Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Meriahnya suasana di kampung. Muzik yang sekejap-sekejap bertukar rentak beralun hingga ke kampung sebelah. Menandakan adanya satu keramaian sedang berlaku. Menyambut kedatangan ahli baru dalam kampung itu.
Alunan lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Saloma berkemundang. Betapa gembira seisi rumah menerima kedatangan tetamu yang datang dari jauh dan dekat juga. Lauk-lauk telah pun dimasak semalam dan hari ini tunggu dihidangkan saja.
Encik Irwan dan Puan Saeda tersenyum menerima kedatangan tetamu mereka. Salam disambut dan hadiah bertukar tangan. Ada yang kecil dan ada yang besar. Berwarna warni pembalut hadiah itu membungkus isinya di dalam. Senyuman melebar hingga ke telinga. Terlalu gembira kerana hari ini satu lagi tanggungjawab akan dilepaskan kepada menantunya.
Fatin Erlina berada di dalam bilik Fatin Erlina hanya mendiamkan diri tatkala wajahnya dirias mak andam yang ditempah khas itu. Sekilas melihat wajah pengantin baru itu seakan mempamerkan reaksi yang tidak direlakannya. Memikirkan dirinya yang telah sah menjadi milik Fadil, tunangannya. Apakah betul keputusannya untuk hidup bersama lelaki yang pernah menghancurkan hatinya suatu ketika dahulu?
"Angah, jangan masam muka macam ni.. Macam mana Cik Kiah, janda berhias ni nak solek muka Angah tu..? Kang hilang seri jadi macam tepung gomak pulak nanti.. Senyum sikit!" tegur Nurain sambil mengusik Cik Kiah, mak andam itu. Terjegil biji mata Cik Kiah mendengar usikan Nurain itu.
"Amboi…Nurain ooiii……..! Sedapnye mulut kamu mengata aku ye… Janda berhias ye..?" marah Cik Kiah ala-ala manja.
"Tak betul ke? Ala.. Nak malu apenye Kak Kiah? Benda dah betul lagipun Kak Kiah kan laku lagi kat kampung.. Janda muda, siapa lah yang tak nak..?? Orangnya dah la cantik, baik hati lagi.. Belakang Kak Kiah tu, ramai pemuda kat kampung ni yang hantar 'borang' tapi awal-awal lagi Kak Kiah dah reject diorang.. Rugi Kak Kiah kalau tak kahwin lagi sekali…" Nurain meneruskan usikannya dan Cik Kiah sekadar mencebik bibir. Tak mahu dia melayan Nurain yang sememangnya petah bercakap itu. Ada saja jawapannya bila ditanya.
Fatin Erlina hanya menjadi pendengar. Fikirannya melayang entah ke mana. Bergenang air mata di kelopak matanya namun segera ditahan agar tidak mengalir ke pipi. Biarlah dia seorang yang menanggung tangisannya.
Tidak lama lagi Fatin Erlina akan diarak ke pelamin untuk bersanding. Berdegup jantungnya menahan rasa debar di dada. Debaran yang juga diiringi rasa takut. Entahla, Fatin Erlina seakan tidak mampu untuk meneruskan majlis itu lagi.. namun dirinya telah sah menjadi hak milik lelaki itu. Ahh.. mengapa Fadil yang ditakdirkan menjadi pasangan hidupku? Kenapa Tuhan tidak memilih lelaki lain sebagai suamiku? Fatin Erlina berishtifar di dalam hati.
'Ya Allah, apa yang aku lakukan ini? Kenapa aku harus menyalahi takdir yang telah Kau berikan? Ampunkan dosa-dosaku.. Pastinya ada hikmah di sebalik yang telah Kau tentukan ini. Bimbinglah aku untuk menjadi isteri yang terbaik buat lelaki yang sanggup menerimaku seadanya..'
Fatin Erlina meraup mukanya. Mengaminkan doanya sebentar tadi. Terkejut Cik Kiah melihat tindakan drastik Fatin Erlina.
"Woii.. budak bertuah ni!! Abis mekap aku..!! Lagi beberapa minit nak bersanding, kamu buat hal pulak!! Naik penat aku make-up kamu ni. Tak reti nak duduk diam. Muak tu kejap pusing kiri, kejap pusing kanan. Tengok muka kamu kat cermin tu.. Dah macam sarkas, kamu tahu tak?? Ish..tak kuasa aku…" bebel Cik Kiah yang naik geram. Disuakan muka Fatin Erlina di cermin hadapan. Nurain yang bersama mereka dari tadi tergelak bagai nak pecah perut. Mana taknya, penat-penat dia mekap muka Fatin Erlina, jadi lain pulak.
"Ala.. Kak Kiah oii…! Make-up aje lagi sekali.Tak rugi apa-apa pun. Make-up yang molek-molek neh..! Hehe…" gelak Nurain. Fatin Erlina menyusun sepuluh jarinya memberi isyarat tanda maaf.
"Hah, kamu ni kenapa? Bukannya hari raya sekarang ni.." bising Cik Kiah lagi bila melihat gelagat Fatin Erlina yang mahu meminta maaf. Mulut aje bising tapi kerjanya tetap diteruskan. Cik Kiah meneruskan tugasnya walaupun tahu masa sudah tidak mencukupi..
Paluan kompang kedengaran menandakan pengantin lelaki sudah sampai bersama rombongannya. Sudah sepuluh minit menanti namun bayangan pengantin perempuan belum juga kelihatan. Cahaya matahari yang panas terik membuatkan kebanyakan daripada ahli rombongan pengantin lelaki itu berpeluh.
"Ish.. mane pengantinnya??" suara-suara kedengaran bertanyakan soalan. Letih sudah kaki mereka berdiri.
"Hah, kamu tengok tu! Pengantin lelaki dah sampai! Si Fatin ni belum lagi nak siapnya. Dah elok aku solek cantik-cantik, haru pula jadinya!! Nurainnn……..!" jerit Cik Kiah.
"Yes, Madam!!" terjengul muka Nurain di balik pintu. Tersengih-sengih dia di situ. Di tangannya terdapat bakul yang berisi bunga telur.
"Kamu ni.. Yang tersengih serupa macam kambing tu, kenapa?/ Letak dulu bakul tu. Betulkan pakaian Kak Fatin kamu ni. Sekarang ni masa untuk bersanding!" arah Cik Kiah. Segera Nurain meletakkan bakul itu di tepi sebelah kiri meja solek.
Fatin Erlina tergelak kecil melihatkan muncung adiknya yang ditarik panjang tanda protes. Hehe..Padan muka! Tak pasal-pasal jadi mak andam tak bertauliah. Tergeleng-geleng kepala Fatin Erlina. Ada juga hiburan untuk aku di sini. Sekurang-kurangnya ia mampu menutup keresahan yang memenuhi hatiku ini…
Malam sudah melabuhkan tirainya. Sudah ramai tetamu yang pulang lebih-lebih lagi penduduk kampung yang bekerjasama membantu memeriahkan majlis. Banyak pinggan mangkuk yang telah dicuci dan diletakkan di suatu sudut supaya senang dipulangkan kepada tuannya esok. Banyak juga lauk yang belum habis dijamah dibungkus untuk dibawa pulang.
Ahli keluarga pengantin berada di dalam rumah. Mereka berbual-bual dengan ahli keluarga dan sanak saudara yang lain. Isteri Abang Sham, Kak Juwita, Intan dan Nurain sibuk membawa hadiah ke bilik pengantin. Sudah hampir nak penuh bilik pengantin itu. Kelibat pengantinnya tidak pula kelihatan. Tercari-cari Nurain dimana Angahnya.
"Angah dengan abang Fadil mana ye? Tak nampak pun!" tanya Nurain.
"Janganla nak menyibuk hal pengantin dua orang tu.. Tu takde keje lain la tu, nak mengusik pengantin tu kann…? Biarkan mereka," celah Kak Juwita. Tiba-tiba anak nombor dua Kak Juwita datang menerpa sambil merengek meminta makanan dari mamanya. Kak Juwita mencium mesra pipi anaknya sambil memujuk. Kak Juwita meminta izin untuk ke dapur bagi memenuhi permintaan si kecil. Tersenyum Intan melihat telatah manja si kecil dan kemesraan dua beranak itu sambil mengangguk kepala dan membiarkan Kak Juwita bersama anaknya.
"Tak sabar nak dapat anak buah baru ni.." usik Nurain lalu dikerlingnya pada Intan yang sibuk menyusun hadiah setelah melihat Fatin Erlina berada di sisinya.
"Pergi mana tadi Angah?" tanya Intan. Tidak mahu menyampuk kata-kata Nurain yang sememangnya kaki mengusik.
"Adalah.."
"Ala..macam la kita tak tau.. Angah ehem-ehem kann…?" usik Nurain seraya ketawa. Fatin Erlina mencubit lengan Nurain. Nurain mengadu sakit.
"Padan muka!! Kita ada kat dapur pergi melantak dikatanya yang bukan-bukan pula." Fatin Erlina membalas usikan Nurain.
"Aik..? Tak kenyang-kenyang ke makan siang tadi?" soal Nurain lagi. "Ke nak menyimpan tenaga malam nanti?" Intan pula yang mengusik setelah melihat muka merah Fatin Erlina.
Intan dan Nurain ketawa. Fatin Erlina berlalu ke bilik Tak mahu dia melayan kerenah dua adiknya yang tidak putus-putus mengusik dari tadi. Dibaginya alasan mahu berehat dan pastinya mereka akan mengerti setelah seharian melayan tetamu. Fatin Erlina melangkah ke bilik lalu ditutup daun pintunya.
Di sebalik pintu, Fatin Erlina kembali bermuram. Hatinya mula dirundung sedih. Pilu mengingatkan dirinya yang sudah melangkah ke alam baru. Sedih mengingatkan bagaimana dia mahu memupuk semula rasa cinta dan kasih sayang kepada lelaki itu. Bagaimana hendak dibuka pintu hati yang telah tertutup selama ini?
Aku berkahwin tanpa ada rasa cinta pada Fadil. Hanya kerana melihat kesungguhan Fadil yang beria-ia mahu mengikatku dengan tali perkahwinan membuatkan aku rela tanpa sedar. Pastinya juga keputusanku ini merobek hati lelaki lain yang juga menagih cintanya dariku. Sudah tentu dia juga kesedihan seperti aku.
Aku kini bergelar isteri. Haruskah aku menjalankan tanggungjawabku sepenuhnya kepada Fadil? Ahh… Susahnya aku membuat keputusan. Kenapalah aku harus menerima perkahwinan ini dulu???
Hatinya berkecamuk bila menerima kad undangan perkahwinan yang berwarna krim itu. Dibalingnya kad itu ke dinding. Kad itu melayang jatuh ke lantai. Dipandangnya kad yang jauh dari tempat duduknya. Betapa sakit hatinya dengan berita yang baru diterima itu.
Tertera nama Fatin dan Fadil di muka depan kad membuatkan hatinya jadi panas. Rasa sia-sia usahanya selama ini. Betapa juga pengorbanannya tidak membuahkan hasil. Teringat dulu, sebaik menjejakkan kaki di bumi Malaysia, Zafrul Aidil terus berusaha mencari alamat Fatin Erlina. Hajat di hati ingin meluahkan perasaannya. Menyatakan rasa cintanya kepada gadis itu. Mengharapkan dia juga memberi reaksi yang sama.
Berbekalkan maklumat yang diberi oleh teman lama sekuliahnya, Zafrul Aidil tersenyum senang kerana berasakan kini gadis itu akan semakin dekat dengannya. Akan dipujuk rayu Fatin Erlina agar dia menerimanya sebagai kekasih sekaligus bakal menjadi isterinya kelak. Berbulan-bulan dia cuba mendekati Fatin Erlina. Mengekori Fatin Erlina walau kemana sahaja dia pergi. Fatin Erlina pergi kerja menaiki bas juga turut diturutinya. Itulah penangan Fatin Erlina. Entah kenapa sejak Zafrul Aidil meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pelajarannya, baru dia mula rasa kehilangan gadis manis itu.
Menggelabahnya Zafrul Aidil bila suatu hari terpegang tangan Fatin Erlina di dalam bas. Sekadar mengelakkan gadis itu dari terjatuh akibat berhimpit di dalam bas. Bersesak dengan orang ramai di dalam pengangkutan awam itu. Waktu itu, Fatin Erlina memandang wajahnya. Dahinya berkerut bagai mengingatkan sesuatu. Zafrul Aidil menarik nafas lega bila Fatin Erlina tidak bertanya gerangan dirinya yang begitu mudah memegang tangannya. Segera dilepaskan tangan Fatin Erlina bila melihat rasa kurang senang gadis itu.
Ahh..Fatin Erlina sudah tidak mengenali Zafrul Aidil. Bertahun lamanya tidak bersua muka. Perubahan dalam penampilan Zafrul Aidil pasti tidak akan mengingatkan Fatin Erlina pada mahasiswa yang selalu mengusiknya di universiti dulu.
Kini, Fatin Erlina terlepas ke tangan lelaki lain. Zafrul Aidil rasa kesunyian. Cintanya telah dibawa pergi bila mengetahui Fatin Erlina berkahwin. Hatinya bagaikan dibawa terbang di awangan. Patutkah Zafrul Aidil menghadiri majlis itu untuk memberitahu cintanya pada Fatin Erlina? Sekaligus merosakkan majlis itu??
'Aku juga yang bersalah. Aku meninggalkan dia setelah dia menceritakan keaiban tentang dirinya. Aku membiarkan juga dirinya terkapai-kapai dalam mencari maksud cintaku yang sebenar. Akulah yang sebenarnya kejam melarikan diri setelah mendapati dia tidak suci lagi padahal bukan dia yang bersalah. Aku memarahinya hampir setiap hari gara-gara aku tidak mampu menerima gadis semanis itu punya kenangan pahit yang sukar dilupakan. Aku…………..?'
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan