BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, September 23, 2009
Cerpen : Cinta Itu Ketulusan Hati
Nama Pena : Nuril Bahanudin

Syyy... minah tu datang... terdengar suara bisikan, suasana hingar bingar dalam kelas hilang seketika, semua mata menuju ke arahnya tetapi dia tetap buat endah tak endah..

Ah pedulilah... aku bukannya kacau diorang pun, Seri Ayu Arlissa membebel dalam hati.

"Apa ke hal le nerdy girl tu, skirt kuning baju merah pastu kasut merah kuning dah akan-akan macam badut kat McD jea.. agak-agaknya dia couple dengan badut tu kot" kedengaran suara-suara sumbang mengutuknya di susuli gelak tawa besar dari mereka.

Dia dah lali sebenarnya dengan kutukan begitu, biarlah nanti mereka sudah penat mereka diamlah tu. Cermin mata berbingkai besar dibetul letak duduknya setelah dirasa agak melonggar ke pangkal hidung. Old skool! heh tapi dia suka sebabnya biarlah dia sendiri yang tahu..hehehe..


***********


"Apa kenalah anak daddy ni sebenarnya? kadang-kadang daddy tak fahamlah dengan perangai Lissa ni tau" Tengku Lutfi meleteri anak gadis tunggalnya.

"Ala daddy, Lissa selesa begini, lagi pun Lissa cuma pakai gitu waktu kat kolej jea, sebab Lissa nak duga budak-budak tu, dorang kawan dengan Lissa sebab diri Lissa sendiri ke atau sebaliknya" panjang lebar dia menjawab.

Tengku Lutfi hanya menggelengkan kepalanya tak tahu nak cakap apa lagi dah.. Siapa tak pening tengok anak gadis yang selama ni pandai bergaya berubah laku jadi selekeh macam budak tak cukup akal pun ada juga.. Adeyyy anak aku ni la kan.. dia mengeluh dalam hati. Sungguh kadang-kadang dia tak faham langsung perangai anaknya yang satu ni, nakal dan suka sangat menduga, agaknya terikut perangai bondanya lah tu. Nasib baik satu jea anak aku yang perangai macam ni.


**********


Seri Ayu Arlissa, comel namanya tapi sayang orangnya tak secomel namanya. Syed Aris Adrian mengeluh. Pertama kali mendengar nama itu dia rasa dia dah jatuh cinta, tapi bila bersua dengan pemilik nama tu dia rasa macam dah putus cinta.. Aduuuyy kenapalah mesti kau nerdy girl, yang punya nama seindah itu. Dia mengeluh dan terus mengeluh lagi.



Bukkkk!! terasa tubuhnya dilanggar serentak dengan itu dia terloncat-loncat kesakitan bila terasa kakinya di hentak sesuatu.

Ouchh.... dia terloncat-loncat... sakit!! apa taknya buku setebal encyclopedia yang menghempap kakinya..

Kemarahan menggelegak naik ke otak.. dah la aku tengah kecewa ni.. siap kau..

"Oitt buta ke apa hah? jalan mata taruk mana weh?" melengking suaranya, marah yang terkumpul terlepas..

"Sorry, saya... saya....."

"Apa saya saya? kau gagap ke hah?"

"Err saya tak sengaja lar..." suara itu menjawab.

Syed Aris Adrian yang sedang tunduk mengurut kakinya mengangkat wajahnya perlahan bila terdengar suara lembut yang sedikit menggeletar macam budak nak menangis..

Terbuntang biji matanya.. Nerdy girl... macam tau-tau jea tengah fikir pasal kau.

Ditilik segenap wajah gadis di hadapannya, hurm.. cantik gak nerdy girl.. desis hatinya

Wajah Arlissa kemerah-merahan akibat ditenung sebegitu, pantas dia tunduk mengutip bukunya yang bertaburan dan pecutttt... larii...

Apahal lar mamat tu pandang aku gi tu? aku tak cukup mata ke? ke hidung aku takda? pantas dia meraba-raba wajahnya.. cukup semuanya Alhamdulillah.

Langkah kakinya di atur menuju ke kelas, boringnya kelas Law ni.. adeyss malas betul.. Pintu di tolak kuat, tapi......... sesuatu yang tak dijangka berlaku..

burss....!! habis mukanya dan seluruh tubuhnya kena simbah dengan tepung yang dicampur air dan diletakkan diatas pintu.. Arlissa tergamam…apakah ini..

mangkuk punya manusia…!! sumpah Arlissa dalam hati..



Entah siapa punya kerja.. Kelas menjadi gamat, dia ditertawakan... Rasa macam dirinya seorang badut sarkas yang sedang buat lawak tahap antarabangsa. Wajahnya memerah.

Lissa awak ok? tiba-tiba dia ditegur seseorang dari arah belakang, lembut suara itu, pantas dia menoleh. Arlissa hanya menggeleng.

"Mari". tangannya ditarik lembut,

"Biar saya tolong bersihkan awak" Nini Nahlia, rakan sekelasnya yang agak kampung sikit gayanya tapi orangnya baik hati...

"Kesian awak, awak banyak-banyak sabar ye wak, mereka tu memang gitu suka sangat buli orang" lembut suara gadis itu memberi nasihat, sambil jari-jemarinya ligat membersihkan rambut Arlissa yang dah bertukar putih akibat terpalit dek tepung-tepung itu tadi.

Ini pertama kali Arlissa berborak dengan gadis itu, biasanya hanya senyum jea yang menjadi bicara antara mereka jika berselisih.

"Thanks ya sebab tolong saya, sebab saya. awak terponteng kelas Law hari ni"

"takpa, saya pun memang tak berniat nak pergi kelas Law tu... boringlah.." Nini Nahlia menjawab sambil tersengih nakal.

"Ler.. sama la, saya pun tak suka kelas law pun" hehehe.... ada geng la aku lepas ni..

***********

Peristiwa siang tadi masih tergambar di ruang matanya. Adui kenapalah aku asyik teringatkan nerdy girl tu.. aku angau ke apa? hisy takkan lar mamat kacak macam aku ni ley terjatuh cinta dengan dak nerd tu.. arghh apa barang…! hatinya penuh ego menafikan

Tapikan kalau tengok dari dekat comey gak minah tu, ala zaman sekarang touch up sikit sure yang tak lawa jadi lawa.

Ah asyik teringatkan minah tu jea macam aku tak ada keja lain nak dibuat…pantas dia bangun capai kunci kereta yang terdapat di atas meja belajarnya dan berlalu.

Keluar lepak lagi best dari ingat dak nerd tu…

************

Arlisa tersenyum-senyum sendirian dalam kamarnya, peristiwa siang tadi mencuit hatinya, takpa hari ni hari korang, hari esok pon hari korang gak tapi tunggulah hari aku nanti korang akan tahu siapa aku… tapi ada hikmahnya peristiwa tu sebab dia dapat satu kawan baru.

Comel gak budak tu walaupun kampung girl, tapi takpa yang penting hati mau ikhlas ma...bisik hati kecilnya

Eh..eh jups siang tadi aku terlanggar satu mamat.. hurm ensem gak mamat tu tapi yang musykilnya apahal dia tenung muka aku lepas dia marah? pelik betul...

"Lissa…" terdengar namanya diseru, mematikan terus lamunannya.

Dia menoleh bila merasakan ada seseorang menghampirinya. Pantas bibirnya melebar senyum.

"Ada apa bonda?" lembut dia bertanya sambil matanya tak jemu-jemu merenung wajah wanita kesayangannya, lagipun dia pernah terbaca didalam sebuah buku agama, dia dah terlupa apa tajuk buku tu dan siapa penulisnya, menyatakan bahawa kalau kita merenung wajah bonda kita, kita akan dapat pahala, begitulah tingginya martabat seorang bonda, renung mukanya sahaja dah dapat pahala. Ah sempat lagi aku mengelamun…citt!

"Next week daddy dan bonda ingat nak buat majlis doa selamat dan makan-makan sikit, lagi pun next week kan hari ulang tahun perkahwinan daddy dan bonda yang ke 30, nanti Lissa ajaklah kawan-kawan Lissa datang ya?"

"Tengoklah bonda, Lissa mana ramai kawan kat kolej tu" Arlissa menjawab malas

"Lagi satu sebelum bonda lupa, Along dan angah Lissa pun balik next week, mereka dah janji nak raikan ulang tahun perkahwinan bonda dan daddy"

"Ha… sebelum bonda terlupa, bonda tak mau Lissa pakai pelik-pelik macam Lissa selalu buat waktu nak pergi kolej tu, memalukan bonda jea tau.."

"Yes bonda Lissa janji takkan pakai pelik-pelik," janjinya sambil tangannya diletakkan di dahi laksana sedang membuat tabik hormat.

"Ouch sakitlah bonda," terjerit dia bila pipinya di cubit

"Padan muka, bonda cakap betul-betul Lissa main-main lagi"

"oklah bonda nak masuk tido ni.. good night sayang" dahinya dikucup dan Arlissa membalas dengan mengucup tangan bondanya.

"Good night t0o bonda, assalamualaikum"

"waalaikumussalam wbt" lampu bilik dipadamkan


********************

Nini Nahlia berjalan perlahan-lahan melewati kawasan taman menuju ke dewan kuliahnya. Tiba –tiba dirinya ditegur dari arah belakang,

"Hai cik adik sorang je ke" terdengar suara garau menyapanya pantas dirinya menoleh, terkejut nyaris tercium wajah pemilik suara garau itu yang dirasakan terlalu hampir.

"Johan, apa awak nak ni?" siapa tak kenal Johan Johari, anak kepada Dato’ Jamil Johari. Pelajar nakal yang selalu membuat onar tapi tak dapat diambil apa-apa tindakan oleh lembaga disiplin sebab bapanya antara pemegang saham terbesar di kolej mereka.

"Budak kampung ni mesti barang baik ni bos" terdengar suara yang lain pula menyampuk.

"Saya hanya nak temankan cik adik jea, bahaya seorang gadis berjalan sorang-sorang, kena culik nanti siapa susah? Mereka dan keluarga mereka juga" serentak habis bicara lelaki itu, ketawa besar meletus antara mereka .

Wajah Nini Nahlia dah bertukar pucat. Ya ALLAH tolong lah hambamu. Dia cuba menjarakkan tubuhnya dari Johan tapi tangannya pantas disambar.

Dia meronta-ronta, tapi tetap tak dapat melepaskan diri. Dahla kawasan ni sunyi, kalau aku jerit pun entah ada yang dengar atau tak.. Aduii macam mana ni. Dalam keadaan genting begitu, kakinya entah macam mana lebih pantas dari akalnya memijak kaki Johan, Kebetulan hari ni dia memakai kasut tumit tinggi, sebab ada presentation nanti. Johan terhencut mengaduh kesakitan,

"Kurang ajar kau perempuan", serentak tangannya melayang mengenai pipi Nini Nahlia.

"Kau yang paksa aku berkasar, dasar perempuan kampung" Nini Nahlia terjelepok ke atas rumput, pandangan berpinar dan terasa sesuatu yang hangat mengalir di bibir dan hidungnya.

Johan pantas menolak tubuh Nini Nahlia, terlentang gadis itu, pantas ditindih tubuh gadis itu. Nini Nahlia tak berdaya melawan, hanya mampu memejamkan mata tak sanggup memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini.

"Johan apa yang kau buat ni hah, oh God kurang ajar kau..!" serentak tubuh Johan ditolak kasar. Syed Aris Adrian yang tak tahu dari mana munculnya merenung garang wajah Johan.

"Kau tak malu ke hah? Buat benda gitu pada seorang yang lemah, kau ni memang hampas punya jantan lar" Bengangnya sampai tahap maksimum. Johan merenung tajam wajah Adrian

"Wei mat gua tak kacau lu yang lu kecoh apa hal? Nak tunjuk hero la tu"

"Baik kau blah sebelum kaki aku naik kat muka kau…" belum sempat dia menghabiskan ayatnya Johan dah meluru ke arahnya. Apa lagi bergelutlah mereka, tapi Adrian bukan calang-calang orangnya, dia pemegang tali pinggang hitam dalam taekwondo.

Akhirnya Johan terlentang dengan hidung berdarah

"Ini untuk perempuan yang engkau belasah tadi" kata Adrian sambil berdiri.

"Awak tak apa-apa?" dia menghampiri Nini Nahlia pantas tangan dihulurkan untuk membantu gadis itu. Mari saya bawa awak ke klinik.

"Nini…" Ya ALLAH apa yang terjadi ni? Arlissa yang entah dari mana munculnya terkejut melihat wajah pucat Nini Nahlia. Pantas tangannya mengeluarkan tisu yang sentiasa ada didalam handbagnya, dilap perlahan pada hidung dan bibir Nini.

"Apa yang terjadi sebenarnya ni" matanya beralih kepada Adrian inginkan penjelasan.

"Panjang ceritanya…apa kata kita bawak kawan awak ke klinik dulu.."

*****************

Peristiwa itu bagaikan sesuatu hikmah bagi mereka, Hubungan mereka bertiga menjadi rapat seperti ada keserasian antara mereka . Tapi mereka tetap tak dapat lari dari kutukan-kutukan insan-insan yang tak pernah senang melihat orang lain gembira. Siapa tak pelik meihat seorang mamat kacak dikelilingi oleh 2 gadis yang sorang nerd gila skema, dan seorang lagi minah kampung yang 24 jam pakai baju kurung.

"Ad, Nini, ahad ni rumah Lissa ada makan-makan sikit jadi Lissa jemput korang datang ek" Arlissa tiba-tiba teringatkan pesan bondanya. Tika itu mereka bertiga sedang asyik membincangkan pasal projek kumpulan mereka.

"Boleh gak, kebetulan I free ahad tu, nanti bolehlah I kenal dengan keluarga bakal mertua" bersahaja jawapan Adrian, sengaja menyakat gadis itu kononnya tapi dalam hati memang itu niatnya, sebab dia dah jatuh cinta.

Nerdy girl I luv u… jerit hatinya

"Nanti Adrian jemput Nini yea?," pantas dia mengeluarkan bicara cuba menyembunyikan kekalutan hatinya. Memang dia pun ada perasaan pada lelaki itu.


*****************

Hari ini, hari yang paling sibuk buat Arlissa, tak menang tangan melayan tetamu keluarganya, Selepas bacaan doa selamat, mereka mengadakan jamuan menjemput kenalan keluarganya. Arlissa tercari-cari kelibat teman-temannya.

"Mana dorang ni takkan tak datang kot" dia mengomel sendirian. Malam ini dia hanya memakai kebaya potongan bentuk badan warna merah lembut, dan kepalanya pula dililit dengan selendang putih berbunga merah lembut. Nampak ringkas dan ayu. Takda lagi cermin mata berbingkai besar, semuanya dah bertukar pada kanta matanya. Tak sedar ada mata yang memerhatinya dari kejauhan.

Uikk tu nerdy girl ke? Lawanya dia.. Adrian hampir terkaku, matanya tak lepas-lepas memandang gadis itu.

"Adrian cepatlah, kita dah lewat ni, yang awak tercegat-cegat tu kenapa?" Nini Nahlia kehairanan pantas dia memandang arah yang ditenung oleh lelaki itu

Owh patutlah tak lepas pandang, ceh mamat ni.. Nini berlalu meninggalkan lelaki itu sendirian, berbanding aku dan Lissa, jauh panggang dari api rasanya, ucapnya dalam hati, sungguh semenjak peristiwa Adrian menjadi hero hari itu, ada sesuatu perasaan yang wujud untuk lelaki itu… ah lupakan aje semua tu, tengok dia bahagia dah cukup gembira buat aku, putusnya… langkah kakinya diatur menghampiri Arlissa, sebuah senyuman yang manis di ukirkan pada bibirnya, mencuba menceriakan wajahnya sendiri..

"Lissa…" Dia menoleh, kelihatan Nini Nahlia menghampirinya. "Aik Nini datang sorang jea ke? Mana Adrian"

"Assalamualaikum….Lissa"

Arlissa memusingkan badan kearah suara yang memberi salam, serentak pandangan mereka bertamu.

"Waalaikumussalam wbt" hanya itu yang mampu terlahir dari bibirnya.Lidahnya kaku apabila melihat Adrian berdiri tegak di hadapannya, segak berbaju melayu merah lembut ...

Uii kacaknya dia, macam berjanji jea… sempat lagi hatinya berkata-kata. Hanya pandangan mata yang menjadi penghubung bicara mereka seketika.

"Ehem…. Ehemm…" terdengar deheman dari Nini Nahlia.

"Cis kacau daun lah Nini ni, baru nak feeling"

"Korang kalau nak main tenung-tenung, jeling-jeling, feeling-feeling, ape-ape ke, tu nanti-nantilah dulu..perut Nini dah bergendang ni" Nini Nahlia menayangkan muka selamba sambil menepuk perutnya, sedikit pun tak ada rasa bersalah "mengacau daun" teman-temannya ekekeke….

"Opss lupa, jmputlah makan dulu Nini, Adrian"

*************

Nini Nahlia khusyuk berdiri di beranda rumahnya sambil memeluk tubuh, memerhati tingkah suaminya yang asyik melayan kerenah Puteri Mawar Syuhada yang galak bermain.. sesekali dia tergelak kecil melihat suaminya yang agak mengah melayan kenakalan si kecil itu..

Dia bahagia kini, berada di samping insan-insan yang sangat disayanginya... dia bersyukur dengan kehidupan yang di kurniakan padanya kini..

Beberapa tahun dahulu ada 2 gadis remaja bersama seorang pemuda, bersatu janji, yang apa pun terjadi, berpisah mereka tidak sekali.. ikatan itu suci buat Nini, Adrian dan Arlissa.. Beberapa tahun dahulu ke tiga-tiga remaja itu masih tercari-cari manakah hala tuju hidup mereka dan hari ini mereka semua telah menemuinya walaupun terselit takdir yang perit, mereka tetap redha dan tabah...

Jam di pergelangan di dikerling, di lihat jarumnya menunjukkan 5.30 petang... ah masa untuk mandikan "dia".. kakinya di atur masuk... ada tugas yang menantinya...

**************

Lissa ketawa riang, seronok sekali, dua insan kesayangannya membuat kejutan pada hari lahirnya yang ke 21, inilah sambutan yang paling seronok yang dirasakan sepanjang hayatnya..

"Thanks Adrian, thanks Nini... tak sangka you all susah payah sambut birthday Lissa.. " ucapnya gembira, dengan senyum riang masih tak lekang dari bibirnya...

"Takda apa-apalah Lissa, kita kan kawan, apa terjadi pun tetap kawan sampai akhir hayat...ingat ni ok..." Ujar Nini sambil memeluk tubuh Lissa...

Memang.. semenjak bermacam-macam peristiwa yang dilalui mereka... hubungan persahabatan mereka menjadi erat, orang-orang di sekeliling juga telah sedia maklum tentang persahabatan mereka bertiga, kini tiada lagi yang memandang pelik kepada mereka...

"Lissa... ni untuk you.." ujar Adrian yang sedari tadi memerhati tingkah dua temannya itu, dia menghulurkan sesuatu, yang berbalut cantik..

Lambat-lambat Arlissa mengambilnya...

"Bukalah..." arah lelaki itu...

Arlissa membuka lambat-lambat bungkusan itu... terdapat seutas rantai emas putih berloketkan bentuk hati... cantik... hanya itu yang mampu diungkapkan olehnya hatinya... eh ade sekeping cd terselit sekali di situ...dia memandang kearah Adrian, tertanya-tanya apakah isi cd tersebut...

"Cepatlah pasang... boleh kita tengok sama-sama.." tiba-tiba Nini yang dari tadi memerhati bersuara, tidak sabar ingin melihat kandungan cd tersebut..

Arlissa memandang Adrian dan lelaki itu hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Nini..


Nini Nahlia tersentak tatkala terdengar tangisan Mawar Syuhada, ah terpecah segala lamunannya, habis bertebangan...

"Kenapa tu bang?" dia bertanya pada suaminya..

"Entahlah sayang, mungkin Mawar mahukan ibunya kot..." jawab suaminya sambil menghulurkan anak kecil itu kepadanya.

"Anak mama kenapa ni...." pujuknya pada anak kecil itu... dia menepuk-nepuk perlahan belakang anak kecil itu, sehinggalah anak itu terlentok lena pada bahunya...

Suaminya itu hanya memerhati tindakannya... sebelum berlalu ke tingkat atas...
"Abang nak jengah "dia" kejap..." ujar suaminya.

***********

3 tahun menyulam cinta, mengenali hati budi masing-masing, akhirnya hubungan mereka disambungkan dengan ikatan yang sah, ikatan pernikahan...

Seri Ayu Arlissa tampak begitu sepadan berdiri di sisi Syed Aris Adrian, sama padan sama lawa, ibarat pinang dibelah dua... Nini Nahlia sebagai pengapit tidak kurang cantiknya pada hari itu..

Inilah hari yang ditunggu-tunggu...

"Tahniah Lissa, Adrian, moga kekal ke akhir hayat..." itulah ucapan tahniah yang tak putus-putus diterima daripada tetamu-tetamunya...

Mereka hanya mampu memberi senyuman sebagai jawapan, keletihan melayan tetamu yang ramai...

"Nini, walaupun status aku dan Adrian dah berbeza, aku harap persahabatan kita tetap kekal macam dulu, walau apa pun terjadi..." pohon Arlissa pada sahabat baiknya itu.

"Yup Lissa, aku akan sentiasa seperti dulu dan insyaALLAH aku akan terus jaga persahabatan kita ni... agar tak pincang dan lari rentaknya..." balas Nini Nahlia, memang azam dia begitu... menjaga, dan menyemai persahabatan mereka bertiga..

Lama……… ditatap temannya yang masih lena dalam peraduannya, entahkan bila akan sedar dia sendiri pun tak pasti, tapi yang pasti janjinya masih dipegang utuh seperti apa yang diucap beberapa tahun yang lalu…….

*************

Wajah lelaki itu kelihatan tenang, memerhati si isteri yang masih lagi lena dalam peraduannya.. 2 tahun berlalu, tapi belum ada tanda-tanda isterinya mahu bangun dari lena yang panjang. Dia ingat lagi tarikh keramat itu, kira-kira setahun selepas perkahwinan mereka.. Pagi itu, dia memang tak sempat menghantar isterinya seperti kebiasaannya semenjak 2 minggu lalu kerana kebetulan dia ada mesyuarat penting di pejabatnya, manakala kereta yang biasa digunakan oleh isterinya telah rosak, maka mereka berkongsi kereta dan isterinya kena menghantar dia ke pejabat dulu…

"Kenapa pandang abang macam tu?" dia menyoal, perasan sedari tadi isterinya asyik memandang wajahnya, merenung wajahnya..

Isterinya hanya menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum manis, semenjak berbadan dua, memang isterinya terlalu sensitive, perkara kecil pun kadang-kadang rajuknya memakan hari. Hai apa nak buat, sayang isteri, layan jelah…

"Abang nampak hensem hari ni…ekekeke.." usik isterinya.

"Uikk… selama ni abang tak hensem ke?" dia bertanya, hairan dengan perangai isterinya untuk hari ini, pembawakan budak ke? Isk….isk…isk… tukas hatinya..

"Tak…" selamba isterinya menjawab.

"Uik…" tercengang dia mendengar jawapan isterinya itu, seketika terdengar gelak manja isterinya…

"Owh… nakal, saja nak kenakan abang…" dia bengang, hidung mancung isterinya di tarik, terus bertukar merah warnanya..

"Janganlah…" isterinya menepis tangannya… Nampak manja dan ceria tak seperti hari-hari yang lalu semenjak berbadan dua, pantang di usik sikit mulalah sensitif, dan rajuknya bertandang……

Ah… keluhan nafas berat dilepaskan, andainya ku tahu hari tu punca segala, rela aku hilang duit berjuta, asalkan diri kau tak derita sayangku.. Dia tunduk perlahan, mengusap lembut wajah kesayangannya itu, jari-jemari kaku itu digenggam perlahan, di bawa ke mulut dan dikucup lembut.

"Bangunlah sayangku… anak kita pun dah besar dan rindu belaian ibunya…" dia tunduk, sebak, mengenangkan derita isterinya, lama dia begitu, sehinggalah dia terasa ada tangan mengusap lembut belakangnya, dia menoleh.. berdiri seorang wanita sambil mendukung puterinya, di bibir wanita itu terukir sebuah senyum… luntur segala gundah melihat senyuman wanita itu, pantas dia memeluk tubuh wanita itu bersama anak itu sekali, merekalah sumber kekuatannya kini…

***************

Dia memegang perutnya yang sedang sarat itu, sesekali dia terasa tendangan si kecil dari dalam perutnya.. Aduyy sayang, jangalah nakal sangat, tak kesian ke pada ibu..? dia berbisik perlahan sambil tangannya mengusap-ngusap perutnya yang terasa sedikit senak…

Dia gembira, tanda kasih pada suaminya kini membesar dengan sihat dalam rahimnya malah menanti detik untuk lahir kini… syukur tuhan atas kurniaanMu..

Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi minta di jawab… aduyyy mana pulak handfree ni… dia kalut, tangannya menggagau-gagau dalam handbagnya, dalam masa yang sama matanya tidak memberi fokus pada pemanduannya.. dan seorang anak kecil yang entah dari mana munculnya tiba-tiba melintas, dia kalut, dalam cubaan untuk mengelak, keretanya menghentam pembahagi jalan, dan menyebabkan kepalanya terhantuk kuat pada stereng kereta… selepas itu pandangannya terus gelap, dunianya terasa terhenti terus………

Nini Nahlia menangis teresak-esak, dari tadi semenjak dia menerima panggilan telefon dari seseorang mood dia terus berubah , dari ceria menjadi sedih… patutlah semalam kau beria-ria pesan kat aku, patutlah semalam kau terlalu lain, patutlah semalam kau terlalu mesra……

Segalanya berubah dalam sekelip mata, dalam tak dijangka segala bahagia, gembira seolah di ragut pergi bersama sebuah kabar bernada duka…

"Ya ALLAH selamatkan dia, selamatkan dia…. Aku tak mahu kehilangan dia…" doanya dalam hati… air mata yang sedari tadi bergenang akhirnya tumpah mengalir di pipinya…

Masih terngiang-ngiang suara sahabatnya itu semalam…

"Hullo Nini………." Nada ceria sekali suara Arlissa di talian, membuatkan hatinya turut berbunga riang…

"Lissa, yup, awat ceria sangat? Baby sihat?" dia menyoal..

"Sihat jea Alhamdulillah, ceria sebab dapat bercakap dengan kau…ehehehe, baby makin nakal ler….asyik nak menendang jea, agaknya terkenan dengan WWE yang ayahnya dok layan tu kot…." Sempat lagi berlawak dalam jawapannya…

"Wow, syukur dengar kau sihat, sorrylah aku busy sikit akhir-akhir ni, tak dapat nak call kau kerap sangat macam selalu…errr aku ada kerja ni,anway nanti aku free aku singgah rumah kau ek..?" terburu-buru Nini melayan temannya itu, memang kerja pejabatnya menimbun sedikit…

"Ok Nini see ya, eh lupa nak pesan sikit ni, kalau apa-apa jadi pada aku, aku mintak tolong kau sangat-sangat, tolong tengok-tengokkan Adrian and baby aku ni…."

Lain macam sekali nada suara Arlissa di pendengarannya membuatkan dia terkelu… kenapa pulak si Lissa ni, isy tak sedap hati aku ni, desis hatinya…

"Uikk kau kenapa ni Lissa,tetiba mengarut, takkan ada apa-apa jadi kat kau k,… jangan risau aku sentiasa ada kat sisi kau walau apa pun yang berlaku…"

"yelah, kan aku cakap, "kalau"…."

"Takda "kalau-kalau"…" tegasnya…

"Oklah… buatlah kerja kau tu, aku tak nak ganggu…bye assalamualaikum…" putus Arlissa…

Nini Nahlia hanya mengeleng-geleng kepala, dia meraup wajahnya sambil melepaskan nafas berat… agaknya kau dah jangka benda ni akan terjadi Lissa? Ya ALLAH tolong selamatkan dia…

Memang semenjak kemalangan itu, dia yang menjaga anak temannya itu, anak yang dilahirkan secara pembedahan demi nyawa ibunya dan nyawa anak itu sendiri, dan demi amanah itu, dia rela korbankan segalanya, dialah juga yang memberi semangat pada Syed Aris Adrian… dan akhirnya kini 2 tahun berlalu, Lissa masih tetap kaku, kerana kecederaan di kepala akibat hentakan yang kuat…

*************

Seri Ayu Arlissa… tenang di situ, menghirup udara segar, tempat ini aman, tanpa kesedihan dan sengketa, tempat ini aman tanpa lara dan duka, Cuma……. Tempat ini tiada insan-insan kesayangan aku… dia mengeluh, melepaskan nafasnya sedikit kuat… arhhgg… aku nak balik… agaknya dah berapa lama aku di sini yea?? Dia menyoal pada dirinya sendiri… entah kenapa kerinduan pada insan-insan yang disayangi makin meluap-luap terutama pada hari ini.

"Seri… kamu mahu pulang" tiba-tiba dirinya di soal oleh salah seorang wanita yang selama ini menjaganya sepanjang dia di situ…

"Ye… saya rindukan mereka.." jawabnya perlahan.

"Baguslah… kalau kamu mahu pulang, lagi pun dah lama kamu di sini.. tempat kamu juga bukan di sini" jawab wanita itu.

Dia mengangguk perlahan… selepas itu, dia rasa mengantuk tiba-tiba, dan perlahan-lahan dia terlena…………….

***************

"Abang tolong jaga Mawar sekejap, saya ada kerja sedikit ni…" pinta Nini pada Adrian, memang dia agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja di dapur dan si kecil itu pun sama turut ingin menyibukkan diri juga…

"Uihh anak ayah ni kacau mama pulak ye…babab karang…" Adrian mengambil Mawar dari tangan Nini Nahlia…

Beberapa bulan lalu, setelah dipersetujui oleh kedua belah pihak, mereka berdua disatukan, memang ini jalan yang terbaik, sementelah Nini terlalu kerap berkunjung menjengan Arlissa dan membantu dia menjaga Mawar, memang mereka tak melakukan apa-apa yang tak elok, tapi pandangan orang lain mungkin berbeza..

"Meh kita jengah ibu…" dia mendukung si kecil ke bilik peraduan ibunya… Memang kebiasaannya begitu, bila ada masa terluang sering dia membawa anaknya itu kebilik Arlissa, mengajar anaknya berbual dengan ibunya.

"Sayang… anak kita dah besar, dah nakal, dah pandai kacau mamanya juga…" dia membisik perlahan, jemari kaku Arlissa di genggamnya perlahan.. diletaknya si kecil itu di birai katil, dibiarkan anak itu bermain-main di situ, dia mahu anak itu kenal siapa ibunya walaupun si kecil itu belum tau apa-apa…

Sayang, bilalah sayang nak bangun ni, sayang tak kesian ke pada abang? Dah lama tunggu sayang bangun, sayang seronok yea usik abang macam ni? Biar abang ternanti-nanti sayang… sampai hati sayang… ada rajuk dalam nadanya kini, memang dia rasa sayu, sebak, sedih segalanya ada…

Jari-jemari yang berada dalam genggamannya terasa bergerak-gerak perlahan membuatkan dia sedikit tersentak… Adrian terkaku, melihat kelopak mata Arlissa bergerak-gerak seolah mahu terbuka.. Ya ALLAh mimpikah aku?? Dia memejamkan mata beberapa kali, seolah tak percaya apa yang terhidang di depan matanya kini. Ya ini benar!! Arlissa dah terjaga, Arlissa dah membuka matanya..

"Ya ALLAH, sayang.." pantas dikucup lembut bebarapa kali jemari Arlissa yang sememangnya sedia ada dalam genggaman tangannya..

************

Nini menolak perlahan-lahan kerusi roda yang diduduki Arlissa menggelilingi Tasik Titiwangsa itu, sudah 2 minggu dia sedar, cuma kakinya belum kuat untuk berjalan, mungkin akibat terlalu lama terlantar sehingga dia perlu belajar berjalan kembali..

Syukur yang teramat, itu yang mampu Nini dan Adrian ungkapkan, sebab Arlissa menerima dengan terbuka pernikahan mereka berdua, dan apa yang paling seronok walaupun dia tak pernah menjaga dan membelai anaknya, Mawar, tapi sikecil itu tetap selamba mahu bemesra dengannya, tidak sedikit pun kekok.

"Lissa thanks sebab sudi terima Nini dalam hidup Lissa dan Adrian.." ucap Nini.

"Lissa yang sepatutnya ucapkan terima kasih kat Nini, yelah sepanjang Lissa koma, Nini yang banyak korbankan masa untuk jaga Lissa, Mawar dan bagi semangat kat abang, kalaulah Nini takda, Lissa tak tau apa yang akan jadi terutama pada abang.. Terima kasih Nini, Ninilah teman Lissa dunia akhirat, lepas ni kalau Lissa dah sihat, Nini bolehlah rehat dan lahirkan baby untuk abang pula…" Berselit gurauan bicaranya kali ini, sempat juga dia mengenyit mata pada suaminya yang sedang mendukung Mawar.

"Lissa ni ke situ pulak dia, ada je nak usik Nini, hisy perangai tak berubah-ubah.." Nini Nahlia pura-pura memasamkan muka..

"Eh eh… marah pulak kita cakap, betulkan apa yang Lissa cakap tu kan bang?

"Yup betul tu sayang, eh Nini nak anak berapa orang yea??" Adrian pun turut sekali mengusik Nini yang semakin memerah wajahnya.

Semoga segala kebahagian sentiasa mengiringi langkah mereka, itulah doa mereka bertiga di dalam hati kini..
posted by Penulisan2u @ 3:21 PG   34 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Bunga
Nama Pena : Ridhwan Zainudin

DI HUJUNG kota ada sebuah rumah yang diperbuat dari batu yang berkonsepkan rumah Inggeris lama milik seorang wanita tua. Wanita tua yang sudah hampir dua puluh tahun hidup seorang diri. Keseorangan di rumah sederhana besar itu. Suaminya sudah lama meninggal dunia. Satu-satu anaknya pula telah pergi berhijrah ke bandar besar dan tidak pernah pulang menjenguknya di sini setelah sekian lama.
Di dalam sebuah kebun yang panjangnya enam kaki persegi dan lebarnya juga enam kaki persegi letaknya di sudut kanan halaman rumah wanita tua itu ditanam pelbagai jenis bunga. Ada mawar aneka warna, ada anggerik berbagai-bagai corak, ada seri pagi rona ungu dan ada dahlia yang kuning kelopaknya. Indah dan mengasyikan. Pokok-pokok bunga mawar ditanam di penjuru timur, cantik tersusun. Pokok-pokok anggerik pula ditanam di ufuk barat, disokong dengan kayu-kayan agar tampak lebih berseri. Di sekeliling pagar, ada pokok-pokok seri pagi yang menjalar sementara di bawahnya deretan pokok-pokok dahlia yang kuning tumbuh subur.
Setiap pagi wanita tua yang hidup seorang diri itu akan menyiram pokok-pokok bunganya sambil bernyanyi kecil. Hatinya gembira melihat bunga-bunga yang menguntum dengan warna-warna yang mempersona. Kala petang tiba, sekali lagi dia akan menyiram pokok-pokok di kebunnya itu. Sebulan dua kali, dia akan menabur baja supaya pokok-pokok bunganya terus menghasilkan bunga-bunga yang rekah mewangi. Itulah rutin yang dilakukan wanita tua itu setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun.
Sehinggalah suatu pagi, wanita tua itu tidak lagi bangun menyiram pokok-pokok bunganya. Bunga-bunga yang mekar di kebun itu mula diterpa gusar. Ke manakah wanita tua itu pergi? Ada sesuatu yang buruk telah berlaku pada wanita tua itu, kah?
"Cik Mawar, Cik Mawar, kamu rasa tuan kita itu jatuh sakitkah?" tanya Seri Pagi pada Mawar yang sedang menguntum mekar.
"Entahlah Cik Seri Pagi, saya tidak tahu,"
"Semalam saya ada dengar tuan kita itu batuk-batuk. Dengarnya agak teruk," sampuk Anggerik yang tumbuh berdekatan dengan bilik wanita tua itu.
"Oh, teruklah kalau begini. Jika tuan kita sakit, siapa lagi yang hendak menjaga kita?" soal Mawar berbaur risau.
"Iya, betul cakap Cik Mawar. Apa yang perlu kita buat Cik Anggerik?" tanya Seri Pagi pula.
"Kita tidak mampu buat apa-apa. Kita tidak boleh bergerak," jawab Anggerik.
"Jangan risau kawan-kawan. Walau kita tidak boleh bergerak, sekurang-kurangnya kita masih boleh berdoa. Mintalah pada Tuhan agar tuan kita itu panjang umur agar boleh terus menjaga dan menemani kita," ujar Dahlia yang sejak tadi mendiamkan diri.
Pokok-pokok bunga itu mula berdoa. Seketika kemudian, pintu rumah dibuka. Seorang wanita tua dengan rambut putih penuh uban, menyarung baju labuh rona putih susu kelihatan di muka pintu. Wanita tua itu seperti biasa dengan tongkat di tangan kanan, terbongkok-bongkok berjalan keluar. Dia melangkah ke arah pili air yang dipasang getah panjang.
"Maafkan aku kerana lambat memberi kamu minum bunga-bungaku. Aku kurang sihat," ujar wanita tua itu lalu memulas pili air dan mula menyiram pokok-pokok bunganya.
Selesai menyiram, dia duduk di atas permaidani rumput yang menghijau. Dia memerhati sekeliling. Hatinya gembira. Bunga-bunga yang ditanam hidup dengan baik. Tiba-tiba dia mengeluh. Terlalu berat kedengaran.
"Aku sudah semakin tua. Kesihatanku kebelakangan ini tidak begitu baik. Sering sahaja lelahku datang tidak kira masa. Kakiku ini juga serasa tidak larat lagi untuk melangkah," ujar wanita tua itu lagi pada bunga-bunga di sekelilingnya.
Mawar, Anggerik, Seri Pagi dan Dahlia yang mendengar berasa sayu. Mereka bersimpati pada wanita tua itu. Setiap dari mereka keberatan untuk berpisah dengan tuan yang telah menjaga mereka dengan baik dan memberi kasih sayang yang melimpah-ruah.
"Umurku mungkin sudah tidak panjang lagi. Bila-bila masa sahaja aku boleh dijemput oleh Tuhan, pergi meninggalkan kamu semua," ujar wanita tua itu lagi.
Mawar dan Seri Pagi sudah menangis teresak-esak. Dahlia pula hampir rebah ke tanah sementara Anggerik diam tanpa apa-apa reaksi. Mungkin di luar Anggerik tampak tabah namun di dalam hati, pasti sedang hebat bergelora dengan hiba dan duka.
"Aku risau. Kelak, bila aku tiada, bagaimana dengan kamu semua? Siapa yang hendak menjaga dan membelai kamu? Siapa yang hendak menyiram kamu pagi dan petang? Aku tidak tahu," luah wanita tua itu.
Bayu yang bertiup sepoi-sepoi membuatkan anak rambut wanita tua yang beruban itu menari-nari. Sedikit-sebanyak ia menghantar damai dalam hati. Bunga-bunga itu turut resah seperti mana yang tuan mereka alami. Apakah nasib mereka di kemudian hari andai tuan mereka itu sudah tiada lagi dari muka bumi ini?
Bunyi enjin kereta rona hitam berhenti di halaman rumah menampar pendengaran wanita tua itu membuatkan dia tersentak. Lehernya dipanjangkan bagi melihat gerangan pemandu kereta mewah tersebut. Seorang gadis yang memakai pakaian korporat kelihatan begitu elegan, keluar dari perut kereta.
Gadis yang memakai cermin mata hitam itu mengulum senyum. Perlahan-lahan melangkah ke arah wanita tua yang sedang duduk bersimpuh di atas rumput itu.
"Apa khabar ibu? Ini Maria, anak ibu," ucap gadis itu lalu duduk di sebelah ibunya.
"Maria? Benar ini kamu Maria?" soal wanita tua itu seakan tidak percaya.
"Ya, ini saya, anak ibu. Saya ke mari untuk menemani ibu. Saya tidak akan tinggalkan ibu lagi," ujar gadis itu.
Wanita tua itu terus menerpa anak gadis yang telah sekian lama menghilang. Dia mendakap anaknya itu erat, seakan tidak mahu lepas. Mawar, Seri Pagi, Dahlia dan Anggerik yang melihat turut mengulum senyum. Nampaknya, mereka tidak perlu risau lagi. Mereka sudah dapat tuan baru yang akan turut sama menjaga mereka nanti. Debunga mula bertebaran seiring dengan tiupan angin, membawa bersama haruman yang cukup mempersona!
posted by Penulisan2u @ 3:19 PG   7 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Hanya Kamu
Nama Pena : sofi

Najwa memimpin tangan ibunya, berjalan beriringan menuju ke kereta. Dia merasa puas setelah keluar dari klinik Dr Linda tadi. Kata doktor, mak Nab hanya demam. Tidak ada tanda-tanda penyakit menular yang lain.

"Kita singgah makan dulu, mak. Lepas tu Ina hantar mak balik, k!" katanya sambil membukakan pintu kereta.

"Ina nak gi mana pulak lepas hantar mak nanti? Isy, anak dara ni tak lekat di rumah langsung!" Mak Nab kurang berpuas hati.

Najwa ketawa. "Nak gi relaks kat shopping complex. Nak cari buaya friend. Kan mak asyik tanya Ina bila nak kahwin?"

Untuk gurauannya itu, suatu cubitan hinggap di paha. "Asyik nak main-main!"

Ketika sedang memandu, telefon bimbit Najwa berbunyi. Tangan kiri sibuk meneroka ke dalam beg tangan, mencari alat itu. Keadaan itu menyebabkan Najwa kehilangan kawalan sebentar. Mak Nab mengucap panjang sambil menarik beg dan cuba menyelongkar isinya.

"Bawak kereta ni elok-elok. Biar mak carikan........"

Belum habis ayat, terasa kereta terdorong dengan kuat ke hadapan. Najwa pantas menekan brek. Nasib baik tidak berlaku kejadian yang buruk. Kereta berjaya diberhentikan.

Melalui cermin pandang belakang, Najwa dapat melihat sebuah kereta pacuan empat roda ikut berhenti di belakangnya. Hati serta merta jadi panas. Dia turun. Melihat bahagian belakang kereta kancil yang kemik teruk, semakin sakit hatinya. Tanpa berfikir panjang, lelaki yang baru turun dari kereta Rexton itu disergahnya.

"Wei, awak ni buta ke? Mentang-mentang bawak kereta besar, awak tak nampak kereta saya kat depan. Tengok ni! Habis kemik! Awak ingat awak tu sape? Samseng jalan raya?"

"Oi, sedapnya mengata orang! Cik adik, kalau saya buta, saya tak boleh memandu! Orang paling bodoh dalam dunia pun tau tu!" Lelaki itu membidas.

Amboi mamat ni, sesedap rasa dia gelarkan aku manusia paling bodoh dalam dunia? Memang nak kena dia ni! "Ah..kalau tak buta, maknanya lesen awak ni tentu lesen kedai kopi, kan?" Perlinya.

"Cik adik, saya punya lesen, ok aje. Lesen awak tu yang mungkin dari kedai mamak mana entah. Sape yang bawak kereta macam ular kena pukul? Bukan awak ke?" Lelaki itu sudah mengetap bibir. Geram!

"Salahkan orang, konon! Kalaupun saya bawak macam tu, yang awak ikut kereta ni rapat-rapat, nape? Ini, mesti tak tau undang-undang ni! Saya..."

"Najwa!" Mak Nab sudah berdiri di antara mereka. Dia tahu, kalau dibiarkan pasti perbalahan tu akan berterusan. Dia faham benar dengan sikap anak gadisnya yang seorang ini. Sentiasa hendak menang walaupun dia tahu dia silap. Wajah tampan yang masam mencuka ditatap sambil berkata, "Maafkan anak makcik ni, ya. Dia ni kalau marah bukan tahu nak mengawal. Ikut sedap mulut dia aje!"

Tegang di wajah tampan itu mengendur sedikit. Wajah wanita separuh abad itu ditatap. Buat pertama kali, bibir mengukir senyum. "Sebenarnya, saya turun ni nak mintak maaf. Memang salah saya melanggar kereta ni. Tapi bila kena amuk, tak tahan saya. Terpaksalah mempertahankan diri." Ujarnya.

Najwa menjegilkan mata. Menyampah benar melihat sikap ‘gentleman’ itu. Tadi berasap-asap marahkan dia, tapi di hadapan emak, boleh pulak mengaku salah. Tak tahan berlama-lama di situ, dia terus mengajak emaknya balik.

"Eh, nanti dulu! Awak, biar saya panggil mekanik saya, k! Lepas tu, saya hantar awak ngan makcik balik. Kos biar saya tanggung. Memang salah saya tadi." Tulus, lelaki itu menghulurkan bantuan.

Najwa berhenti melangkah. Tanpa mempedulikan deheman ibunya, dia merapati diri lelaki itu. Getaran suara penuh kemarahan tetapi perlahan masih dapat didengari oleh lelaki itu.

"Awak ingat, saya kisah sangat ke dengan duit awak tu? Hello! Saya pun ada duit dan boleh repair kancil saya ni, tau. Saya tak perlukan bantuan awak!"

....................

"Macam mana? Cantik tak baju ni? Dia yang pilih untuk aku, kau tau!"

Najwa tersenyum melihat gelagat Miza, kawan baiknya yang sedang beria-ia menggayakan baju untuk dipakai masa dinner nanti. Wajah ceria ditatapi. Jelas, Miza bahagia. Maklumlah, dia sedang dilamun cinta.

"Hai, tak lama lagi kahwinlah kawan aku ni!" Usiknya.

Miza tersengih-sengih. "Aku harap pun macam tu. Mak dan ayah aku dengan mak bapak dia memang dah tak sabar nak tengok kami bersanding. Cuma, dia aje! Bila aku nak bincang bab kahwin, mesti mengelak. Dia kata, dia tak ready lagi."

Najwa mengerutkan dahi. Tidak faham mengapa lelaki itu tidak bersedia sedangkan dia dengan Miza sudah lama berkenalan. Sudah lama bercinta.

"Tak sedia? Apanya? Duit banyak! Harta melimpah! Kenapa dia tak sedia lagi?" Soalnya tak puas hati.

Miza duduk di sebelah Najwa. "Entah. Aku pun tak tahu. Tapi, it’s ok. As long as kami jadi kahwin, aku sanggup tunggu dia sampai bila-bila! Kau pun tau kan, betapa aku cintakan Fikri?"

Najwa menjungkitkan bahu. Dalam hati bagaimanapun, dia mengkagumi Miza. Kasih sayangnya kepada Ahmad Fikri bin Azhan terlalu teguh. Tidak pernah tergugat walaupun lelaki itu sering bermain tarik tali dengannya. Walaupun lelaki itu bukan seorang yang setia. Sesekali, Miza menangis bercerita tentang Fikri menduakannya. Tentang Fikri dengan gadis lain. Yang dihairankannya, Miza pasti memaafkan setiap kali lelaki itu kembali ke pangkuannya. Sedalam manakah cinta?

Najwa tidak mengenali kekasih kawan baiknya ini. Setiap kali Miza menunjukkan gambar lelaki itu, dia hanya melihat sekali imbas. Mereka tidak pernah bersua. Sebenarnya, dia teringin juga menemui lelaki yang membuat sahabat baiknya gila bayangan. Tampan sangatkah? Hebat benarkah?

"Hari Ahad nanti, aku nak gi umah kak Nor. Kau nak ikut?" soalnya tiba-tiba. Kak Nor ialah kakak angkatnya.

"Rumah kakak cleaner tu?" Miza mencebikkan bibir.

Najwa mengeluh. Inilah sikap Miza yang dia tidak suka. Memandang rendah sesama manusia. "Dia kan kakak angkat aku? Ada majlis doa selamat sikit. Anak dia yang dapat 5A dalam UPSR ari tu dah dapat masuk ke MRSM Beseri."

"Malaslah. Kau aje le pergi."

................................

Pagi minggu. Suasana di sebuah rumah kayu, di Kampung Pandan agak sibuk. Kanak-kanak berlari-lari keluar masuk. Najwa tidak mempedulikan kesibukan itu. Dia sedang menikmati laksa Abang Man. Laksa abang Man memang terkenal enak. Hasil jualan laksa di gerainya terutama di bulan puasa memang lumayan.

"Assalamualaikum."

Satu suara memberi salam. Najwa merenung ke muka pintu. Seorang lelaki sedang berdiri dengan kedua-dua belah tangannya sarat membawa barang.

"Ina, kenapa tak dipelawa Fikri ni masuk?" Kak Nor yang baru muncul dari dapur menegur sikapnya. Mak Nab yang juga baru muncul mengamati seraut wajah itu. \"Eh, Ina! Dia ni kan?"

Najwa segera mengamati wajah lelaki itu. Sah! Memang dia. Memang itulah lelaki yang melanggar keretanya hari itu. Tapi, apa yang dibuatnya di rumah kak Nor ni?

"Mak Nab, kenalkan ini pun adik angkat Nor jugak. Fikri. Fik, ini mak Nab dengan anak dia, Najwa."

Melihat lelaki itu menyalami tangan ibunya, Najwa menjuihkan bibir. Amboi santunnya!

Fikri tersengih memerhati wajah yang sudah merona merah di hadapannya. Marahlah tu, detik di hati. Sengihan semakin lebar bila Najwa menjeling pula. Aduh, boleh jatuh cinta kalau dijeling begini selalu.

Takdir memang tidak dapat diduga. Fikirnya, mereka tidak akan berjumpa lagi. Hanya itulah sekali. Di tepi jalan Mahameru itu! Tapi lihatlah! Rupa-rupanya mereka berdua adalah adik angkat kak Nor. Pertemuan ini amat manis buat Fikri.

"Tak sangka jumpa awak kat sini." Bisiknya semasa mereka bermain kerusi beracun.

Tinggal mereka berdua sahaja. Untuk menentukan siapa pemenangnya. Najwa tidak sempat menjawab. Lagu sudah dimainkan semula. Dalam kepala, tiada perkara lain yang difikir. Dia ingin menang. Dan, bila lagu berhenti dia terus duduk. Bukan di atas kerusi, tapi di atas ribaan Fikri. Menyedari dia sudah kalah, dia bangun sambil menghentak kakinya bagai seorang anak kecil. Ketawa semua yang melihat.

.......................

Kini sudah hampir tiga bulan hubungan terjalin. Mulanya sebagai kawan, kini Fikri mahukan Najwa lebih komited dengannya. Bagi dirinya, dia tahu bahawa dia sudah jatuh cinta buat pertama kali dalam hidup. Hanya Najwa yang berjaya membuat tidurnya tak lena, mandinya tak basah dan makan pun tak kenyang.

"Ina, kita kahwin nak?" Soalnya pada suatu hari.

"Kahwin? Bercinta pun tidak, macam mana tiba-tiba nak kahwin dengan Ina ni?" Soalan dijawab dengan soalan.

"Jangan nak mengelak! Abang dah banyak kali curahkan perasaan abang pada Ina. Ina aje yang buat bodoh." Fikri membalas geram.

Najwa ketawa. "Kenapa, ya? Kenapa awak jatuh cinta pada Ina? Ina ni kan garang? Cakap ikut sedap mulut dah tu banyak sangat kekurangan. Peliklah awak ni." Ujarnya sinis.

Fikri menatap tajam seraut wajah itu. "Abang tak ada alasan untuk abang terangkan. Abang tak tahu macam mana abang boleh jatuh cinta pada Ina. Cuma yang boleh abang kata, abang rindu kalau tak jumpa Ina. Sehari tak dengar suara Ina pun tak boleh. Bisa demam, bah!" Bisiknya sambil memicit hidung kecil Najwa.

Najwa seronok melihat Fikri yang bahagia. Lelaki yang satu ini sebenarnya telah berjaya mencuri hatinya juga. Dia pun sudah jatuh cinta padanya. Cuma, Najwa belum lagi melafazkan. Masih mencari masa yang sesuai.

"Abang sebenarnya nak beritahu Ina satu perkara."

Najwa menjungkitkan kening.

"Keluarga abang sebenarnya dah ada pilihan dia orang, dah. Anak kawan baik ayah. Nama dia Miza. Dia.."

Najwa tergamam. "Miza?" Soalnya. Wajah Fikri ditenung lama. Diteliti. Akhirnya satu keluhan dilepaskan. "Jadi, awak ni Ahmad Fikri bin Azhan? Tunang Miza?" Soalnya perlahan.

Berkerut dahi Fikri. Tingkah Najwa bagai dia mengenali Miza. Benarkah?

"Miza kawan baik Ina." Najwa bagai tahu apa yang Fikri fikirkan.

"Jadi, tentu dia banyak bercerita tentang abang pada Ina, kan?"

"Hmm, tapi yang paling penting dia cintakan awak sungguh-sungguh."

"Abang tak cintakan dia. Abang cintakan Ina." Tegas Fikri.

"Kalau kita tak jumpa? Tak berkenalan? Tentu awak akan kahwin dengan dia jugak, kan?" Najwa membalas garang.

"Kalau dia pilihan abang, dah lama kami kahwin. Tanyalah dia. Berapa kali abang asyik bertangguh. Dia tak cerita pada Ina?"

Mata bertentangan. Najwa tahu, lelaki di hadapannya ini jujur dengannya. Titipan sepasang mata itu amat meyakinkan. Namun, tegakah dia menghancurkan hati Miza? Dia tak mahu kehilangan seorang kawan kerana Fikri. Tapi... dia juga tak mahu kehilangan Fikri. Aduh, pening kalau macam ni.

"Kalau abang tak kenal Ina pun, pasti abang akan terus-terusan menangguhkan semua." Bisik Fikri sepi.

"Kenapa tak berterus terang dengan dia orang? Kenapa tak bertindak tegas? Seorang lelaki mesti mempertahankan apa yang dia hendak. Mana boleh awak biarkan mereka terus berharap?" Marah Najwa tiba-tiba.

Fikri ketawa melihat telatah Najwa. Sikap tegas itulah yang menarik perhatiannya dulu. Malah dia senang bila mulut becok itu membebel. Terasa lucu melihat bibir yang merah itu pot-pet, pot-pet!

"Orang serius, dia gelak. Tapi, kan. Ina rasa awak ni pandai nak menjerat Ina, tau. Mula-mula ajak Ina kahwin. Lepas tu, konon nak jadi anak yang soleh, mesti awak kahwin ngan Miza pulak. Eh, macam gitu ke perancangan awak, encik Fikri?"

"Kalau abang jawab, ya?" Fikri menyoal balas sambil tertawa geli hati.

"Well, good bye!" Balas Najwa sambil berlalu meninggalkan Fikri terkedu.

.......................

"Kenapa tak berterus terang dengan dia orang? Kenapa tak bertindak tegas? Seorang lelaki mesti mempertahankan apa yang dia hendak. Mana boleh awak biarkan mereka terus berharap?"

Kata-kata Najwa itu terngiang-ngiang di telinga. Berputar-putar berkali-kali di ruang fikir. Kata-kata yang kini menjadi pembakar semangat untuknya mengatur pertemuan ini. Di Restoran Seri Melayu, segalanya akan terungkai nanti. Bersama-samanya kini, sedang riuh berbual-bual, ialah kedua-dua ibu dan ayahnya. Ibu bapa Miza juga ada. Malah gadis itu sedang leka menatap wajahnya.

"Hmm, dah lama kita tak makan sekali. Tak gitu, Mat?" Encik Azhan bersuara.

"Ya. Nampaknya, ada berita baik ni." Balas ayah Miza melirikkan senyuman kepada anak dan isteri.

Fikri menelan liur. Pahit rasanya tapi dia tetap akan meneruskan agenda. Tidak mahu bertangguh lagi.

Dia membiarkan sahaja keriuhan itu berterusan. Tidak mahu mematikan selera orang-orang yang amat dihormati itu.

"Kenapa you tak usik pun nasi tu?" Miza tiba-tiba bertanya. Semua orang kini memerhati dirinya.

Fikri tersenyum sumbing. Menarik nafas dalam-dalam, dia akhirnya berkata, "Fik ada perkara nak dibincangkan dengan ayah, mak, uncle, untie dan Miza."

Puan Saerah berbalas senyum dengan Puan Liza. Fikri yang melihat, rasa bersalah. Namun ini tentang masa depannya. Tentang perkahwinannya. Dia ingin sebuah perkahwinan yang dapat bertahan sehingga ke akhir hayatnya. Bersama-sama orang yang dia cinta. Najwa! Bukan Miza!

"Mak, ayah, Fik dah sedia nak kahwin. Tapi maafkan Fik, pilihan Fik bukan Miza."

Suasana hening ketika itu. Fikri memberanikan diri menatap wajah di hadapannya satu persatu. Ada yang marah. Ada yang kehairanan. Ada yang keliru. Ada yang kebingungan. Dan Miza? Dia sudah menangis teresak-esak.

"Fik, apa yang Fik cakap ni? Fik nak kahwin? Tapi bukan dengan Miza? Kenapa? Kenapa bukan Miza? Kalau bukan Miza, maknanya Fik ada calon lain? Apa maksud semua ni?" Soal ibunya berapi-api. Marah benar Puan Saerah nampaknya. Mungkin kemarahan itu semakin menjadi-jadi demi melihat Miza yang terus-terusan menangis.

"Mak, Fik tak cintakan Miza."

"Dah banyak kali mak cakap, cinta boleh dipupuk lepas kahwin. Mak dengan ayah kau dulu pun tak bercinta gak. Tengoklah! Kekal pun! Dah dekat tiga puluh tahun dah lamanya. Tak ada masalahpun!" tingkah Puan Saerah.

"Fik tahu, cinta boleh dipupuk lepas kahwin tapi masalahnya sekarang ni Fik dah ada kekasih. Fik nak kahwin dengan dia aje. Lagi pun, kalau mak dan ayah dah lupa, biar Fik ingatkan. Dah selalu, Fik bagi hint yang Fik tak nak kahwin ngan Miza. Macam-macam alasan Fik beri. Kenapa tak faham-faham?" Fikri cuba mengawal suara. Dia marah bila ibunya masih tidak mahu memahami hasratnya.

"Siapa dia? Macam mana dia berjaya rebut hati you yang selama ini I tak mampu buat?" Akhirnya Miza memberanikan diri untuk bertanya.

Fikri melemparkan pandangan ke arah pintu. Gadis idamannya sedang berdiri di situ. Gadis yang kelihatan begitu ayu berbaju kurung. Bila pandangan bertaut, Najwa melangkah perlahan tetapi yakin ke meja mereka.

"Ina? Kau? Kau dengan Fikri?" Soal Miza sebaik Najwa berdiri di hadapannya.

Puan Liza menggelengkan kepala. Tidak menyangka, gadis itu yang dipilih Fikri. "Sampai hati kamu, Ina. Rampas boyfriend kawan baik sendiri?" Dia memerli.

"Maafkan Ina, acik Liza. Ina pun baru aje tahu siapa Fikri." Beralih kepada sahabat baiknya, dia menuturkan, "Miza, kalau aku tahu lebih awal, aku sanggup lepaskan Fikri tapi malangnya, bukan begitu yang ditakdirkan."

Fikri segera berdiri di samping Najwa. Dengan tegas dia berkata, "Fik minta Najwa datang ke sini. Fik mahu kenalkan dia pada semua orang. Kalau Fik mengecewakan uncle, auntie, mak, ayah dan Miza, sekali lagi, Fik minta maaf banyak-banyak. Bukan niat nak kecilkan hati semua orang. Bukan nak melawan cakap mak dan ayah. Tapi, Fik rayu sekali lagi. Izinkan Fik cari bahagia bersama Najwa. Tolonglah. Restuilah hubungan kami ni, mak, ayah!"

...................................

Bukan mudah memenangi hati Puan Saerah dan Encik Azhan. Najwa hampir-hampir berputus asa. Namun menyedari bahawa dia telah merampas harapan dan impian pasangan suami isteri itu, dia mencuba sedaya upaya untuk menebus kesalahan.

Permintaan Fikri untuk berkahwin dengannya tidak diendahkan. Bagi dirinya, selagi ibu bapa Fikri tidak dapat menerima dirinya, selagi itulah dia akan bersabar. Dan dia sangat berharap agar Fikri memahami kehendaknya. Sekuat mana Fikri berkeras, sekuat itu jugalah dia menentang.

"Sabarlah......" Pintanya lagi bila Fikri merayu.

"Sampai bila? Ina tak kesian dekat abang ke?" Soal Fikri menduga.

"Kesian. Tapi, tak guna kita kahwin kalau makcik dan pakcik tak restu. Kita tak akan bahagia." Tukas Najwa.

"Ala...esok-esok bila kita ada anak, oklah dia orang tu." Balas Fikri nakal.

"Betul kata Fikri tu, Ina. Selalunya gitulah. Mak bapak ni, walau mulanya berkeras tapi nanti cucu akan mengeratkan semula hubungan." Kak Nor menyokong kata-kata Fikri.

Mak Nab diam tak berkutik. Dia tahu, tiada kata-kata pujukan dapat melembutkan hati Najwa. Hanya tindakbalas ibubapa Fikri sahaja yang bisa mengubah pendiriannya.

"Kita berpisah!" Tiba-tiba Najwa bersuara, mengejutkan semua orang terutama Fikri.

"What??" Soalnya dengan suara yang tinggi.

"Ina rasa itu yang terbaik untuk kita. Awak, maafkan Ina. Ina dah rosakkan hubungan awak dengan mak dan ayah awak. Sebab Ina, hubungan keluarga awak dengan keluarga Miza renggang. Ina rasa, kita terlalu pentingkan diri sendiri. Selfish! Ina tak mahu awak terus berdosa. Ina pun tak mahu terus rasa bersalah. So, lebih baik kita berpisah aje. Please!" Bisik Najwa dengan mata yang berkaca.

"Apa sebenarnya, Ina? Kenapa? Ina ingat, kalau kita berpisah, masa boleh patah balik ke? Kalau kita berpisah, abang akan ikut cakap mak? Kahwin ngan budak Miza tu? Macam tu?"

Pandangan semua orang kini tepat kepada Najwa. Menanti jawapan darinya.

"Mungkin!"

Geram sungguh Fikri. Hari ini, lain yang diharapkan, lain yang jadi. Begitu bersungguh-sungguh Najwa ingin memutuskan hubungan cinta mereka. Bagaikan cintanya tidak bernilai di mata gadis itu. Alasan diberi semua tidak masuk di akalnya.

"Baik! Kita putus!" Balasnya sambil berlalu pergi. Najwa ditinggalkan bersama tangisan dalam hati.

................................

Kad undangan yang diterima pagi tadi ditatapi. Cantik.

"Kau mesti datang, tau!"

Bisikan Miza menambahkan gundah.

..........................

Najwa terpaku bila Miza memeluk dirinya kemas. Semakin terpana bila titisan manik-manik kecil jatuh mengalir di pipi yang gebu.

"Maafkan aku, Miza. Aku..."

"Syyy....aku nangis bukan sebab aku sedih tak dapat kahwin dengan abang Fikri. Kau jangan salah faham, Ina. Aku dah cukup bersyukur ditemukan dengan Aizat. Dengan Aizat, barulah aku tahu nikmat bercinta yang sebenarnya. Indahnya perasaan bila cinta kita berbalas. Terima kasih, Ina. Kalau tak disebabkan kau...Eh, kau dengan abang Fikri bila lagi?"

Najwa tersenyum pahit. Fikri! Nama yang semakin jauh darinya. Lelaki yang sudah lama tidak ditemui. Sejak dia meminta mereka berpisah, Fikri langsung tidak menghubunginya. Nampaknya, marah betul lelaki itu dengan dirinya.

.............................

Najwa leka memerhati pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan di atas pelamin. Senyuman yang tidak lekang dari bibir menunjukkan keriangan hati Miza. Di sampingnya, Aizat kelihatan bahagia. Ahh...cinta. bisa membuat manusia gembira dan bahagia. Tapi cinta juga bisa merobekkan sekeping hati, seperti dia.

"Kamu dah makan, Najwa?"

Najwa terkejut bila melihat gerangan orang yang menyapa dirinya. Tambahan pula senyuman yang mekar sedang menghiasi wajah itu.

"Kenapa kamu datang sorang aje? Kalau datang dengan mak, boleh makcik berkenalan ngan dia." Puan Saerah menatap seraut wajah yang keliru di hadapannya. Wajah kegilaan anak tunggalnya.

Hampir setahun hubungan antara Najwa dan Fikri tergantung. Semua, gara-gara dia dan suaminya.

Pada mulanya, mereka tidak dapat menerima gadis pilihan Fikri ini. Mereka menganggap gadis ini buruk sikapnya sehingga sanggup merampas kekasih kawan baiknya sendiri. Selepas berpisah dengan Miza, bila gadis itu masih tidak mahu menerima Fikri, mereka seakan-akan tidak percaya. Bagaimanapun, bila hubungan diputuskan, barulah mereka sedar bahawa gadis ini baik orangnya. Gadis ini sanggup berpisah demi menjaga hubungan seorang anak dengan ibubapanya.

Fikri tidak pernah memberitahu mengapa mereka berpisah. Fikri malah tidak mahu langsung menyebut nama gadis ini. Marah benar anaknya dengan keputusan yang Najwa buat. Namun, sebagai seorang ibu, Puan Saerah tahu jauh di sudut hati, gadis ini masih dirindui. Masih dicintai.

Kini, dia dan suaminya redha. Sudah ini takdirNya, dia sanggup menerima Najwa sebagai menantu. Asalkan hati anak yang terluka, sembuh semula.

"Najwa, balik nanti, beritahu mak Nab, makcik dengan pakcik nak gi rumah kamu. Perkara antara kamu dengan Fikri ni dah lama sangat terbiar. Percayalah, makcik tak nak halang kamu lagi. Makcik terima kamu jadi menantu makcik."

Akhirnya pengakuan itu didengarinya. Menitis air mata gembira. Tapi...

"Antara kami, dah tak ada apa-apa, makcik. Abang Fikri dah merajuk ngan saya. Dia dah tinggalkan saya." Najwa berbisik seolah-olah kepada dirinya.

"Abang cuma memenuhi permintaan Ina masa tu. Tapi, dalam hati abang ni, Ina tak pernah jauh. Merajuk? Ya, memang abang merajuk. Tapi untuk tinggalkan Ina? Tak mungkin! Malah, lepas ni, Ina tak akan dapat lari dari abang lagi. Sebab, abang dah ada rantai untuk ikat Ina pada abang."

Dalam tangisan, sebuah senyuman tersungging di bibir. Ingin diri didamparkan ke arah Fikri agar Fikri tahu betapa rindu dirinya kepada lelaki itu. Ingin diberitahu kepada dunia betapa kini cintanya sudah kembali. Kali ini bersama restu ayah dan ibu.

"Abang cinta, sayang, rindu, bla, bla, bla, pada Ina. Banyak sangat!" Najwa ketawa mendengar kalimah itu. Dulu, Fikri selalu membisikkan begitu. Bla, bla, bla...membawa maksud ‘semua’ Kasih, manja, damba, aduhai...banyak lagi perkataan indah untuk diterokai.

"I love you too!" bisiknya tanpa suara. Yang pasti Fikri mendengarnya.

Pandangan redup sepasang mata Fikri mendebarkan jiwa. Senyuman itu mencairkan hati wanitanya. Resah hati menanti waktu bila nanti mereka akan bersatu. Hidup sebagai pasangan suami isteri. Yang pasti, rasa cinta ini tak akan terlerai lagi. Hanya kamu, Fikri! Cinta ini hanya untukmu!


p/s: harap mendapat komen dari anda yang membaca.

posted by Penulisan2u @ 3:15 PG   21 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Cinta Seorang Pembunuh
Nama Pena : Nadia nathasha

"Wei, Azreen!! Tolong tukar ke TV3! Aku nak tengok berita ni..." kata Ayuni.
"Ok..."
"Nah..." Ayuni memberikan secawan milo panas kepada Azreen yang masih tekun menghadap bukunya.
"Thanks..." ucap Azreen.
"Reen! Reen! Kau tengok ni!"
"Kenapa dengan kau ni Ayuni? Terjerit-jerit... Ada apa?" Azreen bangun dari tempat duduknya dan duduk di sofa bersebelahan Ayuni.
"Itu... Itu Azriq, kan?"
"Haah... Tapi... Tapi dia tak... Ah! Tak mungkin itu dia... Dia tak macam tu lah Yuni... Aku tau dia tu macam mana... Dia tak kan sanggup..."
"Cuba kau call dia."
Azreen terus mengambil telefonnya dan menelefon Azriq. Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami. Berulang-ulang Azreen mendengar suara operator itu.
"Kenapa dia off handphone dia?? Tak mungkin Azriq yang merogol dan membunuh Shazmira dengan kejam. Remaja yang berusia 17 tahun itu didapati hilang 3 bulan yang lepas dan mayatnya di temui di tong sampah belakang deretan kedai pada minggu lepas. Dia di temui dengan kedua-dua pergelangan tangan dan kakinya dikerat. Keadaannya amat mengerikan.
Azreen terduduk. Dia mengeluh sendirian. Tak mungkin... Memang tak mungkin itu Azriq. Azriq seorang yang penyanyang, caring dan romantik. Tak mungkin dia akan membunuh dengan kejam sekali.
"Azreen... Dia dah larikan diri..." lapor Ayuni yang baru mengetahuinya melalui Buletin Utama di TV3.
----------------------------------------------

Lagu baru daripada Ana Rafali bergema. Telefon Azreen bergetar di atas meja kerana diletakkan vibrate. Azreen menjawabnya walaupun nombor tersebut tidak dikenalinya.
"Hello?"
"Assalamualaikum, sayang..."
"Waalaikumsalam... Az... Azriq??"
"Ya... Ini Azriq... I rindulah kat you... Lama kita tak jumpa kan? Jom kita keluar... I tunggu you kat luar rumah you, ok..." talian diputuskan.
Azreen menjenguk ke luar tingkap biliknya. Dilihatnya tiada satu kenderaan pun di luar. Azreen bersiap dan bersolek ala kadar. Dia menanti. Dilihatnya dari atas, sebuah kereta Honda Jazz milik Azriq berada di hadapan rumah sewanya. Telefon Azreen berbunyi lagi. Azreen menjawabnya dan turun ke tingkat bawah.
"I dah sampai..." maklum Azriq.
"Ok..."
Azreen turun ke tingkat bawah dan mengunci pintu rumahnya. Azreen masuk ke dalam kereta dan Azriq terus memandu ke Putrajaya.
"You tak nak cerita apa-apa ke Azriq?"
"About what? Shazmira? So, you think thats me is it?" tanya Azriq.
"Habis muka siapa yang terpampang dalam surat khabar? And your nama was mentioned you know?! Everyone is talking about you! And dorang semua kata I ni girlfriend kepada seorang pembunuh!"
"Jadi you percaya pada benda karut tu?"
"Mana I tak percaya... At first I don\'t believe it. But now, muka you merata tempat. Polis mencari you!" luah Azreen. Azriq menghentikan keretanya di tepi. Dia keluar dan menikmati keindahan tasik di Putrajaya itu. Azreen turut keluar.
"Nice isn\'t it? Sembilu kasih dulu shooting kat sinilah..." kata Azriq.
"Azriq... Tell me the truth..." kata Azreen. Azriq melepaskan satu keluhan berat. Dia bersandar pada tiang dan pagar jambatan Putrajaya itu.
"Ok. I\'ll tell you. But you have to promise me." pinta Azriq.
"Promise what?"
"Promise to me. Say that you percayakan I walau apa pun firnah yang orang taburkan tentang I, ok?" Azreen mengangguk.
"Yes. Thats me. I\'m the one who rape and killed her." kata Azriq perlahan.
Air mata Azreen bergenang lalu mengalir pada pipinya. Azreen terduduk, bagaikan tidak percaya. Dia menekup mukanya, malu dengan dunia. Dia menangis semahu-mahunya. Azriq terus memeluk Azreen, tetapi dibiarkannya terus menangis.
"Kenapa... Kenapa, Azriq?? How dare you..." kata Azreen tersedu-sedu. Dia membalas pelukan Azriq. Sampaikan basah baju Azriq dek air matanya.
"I tunggu you ok dulu... Baru I bagitau you... Jom, I hantar you balik..."
"I tak nak balik... I nak tau, why??" Azreen menolak tubuh Azriq dan memalingkan wajahnya.
"Because I love you so much..."
"Apa kaitannya? Apa kaitannya, Azriq?!!" raung Azreen.
"Shhh... Relax, sayang..." kata Azriq menenangkan Azreen. "Dia mengaku dia cintakan I. I pun layan dia. I mengaku I dah curang pada you. But then I dengar cerita, from her friends, that she want to get rid of you." cerita Azriq.
"Tapi dia just cemburu! Dia tu budak 17 tahun. You pun tahu kan?! Budak macam tu hany berani di mulut... But she wouldn\'t even dare to see me!!" marah Azreen.
"Tapi I tak nak dia apa-apakan you, walau sikit pun. Memang I\'m flirting with her. But I don\'t love her. Only you in my heart. And I wouldn\'t let her hurt you even by a word. I tak akan benarkan dia lukakan youy walau sikit pun, sayang..." kata Azriq. Dia mengeratkan lagi pelukannya. Azreen menangis dalam pangkuan Azriq.
--------------------------------------------

Sejak Azreen mengetahui perkara sebenar berkaitan Azriq, dia mula mengikut setiap perkembangannya. Sejauh mana pihak polis dapat menjejakinya. Azreen sedih mengenangkan Azriq.
"Azreen..." Azreen menoleh. "Ini, ada surat untuk kau. Mungkin dari Azriq."
Azreen menyambut huluran Ayuni. Perlahan-lahan dia membuka sampul surat tersebut dan membacanya.
Setelah selesai membaca, Azreen menyimpan surat itu ke dalam sampulnya semula. Air matanya bergenang lalu mengalir deras. Ayuni terus memeluk sahabatnya itu.
"Apa dia kata, Reen?"
"Dia nak bernikah dengan aku..."
"Habis? Kau nak terima ke?"
"Patut ke aku terima? Kekasih aku tu seorang pembunuh Yuni... Cubalah kau bayangkan... Tapi aku tak rela kehilangan dia..." Ayuni melepaskan pelukannya.
"Kalau aku, aku nak dia jadi suami aku. Sebab aku sayang kat dia. And aku nak habiskan masa yang ada dengan menjadi isteri yang terbaik untuk dia sebelum dia pergi meninggalkan aku..." kata Ayuni.
"Dia... Dia kan pergi? Aku tak faham..."
"Ye lah... Sampai bila dia nak larikan diri, Reen... Kalau dia salah langkah walau seinci pun, dia boleh kena tangkap. Pendapat aku, kalau kau betul-betul sayang kat dia, kau terimalah dia dan jangan bazirkan waktu terluang kau dengan dia..."
"Dan lagi satu. Klau kau bersedia untuk terima dia sekarang ni, seorang pembunuh, kau juga kena bersedia untuk kehilangan dia suatu hari nanti."
-------------------------------------------

Majlis akad nikah berlangsung dengan sederhana. Majlis itu hanya dihadiri oleh wakil wali, tok kadi, 2 orang saksi dan juga teman rapat Azreen yang dipercyai kerana takut Azriq diserbu polis. mujur saja tok kadi dan wakil wali itu tidak mengecam Azriq.
"Aku nikahkan dikau, Mohd Azriq Aizat bin Mohd Azuan dengan Siti Nur Azreen binti Yahya dengan mas kahwin RM 80 tunai."
"Aku, Mohd Azriq Aizat bin Mohd Azuan, terima nikahnya Siti Nur Azreen binti Yahya dengan mas kahwin RM 80 tunai." lafaz Azriq dengan lancar dan tenang. Selesai membaca doa, Azriq menyarungkan cincin pada jari manis Azreen.
Tanpa sedar, air mata Azreen bergenang tatkala Azriq menciumnya di dahi.
"Shhh... Jangan nangis lagi, sayang... Ini kan hari bahagia kita?" I tak nak you bersedih lagi..." bisik Azriq.
Selelsai segalanya, Azriq terus mendapatkan Azreen. Ayuni tersenyum. Memang tidak boleh dipercayai. Azriq kelihatan sangat sempurna dan sepadan dengan Azreen. Dia juga tidak kelihatan seperti seorang pembunuh. Ayuni memandang Azreen yang cantik berkebaya putih.
"Lepas ni, aku tinggal seorang diri lah, ye?" kata Ayuni. Azreen tersenyum.
"Reen, aku doakan kebahagiaan korang. Semoga korang sentiasa bersama dan kekal sehingga ke anak cucu." doa Ayuni.
"Terima kasih Yuni..."
"Ayuni, terima kasih sebab awak dah jadi kawan yang terbaik untuk Azreen." kata Azriq. Ayuni mengangguk lalu tersenyum.
-------------------------------------------------------

"Kita nak tinggal kat mana?" tanya Azreen.
"Kita akan duduk kat banglo kepunyaan arwah ayah I. Tapi tempat tu terpencil sikit. You pun tahu kan, I mana boleh tinggal kat tempat yang open. I rasa, ada bagusnya kalau you ajak Ayuni tinggal kat sini sekali dengan you..." kata Azriq.
"Kenapa?"
"I takut nanti kalau ada apa-apa jadi pada you, tak ada sesiapa nak tolong..." kata Azriq.
"Bertuah I dapat husband yang caring macam you, Ariq..." kata Azreen lalu memeluk lengan Azriq yang sedang memandu menuju ke rumah baru mereka. Azriq tersenyum.
---------------------------------------------

"Puan... Marilah saya suapkan puan makan... Puan tak sihat ni... Panas je badan puan. Oh... Puan mengandung ya?" agak bibik.
"Ish! Tak kan lah... Baru lagilah bik... Tapi kalau ya, Alhamdulillah lah..." kata Azreen tersenyum.
"Puan nak makan ke tak ni?"
"Tak apalah... Nanti ajalah." kata Azreen.
"Puan, ni ha... Saya ada buat air ni. Elok untuk baby tau..." kata bibik.
"Bik... Entah betul ke tidak saya mengandung, saya pun tak tau... Tak payahlah susah-susah..." kata Azreen merendah diri.
"Tak apa... Puan minum je. Mana tau betul-betul mengandung. minumlah puan..." desak bibik. Akhirnya Azreen mengalah dan meneguk air panas itu. Walaupun pahit, namun tetap di telannya air itu. Entah air apalah yang bibik bagi ni... Orang Indon ni memang macam-macam ubat tradisional dorang... Kata Azreen di dalam hati.
Bibik tersenyum puas hati. Minumlah... Minumlah sampai habis Cik Puan... Kata bibik di dalam hati.
-------------------------------------------

"Aduh... Azriq... Sakit..." adu Azreen. Azriq yang baru selesai mandi segera mendapatkan Azreen yang baru bangun dari tidur petangnya.
"Sayang sakit? Sakit kat mana?" tanya Azriq. Azriq mengusap rambut Azreen penuh kasih.
"Sakit perut... Sakit sangat-sangat..." adu Azreen. Azriq bangun dan mengambil minyak angin di dalam laci. Dia membaringkan Azreen dan menyapukan minyak angin pada perut Azreen. Dia mengusap rambut Azreen sehingga Azreen terlena semula. Azriq turun ke bawah.
"Mana Azreen, Riq?" tanya Ayuni.
"Kat atas. Dia tidur balik. Dia kata tadi dia sakit perut. Apa dia makan tadi?" tanya Azriq.
"Entah. Tadi ada nampak bibik bagi air kat Azreen. Itu je lah... Dari tadi dia memang tak makan. Masuk angin kot..." agak Ayuni. Azriq hanya mengangguk.
"Tuan, mana puannya? Jom lah makan sekali." ajak bibik.
"Tak apalah... Dia sakit perut. Nantilah saya makan dnegan dia. Kalau Yuni nak makan dulu, makanlah..." kata Azriq. Ayuni hanya tersenyum dan mengangguk.
Azriq ke atas dan masuk ke dalam bilik. Dia menjenguk keadaan Azreen. Dia duduk pada birai katil, mengusap bahu Azreen lembut. Azreen terjaga.
"Sayang... Are you feeling better now?" tanya Azriq.
"Hm... Sakit lagilah... Tapi much better than just now..." kata Azreen. Tiba-tiba Azreen bangun dan berlari ke arah tandas. Azreen memuntahkan segala isi perutnya. Azriq segera membuntuti Azreen.
"Sayang..." Azriq tersenyum. Dia memandang Azreen pada cermin. Azreen turut tersenyum. Azriq terus memeluk Azreen erat.
----------------------------------------------------

"Puan... Nah, minum ni... Ini air yang semalam saya bagi tu. Ni tiap-tiap hari kena minum ni..." kata bibik. Azreen terus meminumnya tanpa ragu-ragu lagi. Azriq hanya memerhati dan tersenyum. Dia mengusap tangan Azreen lembut. Azreen membalas usapan tangan Azriq dengan menggenggam tangan Azriq erat.
Petang itu, Azreen mengadu sakit perut lagi. Bibik tersenyum memerhati dari dapur. Ayuni mendapatkan Azreen.
"Kenapa ni?" tanya Ayuni.
"Entahlah, Yuni... Dari semalam dia sakit perut. Actually she\'s pregnant. Is there something that I don\'t know about pregnant woman?" tanya Azriq.
"Ya Allah... Kau mengandung? Reen... Orang mengandung mana boleh minum herba yang bibik kasi tu... Kau ni... Bahaya betul lah Reen... Lain kali jangan minum lagi tau!" marah Ayuni.
"Kalau tak what\'s going to happen?" tanya Azriq.
"Kalau tak anak tu gugur lah Riq..." maklum Ayuni. Azreen mendiamkan diri. Dia memndam rasa. Dia tahu bibik memang tidak menyukainya kerana sering dimajakan oleh Azriq. Malah bibik terpaksa menjadi bodyguard Azreen jika Ayuni tiada.
Azreen dibawa ke hospital oleh Ayuni. Azriq terpaksa menunggu di dalam kereta. Takut orang ramai akan mengesyakinya. Setelah menunggu beberapa jam, Ayuni pun menelefon Azriq. Azriq terjaga dari lenanya.
"Hello?"
"Azriq... Awak dan Azreen dah kehilangan seorang cahaya mata. Sabarlah... Mungkin bukan rezeki korang..."
"Yuni, terus jaga Azreen kat hospital tu, ya? Jngan tinggalkan dia walau sesaat pun!"
"Kau ni... Tak kan aku nak tinggalkan Azreen kot..."
"Ok, bye..." talian dimatikan. Di dalam fikiran Azriq hanya satu, BIBIK!!
Dia tidak rela orang lain mencederakan wanita kesayangannya walau apapun alasannya! Dia terus memandu laju pulang ke rumahnya.
"Bibik!" panggil Azriq. Dalam hati, nafsu amarahnya membara. Di sebabkan bibik , Azreen menderita kesakitan dan mengalami keguguran! Kesakitan Azreen tidak boleh dibiarkan tanpa berbalas!
"Ya, tuan?"
Yang kedengaran dari banglo sunyi itu hanyalah jeritan daripada pembantu rumah Azriq. Sekali lagi, Azriq membunuh seseorang yang telah menyakiti Azreen.
Darah yang mengalir pada lantai bilik kecil itu dibersihkan oleh Azriq. Mayat bibik telah pun diuruskan. Yang tinggal hanya kesan-kesan darah dan juga parang yang digunakannya, harus dibersihkan dan di buang sebelum Azreen kembali ke rumah tersebut. Azriq mencari orang lain untuk menemani Azreen sekiranya Ayuni sibuk dengan tugasannya di luar.
---------------------------------------------------------

"Kenapa kali ni I rasa lain macam bila masuk dalam rumah ni?" tanya Azreen.
"Yelah... Dah sebulan you tinggalkan rumah ni. And dah sebulan I tunggu you balik... I miss you so much..."bisik Azriq. Azreen tersenyum dan menggenggam tangan Azriq erat.
"Eh? Mana bibik?" tanay Azreen.
"Bibik kata dia nak pulang ke rumah family dia. Mak ayah dia sakit. And I pun pecat dia..." kata Azriq.
"Rina!" panggil Azriq.
"This is your new personal asistant. Tapi dia bukan orang gaji. I just nak Rina take a good care of you... Lagipun I dah lama kenal dia. Sebenarnya Rina ni adik agkat I masa I di bangku sekolah dulu..." kata Azriq. Rina tersenyum.
"Abang jangan risau... Rina akan jaga Kak Reen abang ni dengan baik sekali." janji Rina.
-------------------------------------------------------------

"Kenapa Azriq tak balik-balik lagi ni?" Azreen tertanya-tanya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Azreen ke bilik Ayuni.
"Ada apa, Reen?" tanya Ayuni.
"Maaflah ganggu kau malam-malam macam ni. Tapi aku risaulah... Azriq tak balik-balik lagi ni..."
"Apa kata kau tidur dulu... Kita tunggu sampai esok pagi. Mungkin polis ada buat road block and dia pergi escape ke? Kita tunggu esok dulu, ok?" Kalau nak call dia, tak boleh. Nanti takut pulak kot kalau dia tengah sembunyi dari pihak polis and tiba-tiba bila phone dia berbunyi kang kantoi pulak... Kita bukannya tahu apa yang dia tengah buat sekarang ni..." kata Ayuni memberi pandangannya.
"Ok..." Azreen terus melangkah perlahan ke biliknya. Malam itu, buat kali pertamanya dia tidur tanpa Azriq di sisinya.
------------------------------------------------------------

"Ya Allah... Azreen!!!" jerit Ayuni.
"Hah?! Kenapa? Ada apa Yuni? Azriq dah balik ke??" tanya Azreen. Rina yang turut terkejut juga pergi mendapatkan Ayuni.
"Azriq..."
Rina menguatkan volume TV. Mereka bertiga mendengar dengan tekun. Kelihatan Azriq dipegang oleh dua orang anggota polis dengan tanganya di gari. Klai ini kesalahannya adalah kerana telah membunuh 3 orang wanita yang lain selepas pembunuhan Shazmira iaitu Warita Rosli iaitu bibik, Azmira, salah seorang teman rapat Ayuni dan akhir sekali Tiara Razamy, seorang yang tidak dikenali mereka.
"Kenapa??" Azreen menangis teresak-esak.
"Kak... Sebenarnya Tiara tu ex-girlfriend abang Azriq semasa di bangku sekolah dulu..." kata Rina perlahan.
"Sabarlah Azreen..." pujuk Ayuni.
"Ayuni... Suami aku... Suami aku seorang pembunuh... Pembunuh bersiri, Yuni..." raung Azreen.

TAMAT.

Walau sejahat mana pun manusia itu, dalam hatinya tetap ada baiknya dan tahu menyanyangi seseorang. Faktanya, seorang pembunuh bersiri yang kejam di luar megara telah tertangkap di bumbung rumah isterinya ketika mahu berjumpa dengan isteri kesayangan setelah berbulan tidak berjumpa. (Kecualilah kalau penagih dadah. Otak mereka memang dah tak betul...)
posted by Penulisan2u @ 3:14 PG   62 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Kerana Dia
Nama Pena : Red apple Aloevera

hari berganti hari,
musim berganti musim..

KINI hidupku sepi tanpa si dia. Dia berlalu begitu saja. dengan hati yang kecewa, aku meneruskan hidup tanpa si dia. aku bersama rakan serumah, membawa diri jauh pergi ke kota metropolitan. Kuala Lumpur. Ibu kota negara. bersama semangat dan azam yang kuat, aku pergi merantau di tempat orang untuk mencari pengalaman. dengan segulung ijazah yang aku pegang, aku yakin aku boleh bedikari dan meneruskan hidup tanpa si dia. harapan aku lah.



DENGAN mata yang berkaca, aku bersendirian di atas kerusi yang dikhaskan untuk berehat. hujan renyai-renyai membuatkan aku kesejukan dengan hanya memakai t-shirt lengan pendek dan jeans lusuh. aku termenung sendirian sambil melontarkan pandangan ke arah rumah teres dua tingkat dihadapanku. hanya diterangi lampu yang bercahaya suram, aku melepaskan segala rasa yang bercampur aduk dalam hati aku. sungguh! aku sangat terkilan dengan apa yang terjadi, aku sangat kecewa dengan apa yang telah dia lakukan. hanya Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hatiku sekarang.



KEDENGARAN hanya lagu sentimental nyanyian penyanyi terkenal di zaman kini, lagu yang mengisahkan tentang seorang yg ingin melupakan insan yg tersayang. aku melayan emosi yang kian menari nari di dalam ingatan aku. semakin lama aku melayan, semakin mendatanglah manik-manik jernih di tubir mata ini. aku rela. biar. redha.



"aku takkan bisa,
hidup tanpa dia,
dia yang membuat,
aku bahagia,
tolong aku untuk,
melupakan dia,
kerana hanya itu,
yang aku pinta!"



AKU menggamati bait bait lirik yang kedengaran. lantas air mata yang berlegar di tubir mata ini bercucuran dengan laju seperti air hujan yang turun. dunia ini seperti mengerti dengan perasaanku. aku mahu melupakan dia. tapi bagai ada sesuatu yang menghalang aku untuk berbuat sedemikian. aku mahu malupakan, sungguh-sungguh mahu malupakan.



"ya Allah,
bantulah hambamu yang lemah ni,
berikan lah kekuatan,
dan kesabaran kepadaku,
untuk meneruskan hidup
dan mengharungi dugaan
yang kau berikan ini"



secara tidak langsung aku berdoa didalam hati. dengan seribu satu harapan aku mengaminkan doa aku tersebut.


SETENGAH jam aku menghabiskan masa untuk menenangkan otak, malayan perasaan yang aku rasa biar hari ini sahaja aku melepaskan semuanya. tiba-tiba aku mendapat satu panggilan daripada fatin, teman serumahku merangkap sahabat karib aku.


"helo, myra! hoi kau kat mana ha? kan aku dah suruh kau pergi mid valley. ade orang nak jumpe. mane kau pergi ha?!"
kedengaran suara fatin yang sememangnya kuat.

"hish kau niy, bile mase kau suruh aku datang sane? aku tak dengar pun."
aku cuba mengingati apa yg telah dibualkan sebelum Fatin keluar berjumpa dengan teman lelakinya. sungguh! aku tak ingat apa apa pun.

Fatin menyambung perbualan.

"lahh, yang aku msg kau tadi tu ape?"

lantas aku teringat, yang aku tak pegang phone pun untuk satu hari ni, malas aku mahu melayan semua message-message yang masuk. mood aku seperti di sambar oleh derita yang aku tanggung kini. ahh konon.

"lahhh, aku tak pegang phone pun today wei, sorry lahh, aku tak sengaja. kau tak maraa kan?"
sempat juga aku ketawa dihujung bicara. sengaja mencuri hati fatin yang jelas sedang kecewa.

"ha, byk lah kau punya tak marah."
lantas kami brdua ketawa dengan nada suara Fatin yg seperti merajuk.

"siapa yang nak jumpa aku tu? penting sangat ke sampai malam-malam nak jumpa? macam takboleh tunggu hari lain pulak. "
aku menyoal sambil meneka-neka siapakah gerangang yang mahu bertentang mata aku ini. "siapa ek?" soalku dalam hati.

"ha, ni yang aku nak cakap ni, hmm. sebenarnya Syam jumpa aku tadi."
aku tersentak! Syam ?!


♥ Syam? nama yang buat aku bersedih sekarang. ahh! perit telinga ini mendengar nama itu. nama yang membuatkan aku hilang mood tiba-tiba. nama yang bisa merentap kebahagiaan ini. ahh.. bisa lagi aku mengawal suara dan menyabarkan diri ini. nasib kau lah fatin.

"ape dia nak?"
soal aku acuh sahaja. malas mahu mendengar dengan lebih lanjut.

"dia nak jumpa kau lah"

♥ hah?? Syam nak jumpa aku? ape dia nak? tak puas lagi ke dia sakitkan hati aku? boleh ke aku menatapi wajah yang pernah bertahta di hati ini? mampukah aku? menerung mata yang pernah merapuhkan hati ini pada suatu ketika dahulu?

"dia dekat mane? aku malas nak jumpa dia lagi lahhh. kau tahu kan..."
ayat aku tergantung disitu. sepi bermaharajalela buat seketika. aku diam. tiada sepatah perkataan yang terkeluar dari mulut ini.

"takpelah myra, aku faham. nanti aku ckp kat dia."
ujar fatin yang sememangnya memahami situasi aku sekarang ni.

♥ fiuhhh, nasib baik minah niy faham situasi aku. bagus ini budak. untung Farid dapat dia. haha. tawaku sendirian.


SYAM! ya, Syam atau nama yang tertera di kad pengenlan dia ialah Mohd. Syamirul bin. Ahmad. kenapa perlu datang kembali? apa yang sudah terjadi?

lantas aku terimbau kisah silam yang berlaku suatu ketika dahulu di taman tasik bukit Titiwangsa..


***********


KEDENGARAN derap tapak kasut, lantas aku berpaling melihat siapa yang muncul, harapan hati ini mahu bertemu dengan si dia buat kali terakhir sebelum aku berangkat ke negara orang. Alhamdulillah, setelah tamat SPM aku dapat peluang melanjutkan pelajaran ke German, dengan mengambil bidang perniagaan. kerana cita-citaku ingin membuka sebuah bakery. impian aku yang bakal aku realisasikan satu hari nanti. InsyAllah.


SETELAH setelah aku berpaling, aku hairan. tiada wajah Syam disitu, hanya kelihatan seorang lelaki yang berpakaian sempoi yang mengenakan t-shirt bewarna putih dan seluar jeans. ya, aku memang mengenali wajah tersebut. wajah yang mempunyai iras-iras dengan Syam, dia mempunyai mata yang sama seperti Syam. siapa lagi kalau bukan abangnya, Syakir. aku diam. hanya membisu.

"hey myra!"
Syakir menyapa. aku seolah-olah baru tersedar dr mimpi. lantas aku menjawab.

"ouh, abg syakir. buat apa kat sini?"
aku sekadar berbasa basi. aku tahu, mesti Syam yang \'menghantar\' abangnya kerana ada urusan dan tidak dapat bertemu denganku. ahh! aku sudah masak sangat dengan perangainya. ada terselit perasaan sedih dihatiku. aku pun tidak tahu mengapa. huh.

"Syam yang suruh abg dtg sini."
kedengaran tenang suara garau Syakir.

♥ dah agak dah. mesti budak tuh yg suruh. hampeh punya Syam. Nasiblah aku sayang kau. HEHE.


"ouh. hmm, dia ada pesan apa apa ke?"
tanyaku. kedengaran satu keluhan dalam bicaraku.


kedengaran satu keluhan. sepi seketika.

"dia suruh abang sampaikan surat ni pada myra."
kata lelaki dihadapan aku, sambil menghulurkan sapucuk surat yang sampulnya bewarna putih. aku kaku. tapi tetap mencapai surat tersebut.


tanpa berlengah aku mengambil surat tersebut. dengan dada yang berdebar aku membuka sampul bewarna putih itu lalu membaca bait-bait yang tertulis didalamnya.


selepas membaca isi kandungan surat tuh, aku terkesima. dupppp. jantung aku bagai terhenti. tak terhenti pun sebenarnya. gimmick je tu.. kihkihkih..


isinya tertulis yang Syam mahu memutuskan hubungan. tiba-tiba kepalaku berpinar. mataku kabur, semakin kabur dan semakin lama semakin kabur. tibatiba aku rasa duniaku gelap. ya, gelap! jeng jeng jeng..


**********


"myra, bangun weh."


aku terdengar satu suara memanggilku. dunia yang tadinya gelap, kembali cerah sedikit demi sedikit.


mataku terbuka. terlihat Fatin disebelahku. cahaya lampu yang aku rasakan \'agak luar biasa\' membuatkan aku kesilauan. lantas aku memejamkan mata kembali apabila kepala ku berdenyut dan sakit dengan tiba tiba. tiba tiba kedengaran satu suara memanggil namaku. beberapa saat kemudian aku mencelikkan mata kembali. aku pelik dengan keadaan dan suasana di sekelilingku.

♥ haih? aku kat mana ni? seingat aku, aku kat taman tasik titiwangsa dan sedang menunggu.....


bibirku pantas menyoal. "Fatin, aku kat mana niy? bukan ke tadi aku tengah tunggu..."

denyutan dikepalaku semakin kuat. bibir aku pantas tertutup. berhenti bertanya buat seketika. sepi bermaharajalela.


"myra kena berehat. jgn fikir bukan bukan okay?"
kedengaran suara garau abg syakir secara tiba tiba. baruku perasan yang dia juga hadir disamping Fatin.

aku membisu. niat ingin bertanya lebih banyak soalan mati bergitu sahaja dek kerana suara garau sebentar tadi. aku diam dalam hati yang meronta-ronta ingin bertanya.


**********



"HEY myra sayangg! kau masih ditalian??" kedengaran suara Fatin yang mungkin sengaja dikuatkan sedikit.


aku seperti baru sahaja tersedar dari mimpi. baruku sedar yang Fatin masih ditalian.


♥ hish aku niy, mengelamun je keje. nasib baik lah just dalam call. kalau tak mesti kene perli habis ni. haha. tanpa disedari aku tersengih sendirian.


"hah? aku masih ditalian niy. ape kau ckp tadi? aku tak dengar lah." aku tersipu bila teringatkan kecuaian dan kelalaian aku tadi.

"ha, tu lah kau, tah mamat mane lalu depan kau sampai aku cakap pun kau dah tak dengar. huh." kedengaran Fatin mengeluh kecil.


"tulah, tadi ada bangla mana tah lalu. handsome jugak tin. boleh jadi calon ni.."


"wah wah wah, syok kat bangla ye kawan aku ni?"
lantas aku dan Fatin terbahak-bahak ketawa.


"alah kau niy Tin, aku terimbau kisah silam lahh.. pelik juga aku tiba-tiba Syam muncul"


"ouh, sory lah kalau aku buat kau teringat kisah dulu. pasal Syam tu nanti aku settlekan okay. ni aku just cakap yang aku tak balik rumah harini. aku tido rumah Wany okay? kau tak payah tunggu aku lah ye."


"oh, thanks fatin! okay sayang. hehe"


tutttttttt. itu nada yang menandakan talian sudah diputuskan.


aku mengeluh kecil. ya. aku sudah buat keputusan yang aku takkan berjumpa dengan Syam. ya. Keputusan ini MUKTAMAD!

kini apa yang aku perlukan hanyalah semangat dan azam yang kuat untuk melupakan Mohd. Syamirul dari kamus hidupku. dan meneruskan cita-citaku yang terbengkalai sejak aku menerima "surat cinta" tersebut.



Kerana Dia aku hampir tidak dapat merealisasikan Cita-citaku. Kerana Dia juga aku hampir kehilangan semangat yang aku punyai selama ini. dan kini, aku Nur Syakila Amira berdiri sebagai pemilik Aloevera Bakery\'s dan berhasrat akan mengembangkan cawangan di tempat lain. InsyAllah. Aminn..
posted by Penulisan2u @ 3:12 PG   15 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Andai Inilah Takdir Cintaku
Nama Pena : Fidalia

Ku tebarkan pandangan ini meneroka pemandangan yang terlukis menerusi jendela bas yang kelam cerminnya. Di luar, titis-titis hujan masih kasar dan ganas. Namun, nyatanya kenderaan-kenderaan itu tetap rakus berlumba-lumba menyusuri dada jalan raya yang basah. Sebasah hati ini yang sarat menanggung gejolak kecewa yang sukar diungkapkan. Ada keluhan berat yang mengiringi lantas mengundang sendu dan linangan air mata ku yang mula berguguran.

Mal, x perlu cari Nadi lps ni. Kt clash! Mgkn mmg kt x ada jdh – Nadia

Ku gagahi jua menekan kekunci send telefon bimbit ku, biar pun gementar ini begitu menyesakkan dada. Hanya linangan air mata mampu menghamburkan segala sebak yang berbungkal di hati. Aku sedar, rela atau tidak aku harus kentalkan semangat demi mengakhiri segala-galanya biarpun ia pasti akan mengheret hidup ku ke kancah kecewa sekali lagi... Biar pun ia menuntut pengorbanan paling getir, akan tetap jua ku teruskan.

Mungkin inilah takdir yang telah tertulis. Pertemuan aku dan Syazlin hanya ibarat pencetusnya dan aku terlalu bersyukur. Aku sedar mungkin inilah ujian Tuhan atau sekadar peringatanNya untukku demi menyedarkan aku yang selama ini sering kali hanyut dalam lautan cinta yang melemaskan.

Sesungguhnya aku tidak sanggup lagi hidup seperti ini. Terus-terusan membiarkan cinta ku dipermainkan seperti itu. Sebagai perempuan, aku ada harga diri dan maruah. Namun, tegarkah aku untuk mengharungi kecewa ini sekali lagi? Tangkai hati ku berdetik lagi... Ahh... Apa pun aku perlu tabah. Demi wajah-wajah yang ku kasihi, aku yakin benar inilah keputusan terbaik. Aku tidak sanggup lagi terus hidup diselimuti rasa bersalah.

Segala kenangan itu kembali terlukis di kotak ingatan ini. Masih hijau di ingatan ini kala kami dipertemukan semula setelah ditakdirkan terpisah sejak sekian lama.

Assalammualaikum! Tiba-tiba ketika melewati pusat membeli belah KLCC yang menjadi mercu tanda dan kebanggaan Malaysia itu aku dikejutkan dengan suara dan sentuhan lembut di bahu. Aku segera berhenti dan berpaling mencari suara yang begitu mencuit hati ini dan seorang perempuan berdiri betul-betul membelakangi ku.

" Ini Nadiakan? Terukir senyuman manis pada raut wajah yang cengkung itu. Aku pula! Bagaikan hampir luruh jantung! Serta merta babak kenangan lama kami hinggap di ingatan.

" Alin! Aku terjerit kecil, lantas kami saling berdakapan gembira tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Ada sebak yang tiba-tiba bertamu di dada ini. Lama kami berpelukan lama. Masih terasa kehangatan yang menjalar di segenap urat ku. Bagai hangatnya kasih yang kami bina hampir 10 tahun lalu.

" Apa khabar Nadia? Kau sihat ke?Dia masih menggenggam erat jemari ku. Aku hanya mampu mengangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum. Lidah ku bagaikan kelu, tak mampu untuk berkata-kata. Hanya air mata yang mampu meluahkan betapa pertemuan itu menjadi satu anugerah paling bermakna untuk ku.

" Bila lagi ada di KL? Aku menarik tangan Syazlin ke tepi. Rupa-rupanya beberapa ketika itu tanpa sedar kami telah menambahkan kesesakan kerana menghalang laluan orang ramai. Itu pun mujur aku cepat tersedar kerana terdengar bebelan beberapa orang yang lalu lalang di situ.

" Aku baru seminggu di sini. Ya Allah, tak sangka berbaloi juga aku datang ke sini...dapat jumpa kau! Dia terus menggenggam tangan ku sambil matanya masih bersisa air mata.

" Jom kita minum dulu...aku belanja. Aku menarik tangannya ke Coffee Bean yang kebetulan berhampiran saja dengan tempat pertemuan kami. Dia tersenyum dan menyoroti langkah ku.

*****************************************

Aku baru saja selesai solat Isyak bila lagu Januari dendangan Glenn mengejutkan sunyi ku. Ku alih pandangan ke arah jam di dinding. Baru jam 9 malam. Suara Glenn menjerit-jerit lagi, lantas aku bingkas bangun mencapainya. Tertera nama Syazlin di skrin. Aku tersenyum, baru petang tadi bertemu, malam ini dah telefon. Seperti dulu-dulu, tidak pernah kering idea kami bersembang, lepas satu...satu, lepas satu...satu!

" Nadia, buat apa tu? Kedengaran suara halus dari sana.

" Takde apa-apa, baru lepas sembahyang!

" Kau kat mana ni? Bising je dengar?

\"Nadia, kita jumpa boleh tak? Aku ada hal nak bincang dengan kau kejap! Aku mengerutkan wajah. Pelik juga bunyinya. Sedangkan baru petang tadi kami berbual panjang.

" Hal apa Alin cemas saja bunyinya tu? Aku cuba menduga.

" Tolonglah Nadia, penting sangat! Suaranya perlahan bagaikan merayu-rayu.

" Ok lah, kalau macam tu kita jumpa kat tempat semalam dalam sejam lagi! Aku memberi cadangan.

" Ok! Terima kasih Nadia! Ada nada ceria di suaranya. Tanpa sedar ada senyuman yang terukir di bibir ku bila tiba-tiba sahaja semua memori kami dulu berlegar di kepala.

" Ok. No hallah...kita kan kawan baik!"

" Ok! Klik. Syazlin mematikan telefon bimbitnya. Aku pula segera bingkas bangun dari tikar sembahyang dan mula berdandan seadanya.

*****************************************

" Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan Alin, kau patut lebih banyak bersabar jika masih sayangkan dia," ujar ku sugul sambil terus meneroka wajah pucat Syazlin yang semakin ketara cengkungnya.

" Entahlah Nadia, aku betul-betul bingung, tak tahu apa yang patut aku buat. Aku betul-betul kasihankan Sarah!" Aku mendongak menyorot ke mata Syazlin sambil mengerutkan dahi ku.

" Sarah? Siapa Sarah? Ada keluhan berat yang mengiringi pertanyaan ku itu, dia mendongak merenung ku sambil cairan jernih mula bergenang di pelupuk matanya.

" Anak kami Nadia, dia baru empat tahun, terlalu kecil untuk memahami semua penderitaan yang ditanggung mamanya ini!

" Syazlin! Spontan aku menarik jemari Syazlin dan menggenggamnya erat. Dalam sebak dia tersenyum tawar sambil mengangguk-anggukkan kepalanya dengan lemah.

" Aku perlu mencari dia Nadia! Kami perlu berbincang! Itulah sebabnya kau bertemu aku di sini!"

" Alin, aku tak tahu..!" Tiba-tiba Syazlin memotong kata-kata ku.

" Nadia! Aku sendiri pun tak tahu apa yang telah terjadi antara kami! Aku tak tahu di mana silap ku hingga dia sanggup meninggalkan kami tergantung tidak bertali seperti ini!

" Memang dasar jantan sial! Alin, kalau begini keadaannya...aku nasihatkan kau tinggalkan saja dia, bina hidup baru bersama Sarah! Syazlin hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata ku. Terima kasih Nadia..." Syazlin menggenggam jemari ku. Terasa kehangatannya!

" Untuk apa?

" Kerana tetap menyokong aku seperti dulu...!" Hanya senyuman tawar yang mampu aku berikan padanya.

" Kita sudah seperti adik beradik Alin, kau tahu kan aku tetap ada di belakang kau walau apa pun terjadi! Ku lihat Syazlin hanya mampu merenung jauh, entah apa yang difikirkan, mungkin mencari jawapan yang entah di mana pengakhirannya.

*******************************************

Hari itu tugas ku di pejabat agak memenatkan. Lalu aku putuskan untuk terus pulang ke rumah. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan getaran telefon bimbit dari dalam beg tangan yang tersandang di bahu. Apa lagi, sms lah tu...! Aku tersenyum sendiri apabila melihat mesej yang tertera di skrin.

Hi syg, abg confirm blk bln dpn, i really mis u – cyg, Ikmal

Aduh!! Tak sabar rasanya menantikan saat untuk dia kembali! Dalam pada itu, hati ku terasa berbunga bahagia. Empat tahun bukanlah jangka waktu yang singkat. Bahkan apa saja boleh berubah dalam waktu itu. Apatah lagi tiada paduan janji antara aku dan dia sebelum ini. Malah, terus terang aku langsung tidak pernah bermimpi untuk dipertemukan semula dengan kekasih hati ku itu.

Apatah lagi waktu itu kami sentiasa tidak mendapat peluang untuk mengenali satu sama lain. Walaupun belajar di universiti yang sama, kami jarang sekali dapat bersua wajah, Cuma ada kalanya kami terserempak dan hanya saling membalas pandang dan senyuman.

Mungkin juga waktu itu rasa malu masih menebal di dalam diri, hingga kami terpaksa memendamkan perasaan masing-masing. Ikmal... insan yang pernah cuba aku lupakan tapi hakikatnya mungkin jodoh kami begitu teguh untuk bersama.

Indahnya saat bercinta...tapi bila sudah berkahwin, lain pula jadinya! Tapi aku pasti Ikmal takkan sesekali mengecewakan aku, apatah lagi kesungguhan yang ditunjukkannya sejak kami bertemu semula lebih setahun lepas.

Tiba-tiba saja aku teringatkan Syazlin. Kasih pada teman ku itu tidak pernah pudar. Malah, tidak pernah aku terfikir untuk bertemu dia selepas lebih 10 tahun terpisah oleh keadaan waktu itu yang ketika itu begitu menghimpit.

Kasihan Syazlin, sejak dulu hidupnya sering dilanda derita, bermula daripada kematian ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika kami di tingkatan empat. Segala-galanya berubah mendadak. Dia terpaksa berpindah mengikut ibu saudaranya berpindah ke Johor. Sejak dari itu, bermulalah detik perpisahan kami.

Kini, dia dilanda masalah lagi. Namun, perempuan mana di dunia ini yang meminta untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang kaki perempuan dan kaki pukul seperti itu! Manis kala bercinta tidak bermakna ia akan kekal apabila bersama. Hakikat itu sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.

Menurut Syazlin, selepas dia berpindah ke Johor, dia telah berhenti belajar memandangkan ibu saudaranya tidak lagi mampu untuk menyara persekolahannya. Lantas Syazlin bekerja di kilang dan di situlah mereka bertemu dan seterusnya mengikat kasih dan mendirikan istana bahagia.

Akhirnya, perkenalan yang hanya tiga bulan itu telah diakhiri dengan ikatan janji untuk sehidup semati. Namun, semua itu menurut Syazlin cuma mampu bertahan selama dua tahun saja. Selepas Sarah lahir, semuanya mula berubah!

Ahhh...Segalanya masih segar di ingatan, tiap kenangan pahit dan manis itu yang pernah kami lalui bersama...bagaikan baru semalam ia berlalu. Kini, selepas mengetahui kisahnya itu aku benar-benar berang dan pada lelaki dayus itu.

" Cik minta tiket....

Tiba-tiba saja buih-buih kenangan itu terbang dan hilang begitu saja. Seorang lelaki gempal berkulit sawo matang berdiri di sebelah kerusi ku sambil tangannya di hulurkan kepada ku. Tiket bas bertukar tangan, setelah tiket ku dikoyak dia menghadiahkan aku sebuah senyuman sebelum berlalu begitu saja.

Pandangan ku tertancap kepada gelagat beberapa orang penumpang bas itu yang hanya ada beberapa kerat saja. Namun, ternyata ia cuma bertahan beberapa saat sahaja sebelum fikiran ku kembali terbang mencari babak luka yang tersulam di sebalik kenangan itu.

Masih terpahat di ingatanku tragedi pahit yang terjadi pada petang Ikmal akan kembali ke Malaysia selepas hampir sebulan dia di China.

Tidak dapat dinafikan betapa membuak-buaknya rasa rindu yang bermukim di jiwa ini dan cadangnya ingin sekali aku berkongsi momen-momen indah itu bersama Syazlin dan Sarah. Aku tersenyum sendiri... bolehlah aku perkenalkan Sarah pada Ikmal yang memang aku tahu begitu sayangkan kanak-kanak.

Selepas hampir setiap hari aku bercerita kisah dua beranak itu kepada Ikmal, dia juga ternyata teruja untuk bertemu Sarah, katanya si kecil itu bagai mengingatkan dia pada seseorang! Malah, jangan katakan Ikmal, si kecil itu pun sudah seperti anak ku sendiri. Semua permintaannya akan sedaya upaya ku tunaikan!

"Nadia, aku ingat nak balik Johor esok pagi, sudah hampir sebulan lebih aku di KL, tapi papa Sarah masih entah di mana. Aku rasa baik kami balik ke Johor dahulu, takut mungkin dia kembali ke kampung untuk cari kami," Syazlin mengelus rambut Sarah yang menari-nari ditiup bayu petang.

" Ikut suka kaulah Lin, Aku tak kisah pun kalau kau nak terus tinggal dengan aku kat sini. Sarah pun sudah seperti anak ku sendiri, lagipun aku nak perkenalkan korang dengan Ikmal!"

" Ikmal? Tiba-tiba Syazlin merenung tajam kepada ku. Aku tersenyum tawar melihat reaksinya yang tiba-tiba seperti orang kehairanan.

" Yelah, Ikmal yang selalu aku ceritakan tulah..." kata ku lagi.

" Ohhh... lelaki yang kau jumpa di universiti dulu tu!" Sengaja Syazlin memuncungkan bibirnya...Sarah cuma ketawa nakal melihat keletah mamanya. Aku turut tersenyum, sekadar berkongsi kebahagiaan sementara bersama insan-insan paling ku sayangi ini.

" Alin...sampai bila kau nak menunggu si Din tu? Tiba-tiba saja soalan serius terbit dari bibir ku. Syazlin juga ku lihat segera bertukar mood! Serius!

" Entahlah...aku masih sayangkan perkahwinan ini!

"...walaupun dia langsung tidak pedulikan kau dan Sarah?

Kau sendiri dah lama sedar lelaki jenis apakah dia tu!" Aku mendengus, bengang juga dibuatnya bila mendengar Syazlin masih terus mengharapkan lelaki bodoh itu!

" Aku masih percaya, Ikmal Shaudin masih sayangkan cinta kami, walaupun kebahagiaan itu hanya mampu bertahan untuk dua tahun. Tapi sekurang-kurangnya Sarah adalah bukti kasih kami berdua!" Ada nada sebak dari suaranya. Aku pula bagaikan terpana. Bagaikan kilat yang menyambar! Bukan kerana penangan ayatnya yang bisa tapi tatkala mendengar nama yang telah di sebut Syazlin sebentar tadi. Tapi tak mungkin segala persoalan yang tiba-tiba hinggap di kepala ku itu benar! Aku bagaikan tidak percaya!

Tiba-tiba aku dikejutkan sekali lagi dengan getaran telefon bimbit di genggaman. Ku buka dua sms yang masuk bertalu-talu itu...

Why ...

I luv u so much! Apa silap Mal?

Di luar yang tadinya basah dengan titis-titis hujan kasar kini sudah berganti gerimis. Bagai turut merasai kepedihan hati yang sedang mendera perasaan ini. Berbungkal dengan sebak dan rasa sayu silih berganti. Sebak kerana kehilangan tiga orang yang paling aku sayangi dari pandangan mata. Hanya air mata yang mampu meluahkan segala perasaan yang terbuku di dada dan semakin menyendatkan ini. Kami bertiga berpelukan erat. Sarah pula asyik merengek-rengek tidak mahu berpisah...

Walaupun perpisahan ini hanyalah sementara tapi bukanlah perpisahan ini yang aku tangisi! Ada titisan air mata yang jatuh. Aku melepaskan keluhan paling berat. Memang aku amat mencintai lelaki ini... tapi aku tak sanggup... Aku tahu keputusan ini bukan satu kesilapan dan aku pasti tidak akan pernah menyesalinya. Foto yang tersimpan rapi oleh Syazlin di dalam dompetnya yang ku temui secara tidak sengaja kelmarin ternyata menjawab segala-galanya...

Silap Mal hanyalah kerana Mal bernama Ikmal Shaudin!

Tap! Aku terus mematikan telefon bimbitku selepas menghantar sms itu...biarlah ia menjadi sms terakhir dan penamat bagi segala-gala yang berlaku. Bas yang ku naiki mulai bergerak, laju dan semakin laju meninggalkan kota yang curang ini! Di luar titis-titis gerimis kian berhenti.
posted by Penulisan2u @ 3:10 PG   29 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group