Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suasana gelap hanya diterangi lampu-lampu yang berwarna-warni, lagu rancak seiring dengar rentak tarian dan lenggok setiap pemuda dan pemudi yang ada di situ. Ada yang bergeser ada juga tangan yang mengosok sesame sendiri, ada yang separuh sedar dan ada yang masih tak sedarkan diri. "alaaa..Jo kau dah nak balik ke relaxlah baru pukul 2..malam masih muda" johan tersenyum, kepala Liyana yang terlentok di bahunya diusap perlahan. Gadis itu nampaknya hanyut dalam dunianya sendiri, maklumlah minum sampai 8 gelas. "aku nak hantar si liyana ni..kau tengoklah dah hanyut.." mata Zack memandang gadis seksi disebelah Johan. Betis yang keputihan membuatkan nafsu lelakinya bergocak hebat. "kau nak rasa dia ke malam ni?" "emmm..malaslah aku malam ni nak rehatlah..lagipun Liyana ni aku tak selera sangat" gelak tawa mereka kedengaran. Liyana turut tertawa. "kalau kau tak nak bagi dekat akulah" "haiii kau nak bekas aku ke?" "layan je.." "hishh janganlah aku dah janji dengan mama dia tadi nak hantar dia balik" zack hampa. Niatnya tak kesampaian. BMW hitam itu meluncur lagu meninggalkan kegirangan kelab bostam, dalam kepayahan matanya terpaksa dibukakan. Nasib baik mala mini dia tak minum banyak kalau tak mesti tidur hotel lagilah jawabnya. Liyana disebelah dipandang perlahan, tersenyum. Liyana datuk Mahmud seorang gadis yang berani, seksi ada segalanya cantik? Ya memang cantik. Malah sudah berapa kali wanita itu menawarkan tubuhnya tapi ditolak dengan cara baik. Entah kenapa dia bukanlah lelaki yang sampai merosakkan perempuan. Hidupnya hanya diserikan dengan perempuan dan minuman keras. Hari minggunya tak akan bermakna tanpa dua perkara penting itu. "haiiii…bangunlah rumah you dah sampai" "alaaa Jo, I tak nak balik..I nak tidur dengan you" "hahhh sudah jangan buat hal..turun" arah Johan. Hon kereta dibunyikan beberapa kali di depan rumah bangle 3 tingkat itu. Kelihatan seorang wanita tua berlari-lari anak mendapatkan keretanya. "Ambik dia ni Mak jah.." bisik Johan dalam keadaan separuh sedar. "Ya Allah" itu sahaja yang lahir dari mulut tua itu. Lalu memapah anak majikannya keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah. Laju kereta Johanmeninggalkan kawasan perumahan mewah itu. Dilihat jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Tiba-tiba keretanya dipandu perlahan, tak tahu mana lagi arahnya. Balik rumah? Hahhh Vila mewah itu bukan tempat yang menenangkan. Dia bosan tinggal di rumah seorang diri. Mama dan papa tak pernah ada. Kereta dipecut laju tanpa arah. *** "Qis tak tidur lagi?" "belum mak…" telekung ditanggalkan perlahan. hening malam ini membuatkan dia terasa sangat damai. Al-Quran disimpan kembali ke tempatnya. "mak tak tidur lagi?" "emmm..mak dahaga pulak itu yang terbangun" "mak nak air? Qis buatkan" Mak Munah tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan. Selama dia membesarkan siti nur balqis tidak pernah sekalipun anak itu menyusahkannya. Terlalu banyak yang berlaku tapi anaknya tak pernah merungut. Kesusahan dan kemiskinan hanya membuatkan anaknya tersenyum. "ayah belum balik mak?" "belum lagi Qis, biasanya masa ni dah sampai" hatinya mula berbunga risau. Tiba-tiba ketukan yang kuat dari arah pintu membuatkan mereka berpaling. Mak Munah melangkah pantas mendapatkan suara suaminya yang mengetuk pintu macam nak pecah. "Ya Allah siapa ni bang?" "entahlah, abang jumpa kereta dia kemalangan dekat depan simpang sana..teruk juga luka budak ni" "kenapa tak bawa ke hospital ayah?" "nak naik apa Qis? Tak akan nak pergi hospital dengan basikal ayah tu?" Balqis tersenyum. Betul juga kata ayahnya tak akan nak pergi hospital dengan basikal, tak mungkin ayahnya mampu. Tugas sebagai pengawal keselamatan membuatkan wajah tua itu Nampak begitu keletihan. "dah bawa dia masuk bilik nanti ayah panggilkan anak Pak Lebai si Lokman tu…dia kan Doktor" *** "weiii orang tua apa kau buat ni?" terasa sakit teramat sangat di kakinya. Rumah buruk ini dipandang lagi. Hishhh rumah jenis apa ni? kelihatan ada atap yang berlubang-lubang. Lantainya juga mengunakan tikar getah yang dah lusuh. Eiiii… "anak kemalangan..pak cik bawa balik rumah" "ini rumah ke reban ayam?" Pak Mail terkedu, Tiba-tiba masuk seorang gadis yang manis bertudung putih. Dia menatang segelas air dan sepinggan nasi. "ini ayah.." "makanlah nak ini sajalah yang ada" "apa ni? macam sampah" pantas pinggan itu ditepis kasar. Bulat mata Mak Munah melihat nasi bertaburan dilantai. Nafasnya turun naik. Geram. Balqis tersenyum. Dia mengutip kembali nasi dan lauk yang bertaburan. "balqis" "tak apa ayah qis ambilkan yang baru nanti" "ehhh apa korang buat dengan aku ni hah?? Aku nak balik…hantar aku balik..aku tak nak dudk dekat reban ayam ni rimas busuk.." "kaki anak cedera..nanti bila dah sembuh bolehlah balik" lembut bicara Pak mail. Ayahnya memang seorang yang sabar. Johan cuba bangun tapi tak berdaya akhirnya dia merepek seorang diri di dalam bilik usang dan kecil itu. 3 hari dia merasa sengal di kaki dan tangan selama itu juga dia dijaga rapi oleh tiga penghuni reban ayam itu. Wajah wanita itu dipandang sekali lagi. "ehhhh..kau tak faham ke aku kata tak nak?? Pekak ke?" "tak apa kalau awak tak nak tapi kalau kau nak makan awak ambil sendiri" Johan menjeling langkah wanita yang meninggalkannya. Hishh bilalah kaki aku ni nak baik? Boleh gila kalau terus duduk rumah buruk ni. perutnya berbunyi kuat. Lapar..pantas pinggan berisi nasi itu diangkat dan disuap laju ke mulut. "kalau awak nak solat saya dah letakkan sejadah dengan kain pelekat dekat atas meja tu" "hishhh kau ni tak bolehh diam ke? Rimas betullah perempuan ni, keluar..bodoh" Balqis terdiam. Dia tersenyum, malas nak memanjangkan lagi marah lelaki itu dia keluar dari bilik. Memang sejak masuk ke rumah ini lelaki itu asyik marah, marah dan marah. Wajah bengis sentiasa menghiasi irisnya. "ehhh…orang tua mana baju aku nak mandi..dan bau kambing, dahlah duduk reban ayam..nak suruh aku jadi apa?" mak munah mengurut dadanya terkejut dengan tengkingan Johan. Pantas dia menghulurkan tuala bersih ke arah anak muda ini. Nasib baik biliknya tak jauh dari bilik air kalau tidak alamat terpaksalah dia menahan sakit melangkah jauh. "boleh ke?? Nak mak cik tolong?" "tak payah..aku boleh jalan sendiri" dia meneruskan langkahnya. Berdenyut lukanya. "aduhhhh!!.." Mak munah berpaling. Cuba membantu tapi ditepi Johan. Dia tak mahu dipandang lemah. Dia berusaha sekali lagi untuk bangun. Tiba-tiba lengannya ditarik perlahan untuk bangun. Wajah Balqis tenang. Dengan lapik sehelai kain batik dia memimpin tangan johan hingga ke pintu bilik air. Johan terdiam. Hatinya ingin menolak tapi badannya menolak rasa hatinya. "hati-hati..bilik air tu licin.." pesan Balqis dengan senyuman. Tiada jawapan. Lelaki itu terus masuk tanpa mempedulikan Balqis dan Maknya. "siapa nama kau?" Tanya Johan sedikit kasar. "Siti Nur Balqis" emmm sedap namanya selembut orangnya bisik hati Johan. "aku johan, kau tak lemas ke duduk dalam reban ayam ni?" Balqis menoleh ke arah Johan. "walau dimana kita berada yang usulkan rasa adalah hati.. andai hati kita bahagia tak kisahlah kat manapun kita perasaan bahagia tu akan ada. Di sini hati saya dan di sini juga saya bahagia" panjang lebar jawapan Balqis membuatkan dia kembali kea lam nyata. "awak boleh keraskan suara awak untuk saya tapi saya minta tolong jangan buat perkara yang sama pada dua insane yang selama ini membahagiakan saya…" nipis saja sidirannya. Johan terpana kali ini wanita itu ibarat memberikan dia amaran. Alunan suara merdu yang mengalunkan ayat suci al-Quran membunuh lenanya. Dia bangun meluru ke bilik milik wanita itu. ingin menjerit supaya suara itu diam tapi mulutnya tiba-tiba terkunci. Kakinya seakan terpaku. Ada cahaya yang dari wajah yang bertelekung serba putih itu. Berseri. "awak nak apa? " "aku lapar" nada suaranya lemah. Kenapa begitu perlahan? Johan pelik dengan dirinya. Bukankah dia bangun untuk memaki hamun perempuan itu tapi kenapa tiba-tiba lain yang keluar?. Dilihat Balqis bangun dari sejadahnya. Dia berlalu ke dapur. Johan hanya mengekorinya dari belakang. Lincah tangan Balqis meletakkan nasi dan membuka tudung salji yang menutup lauk di atas meja. "mungkin awak tak biasa dengan lauk ini, saya minta maaf sebab inilah yang mampu kami sediakan untuk awak sebagai tetamu, mungkin dapat mengalas perut dari lapar" kata-kata Balqis membuatkan Johan terkedu. Diam. Lama terdiam akhirnya dia duduk membasuh tangan lalu menyuap laju makanan di depannya ke dalam mulut. Balqis tersenyum. Sekali lagi Johan tewas. Sepanjang dia makan Balqis hanya memerhati sedikit jauh darinya. "esok hari jadi aku..kalau aku dekat KL mesti dah buat majlis besar-besaran" "ya..bertuahlah awak.." "aku memang dilahirkan bertuah, apa yang aku nak semua dapat…petik jari semua dapat" "awak dah telifon keluarga awak?" "untuk apa?" "beritahu awak ada di sini..kalau tak esok mesti mereka risau" "papa dan mama ke paris…tak mungkin mereka ingat aku dekat sini" sedikit sayu ucapan akhirnya. Tiba-tiba hatinya sebak. Sayu. "mama dengan papa tu memang tak guna!!" jeritnya perlahan. Balqis tersentap, bukankah tadi dia merasa bertuah kenapa tiba-tiba nak marah?’ "dahlah tak selera aku nak makan..tak sedap langsung" Johan meninggalkan ruang dapur yang sempit. Bukan dia tak selera tapi airmatanya terasa ingin jatuh. Tak mungkin dia akan menangis di depan wanita miskin itu. Malam itu tidurnya tidak sejenak selalu, tubuhnya terasa panas, kakinya terasa sejuk. Dia berpusing ke kiri berpusing ke kanan. Mulutnya mengerang kesakitan. Kepalanya berdenyut kuat. Mak Munah masuk ke dalam bilik, apabila mendengar panggilan ‘mama’ dari mulut anak muda itu. "Ya Allah demam budak ni" "kenapa Nah?" "budak ni demam bang" "Ya Allah pergi ambil air asam jawa..panas sangat ni" Bergegas mak Munah keluar mendapatkan apa yang diminta oleh suaminya, dia masuk semula ke dalam bilik. Kepala Johan dibasahkan dengan air asam jawa, tuala basah diletakkan di dahinya. "mama…mama johan sakit.." Mak Munah memandang ke arah suaminya. Pak Mail hanya memandang sayu, budak ni tak dapat kasih sayang sebenarnya. "mama…..mama.." Tangan mak Munah masih digenggam erat. Terasa dia memegang tangan seorang ibu. Matanya masih terpejam. Dahinya berkerut menahan sakit. Pagi itu johan terasa segar. Dia meraba tuala kecil yang terletak di dahinya. Air di sebelahnya dipandang. Tiba-tiba terselit satu perasaan sayu. Sedih yang teramat sangat. Rasa berdosa? Dosa? Tahukah dia erti dosa?, johan melangkah keluar dari bilik. Kepalanya masih sedikit sakit. Perlahan. Langkah terhenti apabila mendengar suara tawa dua beranak di ruang tengah. Si ibu sedang duduk dan anak sedang bersandar manja di bahunya. "selamat hari lahir sayang mak ni" diusap lembut pipi Balqis. "tahun ni balqis nak hadiah apa?" mak munah bertanya..mungkin untuk sedapkan hati anaknya, walhal sebelum ini tiada apa yang mampu diberikan untuk membahagiakan anaknya. Balqis juga tak menyambung pelajarannya kerana mereka tidak mampu. "emmm…balqis nak banyak…" "banyak?? Apa?" Mak munah sedikit terkejut, apa yang diinginkan anaknya? "banyak dan lebih banyak kasih sayang mak dan ayah…." Wajah itu dipandang lama…setitis airmata ibunya jatuh dipipi pantas diseka. "mak jangan menangis sebab balqis, Qis tak sanggup nak merenangi lautan nanti bila di sana" berharganya airmata ibu. Betapa berdosanya jika seorang anak membiarkan airmata ibunya jatuh. Johan menyeka airmatanya. Dia menangis?? Tapi kenapa?..ada sendu yang berlagu..adakah mama akan memeluknya begitu? Mama? Hah tak mungkin..baju mahalnya bernilai beribu ringgit tak mungkin dikotorkan dengan airmataku. Dia melangkah perlahan mendapatkan dua beranak itu. Jelas wajah terkejut Mak Munah dan balqis. Dia duduk mengadap Mak munah. "mak cik..saya…saya…saya minta maaf….." tangan tua itu dicapai..dicium lembut. Mak munah pada awalnya terkedu tapi akhirnya tersenyum. Diusap perlahan rambut hitam lebat anak muda didepannya. Kasihnya jatuh pada mata bundar itu. Kasih seorang ibu. "sudahlah Nak…makcik tak pernah marahkan Johan…jangan menangis" "mak cik boleh Johan baring atas riba makcik.." airmata mak munah kembali bergenang. Permintaan itu ibarat satu pengharapan di matanya. Balqis menjarakkan dirinya. Matanya masih melihat aksi pemuda itu baring di ribaan ibunya. Sayu. "mak…maafkan Johan.." itu saja yang kedengaran sayu…" mak munah mengangguk lagi tangannya membelai lembut. Ya Allah kau berikan aku kurniaan yang tak terhingga. Terasa kehadiran adiff anak sulung yang dah lama pergi datang kembali. Pak mail di muka pintu menyeka airmata yang mengalir di wajah tuanya. Tentu sekali jika adiff ada sudah sebaya dengan johan. Mesti dia sudah mampu tersenyum bangga dengan kejayaan anak sulungnya. Tapi tuhan lebih menyanyangi anaknya. Anakku tenanglah kau disana….. Johan sudah membersihkan badannya. Baju milik pak mail dan kain pelekat tersarung di tubuhnya, tak sangka dia akan berpakaian begini. Kehadiran balqis mengejutkannya. Wanita itu hanya berbaju kurung kuning dan bertudung warna yang sama. Nampak sopan di matanya. "ini untuk awak.." satu bungusan bertukar tangan. "selamat hari lahir" ucapnya lembut. "tak sangka kita lahir hari yang sama…" itu saja yang mampu diucapkan johan. Dia melihat senyuman manis di wajah Balqis. "tapi saya tak ada hadiah untuk awak.." ada sedikit kesal di hati johan. "tak apa hadiah saya adalah bila awak guna dan pakai hadiah saya tu dengan baik" Wanita itu meninggalkannya dengan seribu tanda Tanya. Perlahan tangannya membuka balutan bungkusan yang diterima. Luruh airmatanya. Al quran dan tasbih itu dicium lembut..Ya Allah..terlalu jauh aku padamu…bisik hati kecilnya. "ayah banyak lagi ke ni?" Tanya Johan. Panggilan itu membuatkan Pak Mail tersenyum. Terbayang Adiff yang selalu memanggilnya. "emmm ada lagi 10 pokok…tak apalah itu kita sambung esok-esok" peluh yang meniti di dahinya dikesat dengan tuala kecil. Memang dia tak ubah seperti pekebun sekarang. "ayah marilah kita balik, lagipun sikit lagi nak zohor dah ni" "Alhamdulillah…" ucap pak mail lembut, 3 bulan dia mengajar erti hidup kepada anak angkatnya itu. Kini dia mampu berbangga dengan hasilnya. Syukur kepadaMu Ya Allah. "marilah mesti mak kamu dah masak…" *** "awak tak pernah marah dengan apa yang saya buat sebelum ini?" "kenapa pulak nak marah?" "sebab selama ni saya…." "tak ada insan yang tak melakukan kesilapan, mungkin ada hikmah atas segala yang berlaku pada awak" "maksud awak?" Johan bertanya lagi. Benarkah wanita ini tak pernah marah dengannya? "kemalangan itu membawa awak jauh datang ke teratak buruk saya..luka di kaki awak membuatkan awak berehat dari cara hidup lama awak yang awak sendiri tak sedar selama ini adalah salah, itulah hikmah yang kita boleh Nampak" "Islam bagi saya hanya pada kad pengenalan, 27 tahun saya hidup tak pernah saya terfikir untuk solat…" "sekarang?" "keluarga awak banyak menyedarkan saya, bangun dari satu mimpi yang paling ngeri dalam hidup saya, tak tahu macamana nak berterima kasih pada awak sekeluarga" "kasih kita hanya padaNya, kerana segala yang berlaku dalam Hidup kita adalah skrip dariNya dan Dia juga pengarahnya" Johan mengangguk perlahan, terbayang saat dia bergelumang dengan dosa yang teramat besar. Ya Allah kau mohon ampun padaMu..moga kau terima taubatku. "kenapa awak suka senyum?"Tanya Johan. "kan senyum tu sedekah" "tapi kalau Balqis selalu senyum macam tu..nanti ramai lelaki yang akan tergoda" ucapan Johan membuatkan Balqis tersenyum lagi. "setiap apa yang kita lakukan niatlah kerana Allah, kerana niat itu akan membuatkan kita sentiasa dilindungi" Johan tersenyum istimewanya gadis ini. "jadi sampai bila nak bersedekah?" "maksud awak?" "senyum tu….?" "sampai hujung nyawa…mungkin masa tu tiada siapa yang akan menangis sebab lihat saya senyum" johan tersenyum. Rasa kasihnya seakan melimpah kepada wanita di depannya kini. Jatuh cintakah aku?? Lama dia mendiami rumah usang ini. Terdengar lagi hinaannya kepada rumah ibarat syurganya ini. Macamana aku boleh terfikir meletakkan kau setaraf dengan reban ayam? Johan berkata sendir sambil memandang kea rah rumah milik Pak Mail sekeluarga. ‘Dia bahagia di sini kerana hatinya disini’ ucapan Balqis bergema kembali. Dia tersenyum. Mungkin hatinya juga disini. Balqis memerhatikan laut yang terbentang luas, cantik. hatinya tak pernah berhenti melafazkan syukur kerana diberi peluang melihat laut itu. Dari kecil laut inilah yang menjadi temannya. Johan dan "suka laut?" "emmm….laut membuatkan saya sedar bertapa besar kebesaranNya, awak nampak garis antara langit dengan laut tu?" "Nampak.." Johan melihat arah yang ditunjukkan oleh Balqis. "awak pernah fikir tak berapa jauh garis tu?" "entah.." johan tersenyum dengan jawapannya. Wajah Balqis ditatap kembali. "emmm kalau awak selalu ada dekat sini awak akan rasa betapa cantiknya garisan tu…" itu sahaja jawapan yang lahir. Johan memandang semula kearah yang dimaksudkan, berkerut dahinya memikirkan apa yang diucapkan oleh Balqis. Tak faham lagi apa yang dimaksudkan. "awak tak nak balik?" "awak halau saya?" "bukan macam tu..tapi kehidupan awak bukan di sini, bukan dirumah buruk saya tu" "Balqis…dirumah buruk awak tulah saya dapat kehidupan saya" "tapi awak banyak tanggungjawab yang perlu awak selesaikan.." "saya ada satu lagi tanggungjawab yang harus saya selesaikan di sini.." johan tersenyum. Segalanya sudah dimaklumkan kepada papa dan mama semua niatnya telah dinyatakan dan seperti biasa ‘it up to you baby’ jawapan ringkas mama. "apa dia?" "awak.." "apa maksud awak?" balqis cuba menenangkan dirinya. Walaupun mata Johan tidak memandangnya tapi getaran hatinya sangat hebat ketika itu. "saya seorang lelaki yang serba kekurangan terutamanya dalama melindungi maruah seorang wanita, kalau dulu wanita saya letakkan di tahap yang paling rendah, bagi saya tiada wanita di dunia ini mampu menundukkan Tengku Johan aliff. Tapi hari ini saya terasa tersungkur dengan rasa hati. Bukan kerana rasa cinta yang lemah tapi kerana bisikan cinta yang bertambah. Siti Nur Balqis sudikan awak menjadi Isteri, teman dan sahabat saya seumur nafas saya?..sudikah awak menjadi tangan yang memimpin saya hingga ke hujung nyawa" ucapnya tenang. Tiada jawapan dari mulut wanita itu, yang kedengaran hanya ombak menghempas pantai. "berikan saya masa kerana saya tak mahu cinta yang melebihi cintaNya" Mungkin ini suratan yang ditakdirkan. Lama hati ini melonjak rasa, namun takut, johan menyimpan rasa siapa dia untuk memiliki gadis sesuci ini? Siapa dia untuk memahami setiap bicara lembut yang lahir dari insane yang bernama Siti Nur Balqis. Tapi bisikan Cinta kerana Allah membuatkan dia berani melafaz kata. Dia yakin andai dia tercipta untukku dan hanya aku yang akan memilikinya. "Qis buatkan abang air..hauslah" rungut Johan, mukanya berpeluh-peluh. Tak pernah seumur hidupnya memegang cangkul tapi hari ini dia Berjaya menanam 3 anak pisang. "berapa abang dapat hari ni?" "emmm banyak juga 3 pokok" jawab johan dengan bangga. Senyumannya lebar, tapi kemabli mati mendengar ketawa kuat wanita kesayangannya. Kini dia sudah menjadi tunangku dan dalam masa terdekat ini kami akan menjadi suami isteri, ikatan yang selama ini sentiasa dinantikan. "amboiii…Qis gelakkan abang nak kena ni" Johan bangun dari duduknya cuba mengejar Balqis, bergema gelak tawa mereka. "mak tengoklah anak dara mak ni sesuka hati mengata Jo" adu Johan persis anak manja. "alaaa….manjanya dia" perli Balqis, dia tersenyum bahagia. Mak Munah hanya tersenyum, kebahagiaan anaknya adalah segala-galanya. Walaupun berketak orang kampungnya kerana membiarkan tuning anak tinggal serumah tapi dia dan suaminya tak pernah ambil kisah, dia kini bagaikan dikurniakan seorang anak lelaki. Malah sikap dah perubahan Johan membuatkan naluri keibuannya bertambah sayang. "Qis tahu tak apa yang paling mengembirakan abang?" "apa dia?" senyuman yang sama membuatkan dia terpana. Terima kasih Ya Allah… "saat Qis terima lamaran Abang…saat Qis menyatakan Ya pada kasih dan saying abang" Balqis tersenyum. Dia mengangguk perlahan. Solat istikharah yang dilakukan menunjukkan inilah pilihan yang paling tepat. Bukan kerana rasa yang terbit tapi kerana inilah takdirnya. Mereka mengambil tempat di atas sebuah batu. Seperti selalu Johan akan menjarakkan duduknya, itulah yang dia pelajari dari balqis, cinta pada Tuhan adalah jalan cinta teragung. "qis abang Tanya sikit boleh?" "boleh.." "sejak bila Qis sedar yang Qis cintakan abang" "perlukah qis jawab soalan abang tu?" "mungkin bagi qis tak penting tapi bagi abang jawapan qis akan membuatkan hati abang tenang" "cinta qis pada abang saat abang tunduk membaca Alif..ba..ta..di depan ayah, sayang qis tumpah saat abang mula mengimamkan solat jemaah dan kasih Qis bercambah saat abang memilih Qis kerana Allah" tenang jawapan itu..hah dialah pilihanku. Johan memejamkan matanya perlahan. Dia tercipta untukku. Mereka berjalan melintasi jalan, sama-sama tersenyum. Persalinan untuk majlis membatalkan air sembahyang sudah ada di tangan Balqis. Tak lekang mulut Mak siti memuji kecantikan Balqis saat menyarungkan baju berona putih itu. Wajahnya Nampak bersih memekarkan lagi cinta di hati. "alamak kunci kereta tinggal dekat kedai Mak Siti" rungut Johan. "emm..tak apalah abang, Qis tolong ambilkan..abang tolong pegang baik-baik baju ni nanti tak sempat pula Qis nak pakai" "ok sayang, abang tunggu dekat kereta" "Siti Nur Balqis sayang abang.." kata-kata itu terdengar di telinganya. Balqis mengundur perlahan dengan senyuman. Dummm!!!…jeritan break kereta membuatkan Johan berpaling. Ada tubuh yang terdampar lesu di tengah jalan. Beberapa orang mengelilingi cuba membantu. Johan terpaku. Kosong. Hanya tangan terkulai dengan jari manis bersarung indah cincin pertunangan mereka kelihatan. "BALQIS!!!!!"…..pandangan gelap. *** Lama dia berteleku di sejadah. Setitis airmatanya jatuh membasahi pipi. Tangan diangkat ingin memohon….. Ya Allah andai rindu ini milik kekasihku kau lindungilah Rinduku padaMu Ya Allah andai kasih ini melebihi hati kau berkatilah kasihku padaMu Ya Allah andai dia tercipta untukku kau lindungilah kasihku PadaMu Ya Allah andai hati ini seakan berubah kau kembalikan aku kepadaMu Andai kasih ini melebihi diriMu ku mohon kau ampunkanlah diriku… Kau lindungilah kasihku seindah kasihku padaMu Kau kasihi hatiku kerna Hati ini MilikMu. Amin… Matanya dipejamkan perlahan. Wajah Siti Nur Balqis menjelma lagi. Senyumannya membuatkan hatinya terasa amat rindu. Sakitnya YA Allah.. ‘bisikan doaku pada butiran tasbih, kupanjatkan pintaku padaMu Maha cinta, sudah diubun-ubun cinta mengusir resah, tak bisa kuterpaksa walau hatiku menjerit’ lagu kesukaan Balqis meresap masuk ke jiwanya. "cintailah DIA lebih dari segalanya kerana cinta DIA terbitnya rasa cinta" kata-kata Balqis sekali lagi membuatkan airmatanya mengalir. Moga hatinya kuat menahan rindu ini..Qis, abang dah Nampak bertapa cantiknya pertemuan pantai dan langit. Indah. Moga kau dicucuri rahmat sayang….Zikirku hanya kerana cinta, Zikirmu mengajar aku erti kasihMu. Terima kasih Qis. Perlahan dia melangkah meninggalkan pusara. Abang sayang Siti Nur Balqis.
Nukilan kecil: dyadila Rupa yang cantik tiada nilainya andai akhlak mulia entah kemana, Susuk tubuh yang cantik menggoda tiada bernilai andai auratnya terbuka, Tutur kata yang manja yang boleh mencairkan sang jejeka tidak bermakna andai hilang jujurnya. Namun andai wanita ...itu baik akhlaknya, taat pada ALLAH dan RasulNYA, banyak amalannya dan jujur pada tutur katanya itulah yang akan membuatkan wanita itu lebih cantik dan menarik. Wallahu
"happy birthday Sya!!" aku yang baru sahaja masuk ke dalam kelas di kejutkan dengan Jeritan beramai-ramai rakan sekelas ku. Aku tersengih.. ingat juga mereka dengan birthday aku. "wish tu... wish jugak, hadiah aku mana??" aku menadah tangan, meminta bahagian ku sebagai orang penting pada hari ini. "ceh, orang dah wish nak hadiah lagi ker??" aku tergelak melihat wajah rakan-rakan ku, lucu. Juliana dan Idayu sedang mengorek isi beg mereka lantas mereka aku dekati... "cepat la... mana hadiah aku nie.." aku mencapai hadiah yang dihulurkan mereka. Aku sudah tidak sabar-sabar hendak membuka hadiah yang dibalut dengan bungkusun yang berwarna ungu.. "wah!! Terima kasih ek.." aku melompat-lompat keriangan.. gelagat ku di perhatikan oleh semua rakan kelas. Budak lelaki hanya ketawa melihat perangai ku. Aku memandang mereka tajam! Ha! Nak tagih dari budak lelaki lagi.. "yang korang gelak-gelak kenapa? Budak perempuan dah bagi hadiah, korang lagi! Mana hadiah aku?" serta merta gelak budak lelaki terhenti. Mereka berpandangan sesame sendiri. Aku menadah tangan lagi.. "tik..tok...tik...tok..." aku seolah-olah mengira detik, dia semakin kalut.. he..he... kami sekelas tidak ramai, hanya 28 orang, 18 lelaki 10 perempuan, antara semua perempuan aku yang paling banyak kerenah! Budak lelaki gelar aku ‘miss C’. C tu maksudnya cerewet.. aku tak kisah dorang nak gelar aku apa, sebab nie tahun, tahun terakhir kami bersama. Hujung tahun nie SPM dah mula, tak salah aku nak bermanja dengan dorang semua sebab belum tentu aku akan berjumpa dengan dorang lagi... "ala kami lupa, kau minta la dengan si Awafiz tu.." mereka menunjuk kearah Awafiz, satu-satunya lelaki yang paling buat tak endah dengan aku. Aku memeluk tubuh memandangnya, dengan lagak ala seorang model aku berjalan kearahnya yang sedang membaca buku kimia. Gerak geri ku mencetuskan gelak ketawa budak lelaki.. "hui!!" aku menghentak tangan ku di meja membuatkan dia terkejut. "ada apa Miss C?" aku mencebik bibir. "nie hari kan birthday aku, mana hadiah aku???" aku menghulur tangan. Dia memandang ku. Jujur aku cakap, memang aku menaruh harapan padanya... tapi entah la, dia dah ada girlfriend, Siti Sazwani satu kelas kami jugak. "sorry la, aku belum beli.. dan tak tahu pun nie hari birthday kau.." aku mencebik,kemudian menjeling!! "yala tu.. wek!" aku menjelir lidah padanya kemudian aku berlari kearah budak-budak perempuan yang lain. "geng jom kita pergi kantin, aku belanja.." aku dan budak perempuan yang lain bergerak meninggalkan kelas, sempat lagi aku menjeling kearah Awafiz yang sedang melambai kearah Sazwani.. hu..hu..cemburu tau aku... tapi aku akan simpan perasaan ini jauh di dasar hati ku. Keesokan harinya, aku masih menerima hadiah. Aku senang di berikan hadiah, hari ini Sazwani tak hadir, aku duduk diam sedang buat Add Maths. Kejap-kejap aku menggaru-garu kepala. Susah betul soalan ni.. aku mengeluh seketika. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Em.... semua orang tengah sibuk belajar, kelas nie sunyi jer... aku rasa bosan! "Ha!!!" tiba-tiba aku menjerit! Membuatkan semua orang dalam kelas terkejut beruk! "woi!! Apa sal kau nie Miss C? Tiba-tiba menjerit! Mati terkejut nanti kami nie!" Yazin menegur ku, aku tersengih, aku tahu aku salah.. "sorry ya..." aku meminta maaf. "apa kata kita pergi kantin, kita makan!" aku member cadangan, semua mata di kelas memandang ku.. "Miss C karang nie belum waktu rehat. Nak kena cekup dengan Pengetua keluar bukan waktu rehat?" aku menjeling Andi Razif! Ceh, mamat nie.. kalau aku beli makanan dia juga yang makan lebih. "ala.... korang nie... aku boring tau buat add maths sendiriran.. dah tu aku lapar la.." aku memeluk tubuh ku. Hu..... dorang nie tak sporting. "jom aku teman kan." Tiba-tiba Awafiz sudi menemani ku. Aku terkejut, tidak biasanya dia menerima apa sahaja idea ku. "ok" aku tidak berniat jahat, tidak pun ingin merampas Awafiz dari Sazwani.. kami Cuma kawan biarlah perasaan ini aku simpan sendiri.. "aunty, nak sosej dua." Aku memanggil aunty kantin. "boleh tak suara kau tu kau bagi slow sikit. Sakit telinga aku." Aku menjuihkan bibir ku. "yang kau banyak komen nie kenapa.. dah memang aku macam nie.. nak wat macam mana...kalau aku tak macam nie.. bukan Syadira la..." aku menunjukkan tanda nama ku padanya. "ala tak payah tunjuk aku dah tahu.." eleh mamat nie... "oi! Sekarang nie bukan masa rehat! Buat apa pergi kantin sekarang?" alamak!! Kantoi dengan penolong pengetua. aku ingin cabut lari, tapi Awafiz masih kaku di tempatnya.. "eh..jom la lari, sementara masih jauh tu.." aku manarik-narik tangannya. "kita dah buat salah, menyerah jer la.." aku terlopong, apa sal lelaki nie... aku menggeleng kepala banyak kali. Tidak!! Aku nie syadira! Tak mungkin aku nak menyerah! "kalau kau nak kena hukum, kau pregilah menyerah, aku nak lari bye.." aku ingin megatur kaki seribu, tapi..... Awafiz menahan tangan ku. Ku tarik-tarik.. "o... ada hati nak lari ya.." aku terlambat.... Encik Alias dah pun sampai, sempat telinga ku di capainya. Aku merengek kesakitan.. "cikgu... sakit la...." aku menahan sakit di telinga ku.. rasa nak nangis jer... nie semua gara-gara Awafiz!! Awafiz aku takkan maafkan kau!! Aku menjelingnya yang ada di sebelah ku. "tau sakit! Kenapa curi-curi pergi kantin! Masa rehat lagi sejam! Kau dah berapa kali kena tangkap pergi kantin? Ha! Syadira kau tu perempuan, tapi perangai maacm budak-budak! Yang kau ajak budak baik macam Awafiz nie ikut jejak kau buat apa?" cikgu membebel... aku diam sahaja, menyimpan dendam untu Awafiz.. Awafiz memandang ku serba salah, aku hadiahkan jelingan yang paling tajam untuknya. "buka saya yang ajak dia.. dia yang nak pergi sendiri.." aku membela diri, memang betul bukan aku yang mengajaknya! "nak melawan lagi ya!! Sudah!! Kamu berdua kena denda berdiri bawa panas sambil pegang telinga. Kau pegang telinga Awafiz, Awafiz pegang telinga kamu! Pergi kat padang sekarang!!" aku lega, telinga ku dah di lepaskan, tapi hukuman Encik Alias membuatkan biji mata ku hampir keluar.. ceh!!! Bukan main lagi hukuman dia.. "tu la kau!! Kalau kau tak atahan aku tadi... aku dah boleh lari, tengok telinga kau dah nak putus nie..." aku membebel, dia hanya diam dan tersenyum-senyum. Dia hanya memegang telinga ku lembut, aku memagang telingannya macam nak bagi putus, tapi dia buat tak tau jer.. "ala dah salah tu terima jerlah hukuman.." aku merenungnya. "kau cakap senang!!! Aku nie terkenal dengan perangai ku yang nakal dan pandai lari dari kena denda.. gara-gara kau, kau dah hancurkan reputasi aku sebagai seorang ‘penjahat’ dalam sekolah nie!!" aku semakin memulas telinganya.. "ceh reputasi konon.... bagus la tu kau kena denda... jadi boleh la sedar-sedar sikit.. SPM tak lama lagi..jangan la nakal-nakal...cukup-cukup la tu.." mamat nie bagi nasihat dengan kau ker?? "kalau aku tak nak sedar?" aku mencabarnya...dia hanya senyum penuh makna. "terpulang la dari kau Miss C"
Keesokan harinya. Aku tak bertegur dengan Awafiz, Sazwani menghampiri ku. "kemarin kau dengan Awafiz kena denda ek?" aku mengangguk, buku fizik di hadapan aku tutup. "em.. kena tangkap basah dengan si Alias tu.." aku ketawa. Sazwani merenung ku. "kau suka dia?" aku terdiam, kalut! Setahu aku, isi hati ku tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa pun.. "tidak la. Kenapa cakap macam tu?" "saja jer..." aku mengangguk, ala tak mungkin Sazwani tahu isi hati ku, lagipun aku tidak berniat untuk merampas Awafiz daripada dirinya. Rehat tu aku tak makan, aku duduk dalam kelas. "tak makan ke Miss C?" ebdazif mendekati ku. "tak" aku hilang mood entah mengapa. "kemarin orang belum rehat kau dah nak makan, karang nie...orang rehat tak nak makan pula." Yazin datang menyakat ku. "suka hati bapa tiri aku la nak makan ker tidak." Aku berdiri, berjalan kearah papan putih. "sejak bila kau ada bapa tiri..setahu aku kau tak da bapa tiri..ha..ha.." aku memegang pemadam papan putih itu erat-erat. Kalau kena kat dahi Yazin nie baru dia tau.. "gelak la.. baboon!" aku mengejeknya kembali. "aku baboon kau tu singa betina!!" sepotan sahaja aku lempar pemadam papan putih kearah Yazin. Aku dapat 100 markah, sebab lemparan ku mengenai sasaran yang ku target tadi.. "woi! Jangan la main kasar!!" Keadaan di kelas jadi heboh. Aku dan Yazin bertengkar. "sudah la tu Yazin. Dia tu perempuan!" Awafiz cuba menenangkan Yazin, aku tidak gentar pada Yazin yang bertubuh besar itu. "kau ingat aku takut!! Jom la kita bertumbuk." Ajak ku membuatkan keadaan makin gamat. "sedar la sikit! Kau tu perempuan.. beperangai macam lelaki!! Tu la tak da lelaki suka kat kau! Kasar! Singa betina!! Nak harap muka jer lawa, tapi kalau perangai macam lelaki jangan harap la ada orang nak kawin dengan kau!" aku terasa dengan penghinaan Yazin itu, serta merta aku menitis kan air mata. Malu di hadapan Awafiz, Yazin berkata begitu.. benar kah apa yang di katakan oleh Yazin??? Aku berlari.. meninggalkan kelas.. "Syadira!!" kedengaran suara Awafiz memanggil ku. Tidak ku endah kan.. aku berlari...dengan kesedihan di hati ku...
"hey, sudah la tu.." entah dari mana Awafiz muncul menghulurkan tisu kepada ku. "patut la tak da budak lelaki syok kat aku.. rupanya.. aku nie kasar kan.." aku mengesat airmata ku.. "apa kau merepek nie.. dalah.. jom masuk kelas." Aku sedar, tidak sepatutnya hal kecil ini menguris perasaan ku. Kan selama nie aku yakin Jodoh tu di tangan Tuhan. Aku berdiri, dan cuba untuk tersenyum. "kan bagus macam tu la senyum.." "nah! Untuk kau." Awafiz menghulurkan sesuatu pada ku. Aku tersenyum! Yes ada hadiah lagi.. aku mengambilnya..e.... apa benda yang Awafiz bagi nie.. hodoh!!! "cantik kan.." aku tak tahu hendak jawap apa.. "ya..ya.. cantik.." aku berbohong, aku memandangn gantung-gantung berwarna hitam, berbentuk pelik, dan kalau di lihat seperti lembu.. "haiwan apa nie?" aku bertanya padanya. "lembu" ha!!! Gantung-gantung lembu?? Tak waras ker lelaki nie?? Aku menggaru-garu kepala ku yang tidak gatal.. e..hodohnya...
Di dalam kelas, aku tidak menunjukkan kepada sesiapa pun pemberian Awafiz, malu. Sebab hodoh!! Aku meletakkan gantung-gantung tu di kotak pencil ku. Aku menenungnya seketika.. lembut tanpa mulut.. aku tersenyum sendiri, aku mengambil pen merah dan melukis susuatu diatasnya.. kemudian aku ketawa sendiri..ha..ha....ha... aku buat lembut tu ada mulut. Siap pakai gincu lagi...tambah hodoh tapi kali nie melucukan..
Enam tahun sudah berlalu... Aku menerima kad jemputan dari Sazwani.. dia nak kawin. Aku tengok kat dalam kad tu bukan nama Awafiz sebaliknya Yazin.. aku ketawa.. tapi apa dah jadi dengan Awafiz.lelaki itu sudah tidak pernah kedengaran kabarnya. Menyepi begitu sahaja... Akulah orang yang paling lambat datang, sebab aku kena meenghantar ibu ke rumah mak long.. barulah aku ke kenduri Sazwani. Kami sekelas berkumpul di satu meja.. bagaikan tidak percaya, kini mejoriti daripada kami sudah pun berumah tangga dan semua sudah ada pasangan..kecuali aku la yang masih single.. "Sya!! Apa nie.." kunci kereta ku berada di tangan Idayu. Dia melihat gantung-gantung lembu yang suatu ketika dulu pernah di hadiahkan oleh Awafiz pada ku... hadiah yang paling hodoh yang pernah aku terima. "entah.. kau teka la.." aku ingin bermain teka teki bersama mereka.. mereka memusing-musing gantung-gantung itu, kemudian gantung-gantung lembu itu menjadi topic hangat di meja kami.. "nie lembu." Tiba-tiba suara Awafiz muncul dari belakang, aku terkedu.. alamak kantoi... "ha.. kau cakap lembu baru aku perasan ini lembu.." Idayu ketawa, lucu benar dia melihat gantung-gantung ini... "kenapa lembut?" Juliana bertanya pada ku. Aku menjungkit bahu, mana la aku tahu.. bukan aku yang beli benda hodoh tu.. Persoalan itu aku biarkan sepi. Aku tidak tertarik untuk menjawapanya, lebih-lebih lagi ketika Awafiz merenung ku dari jauh. Aku melihat senyuman di wajah Sazwani, aku berdoa agar dia bahagia.. dan aku bila lagi nak bahagia.. "Miss C kau buat apa karang nie.." Ebdazif menyoal ku, mungkin melihat aku yang sudah lama berdiam diri.. "aku mengajar kat sekolah menengah." Jawapan ku menjadi perhatian mereka. Mungkin mereka yang lain juga ingin tahu perkembangan ku. Setelah makan-makan, aku ingin pulang.. terasa letih tapi gembira.. "aku nak pulang dulu..bye.. ada masa hubungi la kau ya.." aku meminta diri pada mereka semua dan kedua pengantin dan berlalu pergi. Sebaik sahaja keluar dari dewan, aku terlihat Awafiz sedang bersandar di kereta ku. "ada apa?" aku tersenyum memadangnya. "tak da apa-apa, boleh tumpang aku tak." Aku pelik, nak tumpang??kereta dia mana? "apasal pulak, kereta kau mana?" "rosak, cepat la.." aku membuka kereta bila dia mendesak. Ada-ada sahaja lelaki nie.. Dalam kereta kami berdua berdiam diri. Aku letih, lelaki ni pula macam dah nak tertidur.. "kenapa kau bagi aku gantung-gantung lembu?" tiba-tiba soalan Juliana tadi terlintas di fikiran ku.... "ada la simbolnya...yang kau coret mulut kat lembut tu wat apa?" aku tergelak.. memang dengan adanya mulut kat gantung-gantung tu membuatkannya menjadi lebih lucu. "mana ada lembu tak da mulut.. macam mana nak makan." Aku berdalih, kelihatan dia juga turut ketawa. "entah, masa cari hadiah untuk kau. Aku tengok gantung-gantung tu sama macam kau." Aku mencebik!! "ceh! Kau samakan aku dengan lembu! Nak kena nie.." aku bergurau, masakan dan besar-besar macam nie masih nak bergaduh.. "Miss C... aku cinta kan kau." Tiba-tiba kau brek mengejut!! Apa!!!!! "apa aku cakap!!" aku separuh menjerit. "suara kau tu bagi perlahan sikit.. aku kata aku suka kau.." aku bagai tak percaya.. apa yang dah jadi nie.. "jangan la main-main, kau nie.." aku masih tidak percaya, dalam hati ku debarannya sudah tidak kepalang lagi.. "apa pula main-main. Aku suka kau dari dulu... aku dengan Sazwani bukan bercinta betul-betul saja nak buat kau cemburu tapi kau tu tak pandai cemburu... Sazwani sebenarnya bercinta dengan Yazin." Aku buat tidak dengar..aku sebenarnya malu.. tidak menyangka yang perasaan ku selama nie tidak bertepuk sebelah tangan... "apa perasaan kau pada aku?" aku menelan air liur ku, hu.. soalan cepumas nie.. "entah.."dapat ku rasakan tangan ku sejuk, dan aku bagaikan bukan di bumi yang nyata. "jawab la.. please miss Cinta.." dia mula merayu ku.. aku terdiam. "em.."hanya itu yang aku jawap, sekarang kami berada di hadapan rumahnya, aku memberhentikan kereta. "nah" aku memberinya kembali gantung-gantung yang pernah di berikan kepada ku.. "kenapa..?" "cepat la turun.. aku nak pulang nie.." aku menghalaunya keluar dari kereta.. dia turun dengan wajah yang cemberut. Aku tergelak.. kemudian aku melambai kearahnya dan memecut laju.. Tidak lama kemudian, satu sms masuk ke dalam telefon bimbit ku, aku membaca isinya.. ‘aku tahu kau juga cinta kat aku kan..he..he.. thanks love. I love you to..’ aku tersenyum penuh makna.. aku yakin dia dah dapat jawapan daripada badan hadiah yang paling hodoh itu. Kerana aku ada menulis perkataan nie ‘Awafiz i love you’ di belakang gantung-gantung tu menggunakan pen berwarna hitam, kalau tak tempat terang, memang tak tengok sebab badan lembu tu hitam, tapi kalau kat tempat gelap.. memang jelas... aku bahagia.. tidak menyangka, perasaan kami sama.. doakn sahaja segalanya berjalan lancar amin..
P/S: Tiba-tiba gatal sangat nak menulis.. he..he.. enjoy mungkin lama lagi baru hantar, sekarang nie trial..wish me good luck! ala.. tak boleh copy gambar gantung-gantung lembu tu... hu..hu.. tak pelah... bayang kan jer ok.
Dalam diam, sebenarnya dua hati itu telah menjadi satu. Fazrul sememangnya sangat menyukai Reena. Reena juga begitu tetapi mereka tidak pernah meluahkannya. Dan mereka sesama sendiri tidak mengetahui isi hati masing-masing. Sehingga kini, Fazrul dan Reena hanya berkawan biasa seperti teman-teman yang lain.
"Woi, Reen, kau nak pergi mana lepas kelas ni? Tolong aku buat assignment semalam." Seperti biasa begitulah cara Fazrul menyapa Reena. Reena segera berpaling. Dalam hatinya suka sebab Fazrul yang memanggilnya.
"Oh, yang semalam tu eh. Aku pun belum siap lagi. Aku pun nak buat gak ni. nak pergi library. Jomlah." Reena mengajak temannya itu.
"Library? Adeh, aku malas la pergi tempat skema macam tu. Jom bincang kat cafe je la. Boleh makan sekali."
"Kalau macam tu, jomlah. Dua jam lagi aku ada kelas lain." Reena segera membuka langkah menuju ke arah café. Fazrul tergesa-gesa mengekori Reena dari belakang.
======
Sedang mereka berbincang, seorang pelajar mendekati Fazrul.
"Hai Rul, you kat sini ye rupanya. Penat I cari. Jom teman I pergi clubbing. Bosan la." Suara perempuan itu terlalu menggoda. Geli Reena mendengarnya. Hatinya bagai disiat-siat.
Tapi setelah difikirkan semula, dia memujuk hatinya. Terdetik di hatinya, ‘Biarlah dia nak keluar dengan sesiapa pun. Dia bukannya suka aku pun. Aku je yang suka dia kot.’
Reena bersuara, "Rul, aku tak halang kalau kau nak keluar dengan dia tapi aku nak pesan satu je. Tak baik pergi clubbing. Kita orang Islam."
Reena segera mengemas bukunya dan bangun. Dia sempat menjeling ke arah perempuan itu sebelum melangkah pergi.
Fazrul mengeluh. Dia memang mengenali perempuan itu tetapi hanya sebagai kawan biasa dan dalam hidupnya, dia tidak pernah clubbing. Dia hairan kenapa tiba-tiba sahaja perempuan itu mengajaknya.
"Sory la sis. Aku malas. Dan jangan kacau aku lagi. Aku tolong kau hari tu pun sebab terpaksa je. Bye." Fazrul segera berlalu.
Perempuan itu terpinga-pinga. ‘Tak guna punya perempuan!!!!’
===
Reena sedang asyik melayan yahoo messenger. Dia sedang chatting dengan teman baiknya, Mai di Rusia. Ding! Tiba-tiba Fazrul menyelah.
Rul: Reen, ko watpe?
Reen: Aku tengah chat dengan member aku la. Kacau je.
Rul: Yela2. Aku nak tanya je, assignment tadi, aku nak pinjam.
Reen: Buatlah sendiri.
Rul: Ala, pinjam la. 5 minit lagi aku sampai blok ko. Tata….=)
‘Ish, budak ni. tak reti nak buat sendiri ke. Tapi, kenapa dia asyik pinjam dari aku ek. Budak-budak lain kan ramai lagi. Lebih pandai dari aku. Pelik betul la dia ni.’ Reena berkata dalam hati.
===
"Kau buat apa malam ni?" Fazrul memulakan perbualan.
"Nah, assignment yang ko nak pinjam tu. Takde buat apa-apa. Aku nak tidur. Nak merayau la tu." Reena membalas pertanyaan Fazrul.
"Takde maknanya aku nak merayau. Ni ha. Siapa nak buat assignment aku ni?"
"Ala, bukan banyak pun. Ok lah. Aku nak masuk dulu ni. Tak baik la lama-lama macam ni." Reena segera melangkah pergi. Hatinya masih sakit dengan peristiwa di café tempoh hari.
"Reen, thanks!!" Fazrul hanya melihat Reena dari jauh. Sayu hatinya. Reena bersikap dingin dengannya malam ni.
‘Entah-entah aku seorang je kot yang syok sendiri. Dia macam biasa je.’ Fazrul mengeluh.
===
"Ok. Kelas hari ni dah tamat. Kita jumpa lagi." Azam tersenyum memandang pelajar-pelajarnya. Dia seorang pengajar di sebuah pusat latihan memandu.
Sedang dia berjalan menuju ke pehabat, dia ternampak seorang gadis sedang resah menunggu seseorang. Adam segera menghampiri gadis itu.
"Assalamualaikum, cik. Awak ni student dalam kelas saya tadi, kan?" Adam akui, dia sering ingin melihat wajah gadis itu sepanjang sesi pengajarannya tadi.
Reena terkejut. "Waalaikumsalam. Eh, En Adam. Ya, saya dalam kelas teori encik tadi."
"Tak payah la berencik-encik. Hehe. Panggil saya Abang Adam."
"Reen tunggu siapa? Dah lama saya nampak Reen kat sini." Adam bertanya.
"Oh, saya tunggu kawan saya tapi entahlah. Dia lupa kot." Reena menyembunyikan mukanya. Dia sedih sebenarnya. Fazrul berjanji untuk menjemputnya tapi dia sendiri sebenarnya tidak yakin dengan kata-kata Fazrul itu.
"Dah lama sangat ni. Takpelah. Saya hantarkan. Saya pun nak balik ni." Adam mempelawa Reena. Reena tiada pilihan lain. Lagipun dia belum bersolat Asar. Reena hanya mengangguk.
Dari jauh, Fazrul melihat Reena memasuki kereta seseorang. Tapi dia pasti lelaki itu pekerja di pusat latihan memandu itu menerusi uniform yang dipakainya. Fazrul sengaja ingin mahu menyakat Reena. Dia sayang akan Reena Cuma dia tidak tahu cara yang betul untuk menyayangi gadis itu. Yang dia hanya tahu, dia suka menyakat Reena. Dia puas.
===
Fazrul termenung seorang diri. Dia resah. Dia tidak mahu Reena dimiliki orang lain. Dia amat sayang akan gadis itu.
"Macam mana aku nak bagitau dia ni. macam kelakar la pula kalau dia tahu aku sayang dia padahal before ni aku suka sakitkan hati dia. Ish, macam mana ni." Fazrul bermonolog sendirian.
Dalam waktu yang sama, di blok siswi, Reena sedang menghadap laptopnya. Walaupun pandangannya di situ, tapi fikirannya melayang ke tempat lain. Dia sakit hati dengan sikap Fazrul.
"Kenapalah dia suka sakitkan hati aku. Geramnya. Kenapa aku masih sayang dia even berkali-kali dia sakitkan hati aku?" Reena menangis. Dia geram dengan perasaannya sendiri. Dia cuba untuk melupakan Fazrul tetapi amat sukar.
Fazrul dan Reena telah berkawan sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa mereka berdua merupakan teman rapat. Fazrul dan Reena sememangnya telah memahami sikap antara satu sama lain. Cuma mereka tidak sedar bahawa mereka telah ditakdirkan untuk menyayangi antara satu sama lain.
Tiba-tiba handphone Reena berbunyi. ‘Mesej dari siapa pula ni.’ Reena sedikit terganggu.
*Reen, ko balik dgn sape td? Aku pergi, ko dah takde pun.*
Reena malas mahu membalas. Dia membiarkan sahaja.
===
Fazrul mengejar Reena dari belakang. Dia segera berlari ke arah depan Reena.
"Stop! Kenapa dengan kau ni? Aku panggil, kau buat tak tau je. Penat la kejar kau." Fazrul termengah-mengah.
Reena hanya diam. Dia berpaling. Dia malas mahu menatap wajah Fazrul yang amat menyakitkan hatinya itu. Walaupun hati kecilnya merayu-rayu agar dia memaafkan sahaja lelaki itu.
"Kenapa diam je ni. Selalu tu bising je. Banyak je nak cerita kat aku. So, macam mana kelas teori semalam? Bila start belajar memandu?"
Reena memandang Fazrul.
"Kenapa kau ni banyak sangat tanya ha? Aku bukan awek kau pun kau nak ambil tahu. Dahlah. Tepi sikit. Aku nak cepat ni." Reena menolak Fazrul ke tepi.
Fazrul segera menarik beg sandang Reena.
"Memang kau bukan awek aku tapi kau tu penting bagi aku!" Fazrul meluahkan ayat yang terbuku di hatinya. Reena terpana. Dia mahu menangis. Dia menarik begnya semula dan terus berlalu. Fazrul hanya memandang Reena dari jauh. Hatinya sayu.
===
Reena mengingati semula kata-kata Fazrul tadi. Dia rasa gembira dengan pengakuan lelaki itu. Tapi rasa sakit hatinya lebih kuat. Dia masih teringat lagi, Fazrul telah banyak menyakitkan hatinya. Reena mengingat kembali peristiwa yang telah banyak menyakitkan hatinya.
"Reen, kita jumpa malam ni kat tempat biasa eh. Aku belanja kau makan." Fazrul mengajak teman baiknya itu keluar makan malam.
"Ok. Datang cepat tau. Aku tunggu." Reen bersiap ala kadar sebelum keluar dari rumahnya. Reena bertemu dengan ibunya sebelum keluar.
"Ibu tak kisah kalau Reen keluar dengan Rul. Jaga diri baik-baik." Ibunya amat mengambil berat akan dirinya memandangkan dia hanya anak tunggal.
Reena sampai dulu di tempat yang dijanjikan. Dia melihat jam di tangannya. Walaupun dia telah lewat 15 minit, Fazrul masih belum muncul. Reena hanya menunggu.
Setelah beberapa jam berada di situ, Fazrul masih tidak muncul. Reena resah. Dia sudah mahu menangis. Sehinggalah restoran itu tutup, barulah Reena melangkah pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, dia terus menuju ke bilik tanpa menyapa ibu bapanya. Di bilik, Reena mendapat mesej dari Fazrul.
*Sory, Reen. Aku keluar dgn kwn2 td. Lain kali la kita keluar sama2. =)*
Reena menangis semahu-mahunya. Dia geram. Fazrul melayaninya seperti lebih dari seorang kawan tapi dia merasakan hanya dia yang berperasaan sebegitu.
Telah banyak sebenarnya Fazrul meyakitkan hatinya Cuma dia suka beralah. Reena memujuk hatinya dengan mengatakan Fazrul hanya mahu bergurau dengannya. Sejak itu, dia tidak lagi mahu mempunyai perasaan istimewa terhadap Fazrul. Dia berlagak seperti biasa.
===
"Ish, terlepas juga apa yang aku simpan dalam hati aku ni. Kenapalah aku tak sedar yang aku sayangkan dia. Bukan sekejap aku kenal dia. Lama gila. Dari kecil." Fazrul bercakap sendirian.
"Macam mana aku nak pujuk dia ni. Tak bestlah kalau tak jumpa dia. Macam lain pula. Selalu kat mna ada Reen kat situ la ada aku. Tu la yang diorang cakap. Haha." Fazrul terus bercakap seorang diri.
Tiba-tiba dia terkejut dengan getaran dari handphonenya.
*Rul, jangan jumpa aku lagi.*
Ringkas sahaja mesej daripada Reena. ‘Kenapa pula ni?’ Fazrul curiga.
===
Dari jauh, Fazrul melihat Reena sedang menunggu bas. Dia segera memberhentikan keretanya lalu menuju ke arah Reena. Reena buat-buat tidak nampak kehadiran Fazrul. Tanpa banyak soal, Fazul menarik tangan Reena dan memaksanya masuk ke dalam kereta.
Reena tidak dapat berbuat apa-apa. Segalanya berlaku dengan pantas. Dia hanya duduk diam dalam kereta tanpa menoleh ke arah Fazrul. Dia malas mahu membuka bicara.
Sampai sahaja di kawasan tasik, Fazrul segera berhenti dan memaksa Reena keluar.
"Reen, kau keluar sekarang. Aku nak kau fikir dalam-dalam apa yang kau mesej aku semalam."
Setelah Reena keluar, Fazrul segera berlalu dari situ. Reena terpinga-pinga.
‘Dia bawa aku jauh-jauh dari kampus, lepas tu dia biarkan je aku kat sini. Tak guna punya kawan!’ Hati Reena menjerit. Reena tidak mampu menahan sebak di dadanya.
Dia duduk di sebuah bangku. Dia menangis semahu-mahunya. Hatinya semakin perit dengan kelakuan Fazrul. Reena berfikir semula. ‘Kenapa aku perlu manangis sebab dia? Siapa aku pada dia? Entah-entah aku seorang je yang sayang dia. Tapi kenapa aku suka setiap kali dia menyakat aku?’
Reena keliru dengna perasaannya terhadap Fazrul.
"Assalamualaikum."
Reena segera berpaling. Dia terkejut melihat kehadiran Adam di situ. Reena segera mengelap air matanya dan menjawab salam suci itu.
"Buat apa-apa seorang diri kat sini? Takde kelas ke hari ni?" Adam memulakan bicara.
"Saya takde kelas hari ni. Saja je jalan-jalan ambil angin. Abang buat apa kat sini?"
"Abang pun jalan-jalan juga. Abang cuti hari ni. Penat la. Abang nampak Reen dari jauh tadi. Ingatkan abang silap orang tadi." Adam tersenyum. Dia segera duduk di sebelah Reen.
"Abang tau, Reen ada problem, kan? Dari jauh abang nampak Reen turun dari kereta tapi pemandu tu tak turun sekali. Lepas tu, laju je dia pergi. Abang bukan nak masuk campur tapi abang lebih tua. Mana tau ada yang abang boleh tolong."
Reena mula mahu menangis. Dia tidak sanggup menanggung beban itu seorang diri.
"Abang, kenapa dia suka sakitkan hai saya? Even dia sakitkan hati saya, tapi kenapa saya sayangkan dia lagi? Saya keliru la bang. Saya sangat sayangkan dia tapi saya tak pasti dengan dia. Dia layan saya lebih dari seorang kawan. Tapi saya tak tau la kalau itu hanya khayalan saya je."
"Dia tu lah yang awak tunggu hari tu ye. reen, hidup ni memang rumit. Susah kita nak ungkai. Reen pernah tengok cerita ‘Syurga Cinta’ tak?"
Reen hanya mengangguk.
"Dalam cerita tu, ada ayat yang abang sentiasa semat dalam hati, ‘Kadang-kadang Allah menghilangkan matahari, Dia datangkan kilat dan petir. Kadang-kadang kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi’. Reen faham kan?"
Reena hanya tersenyum. Dia mengerti ayat itu. Reena segera mengelap air matanya. "Abang, saya nak balik dululah. Lama pula kat sini."
"Kalau macam tu, marilah abang hantarkan."
"Terima kasih." Mereka segera menuju ke arah kereta.
===
Dari tadi, Fazrul hanya memerhatikan Reena dan lelaki itu dari jauh. Fazrul bercadang mahu berjumpa semula dengan Reena dan memujuknya tapi egonya terlalu tinggi. Dia geram melihat lelaki itu berbual-bual dengan Reena.
Fazrul mengekori mereka berdua yang sedang menuju ke kereta. Sebaik sahaja Reena membuka pintu kereta, Fazrul segera menghalang.
Reena terkejut dengan kehadiran Fazrul.
"Rul, apa kau buat kat sini?" Fazrul segera memegang lengan Reena. Dia mahu mengajak Reena pulang. Reena rimas. Dia melepaskan tangannya daripada cengkaman Fazrul.
"Reen, ikut aku balik. Siapa ni? Kan aku selalu pesan, jangan ikut orang yang kita tak kenal. Jom, ikut aku." Semakin kuat Fazrul mencengkam tangan Reena.
"Aku kata, lepas, lepaslah!. Kenapa dengan ka ni? Berapa kali aku cakap, aku bukan siapa-siapa pun bagi kau. Suka hati aku la aku nak keluar dengan siapa pun." Reena membalas.
Fazrul tidak mahu melepaskan Reena. "Reen, tolong la ikut aku. Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau." Suara Fazrul semakin meninggi.
Adam tidak mahu keadaan itu berlarutan. Dia menuju ke arah mereka berdua dan meleraikan tangan Fazrul dari lengan Reena.
"Sory, bro. Be gentle la. Stop being childish. Kalau dia kata lepaskan, lepaskanlah. Selesaikan hal ni lain kali. Sekarang ni bagi dia masa tenangkan fikiran. Saya taknak campur urusan kamu berdua tapi seeloknya sekarang bagi dia tenang dulu."
Fazrul segera melepaskan Reena. Reena terus sahaja masuk ke dalam kereta. Kereta Adam terus meluncur pergi meninggalkan Fazrul dalam keadaan terpinga-pinga.
===
Fazrul merasakan air matanya menitis. Dia sayu melihat Reena pergi meninggalkan dirinya di taman tadi. ‘Ish, kenapa lak aku menangis ni? Kenapa aku ambil berat sangat hal Reen? Adakah dia cinta aku?’ Hati Fazrul berkata-kata.
Fazrul berjalan-jalan di sepanjang tasik itu sambil berfikir secara mendalam. Dia bertekad untuk segera meluahkan perasaannya itu kepada Reena sebelum hati Reena dimiliki orang lain. Fazrul segera memikirkan cara terbaik untuk berkawan seperti biasa dengan Reena sebelum dia membincangkan soal hati.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Fazrul segera berlari menuju ke arah keretanya. Dia segera memandu. Disebabkan jalan raya yang agak licin, ditambah lagi dengan fikirannya yang berserabut, Fazrul hilang kawalan dalam pemamduan. Dia terbabas.
===
Setelah beberapa jam menunggu, barulah Reena dapat melawat Fazrul. Dari jauh, dia melihat Fazrul tersenyum melihat ke arahnya. Reena segera menuju ke arah Fazrul.
"Rul kau ok ke? Macam mana la kau bawa kereta ni? Selalu tu aku tengok kau bawa relax je. Macam mana boleh accident ni? Nasib baik tak teruk. Kau ni suka betul la buat aku risau. Kalau aku yang pandu, accident, takpe gak sebab aku baru belajar. Lain kali hati-hati la."
Reena baru sedar yang dia terlalu banyak cakap. Fazrul hanya tersenyum.
"Lega hati aku. Dah lama aku tak dengar bebelan panjang dari kau, Reen. Senang sikit hati ni bila kau nak bercakap dengan aku. Aku ok la. Kaki je yang patah sebelah."
"Habis tu, macam mana kau nak ambil paper akhir ni? Ni last semester kau tau tak?"
Fazrul meneguk air kosong sebelum meneruskan perbualan. "Ala, boleh aje tapi kena ada orang tolong aku buat revision la. Siapa lagi kalau bukan puteri kesayangan Haji Razak dan Hajah Rahmah ni."
Fazrul memandang Reena. Reena mencebik.
"Kalau macam tu, putera kesayangan Haji Faiz dan Hajah Fatimah ni, kena la belanja aku makan tiap-tiap hari."
Mereka ketawa. Fazrul lega setelah Reena mahu berbual dengan dia.
"Oklah, Rul. Kau relax dulu. Aku nak pergi kelas ni. Ha, before tu, lelaki yang kau jumpa kat tasik hari tu, Adam nama dia. Dia pengajar kat pusat memandu. Pengajar aku je. Tak lebih dari tu. Ok, aku pergi dulu."
Reena keluar dari situ. Fazrul mengingat semula kata-kata Reena tadi. ‘Tak lebih dari tu’? Fazrul tersenyum. Hatinya lega. Dia dapat mengagak, Reena juga menyayanginya.
===
"Hah, lega betul dah habis paper akhir ni.Yyahoo!!! Semester akhir dah berakhir!" Fazrul menjerit puas. Reena bersyukur. Mereka telah sama-sama menghabiskan kertas akhir pagi tadi. Hanya tunggu masa untuk mengemas barang dan pulang ke rumah.
"Rul, bila kau boleh jalan macam biasa ni? Konvo dua bulan ke dari sekarang. Takkan aku nak papah kau naik pentas. Haha." Reena mengusik Fazrul.
"Oh, kau kenakan aku ek. Aku dah nak ok dah, balik ni kena practice berjalan la. Macam kecik-kecik dulu. Kau tolong aku ek. Dah pack barang?"
Reena hanya mengangguk. "Kau? Aku pergi ambil barang aku kat bilik dulu, then aku tolong kau ambil barang kau. Roomate kau ada kat bilik tak? Takkan aku nak masuk bilik kau lak."
"Ala, masuk je la. Apa salahnya. Hehe." Fazrul mengusik Reena.
"Suka hati je. Tak pasal-pasal kang aku kena tahan. Tak dapat la aku konvo. Tak nak la aku. Aku bawa kereta kau tau. Mana kunci?"
Fazrul menyerahkan kunci keretanya kepada Reena. Dia dan Reena akan pulang bersama-sama seperti biasa. Cuma kali Reena yang akan memandu memandangkan kakinya yang telah disimen.
===
Tiba sahaja di rumah Fazrul, Reena segera berjumpa dengan Haji Faiz dan Hajah Fatimah, ibu bapa kepada Fazrul. Kebetulan, ibu bapanya juga ada di situ.
"Eh, ibu dengan abah pun ada kat sini?" Reena segera memeluk ibu dan bapanya. Fazrul memeluk ibu dan bapanya. Kemudian, Fazrul bersalam dengan ibu bapa Reena. Begitu juga dengan Reena, dia bersalam dengan ibu bapa Fazrul.
Haji Faiz bersuara, "Hai, ni balik sama-sama ni, ada apa-apa ke ni?" Dia mengusik dua orang anak muda itu.
"Alahai, pakcik ni. Takkan tak tau Reen kan selalu je balik dengan Rul. Biasa je. Betul tak, makcik?" Reena malu dengan usikan itu.
"Ala, kalau ada apa-apa pun, tak salah. Hehe. Jomlah masuk. Mesti penat tu, jalan jauh." Hajah Fatimah segera mengajak mereka masuk.
Sampai sahaja di ruang tamu, Fazrul meminta diri untuk masuk ke biliknya di tingkat atas. Dia mahu merehatkan diri.
"Mama, ayah, pakcik, makcik, boleh tak kalau saya nak Reena temankan saya kejap kat bilik." Fazrul meminta izin.
Haji Razak hanya tersenyum. "Pelik betul la anak kamu ni Faiz. Tak pernahnya dia minta izin camtu. Kalau datang rumah tu, terus aje dia ke bilik Reen. Hehe. Pergilah Reen, papah Rul tu."
Reena bangun dan terus menuju ke arah Fazrul. Dia memapah Fazrul sehingga mereka sampai di bilik Fazrul. "Reen, duk la kejap. Relax la. Kita kan selalu main sama-sama dari kecik. Takkan tak biasa kot." Fazrul menyakat Reena.
Reena mencebik. "Kecik-kecik bolehlah. Dah besar ni, mana boleh. Tak malu ke kacau anak dara orang?"
Fazrul tersenyum. Dia ingin ke bilik air. Dia membiarkan sahaja Reena membelek album yang diamvil dari rak. Reena memerhatikan gambar-gambar dia dengan Fazrul dari kecil. Dia sangat rindukan saat itu.
Tanpa disedari, Reena terlena di atas sofa dalam bilik Fazrul. Fazrul baru sahaja keluar dari bilik air. Dia kasihan melihat Reena terlena di situ. ‘Letih agaknya ni, pandu seorang je.’ Fazrul berkata dalam hati.
Fazrul terdengar pintunya diketuk. Fazrul membuka. Ibunya muncul di muka pintu sambil menjengah ke dalam. "Rul, mari turun makan. Ajak Reen sekali."
"Mama, nanti je la Rul makan. Mama tengoklah tu. Reen tertidur. Letih kot. Dia memandu seorang je tadi. First time jalan jauh pandu sendiri." Fazrul menunjuk ke arah Reena yang terlena di sofanya.
Hajah Fatimah hanya menggeleng kepala. "Biarlah dia tidur dulu. Rul, tengoklah Reen tu. Nanti mama hantarkan makanan."
Fazrul segera menghalang. "Takpe, mama. Nanti Rul turun makan. Mama makan la dulu dengan pakcik dan makcik eh."
Hajah Fatimah hanya mengangguk.
Setelah menutup pintu, Fazrul menghampiri Reena. Dia menatap wajah gadis kesayangannya itu. Terdetik di hatinya, ‘Reen, aku cintakan kau.’ Fazrul terpana. ‘Aku cintakan Reen’?
===
Sejak pulang ke rumah, Reena selalu ke rumah Fazrul untuk membantunya berjalan semula setelah kakinya yang patah itu semakin pulih.
Hajah Fatimah menghampiri Reena yang sedang minum di dapur. "Rajin ye kamu layan si Rul tu. Macam-macam la dia tu. Hari-hari dia suruh makcik minta izin ibu dengan abah kamu, suruh kamu datang sini."
"Takpe la makcik. Dari kecil, kami berkawan, saya dah tak kisah. Ibu dengan abah pun ok je. Lagipun makcik dengan pakcik kan kawan rapat ibu abah." Reena membasuh gelas yang telah digunakannya.
"Reen, makcik tanya sikit, boleh tak? Reen dah dapat kerja?"
"Reen dah dapat Cuma Reen belum bersedia nak kerja lagi la makcik. Nak relax dulu. Lagipun, Reen nak kerja kat tempat abah je. Siapa la yang nak tolong abah kalau bukan Reen."
"Kamu ni sama je la dengan Rul tu. Tapi dia kata, dia nak kerja terus as soon as dia sihat. Dia kata kat makcik, dia nak kerja cepat, dia kata dia nak kahwin cepat. Macam-macam la anak makcik sorang tu."
"Kahwin? Amboi, jauhnya dia fikir. Reen tak tau pun yang Rul tu suka kat siapa-siapa. Tak pernah pun dia bagitau Reen." Hatinya tertanya-tanya siapalah yang Fazrul sukakan.
"Entahlah, Reen. Makcik pun tak tau. Tapi, kalau boleh, makcik nak Reen yang jadi menentu makcik. Sudi ke?" Hajah Fatimah memandang Reena dengan penuh harapan.
"Soal kahwin ni, Reen tak tau nak cakap la makcik. Reen sendiri pun keliru dengan perasaan Reen. Hehe. Reen nak balik la makcik. Dah lewat petang ni."
Reena bersalaman dengan Hajah Fatimah dan segera beredar.
===
Kini, Fazrul telah 3 bulan bekerja di syarikat bapanya sementara Reen baru sahaja memulakan pekerjaannya di syarikat bapanya. Fazrul begitu kuat bekerja. Dalam hatinya hanya satu. Dia mahu cepat berterus-terang dengan Reena. Tapi sebelum itu, dia mahu kedudukannya kukuh sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Adam telah lama meninggalkan pekerjaannya sebagai seorang pengajar di pusat memandu. Selepas menghantar Reena pulang dari tasik dulu, dia tidak berjumpa dengan Reena lagi. Rindunya menebal. Cuma dia sangsi dengan perasaannya.
Dia mengerti Reena amat menyayangi Fazrul Cuma dia seakan ingin menafikannya. Dia ingin memiliki Reena. Adam tidak tahu di mana lagi dia mahu mencari Reena kerana dia sendiri tidak tahu perihal Reena.
Kini, Adam memulakan pekeerjaannya di sebuah syarikat milik bapa Fazrul. Fazrul tidak menyedari kehadiran Adam sehinggalah dalam sebuah mesyuarat. Adam menghampiri Fazrul dan memberi salam.
Fazrul menjawab salam suci itu dan cuba megamati wajah Adam. Dia baru teringat. Adam!
"Encik Fazrul, kan? Saya Adam. Ingat saya lagi?" adam bertanya.
Fazrul mengangguk. Dia rasa kurang senang. "Ya, saya Fazrul. Awak yang bersama Reena di tasik dulu kan? Dah lama ke kerja kat sini?"
"Baru 2 minggu. Rupa-rupanya ni syarikat milik bapa Encik Fazrul ya." Adam tersenyum.
"Tak perlulah berencik-encik. Panggil je saya Fazrul. Lebih mesra. Ok, saya ada hal lagi ni. Nanti kita jumpa lagi." Fazrul segera beredar dari situ.
Adam gembira. Terdetik di hatinya, ‘Kalau Fazrul ada kat sini, maknanya Reena mesti berdekatan.’ Adam tersenyum seorang diri. Tiba-tiba handphonenya berbunyi.
"Assalamualaikum, abang Adam. Ni Sarah." Adam mengingati semula nama itu.’Sarah’?
"Abang Adam dah lupa Sarah ke? Sarah baru balik dari Brisbane la. Sarah kat airport ni."
Adam masih tidak mengingati nama itu. "Sarah kat airport mana ni? Tunggu kejap. Nanti saya datang." Adam menekan butang off dan menuju ke keretanya.
Sarah menatap handphonenya. ‘Saya’? ‘Kenapa abang Adam gelar diri dia saya?’ Sarah curiga.
===
"Rindunya Sarah kat abang. Abang sihat?" Sarah mencium tangan Adam.
"Maafkan saya, Sarah. Saya memang tak ingat siapa awak. Saya memang tak ingat." Adam berterus-terang. Sarah terkejut. Hatinya sedih. Dia melihat cincin di jari manisnya.
"Takpe, abang pandu je terus ke rumah abang. Sarah nak jumpa mak abang." Sarah mengesyaki sesuatu telah terjadi dengan tunangnya itu. Sepanjang berada di negara orang, Sarah memang selalu menghantar emel kepada Adam tetapi tidak pernah dibalas.
Sarah mahukan penjelasan daripada ibu Adam.
Setibanya di rumah Adam, Sarah terus memeluk Mak Nah, ibu Adam, juga ibu kepadanya kerana dia telah dibesarkan oleh Mak Nah sejak dia kecil. Sarah yatim piatu.
"Ibu, apa yang dah jadi kat abang Adam? Kenapa dia tak kenal Sarah?" Sarah memulakan bicara.
Mak Nah jadi serba salah. "Sarah, maafkan ibu ya. Ibu rahsiakan sesuatu. Ibu taknak mengganggu pelajaran Sarah kat sana." Mak Nah menelan liur.
"Sebenarnya, Adam terlibat dengan kemalangan 6 bulan lepas Sarah ke Brisbane. Ibu sedih sangat dengan keadaan Adam. Sampai sekarag, ibu cuba membantunya mengingat semula tapi tiada kesan. Ibu harap dengan kehadiran Sarah, Adam pulih. Adam normal Cuma ingatannya pada masa silam hilang macam tu je. Mujur Adam masih ingat ibu."
Sarah sedih mendengar berita itu. Dia amat menyayangi Adam kerana mereka telah bersama sejak kecil. Dia nekad, dia mahu membantu memulihkan Adam.
"Takpelah ibu. Sarah akan cuba tolong abang Adam sebab Sarah terlalu cintakan abang Adam."
===
"Reen!" Adam memanggil Reena yang baru keluar dari kereta. Reena segera berpaling.
"Eh, abang Adam. Buat apa kat sini?"
"Abang dah kerja kat tempat Fazrul. Abang ada hal kat sini. Dari jauh macam kenal, memang kenal pun. Reen camne sekarang?"
"Reen kerja kat tempat abah. Oklah, abang. Saya nak cepat ni. ada presentation. Nanti kita jumpa lagi." Reena segerea beredar dari situ.
Niatnya ingin menjauhi Adam kerana dia tidak mahu Fazrul mengesyaki apa-apa. Walaupun dia sendiri ragu dengan perasaan Fazrul terhadapnya.
Adam hanya mamandang Reena hingga gadis itu hilang dari pandangan.
Dari kejauhan, Fazrul melihat perjumpaan semula Adam dan Reena. Dia semakin rasa tergugat. Ingin rasanya dia terus berjumpa dengan Reena. Di sudut lain, Sarah hanya memerhati Adam dan Reena. Dia ingin segera menemui gadis itu.
===
Sarah memberi salam kepada Reena setelah dia melihat gadis itu bersendirian. Reena menjawab salam Sarah dan berpaling. Dia terkejut melihat gadis di depannya. Gadis itu mirip wajahnya Cuma dia sedikit gelap. "Maafkan saya. Saya Sarah." Sarah memperkenalkan diri.
"Saya Reena. Boleh saya bantu Sarah?"
"Reena kenal dengan abang Adam dah berapa lama?"
"Oh, abang Adam. Reena Cuma jumpa dia time Reena belajar dulu. Itupun 2 kali je, waktu kelas memandu dan satu lagi kat tasik. Kenapa ya"
"Saya tak nak Reena anggap yang bukan-bkan tapi saya tunang abang Adam. Muka kita seiras. Saya rasa abang Adam cuba mengingati masa silam dia melalui Reena."
"Saya tak faham apa yang Sarah cuba bagitau." Reena keliru.
"Sebenarnya, abang Adam tu hilang ingatan 6 bulan lepas Sarah ke Brisbane. Sebelum ke sana, kami telah bertunang. Kami dah kawan rapat dejak kecil sebab ibu dia jaga saya. Saya yatim piatu."
"What? Patutlah dia pandang saya macam dia kenal sangat kat saya. Saya minta maaf. Saya tak berniat pun nak ambil hak sesiapa. Lagipun, saya dah ada seseorang yang istimewa dalam hati saya. Saya anggap abang Adam tu macam abang je."
"Reena tak salah apa-apa pun. Sarah Cuma nak bagitau hal sebenar. Tu je. Sarah tau abang Adam sayangkan Sarah lagi Cuma dia keliru. Takpelah. Terima kasih sebab sudi luangkan masa dengan Sarah."
===
Fazrul mendengar dua orang sedang bergurau senda di sudut tangga. Dia cuba meneliti suara itu. Sah! Itu suara Reena dengan Adam. Mungkin Reena yang ingin berjumpa dengannya terserempak dengan Adam.
"Reen, dah lama tunggu aku?"
"Eh, Rul. Dah berjanggut aku tunggu kau. Lambat sangat. Jomlah. Sorylah abang Adam. Reena dah janji nak lunch dengan Rul. Ops, lupa. Sarah tunggu abang Adam kat tempat biasa katanya."
Adam hanya mengangguk. Dia geram. Rancangannya untuk lunch dengan Reena tidak kesampaian.
"Reen, turun dulu. Aku nak jumpa Adam kejap." Reena mengangguk. Dia terus pergi.
"Adam, aku rasa baik aku berterus terang dengan kau. Jangan jumpa Reen lagi. Dia milik aku!" Fazrul memulakan bicara.
Adam mencebik. "Sejak bila pula dia tu milik kau. Selagi dia belum berkahwin, dia boleh jadi milik sesiapa je."
"Berani kau!" Fazrul hilang saba. Dia terus menumbuk Adam. Dia geram setelah selama ini Adam tidak mempedulikan amarannya sebaliknya terus mencabarnya. Adam silap langkah. Dia terjatuh dari anak tangga atas hingga ke bawah.
Fazrul panik. Dia tidak berniat untuk berkasar dengan Adam. Dia beristighfar. Fazrul segera menelefon ambulans dan menghubungi Reena.
===
"Sarah, maafkan Fazrul. Dia tak sengaja. Sabar ya. Nanti ok la abang Adam tu." Reena memujuk Sarah. Reena menjeling ke arah Fazrul dia geram dengan tindakan melulu lelaki itu walaupun dia tidak tahu punca pertelingkahan mereka.
Sarah telah diberi kebenaran melawat Adam. Reena dan Fazrul meminta diri untuk pulang. Mereka akan berjumpa dengan Adam setelah dia sihat nanti.
Setibanya di rumah Fazrul, Fazrul segera menuju ke bilik. Reena meminta izin Hajah Fatimah untuk mengekori Fazrul ke biliknya dengan alasan ada perkara yang perlu diselesaikan. Hajah Fatimah hanya mengangguk.
"Kau ni kenapa ha? Kenapa sampai jatuh Adam tu? Apa yang korang bergaduh ha? Kalau pasal kerja, professional la sikit!" Reena memarahi Fazrul.
Fazrul memegang kepalanya. Dia cuba menenangkan fikirannya.
"Kau diam, boleh tak, ha? Tolong jangan serabutkan kepala aku lagi la!" Fazrul memarahi Reena. Reena terkedu. Tidak pernah Fazrul memarahinya begitu. Reena membuka pintu bilik. Dia mahu beredar dari situ.
Reena tidak berpaling. "Kau nak apa lagi? Aku nak balik. Penat aku layan sikap kau tu la." Fazrul menghembuskan nafas. "Kau nak tau kenapa aku gaduh dengan dia? Sebab dia cabar aku, dia nak rampas kau dari aku!"
Reena terkejut. "Biarlah dia nak buat apa pun dengan aku. Yang kau peduli tu kenapa? Selama ni kau tak pernah pun ambil tahu hal aku?" Reena inginkan kepastian Fazrul.
Fazrul segera menarik Reena ke pelukannya. Dia sudah tidak dapat menunggu dengan lebih lama. Biarlah dia berterus terang sekarang sebelum terlambat.
"Reen, aku sayangkan kau. Aku cintakan kau."
Reena terkedu dalam pelukan Fazrul. Dia dapat merasakan keikhlasan hati lelaki itu. Reena mengangkat wajahnya menatap mata Fazrul.
Reena bersuara, "Kenapa lambat sangat kau ucapkan, Fazrul? Kau buat aku tertunggu-tunggu. Aku benci."
Fazrul memegang bahu Reena. "Reen, maafkan Rul. Reen pun tau kan betapa susahnya Rul nak luahkan sesuatu? Kita kan dah kawan dari kecil. Reen mesti faham diri Rul. Reen, sudi tak Reen jadi isteri Rul?"
Dua dalam satu sekali. Fazrul tidak mahu menunggu dengan lebih lama. Dia terus melamar Reena setelah meluahkan isi hatinya.
Reena gembira dengan pengakuan dan lamaran Fazrul. Dia menangis kegembiraan.
===
"Hello, Reen. Ni Sarah. Sarah gembira sangat. Abang Adam dah sedar. Abang Adam dah ingat semula. He’s regain his memory." Sarah menelefon Reena.
"What? Syukur. Em, Sarah jaga lah tunang Sarah tu baik-baik ye." Reena mematikan perbualan. Dia sedang bersiar-siar di taman bersama dengan Fazrul. Reena menceritakan semua hal berkaitan Adam dan Sarah.
Fazrul berpuas hati dengan penjelasan Reena. Dia bahagia sangat. Kini, gadis itu menjadi miliknya. Reena bahagia di samping Fazrul.
"Deal?"aku mengangguk.menemukan hujung ibu jariku sambil mengait jari kelinking kami..kemudian bersalaman sebelum membawa diri kearah bertentangan..aku mengeluh..rasa menyesal pun ada..benarkah apa yang aku lakukan ini?ah..aku tak boleh berpatah balik.. Aku gelisah..serba tak kena dibuatnya..nak masuk atau tak?kunci ditangan kurenung lama..masuk?tak masuk?masuk?tak?hmm..masuk jelah..lagipun takde orang sekarang..tawakkal jelah.. Lama anak mataku terpaku pada potret keluarga yang tergantung megah diruang tamu..hatiku tiba-tiba sayu..baru berapa jam aku meninggalkan mama dan papa..rinduku bertandang..ah..kacau!bahagianya aku tengok gambar tu…kan bagus kalau aku ada sama…ada abang…adik…tak macam aku..anak tunggal… Puas meneliti..membelek apa yang ada..aku mengorak langkah naik ke kamar tidur..hmm..kemasnya bilik tidur ilya..eh..macam bilik aku juga..pink colour maa…aku tersenyum sendiri.lalu merebahkan badan ke tilam empuk..mengantuknya..agaknya bagaimanalah kehidupanku selama 6 bulan disini ya?bahagia atau derita?dan akhirnya aku terlena tanpa jawapan.. Aku membuka kelopak mata.lama rasanya aku terlena dibuai mimpi indah.bagai terkena kejutan elektrik aku bangun apabila bebola mataku melihat angka yang tertera dijam dinding..6.30?aku belum mandi..solat.ahh… Suara riuh-rendah di bawah seakan menarik minatku untuk sama-sama menyertai mereka..laju aku memulas tombol pintu…meloloskan diri…terpaku langkahku didepan pintu bilik apabila anak mataku bertaut enak dengan anak mata seseorang…siapa?aku cuba menganalisis..mengingati apa yang telah ilya ceritakan..along…ya.. Aku mengukir senyuman..tapi tak dibalasnya..mati senyumanku..menggaru kepala yang tak gatal..aik?asal mamat ni kerek je? "kenapa tak menjawab bila along panggil tadi?"eh dia panggil aku ke? "er….ilya solat tadi..sorry ya" "solat?jom turun..ibu dah panggil makan tu"ajaknya..aku mengangguk…berdebar jantung..darah..semuanya..untuk pertemuan pertama dengan ‘keluarga baruku’..relaks najmi…cool…you can do it!chayok..chayok! "eh..sikit je makan kakak"tegur ibu..aku tersenyum.ah lembutnya bicara..untungnya ilya..memiliki ibu selembut ini..mama?hmm..sukarnya mahu mendengar dia bertanya begitu kepadaku.. "dah kenyang" "selalu kakaklah juara..itukan lauk kegemaran kakak?"abah pula menegur..ah..aku jadi malu sendiri..kenapalah mereka ini terlalu mengambil berat? "kakak dietlah tu abah..ibu.."si kecil saufi menjawab..aku tersenyum.spontan tanganku mengusap rambutnya..dia tersengih menampakkan barisan giginya yang tak rata…aku menggeleng.lalu mengambil pinggan untuk dibawa ke singki..hilang rasa gemuruhku…ah…first impression…mereka semua baik-baik.. Leka aku memerhati qis mengusik saufi..hilang tumpuanku mahu menonton televisyen..ah..alangkah bahagianya andai aku memiliki sepasang adik…usik-mengusik…main bersama..aku mengeluh..tanpa sedar aku berjalan lalu duduk ditengah-tengah antara mereka..ingin sama-sama berkongsi rasa… "kakak..tengok qis ni..dia kaca adik"aku tersenyum..mencuit hidung saufi… "mana ada..adik yang ambil pencil qis dulu kakak"balasnya..mencebik..berpeluk tubuh.. "bagi balik pencil qis..adik kan dah ada banyak pencil tu"aku memujuk..qis tersenyum..saufi mencebik..macam nak nangis..ah..kanak-kanak ini…tapi dihulurnya juga..laju diambil si kakak…tersenyum megah..macam-macam.. Aku mula selesa tinggal disini..kalaulah tiga bulan yang lalu aku menolak rancangan yang mulanya dianggap bodoh oleh aku…mesti aku masih tak berpeluang mengenali mereka..saufi..balqis..abah..ibu..along.. "aku dah lama perhatikan kau…"perhatikan aku?biar betul!aku ini pertama kali jumpa dengan dia.. "aku..ilya ibtisam..dan kau…khairul najmi…"dia bersuara..lalu duduk disebelahku.. "so?"aku mula ditimpa rasa hairan..sukarnya nak percaya..atau mata aku yang menipu?berkali-kali aku menggosok mataku…sama…lalu kucubit pipiku..auch..sakit..aku tak bermimpi..memang kami serupa! "aku nak cakap direct je..tak nak berkias-kias ni"aku menggaru kepala..blur..masih tak faham maksud yang dia cuba sampaikan.. "aku nak kita tukar..aku jadi engkau dan engkau jadi aku..kita tukar"bulat anak mataku yang sedia bulat merenung matanya.hmm..baru perasan..mata kami berbeza..aku bulat sedikit,..dan tahi lalat kecil itu..di atas kiri bibirnya.. "najmi..aku cakap dengan engkau ni" "hmm..ops sorry.."kantoi..terlekalah pulak merenung muka dia..adus… "jadi?" "isy..awak ni gila ke apa..mana boleh..saya tak biasalah awak.." "kita try je..6 bulan.." "weh..lama tuh..saya balik fikir dulu boleh tak?" "tak payah fikir-fikir.lagipunkan lepas exam..boleh kan?" "hmm..macam menarik jugak tu..tapi awak ni biar betul.tak nak lah saya"terdengar dia mendengus..macam marah..ek eleh minah ni..aku baru je berkenalan dengan dia..tak sampai 1jam dah nak paksa aku ikut cakap dia..apa hal? "kau tak nak rasa hidup ada adik-beradik macam aku ke?ada abang,adik."eh dia guna reverse psychology la pulak..pandai je nak mengayat jiwa aku yang memang tersedia lembut ni.. "aku nak rasa semua tu..tapi…"aku terhenti..berfikir..apa kata mama..papa..walaupun aku selalu je kena tinggal kat rumah tu..tapi aku sayang diorang..tak sanggup nak tipu…ah..sukarnya…kalau aku terima pun..macamana aku nak hidup dengan orang yang aku tak kenal?susah betul! "okey..aku bagi masa kat engkau..fikir dulu..esok kita jumpa…aku harap sangat kau terima..sebab aku nak rasa bebas macam kau rasa,…" "sekarang kau tak rasa bebas ke?"dia mengeluh..bagaimana mahu menerangkan kepada najmi ya? "kau tinggallah kat sana dulu…rasa apa yang aku rasa..boleh?aku tak boleh nak cakap sekarang..susah…" "aku balik dulu ya ilya..esok insyaallah..kita jumpa lagi.." "aku tunggu berita baik dari kau.."aku tersenyum..mengangguk lalu bangun meninggalkan restoran itu.. Ketukan bertalu-talu dipintu mengembalikan aku ke alam nyata..kus semangat..siapalah punya kerja ya?qis?saufi? "masuk.."terjengul wajah saufi yang tersenyum meleret..ada makna tu.. "kenapa cari kakak ni?" "ibu panggil..ada tetamu.." "tetamu?siapa?"sibuk aku bertanya.. "kawan ibu dengan abah…cepat la turun kakak.." "baiklah..sibuk betul adik kakak ni"aku bingkas bangun..membetulkan rambut yang kupotong pendek separas bahu.ni semua ilya punya pasallah..nak nangis kau dibuatnya melihat helaian rambut aku di lantai salon norizah… "kakak"alamak..sempat melamun lagi..aku tersengih lebar..laju menutup suis air-cond lalu membontoti langkah saufi yang makin laju..aish..adik aku sorang ni..macam-macam betullah.. Senyuman manis kuukir buat tatapan keluarga uncle razak dan auntie rahima..siapa ni?takde dalam senarai list yang ilya bagi pun..adus…apa aku nak jawab kalau diorang tanya ni?eh..sejak bila pulak wujud mamat yang iras-iras zizan nin ni?aku gosok mata..sukarnya nak percaya..takkan lah zizan si pelakon cerita kumilikmu tu?confuse aku dibuatnya..alala.. "apa yang renung anak teruna orang macam tu kakak?"nah..mana nak letak muka ni?kantoi..along..asallah kau lazer sangat…ikut suka akulah..ingatkan tadi tak wujud mamat takde asal usul ni..ah…menci..menci….panasnya rasa kulit muka aku…static berdiri..nak pergi jauh-jauh..takmo dah tenung-tenung muka zizan nin..malu bangat ni… Rasa nak menjerit je kat dapur ni..ketawalah puas-puas..menyampah…bukannya setakat ‘family segera’ aku je yang ketawa..tapi diangkut juga kaum kerabat si zizan nin sama ..ayoo..ammaa..mana mau letak muka ini?comfirm lepas ni aku tak tengok dah..nak mengivisible kan diri seketika..bertapa di gua hira ke…rasanya setahun pun tak hilang malu ni..gara-gara leka sangat merenung anak teruna orang…apa dah jadi ni najmi? "kakak..ibu panggil..auntie yang datang tu dah nak balik.."aku membulatkan mata..nak balik..baliklah..sumpah..aku takmo dah keluar…malu beb… "balik jelah..cakap kat ibu kakak dalam toilet.." "ibu..kakak kata kakak dalam toilet"hissshhhh..bertuah punya adik..nyaring giler suara dia cakap dekat ibu.tak boleh diharap betullah adik aku nan seorang ni..aku duduk menongkat dagu,..bermain dengan pasu bunga hiasan ibu di meja makan..ai..lambatnya lah hai tetamu ibu tu balik..tak senang duduk aku dibuatnya… "eh..kakak..tadi kata dalam toilet.."alamak disaat-saat genting inilah pulak muncul mamat tak de asal-usul ni kenapa?tanya ala-ala abang mithali la pulak..rasa nak hempuk je kepala kat dinding tuh… "baru je keluar..kenapa?"soalku malas..sampai hari ini..walaupun sudah hampir 3 bulan lebih aku disini..aku masih belum berani nak tenung mata dia bila bercakap..kenapa?sebab..aku takut dia sedar siapa aku disini… "ilya…ibu panggil tu.." "kenapa..ilya sakit perut ni..along pulak asal datang sini?" "saja nak buat sportcheck!"ah..sudah..sportcheck apa kejadahnya kat aku?buang tebiat betullah mamat ni…aku dah mula rasa tak sedap badan.. "mengarutlah along ni.dah lah..ilya nak naik..nak mandi..pergi mandilah long.."ujarku lalu bangun..baru beberapa langkah tanganku direntap. "apa pegang-pegang ni..berdosalah"ucapku tanpa sedar..siap pusing badan mengadap si mamat takde asal usul ni lagi..sudah..lama anak mata kami bertaut..dia nampak kaget..aku lagilah.sudah…ilya!aku nak balik sana malam ni jugak…laju kuleraikan pegangan…berlari anak naik kebilikku… Laju tanganku mendail number telefon ilya…tut..tut..ya Allah..cepatlah angkat..aku ni lagi sedikit nak kena panggang atas api ni..hancus..plan A akan ditukar ke plan B..aku menarik nafas lega mendengar suara ilya dihujung talian.. "ilya!i,m dead!" "kenapa?aku mengantuk lagi ni?"mengantuk?aku dah berasap dekat sini dia sedap-sedap lena?adus…tak boleh jadi ni.. "hei..awak ambil teksi balik sini..malam ni jugak..pukul 12 malam ni..boleh?" "kau gila ke apa?"celik terus matanya mendengar bicara najmi yang berupa arahan itu "aku desperate giler ni tahu tak?buat je apa yang aku suruh…aku dah tertangkap..along kau dah perasan siapa aku" "then?"Ya Allah asallah lembab sangat minah ni? "kau balik sini..tukar plan B…setakat ni aja kita boleh menyamar..esok kita jadi diri masing-masing.." "okey..aku balik malam ni..tunggu aku.." "baiklah.."aku mengeluh lemah..apa aku nak buat ni?tak mungkin aku akan turun bawah malam ni..tapi..apa kata ibu?abah?qis?dan saufi?ah kacau…itulah dulu terima sangat cadangan bodoh tu..padan muka! Usai solat maghrib aku berteleku di sejadah..berdoa..mudah-mudahan along tak ‘sedar’ siapa aku disini walaupun hakikatnya sangatlah tipis untukku menafikannya.. Ketukan dipintu membuatkan dadaku seakan mahu pecah..rasa berdosa..bersalah..kerana menipu mereka..bagaimana mahu kuteruskan penyamaran ii andainya salah seorang dari mereka sudah tahu siapa aku..Ya Allah..kau kuatkanlah hatiku.. "turun makan kakak.."ajak ibu di muka pintu..aku menggeleng..tak mahu bersua muka dengan along..ah.. "kakak kenyang lagi ibu..makan la dulu.."dalihku. "kenapa ni?la..hal petang tadi ke?lupakan je..auntie tu tak kisah pun kalau kakak nak tenung anak teruna dia lama-lama" "er..tak..bukan sebab tu..tapi kakak memang dah kenyang la ibu.." "betul ni?" "betul..kalau lapar kakak turun makan nanti" "baiklah..makan tahu..ibu tinggalkan nasi dan lauk untuk kakak"balasnya lalu mahu menutup pintu bilik.. "hmm..ibu..terima kasih"terkaku langkahnya..kembali merenung wajahku..serba-salah aku dibuatnya..mulut..aduhai… "kenapa ni?" "tak.saja..nak ucap terima kasih…kakak sayang ibu..abah..qis..saufi…"ibu nampak cuak..namun lama-kelamaan kelihatan bibirnya mengukir sejalur senyuman..ah..manisnya dia..beruntungnya ilya ada ibu seperti dia.. "ibu pun sayang kakak"balasnya lalu merapatkan daun pintu..aku mengeluh..melipat marhana lalu merebahkan badan diatas katil.mengira detik dan saat untuk aku meninggalkan rumah ini..ah..aku mengeluh..mengambil handsetku..satu persatu kutenung gambar dan video yang kurakam bersama saufi dan qis.indahnya saat itu…berat rasa hatiku mahu meninggalkan rumah ini…. Sunyinya rumah..mana semua orang pergi?mia(missing in action) by law ke?aku merenung langit…mengeluh…Cuma ada bintang malam in..bulan entah hilang kemana..suram kurasakan dada langit tanpa bulan.sesuram hatiku…. "aku minta maaf..aku dah terlepas cakap dengan along"ilya menggeleng...sedar dia yang bersalah…insan yang memulakan permainan ini.. "Tak apa..rasanya mungkin setakat ini sahaja jodoh kita.."aku mengangguk..rasa panas di tubir mataku..kami tak pernah kenal..berbicara pun atas sebab dan bergurau senda jauh sekali..tapi kenapa aku rasa dekat benar dirinya dan diriku.malam ini?.Ya Allah petanda apakah ini? "aku minta diri dulu.halalkan semuanya.."lalu kupeluk tubuhnya.. "aku minta diri dulu..semoga bertemu lagi..jaga diri..jaga ibu.abah..along,qis dan saufi untuk aku" "kau juga..jaga mama dan papa untuk aku.."aku melambai tangan lalu meloloskan diri masuk ke dalam perut teksi..selamat tinggal ibu..abah..along..qis..saufi..kakak sayang kamu semua…aku tak sedar bila air mataku mula menitis dan tertitis..ah sukarnya mahu kembali ke alam reality… Bunyi kucing mengiau membuatkan aku kembali ke alam nyata..aku sudah berada disini..di rumahku.kembali menjadi khairul najmi johari..bukan lagi ilya ibtisam Ibrahim..aku menarik nafas panjang.mengambil tompok yang mengiau sejak tadi..temanku sejak 5tahun lalu..aku ditimpa rasa rindu….walaupun tak sampai satu jam aku meninggalkan rumah itu..Ya allah..kau berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini…rintihku sambil memeluk erat tompok. "bibik?mama mana?"soalku mencari kelibat mama yang masih belum kutemui sejak pulang ke sini semalam.. "ibu sama bapak ke kantor..ada urusan" "awalnya diorang pergi bik" "nona ni..udah jam 10 sekarang"aku tersengih..menggaru kepala yang tak gatal..huh..suka betullah memalukan diri sendiri..padan muka…nasib baik ada bibik aje..najmi..najmi..wake up la..aku menarik kerusi lalu mencedok nasi goreng yang baru dipanaskan oleh bibik..ah..wanginya bau…berselera aku dibuatnya…hmm… Air coke yang kupesan masih berbaki separuh..liar mataku memandang sekeliling mcd..ah.bosannya..manalah kengkawan aku ni?janji pukul 2.00.ini dah pukul 2.15 batang hidung pun tak nampak lagi..isyh…bosannya…nasib badan la kena tunggu.handset aku tertinggal di rumah…malang betullah. Ouwh…cepat aku menundukkan muka..kalau boleh nak masuk dalam baju..macam kura-kura.aishh..asallah boleh jumpa mamat takde asal usul ni kat sini pulak?dengan zizan nin lagi..adus…macamana aku boleh lupa..dia kan kerja area sini..matilah aku kena pancung..mama uyun dengan lela ni..alala… "sorry najmi..traffic jam la..aku gi ambil si lela ni..bersiap mengalahkan mak datin"bebel uyun lalu duduk dihadapanku..adus..asallah kau cakap macam kita bertiga je wujud kat sini uyun..dah la aku dalm proses menginvisiblekan diri ni..sengal punya kawan. "jom..kita cari port lain..aku dah kenyang la"ujarku lalu menarik tangan lela dan uyun keluar dari situ..agaga..aku menarik nafas panjang sebaik sahaja selamat keluar dari restoran mcd..wajah mahukan jawapan dari lela dan uyun tak khiraukan..yang penting aku tak jumpa diorang dah! "awak!"aku dah tegak badan.tak.bukan aku…adus..kenapalah mamat takde asal usul ni yang panggil aku?lagi laju aku melangkah.. "wei najmi..mamat tu panggil engkau la" "bukan akulah..dia tak mension nama aku pun..jom lah..kita lepak tempat lain"nak lari..takmo dah jumpa diorang..cepat selamatkan diri.. "kalau dia tak panggil engkau?kenapa menonong je kau jalan ni najmi?kau sembunyikan apa dari kami?"ah..sudah..lela ni..waktu-waktu genting ni jangan la tanya..esok aku jawab.. "aku lapar nasi..kat rumah tadi tak sempat makan nasi.."logiklah kiranya tu.. "okey..aku nak kau cerita dari A sampai Z.tak nak potong-potong"isyh..susahnya dapat kawan terlebih prihatin ni..adus..maka bermulalah alkisahnya…bagaimana aku boleh terjebak..terberkenalan dengan keluarga baru..instant family la kiranya.. "kamikaze betullah kau ni najmi!patutlah hari tu kami ajak keluar seribu alasan kau kasi..bertuah punya kawan!aku tersengih.. "sorry kawan-kawan…aku pun tak sangka nak terjebak dalam kes macamni.."lela dah tak terkata..terkejut agaknya.. "sudahlah..dah lepas pun..takde hallah…aku dah jadi khairul najmi balik pun"lela mencebik.menampar bahuku..kuat..terjegil biji mataku memandangnya..sengal punya kawan!sakitlah! "jom balik..aku nak tidur la..rindu dekat bilik aku ni.nak tidur rumah aku tak?"laju lela menggeleng..uyun pun sama..ah..bertuah punya kawan..laju je bagi jawapan..kalau iya pun..jagalah hati aku sikit..ini direct je geleng kepala… "thanks lela..uyun…hantar aku sampai depan pintu pagar..nak masuk dulu tak?"serentak mereka menggeleng lalu pecah ketawa kami.ah..aku menoleh..zap..terpaku aku disitu seketika..kereta mama.papa..dan kalau tak salah..ini kereta abah…apa diorang buat?alamak..kenapa ilya bocorkan rahsia kami? Nak masuk?tak masuk?tapi mestilah papa perasan aku dah balik..si uyun siap bagi hon lagi..adus..berdebar-debarnya jantung..macam pengantin baru pun ada..isyh..wake up najmi..apa pulak cakap pasal pengantin ni?out of topic betullah..apa aku nak buat ni?aku nak jawab apa ni?berani buat..berani tanggunglah..tapi..adus..bagaimanakh caranya perlu adinda lakukan kanda?Ya Allah dialog manalah pulak dok menyelit waktu-waktu nyawa dihujung pedang ni? Elok je aku menolak pintu depan 8 pasang mata merenung tajam kearahku.ada yang nak membunuh..menerkam,..perli..simpati..blur..adus..apa nak buat ni? "sini..duduk sebelah papa najmi"sebelah papa?berdepan dengan along?a-k-a mamat takde asal usul tu?oh..no..no..tak sanggup..aku tersenyum lebar melihat kerusi disebelah ilya masih kosong..baik aku duduk sebelah dia.. "tak usah nak pergi sana..duduk sebelah papa..ada banyak benda papa nak cakap dengan najmi ni!"huh..papa dah keluarkan kuasa veto dia..alala..mama dah masam semacam aje..geram lah tu aku buat perangai..lambat-lambat aku menapak..akhirnya selamat jugak duduk sebelah papa.. "najmi nak cakap apa-apa tak?"aku mengerutkan dahi..memandang qis dan saufi yang tadi tadi tersenyum memandangku..aha..aku menggeleng "tak kot..cuma nak minta maaf dekat mama dengan papa dan semua yang ada kat sini..sorry ya.." "takpelah johari..budak-budak ni pun dah minta maaf..ilya pun dah ceritakan semuanya kepada kami..kita lupakan jelah…budak-budak.." "saya bukan apa Ibrahim..geram juga dibuatnya..nasib baiklah takde penyakit sakit jantung ke.ape ke..karang tak pasal-pasal bermalam dekat wad malam ni.." "yang sudah tu..sudahlah…anak kami yang bersalah..si najmi ni ikut aje..lagipun dia baik budaknya.."ibu menyambung..aku tersenyum senang..ah..ini yang bagus ni.. "anak saya pun salah juga wani…tak tahulah silap di mana"mama pula bersuara..tak salah?iyelah tu pagi..petang butik aje kerjanya…aku mencebik..tak puas hati.. "tadi along panggil najmi kenapa tak jawab?"ah..sudah..kenapalah dia tanya? "tak dengar..telinga sumbat earphone"bohong sunat..dia mencebik..tak percaya sudah.. "tapikan..boleh tak kalau najmi jadikan family ilya keluarga najmi?ibu..along..abah..qis dan saufi?"aku buat muka simpati..ah..alangkah bagusnya kalau jadi kenyataan..aku ada keluarga yang besar tiba-tiba..tapi..mesti diorang tak setujukan? "kalau tak boleh..tak apelah.."aku dah patah hati..melihat reaksi meraka..semua tak menjawab..even ilya pun..malunya…mana nak sorok muka ni?aku suka memalukan diri sendiri..laju mukaku sembamkan dibelakang lengan papa..pecah ketawa mereka..ah…mencinya…menci…tapi aku tahu.ada makna yang baik disebalik tawa mereka..hopefully la.. Ah..inilah dinamakan takdir..aku dipertemukan dengan ilya kemudian aku menjadi dia dan dia menjadi aku…rahsia terbongkar dan akhirnya aku diterima baik oleh keluarga mereka..sekarang aku dah ada satu keluarga yang besar..ada abang..kakak(ilyalah tu)sebab dia lahir bulan 1..aku lahir bulan 12..2orang adik..papa..mama..ibu dan abah..alhamdulillah..termakbul doa aku…terima kasih tuhan..mama pun dah sayang giler dekat ilya..sebab apa?dia rajin tolong mama dekat butik..huh!takpe…tak kisah yang penting kami bahagia bersama…dia kakak..aku adik..kembar seiras lain ibu dan abah..juga lain tarikh lahir…peace(+_+)
HARRIS Ashman kaku di sebuah bangku yang tersedia di taman rekreasi itu. Wajahnya muram. Jelas terpancar di seraut wajah tenang miliknya kerunsingan yang sedang dialaminya. Harris Ashman mengeluh lagi. Berat. Sudah beberapa kali dia mengeluh sedemikian. Apa yang pasti, anak muda itu sedang sarat dilanda masalah. Harris Ashman mengelamun lagi.
" Harris!" sergah seseorang. Sergahan itu disertakan sekali dengan tamparan kuat di bahu kanannya. Harris Ashman terus memberi gerak balas spontan. Dia menoleh ke belakang.
" Kau rupanya, Adam. Terkejut aku. Kalaulah hari-hari kena sergah dek kau, boleh mati aku, tau tak," marah Harris Ashman. Adam Haikal yang berada di sebelahnya cuba menahan ketawa yang ditahan-tahannya. Harris Ashman menjeling geram ke arah sahabatnya itu. Adam Haikal ketawa lagi.
" Maaf. Aku gurau je. Bukannya apa, sejak dari tadi lagi aku tengok kau asyik termenung je. Kenapa? Ada masalah?" Adam Haikal mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Harris Ashman. Dia merenung wajah muram Harris Ashman.
Harris Ashman mengeluh lagi. " Keputusan periksa aku kali ni teruk. Teruk gila. Inilah keputusan paling teruk yang pernah aku dapat. Mama dan papa aku marah. Mereka kata mereka malu ada anak yang bebal seperti aku."
Adam Haikal yang diam sahaja mendengar apa yang diluahkan oleh sahabatnya, segera bersuara. " Berapa keputusan kau kali ni?"
" 4A, 4B, 1C dan... untuk paper Add Math, aku fail. Teruk gila," kata Harris Ashman perlahan. Syafiq Haikal membeliakkan matanya.
" Eh, kau ni biar betul! 4A je... lagi... kau fail untuk paper Add Math? Aku rasa selama ni kau asyik pegang rekod markah 90 % ke atas untuk subjek tu. Kau tak pernah gagal dalam subjek tu," ujar Adam Haikal tidak percaya. Dia sememangnya hairan. Selama ini, Harris Ashman tidak pernah gagal dalam peperiksaan. Apatah lagi untuk mendapat gred B dan gred C dalam peperiksaan. Untuk melihat budak lelaki itu mendapat gred B dan C cukup payah. Harris Ashman sememangnya seorang pelajar yang pintar. Tetapi, kini... Dahi Adam Haikal berkerut seribu.
" Kau ada masalah ke? Aku rasa, kalau kau gagal teruk macam ni, lepas tu pulak asyik termenung sana sini je sejak kebelakangan ni, mesti kau ada masalah. Cakaplah, mana tahu aku boleh tolong kau," kata Adam Haikal perlahan.
" Tak ada apa-apalah. Aku okey je," balas Harris Ashman. Dia duduk menopang dagu. Adam Haikal tersenyum kecil. Dia mengangkat wajah. Melihat keindahan alam. Langit hari ini begitu cerah. Tidak ada tanda-tanda bahawa hujan akan membasahi bumi hari ini. Tetapi, sahabatnya pula yang mengalami mendung yang sedang berarak di dalam hati. Adam Haikal merenung Harris Ashman.
" Aku rasa, dalam keadaan kita sedang sibuk dengan persiapan untuk SPM yang akan menjelang tiga bulan lagi, kau tak ada pilihan lain selain daripada menceritakan masalah kau atau melupakannya. What’s your choice?" tanya Adam Haikal dengan nada mengusik. Dia menanti reaksi Harris Ashman.
Harris Ashman mengangkat muka, turut memerhatikan langit biru yang terbentang luas di angkasa. Satu keluhan keluar dari mulutnya.
" Kau rasa... kau dapat belajar tak dalam suasana ibu bapa kau sedang bergaduh?" tanya Harris Ashman. Ada senyuman kecil yang terukir di bibirnya.
" Maksud kau, ibu bapa kau bergaduh?" tanya Adam Haikal.
Harris Ashman mengangguk. " Sejak papa aku dapat gelaran ‘ Datuk ’ tahun lepas, papa aku selalu ke luar negara. Kadang-kadang, dalam masa dua minggu tu nak jumpa, nak makan sama-sama pun tak boleh. Mama aku pulak sibuk dengan butik dan spa miliknya. Memanglah mama aku ada kat Malaysia, tapi mama aku keluar awal pagi dan balik lewat malam. Waktu sarapan, makan tengah hari, dan makan malam aku makan seorang diri, tak pun Mak Jah yang temankan aku makan. Nama je ada keluarga, tapi aku hidup macam anak yatim piatu. Kalau mama dan papa aku ada kat rumah pulak, mereka pasti bertengkar. Aku tertekan, Adam. Aku tak tau nak buat apa lagi dengan ibu bapa aku. Kadang-kadang, bila duduk seorang diri dalam bilik, aku terfikir juga nak lari dari rumah. Tapi, aku masih waras, tahu macam mana nak jaga maruah keluarga aku. Kalau aku lari dari rumah, tentu mama dan papa aku dapat malu. Aku masih dapat fikir tentang tu," kata Harris Ashman perlahan. Dia benar-benar tertekan.
Masih terbayang-bayang di ruang matanya peristiwa semalam. Semalam, ibu bapanya bergaduh lagi. Mereka bertengkar betul-betul di hadapannya. Mamanya menuduh papa ada perempuan simpanan di luar, papa pula menuduh mama lebih pentingkan butik dan spanya daripada suaminya. Pertengkaran itu berakhir apabila papa keluar dari banglo mewah mereka sekeluarga dan memandu keretanya menuju ke destinasi yang tidak diketahuinya. Sepanjang malam, mamanya menangis di dalam kamarnya. Hatinya benar-benar terluka dengan tindakan ibu bapanya.
" Kau dah cuba berbincang dengan mereka?" tanya Adam Haikal. Simpati juga dia terhadap sahabatnya itu. Walaupun keluarga Harris Ashman mewah dari segi harta benda, tetapi mereka miskin dari segi kasih sayang. Adam Haikal bersyukur di dalam hati. Walaupun bapanya hanyalah seorang guru biasa, dan bukannya ahli perniagaan berjaya seperti bapa Harris Ashman yang berpendapatan lumayan setiap bulan, setidak-tidaknya keluarganya mewah dengan kasih sayang.
" Kalau nak bersua muka pun payah, apatah lagi nak duduk berbincang mesra," kata Harris Ashman sinis.
Adam Haikal termenung seketika sebelum berkata. " Macam nilah, kau lupakan dulu masalah ibu bapa kau tu sampai kita selesai SPM, okey? Jom, kita ke restoran makanan segera kat depan tu. Kita pergi makan burger. Okey?"
Harris Ashman mengangguk. Dia melemparkan seulas senyuman kepada Adam Haikal.
" Okeylah."
" Bagus! Macam tulah kawan aku. Jom."
Mereka sama-sama meninggalkan taman rekreasi itu.
HARRIS Ashman mengoyak sampul sepucuk surat yang baru diserahkan oleh Adam Haikal kepadanya tadi. Haruman yang terbit dari surat itu menusuk hidungnya. Harris Ashman tersenyum. Perlahan-lahan, dia membuka lipatan surat itu. Matanya menangkap satu persatu patah perkataan yang ditulis dengan kemas di atas surat itu.
Assalamualaikum, Harris, Saya dapat tahu daripada Adam, keputusan peperiksaan awak kali ini turun mendadak. Kenapa boleh jadi macam ni? Sedangkan awak tergolong dalam kelompok pelajar yang menjadi harapan pihak sekolah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Adam beritahu saya awak ada masalah keluarga. Jangan jadikan masalah keluarga awak mematahkan semangat awak! Salam ikhlas Arissa Qistina P/S : See you di IPT
Selesai sahaja dia membaca isi surat itu, dia segera menyimpan surat itu ke dalam laci meja belajarnya.
" Benar kata Arissa dan Adam. Aku patut lupakan dulu masalah keluarga aku. Kalau aku berjaya dengan cemerlang dalam SPM, aku boleh sambung belajar aku ke tempat yang jauh dari sini. Jauh daripada masalah keluarga aku," bisik Harris Ashman sendirian. Dia tersenyum lagi.
Harris Ashman masih ingat. Empat bulan lalu, hatinya terpaut pada seorang gadis. Pada mulanya, dia menyuarakan hasrat untuk mengambil gadis itu sebagai teman wanitanya, tetapi gadis itu, Arissa Qistina segera menolak. Kata Arissa, sekarang ini pelajaran yang harus menjadi keutamaan, bukannya cinta. Setelah permintaannya ditolak, Harris Ashman memujuk gadis itu untuk menjadi sahabatnya. Mereka sering berutus surat walaupun kelas mereka hanya sebelah-menyebelah. Adam Haikallah yang menjadi posmen tanpa gaji mereka berdua lantaran Adam Haikal dan Arissa Qistina merupakan jiran.
Harris Ashman segera mencapai sehelai kertas putih daripada fail biru miliknya. Hatinya berbunga riang.
ARISSA Qistina menyelak halaman buku latihan Biologi miliknya. Dia mahu menyelesaikan dahulu kerja rumah Biologinya sebelum mengulang kaji nota-nota Fizik yang diberikan oleh guru matapelajarannya.Jemarinya berhenti di suatu halaman. Terdapat sepucuk surat yang terselit di halaman itu. Arissa Qistina segera mengambil surat itu dan diletakkan di atas diarinya.
" Belajar dulu, baru baca surat tu," kata Arissa Qistina perlahan. Tanpa mengerling langsung ke arah surat itu, mata Arissa Qistina hanya melekat pada soalan-soalan Biologi di hadapannya. Surat itu dibiarkan sepi terletak di situ.
Tiga jam berlalu, Arissa Qistina segera menutup buku rujukan Fiziknya. Dia mengeliat puas. Hampir tiga jam belajar, dirasakan otaknya tepu dengan fakta-fakta sains yang rumit.
" Boleh pecah otak aku kalau belajar ni lama-lama," kata Arissa Qistina sambil ketawa seorang diri. Arissa Qistina mencapai segelas jus oren segar perahan sendiri yang disediakan oleh ibunya, Puan Ariana. Selepas tegukan demi tegukan, barulah gadis itu menghela nafas lega.
Tiba-tiba, matanya terarah kepada surat itu. Selepas menghabiskan minuman itu, Arissa Qistina mengambil tempat di katil bujangnya. Surat itu tergenggam kemas di jemarinya. Surat itu dibuka.
Assalamualaikum, Arissa, Terima kasih di atas nasihat awak. Saya akan mengikut nasihat awak dan Adam. Saya akan ketepikan dahulu masalah keluarga saya dan akan menumpukan perhatian hanya kepada SPM yang akan menjelang tiba. Saya bukan sahaja mahu mendapat keputusan yang baik dalam SPM, tetapi mendapat keputusan yang cemerlang! Terima kasih sekali lagi. Salam sejahtera, Harris Ashman P/S: See you di IPT
Arissa Qistina tersenyum. Dia mengakui kata-kata Harris Ashman. Dia juga akan berusaha bersungguh. Seperti janjinya dengan Harris Ashman, mereka hanya akan meneruskan hubungan masing-masing jika mereka berdua bersama-sama berjaya hingga ke menara gading. Pasti!
WAKTU dirasakan begitu pantas berputar. Pejam, celik, pejam, celik, pada hari ini Harris Ashman serta rakan-rakan setingkatan dengannya akan menduduki peperiksaan penting yang akan menentukan masa depan mereka sama ada mereka akan melalui masa depan yang cerah atau kelam. Selepas mendengar taklimat, semua pelajar Tingkatan Lima menuju ke dewan peperiksaan. Badai debaran semakin kuat melanda pantai hati mereka. Harris Ashman berulang kali berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Kedudukan Harris Ashman dan Arissa Qistina amat jauh jaraknya. Tetapi kedudukan Arissa Qistina dan Adam Haikal berdekatan sahaja lantaran pangkal nama mereka serupa.
Lima belas minit sebelum peperiksaan bermula, Adam Haikal mendekati tempat duduk Arissa Qistina. Dia menyerahkan sekeping kad kecil berwarna merah jambu kepada Arissa Qistina.
" Kad? Daripada siapa?" tanya Arissa Qistina kehairanan.
Adam Haikal tersengih. " Tu, tuan empunya badan berada di jauh di hujung sana."
Arissa Qistina segera menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Adam Haikal. Sebaik sahaja dia terpandang akan Harris Ashman, Arissa Qistina segera memandang Adam Haikal. Adam Haikal masih tersengih.
" Bukalah."
Kad kecil itu dibuka. Cuma terdapat beberapa patah perkataan sahaja yang tercatat di situ.
Good Luck. May ALLAH Bless You.
Selesai sahaja membaca isi kandungan kad itu, Arissa Qistina segera menyimpan kad itu ke dalam dompetnya. Sehelai kertas memo pad dikoyakkan oleh gadis itu. Gadis itu mencatatkan sesuatu di atas kertas itu. Selesai sahaja dia menulis, kertas itu dilipat rapi dan diserahkan kepada Adam Haikal.
" Tolong sampaikan kepada dia," pinta Arissa Qistina. " Okey, tapi hari last kita SPM, kau kena belanja aku makan ABC kat gerai Mak Leha. Okey?" kata Adam Haikal. Arissa Qistina mengangguk.
" Okey. Kau nak makan berapa mangkuk pun aku tak kisah," setuju Arissa Qistina.
" Orait!"
Adam Haikal segera menuju ke tempat duduk Harris Ashman. Sesampainya di meja Harris Ashman, kertas itu segera diserahkan kepada remaja itu.
" Nah, Rissa beri kat kau. Lepas baca, simpan baik-baik. Pembakar semangat kau tu," Adam Haikal mengusik Harris Ashman. Harris Ashman hanya tersenyum. Selepas Adam Haikal beredar ke tempat duduknya barulah Harris Ashman membaca apa yang tercatat di atas kertas itu. Tulisan Arissa Qistina yang bulat-bulat seperti bola kemas tercatat di atas kertas itu.
All the best. Remember, See You di IPT
Harris Ashman mengangguk. " Saya ingat, ini janji kita."
Sejurus dia menyimpan helaian kertas itu dalam poket seluarnya, ketua peperiksaan mengumumkan bahawa peperiksaan sudah bermula. Harris Ashman segera membaca doa. Dia bertawakal kepada ALLAH SWT.
BEBERAPA bulan telah berlalu. Kini, Harris Ashman kembali menjejakkan kakinya di sekolah itu untuk mengambil keputusan peperiksaan SPMnya. Semalam, dia mengerjakan solat hajat. Dia benar-benar berharap agar mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan itu.
Sebaik sahaja slip keputusan peperiksaannya tergenggam kemas di tangan, dia segera mencari kelibat Adam Haikal. Dia menjumpai Adam Haikal sedang berdiri di bawah sebatang pokok mempelam di taman sekolah. Jelas kelihatan riak kegembiraan di wajah itu.
" Macam mana result kau?" tanya Harris Ashman sebaik sahaja dia mendekati Adam Haikal.
" 8A1 dan 2A2. Kau?" tanya Adam Haikal pula.
" Aku dapat 10A1. Terima kasih kepada kau. Kalau kau tak nasihatkan aku tempoh hari, aku rasa mungkin aku tak akan dapat keputusan sebaik ini," kata Harris Ashman gembira. Adam Haikal ketawa kegembiraan.
" Itulah gunanya kawan. Apapun, kau nak sambung ke mana kau punya study lepas ni?" tanya Adam Haikal.
" Aik, takkan kau dah lupa? Kau kan kata nak ikut aku ke Australia. Sambung belajar dalam jurusan bisnes. Atau kau nak sambung ke tempat lain?" tanya Harris Ashman. Adam Haikal menepuk bahu kanan Harris Ashman.
" Aku takkan lupalah. Keluarga aku dah setuju aku sambung kat sana. Aku tanya kau sebab aku takut kau berubah fikiran. Mana tahu ibu bapa kau nak kau sambung kat tempat lain."
Harris Ashman menggeleng. " Ibu bapa aku tak kisah. Sekarang ni hubungan antara mama dan papa aku dah semakin baik. Dah kurang dah bertengkar, cuma papa aku masih sibuk dengan urusan bisnesnya di luar negara," jelas Harris Ashman.
" Baguslah tu. Kiranya, dah tenanglah hidup kau sekarang?" tanya Adam Haikal.
" Makin bahagia." Harris Ashman melontarkan pandangan ke arah pintu pagar sekolah. Di situ, dia melihat kelibat Arissa Qistina sedang memeluk ibu bapanya. Pasti gadis itu juga berjaya mendapat keputusan yang baik. Harris Ashman tersenyum kecil. Adam Haikal yang mengerti apa yang sedang difikirkan oleh Harris Ashman, bertanya.
" Kau masih mengharapkan dia?"
Harris Ashman tersenyum. " Sentiasa. Aku tak pernah lupakan dia. Tapi, aku akan biarkan dia pergi. Pergi untuk mencapai cita-citanya. Kalau jodoh aku tetap dengan dia, pasti aku akan bertemu lagi dengan dia."
Adam Haikal mengangguk. " Mari, kita pulang."
Harris Ashman mengekori langkah Adam Haikal. Dia masih memerhatikan gadis itu yang sedang berbual-bual gembira dengan ibu bapanya.
" See you di IPT," bisik Harris Ashman perlahan. Dia mengeluh.
" HOI, Harris. Kau kat sini rupanya. Kau dah daftar belum?" tanya Adam Haikal.
" Dah. Kau ni kalutlah. Baru hari kedua kita kat sini, kau dah kalut macam ni. Relakslah," kata Harris Ashman. Dia mengalas beg galasnya.
Masuk hari ini, sudah dua hari Harris Ashman dan Adam Haikal berada di bumi kanggaru itu. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Monash yang terletak di bumi itu. Mereka berdua bernasib baik dari segi tempat tinggal kerana bapa Harris Ashman, Datuk Ismail telah membeli sebuah banglo yang terletak berhampiran dengan universiti itu. Jadi, mereka berdua tidak perlu bersusah payah mencari rumah untuk didiami.
" Kau tak apalah. Kau dah biasa dengan negara orang. Aku mana biasa lagi. Sekarang, kita nak ke mana?" Adam Haikal melihat jam tangannya.
" Sekarang ni kita pergi cari makanan dulu. Aku tahu ada satu restoran Pakistan kat sini. Jom," ajak Harris Ashman.
" Okey."
Mereka berdua keluar daripada kawasan tempat pendaftaran itu. Dalam keadaan yang sesak sedemikian, Harris Ashman terlanggar bahu seseorang. Dia segera berhenti untuk memohon maaf.
" I’m sorry, miss. I..." bicaranya terhenti di situ. Dia tergamam sebaik sahaja melihat wajah itu.
" Harris, Adam. Kamu berdua kat sini juga ye?" ujar gadis itu.
Perlahan-lahan, Harris Ashman mengukir senyum.
" See you di IPT," katanya perlahan.
Gadis itu mengangguk. " See you di IPT too. Awak dah tunaikan janji awak," kata gadis itu. Harris Ashman mengangguk. " Ya."
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei