya! Untuk apa kamu menangis? Hentikan lakonan kamu!
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Hentikan lakonan kamu... kerana kamu tidak mungkin memperolehi apa-apa kerana ibu tidak berharta... dalam saat akhir hidupnya... ibu masih mampu tersenyum dan berkata...
(SUARA FASILITATOR sebagai ibu)
Jangan menangis nak... ibu tak sakit...
(SUARA BIRO sebagai narrator)
Setelah mengucapkan pembohongan yang terakhir... ibu menutup matanya tanpa memcelikkannya lagi... ibu telah pergi menghadap Ilahi... kamu lihat adik-adik kamu yang teresak-esak menangis di hadapan kamu... (bacaan al fatihah yang mendayu mengiringi)
*MAINKAN LAGU BUATMU IBU*
Mahukah kamu teruskan hidup kamu seperti selalunya? Membiarkan adik-adik kamu kelaparan... dahaga keperluan dan kasih sayang... sanggupkah kamu melihat adik kamu bertarung nyawa melawan seekor anjing di belakang sebuah gerai... semata-mata berebutkan seketul daging... untuk mengisi perut yang lapar? Tegarkah perasaan kamu? Melihat adik-adik kamu dipisahkan... dijaga oleh orang lain... kemudian didera...
Mahukah kamu... semua ini terjadi pada diri kamu? Mahukah kamu merasai keperitan hidup sebegini? Mahukah kamu? Ingatlah anak-anak/sahabat-sahabat... setiap perbuatan kita pada ibu dan ayah akan kembali jua pada diri kita... andai baik yang kita sua pada mereka maka baiklah nanti kehidupan kita... andai buruk yang kita suakan... tidak di dunia pasti diakhirat Allah membalasnya...
Wahai adik-adik yang diberkati Allah... kamu bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah... kamu masih boleh memeluk dan mencium mereka... masih boleh mengadu, dan bergurau senda... anak-anak/sahabat-sahabat yang disayangi... peliharalah akhlak kamu... tekadkan azam di hati kamu... sematkan amanah mereka erat-erat... genggamkanlah tangan kamu... tarik dan bawa ke dada... lafazkanlah ikrar kamu...
Ayah... ibu... Diri ini adalah anakmu Dengan ini berjanji! Sesungguhnya Aku akan berpegang pada agamaku Aku akan ingat dan genggam amanahmu Biar pahit yang harus ditelan Aku akan cuba sedaya upaya Menjadi manusia yang berjaya Di dunia dan di akhirat Aku berjanji! Kerana aku adalah juaramu, ayah, ibu...
Moga-moga ikrar ini sentiasa mekar dan subur di hati kamu... bayangkan wajah ibu dan ayah yang jauh dari mata... telefonlah mereka selepas ini... pohonlah kemaafan pada mereka... andai ada keterlanjuran kamu dalam bersuara... andai ada kekasaran kamu dalam tingkah laku... ingatlah bahawa syurga itu ditelapak kaki seorang ibu... pohonlah kemaafan kepada mereka... agar hati kamu akan tenang... sentiasa...
~~~~~ Ini adalah karya pertama saya di sini. Harap ada feedback dari pembaca. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Tuhan dan yang silap itu datang dari diri saya sendiri. Insya-Allah selepas ini akan ada karya lain yang menyusul. Wassalam...
best,sgt2 best... bt cerpen cmnie demi menyebarkn dakwah.. walaupun slow2,tp insyaAllah akan berkesan dakwah cmnie... semoga islam sentiasa dimartabatkn... cerpen cmni insyaAllah akan mengubah sesape jge yg terlalai dan terleka dgn nikmat dunia sehingga terlpe ksshn dan kecekalan seorg insan bernama 'ibu','ibu' dan 'ibu'
pertama sekali baca cerpen ini, saya boleh kata wow... jalan cerita yang bagus dan kreati. tetapi mana penutup dan pembuka kata yang menunjukan sesuatu dialog itu diujarkan? selain dialog, penggunaan tiga titik (...) tidak boleh. jika ingin menoktah, letakan dengan satu titik sahaja. teruskan usaha.
wslm n terima kasih untuk semua comment... untuk pengetahuan pmbca skalian, skrip ini saya buat seringkas mungkin untuk bacaan sendiri dan tidak mngikut format sebenar penulisan. saya taip semula berdasarkan bagaimana program tersebut berjalan wktu itu dan untuk dikongsi bersama dalam ruangan ini. apa pun terima kasih utk apa jua komen dan sokongan pembaca sekalian. insyaAllah akan ada cerita baru yang menyusul nanti..salam ukhwah
ok good luck for your job next time,semoga dapat hasilkan karya sebegini dengan lebih banyak,dan semoga karya anda dapat menginsafkan sesiapa yang membacanya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
gud luck..