Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Barang-barang yang tadi diangkat diletakkan di atas meja dapur.
Macam-macam yang dibeli. Nampak meriah je sampai tak pasti dia nak masak apa untuk mereka bertiga makan tengah hari itu.
"Asha. Nak Ara tolong ke?" tanya Ara yang baru sahaja masuk ke dapur dan meletakkan plastik sayur yang dibawanya ke tempat Asha meletakkan barang tadi.
"Kalau Ara rasa boleh tolong. Tolonglah," jawab Asha selamba sambil mengeluarkan beberapa barang dari dalam plastik untuk dicuci dan dipotongnya.
"Asha," panggil Ara sambil melihat tangan Asha yang pantas bergerak melakukan kerjanya.
"Apa?"
"Asha tengok abang Emir tu macam mana?" Sayur kacang panjang yang dipegangnya digentel-gentel pada jari telunjuknya.
Dia rasa masa seperti itulah paling sesuai untuk bertanya itu dan ini dari Asha.
Sudah hampir dua bulan dia cuti semester dan sudah hampir dua bulan juga Asha tinggal di vila besar itu. Dia lihat abangnya yang seorang itu pelik sahaja bila berhadapan dengan Asha. Dia hendak juga tahu apa sebenarnya yang disorokkan mereka berdua.
"Menyakitkan hati."
Ara yang terkejut sedikit dengan jawapan Asha dan terpatahkan kacang panjang yang tadi asyik digentelnya.
'Apa nak buat ni? Argh letak tepi jelah. Nanti Asha tahu nak buat apa dengan kacang ni,' bual hati Ara sambil meletakakn kacang panjang di tepi dan menggapai plastik lain.
Ara rasa dia tersilap tanya. Kenapa macam lain je bunyi Asha manjawab soalan dia tu. Macam nada orang tak puas hati je bunyinya.
"Menyakitkan hati?"
Asha mengangguk dengan pertanyaan Ara yang mengulang ayatnya tadi.
"Mana part yang menyakitkan hati tu? Ara tengok Asha dengan abang Emir serasi je," tambah Ara menjolok rasa dalam hati Asha.
"All that he's done."
"Beratnya," getus Ara sendiri sambil mengeluarkan semua tomato dari dalam plastik.
"Pardon?" Asha mengerutkan dahinya. Ikan yang tadi siap disiang dan dicuci diletakkan di atas tapis.
"Tak ada apa-apa. Just cakap dengan diri sendiri." Ara serba salah. Barang-barang ditolak tepi. Tak tahu apa yang boleh dia tolong. Menyerakkan adalah.
Dia duduk melabuhkan punggungnya di kerusi melihat pergerakkan Asha.
"Asha."
"Hmm."
"Asha dah ada boyfriend ke?"
Asha menggeleng. Seketika kemudian dahinya berkerut.
'Saya tuan rumah kan? Jadi kena ikut cakap saya. Saya nak awak jadi girlfriend saya. Dah full stop. Saya tak nak dengar apa-apa.'
Terngiang-ngiang perkataan yang diucapkan Emir. Sebenarnya apa yang Emir hendak dari dia, dia sendiri tidak tahu.
"Fikir apa?"
Asha menggeleng.
"Asha ada masalah ke?"
Menggeleng lagi. Otaknya ligat berfikir. Takkanlah dia hendak terima apa yang Emir cakapkan sedangkan hatinya selalu sakit dikerjakan Emir.
"Asha pandai masak. Asha orang mana?" Dah lama Asha duduk di vila itu, baru itu dia dapat bertanya banyak benda untuk mengenali Asha.
"Orang sini juga."
"Asha belajar masak dari mana?"
"Dari banyak tempat. Mostly Japan and Korea."
"Hah?" Keliru dengan jawapan Asha. Asha salah cakap lagi ke? Atau dia yang silap dengar? Tidak pun Asha yang tak dengar apa yang dia tanya kan?
"Hmm?" Asha buat muka bingungnya.
"Tak adalah. Asha tak ada rasa nak belajar ke?" tanya Ara masih lagi ada benda yang dia hendak tanyakan. Diletak dahulu tepi apa yang menjadi tanda tanya dalam dirinya.
Asha hanya senyum.
"Talk about sambung belajar. Apa relation Asha dengan Kak Sara? Dia sambung belajar kan sekarang ni?" tanya Ara hendak tahu. Tiba-tiba sahaja nama itu terpacul di otaknya.
Asha tergamam seketika dengan pertanyaan itu. Lama dia terdiam.
"Sedara." Ringkas sahaja jawapannya.
Ara mengangguk faham.
"Ara," panggil Emir di depan membuatkan apa yang hendak ditanya Ara pada Asha hilang.
"Abang Emir ni kacaulah. Ara pergi depan kejap eh," pinta Ara sambil mengangkat punggung. Bukannya dia menolong pun jika duduk di dapur. Sekadar menjadi teman berbual Asha sahaja.
____________________________________________
"Ayah. Ayah tak dengar ke yang Areen cakap Areen tak nak kahwin dengan Taufeeq. Kenapa ayah tak faham Areen? Ayah tak nampak ke apa yang Areen nampak tadi?" bebel Intan Asha Areen geram dengan desakkan ayah dan mummynya.
Dari berdiri dia duduk di sofa ruang tamu rumahnya.
"Areen sayang. Kan kita dah janji dengan papa Taufeeq yang majlis tu nak lansung sebulan lagi? Areen sayang yang cakap hari tu yang Areen sayang tak kisah kalau majlis tu dicepatkan," bidas Puan Sri Wadeeda dengan lembutnya sambil mendekati anak gadisnya itu.
"Mummy. Areen tak nak. Kan boleh batalkan je. Bukannya susah? Areen tak kiralah apa yang nak jadi. Mummy dengan ayah paksa Areen lagi, tahulah apa Areen nak buat." Dia bangun kembali ketika bahunya disentuh mummynya.
Dahinya mula berkerut menahan panahan perasaan yang kala itu berkecamuk. Senang hati Taufeeq tadi lalu di hadapannya berpelukkan dan ketawa tak tentu hala dengan perempuan lain. Di hadapan matanya sendiri dia nampak. Takkanlah dia hendak percaya lagi janji-janji manis yang pernah lelaki itu tuturkan buatnya.
Pantang betul dia jika kata-kata dikhianati. Sakit hatinya membuak-buak.
"Areen fikir dulu sayang. Jangan buat mummy dengan ayah macam ni. Bukan senang tau Areen." Tan Sri Faddilhuddin mula berfikir-fikir dengan apa yang diucapkannya takut nanti anak gadisnya yang seorang itu melenting. Nanti lain pula jadinya.
Bukannya mudah hendak menjaga si Intan Asha Areen yang seorang itu. Bagaikan menjaga sekandang lembu. Itu pun lebih mudah dari hendak menjaga anaknya yang seorang itu. Lasaknya bukan main. Tidak boleh lansung tersilap ada sahaja dia hendak melarikan diri.
"I said no ayah. Areen tak nak. Abang Iham. Cakap dengan ayah dengan mummy ni. Areen dah penat." Senang dia menyerahkan segalanya pada tangan abangnya yang seorang itu.
Irham Rehan Syafie terkebil-kebil memandang langkah adiknya itu naik menapak tangga untuk ke biliknya.
Susah nak berbincang dengan adiknya yang seorang itu. Suka lari dari masalah yang dia memang tak mahu bincangakan dan selesaikan sendiri.
'Apa nak buat ni? Ingat aku nak ke kahwin dengan lelaki macam tu? Argh! Tak guna punya lelaki,' getus hatinya geram. Bantalnya ditumbuknya keras menghilangkan rasa dalam hati walaupun sedikit pun rasanya tidak kurang.
Lagi difikirkan lagi sakit jiwanya.
'Ayah. Mummy. Abang Iham. I'm sorry. Areen terpaksa take action. Areen perlukan masa untuk semua ni.'
Dia berbual dengan dirinya sendiri memikirkan apa yang seharusnya dia lakukan seterusnya membawa pergi hatinya dan membuang rasa yang dulunya kuat mencintai lelaki bernama Taufeeq Badree.
'Areen. Apa lagi. Kita kena fikirkan masa depan.'
'Betul tu. Apa aku nak jadi lepas ni?'
'Pelatih renang untuk budak-budak sekolah?'
'Tak boleh itu aku dah pernah buat. Nanti ayah jumpa aku.'
'Cikgu tadika?'
'Tak nak aku tak larat nak layan budak-budak. Cukuplah sekali tu.'
'Bodyguard?'
'Tak! Tak! Terlalu berat. Nanti silap-silap nyawa aku terancam macam dulu tu.'
'Guru bahasa? Guru muzik? Guru masakkan? Guru tarian? Guru tekwando? Silat?'
'Berapa banyak guru dah? Aku dah pernah buat benda tu. Cukuplah. Aku tak nak dah.'
'Bercuti? Paris? Jepun? Eropah?'
'Tak nak bercuti sorang-sorang. Bosan.'
'Apa Kak Sara buat sekarang ni eh? Kalau Kak Sara ada, mesti sekarang ni aku tak sedih sorang-sorang. Ayah lah ni tak nak ambil Kak Sara kerja sini lagi.'
Hati dan otaknya saling berdebat sehingga terdetik di hatinya nama salah seorang penjaganya dulu. Disebabkan dia perlu pulang ke kampung kerana ayahnya sakit, Kak Sara diberhentikan. Bukannya sebab ayah tak mahu mengambilnya kerja tapi tidak mahu dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak.
Telifon bimbitnya digapai dan nombor seseorang yang sudah lama dia tidak didail, dia dail untuk mendapatkan khabar beritanya.
"Hallo," sapanya ketika panggilannya bersahut.
"Hallo Areen? Apa khabar? Dah lama tak call akak. Kenapa ni?" Teruja suara orang di hujung talian menyambutnya.
"Areen sihat. Kak Sara buat apa sekarang ni?"
"Tak buat apa. Akak tengah berkemas. Sebab akak dah berhenti jadi pembantu rumah sebab akak ada dapat tawaran belajar."
"Oh. Pembantu rumah?" Dia tersenyum mendapat idea.
"Yelah. Sebulan je akak jaga ayah akak. Lepas tu akak pergi cari kerja. Dah ini je yang akak mampu. Jadi pembantu rumah. Lagi pun akak dah ada pengalaman masa dekat vila ayah Areen dulu. Senanglah."
"Akak boleh tolong Areen?"
_____________________________________________
"Oi. Awak nak bakar dapur ke?" Kenyaringan suara Emir memeranjatkan Asha yang dari tadi terbang mengingati apa yang terjadi padanya sebelum datang ke vila besar itu.
Disebabkan terperanjat disergah Emir, tangannya yang memegang senduk, tercecah kuali hangat yang sudah menggaring dan menghanguskan ikan goreng yang dimasaknya tadi.
"Ouch!" getus Asha sambil meniup-niup tangannya yang sakit.
"Awak ok ke? Sakit ke? Sorry. Sakit? Air. Tu situ," kata Emir kelam-kabut melihat jari Asha yang sudah mula kemerahan.
Kuali yang sedia rentung dibiarkan sahaja setelah menutup api yang terus-terusan memanaskannya.
"Awak ni kenapa?" Asha mengeluh kesakitan. Sepanjang dia memegang kuali dan periuk, jarang dia kemalangan seperti itu kerana dia cukup berhati-hati dengan kerjanya.
Kehadiran Emir menyusahkan dirinya untuk berkeja. Tidak beri salam tiba-tiba sahaja menerjah. Kan dah lain jadinya.
"Sakit tak?"
"Sakitlah. Merah macam ni, takkanlah tak sakit."
"Sorry. Kenapa asyik berangan je? Nasib baik dengan awak-awak tak rentung. Hidung awak sumbat ke apa?"
"Mana ada. Tak perasan."
Mereka saling berbual entah apa-apa. Emir bercakap, Asha menjawab. Lansung tiada nada yang tinggi digunakan Emir seperti selalu bercakap dengan Asha.
Mereka berdua yang merawat luka Asha lansung tidak perasan Ara yang sibuk tersipu-sipu dan tersenyum-senyum di pintu dapur. Macam-macam budak berdua ni.
"Abang," panggil Ara sengaja dia jengulkan kepalanya di balik pintu dapur. Konon-konon baru sahaja menapak hendak masuk ke dalam dapur. Hendak melihat apa reaksi dua orang itu.
"Hah?" Kedua-duanya menjawab serentak dan berpaling.
Asha menarik kasar tangannya yang masih dalam genggaman Emir yang tadi membasuhnya untuk meredakan kepanasan dan kepedihan yang tadi menyinggah.
"Asha kenapa bau hangus ni? Abang tu. Aku dah siap buat apa yang kau nak tu."
'Pandai-pandai nak ambil kesempatan. Suruh aku buat kerja. Lepas tu, melencong eh kau.' Hati Ara menggertu kegeraman. Wajah merah Asha dilihatnya sekilas.
"Asha kena kuali lah. Abang nak tolong je," jawab Emir selamba sambil berlalu mengambil first aid.
'Eleh. Sebab dia aku kena kuali tu. Konon je. Berlakon hebat betul dia ni,' gumam hati Asha. Dia berlalu mengambil kain untuk mengelap tangannya.
Ara menggeleng. Apa-apalah budak berdua ni.
Asha, bila ditanya, macam dia tu sakit hati je dengan perangai Emir.
Emir pula bila ditanya, mesti tak mengaku. Lepas tu senyum-senyum macam orang angau. Tak faham betul.
Berkelip-kelip mata Marjan di dalam gelap, terkebil-kebil melihat Lu'lu' yang masih tidak menyedari dia diperhatikan.
Tiba-tiba, Marjan merasakan ada sesuatu merayap di kaki seluarnya dan masuk ke dalam kaki seluarnya. Allah! Apa pulak ni?
Marjan ketap bibir, tahan nafas menahan rasa geli yang menjalar di kakinya. Please, please, keluar la!
Akhirnya, Marjan tidak mampu lagi menahan perasaannya.
Dia berdiri terus dari pembaringan. Melompat-lompat, menguis seluarnya. Satu objek yang tercampak keluar dari hujung seluarnya terkedek-kedek berlari pergi.
Cis! Ketam rupanya! Ingat aku ni batu apa?
Buat seketika, Marjan terlupa Lu'lu' di situ.
"kau ni kenapa?" Lu'lu' menyoal dalam suara yang cuba dikawal.
Air matanya dikesat pantas sebaik saja Marjan berdiri secara tiba-tiba tadi. Terkejut dan bimbang juga dia. Bimbang Marjan mendengar bicaranya dan melihat dia menangis.
Aku tak lemah. At least not in front of them.
Marjan terkulat-kulat melawan pandangan Lu'lu'. Jelas sepasang mata itu sayu. Sayu yang cuba disembunyikan.
"err, tak, tak ada apa-apa." Tersengih-sengih. Rasa bersalah pulak terdengar dia cakap tadi.
Marjan garu kepala yang tidak gatal. Duduk kembali. Jam di tangan dikerling. Pukul 9.45 malam.
Lu'lu' melepaskan keluhan panjang.
Risau. Dia dengar ke? Dia tidur kan tadi? Aduh, harap-harap dia tak dengar. Aku Cuma nak meluahkan perasaan aku, tu je. Aku tak nak simpati dia.
Lu'lu' memeluk lutut kembali. Air matanya sudah kering. Bermenung melayan bunyi ombak.
Marjan mendepangkan tangannya dan diletakkan di atas pasir. Bersandar menggunakan kedua-dua tangannya. Kakinya dijulurkan. Dijeling Lu'lu' yang membisu.
Apa nak cakap ni? aduh! Kalau aku mengaku aku dengar apa dia cakap tadi, agak-agak, apa dia nak buat? Bunuh aku hidup-hidup? Ish, dia ni unpredictable. Tak mustahil dia boleh buat macam tu kat aku. Ligat dia berfikir.
"awak." Marjan menoleh. Memandang Lu'lu' yang masih memeluk lutut. Tidak memandangnya.
"hmm," Marjan memandang ke hadapan kembali. Menanti bicara Lu'lu'.
"awak pernah jatuh cinta?" soalan itu membuatkan Marjan menoleh kembali. Merenung sisi wajah Lu'lu', dan matanya yang sayu.
Marjan geleng.
"tak."
Lu'lu' menarik nafas dalam.
"saya nasihatkan awak jangan jatuh cinta. Buat penat kepala awak je nanti." Mendatar suaranya, ada nada sarkastik di situ.
Marjan memandang laut kembali.
"cik Lu'lu', kita kena bersangka baik dengan Allah. Setiap kejadian di dunia ni ada hikmahnya, begitu juga setiap perasaan yang hadir di hati kita. Ada tujuannya." Marjan menarik nafas dalam dan dilepaskan.
Lu'lu' menoleh. Menjeling tajam sebelum memandang hadapan kembali.
"jangan berceramah dengan saya." Suaranya tegas memberi amaran.
Marjan jungkit bahu.
"terpulang cik Lu'lu' nak anggap kata-kata saya ni ceramah ke, apa ke. Saya tetap akan bercakap. Kalau cik Lu'lu' nak tutup telinga pun, apa saya boleh buat? Telinga tu dipinjamkan kepada cik Lu'lu', jadi cik Lu'lu' menjadi penjaganya. Hak cik Lu'lu'." Selamba Marjan berbicara.
"cinta akan menjadi sesuatu yang indah pada kita, jika kita memandangnya sebagai anugerah Allah pada kita. Tapi kalau kita anggap cinta Cuma sebagai satu perasaan yang hadir antara manusia, as simple as that, kita akan merana kerana cinta. That will be a waste." Marjan merapatkan kakinya, bersila pula. Tangannya bermain pasir di kaki.
"saya tak pernah jatuh cinta. Saya tau mesti cik Lu'lu' fikir saya tak layak nak berceramah tentang cinta, tapi cinta luas perspektifnya cik Lu'lu'. Cinta pada ibu bapa, keluarga, Rasulullah, para nabi, pada teman, dan pada manusia sejagat." Dia mengerling Lu'lu' yang masih bermenung di atas kepala lututnya.
"cinta pun ada negatifnya jugak. Cinta pada harta terutamanya, bahaya tu. Orang kaya selalu kena penyakit ni. harta tak bawak ke mana. Walau anak raja sekalipun, harta tak bawak ke kubur. Amalan baik, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh saja yang akan menjamin semua tu." Tambah Marjan lagi.
Lu'lu' tidak memberi reaksi. Marjan telan liur.
"saya nak tanya sikit boleh?" Tanya Marjan.
Lu'lu' tetap tidak menoleh.
"hmm, apa dia?" tidak ikhlas nadanya.
"cik Lu'lu' tak kesian tengok dato berusaha nak gembirakan cik Lu'lu'?"
Lu'lu' mendengus kecil.
"jangan sibuklah hal aku." Marahnya.
Marjan jungkit bahu.
"saya bertanya. Tak nak jawab tak apa."
Lu'lu' mendengus perlahan.
"yang kau sibuk sangat nak aku datang sini kenapa?" soalan itu berbaur marah dan geram.
Marjan senyum nipis.
"saya nak tolong dato. Nak cik Lu'lu' gembira." Ringkas.
Lu'lu' mengeluh panjang.
"aku takkan gembira. Aku tau."
"macam mana cik Lu'lu' tau? Sebab Fahim?"
Lu'lu' menoleh pantas mendengar nama itu. Dia dengar ke aku cakap sorang-sorang tadi?
"kenapa dengan Fahim?" Tanya Lu'lu' tidak puas hati.
Marjan jungkit bahu lagi.
"tak adalah, tadi cik Lu'lu' dengan dia Nampak tegang jugak. Kalau saya tak ada tadi entah apa jadi." Marjan mengingatkan.
Lu'lu' melepaskan nafas lega di luar pengetahuan Marjan.
Dia tak dengar. Bagus.
"kalau kau tak ada, aku dah tampar dia. Tunggu apa lagi." Senang sahaja Lu'lu' berbicara.
"mak ai, kasarnya cik Lu'lu' nak tampar dia!" Marjan bersuara kuat mengusik.
Lu'lu' mendengus kecil.
"aku benci dia."
"kenapa?"
"kau sibuk kenapa?"
"tak adalah, saya nak tau." Ish, hilang sabar jugak aku dengan dia ni.
"tak payah sibuk!"
"tak nak cakap tak apa lah, ingat saya ingin sangat nak tau?" Marjan berbicara sinis. Sabarnya sudah lari ke dalam laut. Aku dah tau lah kenapa kau benci dia!
Lu'lu' diam kembali. Bernafas kuat.
"khemah kau macam mana?"
Marjan menoleh tidak percaya.
Aik, ingat tak nak ambil tau dah.
"ok je. Kenapa? Nak tumpang? Minta maaflah, saya tak rela nak tumpangkan cik Lu'lu'."
Lu'lu' menjeling tajam.
"ingat aku ingin ke? Aku Tanya je! Lagi satu, kau jangan sombong sangat. Khemah tu aku punya. Aku boleh ambil balik malam ni jugak! Biar kau tidur kat pantai ni kesejukan!" Lu'lu' memalingkan mukanya puas.
Marjan senyum sinis.
"eh, cik Lu'lu', setakat khemah cabuk tu saya tak kisahlah. Nak ambil? Ambillah! Saya balik rumah terus. Tinggal cik Lu'lu' dengan Fahim tu, nak?"
Lu'lu' mengetap bibir. Kenapa si driver ni terlalu berani dengannya? Kenapa? Sedangkan dia Cuma driver cabuk saja. Belajar pun ayah aku yang tanggung. Apa hal dengan mamat ni?
Lu'lu' merenung wajah Marjan tidak puas hati.
"awak ni siapa sebenarnya?" Marjan terdiam. Alamak, dia perasan ke?
Marjan melarikan matanya.
"manusialah, siapa lagi."
Lu'lu' mendengus geram.
"seriuslah!"
Marjan merenung sepasang mata Lu'lu' tajam.
"nampak macam main-main ke?" cabar Marjan.
Lu'lu' memandang laut kembali. Marah.
"ish, malas la nak cakap dengan awak!" geram.
Marjan jungkit bahu.
"malas? Bagus. Boleh saya tidur sekarang?" Marjan sudah bingkas.
Lu'lu' mengetap bibir.
"benci!" jeritnya.
Marjan sudah mengatur langkah. Lebih kepada mahu menggertak Lu'lu'.
Lu'lu' turut bangun, melangkah geram.
"kenapa kau ni kurang ajar sangat?" marah Lu'lu' pada Marjan yang sudah beberapa langkah di hadapan.
"bila?" Marjan tersenyum nipis. Haha. Jahat betul aku ni.
"sepanjang masa lah!" ujar Lu'lu' geram.
"mana ada!" Marjan provoke lagi.
"aku akan pastikan papa pecat kau!"
"try me!" jerit Marjan. Membalas.
"aku benci kau! Kau dengan Fahim sama je!" cheh! Ada ke patut dia samakan aku dengan lelaki sengal tu? Aku lagi macholah!
"tak sama! Saya lagi baik dari dia!"
Lu'lu' terdiam.
"kenapa pulak?" Tanya Lu'lu' dalam geram.
Marjan senyum nipis.
"sebab saya nak awak gembira! Fahim sakitkan hati awak! Kan tak sama? Kalau awak tak faham bahasa melayu, tak tau lah pulak!" jerit Marjan.
Lu'lu' terdiam mendengar jawapan itu. Dia nak aku gembira? Tapi kenapa? Siapa aku pada dia? Lu'lu' berhenti melangkah. Pandangannya menyorot pada Marjan yang masih melangkah
Marjan rasa pelik bila suara Lu'lu' tidak lagi kedengaran.
Dia berhenti melangkah, memusingkan badannya. Melihat pandangan pelik Lu'lu'.
"tak nak tidur ke? Dah malam ni!" jerit Marjan.
Lu'lu' kembali melangkah perlahan.
Marjan cekak pinggang. Gila betul dia ni.
Marjan menanti sehingga Lu'lu' seiring dengannya sebelum langkahnya diatur semula.
Diam pulak. Ingat tak reti dah nak berhenti bercakap.
Mereka beriringan dalam sepi, suasana yang amat berlainan dari tadi. Sampai di tangga tadi, Marjan berhenti.
"hah, pergilah naik, tidur. Esok sibuk." Sempat dia mengusik, namum Lu'lu' tidak menjawab. Dia terus memanjat tangga. Tanpa pamitan, meninggalkan Marjan di situ. Tercengang-cengang dengan perubahan sikapnya.
" Aaa… okey! Okey! Sebentar!" balasnya tergesa-gesa. Buku-bukunya dimasukkan ke dalam beg. Telefon bimbitnya disimpan dalam poket vest hitam yang dipakainya. Kotomi berlari-lari anak menuju ke pintu kelas.
" Maaf, cikgu. Saya…"
Cikgu Sasakura ketawa. " Tak ada apa-apalah. Kebetulan cikgu baru habis mengajar kelas tahun pertama, cikgu terus ke sini. Mari, kita ke dewan."
Kotomi mengangguk. Dia berjalan menuruti langkah gurunya itu.
" Cikgu lupa nak beritahu kamu, Setsuna akan terlibat dalam persembahan pentas, jadi kamu akan bekerjasama dengan dia," kata Cikgu Sasakura. Kotomi mengangkat wajah, memandang wajah gurunya.
" Setsuna?"
Cikgu Sasakura mengangguk. Kotomi terdiam. Dia kenal siapa Setsuna. Lelaki itu merupakan pelajar tahun ketiga jurusan perfileman. Namun apa yang lebih menarik, Setsuna merupakan salah seorang bintang remaja yang semakin meningkat naik. Dia juga merupakan pewaris tunggal kepada syarikat perkapalan milik datuknya. Selain Kira, Setsuna juga merupakan pujaan gadis di sekolahnya. Dia mengeluh.
" Entah. Saya rasa lain macam… mungkin sebab Setsuna terlibat sama. Diakan penyanyi popular, manalah tau kalau dia tak suka berkerjasama dengan saya nanti," katanya.
" Kamu tak perlu bimbang. Cikgu kenal Setsuna. Dia bukannya jenis orang yang sombong. Tapi, mungkin sebab dia suka bersendirian sebab tu orang lain fikir dia tu sombong. Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang dia untuk punya ramai peminat, kan?" kata Cikgu Sasakura. Dia mengenyit mata kepada Kotomi.
" Ohh… eheh…heh…"
Pintu Dewan Hanami dibuka. Mereka berdua menuju ke belakang pentas. Di situ sudah ramai pelajar yang mahu menjalani sesi uji bakat menunggu. Dari pengamatan Kotomi, kebanyakan pelajar perempuan mahupun lelaki yang datang untuk sesi uji bakat kebanyakannya dari kelas tarian atau muzik. Dia perasan, sebaik sahaja dia masuk bersama-sama Cikgu Sasakura, ada sekumpulan gadis yang memandangnya dengan tajam. Apahal pulak dengan mereka tu? Tak pernah tengok orang ke?
" Kotomi?"
Kotomi menoleh ke belakang sebaik sahaja dia terdengar namanya dipanggil. Dia terkejut. Kira!
" Apahal?" Mamat ni nak berbaik dengan aku ke?
" Ikut aku. Cikgu Sumaragi nak jumpa," kata Kira perlahan. Dia segera berlalu sebelum sempat Kotomi berkata apa-apa. Kotomi mencebik.
Nak gaduh dengan aku lagilah tu!
Di hujung ruang Cikgu Sumaragi sudah menantinya bersama Cikgu Sasakura. Kotomi menyapa kedua-duanya gurunya itu sebelum mengambil tempat di sisi Kira. Cikgu Sumaragi menghulurkan lima helai kertas bercetak kepada Kira dan Kotomi. Kotomi segera meneliti apa yang tercatat atas kertas itu.
" Kamu akan tolong Kira laksanakan tugas dia. Tentang kostum pulak, cikgu dah minta tolong kawan kamu. Nori dan Ran akan tolong kamu siapkan kostum tu. Sekarang ni sesi uji bakat akan bermula, kamu boleh ikut cikgu. Mari," ajak Cikgu Sumaragi setelah memberikan penerangan. Mereka berdua mengangguk.
" Okey, semua! Sila ke hadapan pentas," umum Cikgu Sasakura. Kelompok pelajar tadi mengikut guru muda itu menuju ke hadapan pentas. Kotomi dan Kira turut berjalan menuju ke sana. Mereka turun dari pentas, duduk di tempat duduk penonton bersama guru-guru mereka.
Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Sekarang ini uji bakat akan dijalankan untuk mencari watak utama. Kotomi ketawa dalam hati. Beberapa orang pelajar kelihatan terlalu kaku, sesetengah pula kelihatan terlalu menghayati lakonan mereka. Seronok jugak tengok uji bakat ni!
Tanpa dia sedari, Kira asyik mengerling dia sejak uji bakat bermula lagi. Namun Kira tetap senyap. Kotomi menggosok matanya. Tanpa berkata apa-apa dia bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke tempat duduk penonton di hujung dewan. Dia mengeluarkan buku notanya serta pensil. Dia mula melakar kostum untuk puteri salji dan pengembara itu. MP3 dipasang. Stand by U berlagu di telinga. Mata pensil menari di atas kertas. Kotomi asyik dengan dunianya tanpa menyedari ada seseorang duduk di sisinya.
" Kotomi?"
Senyap.
" Kotomi?" Suaranya dikuatkan sedikit.
Senyap.
Dia mengeluh. Earphone ditarik dari telinga Kotomi. Kotomi terkejut. Apasal tiba-tiba senyap je ni?
Dia menoleh ke sisinya. Kira duduk tenang di sebelahnya. Tangan kanannya memegang earphone putih milik gadis itu. Kotomi mencebik. Tanpa berkata apa-apa, dia terus merampas kembali earphone itu. Sebaik sahaja earphone itu selamat berada di telinganya dia terus bangun dari duduknya, berjalan menuju ke belakang pentas. Di situ, dia duduk di atas sebuah meja yang terletak berhampiran dengan sebuah almari. Kakinya terjuntai ke bawah. Kotomi menyambung rekaannya kembali.
" Cik?"
Ada orang panggil aku ke?
Earphone sebelah kanan dicabut. Kotomi mengangkat wajah. Seorang pelajar lelaki berdiri di hadapannya. Dahinya bercantum. Wajah pelajar itu seperti dikenalinya, namun dia tidak dapat mengingatinya dengan jelas. Setelah lama berfikir barulah dia perasan. Setsuna!
" Ada apa?" Dia cuba mengawal rasa terkejutnya. Dia turun dari meja itu, berdiri di hadapan idola remaja terkenal itu. Sebagaimana dia berhadapan dengan Kira, dia terpaksa mendongak untuk melihat wajah Setsuna. Kotomi merungut dalam hati. Kenapalah mamat ni tinggi macam musuh aku tu? Aku ni dahlah tak cukup ketinggian. Nak cakap pendek, tak sampai hati pulak! Huh!
" Ada nampak Cikgu Sasakura tak? Dah lama saya cari dia," tanya lelaki itu berhemah.
" Cikgu Sasakura kat hadapan pentas. Sekarang ni sesi uji bakat bermula. Awak boleh cari dia kat sana," kata Kotomi. Dia kembali memakai earphonenya.
" Terima kasih," ucap Setsuna. Kotomi mengangguk perlahan sebelum kembali duduk di atas meja, meneruskan kerjanya. Setsuna berjalan pergi. Sebelum sempat dia masuk ke hadapan pentas, dia memandang Kotomi yang asyik menyudahkan rekaannya kembali. Dia berhenti berfikir sejenak sebelum kembali melangkah.
JAM di tangan menunjukkan pukul 5.00 petang. Sudah lima belas minit dia keluar dari Dewan Hanami menuju ke bangunan sekolah. Sengaja dia keluar awal dari dewan itu untuk mengelakkan diri daripada Kira. Dia juga perlu ke Dewan Besar. Dewan Besar yang terletak di bangunan pertama sekolah itu menempatkan lokar para pelajar. Pintu pagar utama sekolah terletak bertentangan dengan bangunan itu. Kebiasaannya, pintu yang menghubungkan Dewan Besar dengan bangunan sekolah akan dibuka demi memudahkan pelajar memasukinya.
Kotomi memerhati sekeliling bangunan sekolah. Sepi. Kebanyakan pelajar yang mempunyai aktiviti kelab sudah pulang. Mungkin hanya pelajar yang terlibat dengan pementasan itu sahaja yang masih berada dalam sekolah ini.
" Senyap semacam je. Dahlah sekolah ni besar, baik aku cepat," katanya sendirian. Kotomi menguatkan cengkaman pada beg sandangnya dan mempercepatlan langkahnya. Namun, ada sesuatu yang membuatkan dia berhenti tanpa dia sedar.
Simfoni.
Bunyi simfoni kedengaran dari sisinya. Kotomi menoleh ke kanan. Bilik piano! Alunan simfoni merdu itu menarik perhatiannya. Tombol pintu dicapai, tetapi ada sesuatu yang menghalang niatnya. Dia teringatkan peristiwa semalam. Masih jelas terngiang di telinganya alunan merdu semalam. Dia mengeluh.
Siapa yang berada dalam bilik tu? Tapi, bilik tu bilik Kira. Mungkin dia, tapi.... Takkan dia tak tidur lagi lewat malam semalam?
" Cik?"
Ha? Kotomi mendongak. Sesusuk tubuh berdiri di hadapannya.
" Cik buat apa kat sini? Cik nak masuk ke?" tanya pelajar lelaki itu.
" Er… awak…." Fikirannya kabur.
" Saya Setsuna. Kita ada bertemu tadi di belakang pentas," kata pelajar lelaki itu.
Setsuna mengukir senyum. Dia keluar dari bilik piano itu dan menutup pintu. Dia berdiri menghadap gadis kecil itu. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
" Kinimoto Kotomi… emmm… Awak tak kisah kalau saya panggil awak Kotomi? Walaupun kita baru kenal?" tanya Setsuna. Pandangannya tertumpu pada tanda nama yang dipinkan di atas lencana sekolah.
" Oh! Okey. Saya tak berniat nak menganggu, cuma…Awak ke yang bermain piano tadi?" Spontan Kotomi bertanya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebaik sahaja dia melontarkan soalan itu, dia merasakan mahu sahaja dia membenamkan mukanya dalam air. Pipinya bertambah merah. Kenapalah aku tanya soalan tu? Hish!! Bodohnya!
Setsuna ketawa. " Ha’ah. Awak nak ke mana sebenarnya? Dah lewat petang ni."
" Saya nak ke Dewan Besar. Saya pergi dulu. Maaf kalau menganggu," kata gadis itu seraya mengangguk kecil. Dia baru sahaja mengatur langkah sebelum namanya dipanggil kembali.
" Ada apa?"
" Cikgu Sasakura beritahu saya, awak yang bertanggungjawab dalam lakaran kostum. Gembira bekerjasama dengan awak," kata Setsuna. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
" Oh, baik. Saya pergi dulu. Jumpa lagi," kata Kotomi. Setsuna masuk kembali ke dalam bilik piano itu.
Kotomi berlari-lari anak menuju ke Dewan Besar. Sesekali dia melihat pada jam tangannya. Bibirnya juga mengomel kecil. Kesunyian menyelubungi Dewan Besar. Hanya dia sahaja yang berada di dalam dewan itu. Dia memperlahankan langkah, menuju ke lokarnya. Pintu lokar dibuka.
Apa ni? Kotak?
Sebuah kotak kecil terletak elok di dalam lokar. Dia mencapai kotak itu. Tiada nama pengirim. Kotomi memandang sekelilingnya. Tiada sesiapa yang berada dalam dewan ini selain daripadanya. Dia membuka penutup kotak itu.
Tiga tahun sudah berlalu. Kini mereka hidup bahagia dalam sebuah vila bernama ‘ Kagayaki no Uta ‘. Kana bekerja sepenuh masa sebagai suri rumah dan mengajar tuisyen untuk pelajar sekolah rendah. Ryo juga membuka kelas belajar muzik. Kerjaya Ryo melimpah ruah dan ramai peminatnya suka akan Kana kerana rambutnya yang hitam pekat serta bakatnya. Kana juga bahagia dengan Ryo serta kehidupannya cuma Eri berperangai agak pelik sedikit selepas berkahwin dengan Suzuki.
Kana bersiap untuk ke majlis ulang tahun kelahiran Eri. Ryo pula menidurkan anak sulung mereka. Tahun ini genap 28 lah usianya. Semasa Kana sedang mencari pakaian yang sesuai, tiba – tiba dia terpandang sehelai gaun hitam.
‘ Ini..hadiah daripada Eri.. ‘ desis hati kecil Kana.
Dia teringat pada malam dia dan Eri bertungkus lumus menyiapkan baju untuk pertandingan fesyen di universiti mereka. Hampir satu malam mereka menyiapkan baju itu. Kana membuat sehelai gaun berwarna putih yang agak singkat tetapi amat cantik dan menawan. Dia ingin melihat Eri memakainya pada hari pertandingan itu nanti. Dia juga melihat Eri sibuk memasang corak pada gaun berwarna hitam. Kana tertarik dengan rekaan gaun Eri yang simple tetapi bergaya. Dan pada hari pertandingan itu, Eri memaksa Kana memakai gaun ciptaannya. Kana agak terkejut terutamanya semasa Eri mengatakan dia buat gaun itu khas untuk Kana. Akhirnya Eri menang hadiah utama dan Kana mendapat tempat pertama. Jika mereka mempunyai sebarang majlis penting, pasti mereka berdua akan mengenakan gaun – gaun itu.
‘ Tapi aku tengah mengandung. Mustahil baju ini muat untuk aku. ‘ keluh Kana.
Kana menyimpan semula baju itu dan mencari baju lain. Ryo memerhati di sebalik bayang pintu. Dia ingin masuk ke bilik tetapi apabila dia menyedari Kana sedang mengelamun sambil memegang gaun hitam, dia membatalkan hasratnya. Ryo melangkah turun tangga sambil tersenyum.
Majlis ulang tahun kelahiran Eri amat meriah. Ramai kawan – kawan lama dari sekolah menengah tinggi dan universiti datang untuk meraikan hari lahir Eri. Sebahagian daripada mereka sudahpun berkahwin dan membawa anak mereka sekali. Bekas ahli kelab orkestra dan kesenian mengucapkan selamat pada Kana dan Ryo. Dari jauh kelihatan Eri sedang berjalan sambil memimpin tangan suaminya, Suzuki. Eri nampak muda seperti dulu dan amat cantik berbanding dulu.
" Eri – san makin cantik kan? "
" Wah, bertuahnya Suzuki! Isterinya amat cantik dan muda. "
" Khabarnya Eri – chan ialah pelajar genius kan? "
" Dia amat sempurna! "
Kana mendengar saja kata – kata para hadirin. Dia amat bertuah kerana berkawan baik dengan Eri yang dikatakan sempurna. Eri terpandang Kana yang sedang melambai ke arahnya tetapi dia tidak mengendahkan Kana. Kana agak tersinggung tetapi dia tak mahu bersangka buruk terhadap kawan baiknya. Ryo terpandang akan perubahan sikap Eri terhadap Kana. Dia bimbang kerana Eri mula berubah semenjak dia berkahwin dengan Kana. Tapi apakan daya, Kana memiliki segala yang diimpikan. Malah dia tidak pernah menyesal berkahwin dengan Kana.
Setelah selesai memotong kek, Eri mengucapkan terima kasih dan membaling sejambak bunga. Ramai yang berebut untuk mendapatkan bunga carnation itu. Lantas Eri segera menghampiri Kana. Kana amat gembira kerana Eri tidak melupakannya.
" Eri, selamat hari jadi! Ni hadiah untuk kamu. " kata Kana dengan senyuman yang manis.
" Ya, terima kasih. " Eri terus menyerahkan hadiah itu kepada orang gajinya. " Maaflah tapi kenapa kamu tidak pakai gaun yang saya buat itu ? "
Kemudian Eri perasan yang Kana mengandung.
" Oh, patutlah kamu tak mahu pakai baju saya! Jangan bimbang. Bayi kamu tak akan lahir di hari jadi saya. " Eri ketawa.
Ryo dan Kana terkejut. Lawak Eri agak keterlaluan.
" Err…Eri…”
" Kan saya dah kata jangan panggil saya dengan permulaan ‘ err ‘. Macam ini ke kawan ? " bentak Eri. Dia sengaja menimbulkan kekecohan.
" Eri, kita kan kawan baik. Sudah lama kita tak berjumpa! Pada hari perkahwinan saya pun kamu hanya datang sekejap saja. Marilah kita berbual lama sedikit! " pujuk Kana tetapi Eri menepis tangan Kana.
Ryo yang mula tak senang dengan sikap Eri, segera menarik Kana pergi dari situ. Kana terguris dengan perbuatan Eri. Apa salahnya?
" Eh, kenapa nak balik sekarang? Kenapa tak balik dari tadi? Oh, Kana kempunan nak jumpa saya ke? Kasihan Kana…moga bayi kamu tidak bersikap seperti ibunya yang merampas kebahagiaan saya. Ryo – kun, kamu patut memainkan sebuah lagu untuk kami. Emm…mungkin lagu ‘ Sayonara, dear friend ‘. " kata Eri.
Suasana agak tegang. Ramai orang mula memandang mereka apabila Ryo menarik Kana keluar dari rumah Eri. Eri membuat muka sedih dan mengatakan Kana sudah melupakan persahabatan mereka. Namun begitu, bekas ahli kelab orkestra tidak mempercayai kata – kata Eri. Mereka percaya Kana bukan orang jenis itu. Sebahagian daripada mereka mula meninggalkan majlis itu. Eri tampak berang tetapi dia tetap meneruskan majlisnya.
Ryo memberhentikan keretanya di tepi tasik. Dia diam memerhatikan Kana yang menangis teresak – esak. Dia melangkah keluar dari kereta dan membuka pintu sebelah Kana. Dia mengajak Kana menenangkan perasaan di luar. Kana mengikut saja ajakan Ryo. Ryo memeluk kemas bahu Kana. Kana cuba mengawal tangisannya tetapi hatinya terluka dan pedih.
" Maafkan saya, Kana. Saya punca kamu menangis. " Ryo seakan – akan sudah berputus asa.
" Tidak Ryo. Bukan salah abang…bukan salah sesiapa. Cuma berjanji dengan saya yang kita tidak akan berpisah walau apapun yang terjadi. Saya….tak sanggup menanggung luka ni lagi. " Tangisannya bertambah kuat.
Ryo memeluk kemas isterinya dan mencium rambut isterinya.
" Ya, Kana. Abang janji. Abang tak sanggup lihat kamu menangis sebegini….seperti ibu. "
" Terima kasih. Selagi saya ada kamu, anak kita dan mak ayah, cukuplah untuk saya berdiri semula. " Kata – katanya tersekat dengan sedu.
Malam itu menyaksikan satu perpisahan antara persahabatan yang kukuh. Angkara cemburu dan cinta, persahabatan mereka tidak kekal lama. Biarpun ia menyakitkan dan memedihkan tetapi Kana perlu berusaha untuk hidup. Meskipun bukan untuknya.
Kana menjengah ke dalam bilik setelah terdengar bunyi jeritan. Dia tersenyum. Ryo sedang bergurau dengan anak lelaki mereka. Ryo mendukung anaknya dan berlagak seperti helikopter. Ketawa mereka penuh dengan kegembiraan. Kemudian anak lelakinya perasan akan kehadiran ibunya lantas berlari mendapatkan ibunya.
" Mak, ayah buat helikopter. Shiuuuu..! Terbang! "katanya pelat. Kana tergelak melihat telatah anaknya.
" Ah, baby tengah menendang. Cuba pegang perut mak. " Kana menarik lembut tangan anaknya. Dia meletakkan telapak tangannya ke perutnya yang sarat mengandung.
" Ini ayah. Abang kamu tak sabar menunggu kamu. Nanti ayah dapat jadi kereta pula. " seloroh Ryo. Mereka ketawa.
" Dulu ayah buat macam ni ke kat saya? " tanya anaknya.
" Ya. Setiap hari dia memainkan lagu untuk kamu. " Kana duduk bersimpuh di sisi suaminya sambil memegang lembut pipi anaknya.
" Tapi saya tak nak main cello. Saya nak jadi doktor. Boleh tolong orang sakit. " katanya menimbulkan kehairanan pada Ryo dan Kana. " Oh, kamu nak jadi seperti mak? Habis tu, siapa nak main cello ayah? " tanya Ryo sambil menggeletek anaknya. Mengekek anaknya ketawa.
" Baby main cello. Saya jadi doktor. Nanti ayah dan mak sakit, saya boleh bagi sihat. Baby mainlah cello jadi mak dan ayah tak sakit sangat. Pandai kan saya? " jawab anak lelaki mereka.
Jawapan yang ikhlas daripada seorang anak. Ryo senyum mendengar cita – cita anaknya. Kana terharu. Dia menyorokkan wajahnya pada belakang bahu suaminya. Suasana sunyi seketika. Tiba – tiba Kana menjerit kecil.
" Saya lupa yang barang dapur sudah hampir habis. Mari kita membeli belah. Mak akan belikan permainan Young Chemist untuk kamu. " Kana bangun dan pergi bersiap.
" Ayah, Yaung Kemis tu apa? " Pelat sekali katanya. Ryo geli hati mendengar sebutan anaknya.
" Maksudnya, doktor muda. Cepat siap. Kalau tak kamu terlambat untuk Young Chemist. " Ryo berjalan keluar sambil senyum. Geli hati dia melayan kerenah anaknya.
Mereka sekeluarga gembira membeli belah di Junes. Anak lelaki mereka asyik meminta untuk bergambar dengan Teddie, maskot Junes. Selesai saja membeli barang, Ryo dan anaknya pergi menyimpan barang manakala Kana pergi membeli ais krim untuk dimakan bersama di tasik.
Ryo melihat persembahan pemuzik jalanan di dataran Junes. Kana berjalan dengan penuh berhati – hati. Entah mengapa dia terasa tidak sedap hati. Bayi dalam perutnya kerap menendang. Badannya terasa seram sejuk.
" Mak, kami kat sini! " laung anaknya dari seberang jalan. Ryo memberi isyarat supaya tunggu. Tetapi Kana menggeleng kepala. Dia menunjukkan isyarat ‘ Tak mengapa ‘. Kemudian dia melintas. Ryo senyum, geleng kepala dengan isyarat Kana.
Tiba – tiba muncul sebuah kereta hitam dari arah barat daya. Kereta itu memandu dengan laju. Amat laju. Malah yang mencurigakan Ryo dan Kana, ia tidak mempunyai nombor plat. Tanpa sempat Ryo menjerit ‘ Berhenti ‘, kereta itu terus merempuh Kana dan beredar dari situ.
Darah membuak keluar dari tubuh Kana. Air mata kesakitan menitis. Dia dapat melihat Ryo mendapatkannya dan anaknya meraung sekuat – kuat hati. Orang ramai cuba memberi bantuan. Ryo kelihatan cemas. Seorang pemuda segera menelefon ambulans. Penglihatannya samar – samar. Kepalanya pening. Semakin matanya kian tertutup, semakin hilang kesakitannya.
‘ Ryo….lindungi anak kita. ‘
Kemudian segala kesakitan hilang. Yang tinggal dalam kegelapan cumalah tangisan dan kepiluan….
" AZUSA!!! "
Azusa segera membuka matanya. Dia dapati semua orang mengerumuninya. Jelas sekali rona wajahnya menggambarkan seribu tanda tanya dan ketakutan.
"kau, taufiq?kau dah gila kew?lepaskan aku..kau pekak ke..lepaskan aku!!!"jerit farisya dengan suara yang kuat.muka farisya berubah menjadi pucat.
"hahahahahahaha...kenapa muka kau pucat semacam nih?takkanlah takut dengan aku?setahu aku,kau jenis perempuan yang tak pernah takut dengan sesiapa pun,kan?oh...ke kau ni takut dengan aku?relaks,sayang..be cool..i’m here just for you,darling,"kata taufiq dengan pandangan mata yang tajam.
"apa sayang-sayang.kau nak kena penampar aku lagi ke?aku kata lepaskan aku!!!kenapa dengan kau ni,dasar jantan tak guna!!!"marah farisya.
Taufiq hanya mampu tersengih apabila mendengar kata-kata farisya itu."farisya..farisya...sikap kau ni membuatkan aku semakin tertarik dengan kau!baru aku tahu,kau lebih cantik dari pada fasha.hahahaha...kenapalah selama ni aku tak perasankan kau.melepas aku!tapi takpe aku still dapat peluang untuk dapatkan kau!!! "dasar lelaki setan!!!kalaulah kakak aku sedar dari awal lagi tentang perangai kau yang busuk nih,sure dia takkan menyesal seumur hidup walaupun dia dah tak ada!!!"balas farisya dengan perasaan yang geram.
"fuh..ayat-ayat.power ayat kau eh.tapi bagi aku takde istilah menyesal sebab kakak kau sudah aku miliki luar dan dalam!!!hahahahaaha,"
Farisya tergamam dengan kata-kata lelaki itu."apa kau merepek nih?apa maksud kau miliki luar dan dalam?aku tak faham,"
"kau tak faham ker atau buat-buat tak faham?nak kata kau bodoh,sekarang nih kau berjawatan tinggi!!ermmm pelik-pelik.tapi takpe..aku akan explain one by one..untuk pengetahuan kau,aku...yang...bunuh..dan ..rogol..your sis!!!"
Mata farisya terbuntang luas."what!!!kurang ajar punya jantan!!!kenapa??kenapa kau buat kekasih kau macam nih?dia sayangkan kau lebih dari diri dia sendiri!!!"air mata farisya keluar dengan derasnya.hatinya hancur berkecai tatkala mendengar ayat yang keluar daripada mulut taufiq!!! "kekasih??bagi aku istilah itu takde makna bagi aku.aku just suka-suka aje..aku nak memiliki dia.dan akhirnya impian aku tercapai..dan...."pang"!!!!
"dasar lelaki setan!!!aku...aku akan laporkan kepada polis!!!aku takkan lepaskan kau sampai lubang cacing!!kau telah hancurkan kehidupan keluarga aku!!!
"laporlah,aku tak kisah!mana bukti yang sahih!!hah..mana??hahahahaha..kau takkan dapat apa-apa bukti pun.sebenrnya niat aku bukan nak beritahu pasal kakak kau yang dah mati tuh!!aku nak minta something ngan kau..sangat penting!!!
Farisya hanya mampu menangis mengenangkan nasib keluarganya yang telah dimusnahkan oleh lelaki yang berhati busuk itu!!!"apa kau nak !dah puas hati kau setelah kau musnahkan keluarga aku???
"ermmm...aku nak kau buat kerja untuk aku!mudah aje..."kata taufiq dengan wajah yang selamba.
"kenapa pulak aku kena buat keje tuk kau?bukan aku ada hutang dengan kau pun!!!’marah farisya lagi.
"huh,kalau kau tak nak buat kerja aku,aku akan sebarkan gambar kakak kau yang sangat –sangat...ermmm tak payahlah aku bagitau kau.kau mesti faham maksud aku kan?"
Farisya tergamam?gambar....gambar kakak aku??"weh jantan,kau nih tak habis-habis nak ganggu hidup aku!!!cakap dengan aku sekarang,gambar apa kau maksudkan nih?aku tak faham!"jerit farisya dengan nada yang kuat.kesabarannya sudah tidak boleh ditahan lagi.betapa bencinya dia terhadap lelaki yang bernama taufiq itu.tak habis-habis menyusahkan kehidupannya.tak boleh hidup aman langsung!!!kebenciannya terhadap kaum lelaki semakin meluap-luap.terutama lelaki yang bernama taufiq dan adam!!!benci..benci!!!
Taufiq hanya mampu tersenyum sahaja.baginya dia mempunyai agenda yang tersendiri untuk menyelamatkan hidupnya yang sering diambang bahaya.setiap hari hidupnya tidak tenteram selagi hutangnya terhadap tauke yong tidak terlunas.siapa yang tidak kenal tauke yong...pemilik kelab malam yang terkemuka di kuala lumpur.hampir sepuluh ribu ringgit dia berhutang dengan tauke yong itu.wang itu bukan sedikit tapi banyak!!!! Dan setelas berhempas pulas memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya itu,dia telah mendapat satu idea..dan farisyalah yang mampu menyelesaikan masalahnya itu!!!
"gambar kakak kau ada di dalam genggaman aku.kau nak tahu gambar macam mana?kalau kau nak tahu sangat,nah kau tengok gambar-gambar nih!"kata taufiq sambil melemparkan beberapa keping gambar tepat ke muka farisya.
Mata farisya terbuntang luas apabila melihat gambar itu.jantungnya seakan berhenti berdenyut!!gambar fasha yang dalam keadaan memalukan dan sangat mengaibkan !YA ALLAH! Dugaan apa kau berikan kepada aku pada kali ini!aku tidak mampu menghadapinya seorang diri!!!air mata farisya gugur dengan derasnya.hatinya sangat-sangat pilu.pada saat ini dia terbayangkan wajah arwah kakakknya dan wajah suram emaknya. "dasar jantan tak guna!!!selepas apa yang kau buat kepada kakak aku,kau boleh lepas macam ni ke?aku takkan lepaskan kau seumur hidup!!walaupun aku takde bukti yang sahih,aku tetap akan laporkan perkara ini kepada polis!!!aku akan laporkan jugak!!!"jerit farisya dengan suara yang lantang.hatinya sangat-sangat sakit.seperti ditusuk pisau yang tajam.
"kalau kau berani laporkan kepada polis,hidup kau dan emak kau takkan tenteram!kau belum kenal siapa lagi aku!!!aku akan sebarkan gambar-gambar ini kepada semua masyarakat terutama kepada emak kau dan rakan-rakan sepejabat kau!!ermmmm..mereka mesti terkejut melihat gambar nih..kau kena ingat..rupa kau dengan fasha seiras..so...mereka mesti ingat imej perempuan dalam gambar ni adalah kau!!!"kata taufiq berupa ancaman.
Farisya tersentak!!! Ya,muka aku sama ngan fasha!!mesti diaorang ingat itu ialah gambar aku!!!YA ALLAH dugaan apa KAU berikan kepada aku???aku tak boleh melihat kekecewaan di wajah emakku!!aku sudah berjanji pada diriku untuk tidak melihat setitik pun air mata gugur daripada mata emakku!!!!
"baiklah...demi emak aku...aku akan tunaikan permintaan bodoh kau itu!!!keje apa kau suruh aku buat hah???"Tanya farisya dengan nada yang marah.
"sabarlah sayang.esok aku akan bagitahu kau..malam nie,kau just relax..aku tengok kau dah tertekan semacam aje..kesian plak aku tengok kau!!"balas taufiq lalu beredar meninggalkan farisya terkulat-kulat sendirian..
Farisya terduduk sebaik sahaja kelibat jantan tak guna itu hilang pada pandangannya.dia merasakan hidupnya sudah kelam..tiada cahaya masa depan lagi!!!!
************************************************
Farisya melangkah longlai masuk ke dalam rumahnya sewaktu jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.
"isya,lambat kau balik hari ini?risau mak,"kedengaran suara mak jenab tiba-tiba.farisya terkejut mendengar suara emakknya itu.hatinya dibalut kerisauan apabila mengingatkan ugutan taufiq kepadanya tadi.dia tidak mahu membuatkan emakknya risau dengan keadaan yang baru sahaja berlaku tadi.
"errr...isya..isya..banyak keje. isya kena siapkan banyak dokumen untuk esok.kenapa mak tak tido lagi?dah lewat malam nih"kata farisya.
"macam-mana mak nak tido kalau isya tak balik lagi.lagipun ini KL...bahaya anak gadis sorang-sorang berlegar di tengah kota raya ini!!isyalah satu-satunya harta yang emak ada sekarang.emak taknak kehilangan anak emak lagi,"kata mak jenab dengan suara yang hiba.
Farisya sedih mendengar kata-kata emakknya itu."mak,isya kan dah ada kat depan mak sekarang nih?janganlah risau!!!sudahlah,jom kita tidur,esok isya bawak mak pergi ronda-ronda kuala lumpur ok!!!"akhiri farisya dengan suara yang sengaja diceriakan.padahal di dalam hatinya hanya TUHAN yang tahu.berdebar menanti kerja apakah yang akan diberikan oleh taufiq pada hari esok!!!!
********************************************
Di kompleks membeli-belah....
"mak,isya nak pergi toilet kejap.mak lihat la dulu barang kat sini yer!!kalau berkenan mak bagitahu aje isya.isya akan bayarkan.khas untuk emak yang tersayang!!"kata farisya sebaik sahaja sampai di pusat membeli-belah yang terkemuka itu... "ishhh budak ni ada-ada aje..cepat yer pergi..takut pulak mak sorang-sorang kat sini.tak biasa..." "yelah mak..tunggu kejap ok,"balas farisya lalu bergegas beredar untuk mencari tandas.
Sebaik sahaja masuk ke dalam tandas,terus sahaja dia meneliti raut wajahnya yang kusam itu."ishh aku tak boleh tunjukkan kepada emak yang aku sedang menghadapi masalah besar...tak boleh!!!farisya...kau kena ceria..senyum...senyum...relaks..relaks..." Sementara itu... Mak jenab asyik memerhatikan perhiasan-perhiasan yang sangat cantik."bilalah aku mampu memiliki perhiasan macam ni.dahlah mahal.."kata mak jenab dalam hatinya.tanpa disedari tangannya telah terkena pasu Kristal lalu berderai jatuh ke lantai.mak jenab tergamam!!!!semua mata memandang kearahnya termasuklah .....ADAM!!!!adam yang kebetulan berada di dalam kedai itu terkejut mendengar bunyi kaca yang begitu kuat.dan dia berasa kasihan apabila melihat raut wajah orang tua yang tidak bersalah itu.
"maaf yer,mak cik kena bayarkan harga pasu kristl ini sebab mak cik telah memecahkan pasu ini,"kata pengurus kedai ini.mak jenab tergamam..."err...bayarkan??tapi..mak cik takde duit...mak cik mana mampu membayar pasu kristal ini..lagipun mak cik tak sengaja,"kata mak cik jenab dengan perasaan yang bersalah.
"errr..takpe..pasu ini biar saya tolong bayarkan,"adam tiba-tiba mencelah.baginya.dia berasa kasihan melihat orang tua yang tidak bersalah itu.mak jenab hanya mampu berdiam sahaja.."terima kasih nak,budi anak tidak dapat mak cik lupakan.anak ni nama siapa?"kata mak jenab.
"alah makcik perkara kecil aje..nama saya adam mukhriz..panggil adam aje..mak cik sorang-sorang ke kat sini?"Tanya adam dengan ramahnya.
"eh taklah,makcik dengan anak perempuan makcik.tapi tadi dia pergi tandas sekejap..haa tu pun dia..."balas mak jenab lagi..
Farisya yang sedang laju melangkah kearah emaknnya itu tiba-tiba terhenti langkah apabila melihat emaknya bersama dengan musuhnya!!!ADAM MUKHRIZ!!!!"ishhh kenapa pulak jantan nih ada kat sini?dengan mak aku pulak tu???boleh jadi gila aku nih!!!!
"kenapa mak??apa yang berlaku??"Tanya farisya tatkala melihat situasi tegang yang berlaku di dalam kedai itu.
"tadi isya,mak tak sengaja pecahkan pasu Kristal ni, nasib baik ada adam.dia yang bantu emak tadi,"kata mak jenab,
"oh...encik adam nanti saya bayarkan balik harga pasu Kristal itu.berapa harganya?"Tanya farisya dengan pandangan yang tajam.
Farisya tergamam apabila mendengar perkataan saya yang keluar daripada mulut lelaki itu.’saya???buang tebiat ke laki nih???
Bukan farisya aje terkejut tetapi adam jugak terkejut dengan kata-katanya."kenapa aku bahasakan diri aku saya dengan perempuan angkuh nih?ishhhh"
"takpe,,saya akan bayar jugak!!!lagipun saya mampu...jomlah emak.kita pergi tempat lain...rasa macam panas pulak kat sini,"kata farisya lalu mengheret keluar emakknya dari kedai itu.mak jenab terkejut dengan tingkah-laku anaknya itu."isya,kenapa isya buat macam nih.orang dah tolong kita,kita mestilah ucapkan terima kasih kepada dia,"rungut mak jenab.farisya hanya mampu diam sahaja.malas dia hendak membalas kata-kata emaknya itu.
"farisya...farisya....ego sungguh pompuan nih,"kata adam sendirian...
******************************************** "mak,isya nak keluar sekejap.dah lama isya tak jumpa kawan lama isya.isya pergi dulu yer,"kata farisya lalu bergegas keluar dari rumahnya.mak jenab hanya mampu menggelengkan kepalanya."ishhh pelik betul budak ni sejak kebelakangan nih.sekejap termenung..sekejap murung..ish pelik btul,"rungut mak jenab sendirian.
Sebaik sahaja farisya sampai ke tempat yang telah dijanjikan,hatinya mula berdebar-debar.mana tak berdebarnya,dengan suasana sunyi sepi yang menemaninya pada malam itu."ishh mana pulak jantan nih.kata pukul 9 malam.nih dah dekat 9.30 malam dah ni.apa punya janji lah."
"apa kau merungut tuh?aku dah sampai ni pun dah kira mujur tau!awal kau sampai..bagus semangat inilah yang aku mahukan...hahahahahha,"kata taufiq tiba-tiba.
Farisya hanya mampu menjeling dengan tajam sahaja.tak betul sungguh jantan nih!semangat apanyer??aku punyalah takut..dia kata aku bersemangat pulak!!!
"ok,kau dah bersedia untuk menerima tugas baru kau mulai hari ini?kerja kau mudah sahaja...kau hanya perlu mempamerkan kecantikkan kau yang sedia ada nih,"kata taufiq dengan wajah yang selamba.tajam matanya memerhatikan raut wajah gadis yang berada di hadapan matanya.cantik walaupun pemakaian seperti kaum lelaki.
"hahahahhaha..mesti kau mengerti apa yang aku maksudkan....kerja kau hanyalah sebagai pelayan kelab malam atau lebih terkenal dikenali sebagai GRO!!mesti terkenal kau dalam kalangan perempuan kelab malam kan????maklumlah rupa kau cantik!!!hahahahahahaha,"
PAGI ini, awal-awal lagi Dewi sudah bangun dari tidurnya. Panggilan dari ayahnya malam tadi sangat mengembirakannya. Pagi ini ayahnya akan menemuinya selepas hampir dua minggu ayahnya tidak datang menjenguk. Semenjak dia berpindah ke banglo ini, baru kali pertama ayahnya datang menjenguknya.
Selepas selesai bersiap, lekas Dewi menuruni anak tangga untuk ke ruang makan. Kelihatan ibunya sedang duduk sendirian sambil menikmati hidangan sarapan pagi. Pagi ini mereka bersarapan dengan bihun goreng. Baunya sehingga mencucuk-cucuk hidung. Dewi terpaksa memincing hidung untuk menghidu masakkan itu.
"Assalamualaikum bu." Ucap Dewi gembira lalu di salam tangan ibunya dan di kucup mersa.
"Wa’alikumusalam sayang. Amboi, cantik-cantik ni nak ke mana? Ada dating dengan boyfriend ke?" Tanya Puan Azizah sekadar mengusik.
"Apa ibu ni. Dewi mana ada boyfriend." Rengek Dewi tersipu-sipu malu.
"Dah tu? Cantik-cantik ni, Dewi nak ke mana?" Tanya Puan Azizah kehairanan.
"Ayah nak jumpa Dewi hari ni." Jawab Dewi gembira.
"Ye ke? Plan nak kemana hari ni?" Puan Azizah sekadar bertanya sambil menuang teh ‘O’ panas ke dalam cawan Dewi.
"Emmm… Dewi ingat nak bawak ayah ronda-ronda kat pekan ni… lepas tu pergi bandar pulak." Jawab Dewi lancar sambil menyenduk bihun goreng ke atas pinggan.
"Ye ke? Jangan balik lambat tau? Esok sekolah." Puan Azizah sekadar mengingatkan. Dia bukannya tidak tahu perangai Dewi. Jika sudah keluar bersama bekas suaminya, hampir larut malam baru sampai ke rumah semula.
Dewi hanya mengangguk sambil menjamah bihun gorengnya.
"Ibu tak ke office ke hari ni?" Tanya Dewi setelah mendapati ibunya hanya berbaju biasa.
"Ibu off day hari ni. Penatlah asyik kerja je, sebab tu ibu ambik cuti hari ni. Ingat nak ajak Dewi shopping tengah hari nanti. Tapi… Dewi dah berjanji dengan ayahkan? Jadi… tak apalah." Jelas Puan Azizah seolah kecewa.
Tapi, itulah rancangan awal mengapa Puan Azizah mengambil cuti hari ini. Dia ingin meluangkan masa bersama anak gadis tunggalnya itu. Rasanya sudah lama dia tidak meluangkan masa untuk anak gadisnya itu. Tapi, rancangannya terpasa di tangguhkan kerana Dewi telah berjanji ingin bertemu dengan bekas suaminya hari ini.
"Ala… ye ke? Kenapa ibu tak cakap awal-awal. Kalau tak, boleh cancel dating dengan ayah hari ni." Keluh Dewi hampa.
"It’s okey sayang. Lagi pun Dewi dah lama tak jumpa ayah kan? Tak apa, lain kali kita boleh hang out sama-sama kan?" Jelas Puan Azizah seolah memujuk.
"Apa kata ibu join kita orang dating?" Dewi mencadang.
Dewi teringin sangat melihat ibunya keluar bersama-sama ayahnya. Semenjak ibu dan ayahnya bercerai, hanya beberapa kali sahaja mereka keluar bertiga bersama. Itu pun disebabkan terserempak. Jika tidak, ibunya sedaya upaya mencari alasan untuk mengelak dari berjumpa ayahnya. Tapi, kali ini tiada alasan untuk ibunya menolak pelawaannya.
"Hish, ibu tak nak ganggu you all datinglah."
"Apa pulak ganggu. Ibukan, ibu Dewi, dan ayah pula ayah Dewi. Ibu dengan ayahkan pernah bersama dulu, apa nak diganggukan, betul tak?" Dewi cuba memujuk.
"Tak apalah, Dewi keluar dengan ayah jelah. Lagi pun ibu ada bayak kerjalah nak buat. Proposal syarikat ibu tak siap lagi." Puan Azizah sedaya upaya beralasan. Dia benar-benar tidak mahu bersemuka dengan bekas suaminya. Dia kekok. Dia tidak tahu apa yang hendak di bicarakan bila berdepan dengan bekas suaminya nanti.
"Alah ibu ni, saja je tau?" Keluh Dewi seolah merajuk.
"Lain kali ye sayang?" Pujuk Puan Azizah seolah memberi harapan.
"Lain kali kalau Dewi dating dengan ayah, ibu kena join ek?" Pinta Dewi seolah mengingin ibunya berjanji.
Puan Azizah hanya tersenyum. Mengangguk pun tidak. Mengeleng pun tidak.
"Janjilah ibu." Desak Dewi manja.
"Ok, ibu janji." Terlepas kata-kata itu dari mulut Puan Azizah. Dia tidak sedar dia telah mengungkapkan kata janji itu. Apa yang pasti Dewi tidak akan melupakan janji ibunya itu dan bakalan di tuntut bila sudah tiba masanya nanti.
Kedengaran bunyi hon kereta dari arah depan rumah. Lekas Dewi memandang keluar rumah. Tahu sangat dia dengan bunyi hon itu. Hon dari kereta ayahnya.
"Ayah dah sampai tu." Jelas Puan Azizah sekadar memberitahu.
Kelam kabut Dewi menghabiskan bihun gorengnya dan menghirup teh ‘O’ panasnya sehingga habis.
"Dewi pergi dulu ibu." Pinta Dewi lalu menyalam ibunya dan pipi betemu pipi.
Puan Azizah hanya mengeleng perlahan melihat gelagat anak gadisnya itu. Selepas Dewi melangkah keluar, dia mencuri pandang ke arah bekas suaminya dari tingkap. Ingin sangat dia melihat wajah terbaru bekas suaminya itu. Di pendamkan niatnya itu bila dia terlihat bekas suaminya perasan akan tingkah lakunya yang sedang mengintai, lalu dia kembali melangkah ke ruang makan.
SEJURUS Dewi masuk ke dalam kereta ayahnya, dia terus menyalam tangan ayahnya lalu dikucup mesra tanda hormat dan melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Gembira benar perasaan Dewi ketika ini.
"Amboi, susahnya nak cari banglo baru Dewi ni. Hampir dua kali ayah sesat tau nak ke banglo ni. Nasib baik orang kampung ni tahu fasal banglo ni." Jelas Encik Aziz seolah merungut sambil melihat banglo itu yang kian menjauh dari cermin padang belakang.
"Tulah fasal. Ibu pun satu, boleh pulak dia beli banglo buruk tu." Rungut Dewi pula.
"Nak buat macam mana, ibu Dewi tu suka kawasan macam ni, terpencil dan jauh dari hiruk pikuk bandar. Nak dapat ketenangan katanya." Jelas Encik Aziz seolah memujuk.
"Ketenanganlah sangat? Nasib baik ada Pak Mat tau ayah? Kalau tak, susahlah Dewi nak ke mana-mana. Kawasan ni susah nak dapat bas atau teksi." Dewi sambung merungut.
Encik Aziz hanya tertawa kecil melihat gelagat anaknya itu.
"Ayah pun satu, kenapa ayah tak jenguk Dewi minggu lepas? Call pun tak…" Dewi merajuk.
"Bukan ayah tak mahu menjenguk Dewi. Ayah ada kerja sikit minggu lepas." Jawab Encik Aziz hampa.
"Sebelum ni, walaupun ayah ada kerja pada hari ahad, boleh je jenguk Dewi." Rajuk Dewi sambil memuncungkan bibirnya.
"Dewi, sebelum ni rumah Dewi dekat dengan office ayah. Sebab tu ayah boleh jenguk Dewi walaupun ayah terpaksa kerja hari ahad. Sekarang… rumah baru Dewi dah jauh, tak sempat nak jumpa. Ni pun awal-awal pagi tadi ayah dah keluar rumah. Sekarang baru sampai." Jelas Encik Aziz panjang lebar sambil menjeling jam di pergelangan tangannya. Dia mengambil masa hampir satu jam setengah untuk sampai ke banglo baru bekas isterinya itu pagi ini.
Dewi hanya menbentuk-bentukkan bibirnya tanda protes.
"So, macam mana dengan keadaan kat rumah baru tu? Best tak?" Sengaja Encik Aziz menukar topik perbualan selepas menyedari anaknya itu mula bermuram durja.
"Bolehlah, tapi… Banglo tu macam pelik sikit" Keluh Dewi hambar. Seolah ada sesuatu yang berselirat di ruang benaknya yang sukar untuk dilepaskan.
"Pelik? Apa yang peliknya?" Tanya Encik Aziz seolah dapat menilai perasaan anak gadisnya itu.
"Ntahlah… Dewi pun susah nak ceritakan hal sebenar. Kalau cerita, takut ayah tak percayakan Dewi." Jelas Dewi seolah mengharap agar ayahnya dapat menerima ceritanya yang bakalan di ceritakan jika perlu.
"Kenapa ni Dewi? Lain macam je ayah tengok? Apa yang ayah tak percaya?" Tanya Encik Aziz kehairanan melihat riaksi Dewi yang tiba-tiba kelihatan gelisah.
"Cuba cerita pada ayah?" Pujuk Encik Aziz.
Dewi mengeluh halus. Berat rasa hatinya ingin menceritakan apa yang telah belaku pada dirinya semenjak dia menjejakkan kaki di banglo barunya. Sesuatu yang misteri. Dia takut ayahnya juga seperti Siti. Tidak percaya akan apa yang telah berlaku padanya. Dia mengambil nafas panjang untuk memulakan cerita.
"Sejak Dewi pindah di banglo tu… Dewi seolah mengalami satu perubahan misteri…"
"Perubahan misteri? Perubahan misteri yang macam mana tu?" Tanya Encik Aziz kehairanan. Pelik benar mendengar kata-kata Dewi tadi.
"Ayah ada baca berita fasal tiga budak lelaki mati lemas akibat accident semalam tak kat surat khabar?" Tanya Dewi sekadar ingin memastikan. Hanya dengan cara itu sahajalah dia boleh membuktikan ceritanya.
Encik Aziz mengelamun seketika. Cuba mengingati tentang berita yang diberitahu oleh Dewi itu.
"Ha’ah, accident tu berlaku di kawasan bandar ni kan?" Encik Aziz meneka cuba memastikan sama ada berita itu betul atau tidak seperti yang di maksudkan oleh Dewi tadi.
Dewi mengangguk lesu.
"Sebenarnya, sebelum kemalangan tu, budak-budak tu kacau Dewi kat bus stop depan sekolah Dewi kelmarin."
"Dia orang kacau Dewi? Apa yang dia orang buat pada Dewi?" Lekas Encik Aziz menyangkal kata-kata Dewi. Risau benar dia jika ada yang cuba mengapa-apakan Dewi.
"Tak buat apa-apa. Cuma kacau je. Masa dia orang kacau Dewi, Dewi ada cakap pada dia orang. Dewi kata pada dia orang. Dia orang semua akan di timpa kemalangan dan mati lemas. Tapi masa tu Dewi hanya cakap je, tak terniat apa-apa pun…" Jelas Dewi panjang lebar mengenai perkara misteri yang mengganggu dirinya sejak kebelakangan ini.
Encik Aziz seolah kebingungan. Dia cuba memahami jalan cerita Dewi.
"Jadi… apa yang Dewi cakap tu… jadi kenyataan?" Tanya Encik Aziz seolah meneka-neka.
Dewi mengangguk perlahan.
Encik Aziz tertawa kecil. "Dewi… mungkin semua tu kebetulan je." Jelas Encik Aziz tidak percaya dengan cerita Dewi.
"Tak mungkin ayah. Ini bukan first time, but this is second time ayah. Before this, classmate Dewi. Dia buli Dewi. Jadi, Dewi kata pada dia, muka dia akan tergahar pada tar jalan. Day after tomorrow, dia accident, muka dia terheret kat jalan raya ayah. Now, she still in hospital. Koma." Jelas Dewi dengan harapan agar ayahnya mempercayai kata-katanya.
Encik Aziz hilang kata-kata. Seyumannya mula pudar. Buat-buat hairan mendengar cerita anaknya itu. Dalam hatinya, sedikit pun dia tidak mempercayai kata-kata anaknya itu yang di anggap apa yang berlaku hanya secara kebetulan sahaja.
"Really? Jadi, kalau macam tu… Anak ayah ni ada kuasa misterilah ek?" Jelas Encik Aziz berseloroh.
"Ayah ni… orang cakap betul-betul dia main-main pulak." Rungut Dewi merajuk. Mendengar kata-kata ayahnya itu, tahu benar dia yang ayahnya sedikit pun tidak mempercayai kata-katanya.
"May be itu semua secara kebetulan je… Dah jangan fikirkan sangat ok?" Pujuk Encik Aziz.
"Kita nak ke mana ni?" Tanya Encik Aziz lagi cuba mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu anaknya itu terbawa-bawa dengan fikiran yang bukan-bukan.
Dewi diam. Munyok sahaja mukanya. Menyampah rasanya bila ceritanya tidak di percayai oleh ayahnya. Dia sendiri tidak tahu pada siapa dia ingin meluahan rasa musykil di hatinya. Cerita pada Siti, wanita itu pun tidak percaya. Cerita pada ibunya, kena marah pula. Cerita pada ayahnya sama sahaja seperti cerita pada Siti. Hanya Sem sahaja seolah mempercayai ceritanya.
"Ayah tanya ni, kita nak ke mana dulu ni?" Encik Aziz mengulangi pertanyaanya bila anaknya tidak menjawab pertanyaan pertamanya tadi.
"Kita pergi badar jelah." Jawab Dewi acuh tidak acuh.
ah!!!besarnye.......syarikat ni...Kalah Kl Tower ni.... "Woi!cepat sikit lah...Dah lah lambat datang,tercengak lagi kat sini.Kau ingat kau tu model apa...Kau tu setiusaha aku,so jangan malu kan aku kat depan staff bawahan aku...Faham?"cuak kau... "Saya mintak maaf Tuan Arshad."mak aik...betul lah cakap alia...kalau ada je...staff datang lambat termasuk aku,dia akan jd harimau yang x cukup menjadi makanan dia...mesti ada yang lebih,mungkin sebab tu kut...Tuan Arshad grmuk...tapi aku tengok x gemuk tapi kacak adalah...He...he...He... "Apa lagi tu...X nak masuk ke???"sengih sorang2 macam kerang busuk... "Maaf Tuan Arshad..."tu lah kau kan dah kena lagi sekali... "Wei!Arshad..."sapa lak tu... "Oh...kau ke Rizz...Sory lah aku datang lambat,ni...ada hal sikit tadi..."segak nampak Rizz hari ni...ni mesti ada apa2... "Tak pe...Ni sapa???"cute lah budak ni... "Oh...minah senget ni...Adik setiusaha papa aku...Dia tidur rumah aku mulai hari ni...So aku ada hal,kau boleh tolang aku perkenalkan dia kat staff lain yeh?Ok,bye..."malas aku nak layan minah senget tu... "Ok..."selamba badak je...cakap budak cute ni minah senget... ........................... \'Suka hati badak dia...je cakap aku ni minah senget.Aku ingat hari ni nak baik2 semula tapi dia pulak yang buat hal,aku pun dah hilang mood nak berbaik ngan dia... \'Marah kot minah cute ni...Lebih baik aku tegur dia kalau x lagi tajam muncung dia tu... "Nama awak sapa?"harap dia x marah... "Oh!saya mintak maaf sebab dari tadi x tegur awak.Nama saya Atirah,panggil Tirah je...Nama awak apa?"hensem pulak mamat ni... "Nama saya Ahmad Rizzal,panggil Rizz je..."baik juga budak ni...manis oarng nye... "Oh!..."aku x tahu nak cakap apa dah... "Awak,pasal Tuan arshad tu awak jangan terasa pulak...tentang percakapan dia tu..."harap dia faham "Oh!pasal tu...Saya memang terasa pun...X pe awak jangan risau,tahu lah apa saya nak buat..."macam orang jahat lah pulak aku ni... \'Biar betul budak ni...\'"Kalau macam tu,mari saya pekenalkan awak kat staff kat sini..."lagi aku x tegur nanti lagi panjan idea yang dia nak perkenakan kat Arshad "Boleh juga..."nanti2 je lah aku fikir kan... ............................................
"Asalammualaikum..."mana orangnya... "Walaikummusalam...Anak mama dah balik...Macam mana kat office hari ni?"kesian,penat kut... "Ok mama..."penatnye...rasa macam nak telentong kat atas sofa lah pulak "Sudah2...Kalau nak telentong pun gi masuk bilik.Tirah macam mana hari pertama kat office?"aku tengok budak ni muram je dari tadi...penat juga kut... "Ok aunty...Saya naik dulu yeh aunty...?"penatnya... "Wei!ambil beg laptop aku ni gi letak kat atas...?"malasnye.... "Eehhmm..."dia ingat aku ni orang gaji kau apa... "Arshad!x baik tau buat macam tu kat Tirah...Dia balik kerja penat,kenapa x suruh adik je letak kat atas je..."uka sangat buli tirah... "Alah...kan tirah nak naik ke atas...apasalahnye kalau suruh dia naik letak beg tu kat atas..."sakitnye...pinggang aku... "Dah,biar aunty bawak beg Arshad tu..."degil betul budak ni... "X pe aunty...Apa yang Arshad cakap tu ada betul nye pasal saya nak naik ata so biar saya je lah letak beg ni kat atas...Saya naik dulu..."hari ni hari kau,esok2 hari aku pulak... "Abang saje je nak buli akak tirah...Kesian adik tengok akak tirah..."menyampah aku ngan abang aku ni... "Ape ni...semua bela tirah ni..."mana acik... "Memang pun kitorang patut bela akak tirah,buat apa nak bela abang.Buat sakit hati je...Dah lah,adik nak naik atas lah,tengok akak tirah.Dah lama x borak2 ngan akak."malas nak layan abang aku... "Adik masih marah kat abang ke...?"mesti kes hari tu dia x habis marah ni.. "Dah tahu tanya lagi...Kenapa abang sanggup buat macam tu kat akak tirah?Adik tengok akak tirah tu suka kat abang sepenuh hati tau tapi abang ni ada mata tapi buta tentang perasaan orang...Abang cuma nampak perasaan girlfriend abng tu...Adik tengok girlfriend abang tu nakduit bukan cinta...Malas lah nak cakap ngan abang,buat sakit mulut je..."menyampah aku... "Adik x baik cakap macam tu kat abang..."mulut boleh tahan juga anak dara aku ni... "Memang patut pun mama...Abang ni kena bagi pengajaran kat dia...Ada mata tapi x nampak,lebih baik bagi je mata tu kat orang buta,lagi bagus.Mama bela lah abang,adik x ingin pun..."aku dah hilang sabar tahap cipan ni,jangan sampai aku hilang sabar tahap gunun berapi kat Sumatera tu...nanti x de ubat nak baik semula... "Ape yang adik cakap tu betul Arshad,Arshad tinggal kan lah awek Arshad tu...Mama tengok pun buat sakit mata je...Mama rasa elok kalau Arshad pilih Atirah tu...X lah sakit mata memandang,sihat pun ada...Dah lah mama nak gi tengok dapur ngan bibie...Harap Arshad fikir masak2 la tentang apa yang adik cakap,akak ikah,mama ye?Dah gi naik atas berehat,nanti makan malam mama panggil..."Ape nak jadi ngan anak aku pun aku x tahu... ...................................................
"Arshad...mari turun makan...."mana ni budakni...aku dah panggil banyak kali,tapi x keluar pun dari bilik tu... "Atirah bole tolong panggil kan Arshad x?"mintak tolong kat tirah lah... "Boleh aunty."kacau je lah Arsad ni... \'tok...tok...\' "Arshad,mama panggil turun makan...Arshad."x de orang jawab pun..lebih baik aku masuk. \'Cantik juga bilik dia ni,pandai dia kemas bilik and paling aku terpaku tengok dalam bilik dia ialah satu gambar yang sangat boleh membuat hati orang tenang...Cantik,sapa lah yang lukis ambar ni...teringin aku nak tengok orang yan lukis gambar ni...Mesti muka dia tenang seperti dalam gambar ni... "Kau buat ape kat dalam bilik aku ni?"minah senget ni buat apa kat bilik aku ni... \'Pargh.....\'"Ah,aku mintak maaf Arshad.Aku x sengaja nak menjatuhkan gambar ni..."mesti dia marah... "Keluar kau,keluar..."habis gambar aku... "Aku mintak maaf..." \'Aku terus lari masuk bilik...Jantung aku rasa macam nak pecah pun ada...Tengok muka bengis dia tu,sungguh menyeramkan aku....Sampai boleh membuat kan aku menangis...Aku rasa macam bersalah lah pulak jatuh kan gambar tu...mesti gambar tu bermakna bagi dia.aku x tahu macam mana boleh jatuh dari tangan aku,munkin sebab aku terperanjat tengok Arshad keluar dari bilik air dengan memakai tuala je...Lepas tu terjah aku dari belakang,memang padan lah gambar tu jatuh...Dah lah aku pun dah x rasa nak makan malam...Aku rasa nak tidur kejap lah... ...................................... "Tadi bunyi ada benda pecah tu apa benda Arsyad?" "X de apa lah mama..."malas lah nak cerita... "Mana Atirah Arsyad?Tadi mama suruh dia pangil kan kamu...?"pelik... "Dia suruh kita makan dulu.Kat dia tadi,dia rasa sakit perut...Dah lah,jom lah kita makan,Arsyad pun lapar ni..."lantak lah dia,malas aku nak ambil tahu. ...................................... "Aarghhh...lapar lah pulak.Dah pukul 12 tengah malam ni...Mesti semua orsng dah tidur..."rasa ringan sikit badan ni... "Bibie pun dah tidur,nampaknye...buat air sendiri lah..."mana bahan2 nak buat air ni.. "Kenapa kaux turun makan tadi?" "Hah...tadi x rasa lapar,lepas bangun tidur tiba2 perut rasa lapar itu pasal aku turun buat air..."mesti dia marah lagi kat aku... "Kau gi duduk sana,biar aku buat..." "Baik..."apasal dia nak buat air untuk aku... "Nah...tentang tadi kau x payah takut,aku maafkan kau.Aku tahu kau x sengaja pasal aku terjah kau dari belangka kau o ni bukun salah kau..." "Aku pun x patut pegang gambar tu,kalau jadi macam ni..."aku pun rasa bersalah... \'apa lagi nak aku bual kan...\' "Aku nak mintak maaf kat kau pasal hari tu...Aku x sangka kau ada kat Shooping Complex tu...Mesti kau cemburu kan?"kesian aku tengok dia... "Mana ade aku cemburu..."malu dong... "alah...x payah tipu aku lah...Kau ingat perempuan x de perasaan malu ape...Aku tahu lah..."malu lah tu... "Ape kau cakap tu memang betul...Masa tu memang aku rasa cemburu,sakit hati and nak nangis pun ade juga tapi nak buat ape...Kau pun dah ada girlfriend,aku nak buat macam mana.X kan aku nak halang percintan korang kot,buat malu je...Lebih baik diam and buang perasaan ada hati kat kau.Itu adalah jalan yang terbaik bagi aku...Ok lah,aku naik dulu.Nanti esok pagi aku lambat bangun,kau bising pulak.Esok aku gi kerja ngan akak ikah so kau x payah ajak aku gi kerja sama2.Kalau ada salah cakap ke...aku mintak maaf.Selamat malam."kenapa aku rasa nak nangis pulak ni... "Selamat malam."dengan nada yang sangat perlahan. 'Kenapa aku x pernah memahami perasaan dia...Kenpa????' Kenapa aku x boleh tahan air mata adam ini...Sebelum ni x pernah jadi macam ni tapi bila Atirah cakap macam tu aku sangat terasa,rasa macam hati aku ni terguris kena ngan pisau yang tajam.Macam x boleh di sembuh kan....
p/s:penatnye nak siapkan cerita ni...Kalau ada salah ayat,saya mintak maaf...Asalammualaikum....
Sebaik sahaja sampai di kamarnya Ryana berbaring di atas katil sambil mengekek ketawa. Tak tahan lawak siot.Senyumannya yang sedari tadi masih tidak hilang kembali memekar sebaik sahaja mendengar bunyi mesej masuk dari handset sony ericsonnya itu. Pantas tangannya menekan ‘mesej inbox’. Anak patung tedy bear dipeluk kejap. Melihat nama Ilham hatinya berbunga riang..
+ salam, Fea da tidur ker?? Dah makan?? Dah Solat??
Dia tersenyum Cuma. Ilham ilham, prihatin betul awak pada saya ya..
Sebaik sahaja membaca mesej itu, dia tersengih sendiri, segan apabila ditegur sebegitu. Sambil menekan nekan keypad tangannya diangkat sebelah lagak orang bersumpah. Kemudian dia ketawa lagi mengenangkan kebodohannya itu.. mana taknya macam la orang sebelah sana Nampak!!
Ilham disebelah sana melepaskan tawanya. Promise??.. Fea fea.. agak agaknya tangan tu tengah buat gaya orang angkat sumpah la tu.
+ermm, k lah.. so suka dpt teman bru??
-hahahha.. best!!
Ilham tersenyum. Pasti itu yang terbaik untuk Ryana dan itulah doanya saban hari sebaik sahaja mengenali gadis yang bernama Aryana Sofea.
+ ye la, mana tak bestnya. Dpt tman = kecoh ngan awk!!
Ryana memuncungkan bibirnya. Geram.. kalau ada kat depan dia ni.. agak agak dah lama si Ilham dibaling ke laut..
-eii, perli ya.. jahat la awak.. awakk…
+ ya sayang.. abang dekat sini….
- uit… gatal erh.. lepasni apa erh???
Ilham yang membaca sms dari Ryana ketawa lepas.. fea fea.. aku ke patut aku dikatanya gatal..
+ apa??.. p/s:- gatal ngan Fea sorang jer…
-syarat a.k.a permintaan kedua?? Elehh.. tak nak layan..
+ ouh.. nnti sy fkir.. tak nak layan sudah.. nite!!
Sebaik sahaja menghantar sms, Ilham menguap kecil. Mana taknya jam didinding sudah menginjak ke pukul 12 malam. Melayan ryana mungkin seharian pun tidak mengcukupi.sudah maklum akan perangai gadisnya itu..
Fuhhh.. lega!! Ryana menarik nafas dalam.. tidak sanggup memikirkan bagaimana harus dia berhadapan sekiranya Ilham benar benar ‘terasa’ dengannya.
-Habis??
+dah mlm cik adik oii.. tidur . esok ader kelas kan..??
Awak ni sekejap adik sekejap sayang.. ntah aper aper ntah.. Ryana mengomel sendiri. kelakar mengenangkan panggilan yang berubah ubah dari lelaki itu.
-yups.. ermm k lah.. bye.. nite..salam..
+ bye .. god nte 2 u 2 sayang.. sleep tight.. sweet dream.. take care..jangan lupa solat.. bye .:-)
"Sayang?? Fea pun sayang kan awak ilham.. sayang sangat.." seusai berbicara Ryana mencium masej yang diberi lelaki itu. Dia kemudiannya menuju ke bilik air untuk berwudhu.. pesanan Ilham supaya dia segera menunaikan solat bagaikan video klip dipendengarannya.
………………………………………………………………………………..
Ilham menatap lampu biliknya lama. Jam didinding dipandang sekilas.Pukul 2.00 pagi. Hatinya berbelah bahagi. Fikirannya terasa berserabut. Jauh dia melamun mengenangkan Sofea. Gadis yang bisa mencuri hatinya. Gadis yang membuatkan fikirannya bagai berada diambang ketidakwarasan pemikiran.
‘Fea , apa yang akan jadi pada kita, apa akan jadi pada awak kalau saya tingalkan awak, macammana saya nanti tanpa awak dan yang penting macamana awak nanti tanpa saya..’ Hatinya berbicara sendiri..buntu. bagai tergiang giang suara uminya ditalian sebelum dia menuju ke rumah Sofea.
"Umi bukan tak kesian kan kamu Angah.. tapi siapa pulak yang nak kesiankan umi ngan papa kamu.. balik la Angah.. tolong kami kat sini.."
"Angah bukan tak nak balik umi.. tapi Angah.."
"Angah bagitahu umi.. kenapa Angah tak boleh balik.."
"Along?? Umi pujuk la Along supaya terus tinggal sana.."
"Umi dah puas pujuk .. tapi Abang long kamu tu degil.. keras kepala sama macam kamu.."
"Macam ni la angah.. umi izinkan kamu tinggal di Malaysia.. tapi hanya untuk tahun ni.. pasal along kamu tu pandai pandai la umi pujuk nanti.."
"Betul umi??"
"Ye.. tapi ingat hanya untuk tahun ni.. awal tahun depan umi nak tengok kamu dah terpacak dekat depan umi.. faham.. ermm.. k`lah papa kamu dah panggil tu.. jaga diri baik baik.."
"Thank,, umi…kim salam kat papa, along ngan Alisha.. Assalamualaikum.."
"Yelah.. waalaikummussalam.."
Lega.. persaan nya lega sebaik sahaja umi mengizinkan dia untuk terus tinggal,di Malaysia.. tapi bila dihitung balik.. tempoh yang diberikan uminya bukannya lama mana pun.. tak sampai lima bukan pun lagi nak masuk tahun baru.. dan disebabkan itulah dia kembali resah. Kalau la masa dapat diberhentikan..
Tit tit.. bunyi mesej yang masuk menghentikan segala lamunan nya. Ilham melihat jam.. pukul 3.. lama benar dia melamun.. tapi siapa pulakyang mesej pagi pagi buta ni. fikirannyaseakan dapat mengagak garangan manusia yang menghantar mesej itu.dahinya berkerut seribu. Tanda tidak suka diganggu pada waktu sebegini.
+sory msj u pg2.. I call u bnyk kali tp u x angkat..knape?? I just guest u x tdr lg From:- Nisha
Sebaik sahaja membaca Ilham menarik nafas panjang.. tangannya ligat membalas pesanan ringkas itu.
-I busy..
+Busy?? U ader prob ker??
-Nisha u tau x pkl brapa skrng.. can we talking next time!!
+Y?? I nk jmpa u esk..
Ilham mendengus geram.. tak faham bahasa betul. Tak sedar kah gadis itu sekarang ni pukul berape.
-xleh I busy..
sebaik sahaja mesej dihantar dia yang sedari tadi berbaring kembali berdiri tegak. Langkahnya ingin dilajukan untuk keruang dapur. Nak cari air. Dahaga..namun baru sahaja beberapa langkah telinganya mendengar pula bunyi panggilan masuk. Dia kembali berpusing untuk melihat gerangan si pemanggil.
calling: Nisha
Ilham kemudiannya menekan button on.. "u ni kenapa.. u tau tak sekarang ni pukul brapa.. can u please stop bothering me.." suaranya nyaring mencecah pendengaran pemangil disebelah talian.
"Sory.. I nak jumpa u esok.."
"U tak faham I cakap tadi.. dah tak reti nak membaca.."
"U ni knape.. I just want to see you.."
"For what.. stop bothering me.. I will call u when I have time.. got it.."
"Sampai hati u buat I macam ni.. apa salah I pada u.. tak boleh u cakap baik baik pada i.. berapa banyak masa yang I nak kena bagi pada u.. dan berapa lama masa yang I harus tunggu sampai u punya waktu untuk jumpa I ilham.."
Suara lirih Nisha membuatkan fikiran Ilham kembali berserabut.. apa salah gadis itu padanya. Tiada.. Cuma yang salah dengan adanya ‘simpulan’ hubungan yang tidak direstui olehnya itu. Hanya itu!!
"Sory nisha.. I .."
"Its ok.. so bila kita boleh jumpa.."
"Nanti I bagi tahu u.."
"Ermm. bye.."
Sebaik sahaja talian dimatikan. Handsetnya dipandang lama. Maafkan I Sofea.. Nisha..
"Aku tengah buat kerja ni Am." Sebuah fail yang menempatkan kedudukan kewangan syarikat dibelek. Penuh dengan ketelitian dan kekusyukan. Amar bila tengah bekerja ini la gaya dia. Gaya pekerja yang berdedikasi. Puju rayu sahabat sendiri sejak hampir satu jam yang lepas hanya dibiar sepi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Am... tolonglah bawak aku." Sepuluh jari tersusun kemas. Izham muka tak puas hati. Amar yang tengah leka menatap fail ditenung tajam.
Helaian muka surat seterusnya diselak.
"Amar..."
"Weyh Am!?" Bentak lelaki itu separuh kuat bila Izham dah mula merangkak naik ke atas meja dia. "Turun la weyh! Habis barang aku tunggang langgang nih. Turun!" Sambungnya lagi sambil menolak tubuh Izham. Tiga buah fail yang terhumban ke lantai dikutip. Gila ke apa budak Izham ni. Sampai naik ke meja segala. Hailah~~
"Aku tak akan pijak lantai selagi kau tak cakap yang kau nak bawak aku jumpa dia!" Gertak Izham dengan muka bengis. Aku bukannya mintak benda pelik-pelik pun. Itu pun tak boleh nak tunaikan ke? Haisyh!
Tersentak Amar mendengar gertakan itu. Kecil matanya merenung muka tak bersalah Izham. Ewah, main gertak-gertak pulak. "Kau tak rasa yang kau sangat melampau?"
"Tak."
Pakk! Amar tepuk meja. "Okey. Fine!" Gagang telefon diangkat lalu nombor yang dah sebati berada di kepala hotak didial dengan rakus. Hampir sepuluh saat akhirnya panggilan dijawab. "Assalamualaikum... Lunch karang saya jemput awak. Pukul 1.30." Klik!" Hanya itu yang keluar dari bibir Amar. Mata berlari ke muka Izham yang dah pun kupas senyum puas. "Satisfied huh!?"
"Of course lorh!"
***
"Where’s she? Aku dah gila teruja ni nak jumpa dia." Soal Izham sambil memandang tepat ke arah tabika yang megah berdiri sepuluh meter di hadapan mereka.
Hak alorh... Dia pulak yang lebih-lebih ni apehal? "Rilex ar bai. Kejap lagi dia keluar la. Yang kau over-excited ni apehal? Atuk kenenkan aku dengan dia or kau? Gaya macam kau jek yang kena paksa kahwin dengan dia." Ujar Amar seraya menggeleng tiga kali.
"Hahaha!" Tawa bergema seluruh kereta. "Haih... Dengar macam jealous jek nih. asal? Kau takut aku terjatuh dengan dia ke?"
Amar mula gelabah. Hati pun dah mula bergoncang hebat. Haisyh! Jangan lah Am. Kalau ye pun aku harap bukan kau. Orang lain aku boleh gagah nak terima but not my buddy. Please... Tapi kalau betul la benda ni terjadi apa yang perlu aku buat? Serious!Demi Izham sanggup aku korbankan perasaan aku. Kalau itu yang boleh buat kawan aku bahagia. Huhuhu...
"Weyh!"
Terus otak bergerak seiring dengan hati bila terasa tangan Izham melekap kuat dibahu. Amar toleh kiri. "Kau pehal?"
"Tu..." Muncung dipanjang ke depan.
Erk! Telan liur. Rate jantung semakin tak sekata. Oksigen pun macam nak tak nak je masuk lubang hidung bila terpandang sesusuk tubuh yang sedang berjalan menuju ke arah mereka. Amar... Calm down okay...
"Yes!" Izham melompat riang bila mata menangkap riak muka si sahabat dah berubah pucat lain macam. Betul tekaan aku. Memang betul dia. " Is she Aqilah?" Angkat kening tiga kali.
Amar diam. Hanya pandangan mata masih melekat pada gadis yang sudah menghampiri.
"Hoi!" Pipi Amar ditepuk dua kali. "Aku report sama atuk yang kau usha anak dara orang sampai macam ni sekali. Atuk tak pernah ajar buat macam ni kan?" Usik lelaki itu sambil tersengih panjang. Sungguh lah Amar dah mula tangkap cintan. Weyh sahabat. Kau tak ngaku pun aku tau la. Nak sorok feeling konon. Dengan aku tak dapat lah.
"Haisyh! Sakit lah tenuk!" Tubuh Izham ditolak kasar. Hadoii! Kantoi lagi. Hmmph... "Aku bukan usha dia la. Aku usha play ground kat laman tabika nuh. Kecoh ar kau ni."
"Usha play ground la sangat. Ceits! Blah ar. Weyh diam diam! Dia dah dekat tu. Amar, control macho sikit." Necktie yang tergantung di kepala seat dicapai lalu dihulur kepada Amar. “Wear this tie. Baru nampak macho."
“Weyh!" Tangan Izham yang ingin menyarung necktie ke leher ditepis laju. “Apehal pulak kena pakai necktie bagai? Kau ingat kita nak attend meeting pasal masalah company ke?" Kena backhand jugak mamat ni dengan aku karang.
“Syyhh…" Kata-kata Amar dibiar sepi. Izham buka pintu kereta bila Aqilah dah berdiri di sebelah Amar. Senyuman paling manis dihadiahkan buat gadis yang ayu berbaju kurung danbertudung litup itu. Amar kau memang lucky.
Amar kaget bila melihat reaksi gila excited sahabatnya itu. Ya Allah tolong jangan izinkan Am buat perangai dahsyat dia. Am, tolong jaga air muka aku temanmu ini. Don’t create a stupid probs okay. Cepat-cepat dia pun ikut menonong keluar berdiri di sebelah Izham bila lelaki itu terpacak di depan Aqilah.
“Hai." Sapa Izham ramah seraya menghulur tangan.
Muka Aqilah sedikit berubah. Dia hanya kaku di situ dengan kening bertaut. Biar betik mamat nih. Apehal nak salam-salam sesama bukan muhrim?
"Oit!" Bahunya dilanggar dengan bahu Izham. Amar mendekatkan bibir ditelinga lelaki itu. "Sejak bila kau dah lupa pasal agama ni? Let me remind you. C’mon my beloved buddy... jangan buat hal! Nak aku melutut ke?" Perlahan suara dikeluarkan. Amar dah rasa panas. Peluh pun dah mula keluar di dahi.
Izham kupas senyuman nakal. Hahaha! Cuak..."Rilex ar bai. Asal gelabah sangat ni?" Muka Aqilah kembali dipandang. "Sorry... I’m kidding you lorh. " Tangan ditarik semula. "Nak test jek tadi tuh. Chill ar awak. Chill... Jangan gelabah macam member saya ni." Selorohnya lalu ketawa. Tangan dipanjang memeluk bahu Amar yang dah pucat seribu.
Thank god. Nafas dihela.Alhamdulillah... Pheuwww~~ Saja nak buat gimik rupanya budak Izham ni. Nasib baik... Mata berlari pada sepasang mata bulat yang hanya memandang ke bawah. "Sorry ye. Dia memang macam ni. Senget lain macam sikit." Katanya lembut. Pandangan menikam Izham dibuat tak endah.
Oow... Aku senget ye? Tape-tape... Tunggu la kau kejap lagi.
"So, lunch... jom?" Perlahan ajakan Amar itu. Tangan merayap ke atas kepala. Tergaru-garu. Mula la ni nak malu-malu bapak kucing. Asal la aku jadi lemah bila berdepan dengan dia? Hadoii...
Izham yang perasan tentang telatah Amar terus tersengih-sengih. Tu dia... Dia dah mula dah. Jangan sampai kau hayun-hayun kaki kat sini sudah la Amar. Kang aku tak ngaku sahabat kot. Ngeee...
"Lunch kat mana? Kalau boleh dekat-dekat sini je la ye. Kejap lagi saya kena jumpa ibu student. Ada hal yang nak dibincangkan." Beritahu Aqilah dengan penuh kelembutan. Jam tangan Polo yang terletak elok di pergelangan tangan dikerling sekilas. Asal la tetiba jek mamat ni nak ajak aku lunch pulak? Tengok... tak pasal-pasal aku kena cancel date dengan Lissa. Ni mau berdarah jugak lah telinga aku dengar dia membebel balik rumah karang. Lima hari empat malam belum tentu habis lagi peluru dia tembak aku. Adeh~~
"Lorh... baru je cadang nak bawak awak lunch kat atas Eiffel Tower. Baru lah romantik banyak. Cancel kan aje lah tak boleh ke? Bukan senang nak lunch dengan cucu Haji Rahim tau." Tanpa diundang Izham mencelah dengan seraya buat muka comel.
Haishy! Aku boleh out of control kalau dengan tenuk sorang ni. Buat lawak apekebendanya? Kalau kelakar boleh la aku gelak. Ini aku rasa macam nak hentak kepala si Izham ni dengan kepala treler. Huh!
Ceits. Bajet kalau kau cucu Haji Rahim tu aku kisah ke? Macam aku hairan sangat hah? Tak ada maknanya aku nak kisah.
"Shall we go?" Selit Amar bila sepi dah menjengah lima tujuh saat.
Aqilah menjawab dengan anggukan. Dia bergerak berkira ingin membuka pintu kereta.
"Kejap!" Laju Izham menegah. Lengan Amar yang dah menuju ke tempat driver ditarik lalu ditolak ke arah Aqilah. "Open the door for her, gentleman."
"Eh, no need." Cepat-cepat Aqilah menghalang. "Saya boleh buka sendiri. It’s okay. Thanks." Macam aku sangat jek sampai nak orang tolong bukakan pintu. Terima kasih saja lah eh. Tanpa membuang masa pintu belakang dibuka. Aqilah melolos masuk ke dalam.
"Apa? Aku ada buat salah ke?" Dengan muka yang langsung tak rasa bersalah Izham menyoal bila Amar menghadiahkannya renungan membunuh.
"Kalau ikutkan hati aku..."
"Kau nak campak aku pergi Labuan?" Tingkah Izham dengan selamba badak.
"More than that aku mampu buat!" Keras suara lelaki itu. “I’m warning you. Behave!" Sempat dia berpesan dengan jegilan luas pada Izham sebelum masuk ke dalam kereta.
“Ceits. Bajet aku takut!"
***
“HAHAHA!" Bergegar Restoran Cinta Sayang dengan gelak ketawa Izham. Aqilah pun apa kurangnya. Sakan jugak dia ketawa. Tapi belum sampai tahap berdekah-dekah lagi lah. Merah muka menahan tawa dengan sejarah hidup Amar yang dibongkar oleh sahabat sendiri.
Amar? Kulit sawo matang pun mampu blush bila amarah dah bergabung dengan malu. Bengangnya pada Izham jangan cakap lah. Boleh pulak bahan aku depan Aqilah? Dah tu punya la kencang dia bercerita kisah zaman sebelum aku mumaiyiz lagi kat gadis ni. Memang nak kena backleg dengan aku betul budak sekor ni. Gggrrrrrhhh!!!
"Haa... ada lagi satu cerita." Muka Izham bersinar-sinar dengan pancaran cahaya yang datang entah dari mana.
"Am... sudah-sudah lah tu. Kau tak penat ke? Dah banyak sangat kau bercerita." Amar makin tak keruan bila Izham langsung tak menunjukkan yang dia bakal menamatkan kisah zaman kanak-kanan mereka. Rasa macam nak blah pun ada ni.
"Alaa... Rilex ar. Aku nak story lagi satu je." Nescafe ais disedut dengan rakus. “Dulu masa darjah dua kot yang seluar…"
“Stop it!" Laju Tangan Amar melekat kuat di bibir Izham. "Am, please don’t." Lebih cepat dari kilat dia menggeleng.
“Apa? Cerita la. Saya nak dengar. Tak apa la Amar. Best jugak saya dengar kisah kanak- awak berdua." Terhibur sungguh dia bila melepak dengan Amar dan Izham. Ternyata Izham seorang yang peramah, gila-gila, cakap main bedal jek. Bila bersama Izham membuatkan Aqilah terkenang arwah abangnya Hafiz. Perangai mereka hampir sama. Itu yang membuatkan Aqilah mudah mesra dengan Izham.
“Kau cerita Izham, aku blah!" Kata Amar seraya berdiri. Kali ini Amar betul-betul serious. Muka nampak bengis lain macam.
"Okey. Bubye... Karang aku hantar Aqilah balik tabika ye. Kau jangan risau. She’ll save with me." Tenang Izham berkata. Geli right atrium aku bila kau gertak nak blah Amar. Bajet macam berani jek tinggalkan buah hati kat sini. Heh!
Tersentap sekejap dengan ketenangan yang diterima. Ewah tenuk ni... Sengaja nak menduga kemachoan aku. Hailah! Perlahan-lahan Amar merapatkan punggung dikerusi. Dagu ditongkat pada tangan. Muka sangat nampak tak puas hati.
"Okey, cepat story."
Ey eh budak ni. Suka saja bila Am bahan aku. Desis hatinya bila Aqilah tersenyum senang.
"Dulu..."
Aku. Sangat. Benci! Laju kedua-dua telinga ditutup. Tak sanggup nak mendengar history sendiri.
Izham masih kencang meneruskan cerita tanpa mempedulikan Amar disebelah. "Pernah dulu masa darjah dua. Si Amar ni cirit-birit. Dia pergi toilet sorang-sorang. Dekat dua jam jugak la dia tak masuk kelas. Saya pelik then saya pergi toilet jenguk dia. Risau jugak kalau-kalau something yang buruk jadi. Awak tau..."
"Am..." Selit Amar dengan muka yang dah disembam pada meja. Sungguh dia berharap supaya izham tidak meneruskan cerita.
"Nak tau." suara lembut Aqilah mencelah.
"Hailah~~" Amar makin tertekan. Sibuk je dia nak tau. Apehal?
"Sampai je kat depan pintu toilet, ada la dengar suara budak menangis."
"Amar?"
Izham tersengih lebar dengan tekaan Aqilah. Tiga saat kemudian dia mengangguk.
"Sebab?" Suka saja aku kalau dapat bahan cucu Haji Rahim ni. Hahaha...
"Seluar dia kena rembat. And..."
"Am please..." Sekali lagi Amar mencuba nasib.
“Siapa curi?"
“Musuh kitorang zaman sekolah dulu." Balas Izham seraya meneguk minumannya.
"Musuh? Korang ada musuh ke?" Soal Aqilah berminat ingin tahu.
“Ada. Diorang jealous dengan kekayaan dan kekacakan si Amar ni."
Erk!? Aqilah telan liur. Kacak ke dia? Heh! "Then jumpa tak seluar tu?"
Geleng. “Sampai sekarang tak jumpa."
"Dah tu takkan sampai balik Amar lepak toilet?"
"Tak." Sengihan jahat mula menampakkan diri. "Awak teka dia pakai apa sepanjang kelas hari tu."
"Bukan pakai. Tapi dipaksa pakai okey!." Sampuk Amar tetiba. Perkataan ’dipaksa’ ditekan kuat. Benci sungguh bila aku terkenangkan the bad day. Very bad!
"Track suit?"
"Nope."
"Awak carikan dia seluar sekolah yang lain?"
"Tak."
"Dah tu?"
"Kain pelikat."
"Okey la tu. Asalkan ada benda yang boleh digunakan untuk tutup apa yang patut."
"Memang la okey. Tapi cuba awak bayangkan kalau pakai baju sekolah siap dengan necktie then kasut sekolah pun tersarung kemas pastu kaki balut dengan kain pelikat. Tak pelik ke? Sumpah! Gaya lebih dahsyat dari segala Wak Korjo. Hampir separuh hari la jugak dia macam tu. Gaya macam budak baru bersunat pun ada."
"Iye?" Dan ketawa kedengaran kembali. "Serious memang buruk!"
"Buka serious tapi sumpah! Sumpah dia memang nampak buruk hari tu. Tapi nasib baiklah fikir kawan kan. So... saya temankan lah dia kat kelas. Nak keluar rehat pun tak berani. Takut orang gelak." Sambung Izham lagi sebelum menghembur tawa kuat.
"Asal tak call atuk mintak hantarkan seluar lain?"
"Saya lebih rela pakai lebih dahsyat macam Wak Korjo tu dari call atuk."
"Sebab?" Lembut Aqilah menyoal.
Alahai~~ Hati Amar berdesis sendiri. Pandangan Aqilah berbalas. "Tak pasal-pasal sekolah tu jadi tunggang langgang."
"Eh takkan atuk sanggup nak saman kot?" Kening hampir bertaut. Haji Rahim yang dikenali sangat baik hati. Macam tak percaya jek.
"Kalau dengan Haji Rahim... segalanya mungkin. Nak-nak lagi cucu kesayangan kan..." Tambah Izham. Siku Amar dikuis.
"Hah sudah!" Kali kedua Amar berdiri. Lagi lama kat sini lagi banyak rahsia aku terbongkar. Si Izham ni memang mulut becok. "Balik jom? Tadi awak cakap kena jumpa ibu your student kan?"
"Aah la. Saya dah lambat ni." Aqilah mulai cemas. Cepat-cepat dia berdiri. “Jom-jom." Handbag digantung pada bahu.
“Tunggu kejap. Saya pergi bayar."
***
"THANKS for a nice lunch." Ucap gadis itu sebaik saja melangkah keluah dari kereta dan berdiri di sebelah Amar.
“You’re welcome."
Kepala disenget sedikit memandang Izham. "Izham... nice to meet you."
“Dah tau. Sesiapa yang jumpa saya mesti cakap macam tu." Kembang kempis hidung Izham tahan megah. "Nice to meet you too."
“Saya masuk dulu. Assalamualaikum." Sopan gadis itu menutur sebelum berlalu.
"Asal kau jadi mast kat sini?" Soal Izham pada Amar yang leka merenung Aqilah.
"Huh!?" Tersentak sekejap dengan sergahan teman di sebelah.
"Weyh! Go and invite her for next date."
“Pardon!?"
“Tipu la kalau kau tak dengar."
Diam lima saat. “Ada aku cakap nak keluar date dengan dia lagi?" Debar di dada cuba ditutup.
"Hallah! Sudah laaaaaaaa.... Kau sembunyi la sedahsyat mungkin. Kau putar la serabut mana pun. Aku still boleh nampak la weyh! Kau dah tangkap cintan Amar. Ngaku je la." Ujar Izham sambil mencebik panjang.
"Am, tolong?" Kereta direverse laju. Seklias Izham dikerling.
“Tolong apa? Kasi tau dia yang kau falling for her?"
"Nope."
"Dah tu?"
"Tolong tidur bai. Aku dah tak larat nak dengar suara kau lagi. Tolonglah."
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei