BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, November 05, 2009
Novel : Pasangan degil 14
Nama Pena : Hayisa Neerza

Aleeya dan Zaril masing-masing mendiamkan diri.Sejam tadi punyalah rancak berbincang pasal macam mana nak jadi suami-isteri lovey dovey ni.Tiba-tiba kedua-dua perut mereka berkeroncong,cacing belaan mereka minta makan.Mereka berpandangan antara satu sama lain.Dua-dua tersengih.

"Hmm,leeya pergi masak dulu lah." Aleeya tersenyum.Zaril menahan tawanya,tak pernah-pernah Aleeya membahasakan dirinya sebagai leeya sebelum ni selain 'aku'.Hai kalau bukan Aleeya ni tak nak jadi maid aku,tak pernah dia cakap lembut dengan aku.Zaril tersengih.Aleeya yang melihat kelakuan Zaril menahan geramnya.Dia terus berjalan menuju ke dapur.Belum melangkah setapak Zaril menarik tangannya.

"Tak yah ar masak hari ni.Ril belanja makan kat luar.Jom!"Zaril memimpin tangan Aleeya.
Kedua-dua mereka menahan tawa.Rasa pelik pulak dengan perubahan mendadak yang hanya akan berlaku sehari ini.



Zaril memimpin tangan Aleeya memasuki kedai.Zaril tidak melepaskan tangan Aleeya setelah selesai memesan makanan.Ada peluang sekali tidak bisa dilepaskan.Hehehe!!.Aleeya berasa rimas,dia cuba menarik,tetapi genggaman Zaril makin erat.
"Ril,leeya nak makan."Aleeya membuat muka simpatinya.Zaril tersenyum dan melepaskannya.

"Leeya,lepas ni nak pergi mana?"Zaril menyuapkan suapan pertama ke dalam mulutnya.

"Tak nak balik ke.Kalau tak nak...pergi je la mana-mana Ril suka.Leeya ikut aje." Aleeya
tersenyum.

"Hmm,kita pergilah taman,dating."Zaril tersengih.Aleeya hanya tersenyum.Meremang bulu
roma Aleeya,tiba-tiba kena dating dengan Zaril.
Selesai sahaja makan mereka menuju ke destinasi seterusnya.

"Ril nak buat apa kat sini." Aleeya menurut rentak jalan Zaril yang setia memimpin tangannya.

"Saja je nak jalan dengan sayang." Mereka berhenti di depan air terjun ciptaan manusia ini,dan
duduk di bangku.

"Takkan nak duduk je boring lah." Aleeya memandang sekelilingnya.

"Tak lah,nak bagi teka-teki kat leeya.Nak dengar tak?"Zaril memandang wajah Aleeya.

"It looks interesting.Go on."Aleeya membalas pandangan Zaril.

"Ada girl ni,dia berjalan nak pergi bilik prof dia.Sampai je kat bilik prof ni...dia terus pergi dekat
sebelah prof ni..."Zaril sengaja berhenti.

"Lagi.."Zaril ketawa melihat telatah Aleeya yang menggesanya.

"Then cuba ngorat prof dia.Pastu dia cakap 'i wiil do anything to past this exam.' then prof tu cakap 'anything' prof tu balas pandangan menggoda girl tu.'anything' girl tu cakap dengan suara yang boleh resahkan hati prof tu.The question is apa yang prof tu cakap?" Zaril melihat Aleeya yang kebingungan.

"Dah girl tu goda dia.Mestilah prof tu nak ehem-ehem dengan dia."Aleeya memandang Zaril.Zaril tersenyum.

"Ehem-ehem tu apa?"Zaril buat muka bodohnya.

"Ril jangan menggatal eh.Bagi tahu lah jawapan dia."Aleeya merengek.Zaril ketawa.Tak sangka Aleeya boleh jadi manja dengannya.Kalau tak dah macam-macam bom boleh melekat kat kepala dia.

"Prof tu cuma cakap..'will u study' itu je lah." Zaril memalingkan mukanya.

"La...pendeknya jawapan.Tak logiklah teka-teki ni asal plak prof tu suruh dia study je." Aleeya menunjukkan riak tak puas hatinya.

"La......lantak prof tu lah nak cakap apa.Asal leeya tak puas hati ni." Zaril ketawa perlahan.

"Tak puas hati betulla.Sape punya teka-teki ni?"Aleeya mengeluarkan muncung sedepanya.

"Ril yang buat sendiri,lantak Ril lah nak bagi jawapan dia apa." Zaril sudah tersengih.Aleeya menahan geramnya.

"Hi....macam ada pengalaman je jadi prof tu,sampai boleh buat teka-teki sendiri ni."Aleeya menjeling Zaril.

"Asal jelouse ke?"Zaril menduga."Nope,tak akan." Zaril mencubit pipi Aleeya.

"Yelah tu....asal muncung dah satu batu panjangnya."Aleeya mencubit lengan Zaril.Terjerit-jerit Zaril.

"Alaa..tak yah lah muncung lama-lama.Nah!!"Zaril menghulurkan sekeping coklat Cadbury pada Aleeya.Aleeya mengambilnya,dan tersenyum.

"Thanx." Zaril menggeleng.Orang bagi coklat je tak pernah nak tolak.

"Thanx je...kedekut tol lah leeya ni."Zaril pulak yang merajuk.Aleeya menoleh memandang Zaril.

"Habis Ril nak apa?" Zaril sudah tersengih.Dia menunjuk pipinya.Aleeya tersenyum.

"Tutup mata dulu."Zaril hanya mengikut.Diam-diam Aleeya mencalit pipi Zaril dengan Coklat yang melekat di tangannya,belum sempat coklat tu mendarat di pipi Zaril.Zaril sudah menangkap tangannya.

"Haaa,dah agak dah."Zaril mengambil coklat dan mencalitkannya di pipi Aleeya.

"Apa ni tak acilah."Aleeya mengelap ppinya.Zaril ketawa. Mereka berdua bermain dengan coklat.
Setelah beberapa jam di taman dan muka penuh dengan coklat.Mereka berdua masuk ke dalam kereta,dan mengelap mukayang comot dengan coklat.

"Ril,singgah kat supermarket barang dapur dah habis la."Aleeya menyuruh Zaril untuk membawanya ke supermarket setelah teringat yang barang dapur semakin habis.Nasib baik Zaril ajak makan kat luar.

"Ok,anything for you dear."Zaril tersenyum.Sampai sahaja di supermarkaet Zaril membukakan pintu kereta untuk Aleeya.Maklumlah kalau menang cabaran ni dapat suruh Aleeya jadi maid dia.
Mereka berjalan-jalan mencari bahan masakan.Zaril sentiasa memimpin tangan Aleeya.Tak boleh nak lepas langsung.Aleeya memilih-milih ikan dan memberikan pada aunty cina di depannya.

"Wa,lu punya suami sayang sama lu ha.Itu tangan tak mau lepas."Aunty tu menunjukkan tangan Aleeya yang dipegang Zaril.

"Mestilah aunty.Nanti isteri saya pergi sama laki lain sapa susah."Zaril berjenaka.Aleeya menahan geramnya dengan Zaril dan tersenyum pada aunty cina tersebut.

"Ok,aunty,thanx."Aleeya mengambil plastik yang dihulurkan.

"Leeya,tak payahlah pakai blusher lagi dah merah sangat dah."Zaril ketawa kecil.

"Eee,ril ni kenapa,x yah lah kacau leeya lagi."Aleeya menarik muka masamnya.

"Laa,tak yah la merajuk.Kalau nak merajuk tunggu Ril buat kilang coklat tuk leeya."Zaril ketawa lagi.Aleeya sudah hilang sabar dengan Zaril.Dia merentap tangannya dari pegangan Zaril.Dan berjalan laju ke depan.Zaril ketawa melihat Aleeya.Bukannya nak pujuk lagi galak dia ketawa.

"Leeya perlahanla sikit."Zaril berlari menuju ke Aleeya.Tiba-tiba ..Pap!dia telanggar seseorang dan terpeluknya.Aleeya menoleh ke belakang dan sempat melihat adegan mesra Zaril dengan seorang perempuan.Lagilah dia panas.Gerak langkahnya semakin laju meninggalkan Zaril.Setelah meminta maaf Zaril cepat-cepat mengejar Aleeya.

"Leeya slow down lah sikit."Zaril memegang pergelangan tangan Aleeya.

"Lepas lah ril."Aleeya cuba merentap tangannya.Zaril menarik Aleeya ke dalam dakapannya.Aleeya terkesima.Mukanya bertambah merah.Adoi!!!Zaril ni terlebih berkeyakinan lah.Dah lah ramai orang dia pergi peluk.Tulah kau sape suruh over sangat merajuk tu.Aleeya merungut di dalam hati.Orang disekeliling memandang.Sebelum mereka kena tangkap basah Zaril melepaskan dakapannya,dan memimpin Aleeya ke kereta.

"Leeya tak yah lah pakai blusher.Nanti ril tak ada duitlah nak beli blusher tuk leeya."Zaril masih lagi dalam mood untuk mengenakan Aleeya.

"Stoplah,kenakan leeya."Aleeya merengus geram.

"Ok,im sorry.Asal leeya makin marah kat ril ni .Cite sikit nak dengar."Zaril memandang Aleeya.

"Mana ada Leeya marahkan ril tak ada."Aleeya cuba menutup rasa cemburunya.

"Ada...ni mesti leeya nampak Ril peluk perempuan tadikan.Best leeya.....panas badan dia, ril betul-betul selesa."Zaril membuat aksi selesanya berada di dalam pelukan perempuan tadi.

"Owh!!teringinnya leeya nak rasa kena peluk macam tu.Kan bagus leeya langgar lelaki pastu dia pel...."Belum sempat Aleeya meneruskan kata-katanya.Zaril menariknya ke dalam pelukannya.

"Cuma....ril je yang boleh peluk leeya." Zaril berkata serius.Dia sendiri tak tahu kenapa dia berkata begitu.

"Asal pulak.Ril boleh peluk perempuan lain.Leeya pon boleh la pe....." Zaril terus mencium bibir Aleeya.Dia betul-betul tak nak Aleeya meneruskan kata-katanya.Aleeya terdiam.Zaril melepaskannya.Dan masih memeluk Aleeya.Dia berbisik di telinga Aleeya.'I LOVE YOU',Aleeya terdiam.Dia tersenyum seketika.Kan bagus kalau Zaril cakap masa lain.Ni mesti sebab cabaran ni dia sanggup cakap macam tu.Aleeya seperti mahu menangis....dia berharap sangat Zaril berkata jujur.Pada Zaril pula!kata-kata tadi meluncur keluar secara automatik dari bibirnya.Dia melepaskan pelukannya.

"Leeya ni macam tak de perasaan je.Ril cakap I love you pon dia diam."Zaril sengaja membuat mimik muka merajuk.Aleeya tersenyum.Dia mendekatkan wajahnya di pipi Zaril.Zaril terkesima.Dia tidak menyangka Aleeya berani membuat sedemikian .Dia memandang Aleeya.Dia bertanya pada hati....Leeya cintakan aku ke.Tetapi dia tak bisa menjawabnya.Mungkin sahaja Aleeya membuat kerana cabaran yang mereka sedang jalankan.Dia memandang Aleeya.Aleeya hanya tersenyum.
posted by Penulisan2u @ 2:21 PTG   11 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : My Witch Is Angel 14
Nama Pena : OkiE

Spell 14 : The Past and The Present


"Mine?" Panggil Moon apabila ternampak Mine sedang duduk sambil memeluk kaki dibawah pokok cherry.Kepalanya dibenamkan dicelah lutut.Mine mendongkok.Kelihatan matanya membengkak.Moon yang agak terkejut terus mengambil tempat disebelah Mine.


"Kau nangiskah?Kenapa?" Soal Moon sambil memeggang bahu Mine.


"Moon,..aku penat.." katanya sayu,air mata mengalir dipipi.


"Why?It’s okey...nangis saja seberapa banyak yang kau nak...aku temankan kau," moon memeluk Mine,dan Mine pun terus menangis.Menangis semahu-mahunya.Habis basah baju Moon dek air mata Mine.


Beberapa minit berlalu….


"Puas?" Soal Moon.Mine tersenyum sambil menyeka sisa air matanya.


"Kau nak tinggal sini atau masuk kelas?" Soal Moon lagi.


"kalau aku kata tinggal,kau laporkan pada President(Zero)?" Moon tidak menjawab,tapi terus duduk disamping Mine.Mine mengedutkan dahi.


"Aku takkan laporkan..tapi aku ikut serta," Jawab Moon sambil tersentum.Mine tergelak kecil.Lepas tu…senyap.


"Moon,kenapa kau tak tanya aku kenapa aku menangis?" Setelah lama mendiamkan diri,Mine memulakan bicara.


"Kenapa aku perlu tanya?" Jawab Moon selamba.Mine tergelak lagi.


"You’re so mean!"


"Yalah..kenapa pula kau perlu tanya kalau benda itu akan menyakiti kau lagi?Aku tak tanya sebab aku nak kau sendiri ceritakan pada aku,"


"Moon..Witch..Perempuan sihir..you are my bestfriend!" Mine memeluk Moon lagi.


"Sebenarnya..aku ada sesuatu nak bagi tau kau..lama dulu.." Mine melepaskan pelukan sambil menyambung ayatnya.Takkan dia nak bagi tau aku yang dia sukakan Zero selama ni?


"I have a cousin..tapi dia juga sukakan orang yang aku suka,"


"Cousin?Kau tak pernah bagitau aku pun kau ada sepupu?"


"Sebab kau tak pernah tanya..lagi pun kitakan jarang cerita pasal keluarga.Aku nak kenalkan dia pada kau,tapi takda masa..sebab dia makan angin dengan keluarganya dan kita pula ada kem." Moon mengangguk,faham.


"Her name is Lily Madalina..dia berpindah ke US waktu umur dia 9 tahun,dan sekarang dia balik ke Logenberry semata-mata nak cari lelaki yang dia suka,dan orang itu…." Ayat Mine segera terhenti apabila terpandang Moon yang seakan terkejut.Lily..Lily Madalina??Bukankah dia…ahh..kecilnya dunia..


"Mine!!" Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara panggilan dari belakang.Mine dan Moon sama-sama menoleh.Kelihatan seorang gadis berkulit putih berjalan menuju kearah Mine dengan senyuman,dan tiba-tiba muncul lelaki yang cukup dikenali dibelakangnya.Lelaki itu adalah Zero.Alangkah terkejutnya Moon.Zero kenal gadis ini?Nanti!Macam kenal aja gadis ni..diakan gadis yang pernah aku selamatkan dulu??Ya..gadis putih tu!


"Lily.." Kata Mine.Moon tersentak.Lily?Jadi gadis putih ni Lily..sepupu Mine??Moon memandang Zero.


Zero juga kelihatan amat terkejut apabila terpandang Moon.Zero menghampiri mereka sambil matanya tidak lepas daripada memandang Moon.Mata Moon terus beralih pada Mine,dia tahu yang Mine penat berpura-pura dihadapan sepupunya itu.Wajah Mine waktu itu sudah berubah keruh tapi dia tetap cuba untuk berpura-pura tenang.


Moon memandang Zero,Zero sudah pun mengalihkan pandangannya.Sebelah tangan masuk dalam poket,sebelah lagi menyelak rambut kebelakang.Wajahnya kelihatan gusar.


"Mine,Zero setuju nak keluar dengan aku!" Kata gadis putih gembira seolah-olah Moon tiada disana.Lily..kau dah tak kenal akukah?Tiba-tiba gadis putih itu memandang Moon,dia merapatkan mukanya pada Moon dan Moon pula menjauhkan wajahnya.


"Macam kenallah..kau kan gadis super tu?" Soal gadis itu.Zero dan Mine sama-sama memandang kearah mereka.Moon tersenyum sumbing.


"Gadis super?" Tanya Mine pelik.


"Eya..gadis super yang aku cerita kat kau masa aku mencari rumah kawan aku..hebat betul kau berlawan dengan mereka..tapi aku tak sempat nak ucapkan terima kasih pada kau sebab aku takut..lagi-lagi selepas aku nampak awan gelap tu.Anyway..thank you so much!" Lily menghulurkan tangannya,pelan-pelan Moon menyambutnya.


"Lily..nama dia bukan gadis superlah nama dia Moon,Moon ini Lily," Mine memperkenalkan mereka antara satu sama lain.Lily mengedutkan wajah.


"Moon Morgana," Kata Moon.Satu senyuman keluar dibibir Lily.Tiba-tiba dia menjerit memanggil nama Moon.


"Rindunya!" Kata Lily seakan menjerit sambil memegang kedua-dua tangan Moon.Moon tersenyum,tapi rasa sedikit janggal dengan kawan lamanya tu.


"Stop!!Kamu dah kenal?" Mine pula yang dilanda persoalan.


"Eya..rumah Moonlah yang aku cari hari tu..aku tak tau pula gadis super tu kau..sorry,aku dah tak kenal kau,Moon,"


"It’s okey..kitakan dah lama tak jumpa,lagi pun aku juga tak cam kau..jadi,serilah!" Kata Moon.Matanya sempat melirik kearah Zero yang semakin janggal.Mesti terseksa kalau dia tahu 2 orang mencintai dia sekali gus..mungkin aku patut pergi,tinggalkan mereka.


"Okeylah..aku ada kerja lagi ni..lain kali kita berbual lagi,ya?Mine,Aku pergi dulu." Moon terus berlalu.Zero seakan tersentak..tapi dia hanya memandang langkah Moon yang semakin laju dan hilang disebalik dinding bangunan.Zero meraup wajah.Aku harap kau tak salah faham Moon..


****


Pintu Bilik Persatuan Pelajar dibuka kasar.Moon terus menghempas badannya disofa.Kepala memandang siling putih.Kenapa dengan aku ni??Apa dah jadi..kena kejutan budayakah apa?Kenapa aku rasa begini?Hati aku sakit..sakit sangat!!Tapi..sebab apa?Tadi biasa-biasa aja…


Dua-dua mereka sukakan orang yang sama dan mereka kawan baik aku sendiri..adakah perkara yang sama akan berulang lagi?Adakah mine juga akan tinggalkan aku?


Sebelum Lily berpindah..


"Moon..aku ada nak cakap dengan kau," Soal Lily sambil memandang Moon yang sedang berlatih judo dengan patung yang sama besar dengannya.(Kisah ini selepas Moon mengalami kejutan dan berubah secara extreme.)


"Apa?" Soalnya pendek.


"Aku...akan berpindah tidak lama lagi," Hayunan patung itu terhenti.Payung itu jatuh ke lantai.


"Kenapa nak pindah?"



"Papa dan mama aku terpaksa pindah,so aku pun perlu pindahlah..lagi pun kau dah boleh jaga diri dengan latihan judo aja,kan?" Moon tidak menjawab.Tapi dia melabuhnkan punggung ditempat dia berdiri.



"Tapi..aku perlu lakukan sesuatu…" Moon memandang Lily,menunggu jawapan.


"Aku nak luahkan perasaan aku pada Zero..kau jangan marah..aku sebenarnya dah lama sukakan dia..Cuma dia selalu buli kau sebab tu aku tak nak cakap pada dia..kau marah?" Moon menggeleng.


"Bila kau nak cakap pada dia?" Soal Moon.


"Esok!"


Esoknya…


"Moon!!!" Jerit Lily sambil berlari kepada Moon dengan matanya yang berair.Tiba atas selanggang teakwood(Moon banyak mengikuti persatuan selepas kejutan itu).Lily terus terduduk dan menangis semahu-mahunya.Aku dah tahu jawapannya..


"Aku nak pindah cepat-cepat..aku benci dengan dia..dia tak suka dengan aku…Moon…" Rintih Lily.



MACAM tulah kejadiannya..Lily berpindah sehari selepas itu.Dan aku dah takda kawan selain dia.Tapi,aku harap kejadian itu tidak menimpa Mine,aku harap juga dia berani meluahkan perasaannya pada Zero.Persoalannya sekarang...kenapa aku risau??


"Kenapa tak boleh?Kau dah cakap kau setuju tadi!" Moon tersentak.Dia seakan mendengar suara sedang menuju kea rah bilik itu.Moon terus mengangkat badan.Pintu yang tertutup tiba-tiba terbuka kasar.Moon bangkit.


"Aku minta maaf..tapi aku tak boleh," Kata Zero tanpa sedar Moon sedang memerhatikan dia dan Lily.Serta merta mereka berhenti bergerak apabila terpandang Moon yang sedang memandang kearah mereka.


"Sorry..aku pergi dulu!" Moon terus berlalu.Zero mendengus kasar.Tanpa berkata apa-apa Zero terus meninggalkan Lily yang masih termenggu.

"Moon!" Panggil Zero sambil menyentap tangan Moon.Moon berpaling sambil menarik tangannya.


"Kenapa?" Soal Moon sambil berundur beberapa tapak.


"Jangan salah faham ya?"


"Jangan salah faham?Apa maksud kau?"


"Aku dengan Lily takda apa-apa.."


"Zero,kenapa kau perlu jelaskan pada aku tentang hubungan korang?Aku takda kena-mengena dengan kamu tau."


"Tapi…"


"Dan lagi..aku rasa temu janji tu tak diperlukan lagi.Aku tak nak,"


"Kau dah janji Moon..kau dah lupa?"


"You know what..bukan aku saja yang memungkiri janji..lagi pun,I don’t think it’s necessary." Kata Moon seakan menyindir.Lantas meninggalkan Zero yang terpana mendengar kata-katanya.


****


"Kakak!!" Panggil Moon dari luar.Sudah jemu tangannya menekan lonceng rumah banglo itu tapi tiada seorang pun yang membuka pintu tersebut.Dalah tandannya penuh dengan barang-barang..Moon memanggil sekali lagi.Kali ini lebih kuat dari tadi.


KRAK! Pintu terbuka.


"Zero?" Lelaki yang dianggap Moon sebagai Zero itu mengedutkan dahi.


"Aku terlalu seiraskah dengan Zero?" Moon tersentak.Aduss!!Malunya..ini mesti abang Zany..


"Sorry..aku ingat Zero tadi,"


"Masuklah..mari abang tolong!" Zany mengambil plastic berisi sayur-sayuran ditangan kiri Moon.Zany

dan Moon beriringan masuk.


"Kakak mana?" Soal Moon sambil melabuhkan punggung disofa.


"Ada..di taman belakang," Jawab Zany sambil memasukkan sayur-sayur itu dalam peti sejuk.Patutlah tak dengar..mesti dengan Gia..Moon tersenyum lalu melepaskan beg sandang dari badannya.Dia bangkit lalu menuju ke taman belakang.


Kelihatan Hanna dan Morgiana sedang duduk di atas rumput beralaskan tikar getah.Moon mendekati mereka.Lantas mengambil tempat.


"Pari-pari!" Panggil Morgiana gembira.Hanna juga kelihatan terkejut dengan kedatangan Moon.Moon tersenyum.


"Tak bagi tau pun datang hari ni?"


"Saja..nak bagi surprise..takdalah..sebenarnya Moon datang ni sebab nak tau dan bagitahu sesuatu,"


"Cakaplah.."


"Kakak mesti dah tahu..pasal aku muncul di tahun 2000..8 tahun lalu,kan?" Hanna mengangguk.


"Moon nak tahu apa yang terjadi antara keluarga kita dan keluarga abang Zany,dan sebelum kehilangan kakak..kenapa kakak boleh diculik?" Hanna menarik nafas dalam-dalam lalu dihembusnya.Hanna memandang Moon.


"Biar kakak mulakan dari A..sebenarnya,selepas Zany selamatkan Moon,terus terang..kakak dah mula sukakan dia..dan sejak itu kami hang-out together..dan lama-lama aku dah jatuh hati dengan dia..dia juga cintakan kakak..kami couple.Tapi bila mama papa kita dan keluarga Zany tahu,diorang halang perhubungan kami.Kami pun dah terlalu saling menyayangi sebab tu kami tak boleh berpisah.Papa masa tu dah jodohkan kakak dengan Kenichi dan papa nak mempercepatkan pertunangan tu.Kakak langsung tidak dibenarkan keluar,even membuat panggilan.Kakak dikawal dengan rapi.Moon tak tahu pasal tu sebab Moon kan selalu ada latihan kat luar sekolah."


"Lepas tu?" Moon menyoal ingin tahu.


"Masa tu..hanya Kenichi yang dibenarkan berjumpa dengan kakak,dalam masa yang sama..Kenichi menjadi perantaraan kakak dan Zany.Kami merancang untuk menghilangkan diri.Dengan bantuan Uncle Adin,kakak dapat keluar dengan bersembunyi di bonet kereta papa masa papa nak keluar kerja.Kami janji nak jumpa disebuah tasik,sejam kakak tunggu..tapi yang datang bukan Zany,tapi lelaki yang menculik kami,"


"Tapi macam mana abang Zany juga diculik sama?"


"Selepas lelaki bertiga tu membuatkan kakak pengsan..Zany muncul dan terdengar mereka bercakap pasal dimana mereka nak sembunyikakan kakak..Zany terus menghubungi Kenichi..lepas tu baru dia menyerbu kearah lelaki itu.Dia sengaja menyerbu untuk melindungi kakak.Dia percaya yang Kenichi boleh menyelamatkan kami..dalam masa yang sama..Moon muncul dari masa depan untuk membantu Kenichi,"


"Apa terjadi selepas tu?Apa jadi dengan Kenichi?"


"Kenichi memanggil doktor keluargannya untuk merawat kami..waktu tu Moon dah ‘balik’.Doktor itu juga merawat Areena,untuk pengetahuan Moon..Areena pengsan lebih lama dari Moon..4 hari!" Melopong mulut Moon.Banyak sangatkah tenaga dia yang aku gunakan?Atau pun dia yang tak boleh menampung tenaga aku?


"Tapi kenapa kakak dan abang Zany tak terus masuk hospital?"


"Itulah perkara yang kami elakkan..lepas kejadian itu..berita telah menyiarkan tentang kehilangan kami dan kami mengambil keputusan untuk hilang selama-lamanya sebab kakak dan Zany tak nak terpisah lagi.."


"Kakak tahu tak kehilangan kakak menyebabkan papa dan mama selalu bergaduh?Moon ada atau takda..diorang tetap gaduh..tapi pernahkah kakak dan abang Zany gaduh?"


"Memang tak masuk akal kalau kakak cakap kami tak gaduh…hampir setiap hari..tapi kami tetap tak nak pisah..ada saja yang buat kami berbaik..contohnya kehadiran Zero,"


"Zero?"


"Eya..dua tahun selepas itu..Zero menemui kami dengan bantuan penyiasat peribadinya..sebab Zero,kakak dan abang Zany dapat melanjutkan pelajaran di oversea," Terbeliak mata Moon..macam mana Zero boleh membantu sedangkan dia baru berumur 13 tahun?Budak berumur seperti Zero belum mampu untuk melakukan perkara itu..menghantar 2 orang sekali gus belajar di oversea??


"Zero kan masih darjah waktu tu..macam mana pula dia boleh melakukan sesuatu yang orang lain tak boleh buat?"


"Moon..Moon tak tahu kisah hidup Zero..Zero lebih terseksa..lebih menderita dibandingkan kami..Zero berkorban demi Zany dan kakak!"


"Berkorban?"


"Eya..dia buat perjanjian dengan papanya..dia akan takeover jawatan CEO di syarikat IE kalau ibu bapanya tidak mencampuri urusannya..seperti duit yang dia gunakan untuk menampung pembelajaran kakak dan Zany..pada mulanya,papa tak yakin dengan Zero,tapi Zero dapat juga meyakini ibubapanya." Moon seakan tidak percaya..Zero menjadi CEO pada usia yang muda..mala sangat muda!Memang tak masuk akal…langsung!


*****


"Fuuh…." Masuk kali ini sudah tiga kali Moon mengeluh panjang.Bila teringatkan cerita kakaknya,dia tiba-tiba teringatkan Zero.Zero terseksa..Zero menderita..adakah orang lain kisah tentang perasaan dia?Mesti Zero penat..arg!Aku mengeluh pun takda gunanya..aku bukan boleh buat apa-apa untuknya…



Moon menghempap badan diatas katil empuknya.Siling putih itu ditenung sambil tangannya bersilang dijadikan bantal.Belum sempat Moon menarik nafas,telefon bimbitnya tiba-tiba berdering menandakan panggilan masuk.Moon bangun lalu menyaluk begnya.Nama Zero tertera di screen telefonnya.Lama Moon berfikir,lama juga telefon itu berdering.Akhirnya,Moon membiarkan saja panggilan Zero tidak dijawab.Telefon diletakkan lagi.Nampak saja nama Zero,dia teringatkan kejadian di Bilik Persatuan Pelajar.Dia betul-betul terkejut..Zero dan Lily seakan pasangan kekasih.Bergaduh sambil berkejaran..sakit hatinya memandang mereka.



Moon dikejutkan lagi dengan bunyi telefon,kali ini bukan panggilan tapi mesej.Mesej itu dibuka.Daripada Zero.


Zero : Moon..aku takkan batalkan temu janji itu..biar apa pun,aku tetap akan tunggu kau sehingga kau datang..walau kau tak datang,aku tetap tunggu kau..Yellow Leaf Lake,jam 3pm.


Telefon ditutup.Moon merapatkan matanya.Dia tidak tahu apa harus dia lakukan.Kalau aku pergi jumpa dia,Lily dan Mine pula macam mana?Aku tak nak mereka salah faham..tapi aku juga nak jumpa dengan dia…

******************************************
posted by Penulisan2u @ 2:17 PTG   6 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Buruk 8
Nama Pena : ButTerFly_GurL87

Aku membelek novel yang tersusun dirak novel melayu berhampiran kaunter. Dah lama tak baca novel, gaji lak tak masuk lagi. Kalau tak boleh tangkap satu novel ni. Seronoklah pulak tengok sinopsis dia tadi.

Habis satu novel aku tarik dan kutatap sinopsis dia, banyak betul novel yang menarik hatiku. Namun yang lebih menarikkan tangkai hatiku ialah novel bertajuk Serasi Dihati yang dikarang oleh Nora Ismail.

"Ai..takkan tengok dan pegang je novel tu. Kalau dah berkenan beli jelah." Aku disergah satu suara dari tepiku.


"Dari tadi saya duk perhati awak, asyik belek je novel tu. Kalau berkenan ambik jelah, saya belanja." Tutur bosku lagi.

"Takpelah bos, saya tengok je. Tak nak beli pun." Aku menolak lembut.

"Ish..awak ni. Jangan tolak rezeki kalau orang nak belanja. Ambik jelah, saya ikhlas nak bayarkan." Melihat kepakuan aku disitu, dia pun menarik sendiri novel yang kubelek dari tadi dirak dan tanpa berlengah menuju ke kaunter untuk membayar.

"Terima kasih bos. Malu saya dengan bos." Aku menolak kebelakang sedikit cermin mataku.

"Awak nak malu kenapa pulak. Awak ni alien ke?" guraunya dan membuatkan aku tertawa.

"Pandailah bos ni bergurau. Apa pun terima kasih untuk novel ni." Aku mengangkat plastik beg yang berisi novel tadi. Dia tersenyum melihat aku.

"Itu hadiah untuk awak sebab sudi teman saya beli hadiah ni. Sebenarnya hadiah ni untuk mak saya. Maklumlah hari ibu kan tak lama je lagi. Awak tak beli apa-apa ke untuk mak awak?"

"Saya anak yatim piatu bos. Saya sebatang kara je kat dunia ni." Sayu aku menjawab pertanyaannya.

"Maaf, saya tak tahu."

"Takpe.Kita nak kemana lagi ni bos?" soalku.

"Entah. Awak lapar ke?"

"Tak. Bos lapar ke? Kalau lapar saya temankan bos makan je." Ujarku dengan laju.

"Rasa kenyang lagi. Takpelah kita jalan-jalan pastu kita balik ofis."

"Baik, bos." Jawabku sambil tersenyum.


Kami berjalan menuju ke lif, namun tanpa disangka datang seorang perempuan yang kukira agak cantik juga orangnya ke arah kami. Orangnya tinggi lampai, pakaian daring habis tu je yang tak cantik sebab bagi aku dianya mencacatkan je kecantikan perempuan tu.

"Hai, Bad. Amboi berjalan dengan awek sampai tak nampak I yang cantik dan seksi kat sini." Ujarnya dengan bangga. Aku melihat muka bos berubah sedikit mungkin menyampah atau terkejut dengan kedatangan perempuan tu kot.

"Hai, Lin. By the way, ni Tasha. Tasha, kenalkan ni Lin, sepupu saya."

"Nice name, tapi tak seswai dengan orangnya." Pedasnya kata-kata dia. Ingat dia tu lawa sangatlah tu.

"Lin, asal biadap sangat ni. Hormatlah orang sikit. Dah aku jalan dulu." Aku terasa tanganku ditarik oleh bosku yang bengang dengan situasi tadi.

"Sorry Tasha. Dia memang macam tu. Jangan ambik hati ye." Pintanya dengan lembut.

"Takpelah bos, saya dah biasa kena macam tu, lagi teruk dari tu pun ada." Balasku untuk membuatkan hatinya selesa sikit. Namun hatiku jua yang tersakit.

"Kita balik ofis ye."

"Baik bos." Sahutku.


"Tasha, balik karang saya hantar awak."

"Takpelah bos, saya boleh balik sendiri naik bas." Aku menolak ajakannya. Bukan apa, pagi tadi cukuplah dengan dia menumpangkan aku.

"Takpe, saya ikhlas ni." Gasaknya lagi.

"Kalau macam tu, baiklah." Aku memberi kata putus. Dia tersenyum mendengar jawapanku. Mungkin dia rasa bersalah sebab tadi kot. Aku menapak ke tempat dudukku.

"Tasha, kau ke mana dengan dia hah? Kan aku dah cakap jangan dekat dengan dia lagi!" bentak Sherry depanku. Menghalang laluan betullah dia ni, dahlah mulut busuk.

"Sibuklah kau." Aku menolak tubuhnya ke tepi. Dia tercengang dengan tindakan aku. Dia menghentak kaki tanda protes dan berlalu pergi.

"Amboi, berjalan kau ye seharian. Mana kau pergi ni, Tasha?" soal Kak Siti padaku yang baru melabuhkan punggung ke kerusi.

"Akak ni. Belum sempat duduk lagi dah sembur soalan. Tadi teman bos pergi jumpa client pastu lunch le sesama." Terangku dengan muka dua puluh sen.

"Wah, sudah maju kau sekarang ek. Apa lagi cucuklah bos tu. Diakan single and available lagi." Kak Siti menyucuk aku. Aku hanya tersengih padanya.

"Pandai jelah akak ni. Siapalah kita ni kak, nak pandang pun tak lalu." Kataku lagi.

"Yelah tu, ni ada kerja baru masuk pagi tadi. Akak dah letak bahagian kau atas tu. Berita gembira untuk kau, lepas ni kau takyah jadi coffee lady lagi. Coffee lady kita dah masuk kerja balik. Selamatlah kau dari gangguan minah mental tu." Habis herot mulut Kak Siti memberitahuku. Aku tersengih melihat telatahnya.
posted by Penulisan2u @ 1:59 PTG   0 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Syurga Cinta 9
Nama Pena : suri_maia

Alarm lagu "Dancing Queen" kedengaran di subuh yang hening, aku membuka sebelah mata untuk melihat jam di telefon bimbit. Pukul 6.35! hah! Mampus aku! Sarapan tak siap lagi. Terkocoh-kocoh aku bangun. Selimut dan bantal tercampak merata. Aku mencapai tudung yang terletak di tepi pintu dan menuju bilik air di dalam rumah. Belum sempat aku keluar, barulah aku menyedari bahawa aku hanya memakai pijama sahaja. Alamak! Tukar baju dulu. Tak cukup lantai aku rasakan sekarang ini. Baru hari pertama bekerja sudah lewat. Ah! Tak sempat nak gosok gigi ni, tinggal beberapa minit je ni, masak nasi dulu baru pergi toilet. Jahat gila, rasakanlah nasi yang aku masak tanpa menggosok gigi..Haha..

Setelah membasuh dan meletakkan periuk ke dalam periuk nasi, barulah aku ke bilik air. Membersihkan apa-apa yang sepatutnya dibersihkan dan bersolat subuh. Setelah itu, aku kembali semula ke dapur. Sejak dari malam tadi aku sudah memikirkan untuk memasak sesuatu yang ringkas supaya tidak menyusahkan hidupku. Hari ni masak sardin, esok masak telur, esok lagi, masak ikan bilis, hari berikutnya, masak telur lagi, kemudian sardin lagi..dan ia akan berulang sekali lagi dan lagi dan lagi..Nasiblah, siapa suruh bela orang gaji yang ’pandai gila’ memasak..Hehe...

Ye, menu utama hari ini, sardin berkuah...erkk..macam mana nak masak ni yek. Mmm..belasah je lah. Aku memotong 2 ulas bawang besar dan kemudian ditumis. Selepas itu, aku memasukkan sardin dalam tin. Macam ni kot caranya. Betullah ni agaknya. Kemudian, aku memasukkan air supaya kuahnya tidak terlalu pekat. Alamak! Terlebih airlah pula. Macam mana ni, keluarkan sikit air dia. Tunggu sampai dia mendidih, lepas tu masukkan dalam mangkuk. Siap kerja aku. Haha.. Senang rupanya masak sardin ni, dulu masa aku duduk seorang, aku beli je kat kedai makan depan tu. Mana pernah masak. Kalau masak pun selalunya masak air je. Kalau Nina datang dengan Nazim, barulah dapur tu berasap.

Selesai sahaja aku memasak, Raikal turun dari biliknya dengan berpakaian lengkap untuk ke tempat kerja. Dia duduk di meja makan.

"Sardin je?" Dia bertanya. Aku menganggukkan kepala dan terus duduk di hadapannya.

"Ni sardin ke masak bawang ni?" Dia memerliku apabila melihat masakanku penuh dengan hirisan bawang.

"Masakan ini dinamakan sardin ala bawang.." Aku membalas pertanyaannya selamba. Dia menggelengkan kepala, pelik dengan masakanku. Dia menceduk sedikit sardin ke dalam pinggannya. Baru makan sesuap, dia tersedak.

"Ada lori garam terbalik ke kat luar tu?" Aku yang mendengar kata-katanya terus menjenguk ke luar tingkap untuk melihat samada terdapat lori terbalik di hadapan rumah kami.

"Mana ada?" Aku memandangnya sambil mengangkat kening tanda hairan. Mana ada lori accident pagi-pagi buta ni. Kalau ada mesti aku ada dengar dah! Aku menjenguk semula untuk memastikan tiada lori accident..

Raikal menepuk dahinya melihat kelurusan dan kebendulan Julita.

"Maksud saya, apasal sardin awak ni masin sangat. Ada lori baru terbalik ke kat luar tu sampai banyak sangat garam awak bubuh ni. Ish...apalah bendul sangat awak ni." Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal sambil tersengih malu, barulah aku memahami maksud lori terbalik itu yang sebenarnya.

"Lupa.." Raikal menggeleng-gelengkan kepala.

"Awak ni tahu memasak ke tak?" Aku menggelengkan kepala. Raikal mengeluh.

"Awak tu perempuan, takkan tak tahu masak langsung? Mak awak tak ajar?" Raikal memerliku.

"Mak saya tak sempat nak ajar..." Aku menundukkan wajahku, sedih apabila nama ibuku disebut-sebut dan cuba dipersalahkan. Raikal terdiam sejenak, mungkin dia menyedari keterlanjuran kata-katanya padaku tadi.

"Lain kali belajar masak! Dahlah cair, masin pula tu. Masak sardin pun tak lepas." Tiba-tiba Raikal memerliku lagi. Merah mukaku menahan malu..

"Satu lagi, baru masak sardin, dapur dah macam tongkang pecah. Ni baru masak sardin, tak jadi pula tu. Kalau masak yang berat-berat, saya tak tahu apa nak jadi dengan dapur ni. Lain kali lepas masak terus kemas..Rimas saya tengok dapur ni bersepah."

"Baikk.." Aku menjawab perlahan sambil memuncungkan muka padanya. Nasib baik dia tidak memandangku ketika itu, jika tidak mesti panjang leterannya.

Raikal cuba menjamah nasinya sehingga habis walaupun sardin tersebut tidak sedap. Usai bersarapan, Raikal terus menuju ke kereta. Aku mengekorinya. Sebelum bertolak, sempat dia memberi list tugasan padaku supaya mengemas rumah, mencabut rumput di taman, membersihkan longkang, menyiram pokok bunga, lap cermin, kemas dapur..

"Mak aih! Banyak gila..mahu aku pengsan malam ni!" Terbelalak mataku melihat senarai tugasannya yang panjang.

"Jangan malas!" Sempat dia berpesan padaku sebelum memecut keretanya laju meninggalkan asap kereta kepadaku. Kurang asam betul! Dahlah bagi list panjang gila, bagi asap pula tu. Teruk betul manusia ni. Nanti kau, ada lori ada bas, ada hari aku pula yang bebas! Desis hatiku geram sambil mengacukan penumbuk pada kelibat Raikal.

******
Raikal mengurut-urut lehernya yang lenguh akibat terlalu fokus bekerja. Dia memandang radio yang terletak di penjuru bilik lalu mengambil alat kawalan dihadapannya seraya menghidupkan.

Tuhan kirimkanlah aku..
Kekasih yang baik hati...
Yang mencintai aku..
Apa adanya...

Lirik dari lagu ’Munajat Cinta’ ini bermain-main difikiranku walaupun selepas lagu ini habis didendangkan di radio. Aku mengetuk-ngetuk pen di tanganku sambil otakku memikirkan sesuatu...Bolehkah Medina mencintai aku, apa adanya aku? Aku mencapai telefon bimbitku di atas meja. Aku membelek-belek telefon tersebut sambil memutuskan samada mahu menelefonnya atau tidak. Akhirnya aku memutuskan untuk memberi mesej padanya terlebih dahulu.

"Sibuk ke?"

"Tak..kenapa?" Balas Medina. Aku terus memutuskan untuk menelefonnya terus.

"Hello.."Lembut suara Medina menyahut panggilanku.

"Hello...Mmm...Ganggu ke?" Aku bertanya.

"Tak...untuk Abang Kal tak apa, semua bereh!" Gurau Medina.

"Abang nak jumpa Med boleh?"

"Kenapa Abang Kal nak jumpa Med, ada hal penting ke? Kalau tak berapa nak penting, datang je butik Med." Medina memberi cadangan.

"Tak mahu..Abang nak jumpa Med kat tempat lain. Abang nak jumpa Med esok malam. Abang jemput Med malam esok kat butik boleh?"

"Tak apalah Abang Kal, Med datang sendiri sebab Med ada temujanji dengan pelanggan Med. So, lepas jumpa dia, Med datang jumpa Abang terus, ok?" Aku terus bersetuju dengan cadangan Medina.

Sebenarnya sudah beberapa hari aku berfikir untuk melamar Medina. Malah aku sudah pun membelikan sebentuk cincin berlian untuknya. Aku mengeluarkan kotak cincin dari beg sandangku dan mengeluarkan cincin yang berada di dalamnya. Aku membelek-belek cincin tersebut. Tak tahulah samada dia menyukai citarasaku ataupun tidak. Kali ini aku nekad untuk melamarnya. Mustahil dia akan menolak lamaranku. Malah aku tidak nampak apa sebabnya dia akan menolak lamaranku. Dia tidak mempunyai kekasih, juga tidak mempunyai orang yang diminatinya. Betul ke dia tidak meminati sesiapa? Desis hatiku. Aku meletakkan semula cincin tersebut ke dalam kotak dan menyimpannya semula ke dalam beg sandangku. Aku kembali fokus kepada kerja yang aku tinggalkan tadi. Namun lirik lagu munajat cinta tadi masih lagi bermain-main difikiranku.

Tuhan kirimkanlah aku, kekasih yang baik hati, yang mencintaiku apa adanya....

Berdebar rasanya hatiku menunggu hari esok. Tak sabar meluahkan segala perasaan yang terpendam di hatiku selama ini.

******

Kerana terlalu berdebar, aku langsung tidak dapat melelapkan mata. Terasa panas pula cuaca hari ini. Aku bangkit dari katil dan menghampiri beg sandang yang ku letak di atas kerusi. Aku mengambil kotak cincin dan terus berlalu keluar. Terasa ingin lepak pula di buaian bulat yang berada di tepi rumah.

Aku duduk di atas buaian sambil melihat langit. Bintang-bintang bertaburan di angkasa. Nampaknya cuaca elok hari ini. Lama aku termenung di situ sambil merenung cincin di tanganku. Bermacam-macam bermain di fikiranku. Adakah dia akan menerima lamaranku? Adakah dia sudah ada kekasih tanpa pengetahuanku?

Mm..esok cemana nak buat ayat nak lamar dia ye...fikir-fikir!

"Med..abang dah lama suka pada Med, sudikah Med jadi isteri abang?" Ish! Skemanya ayat.

"Med..abang cintakan Med, Med nak jadi isteri abang tak?" Ayat macam tak seriuslah pulak. Aku menggaru-garu kepalaku yang tak gatal.

"Yo..Med! Be my wife and you’ll be happily ever after..yeah!!"

"Apa awak buat kat sini?"

"Ha! Argggghhhh!!!" Terkejut aku melihat Julita berada di tepiku sehingga aku jatuh terduduk, lebih terkejut lagi apabila melihatnya memakai bedak sejuk bertempek di muka. Aku mengurut-urut dadaku.

"Kenapa? Macam nampak hantu!" Marah Julita sambil menyuruhku ke tepi. Aku yang masih terkejut terkebil-kebil melihatnya duduk di hadapanku.

"Hei...lain kali jangan buat macam tu boleh tak. Nasib baik tak gugur jantung saya tahu tak?"

"Haha..itu pun takut! Pengecut..." Aku duduk semula di atas buaian.

"Apa awak buat kat sini malam-malam ni. Apa tadi? Be my wife and happily ever after? Lirik lagu baru ke? Macam ayat budak-budak. Happily ever after.." Julita menempelakku. Aku memandangnya dengan perasaan geram.

"Berapa lama awak kat situ tadi? Apa lagi yang awak dengar?"

"Baru je..saya dengar ayat tu je..apa nama lagu baru tu? Bahagia selamanya?" Aku menjeling Julita.

"Sibuk!" Ujarku pendek.

"Ni apasal malam-malam kat luar lagi ni? Pergilah tidur! Tak takut ke?"

"Saya pergi toiletlah..takkan itu pun tak boleh?" Aku kehilangan kata-kata mendengar perkataan toilet. Takkanlah nak tahan orang pergi toilet, karang dapat batu karang pula minah ni.

"Ehemm...lain kali maghrib tu terus buang apa yang patut. Malam tak payah nak keluar-keluar lagi."

"Awak gila ke?" Julita menjelingku.

"Gila kenapa pula?"

"Boleh ke awak ramal bila awak nak buang air besar, bila awak nak buang air kecil, manalah saya nak tahu bila saya nak membuang." Aku berfikir sejenak, haah ek. Betul juga apa dia cakap.

"Ah..saya tak kira, yang saya tahu awak tak berkeliaran masa malam-malam macam ni. Bahaya tahu, kalau orang lain nampak, dia report pula kat JAIS, ha tak pasal-pasal kita kahwin free!"

"Kahwin free?? Oh tidak sama sekali. Simpang malaikat empat puluh empat. Rela saya kahwin dengan Pak Usop Jongang tu dari kahwin dengan awak. Dahlah tengin, bengong pula tu!" Selamba katak je dia ni mengutuk aku depan-depan. Aku menuding jari telunjukku ke arahnya, mahu membalas kata-katanya namun tak terucap. Tak tahu apa yang ingin aku katakan padanya lagi.

"Apa!" Ujarnya sambil menjeling.

"Ni, nak tanya..awak kalau cipta lagu memang lagu jiwang-jiwang ke? Lagu cintan-cintan je? Lagu lain awak tak tahu cipta ke?"

"Kenapa? Awak tak suka?" Aku menggerakkan buaian perlahan.

"Taklah..saja tanya. Sebab lagu awak semua lagu berkarat je." Berkarat! Ciss! Budak ni memang mulut tak ada insurans.

"Berkarat! Hei..selalu masuk carta hotfm nombor satu tahu!" Julita mencebik memandangku.

"Memanglah masuk carta, tengoklah siapa yang nyanyi, Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Faizal Tahir...Cuba kalau Hetty Koes Endang yang nyanyi. Dengar sebelah telinga pun orang tak nak!"

"Amboi, sedapnya mengutuk orang..dah lama hidup!" Julita tersengih.

"Awak tak sumbangkan lagu untuk drama-drama ke? Filem ke?"

"Ada...kenapa, sekarang pun memang saya tengah cipta lagu untuk cerita baru."

"Lagu tadi tu ke? Yang childish tadi?" Julita tersengih nakal. Aku mencekak pinggang.

"Ok..ok..tak kutuk lagi. Awak tak nak berlakon ke? Kalau awak berlakon mesti box office. Tapi tulah, cerita sekarang ni semua sterotype..sama je. Cuba jadi macam saya, cerita yang saya hasilkan lain dari yang lain. Orang lain je tak tahu nak hargai cerita saya."

"Awak buat cerita apa?"

"Awak nak dengar?" Aku menganggukkan kepala.

"Cerita ni pasal si hero, hero ni cinta sangat kat heroin ni sejak dari kecil lagi. Mereka memang membesar bersama-sama. Lama dah hero ni memendam rasa. Heroin ni pula, hero ni memang tahu, dia tak ada sesiapa pun kawan lelaki selain dari hero ni. Aaa...lupa nak cakap, hero ni ada sepupu, ni pun berkawan dari kecil juga." Julita berhenti seketika. Aku memandangnya penuh minat.

"Teruskanlah, kenapa berhenti."

"Satu hari, Hero ni rasa, dia patut luahkan perasaan dia pada heroin ni. So, dia planlah nak lamar hero ni. Tapi sayang..bila hero ni lamar heroin ni, heroin tu tolak mentah-mentah. Dia kata dia sayang kat hero ni macam seorang abang. Lagipun dia kata dia cintakan sepupu hero ni. Ha..apa lagi, si hero ni frust gila. Awak rasa, kalau awak jadi hero tu, apa awak buat?"

"Mm...cuba tawan hati heroin tu semula." Aku meneka berdasarkan situasiku sekarang. Sama cerita dia dengan kisah aku.

"Tettt! Salah! Lelaki tu bawa diri. Dia pun pergi satu tempat ni untuk cari ketenangan. Dia terjumpa satu tempat tu, cantik sangat..sebab dia dah lama tak mandi, dia pun mandi kat sungai tu. Tengok-tengok, rupanya sungai tu ada ikan piranha, macam kat sungai Amazon tu. Entah macam mana entah ikan piranha tu boleh tersesat kat sungai tu. Dia pun berenang nak selamatkan diri ni. Tiba-tiba ada orang menjala ikan piranha tu, ikan tu pun terperangkap. So selamatlah si hero ini. Rupa-rupanya yang selamatkan dia adalah seorang perempuan yang cantik rupawan. Tapi dia tak tahu, sebenarnya perempuan tu bunian, cantik sangat, ala macam nora danish yang berlakon cerita sumpah bunian tu. Ha, macam tulah cantiknya. Akhirnya hero tu kahwin dengan bunian tu dan hero ni tak dijumpai sampai sekarang...tamat!"

Melongo aku mendengar ceritanya. Ciss!!Tertipu aku, ingatkan cerita serius. Cerita mengarut macam ni tak ada siapa nak tengok. Buang karen aje aku dengar.

"Pergi tidur!" Arahku geram. Tak sangka aku mendengar penuh minat cerita mengarut dia.

"Tak best ke cerita saya?" Tanyanya dengan serius.

"Lain kali jangan buat cerita macam tu lagi. Buang masa je dengar. Dah, pergi tidur. Ingat, lepas ni saya tak nak awak berkeliaran!" Julita bangun sambil mulutnya merungut-rungut namun aku tidak dapat mendengar butir-butir percakapannya dan terus berlalu masuk ke kotejnya.

Aku memerhatikannya masuk ke dalam sambil tersenyum. Ada-ada je budak ni. Boleh pula dia buat cerita mengarut macam tu.

*****

Julita membelek-belek majalah di hadapannya, hajat hatinya ingin membeli barang keperluan dapur yang telah dipesan oleh Raikal sebelum dia pergi keluar bekerja tadi. Alang-alang, singgah sekejap di kedai buku.

"Kita kena banyak baca buku tentang cara menjaga bayi. Kitakan baru pertama kali jadi papa dan mama."

"Ye..ye..kita beli buku ni, buku ni, buku ni...ha satu lagi abang, buku tu."

Aku macam kenal suara dua ekor ni. Kejap nak check! Aku mengintai sedikit di celah-celah rak. Memang tepat sekali jangkaanku. Dua ekor monyet yang telah membuatkan aku susah selama ini berada di hadapanku. Aku menghampiri mereka.

"Bahagianya aku tengok korang berdua, so sweeeettttt....." Ujarku memerli mereka dengan mencekak pinggang. Serentak kedua-duanya memandang ke belakang. Jatuh buku-buku yang mereka sedang pegang di tangan. Kedua-duanya seperti menggelabah.

"Lari sayangggg......" Nazim terus menarik tangan Nina. Sekelip mata mereka berdesup melarikan diri.
"Kurang asam! Sampai hati korang buat Julita macam ni!" Aku mengejar mereka dengan sepenuh tenaga namun mereka lebih pantas. Termengah-mengah aku mengejar mereka. Mereka terus keluar dari kedai buku dan melarikan diri seperti lipas kudung. Tapi mereka lupa, ini Julita..ratu pecut di sekolah dulu. Aku akan kejar mereka sampai lubang cacing. Kali ini, mereka takkan terlepas..ada perhitungan yang perlu diselesaikan.

Adegan kejar mengejar masih berlangsung. Sambil aku mengejar mereka, sambil itu mulut aku bising menyumpah seranah mereka. Tiba-tiba Nazim terlanggar tong sampah dan membuatkannya terjatuh. Peluang itu tidak aku lepaskan, aku terus mengambil botol yang terkeluar dari tong sampah yang dilanggar Nazim tadi dan memukulnya bertubi-tubi. Nina cuba menyelamatkan suaminya namun apabila melihat pandangan mataku yang garang, membantutkan usahanya. Hanya mulutnya yang tidak berhenti-henti menyuruhku menghentikan pukulan kepada suaminya. Nazim hanya mampu mengelak dengan menggunakan tangan. Aku menarik telinga Nazim untuk membawanya ke balai polis.

"Menjawablah kau berdua dengan polis nanti. Ha! Jahat sangat! Dengan kawan pun makan kawan! Nina! Kau tak nak temankan laki kau kat balai polis sekali!" Marahku apabila melihat Nina masih berdiri tegak dan tidak mengikut kami.

Tiba-tiba Nina rebah membuatkan kami berdua terkejut. Aku mendapatkan Nina, begitu juga Nazim.

"Nina! Nina! Nina...kau kenapa ni! Bangunlah..." Aku menggerakkan badannya namun tiada respon.

"Kita bawa Nina ke hospital, cepat! Takut jadi apa-apa kat kandungan dia." Tanpa banyak soal, Nazim mengangkat Nina dan kami berlari menuju ke hospital yang tidak jauh dari tempat kami sekarang.

"Cepat-cepat..."Aku memandang ke belakang. Tiba-tiba mereka lesap. Aku mencari mereka di sekeliling. Tiada! Aku mencekak pinggang. Tiba-tiba air mataku mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Mereka menipu lagi! Aku meneruskan perjalanan dengan langkah yang longlai dan air mata yang mengalir tidak berhenti-henti. Sedih kerana diperdayakan lagi buat sekian kalinya.
posted by Penulisan2u @ 1:44 PTG   5 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Layakkah Aku? 9
Nama Pena : iXoRa

Siri 9

Nak tak nak aku kena naik juga motor ni. Fiq ni jenis yang pegang janji. Aku suh dia janji jer la dulu.

"Fiq, kalau u nak I naik motor ni. U kena janji dulu. Boleh?"

"Janji apa plak ni? U dah tak percayakan I ker? U punya pasal, I sedia buat apa saje"

"Bukan soal tak percaya. I percaya kat u. Cuma I nak u janji tak bawa motor laju. I takut ngan risiko. Kalau bawa lajukan risiko tinggi. Boleh tak janji jangan bawa laju ngan brek emergency?"

"Ooo…pasal tu jer ker. Ok, I janji. Takkan I nak u yang cedera plak. Nampak comel plak bila u pakai helmet ni. Helmet ni I beli khas untuk u. Jom kita pergi."

Aku menaiki motornya berhati-hati. Aku pengang sikit pinggang dia sebab takut terjatuh pula nanti.
Motor Fiq meluncur terus ke konsert itu. Fiq menunaikan janjinya. Dia bawa motor dengan berhati-hati.

"Kita dah sampai ni. Turun la." Kata Fiq

"Woww… ramainyer orang. Ni la first time I boleh tengok konsert secara live."

"Sebab orang ramai la I bawa motor tu. Senang skit nak menyelit and parking. Jom la gi depan. I beli tiket yang paling mahal skali. Tempat yang paling best skali."

Kami menuju ke tempat kami. Konsert baru sahaja hendak bermula. Orang ramai memenuhi tempat tersebut. Semua nampak sangat gembira. Ramai anak muda yang berambut seperti ayam (punk), lembu (serabai macam tak tersikat) dan buntut itik(spike) yang orang kata stylo tu. Lelaki memakai seluar jeans longgar macam nak jatuh. Perempuan pula memakai jeans yang sendat dan low cut. Dunia ni macam dah terbalik. Tak terkecuali juga aku. Apa guna ada badan yang cantik memikat kalau nak bungkus macam hantu bungkus kan? Tapi ada juga beberapa orang yang memakai tudung. Lelaki tak de plak yang aku nampak pakai kopiah atau serban. Pakai topi ada la. Fiq pun pakai topi.

Bila konsert bermula. Semua macam dirasuk hantu. Enjoy sangat dapat lihat penyanyi kesayangan menyanyi secara live. Lagu yang dimainkan pula rancak. Apa lagi terloncat-loncatlah kami keghairahan. Kadang-kadang terkinja-kinja macam beruk kena belacan. Yang macam monyet baru dapat pisang pun ada. Hahaha… Ada yang bersorak kegirangan sambil bernyanyi bersama. Ada yang memeluk kekasih hati sambil menghayati bait-bait lagu yang dinyanyikan. Yang pasti semua orang gembira. Mungkin inilah syurga dunia yang dikatakan Kak Amy. Tapi dalam kegembiraan itu, aku teringatkan sesuatu. Bayangkan tetiba Allah datangkan petir untuk membakar kami semua. Pasti tak sempat untuk kami lari. Sempatkah kami untuk bertaubat? Nerakakah tempat kami yang mati dalam keadaan tidak mengingatiNya? Layakkah aku untuk berhibur hingga melupakan tuhan? Aku pasti semua orang disini pasti tengah bergembira dengan syurga duniawi ciptaan manusia. Lupa akan adanya pencipta dan tugas manusia untuk mengingati tuhannya yang menghidupkan dan mematikannya. Lupa akan adanya kehidupan setelah mati. Mungkin betul kata Dr. Mahathir, ‘Melayu Mudah Lupa’. Kenapa aku kata begitu? Kerana kebanyakan yang datang adalah melayu. Bukan cina atau india. Bukan…Sedangkan agama yang dianuti oleh orang melayu adalah Islam yang mengharamkan pergaulan bebas ini. Yer..perlembagaan Malaysia ada mengatakan orang Melayu adalah orang yang berbangsa melayu dan menganut agama Islam. Maknanya kalau bukan Islam dia bukan melayu. Tapi yang ada kat sini kebanyakan ada perkataan ISLAM di kad pengenalan mereka. Comfirm…mereka adalah melayu beragama islam termasuklah aku. Ahh… Pecah dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih… aku nak cakap pasal orang… aku sendiri pun dah tak betul… malam ni jer. Nak enjoy sekali sekala takkan tak boleh.

Habis sahaja konsert itu. Kami bergambar pula dengan artis. Aku bergambar diapit oleh Fiq dan artis tersebut. Ada juga peminat perempuan artis tersebut yang bergambar sambil berpeluk dengan artis tersebut. Dia layan semua kerenah peminatnya. Apa lagi, peluang terbuka untuk artis tersebut memeluk begitu ramai peminat perempuannya. Perempuan sekarang biasa laa…

"Lepas ni I nak bawa u ke tempat special. Jom kita pergi" kata-kata Fiq mengejutkan ku.

"Nak gi mana ni? Cakap la. Bukan ker kita nak gi makan jer lepas ni?" aku bertanya kehairanan.

"Yer, lepas ni kita beli McD yer. Kita bungkus jer. Then, I nak bawa u makan kat tempat tu. I dah rancang ni khas untuk u. Mana leh cakap nama tempat tu. Tak surprise la plak. U ikut jer. I takkan apa-apakan u"

Aku ikut sahaja rancangan Fiq. Aku mula mempercayainya walaupun dadaku agak berdebar. Selepas membeli makanan Mc D. Fiq membawa motor meninggalkan kesibukan ibu kota. Kami menuju tempat yang dikatakan rahsia oleh Fiq tu. Aku tengok perjalannan seperti kearah hutan dan bukit. Aku mula takut. Aku takut diapa-apakan oleh Fiq. Nak terjun daripada motor pun aku takut. Nanti cedera dan ada kemungkinan jatuh ke lereng bukit. Sisa-sisa kepercayaaan aku pada Fiq, aku cuba kuatkan. Moga aku selamat bersamanya.

Sampai sahaja di suatu tempat yang agak gelap. Aku rasa macam berada di puncak bukit. Kerana udaranya sungguh nyaman dan sejuk. Fiq menyarungkan jaketnya untuk menghilangkan kesejukan yang aku rasai. Fiq menyuruh aku tunggu sebentar di motornya. Fiq pergi ke suatu tempat dan menyalakan lighternya. Tetiba…satu laluan diterangi sedikit api menyala. Fiq membawaku melalui laluan itu. Sampai dihujung laluan ada sebuah bulatan api yang agak besar. Kami berada di tengah bulatan itu. Di hadapan kami tersergam indah bandaraya KL yang dipenuhi lampu malam. Begitu cantik dan romantik keadaan di situ. Aku kaget dengan apa yang dirancang oleh Fiq. Sungguh menakjubkan.

"Nur Amira, sudikah u jadi girlfriend i?" kata Fiq sambil memegang sekuntum bunga dan di tangkai bunga itu tersarung sebentuk cincin bertatah berlian sambil melutut di hadapan ku.

Wah…sungguh romantik cara dia approach aku. Betul kata Kak Amy, dia ni memang perfect guy. Nak terima ker tak? Takkan aku tak nak terima putera yang aku idamkan selama ni. Kalu aku terima. Layakkah aku nak couple ngan anak Dato? Taraf kami ni macam langit ngan bumi. Betul ker dia nak kan aku? Atau dia sajer nak mainkan perasaanku. Kalau dia sajer nak mainkan aku…takkan perancangan dia untuk approach aku begitu teliti. Sungguh perfect. Kalu aku terima dia, Adakah aku perlu bagi kesucianku sebagai bukti cinta ku padanya?
posted by Penulisan2u @ 1:30 PTG   0 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : 3 + 1 = 8
Nama Pena : hitomi arishima

Lagu sweet dream nyanyian Jang Na Ra menghingari bilik naila..naila capai telefon bimbitnya..dia tengok sekilas nama di skrin telefon…faiqa yang buat panggilan..
"hello!!" naila bersuara malas..apa hal pulak la minah ni call malam-malam buta ni?esok dah la nak kena bangun pergi sekolah..
"hello!!naila!!aku ni.." kedengaran suara faiqa yang terlebih ceria..tak mengantuk-ngantuk lagi ke minah ni..
"yup..aku tahu..ada apa hal call aku malam-malam buta ni??" naila tanya faiqa..actually mata naila dah nak kuyu tu..mengantuk lorh..
"nak inform one thing je..esok kita pergi sekolah sama-sama erk.."
"asal tiba-tiba je kau nak pergi sama-sama ni??" naila hairan..tak pernah pun faiqa ajak pergi sekolah sama-sama..
"bukan aku la..nabil yang jemput nanti..just tunggu depan rumah ok.." faiqa bagi penerangan..
"buang tabiat ke pak cik tu??kau tak tanya ke dia mimpi apa semalam??" naila jadi pelik..apa kena la si nabil tu..heran sungguh aku..
"kau ni..banyak cakap pulak erk!!jangan lupa tunggu kitaorang ya!daa..bye.." belum sempat naila jawab,faiqa dah matikan talian..
"minah ni pun sama je dengan pak cik tu..suka buat orang tertanya-tanya.." naila merungut sorang diri..matanya dah benar-benar mengantuk..akhirnya dia dah terlelap atas katil..
************************************************

Pin!!Pin!!bunyi hon kereta kedengaran dua tiga kali..naila keluar dari rumah..beg sekolahnya digalas..5 orang sahabatnya dah ada dalam kereta..naila masuk dalam kereta..
"good morning,naila!!" tiga orang bersuara serentak kecuali nabil dengan shah..
"good morning too!" naila terenyum..naila kalih belakang pandang nabil..
"woi pak cik!!" nabil yang sejak tadi pandang di luar tingkap,kalih depan pandang naila..
"kau apasal tiba-tiba je jemput kitaorang ni??mimpi apa semalam??" naila pandang nabil serius..
"suka hati aku la..yang kau sibuk apasal??tak ada kena-mengena dengan kau pun.." nabil balas balik..naila dah panas hati..asal pulak dengan dia ni?aku tanya baik-baik dia boleh jawab lebih kurang je..kang makan kasut juga la mamat ni karang..
"of course la ada kaitan dengan aku..prob nya sekarang kau dating jemput aku sekali!!" naila masih lagi kawal kemarahannya..malas nak marah orang pagi-pagi buta macam ni..
"tapi aku tak kata pun nak jemput kau..faiqa yang mintak aku singgah rumah kau sekali!" nabil pandang luar tingkap balik..naila pandang faiqa tajam..faiqa pulak dah tersengih-sengih..
"FAIQA!!!!!!" nah!!bergegar satu kereta dibuatnya..
"yang kau pandai-pandai jemput aku naik kereta mamat poyo ni apasal??" naila pandang faiqa yang duduk di sebelah kirinya…
"errr..kenapa??kau tak sudi ke?" faiqa buat muka blur + innocent..
"memang aku tak sudi pun.." naila bersuara agak perlahan..tapi cukup jelas pada pendengaran mereka berlima..
"aku lagi la tak sudi nak tumpangkan minah kerek ni.." nabil balas balik..tone suaranya sama seperti naila..agak perlahan tapi jelas pada pendengaran mereka berlima..
"minah what??" naila pandang nabil tajam..betul-betul macam nak makan orang..nabil still pandang luar tingkap..
"sudah sudah la tu naila.." shah goncang tangan naila perlahan..naila betulkan kedudukannya balik..akhirnya naila diam juga..lebih kurang 7 minit,mereka berenam dah sampai depan sekolah..
"alamak!!ramainya peminat-peminat korang ni..macam mana aku nak keluar ni?" naila merungut..peminat-peminat setia group GB6 dah terjerit-jerit depan pagar sekolah..
"miss naila,macam la peminat kau tak ada depan tu..kau tengok!!peminat kau lagi banyak tau!" faruq bersuara..naila pandang arah yang di tunjuk faruq..memang betel apa yang dikatakan faruq..siap sambut dia dengan slogan lagi..
"macam mana nak keluar ni??" shazia dah cemas..sahih diaorang diserbu punya nanti..silap-silap tak sempat nak sampai kelas..
"korang tengok la belakang.." nabil bersuara tenang..10 mata pandang belakang..dua biji kereta hitam dah berhenti belakang kereta yang mereka naiki..beberapa saat kemudian,10 orang pegawal yang semuanya berkot hitam keluar dari kereta..manusia-manusia yang cuba nak dekati kereta limo milik nabil dihalang..
"la Bil…kau dah prepare awal-awal ke??lain kali bagi tahu la siang-siang..buat kitaorang gelabah je.." faruq tumbuk bahu nabil perlahan..nabil cuma tersenyum..
"jom ar keluar.." nabil keluar dari kereta..kemudian diikuti dengan faruq,faiqa dan shazia..shah keluar dari kereta..tangannya dihulur pada naila yang masih tak keluar dari kereta..
Naila sambut huluran shah..nabil yang tengok adegan depan mata dia tu cuma terdiam..tak tahu nak tafsirkan perasaan dalam diri dia sekarang..
"thanks.." naila pandang shah..shah cuma tersenyum..mereka berenam dah beriringan jalan masuk ke sekolah..satu sekolah dah hingar dengan jeritan perempuan-perempuan di sekolah tu..
"bising ar fans korang ni..buat semak kepala otak aku je.." naila merungut..rimas betul dia dengan manusia-manusia di keliling dia tu..
"alaa,Nai..kau buat macam tak biasa lak.." faruq siku tangan naila..
"memang aku tak biasa pun..coz tu la aku tak nak datang sekolah dengan korang.." muka naila dah macam petai busuk dalam freezer sekolah je..nabil pandang naila..
"kau ingat cantik sangat ke buat muka macam tu??" nabil kasi smash sama naila..naila yang agak moody sikit hari ni terus pandang nabil..
"yang kau sibuk sangat ni apasal??aku tak cari pasal dengan kau pun kan!!" naila jeling nabil..meluat gila bangang ar..dah ar mood aku tak baik hari ni..
"suka hati aku ar!kau tu membebel tak henti-henti..meluat aku dengar tau!" nabil jerkah naila balik..ape??ingat aku nak mengaku kalah macam tu je ke??sorry ar..kalau orang lain boleh..tapi Muhammad Nabil Hakimi takkan mengaku kalah dengan perempuan sama sekali!!
"lantak aku ar!!asal??kau sakit ke??!!" naila merengus kasar..mata mereka masih bertentang hebat..
"memang aku sakit pun.." nabil balas dengan nada yang cukup sinis..bagi naila la..
"sakit apa??" naila masih dengan nada marah dia..temperature dah naik 99 darjah celcius..macam nak hentam je mamat depan aku ni dengan hammer kat rumah aku tu..sekurang-kurangnya boleh gak koma sebulan..tak pun mati terus pun aku tak kisah!!
"sakit hati!!sakit telinga!!sakit kepala!!semuanya sakit!!" suara nabil dah boleh menggegarkan sekolah..semua mata pandang mereka berdua..4 orang kawannya pun cuma jadi perhati je..dah biasa tengok diorang bertengkar..suara teruja perempuan-perempuan kat keliling diorang pun dah senyap..
"kau………"
"sudah la naila.." shah potong cakap naila..tak nak diorang bergaduh makin teruk..
"huh!!" naila merengus kasar..kakinya melangkah laju tinggalkan 5 orang sahabatnya tu..
"jalan macam orang nak gi berperang je…" nabil bersuara lagi..kali ni 8 mata pandang arah dia..
"what??" nabil pandang kawan-kawannya dengan muka yang hairan habis..
"stop it ok!!" shazia bersuara tegas..mood dia pun dah hilang..pagi-pagi buta macam ni pun lagi mau gaduh ka?nabil merengus kasar..dia cuba tenangkan diri dia sendiri..entah kenapa dia rasa bengang sangat dengan naila..nabil dongak kepala..nafas di tarik dua tiga kali..
Tapi tiba-tiba mata nabil terhenti pada seseorang di tingkat atas..matanya dikecilkan..cuba pandang objek yang dipegang makhluk Allah tu..
Nadir pandang naila di bawah..kotak kayu yang beratnya hampir mencecah 80 kg tu makin lama makin ditolak ke depan..sasarannya kini tak lain tak bukan adalah Naila..
Nabil pandang seseorang yang sedang berdiri di tingkat atas..seketika kemudian dia pandang arah Naila..matanya beralih semula pada makhluk di atas tu..kotak kayu tersebut ditolak ke bawah bila Nadir dah benar-benar pasti dengan target dia..kali ni baru Nabil nampak dengan jelas apa yang dipegang makhluk tu tadi..
"Naila!!!!" Nabil jerit pada Naila..Naila pulak pandang Nabil dengan muka tercengang..Faruq yang tengah menghalang laluannya ditolak ke tepi..arahnya kini cuma Naila..
Semua pelajar dah cemas..diorang baru perasan kenapa Nabil tiba-tiba meluru arah Naila bila kotak kayu tersebut sudah nak mendarat atas kepala Naila..Naila pandang atas..Matanya dah terbeliak tengok kotak kayu yang lagi beebread saat nak jatuh atas kepala dia..Naila pejam mata..suara dah tak ada untuk menjerit sebab dah terkejut habis..kalau nak selamatkan diri,dah tentu tak sempat punya..kini dia cuma berserah..hidup dan mati semuanya di tangan Tuhan..
Nabil merempuh kuat tubuh Naila ke tepi..mereka berdua dah berguling-guling atas tar..kotak kayu yang jatuh tadi dah berkecai..4 sahabat dah berlaju ke arah mereka berdua..
"Naila!!" Naila yang masih pejamkan mata digoncang kuat..Nabil betul-betul dah cemas sekarang..takut kalau apa-apa yang terjadi pada Naila..Faiqa,Shazia,Shah dan Faruq dah ada di sebelah Naila..Naila masih tak buka mata..perasaan cemas + takut dah terpapar pada wajah mereka berlima..
"Naila!!" Shazia goncang bahu Naila sekali lagi..
"Naila!!wake up!!" Faiqa dah mengalir air mata..Shazia pun sama..Naila yang rasa macam orang panggil dia,terus bukakan mata perlahan-lahan..Naila pandang sebelah kirinya..
"Nabil.." Naila bersuara..wajahnya masih lagi terpancar ketakutan..Nabil tersenyum..nafasnya ditarik tanda lega..nasib baik Naila selamat..kemudian Naila pandang sebelah kanannya pulak..
"korang…" Naila pandang muka sahabat-sahabatnya sorang demi sorang..
"Naila!!" Shazia pantas peluk erat tubuh Naila..
"Naila..kau ok?ada cedera kat mana-mana tak??" Faiqa dah risau tahap gaban..
"Shazia..Faiqa..aku…aku hidup lagi ke?" soalan Faiqa tak dijawab..air mata Naila dah berjurai-jurai menitis..ketakutannya masih belum hilang..
Nabil pandang atas..kelibat seorang makhluk yang terkoncoh-koncoh nak larikan diri jelas di matanya..Nabil bangun..Dia berlari selaju mungkin ke tingkat atas..Shah dan Faruq yang faham maksud Nabil ke tingkat atas turut mengikutinya.
"mesti la..kau mana boleh tinggalkan kitorang macam ni saja.." Shazia peluk Naila makin erat..Faiqa cuma mengangguk..air mata ketiga-tiga orang gadis tu masih laju mengalir..Naila genggam tangan Faiqa erat..
"Faiqa,aku ok..jangan risau ye.." Naila balas soalan Faiqa tadi..air matanya dah berhenti mengalir..
"dah la korang..jangan nangis dah..aku ok la.." Naila sapu air mata di pipi Faiqa..Faiqa angguk dua tiga kali kemudian tubuh Naila dipeluk sekali..Naila cuma tersenyum..terharu dapat kawan-kawan yang benar-benar ambil berat pasal dirinya..
posted by Penulisan2u @ 1:23 PTG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Antara Dua 7
Nama Pena : Afisya

Lisa memandang penuh cemburu ke arah dua figura yang sedang membelakanginya itu. Geram pula dia melihat Fariz yang semakin akrab dengan Sofia apatah lagi sejak peristiwa perlawanan lepas yang mana kaki Sofia terseliuh teruk. Geram Lisa dibuatnya! Dia yang cantik dan setaraf dengan jejaka itu langsung tak dipandang. Sesekali, Lisa terfikir juga kenapa jejaka tampan itu tidak pernah terpikat langsung dengannya walaupun lelaki lain begitu mudah terpikat dengannya. Berkali-kali dia memerah otaknya cuba untuk mencari jawapan untuk persoalan itu namun tiada. Pelik! Ya, pelik tapi itulah kenyataannya yang perlu Lisa terima.

Pandangannya masih lagi tetap ke arah 'kemesraan' yang menyakitkan di hadapannya itu. Asyik melihat 'kemesraan' itu, Lisa tiba-tiba mengangkat punggungnya dari kerusi. Dia tidak rasa makin lama dia berada di situ, dia bisa bertahan. Lisa pantas mengorak langkah kemas menuju ke arah pintu kafe dengan perasaan marah yang menggunung. Namun baru separuh jalan, dia mematikan langkahnya. 'Alang-alang mnyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan' desis Lisa sambil tersenyum. Langkah dituju pula ke arah kaunter minuman. Mungkin tindakannya ini kecil sahaja, namun baginya ini baru permulaan dan cukup untuk memuskan perasaan kali ini. Biar Sofia rasa apa yang dia mahu gadis itu rasa!

"Abang Bob, bagi I air limau panas satu!" ujar Lisa manja. Usai membayar harga minuman itu, Lisa mengorak langkahnya pula menuju ke arah meja Fariz dan Sofia. Dalam hatinya hanya satu. Lisa adalah saingannya yang patut dia 'musnah'kan!

Sewaktu melalui meja tersebut, Lisa dengan selamba sengaja buat-buat terjatuh sehingga menyebabkan gelas minuman yang dipegangnya itu tertumpah ke arah baju Sofia. Terjerit kecil Sofia dibuatnya apabila air limau yang panas itu terkena bajunya. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan yang air tersebut bukan sahaja terkena bajunya malah badannya juga turu merasa kebahangan air tersebut.

"Lisa, sorry! I minta maaf! I tak sengaja! Sorry!" pinta Lisa sambil berpura segera mengeluarkan tisu untuk mengesat baju Sofia yang basah itu.

"No, it's okay! Tak pe! Fariz, saya pergi tandas sekejap." ujar Sofia sambil mengambil tisu yang dihulur Lisa.

"Saya temankan awak?" Fariz sudah mula bangun namun gelengan Sofia membuatkan terpaksa duduk kembali.

Aku menuju ke arah pintu kafe dengan terjengket-jengket. Huh, nasib baik tandas tak jauh. Kalau tidak jenuh aku dibuatnya apatah lagi dengan keadaan aku yang tiba-tiba menjadi 'OKU' buat sementara waktu.
Sambil membersihkan bajuku yang basah itu, Lisa membebel-bebel sendirian. Sebal aku dibuatnya dengan sikap Lisa yang semakin hari semakin menjengkelkan. Lama juga aku bertapa di dalam tandas gara-gara sikap Lisa yang gedik itu.
Setelah memastikan bajuku betul-betul bersih dan tiada kesan serta bau, barulah aku mengorak langkah keluar dari tandas. Sebelum itu, sempat juga aku menyemburkan perfume yang sememangnya sentiasa ada di dalam beg sandangku. Nasib baik, aku ada membawa jaket. Dapatlah menutup segala 'kekurangan' bajuku hari ini.

Aku melangkah perlahan menuju ke arah pintu kafe sambil memastikan bajuku berada dalam keadaan yang kemas.
Namun langkahku tiba-tiba terhenti. Dari jauh lagi aku dapat melihat Lisa yang sedang memegang tangan Fariz walaupun jejaka itu menepisnya. Melihat Lisa yang gatal tangannya itu, masih boleh aku tahan namun tiba-tiba tersentap jangtungku dibuatnya. Lisa tanpa segan-silu cuba mencium pipi Fariz. Aki menahan perasaanku yang sedang berkecamuk hebat tika ini.
Perlahan-lahan aku menarik nafas. Cuba menenangkan diri walaupun aku tahu ia tidak akan berlaku. Aku berjalan menghampiri mereka berdua. Namun aku berpatah balik. Tidak! Aku tidak kuat. Akhirnya, aku hanya berdiri sahaja di muka pintu kafe itu sambil memandang mereka dari jauh.

"Lisa, boleh tak you jangan gatal tangan nak pegang-pegang I ni! I tak suka!" Fariz menolak tangan Lisa yang sudah mula menjalar memegang bahunya itu.

"Fariz, I minta maaf! I betul-betul tak sengaja tadi! Sorry, okey!" ujar Lisa dengan suaranya yang sengaja dibuat-buatnya sedih.

"Yang you nakminta maaf kat I ni kenapa? Baju I tak basah pun! So, tak payahlah you nak minta maaf kat I!" balas Fariz geram sambil menepis tangan Lisa yang seperti ular.
Lisa hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata Fariz. "Sejak akhir-akhir ini, I tengok, you rapat je dengan Sofia! Ada apa-apa ke?" tanya Lisa.

"None of your bussines!! So, you boleh tak angkat tangan you ni sebelum I naik angin!" marah Fariz geram. Kalau Lisa masih tidak mahu mengangkat tangannya, Fariz tidak teragak-agak untuk berkasar dengan gadis itu. Namun tika itu juga matanya menangkap kelibat Sofia yang sedang memerhatikannya dari pintu kafe.

"Sofia.." ucap Fariz perlahan.
Tanpa membuang masa, Fariz segera menolak tangan Lisa yang sedang merayau-rayau itu. Tetapi, lain pula yang jadi bila tangannya secara tidak sengaja tertolak pinggan yang berada di atas meja sehingga tertumpah ke baju Lisa.
Habis semua sisa makanan tersebut jatuh ke baju Lisa dan pada masa yang sama juga, hampir pekak telinganya pabila mendengar jeritan Lisa yang nyaring itu. Tanpa mempedulikan panggilan Lisa kepadanya, Fariz segera mengejar Sofia yang sudah hilang bayangnya.
Aku yang perasaan akan pandangan Fariz tadi, segera mengorak langkah selaju mungkin. Sempat juga aku menoleh ke belakang untuk memastikan jarak Fariz denganku. Aku tidak mahu berjumpa Fariz! Ya, tidak! Tidak untuk hari ini

Sambil sesekali aku menoleh ke belakang memastikan yang Fariz tidak mengekoriku, akhirnya aku ternampak sebatang pokok yang besar di hadapanku. Cepat-cepat aku berjalan dan menyembunyikan diriku di sebalik batang besar pokok itu. Aku menarik nafas lega. Semput aku dibuatnya. Aku perlahan-lahan duduk. Terasa kakiku begitu sakit akibat terpaksa berjalan dengan begitu cepat tadi apath lagi dengan keadaan kakiku yang tidak mengizinkan aku berbuat demikian.
Huh, sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu!
Aku memejamkan mata. Cuba untuk menenangkan diri sekaligus melupakan apa yang aku lihat tadi. Namun semuanya hanya sia-sia. Ya, sia-sia! Entah kenapa, perasaanku mula berkecamuk dan bercampur aduk tatkala melihat kejadian tadi. Ya, perasaanku bercampur aduk. Ada perasaan geram! Marah! Sebal! Sedih! Semua bergabung menjadi satu.
Ya, Allah kenapa dengan aku ni? Eh, kenapa pula kau nak rasa semua itu! Biarlah Lisa tu nak buat apa pun! Bukan masalah aku pun. Lagipun Fariz tu bukannya boyfriend aku pun! So, Sofia lupakan. Bukan masalah kau!

"Sofia..Sofia..Sofia.." Aku tersentak. Eh, siapa pula yang menegur aku ni? Perlahan-lahan aku mula membuka mata.
Sebaik sahaja aku membuka mata, satu sahaja yang terlintas di fikiranku iaitu jangan buka mulut. Ya, jangan buka mulut kerana wajah Fariz dan wajahku begitu dekat sehingga hembusan nafas jejaka itu dapat dirasakannya. Kalau diukur jaraknya hanya sebatang jari sahaja.
Aku pantas menolak tubuh Fariz. Namun tidak berhasil. Tangannya sekarang telah dipegang kemas oleh Fariz.

"Fariz.." ujarku perlahan. Aku sudah mula resah. Aduh, fariz ni! Ini kali kedua kami berkeadaan seperti ini. Ya, Allh lindungilah hamba-Mu ini!

"Awak tahu tak awak ni cantik? Mata awak.. Hidung awak.. Bibir awak.. Kenapalah saya tak perasaan semua ni?" Aku resah. Enath kenapa, ada sesuatu yang mula bersarang di hatiku tika mendengar tutur bicarnya. Fariz, tolonglah!

"Patutlah Lisa sejak akhir-akhir ini menggedik semacam je. Rupanya takut budak-budak lelaki kat U ni jatuh hati kat awak! Ermm… agaknya siapa the lucky guy yang dapat awak ni?" Merah padam muka aku dibuatnya bila tiba-tiba jari-jemari Friz mengusap pipiku. Fariz menelan liur. Terasa hati lelakinya berkocak hebat pabila jari-jemarinya menyentuh pipi gebu Sofia.
Fariz menjarakkan dirinya sedikit bukan kerana dia tahu gadis itu tidak selesa tetapi dia takut makin lama dia dekat dengan Sofia, makin dia tidak dapat tahan keinginan yang mula bertapak di hatinya kala ini.

Aku pantas bangun sebaik sahaja Fariz mual menjarakkan diri dariku. Fariz tersenyum lucu dengan tindakan kilat gadis itu.
Aku membuang pandang ke arah lain. Tidak berani untuk memandang wajah Fariz. Terasa berdebar dibuanya apabila wajah Fariz dekat denganku tadi. Perasaan yang sama seperti peristiwa yang pertama lepas.

"Awak takut ke? Awak tak payah risaulah! Saya tahu jaga batas pergaulan. Lagipun saya berpegang pada prinsip saya selama ini.." Fariz bersuara setelah agak lama suasana sunyi menyelubungi mereka.

Aku memandang Fariz sinis. ‘Oh, ya ke? Apa prinsip awak tu? Nak kahwin dengan perempuan cantik je ke? Atau sebaliknya? Or.."
Fariz segera memintas bicara Sofia

"Saya belum habis cakap lagi, awak dah menyampuk. Tahulah awak takut tapi janganlah menyampuk cakap saya. Prinsip saya.." Fariz sengaja membiarkan ayatnya tergantung.

"Prinsip awak? Apa?"

"Prinsip saya, saya tak akan sentuh perempuan dengan cara kotor lebih-lebih lagi perempuan yang saya sayang dan cintai sehinggalah saya dapatkan dia dengan cara yang halal." Bisik Fariz perlahan di telingaku membuatkan aku terkejut.

"Awak ni! Boleh tak jangan buat macam ni! Suka sanagt terkejutkan saya!" Fariz hanya tersenyum senang aptah lagi melihat wajh putih gadis itu berubah warna.

"Agak-agaknya siapa perempuan tu? Yang bertuah dapat awak yang selau menyakitkan hati orang je kerjanya?" ujarku sambil mengambil beg sandangku.

"Entahlah! Tak tahulah saya! Entah-entah awak kor?" Fariz mengusik. Riak wajahku mula berubah.

"Jangan nak merepek. Dahlah saya nak pergi library! Malas saya nak layan awak!"

"Sofia tunggulah dulu! Saya nak tanya ni!" panggil Fariz bila gadis itu sudah mula mengorak langkah.

"Apa? Awak nak tanya apa?"

"Tunggulah dulu!" ujar Fariz seraya menarik tanganku sehingga aku terhenti. "Kenapa tadi awak larikan diri? Awak.. Cemburu ke?"

"Mana ada! Dahlah lepaskan tangan saya. Saya nak pergi libarary ni!" Aku menarik tangan tetapi pegangan kemas Fariz membuatkanku perbuatanku itu tidak berjaya.

"Okey, kalau awak tak nak jawab soalan saya tu tak pe. But, saya tak akan benarkan awak pergi library. Sebab kalau awak pergi library pun, nanti awa tidur bukannya study. So, tak payah." Ujar Fariz selamba.
Serta-merta aku menarik tangan ku usai mendengar kata-kata Fariz. ‘Dia ni sengaja je nak sindir aku. Kurang asam betul.’ Getus hati kecilku. Namun bila difikirkan balik, ada betulnya kata-kata Fariz itu.

"Dah, jom saya temankan awak balik asrama!" Fariz memberi kata putus sebelum sempat aku menjawab. Aku tidak membantah dan segera menuruti langkah Fariz.
posted by Penulisan2u @ 7:04 PG   9 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Ade Aku Kesah? 7
Nama Pena : LuvUa

Aqiel kembali ke kelasnya untuk mengambil buku latihan sejarah yang tertinggal. Buku yang dicari diambil dan ingin melangkah pergi kerana Pak zaid sedang menunggunya. Tetapi kakinya tidak jadi melangkah kerana ternampak sesuatu di bawah meja Elisya.

Aqiel mencapai "sesuatu" itu. "Bukan ke ni buku catatan si "stone" tu ke?" Aqiel tertanya-tanya sendiri. Halaman di hadapannya kini dibaca. "BABY LOVE ABANG?!!!" Berkali-kali ayat itu dibaca. Corak-corak di sekeliling "statement" itu ditatap. Cantik! Pandai juga minah ni melukis. "Happy 25th Birthday." Ayat di sisi bawah helaian itu membuatkannya bertambah terkejut.

"Minah ni ada pakwe ke? Takkan lah. Gaya dingin semacam. Ada yang sangkut ke? Kalau betul pakwe dia, tak tua sangat ke mamat tu? 25 tahun tu… Agak-agak la tak laku pun. Abang dia? Kalau abang dia, "Baby" tu pasal pula? Aish! Confuse betul aku macam ni." Aqiel menggaru-garu belakang kepalanya beberapa kali.

"Wey Aqiel! Yang kau sibuk pasal "stone" tu pasal ape? Bukan masalah kau pun. Mamat tu abang dia ke pakwe dia ke. Apa aku kesah? Dia punya pasal la tu." Marahnya pada diri sendiri. Buku catatan Elisya diletak ke dalam laci meja Elisya.

"Sorry "stone", aku terbaca. TER ok." Ucap Aqiel sendiri sebelum berlalu pergi. Dia berlari –lari ke kereta apabila teringat Pak Zaid pasti sudah lama menunggu.

*

"Ya Allah… Alhamdulillah. Jumpa juga buku ni. Naik sasau aku cari kau tahu?" Bagaikan orang "tak betul" dia menyoal. Segala kerunsingannya semalam sudah hilang. Masih terbayang di mata, bagaimana kalut dia, abangnya, Mak Som dan Pak Mail mencari buku catatannya itu seluruh rumah. Sebelum operasi "mencari buku catatan baby" berlangsung, Elisya sempat berpesan supaya tidak membaca sebarang catatan dalam bukunya. "Kalau abang yang baca, kantoilah."

Aqiel di sebelah hanya memerhati riak Elisya bak baru terlepas daripada dikejar anjing. Gila release! Apa yang penting sangat dengan buku tu pun dia tak tahu. Halaman yang dibaca semalam terlintas di kepalanya. "Patut lah…"

*

Elisya menyalami tangan abangnya seusai solat Isya". Mak Som dan Pak Mail tidak berjemaah bersama kerana mereka masih tidak pulang ke rumah sejak petang tadi. Katanya ke market. Entah apa yang dibeli,Darwish sahaja yang tidak tahu.

"Kenapa lambat sangat Pak Mail dengan Mak Som ni?" Kerisauan Darwish jelas kelihatan di wajahnya. Elisya menjungkit bahu tanda tidak tahu.

"Abang risau lah." Darwish bersuara lagi. "Tak payah cakap pun baby tahu. Tengok keadaan abang yang tak boleh duduk diam tu dah tahu sangat yang abang risau dengan mereka." Naik lenguh tengkuk Elisya melihat gerak-geri abangnya. Kejap ke kiri, kejap ke kanan.

"Abang takut something bad happened la by. Macam mana ni?" Darwish mula memikirkan perkara-perkara yang mungkin terjadi kepada kedua orang tua itu. "Abang ni… Insya-Allah tak ada apa-apa." Matanya tetap tidak lari dari memandang wajah risau abangnya itu. Nak tergelak pun ada juga.

"Abaaaaaaaang…..." Manja nada suara Elisya. Darwish yang mendengar suara manja Elisya segera melabuhkan punggung di sebelah Elisya. Kepala adiknya itu diusap lembut. "Ye baby, baby nak apa?" Keriasauannya terhadap Pak Mail dan Mak Som diketepikan. Tiada yang lebih penting daripada Elisya dalam hidupnya.

"Baby mengantuk la…" Sengaja Elisya menguap. Matanya dibuka separuh sahaja, ingin menunjukkan dia benar-benar merajuk. Darwish jatuh kesian kepada adiknya itu. "Ok! Jomlah naik atas, abang teman." Ditarik tangan Elisya supaya bangun.

Elisya sengih "jahat". Dia beriringan dengan abangnya menuju ke tingkat atas. Darwish kerling jam dinding di tepi tangga, "Baru pukul 9.30." Dia pelik, Elisya biasanya tidur pukul 10 lebih. "Penat mungkin." Fikirnya.

"Baby tidurlah, abang tunggu sini." Ucap Darwish setelah mereka berada dalam bilik Elisya. Dihampiri Elisya kemudian dia mengucup dahi bersih adiknya itu. Elisya tersenyum lalu menyalami tangan Darwish.

Komputer di sudut kiri bilik itu di"switch on". Elisya yang sudah berselimut dipandang sementara menunggu komputer milik Elisya itu loading. Sambil tunggu Elisya tidur, lebih baik dia main game.

Elisya membuka kelopak mata apabia terdengar bunyi kerusi ditolak. Abangnya sudah bangun untuk keluar bilik. "Alamak! Macam mana ni? Habis la rancangan aku!" Elisya berkira-kira sendiri.

"Bang….." Panggil Elisya perlahan. Darwish yang ingin memulas tombol pintu membatalkan niatnya. Elisya dihampiri. "Kenapa tak tidur lagi ni? Tadi kata mengantuk." Darwish duduk di birai katil berhampiran kepala Elisya.

"Baby tak boleh tidur lah… Mengantuk, tapi mata tak nak lelap." Adu Elisya manja. Darwish tersenyum. "Tunggu kejap. Nanti abang datang balik ek." Darwish bangun. Elisya memegang tangan abangnya. "Nak pergi mana?" Soal Elisya dengan nada suara mengantuk yang dibuat-buat.

"Adalah… Kejap aja. Five minutes ok?" Elisya hanya mengangguk kemudian memandang sekujur tubuh abangnya keluar bilik.

Darwish kembali ke bilik Elisya dengan beberapa buah buku di tangan. Senyuman diberikan kepada Elisya yang memandangnya dengan seribu tanda tanya.

"Which one?" Darwish menayangkan buku yang ada di tangannya. "Abang biar betul? I"m sixteen now bang." Elisya tidak percaya dengan idea bangnya itu. Buku-buku di tangan Darwsih ditatap satu persatu. Semua buku itu kepunyaannya semasa dia kanak-kanak. Semuanya fairy tales. Tahulah dia ke mana Darwsih tadi. Pasti ke perpustakaan mini rumah mereka.

"Apa salahnya? Dulu kan mama, papa or me bacakan buku-buku ni kalau baby tak boleh tidur. Why not we try it again? Mana tahu jadi." Darwish memberi cadangan. "Ok! I want you to read "Snow White" for me." Pinta Elisya. "My pleasure dear." Darwish mengambil tempatnya kembali. Dibuka muka surat pertama kemudian dia memulakan bacaannya.

"Baby?" Panggil Darwish perlahan apabila dilihat Elisya sudah memejamkan matanya. "Ye." Jawab Elisya sambil membuka kembali matanya. "Nasib baik aku tak lelap terus tadi." Gerutunya.

"La… Tak tidur lagi ke?" Elisya mnggelengkan kepalanya. "Ok! Now what?" Buku-buku tadi kembali dihadap ke muka Elisya supaya memilih satu daripadanya. Elisya tersenyum kemudian menunjuk ke arah buku "Cinderellla". Sekali lagi Darwish membaca.

Dipertengahan bacaannya, lampu tiba-tiba padam. Elisya segera bangun memeluk tubuh abangnya. "Takuuut." Katanya.

"Tak ada apa-apa." Darwish membalas pelukan adiknya. Tahu adiknya takut berada dalam kegelapan. Seakan trauma! "Jom turun! Kita tengok apa yang jadi." Ajak Darwish. Elisya hanya menurut. Tanganya kejap memeluk lengan Darwish.

Sampai sahaja di anak tangga yang terakhir, lampu berkelip-kelip menyala kemudian terdengar suara-suara mengalunkan lagu "Happy Birthday To You". Dipandang Mak Som, Pak Mail dan Elisya silih berganti. Dikerling jam dinding, pukul 12. Patut laaa…

"Sapa punya idea ni?" Tanya Darwish serius. "Baby!" Jawab Pak Mail dan Mak Som serentak. Darwsih mengahampiri Elisya dengan riak wajah yang serius. Elisya sudah takut. "Abang…Baby mintak sorry kalau abang marah. I just want to make it surprised." Ucap Elisya perlahan tanpa memandang wajah "garang" Darwish.

Darwish mengangkat muka Elisya supaya menghadap mukanya. "Thanks baby. I appreciate it. Serious!" Senyuman manis diukir buat yang tersayang. "Abang tak marah?" Matanya dikedipkan. Darwish menggeleng.

"Thanks bang. Anyway, Happy 25th Birthday! You"re old now. Should get married as soon as possible." Sengih Elisya nakal. Seperti biasa hidungnya ditarik manja. "For my beloved plus lovely plus the only bro that I have." Ucap Elisya bangga sambil menghulurkan kotak berwarna hijau. Warna kegemaran abangnya.

"Thanks by. Statement baby tadi tu betul ke? Betul ke abang ni the only bro that you have ha?" Usik Darwish sambil membelek-belek kotak indah di tangannya. Elisya malas menjawab soalan itu. Biarlah semua yang terjadi menjadi kenangan. Malas dikenang kisah lama!

"Nah abang. Kami pun ada hadiah cikit ni. Tak adalah berharga sangat pun." Huluran Mak Som disambut dengan senang hati. Hatinya dirundum pilu. Tahun sebelumnya, pasti dia akan mendapat empat jenis hadiah wajib daripada ahli keluarga. Tahun ni? Hanya dua. Hadiah daripada mama dan papa tiada. Be strong! Dia tidak mahu hanyut dalam perasaannya sendiri. Pasti Elisya sedih nanti.

*

"Abang, abang pergi la mana-mana dulu. Nanti lepas mama habis kat sini, mama call. Or abang nak tunggu?" Serkap Puan Najwa walaupun dia tahu Aqiel tidak mungkin akan menunggunya membeli alat solek ini. Lama katanya.

"Tak apalah. Abang pusing-pusing dulu. Nanti macam biasalah, "calling-calling"." Aqiel menunjukkan ke arah telefon bimbitnya sebelum berlalu tanpa arah tuju. "Tu la, gatal sangat nak ponteng sekolah, kan dah kena teman mama shopping." Rungutnya sendiri.

Puas berjalan akhirnya Aqiel mengambil keputusan untuk duduk dibangku sambil memakan aiskrim. Diperhati sekeliling shopping complex, tidak ramai manusia yang lalu lalang memandangkan hari ini hari sekolah walaupun ada juga segelintir pelajar yang melepak sana sini.

Dalam ligat otaknya memikir ke mana tujuannya selepas ini memandangkan mamanya tidak menelefon lagi, dia terpandangkan seseorang yang mungkin dikenali. Dia lagi? Buat apa kat sini? Kantoi ponteng sekolah.

Aqiel membatalkan keinginannya untuk menegur Elisya apabila seorang lelaki menghampiri gadis itu dengan senyuman lebar. Mamat ni lagi? Wait! Baju yang dipakai lelaki itu diperhati lama. "Macam pernah tengok aja, kat mana ek?" Tanya Aqiel pada diri sendiri.

"Ha!!! Corak dalam buku "stone", sebijik macam corak baju mamat tu pakai." Setelah lama berfikir, akhirnya dia mendapat jawapan itu. "Tahulah sayang, tapi takkan lah sanggup pakai baju macam tu, perempuan punya baju la." Bebel Aqiel lagi. Geli geleman Aqiel melihat adegan di hadapan matanya kini. Aksi suap-menyuap Elisya dengan mamat yang entah dari mana datangnya itu.

"Apa sangatlah yang menarik tentang mamat tu pada Elisya. Nak kata handsome, memang handsome tapi aku rasa handsome aku lagi. Nak kata kaya, manalah aku tahu dia kaya ke tak tapi yang pasti aku memang kaya. Pewaris tunggal ni. Nak kata baik, aku rasa tak kot. Kalau baik takdanya main usik-usik anak gadis orang. Main pegang-pegang. Hish! Berbulu mata aku. Kalau aku, takkan pegang-pagang selagi tak pegang title "bini" aku. Dah tu, sanggup pula bawak anak dara orang keluar time sekolah. Ajar budak tu ponteng! " Tanpa sedar, Aqiel telah membandingkan dirinya dengan mamat di sebelah Elisya. Entah kenapa, dia rasa iri hati. Dengan mamat tu, boleh pula dia bercakap, senyum, malah gelak sama. Kalau dengan dirinya, sifat "stone"nya akan muncul.

"Abang tengok, budak laki tu dari tadi lagi tengok sini. Kenal ke?" Soal Darwish kepada adiknya. Elisya menoleh ke arah lelaki yang dimaksudkan abangnya. "Aqiel?!" Soalnya tidak percaya. "Baby kenal?" Elisya menganggukkan kepalanya. "Classmate baby."

"Yang duduk sebelah baby dalam kelas tu ek?" Entah kenapa dia merasakan budak lelaki itulah yang pernah menjadi topik perbualan mereka dulu. "Yup! Mana abang tahu?" Elisya pelik. "Instinc." Jawabnya selamba. "Tak nak pergi tegur ke?" Usik Darwish walaupun dia sudah tahu jawapannya. "Perlu ke?" Elisya kembali menyuakan aiskrim ke mulutnya. "Terpulang." Jawab Darwish sebelum mengangakan mulutnya, mengisyaratkan Elisya supaya menyuapkannya dengan aiskrim yang masih berbaki. "No need at all."

Aqiel melempar senyuman yang tidak ikhlas kepada "mamat" Elisya apabila mereka berdua sudah perasan akan kelibatnya di situ. Telefon yang bergetar dalam poket jeansnya dikeluarkan. "Mama". "Ok, abang datang sekarang." Talian diputuskan.

p/s:sempat jugak post new entry...my first session exam was done! second session comin next week. oh tiaaak!
posted by Penulisan2u @ 7:02 PG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Cinta sempurna 7
Nama Pena : Rika

BAB 12
Tanpa disedari sudah tiga bulan Danial dan Sara bekerja di bawah satu bumbung,namun kedua-duanya masih keras hati.Sara dengan egonya dan Danial dengan muka selambanya.Pening kepala Dato’ Farouk dibuatnya.Bila ada mesyuarat mulalah peperangan dunia ketiga berlaku.Kadang-kadang jumpa client pun boleh bergaduh.Heii budak-budak ni…
Pagi itu,Dato’ Farouk malas mahu masuk ke pejabat.Bukan apa urusan kerja di pejabat boleh diserahkan kepada pekerjanya yang berkaliber.Dato’ Farouk kini mahu tumpukan kepada ibunya yang kini semakin teruk keadaannya.Perlahan-lahan pintu bilik wanita tua itu di dibuka.
"Mak,how are you today?"Wajah tua itu direnung dalam.Wanita itu hanya menjeling dan terus menolak kerusi rodanya menuju kea rah lain.Dato’ Farouk menggeleng.Ibunya itu sejak dahulu lagi keras kepala.Angkuh.Ibunya itu perlu menggunakan kerusi roda kerana kakinya sudah tidak dapat digunakan lagi.Ibunya itu juga sudah menjadi pendiam sejak kejadian itu.
"Mak dah breakfast,dah makan ubat?"Macam-macam soalan ditanya oleh Dato’ Farouk namun ibunya itu masih membisu.Akhirnya dia terpaksa mengalah.Dia mengatur langkah keluar dari dari bilik itu.
Tan Sri Datin Azlela,seorang wanita yang sudah berumur namun masa mudanya banyak dihabiskan dalam mengembangkan perniagaannya.Siapa tak kenal?Seorang wanita koperat yang tegas dalam perniagaan.Namun tidak disangka disebalik ketegasan,ada kezaliman.Waktu tuanya banyak dihabiskan di kerusi rodanya,dibilik bacaannya.Kemampuannya untuk berjalan yang diragut akibat kemalangan tiga tahun lalu terus menghantui dirinya.

"What the hell are you doing here?"Sara menjerit nyaring.Danial yang berada hanya dua langkah dengannya sudah tergamam.
"Heii,tak payah menjerit tak boleh ke?Saya nak bincang pasal rumah agam yang kat Wangsa Maju tu."Danial berkata perlahan.Dia masih statistic duduk di kerusi Sara.Sara sudah mula naik baran.
"Whatever,yang penting kenapa you duduk kat kerusi I.This my room okey.Jangan nak over.Bangun!"Pantas tangan Sara menarik kerusi yang diduduki Danial.Danial masih keras di situ.Ish mamat ni letak gam apa kat punggung dia ni.
"Cik Sara….,Tergamam Zira,setiusaha Sara melihat adegan di depan matanya itu.Sara yang sudah serabai dengan tangan utuh memegang kerusi dan Danial dengan muka selamba menolak-nolak kerusi itu.,………..Dato’ on call."Zira menghabiskan kata-katanya.Lupa pula dia hendak menghantar fail tadi.Ini semua kerana mendapat heart shock.
"Ini semua you punya pasal.Ish!"Sara sudah mendengus.Mukanya merah padam.Danial hanya tersenyum sebelum bangun dan menuju ke kerusi lain.
"Jom discuss."Sara masih membisu.Rambutnya yang serabai tadi disisir menggunakan jari.Klip rambut di dalam laci di ambil dan diklip di bahagian tepi rambutnya.Rambutnya dibiarkan bebas.Buat seketika Danial hanyut melihat kecantikkan ciptaan tuhan.Pada hari itu Sara hanya memakai seluar jeans bewarna putih dan baju blouse bewarna pink.Simple gayanya tetapi sudah mampu mencairkan hati mana-mana lelaki.
"Hei,apasal you pandang I macam tu?You jangan nak macam-macam,I jerit nanti."Sara sudah duduk di hadapan Danial.Lelaki itu dijeling tajam.Walaupun hatinya sedikit gentar melihat penangan mata Danial tadi.Lelaki di hadapannya itu,cukup simple tetapi smart.Danial hanya memakai kemeja bewarna hijau pucuk pisang dan seluar slack bewarna putih.Bukan gayanya suka pakai kot ke pejabat.
"Awak jangan jeling saya macam tu?Awak jangan macam-macam ,saya jerit nanti."Danial mengusik,Sara sudah memuncung.Haii,bila nak bincangnya.Asyik perang je.
"Dah cepat!Makin I layan you,makin pendek nyawa I.Buat sakit hati je."Danial hanya tersenyum.Sara,Sara.Mereka teruskan juga berbincang.Dalam berbincang pun ada juga berperang.Danial dengan A,Sara dengan B.Tak ada istilah muafakat memabawa berkat betullah.

BAB 13

Pagi itu,Sara mengambil peluang bersuka ria kerana papanya sudah bagi lampu hijau.Tak perlulah dia ke pejabat,bergusti dan berperang dengan Danial.Buat sakit hati sahaja.Sara merancang untuk bermain tennis sebelum membeli belah dan tengok wayang.Dia sudah menyediakan satu beg pakaian untuk ditukar.
"Ma,I go!"Sara menjerit.Kunci keretanya dicapai.Datin Alwiyah yang melihat gelagat anaknya itu hanya tersenyum.Anaknya itu sudah semakin berubah.Kurang keluar malam dan banyak menghabiskan masa di rumah.Walaupun masih tidak mengamalkan perkara yang diwajibkan dalam islam.

Sara bernyanyi riang.Gembira sungguh dia hari ini.Gelanggang tennis sudah tersergam di hadapannya.Pantas dia mengambil beg pakaiannya dan menukar pakaian.Dari memakai seluar jeans Levi’s paras lutut terus bertukar menjadi seluar sport adidas paras lutut dan baju tanpa lengan adidas.Rambutnya diikat satu dan dikemaskan dengan full cap.
"Hai Sara!Sorry,I late.My dad bebel pasal kahwin.You know he want I married.I’am still young."Fina yang baru tiba terus membebel.Sara memandang seperti tiada perasaan.
"Heii,Sara I talk with you.Kau ni.."Fina mua memuncung.Sara hanya tersengih.
"Alah lupakan je pasal kahwin tu,jom lepas gian.Dah lama tak main ni."Sara dan Fina mengambil port.Bola tennis melantun-lantun.sebelum,Sara memulakan service yang begitu padu sekali.

"Fuhh,penatnya.Dah lama aku tak main.Sekali main,rasa macam nak tercabut tangan."Fina melepaskan lelah.Air mineral di sebelah dicapai.Sara turut mengangguk.Dulu yelah,merekalah jaguh tennis,kini masing-masing sibuk, jarang bermain.Tu yang sekali main rasa nak tercabut skru di tangan.
"So,lepas ni nak lepak mana?"Fina bertanya.Tangannya sibuk mengelap peluh di mukanya.
"Aku ingat nak pergi makan-makan dulu,lepastu baru fikir."Sara mengeluarkan pendapat.Sedang dua orang rakan itu sibuk berbincang,tiba-tiba ada satu suara menegur.

"Hai!"Syafiq berkata ramah.Tak sangka pula dia boleh bertemu Sara dan Fina di sini.Pagi tadi tiba-tiba hatinya terdetik hendak bermain tennis.Kebetulan dia bercuti,dan lebih menarik lagi,Danial turut bercuti apalagi rakannya itulah yang diajak bermain.Nasib baik Danial tidak menolak.
"Eh,Hai!Awak pun main tennis kat sini ke?"Fina berkata ramah.Dapat dilihatnya,wajah Sara yang sudah berubah merah.Mesti gara-gara Danial yang berada di situ.Danial dengan wajah selamba mengambil tempat di sebelah Sara.Sara memandang Danial dengan penuh geram.
"Hei,you buat apa kat sini?"Sara menyinga.Danial masih dengan sikap coolnya.Pagi itu,dia hanya memakai track suit hitam dan baju t-shirt adidas bewarna hitam putih.
"Saya tengah tengok wayang."Jawapnya selamba.Sara sudah mendengus.Bibirnya dijuihkan.Danial hanya tersenyum.Gadis itu semakin mencuit hatinya.Syafiq dan Fina yang menjadi pemerhati sudah tersenyum penuh makna.
"You tak pergi office ke?"
"Dato’ bagi cuti.Dia cakap macam ni, ‘Adam,awak tak payah datang officelah.Musuh kesayangan awak pun tak datang ni.’So,saya cutilah."Sara sudah membersut.Papa,sampai hati!Siaplah balik nanti,aku siang orang tua tu.Buat BBQ.Ish berasapnya.
"Awak jangan nak panggang papa awak tu.Bukan boleh makan pun."Danial berkata seolah dia tahu apa yang diperkatakan Sara.Sara sudah terlopong,pantas dia mengambil beg galasnya dan beralu dari situ.Fina turut mengekori rakannya itu.Danial hanya tersenyum.Fina sempat mengajak Danial dan Syafiq mengikut mereka.Dua jejaka itu hanya mengangguk.

"Dam,ada benda yang aku tertinggal ke?"Syafiq bertanya penuh makna.Danial sudah memandang dengan muka yang blur.
"Eh,kau ada bawa apa-apa ke?Mana ada kau bawak apa-apa."Syafiq sudah merengus.Ish,kawan aku sekor ni,dah mulalah tu perangai bendul dia.
"Maksud aku,kau dengan Sara.Korang macam ada something-something."Danial masih mengerutkan dahinya.
"Hello,friend apa yang kau dok mengarut ni.Apa kaitan kau tinggal barang dengan aku?dengan Sara?"Syafiq sudah menepuk dahinya.YA ALLAH!Kritikal aku macam ni.Sah,esok kena tambah cuti lagi.Pantas sebelah tangannya memeluk bahu rakannya itu.
"Dam,kau ni kan…Memang suka menguji keimanan aku.Maksud aku,kau dengan Sara tu ada apa-apa ke?couple ke?Itulah maksud aku,pandai.."Perkataan pandai ditekankan.Danial sudah tersengih.
"Oh,that you mean.Tu lah kau pun,orang sekarang lalu jambatan penang bukan jambatan buruk kat belakang rumah nenek kau tu.Straight the pointlah."Danial memberi kata bidasan.
"So?"
"So what?"Syafiq sudah menggepal penumbuk.Danial masih menanti jawapan dari Syafiq.
"Whatever my friend.Lagi banyak soalan aku tanya makin bengkak hati aku.Cepat pulak kang aku masuk IJN.Ish,tak sanggup."Danial tergelak mendengar kata-kata Syafiq.
posted by Penulisan2u @ 7:00 PG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Lu'Lu' dan Marjan 7
Nama Pena : anarif

Melilau mata Marjan memerhati suasana di shopping complex ini. Lu'lu' di hadapannya 5 langkah juga melangkah longlai. Marjan perasan Lu'lu' sebenarnya hidup di dalam dunianya sendiri. Dia tidak memerhatikan keliling. Jika ada pun, pandangannya kosong. Dari tadi, mereka hanya berjalan. Tidak asa satu kedai pun yang dimasukinya.

Apa yang dicarinya? Memang sah dia masih tak dapat terima kenyataan yang hidup dia dah berubah. Mama dia dah tak ada. Dato kahwin lain. Pasti dia kecewa sangat dengan perubahan yang berlaku.

Marjan menarik nafas dalam. Baru dia hendak menyaingi langkah Lu'lu', seorang perempuan yang keluar dari sebuah kedai tergesa-gesa terlanggar Lu'lu' sehingga jatuh semua barang di tangan perempuan itu.

Marjan dapat melihat wajah Lu'lu' yang jelas terkejut dengan apa yang berlaku. Marjan tidak jadi mendekat. Mahu memerhatikan tindakan Lu'lu' seterusnya.

Lu'lu' menunduk bersama perempuan itu, mengutip kembali barang yang terjatuh.

"Lu'lu'? Lu'lu' Dato' Safwan?" Lu'lu' angkat muka. Wajah di hadapannya familiar tapi tidak dia ingat namanya.

"ya saya, awak kenal saya?"

Perempuan itu senyum lebar dan jelas dia tidak percaya dengan pertembungan itu.

"Lu'lu'! ni akulah, Mira! SMK Tunku Sulaiman dulu! Kau dah lupa?" riang suara Mira memperkenalkan diri. Lu'lu' masih memandangnya kosong.

"minta maaf, saya tak ingatlah awak."

Mira tersenyum nipis.

"oh, aku lupa pulak. Macam mana kau nak ingat kan? Dulu, aku gemuk. Sekarang, macam ni lah."

Lu'lu' tidak menjawab, matanya menjalar di seluruh wajah Mira. Cuba mencari sesuatu.

"Mira, Mira debab?" Mira angguk laju.

"akulah! Mira debab!"

Senyum nipis terukir di wajah Lu'lu'. Marjan yang sedari tadi memerhati terkesima seketika. Lu'lu' tersenyum buat pertama kalinya di hadapannya. Walau Cuma segaris senyuman, agak mahal untuk tontonan Marjan.

Lu'lu' dan Mira berdiri.

"kau buat apa kat sini?" Tanya Mira riang.

"tak ada apa, jalan-jalan." Jawab Lu'lu' berbasa-basi. Jelas dia tidak berminat dengan pertembungan itu.

"sorang?" mendengar soalan Mira, Marjan mendekat.

"hai, saya Marjan." Senyuman Lu'lu' mati, membuang pandang ke celah orang ramai. Mira tersenyum simpul melihat Marjan.

"oo, diam-diam ya?" Mira menyiku Lu'lu' perlahan. Lu'lu' menoleh pantas.

"apa dia?" Marjan senyum nipis. Tahu apa yang ada di dalam fikiran Mira.

"pakwe ek?" Tanya Mira terus. Lu'lu' jeling Marjan yang senyum memanjang.

Dia menoleh ke Mira semula.

"taklah, dia ni.."

"cik Mira kan? Cik Mira kawan Lu'lu' di sekolah menengah ya?" Marjan memotong cakap Lu'lu' sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya.

Marjan mengerling Lu'lu' yang sudah berpeluk tubuh, merenungnya tajam.

"haah, kitorang satu sekolah. Eh, baru aku teringat. Lu'lu', kitorang buat gathering dekat PD. Kau join ya?" berubah wajah Lu'lu'.

"gathering? Kat PD? Waa, best tu!" Marjan pula yang menjawab bagi pihaknya.

Mira menoleh ke Marjan. Tidak perasan pula pandangan tajam Lu'lu' yang memanah Marjan.

"haah, weekend depan. saya tak tau Lu'lu' ada kat sini sebab dia senyap je kan? Dah lama tak jumpa dia. Eh, you all datang la, 3 hari dua malam. Nah, ambil nombor saya, nanti contact saya for details. Saya nak cepat ni." Marjan menghampiri Lu'lu', membelakangkan Mira.

"bagi telefon awak." Arah Marjan. Lu'lu' menjeling tajam.

"why should I? I\'m not going!" perlahan namun tegas.

Marjan merenung terus mata Lu'lu'.

"awak nak bagi or nak saya cakap yang awak date dengan driver awak?" Lu'lu' terdiam. Ketap bibir. Diseluk tas tangannya, dihempas telefonnya ke tangan Marjan yang sedia dihulur.

"thanks." Senyum sinis dihadiahkan. Lu'lu' kembali berpeluk tubuh.

"berapa nombor awak?" Tanya Marjan. Mira mula menyebut nombornya.

Jemarinya pantas menaip di handphone blackberry Lu'lu'.

"ok, saya buat missed call. By the way, ini handphone dia." Beritahu Marjan.

Mira senyum penuh makna.

Dia mengerling Lu'lu'.

"Lu'lu', datang ya, dengan cik abang ni sekali." Marjan senyum lebar. Lu'lu' senyum kelat. Mira berlalu.

Marjan menghulurkan kembali telefon itu. Lu'lu' merentap kasar.

"what are you trying to do Mr. driver?" marah Lu'lu'. Marjan membalas renungan tajam Lu'lu'.

"I want you to enjoy yourself." Simple.

Lu'lu' mendengus kasar.

"siapa awak nak tentukan hidup saya?" tempiknya kasar.

Marjan membelakangkan Lu'lu'.

"I\'m nobody to force you but dato is your father. I know he can make you go there this weekend." Selamba Marjan berbicara.

Lu'lu' merentap kasar tangan Marjan mendengar kata-katanya.

"don\'t you dare tell my father about this. I\'m warning you!" ugut Lu'lu'. Benar-benar panas hati dengan tindak-tanduk dan kata-kata Marjan.

Marjan senyum sinis.

"we\'ll see." Dia melangkah meninggalkan Lu'lu'. Lu'lu' menghentak kakinya geram. Langkah diatur juga menurut langkah Marjan.

Di dalam kereta, sepanjang perjalanan pulang, Lu'lu' mendiamkan diri. Geramnya pada Marjan masih belum hilang. Bertambah pula geramnya bila Marjan bersiul kecil.

Sampai di rumah, seisi keluarga sedang menjamu selera. Lu'lu' terus naik tanpa menunggu lagi.

Dato' Safwan memanggil Marjan.

"nanti awak makan dengan Lu'lu' ya." Marjan angguk saja.

Dia ke luar memeriksa kereta dan membersihkan apa yang patut. Tanpa disedari, Pak Mat menghampiri.

"Marjan," Marjan menoleh, tersenyum kecil.

"hah Pak Mat, dah habis makan?" Tanya Marjan berbasa-basi.

"dah. Sebenarnya, Pak Mat nak minta maaf pada kamu sebab syak kamu yang bukan-bukan." Marjan memusingkan badannya menghadap Pak Mat.

Dia tersenyum lebar, menepuk bahu Pak Mat mesra.

"Pak Mat, saya tak ambil hati pun. Lagipun, saya di pihak yang benar. Pak Mat tak bersalah pun. Pak Mat Cuma bimbangkan keselamatan orang rumah ni. saya faham." Wajah Pak Mat berubah ceria mendengar bicara Marjan.

"hmm, betul. Pak Mat memang sayangkan keluarga ni, tambahan pula sejak Puan Maria dah tak ada. Pak Mat risaukan Lu'lu' dan Dato' Safwan." Bersungguh-sungguh dia berkata-kata.

Marjan angkat kening.

"Datin Ifa dan Laila macam mana? Pak Mat tak risaukan diorang?" soal Marjan.

Pak Mat tidak terus menjawab sebaliknya dia melihat sekeliling jika ada orang lain yang mendengar. Kemudian, dia mendekatkan wajahnya dengan telinga Marjan.

"sebenarnya, Pak Mat tak berapa suka diorang." Mulut Marjan membentuk huruf "o". Angguk faham.

"kenapa Pak Mat?" soal Marjan lagi. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal bahu! Hehe.

Wajah Pak Mat berubah lagi. Wajah tidak puas hati.

"Datin Ifa tu tak mesra, tak macam arwah Puan Maria. Dia suka tengok Mak Min dan Pak Mat pelik." Oh, macam Pak Mat tengok saya la.

"oo, ye ke?" Marjan terangguk-angguk.

"lagi satu, dia tu tunjuk baik depan dato je. Bila dato tak ada, mulalah tunjuk kuasa dia." Tambah Pak Mat lagi.

"cik Laila pulak kenapa Pak Mat tak suka?"

"cik Laila tu walaupun pendiam tapi bahaya orangnya. Dia marah diam-diam, lagi bahaya. Tapi, setakat ni, dia tak buat yang teruk-teruk lagi lah dengan Pak Mat dan Mak Min. Dengan ibunya kami pernah tengok." Beritahu Pak Mat bersungguh-sungguh.

"apa yang dia buat dengan Datin Ifa?" soal Marjan lagi.

Pak Mat jeling pintu mahu memastikan tiada yang mendengar.

"hari tu, dia ada minta sesuatu dari datin. Datin tak mahu beri. Dia pergi rosakkan baju datin yang paling mahal. Apa lagi, mengamuklah datin. Tapi, dia tak boleh buat apa-apa. Laila tu menakutkan sikit. Tak tau apa dia akan buat lagi kalau dia marah. Masa tu, Lu'lu' dan dato ke luar Negara sekejap. Datin mengamuk dengan Pak Mat dan Mak Min lah. Marahkan anaknya, kami yang kena. Puan Maria tak macam tu, Lu'lu' dan Dato' Safwan pun baik dengan kami. Kami tak pernah dimarah."

Oo, tragic juga kisah Laila ni. Nampak saja diam macam tu. Ish, bahaya betul.

"Lu'lu', walaupun dia mulut dia lancang sikit sekarang ni, dia tak pernah lagi marah Mak Min dan Pak Mat. Cuma dia jadi tegas sedikit dengan kami." Tambah dato lagi.

Lancang sikit? Hmm, aku akan pertimbangkan perkataan "sikit" tu.

Bersungguh betul Pak Mat bercerita. Sebelum ni bukan main lagi menyampah dengan aku. Itulah kuasa pemberian maaf. Hehe.

Mak Min menjengah keluar.

"Marjan, mari makan." Panggil Mak Min. Pak Mat menepuk bahu Marjan perlahan.

"hmm, pergilah makan."

"saya masuk dulu Pak Mat." Marjan meninggalkan Pak Mat di situ. Tiada sesiapa di meja makan. Laila mungkin sudah ke atas kerana yang tinggal di ruang tamu Cuma Dato' Safwan, Datin Ifa dan Dato' Mokhtar.

Marjan pandang tangga. Nak panggil ke tak?

"Marjan, pergi panggil Lu'lu' turun makan." Arah Mak Min yang sibuk menghidang makanan untuk mereka pula.

Marjan angguk. Memanjat tangga satu persatu. Dia kaku di depan anak tangga terakhir sebaik sampai di atas.

Mana satu bilik dia? Alamak, lupa la pulak nak Tanya. Bagus Marjan. Mana satu ni?

Inilah pertama kali dia naik ke tingkat atas ini. Dia berlegar-legar di situ. Ada 5 pintu bilik dan di tengahnya ruang tamu kecil. Satu set sofa dan set tv tersusun di ruang tamu itu. Marjan tersandar di sofa.

Nak ketuk pintu mana ni? kalau salah naya je.

Tiba-tiba, satu pintu bilik terbuka. Marjan pantas menoleh. Lu'lu'.

Melihatkan Marjan di situ, Lu'lu' menutup kembali pintunya pantas. Hajat mahu menonton televisyen terbantut. Marjan menghampiri pintu bilik itu.

Mengetuk perlahan.

"cik Lu'lu', jom makan."

Tiada jawapan. Marjan mencuba lagi.

"cik Lu'lu', dato panggil makan."

"kau pergilah makan! Kau sibuk dengan aku kenapa?" jeritan Lu'lu' kedengaran. Marjan senyum sendiri.

"cik Lu'lu', saya bukan kisah sangat dengan cik Lu'lu'. Mak Min yang suruh panggil cik Lu'lu' turun makan. Kalau ikutkan hati saya, baik saya makan sorang-sorang. Tak ada orang nak tengking dan jeling saya di meja makan." Selamba dia menjawab. Marjan menyandar di pintu bilik itu.

Tiada balasan.

"cik Lu'lu', kalau kerana saya cik Lu'lu' tak nak makan, sia-sia saja cik Lu'lu'. Kenapa cik Lu'lu' nak seksa perut sendiri, badan sendiri kerana saya yang Cuma seorang driver ni? tak guna cik Lu'lu'. Kalau saya jadi cik Lu'lu', saya takkan buat kerja bodoh ni." Marjan menanti lagi.

Tiba-tiba, pintu terbuka kasar dari dalam.

Marjan terdorong ke belakang dan jatuh di atas punggungnya kuat.

Dia mendongak, melihat senyum sinis Lu'lu'.

"padan muka mr driver yang banyak cakap!" Lu'lu' beredar meninggalkan Marjan yang mengaduh dalam senyum.
posted by Penulisan2u @ 6:56 PG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group