Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
MALAM itu genaplah 100 hari Tuan Nizam dan Puan Yasmin pergi meninggalkan anak yang tiada tempat bergantung. Rafidah mengadakan kenduri untuk Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Qaseh seperti orang yang hilang kewarasan. Berhari-hari mengurungkan diri di dalam bilik. Berjumpa dengan saudara mara tidak mahu. Makan pun tidak mahu. Dia hanya menerima kunjungan Puan Sri Marlisa sahaja. Ini kerana Puan Sri Marlisa ada iras-iras wajah Puan Yasmin. Qaseh tidak lagi menangis. Semuanya dipendamkan di dalam hati. Air matanya bagaikan sudah kering. Puan Sri Marlisa memandikan Qaseh. Dia menyikat rambut Qaseh. Lembutnya rambut Qaseh, hati Puan Sri Marlisa berkata-kata di dalam hati. Qaseh memegang gambar ibu dan bapanya. Dilekapkan di dada. Kemudian diciumnya gambar itu. Dia melakukan perbuatan itu berulangkali. "Qaseh..." panggil Puan Sri Marlisa. Qaseh memandang wajah Puan Sri Marlisa tanpa sebarang reaksi. Perasaan dan emosinya pergi bersama kedua ibubapanya. Dia seperti ‘mayat hidup’. "Qaseh tak boleh macam ni tau. Ramai orang risaukan Qaseh. Mak Ngah Idah, Pak Ngah Din, auntie, uncle dan terutama sekali Atuk. Qaseh tak kesiankan Atuk? Atuk tak tidur malam. Asyik jaga Qaseh." Puan Sri Marlisa separuh berbisik di telinga Qaseh. Qaseh memandang wajahnya di cermin solek. Dia seperti tersedar dari tidurnya yang panjang. Selama ini, matanya terbuka tetapi jiwanya tidur. Hatinya mati. Entah kenapa dia tidak memikirkan Datuk. Agak lama kemudian dia tersenyum. Perlahan-lahan diletakkan gambar Tuan Nizam dan Puan Yasmin ke atas meja solek. Puan Sri Marlisa sedikit lega dengan perbuatan Qaseh. "Jom kita turun, auntie." Qaseh beralih ke arah Puan Sri Marlisa. Senyuman terukir di bibir mungil Qaseh. Mereka berpegang tangan dan berjalan keluar dari bilik Qaseh. Perlahan-lahan mereka menuruni anak tangga. Kesemua tetamu yang berada di situ hanya tersenyum melihat perubahan diri Qaseh. Qaseh ternampak Datuk tersenyum ke arahnya. Dia berlari mendapatkan Datuk. Dipeluk seeratnya. Air mata Datuk tumpah jua apabila melihat cucu kesayangannya sudah pulih. "Qaseh minta maaf, Atuk." Qaseh meleraikan pelukannya. Datuk mengerutkan dahi. Dia bersyukur cucu kesayangannya telah kembali semula kepada dia. "Kenapa Qaseh minta maaf?" "Qaseh banyak menyusahkan Atuk. Banyak buat Atuk risau. Qaseh janji Qaseh tak buat lagi." Air matanya mengalir. Datuk mengesat air mata Qaseh. "Cukuplah, Qaseh. Jangan menangis lagi." Mereka berpelukan sekali lagi. Puan Sri Marlisa dan Rafidah turut mengalirkan air mata.
DATUK terbatuk kecil. Mengejutkan Qaseh dari lamunannya yang panjang. Sudah 14 tahun kejadian itu berlaku namun ingatannya tetap segar. Qaseh memandang wajah Datuk yang lemah. Hampir 7 tahun Qaseh pergi melanjutkan pelajarannya di Luxembourg. Pergi membawa hati yang perlu ditenangkan. Ditinggalkan Datuk keseorangan di Malaysia. Semenjak kebelakangan ini kesihatan Datuk kurang baik. Qaseh risaukan Datuk. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia. Rafidah pula sibuk dengan anak-anaknya yang masih bersekolah. Sudah tentu tidak ada masa terluang dengan Datuk. Tuan Syed, Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa bukanlah selalu datang menjenguk Datuk. Mereka pun sibuk dengan kerja mereka. Datuk membuka matanya sedikit. Dipandang ke sekeliling bilik. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu wajah. Tersenyum. "Atuk, Qaseh ni." Datuk cuba untuk bangun. Tetapi Qaseh melarangnya. "Atuk rehatlah. Doktor kata Atuk jangan banyak bergerak." Datuk mematuhi kata-kata Qaseh. Dia kembali memejamkan matanya. Qaseh menyandarkan badannya di atas sofa yang disediakan di dalam wad tersebut. Letih kerana perjalanan yang memakan masa selama 14 jam, belum lagi hilang. Kemudian dia berkejar pula ke hospital setelah mendapat panggilan daripada Rafidah. Qaseh mahu membuat kejutan kepada datuknya tetapi sebaliknya dia yang menerima kejutan daripada Datuk. Pintu bilik wad dikuak. Qaseh memandang ke arah pintu tersebut. Rafidah masuk ke dalam perlahan-lahan. Tidak mahu menganggu Datuk. Dia berjalan menuju ke arah Qaseh. Qaseh melihat jam ditangan. Sudah pukul 8 pagi. Lama juga dia berangan! Desis hatinya. "Awalnya Mak Ngah datang." "Macam nilah selalu. Atuk macam mana?" "Atuk dah sedar. Tapi dia masih lemah. Dia dah tidur balik." Rafidah mengangguk mendengar kata Qaseh. Qaseh menyalami tangan Rafidah. "Mak Ngah sihat?" "Macam nilah, Qaseh. Nak kata sihat sangat pun tak. Nak kata sakit pun tak. Qaseh macam mana? How’s Luxembourg?" Rafidah sudah lama tidak berjumpa dengan anak saudaranya itu. Terasa rindu pula. "Cold. A bit windy. But I like it there. So beautiful. It’s undescribable. Qaseh paling suka pergi Canton Grevenmacher." Qaseh bercerita sambil membayangkan keindahan negeri yang menjadi tempatnya menyambung pelajaran. Melupakan segala kedukaan. "Canton Grevenmacher tu kat mana?" "Dalam area Dutch juga. Tapi antara banyak-banyak Canton, Qaseh suka Canton Wiltz dan Grevenmacher lah." Dia terasa rindu pula pada tempat yang banyak menyimpan kenangan manisnya. Tempat yang banyak mendengar kisah hidupnya sebagai seorang anak yatim piatu. Dia bersyukur Datuk masih hidup. Hilang sedikit derita di hatinya. "Apa yang ada kat Grevenmacher tu?" Rafidah terasa seronok pula mendengar cerita anak saudaranya. Dia ingin mengajak suaminya pergi ke sana satu hari nanti. Dia akan memaksa suaminya mengambil cuti. Semenjak suaminya memulakan perniagaan sendiri, masa yang diluangkan untuk keluarga semakin terhad. "Bourglinster, a castle. Very beautiful castle. Uhh! I like it there. And then, a little village named Ehnen. Actually, it’s a wine museum lah. Lepas tu ada perkampungan untuk pertanian. Kampung tu lebih kurang macam leisuring park. Kita boleh berekreasi kat situ. Nama kampung tu, tak silap Sarah lah, Masthum ke Machtum. Tak pasti. Sebab pelik sangat nama tu. Lepas tu ada tempat nama Wormeldange dan Wasserbillig. It’s very beautiful. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Mak Ngah kena pergi sana dan saksikan sendiri keindahan negara tu. It’s so amazing. Dalam satu hari, I have toured the canton. Tapi kat sana banyak church." Rafidah terlalu seronok mendengar cerita Qaseh sehinggakan lupa tujuannya ke hospital. "One day, I have to go there." Rafidah berjanji akan pergi ke tempat yang diceritakan oleh Qaseh. Qaseh tersenyum melihat Mak Ngahnya. "Ajaklah Pak Ngah Din." "Huh! Pak Ngah kau tu? Jangan haraplah. Sampai Mak Ngah tua pun belum tentu dia nak pergi melancong. Kalau pergi haji, nak lah dia." Rafidah mendengus. Qaseh ketawa kecil. "Pergi haji pun apa salahnya, Mak Ngah." Qaseh menghabiskan sisa tawanya. "Betul jugak tu. Mak Ngah pun dah teringin sangat nak tengok keindahan Mekah tu. Bila Mak Ngah ajak, ada je alasan Pak Ngah kau tu. Dahlah. Kalau bercakap dengan Qaseh, satu kerja pun tak jadi." Rafidah mengambil buah-buahan yang dibawanya dan dibasuh dengan air. Dikupas kulit buah oren dan dipotongnya. Disuakan kepada Qaseh. Qaseh mengambil satu ulas buah oren. Kemudian, Rafidah mengambil jambangan bunga yang dibawanya dan ditukarnya dengan yang lama. "Hari-hari ke Mak Ngah buat macam ni?" "A’ah, Qaseh. Bila Atuk bangun, mesti dia nak makan buah. Lepas tu, Atuk kan suka tengok bunga yang segar. Sebab tulah, hari-hari Mak Ngah kena bawak bunga." Qaseh hanya mengangguk mendengar penjelasan Mak Ngahnya. Datuk tersedar apabila mendengar mulut Rafidah yang tidak henti-henti bercakap. "Ayah..." panggil Rafidah. Dia menaikkan sedikit katil Datuk. Senang untuk Datuk makan buah-buahan. Qaseh berjalan mendekati Datuk. Tersenyum memandang ‘kekasih lamanya’. "Atuk... Atuk apa khabar?" Qaseh hampir menitiskan air matanya melihat keadaan Datuk yang semakin lemah. "Atuk sihat sikit. Bila Qaseh balik?" kata Datuk dengan lemah. Qaseh duduk di atas katil Datuk dan menghadap wajah orang yang amat dirinduinya. "Semalam. Qaseh sampai pukul 6.30 petang. Dari KLIA, terus datang ke hospital. Sebabnya, Qaseh dah tak sabar nak jumpa kekasih lama Qaseh. Tapi...Atuk tak bangun pun. Terpaksalah Qaseh tunggu lagi satu hari." Datuk tersenyum mendengar kata-kata Qaseh. Leka dia bersembang dengan datuknya. Banyak pengalaman dan cerita yang hendak dikhabarkan kepada Datuk. Datuk sekali-sekala tergelak mendengar cerita Qaseh. Rafidah juga tidak ketinggalan.
HARI ini Qaseh memulakan kerja di syarikat pengiklanan, W&S Advertising Company. Setelah sebulan dia bercuti untuk menjaga Datuk, kini dia kembali dengan aktiviti asalnya. Mereka iklan untuk pelanggannya. Hari ini adalah hari pertama dia bekerja. Penampilannya mestilah nampak menarik. Pekerja-pekerja lelaki di syarikat itu memandangnya seperti hendak memakan orang. Pekerja-pekerja wanita pula, hanya menjeling kepadanya. Tetapi dia tidak ambil peduli. Dia datang ke situ dengan niat untuk bekerja. Bukan mencari pasal. "Ok, Qaseh. Inilah tempat awak." Bosnya menunjukkan bilik pejabatnya. Dia memegang jawatan sebagai Pengarah Seni di syarikat tersebut. "Cah…Nanti tolong kenalkan Cik Qaseh pada semua pekerja kita." Arah bosnya, Encik Sulaiman Akhlaken, kepada Aishah, setiausahanya. "Baik, bos." Aishah berjalan ke arah Qaseh. "Mari, Cik Qaseh. Saya kenalkan rakan-rakan kita." Mereka berjalan beriringan dan Qaseh diperkenalkan kepada semua orang. "Tak payahlah bercik-cik dengan saya. Panggil saja saya Qaseh." Kata Qaseh. Aishah hanya tersenyum. Tidaklah sombong seperti Pengarah Seni sebelum ini. Hatinya berkata-kata. "Kenapa dia orang semua pandang saya macam nak telan saya saja?" Qaseh bertanya kepada Aishah. Tergelak gadis itu apabila mendengar soalan daripada Qaseh. "Mungkin rupa awak ni macam orang putih. Sebab tulah, agaknya." Jelas Aishah. Qaseh terangguk-angguk. "Hah! Ini kawan baik saya, Raheyla." Kata Aishah apabila mereka berhenti dihadapan satu meja. "How are you? Just call me Eyla." Raheyla bersalaman dengan Qaseh. Raheyla segera menarik Aishah jauh daripada Qaseh. "Orang putih mana kau dapat ni?" tanya Raheyla. Tergelak besar kawannya itu. "Dia bukan orang putih lah. Mukanya saja macam orang putih. Kacukan, agaknya." Aishah menggeleng melihat gelagat kawannya itu. "Kenapa, Cah?" tanya Qaseh kebingungan. "Awak ni berdarah kacukan ke?" Aishah mendapatkan kepastian daripada Qaseh. Gadis itu tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. "Ya. Sebelah mak saya. Atuk saya Melayu. Nenek saya French. Tapi kalau sebelah bapa saya, ada campuran Bugis-Arab dan Melayu." Terang Qaseh. Ternganga mereka berdua mendengarnya. Banyak betul campurannya. Mereka senang dengan Qaseh. Raheyla meneruskan kerjanya kembali. Qaseh berjalan ke arah bilik pejabatnya. Aishah sudah kembali ke tempatnya. Interkom di tempat Aishah berbunyi. "Cah…Tolong panggilkan Cik Qaseh masuk ke bilik mesyuarat." Arah Encik Sulaiman. "Baik, bos." Aishah segera berjalan ke arah bilik Sarah. Diketuk pintu bilik tersebut. Arahan masuk diberikan. "Kenapa, Cah?" "Encik Sulaiman nak jumpa Cik Qaseh." "Kan saya dah kata. Tak payah bercik-cik dengan saya. Panggil Qaseh saja dahlah. Saya tak biasa orang panggil saya Cik. Lain kali, Ecah panggil saya Qaseh. Paham? Ini arahan daripada saya." Kata Qaseh sambil tersenyum. Aishah hanya mengangguk. Kemudian mereka sama-sama tersenyum. Qaseh keluar dari biliknya dan berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Perlahan-lahan pintu itu diketuk. "Masuk." Encik Sulaiman memberikan arahan. Qaseh menguak pintu bilik mesyuarat itu. Dilihatnya Encik Sulaiman tersenyum dan disebelah Encik Sulaiman ada seorang lelaki juga tersenyum kepadanya. "Mari saya kenalkan." Encik Sulaiman dan lelaki tersebut bangun. Qaseh berjalan menuju ke arah Encik Sulaiman. "Qaseh, kenalkan inilah pelanggan kita yang paling penting, Encik Fareez. Encik Fareez, ini Pengarah Seni kami yang terbaru, Cik Qaseh Soraya." Mereka berdua bersalaman. Sama-sama tersenyum. Hati Qaseh berdegup laju. Kacaknya dia ini. Untung betul siapa dapat dia. Tetapi cepat-cepat Qaseh menangkis perasaan tersebut. Aku ke sini untuk kerja, bukannya menggatal. Kata hati kecilnya. "Mulai sekarang, Qaseh akan uruskan tentang pengiklanan syarikat Encik Fareez." Terbeliak biji mata Qaseh mendengar kata-kata Encik Sulaiman. Baru hari pertama bekerja, sudah diberikan pelanggan yang paling penting untuk diuruskan. "Encik Sulaiman yakin yang dia dapat uruskan iklan syarikat saya?" Fareez memandang Encik Sulaiman. Qaseh memandang wajah Fareez. Adakah Fareez hendak memperkecilkan bakatnya sebagai seorang Pengarah Seni? Dia akan tunjukkan dirinya yang sebenar. Ini Qasehlah. Tiada orang boleh melawannya dalam bidang pengiklanan. "Nampaknya Encik Fareez tak yakin dengan saya." Qaseh berkata. Serius dia memandang Fareez. Berlagaknya mamat ni, hati Qaseh berdetik. Dengan muka yang sinis, Fareez memandang Qaseh. "Bukan saya tak yakin dengan awak cuma saya tak yakin dengan perempuan. Sebelum ini pun, Pengarah Seni syarikat pengiklanan yang lain pun perempuan. Bukannya nak buat kerja, hanya kaki menggoda. Kata pandai sangat mereka iklan tapi semuanya, rubbish. Ada hati nak jadi isteri orang kaya, konon." Kata-kata Fareez tajam menghiris pendengaran Qaseh. Qaseh memandang muka Fareez dengan penuh kebencian. Dia berjanji tidak akan jatuh cinta kepada Fareez selagi dia terpaksa bekerjasama dengan Fareez. Walaupun Fareez semacho Christopher Plummer. "Nanti dulu, Encik Fareez. Saya yakin Qaseh bukan macam tu. Encik Fareez cubalah bekerjasama dengan dia dulu." Encik Sulaiman menenangkan suasana yang semakin tegang. Kalau Qaseh tahulah dia terpaksa bekerja dengan manusia macam ini pada hari pertama dia memulakan pekerjaannya, sudah pasti dia tidak akan menerima jawatan tersebut. Biarlah datang bergolek depan mata. Akan ditolaknya bulat-bulat.
Cuba Aisha hamza buat novel DARI KL KE LUXEMBOURG 2....BUAT UNTUK SISSONS 2...CUBA BUAT NOVEL DARI KL KE LUXEMBOURG 2...SEBAB SAYA SUKA BACA NOVEL DARI KL KE LUXEMBOURG
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
menarik2...
teruskan yer...
sy suke!!!