BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, April 19, 2009
Cerpen : A.a.k.
Nama Pena : aka3k

Hmm…. Letih betul hari ni. Malam ni kena travel lagi.. aku rasa nak tercabut semua tulang kat badan ni. Kalau aku buat gila sebentar and tak pergi ke tempat yang mak suruh tu, boleh tak? Agak-agak korang boleh tak?? Jawab la.. aku tanya ni..

Hish.. apa la aku ni.. kalau nak berlakon jadi gila pun, tak yah la gi tanya ikan-ikan dalam balang ni.. of course la sampai kiamat pun aku takkan dapat jawapan..

Telefon yang diberi oleh mak meraung lagi.. ni nak mintak susu ke nenen??? Bosan tol!

"assalamualaikum.. ya mak.. nak apa?"

"w’salam.. kamu kat mana ni? Jangan kata kamu kat umah lagi. You better come back home right now before your scary daddy bukak langkah silat dia sebab kamu tak datang majlis esok. Mak tak nak tanggung kalau biji mata kamu lebam lagi macam hari tu.."

Satu keluhan muncul dari mulut aku. Ni la bala yang bakal menjelang. Bala yang aku cari sendiri. Last month aku saja cabar ayah aku lawan tae kwon do.. nak tengok sapa kuat la konon.. mulanya ayah tak nak.. tapi aku nak jugak.. then, ayah cakap dia akan setuju lawan ngan aku kalau aku setuju terima pinangan anak kawan dia. Aku cakap ok.. coz aku ingat yang aku akan menang.. ye arr.. ayah dah tua kerepot.. mestilah aku ingat aku akan menang kan.. dan aku pun bagi syarat kalau aku menang, aku nak kereta dia.. iaitu Volkswagen edisi aku belum tengok dunia ni lagi.. antik maa.. I adore it so much.. muahhh… hehe

Nak dijadikan cerita.. aku kalah! Ayah bukak langkah silat dia. Aku memang kalah teruk sampai jalan pun terhencut-hencut.. ditambah dengan make-up yang takkan padam walaupun aku guna olive oil untuk keluarkan make up ni.. seminggu aku pergi kerja dengan mata sebelah kanan lebam.. sebenarnya aku tak penah tahu pun yang ayah ada ilmu silat. Kalau aku tau dia ada, tobat aku takkan ajak dia berlawan..

"along.. are you still there? Dengar tak mak cakap ni?"

"along dengar mak.. kol satu nanti along start la perjalanan.. ni baru balik dari kedai. Takkan nak pergi terus. Along tak solat isyak pun lagi.."

"ok..ok.. nanti kalau kamu sampai, telefon mak. Mak takut tak terjaga nak buka pintu untuk kamu nanti"

"ok.. mak, along tak mintak cuti tau. Esok along keja gak.. so lepas majlis tu, along balik sini terus.."

"hah! Kenapa macam tu? takkan kamu nak balik terus lepas majlis tu? apa kata orang lain nanti?"

"along bukan tak nak cuti mak.. tapi banyak stok baru sampai. Along nak buat macam mana? Takkan nak biarkan Hanim buat sengsorang kot? Ala.. mamat tu pun bukan ada kat sini lepas majlis tu.. dia kan kena fly pegi US.. buat apa along nak cuti?"

"hmm… ikut suka kamu la.. tapi kamu bagitau sendiri kat ayah kamu. Mak malas nak dengar dia berleter. Kamu yang cari pasal, mak yang kena tadah telinga dengar ceramah yang menambahkan taik telinga mak.."

"ok.. ok.. balik nanti along bagitau ayah. Nite mak.. assalamualaikum.."

Lepas menunaikan solat isyak.. aku duduk melepak ngan Husna dan Hanim.. diorang ni kawan sekelas aku since uni lagi..

"ko apsal? Muka macam itik termakan taik ayam je.. kelat mengalahkan buah rambutan tak masak?" Husna menepuk belakang aku..

"ko penah tengok ke muka itik yang termakan taik ayam? aku rasa bukan macam muka aku la.. lagi mirip muka ko tu yang penyegan nak mandi.."

Hanya ketawa yang kedengaran.. muka aku still macam tadi gak. Bosan tahap tak hengat dunia sekarang ni..

"ko apahal ni.. gaduh ngan daddy hitler ko tu lagi ke? Asyik monyok je.." suara Hanim pulak yang bertanya.

"hmm.. kalau aku cakap, korang mesti tak percaya.."

"apsal? Nenek ko pregnant lagi ke? Or ayah ko nak kawin lain.. hehe"

"ishq.. korang ni.. aku tengah serius ni, boleh wat memain pulak.. tak da.. esok aku kena menikah ngan sorang mamat ni. Aku tak kenal. Tu yang tension tu.."

Purrrrr!! Tersembur jus epal and jus nenas dari mulut sahabat-sahabatku yang dikasihi tadi.. dah la tu.. kena tepat-tepat pulak kat muka aku.. bencana betul la minah-minah ni!

"woi! Apa ni? Aku dah mandi la.. siap niat wajib lagi.. korang tak payah nak mandikan aku sekali lagi!"

"sorry! Sorry! Yang ko bagitau cerita hot time-time ni sapa suruh? Tapi… aku was-was la. Ko ni tengah tipu kan?"

"haah. Takkan nak kawin esok? Majlisnya kol bape? Sempat ke ko nak nak sampai kalau tak bertolak sekarang? Ni acah mat gyver je kan?" sampuk Hanim.

Hish.. budak-budak ni.. aku cakap yang betul, diorang kata tipu. Dulu waktu aku tipu diorang yang pakwe aku pilot, diorang percaya pulak.. so, korang rasa sekarang ni aku perlu tipu or cakap yang betul?

Aku nampak macam ada di kalangan korang suruh cakap yang betul. Jangan menyesal.. aku ikut cakap korang ni…

Aku wat muka selamba. Dah tak tau nak pilih muka apa sekarang ni.. aku pilih muka ni je la sebab senang nak buat.

"don’t tell me that it is a true story my dear, do you?" muka aku still da same. Sekarang ni aku memang mempraktikkan apa yang dinyanyikan oleh joey mcintyre.. stay da same! Hidup Joey!!

"hullahoop!! Kawe ambo nak nikoh doh esok wey!!" jerit Husna si mangkuk berayun. Macam nak bagitau satu dunia je yang aku nak kawin esok!

"macam mana ko boleh terjebak dalam kancah perkahwinan ni? Tu lah.. Aku dah cakap dulu.. jangan riak! Mulut tu jaga. Ni tak.. apa ko cakap dulu? aku tak main la kawin-kawin awal ni.. wat penat je.. umur still muda, tapi dah jadi mama.. eee.. geli aku.." hah! Kan aku dah kata Husna ni mangkuk ayun.. tengok mulut dia sekarang ni.. tak ubah langsung macam mangkuk yang tengah berayun and Cuma tunggu masa aku nak campak mangkuk tu ke dalam loji kumbahan aje. Mulut tak da insuran langsung!

"ikut korang arr.. aku cakap yang betul! Jangan salahkan aku kalau satu hari nanti korang terserempak dengan hubby aku kat flat aku tu.. jangan gi panggil orang pejabat agama pulak datang tangkap kering kami waktu tu.. k r, aku nak blah ni. Jap lagi nak drive balik kampung pulak.. chow.. assalamualaikum.."

Aku terus blah dari meja makan. Jiwa aku kosong je time tu. tak tau nak pikir apa. Cuma tinggal sepuluh jam je lagi untuk diri aku pegang title single.. after that, I’m gonna be Mrs. Asmahuda binti Haji Ahmad Kamal.. Isn’t it so damn nice to get that title, huh?? Uuuuwekkkk!! Nak termuntah aku! Eee.. aku rasa aku belum bersedia arr nak jadi bini orang.. It doesn’t matter even I don’t know that guy.. tapi… yang menjadi kisahnya sekarang ni…. Hmm.. aku belum bersedia nak kongsi jamban umah aku dengan kaum ajnabi lain.. aku rasa macam hak aku kena rampas.. aku tak sanggup bilik yang paling aku jaga, belai and bela selama ni dikotori oleh seorang manusia yang bernama lelaki.. uhh.. peeeeelease! Apa yang aku tau, semua lelaki kat dunia ni memang pengotor! Ini bukan andaian.. ini adalah kenyataan! Betul tak girls kat luar sana?? Angguk la all girls…

Majlis berlangsung lewat. Rombongan lelaki tiba lambat. Jenuh mak andam dok mengelap muka aku.. yang herannya, muka aku tak berpeluh pun. Tapi aku tengok muka dia yang penuh dengan keringat.. macam dia pulak yang nak kawin. Sepatutnya aku yang gabra.. tapi yang sebaliknya pulak berlaku.. mak aku yang sibok telefon sana sini untuk bertanya kenapa rombongan lelaki lambat. Aku siap boleh main gameboy adik aku lagi waktu tu.. bohsan wei… tiga jam aku tunggu.. ni kalau makan, dah siap boleh gi buang air besar lagi ni…

Korang tau apa sebab diorang lambat?? Hmm… janji jangan gelak.. sebab pengantin lelaki demam dan muntah-muntah coz bapak dia baru bagi tau semalam yang dia kena kawin dengan aku hari ni. Aku pun baru tau hari ni yang aku kena nikah dengan dia... Dia tak percaya yang dia kena kawin dengan aku, budak yang bagi dia minum air milo yang dicampur khas dengan siput khinzir waktu tingkatan tiga dulu..

ala.. tu cerita lama, aku tengah boring waktu tu, so aku gi padang and then jumpa benda alah tu.. pastu aku gi kantin untuk beli air milo.. nak dijadikan cerita.. budak ni terlanggar aku, dia mintak maaf.. aku cakap kalau nak aku maafkan.. minum air yang aku beli tu… dia pun tanpa rasa bersalah, terus je hirup.. aku pun tanpa rasa kesian, terus je tengok.. sampai la air tu habis.. budak tu muntah waktu tu jugak bila dia tengok apa yang terkandung dalam plastik tu.. ala… ni cerita zaman aku remaja.. budak ni nerd, sebab tu aku tolong dia supaya transform jadi lelaki sejati.. aku ingat dia boleh bertukar la macam badang lepas minum air tu… tapi anggapan aku salah rupa-rupanya.. dia masih seperti sedia kala.. tidak berubah walau sebesar tahi hidung lalat sekalipun.. still with his nerd style.. sampailah sekarang ni…

pejam celik pejam celik, dah setengah tahun aku jadi isteri kepada chef hotel lima bintang ni.. tapi.. kalau dihitung-hitung, dah setengah tahun la jugak aku tak jumpa mamat ni.. woo! Don’t get me wrong k.. aku still wife dia, Cuma aku tak penah jumpa dia dah lepas kami nikah hari tu. dia ada kursus kat US. Aku tak tau bila balik. Mak cakap lepas lima bulan.. tapi ni dah terlebih sebulan. Mana dia pergi? Ntah… yang aku tau, duit dalam akaun aku tiap-tiap bulan bertambah.. gaji as his loyal wife.. hehe

hmmm.. cerita pasal sebulan.. dah sebulan la jugak aku dapat macam-macam bunga kat kedai ni. Bunga lili, rose, zinnia dan ntah hape-hape lagi.. actually, aku tak minat bunga.. so all those flowers aku bagi kat customers yang datang beli buku kat kedai aku.. kad yang orang tu bagi pun sama je all the time.. dia Cuma tulis --- to: a.a.k. 143, from: a.a.k. ---

kalau tak silap, ni nickname aku dari dulu lagi.. stands for Asmahuda Ahmad Kamal. Sapa yang bagi ni?? 143 tu apa pulak?? Kalau bahasa cinta, I love you.. tu yang aku tau la.. ahh., persetankan semua tu.. yang penting, thanks for da person.. kedai aku dah jadi macam kedai buku kacukan kedai bunga.

Mamat ni datang genap-genap enam bulan enam hari selepas kami nikah. Korang tau macam mana dia datang? Fisrt skali, of course la dia kena ketuk pintu. Pastu aku buka pintu.. and then kami terus masuk tido.. haa… tu ada la yang pikir lucah tu! bukan tido sekali la.. dia kat sofa, and aku kat dalam my beloved bilik.. tak boleh tido sekali lagi.. aku belum bersedia.. lagipun dalam bilik aku Cuma ada katil bujang..

"woi, mangkuk! Bangun la. Aku dah masak. Sekarang aku nak pergi kerja. Ko kemas rumah." Aku terus tolak mamat tu jatuh dari sofa. Mengeruh mengalahkan rhinoceros je..

"woi apa ni.. kejut la aku lek-lok.. ni main tolak je.. aku nak tumpang kejap pun berkira.."

Ya Allah.. tak malu betul mamat ni.. dah la datang tak dijemput, selamba je nak menumpang.

"ko datang ni apahal? Mak suruh ke?" aku terus blah ke muka pintu. Nak pakai kasut. Ni pun dah lambat. Karang Husna mengamuk lagi.

"aku kena transfer kat cawangan sini. Diorang tak cukup kakitangan. Mak kirim salam kat ko. ayah pun sama. Wei, aku nak pinjam motor.. keta aku rosak. Lagipun aku tak familiar lagi ngan bas kat sini.. boleh tak?" mamat ni terus je makan sarapan.. hah.. kan aku dah cakap, kaum lelaki ni memang pengotor. Gigi tak gosok lagi, tapi makanan dah melayang ke dalam mulut.

"ko kerja pukul bape?"

"12 tengah hari"

"nanti aku balik. Aku hantar. Lagi pun basikal aku pancit. Kalau aku bagi motor kat ko, aku tak da transport nak gi kedai"

"ok"

Sedar tak sedar, dah nak dekat seminggu aku merana kena hantar mamat ni ke tempat kerja dia. Bukan dekat wei.. ada la dalam setengah jam.. pergi balik dah sejam.. fuhh.. mau gelap macam negro aku nanti.. asyik berjemur je.. karang tak kenal pulak mak aku kat kampung tu..

Aku masih dapat bunga.. tapi sekarang ni pesanannya dah lain.. – to: a.a.k. HACKS DDHS, from: a.a.k.- siap ada gula-gula Hacks lagi.. ni dah macam kemaruk je.. sapa orang gila ni? Tapi tak pe, aku tetap malas nak amik tau, anyway thanks to that person.. coz memudahkan kerja aku tiap pagi yang kena sediakan gula-gula yang sama untuk Husna. Ni hutang aku untuk dia sebab dia dah tolong aku cuci jamban kat kedai tiap-tiap minggu. Upahnya hanya gula-gula.

Sepuluh bulan dah berlalu sejak kami nikah. Aku pun dah tak hantar dia pegi kerja lagi. Kereta dia pun dah ok. Cuma satu je.. dia nak ajak aku pindah.. malas.. jawapan tu yang aku bagi kat dia.. ok.. itu yang dia jawab balik.. so, tutup cerita pasal nak pindah.. tapi.. dia bukak cerita ni pulak..

"hmm… aku nak anak.. umur kita nak masuk 29 tahun depan, so kalau boleh aku nak anak sebelum 30.. boleh tak?"

Muka aku blur. Otak aku bagi isyarat suruh buat muka macam ni. Tapi hati aku macam suruh nganga.. and aku pun ikut cakap hati aku.. adalah lima minit aku jadi blur sambil ternganga depan mamat tu.. lepas otak aku berfungsi elok sikit, aku pun jawab..
"ok.. tapi kalau dapat anak nanti, ko yang kena jaga. Aku malas nak bangun malam."

Sekarang ni dia pulak yang ternganga. Lagi lama dari aku tadi.

"hmm.. ko konpem ke ni? Memang dah bersedia nak jadi isteri aku yang sebenar-benarnya? Tak menyesal? Boleh ke? Kalau ko rasa ko suka kat orang lain, lebih baik cakap sekarang, aku tak nak kita bercerai-berai pulak lepas ada anak nanti. Kesian baby tu. lagipun… aku tak nak ko bayangkan orang lain time kita bersama nanti.. hmm. Ko paham kan?"

"tadi ko kata nak anak, sekarang bila aku dah setuju, ko banyak tanya pulak. Nak ke tak nak ni? Kalau tak nak, aku tak kisah. Lagipun aku tak suka kat sesapa pun.. so, dah terlanjur ko jadi hubby aku, yang sah pulak tu, aku rasa tak salah aku ada anak dengan ko. bab cerai-berai tu kuasa Tuhan.. kalau jodoh kita tak panjang, aku nak buat macam mana. Tapi i’allah.. aku akan bersabar selagi mampu.. aku bukan kejam.. aku takkan biarkan anak aku tak da kasih sayang seorang bapak. Unless kalau ko yang nak ceraikan aku dulu.. it’s up to you.. k.. and.. for the last question yang ko tanya… walaupun aku ni tak la warak sangat, tapi aku tau hukum Allah.. berdosa kalau bayangkan orang lain time kita bersama.. tapi macam aku cakap tadi.. aku tak suka kat sesapa pun, so aku rasa aku takkan bayangkan muka sesapa kot time kita bersama nanti.. understand??"

Dia diam. Berfikir barangkali.. aku biarkan aje. Mungkin bagi dia aku ni pelik.. ye la, kan pelik nak tido ngan seorang lelaki yang aku tak penah sayang langsung, then nak ada anak pulak tu.. tapi bagi aku bab cinta or sayang or whatever yang bersangkut paut sewaktu dengannya adalah tak penting. Dah banyak kes aku tengok, bercinta bertahun-tahun tapi berpisah lepas setahun dua usia perkahwinan diorang.. so bagi aku, lebih baik aku tak da cinta, just sayang may be.. itu pun dah cukup. Tak perlu nak cinta sangat-sangat sebab nanti diri aku yang merana kalau dia buat hal.. hah! Time mula la nak rasa yang dunia ni sangat kejam kepada aku yang mencintai dia separuh nak mati tu.. so, for safety, better blah dari cari penyakit yang bagai cancer tu..

Aku anggap hidup ni merupakan satu tanggungjawab.. perkahwinan pun sama. Tanggungjawab yang bukan tentang diri aku aje.. tapi tanggungjawab terhadap mamat tu, mak, ayah dan orang sekeliling. Memang sebelum ni aku kolot skit, tak nak kongsi jamban or anything yang aku punya ngan mamat tu.. tapi bila aku tengok perangai dia, relationship dia dengan Allah dan keluarga aku.. aku rasa dia adalah satu anugerah dari Allah untuk aku yang tak pernah bercinta selama ni. May be otak aku dah set, love is nothing.. cinta or sayang or kasih boleh dipupuk kalau kita nak.. jangan tipu la kalau korang kata cinta tu hadir dengan sendiri je.. cuba bukakan hati kita, mintak petunjuk dari Yang Maha Esa, I’allah.. Dia akan tunjukkan kat kita jalan yang terbaik.. dan inilah yang aku praktikkan selama ini.. mintak petunjuk dari Dia.. and aku rasa, mamat ni is my destiny..

"so, macam mana? Still nak anak or tak?" aku terus menyuap ais krim ke dalam mulut. Lama sangat rasanya aku tengok mamat ni diam. Bosan pulak tetiba je diam..

"ok.. aku setuju. Anyway thanks.. coz ko sudi terima aku yang tak da apa-apa ni.. aku sayang ko.." nampak romantik pulak mamat ni waktu macam ni.. eee.. naik meremang pulak bulu roma aku!

"ok la kalau macam tu.. aku rasa ko dah boleh pindah masuk ke dalam bilik.. aku dah tak larat nak kemas tempat tido ko ni tiap pagi.. penyegan betul! Ko gi arr beli katil kelamin. Aku malas nak beli.."

Dia Cuma gelak je.. anyway thanks to Allah sebab bukakan pintu hati aku ni untuk dia.

Dah setahun kami kahwin. Mamat ni ajak aku pergi makan kat hotel. Nak celebrate katanya. Aku ikut je.. mulanya, aku ingat gi makan kat kedai mamak je, alih-alih, bukan kedai mamak, tapi hotel depan kedai mamak yang dia bawak.. segan gak arr, aku Cuma pakai jeans, t-shirt lusuh dan tudung.. tak special langsung.. tapi mamat ni tenang je pimpin aku ke meja yang dia tempah..

"mesti mahal kan makanan kat sini? Jom arr balik.. kita makan kat kedai mamak tadi pun aku tak kisah.."

"rileks la.. aku belanja. Ko jangan risau. Malam ni ko order je, aku bayar. Lagipun aku nak bagitau satu rahsia kat ko.. dan… aku nak langsaikan hutang lama dengan ko.."

"rahsia apa? Hutang apa?"

"nanti la dulu.. sekarang kita makan."

Tengah-tengah kami makan tu, ada sorang budak kecik datang terkedek-kedek ngan sejambak bunga ros.. alahai.. awat bagi bunga ros.. aku tak suka la.. busuk! Baik bagi aku perfume CK terus.. bagi menatang ni nak wat apa.. nanti layu gak. Buang duit je..

"suka tak?" dia dah start bercakap balik. Tapi aku rasa macam nak tercekik. Makanan apa la malam ni.. pelik-pelik yang hotel ni jamu aku.. ada udang besar and ketam ntah hape-hape ke namanya.. aku dah la tak makan nasi dari pagi, mamat ni gi order makanan barat macam ni pulak.. kepala aku terus geleng. Bengang campur perut aku tengah meraung ‘aku nak nasi la mangkuk!’

"ko tak suka bunga ke?" aku geleng lagi..

"or ko tak suka makanan kat sini?" aku angguk..

"apsal tak suka.. aku masak special kat ko ni.. resepi yang ko penah bagi aku minum time skolah dulu.. aku blend skali ngan rempah ketam ni.. sedap tak?" mamat ni dah wat kening double jerk.. dan mata aku pun dengan spontan jadi macam mata citer ‘the mask’.

"ladies jap!"

Aku terus lari ke toilet. Memang mangkuk ayun, mangkuk pinggan, mangkuk jamban punya mamat… segala tok nenek mangkuk betul!aku ingat dia dah lupa kisah lagenda tu.. rupa-rupanya still simpan dendam! Tak pe ko! Aku janji aku akan balas jugak nanti.. just wait and see la..

Muka aku dah jadi merah macam udang yang dihidang kat atas meja.. habis sume yang aku makan selamat mengalir ke loji kumbahan dah aku rasa..

Waktu aku kembali ke meja tu, aku nampak muka dia still merah.. macam tengah tahan gelak pun ya.. ikut kan hati aku, nak je aku baling mangkuk yang berisi udang and ketam ni ke muka dia. Tapi karang kena bayo balik pulak.. aku bukannya banyak sangat duit sampai nak sedekah kat hotel ni..

Aku duduk depan mamat tu.. mulut dia masih tersenyum-senyum macam kerang busuk yang aku jumpa kat loji taik… fuhh.. aku memang rasa gunung berapi dalam badan aku ni nak meletup dah! Memang mangkuk punya husband!

Ada la dalam setengah jam dia asyik pandang muka aku, dan aku pulak malas nak tengok muka dia, so aku pun main game dalam hanphone aku. Lagi bagus!

Tengah aku ralik-ralik tu, tetiba dia hulur kat aku gula-gula Hacks macam yang selalu aku dapat. Dia seyum. Tapi ni macam senyuman ikhlas je.. bukan macam nak ejek aku seperti setengah jam yang lepas.

Tetiba dia cakap.. " 143 a.a.k. and HACKS DDHS dari aku, a.a.k., your secret admirer since school sayang"

Muka aku blur. Tak tau nak cakap apa. Aku paham apa yang mamat ni cakap. Tapi.. hati aku terasa nak play a game here.. hehe

"ko tak ingat ke? Kan ko ada dapat bunga and gula-gula Hacks sebelum ni.. aku yang bagi. Ko tak dapat ke? Or aku salah anto kat kedai orang lain?" dia wat muka macam tengah memikirkan sesuatu. Aku rasa nak gelak je.. tapi tahan wei.. tadi dia memainkan aku. Sekarang ni masa dia pulak..

"mana ada.. tapi aci kat tepi kedai aku selalu gak bagi kat aku bunga and Hacks sejak kebelakangan ni.. ko anto kat sapa ni.. aku tak penah dapat apa-apa pun.."

Dia terus keluarkan handphone dia. Mulut aku dah nak keluarkan gelak macam pontianak ni.. sabo wei… kejap je lagi..

"wei Jo, ko kata ko dah bagi bunga and Hacks kat kedai bini aku. Apsal dia cakap yang dia tak dapat pape pun. Ko jangan memain bro.. karang aku naik angin, dengan kedai-kedai ko aku bako karang.. apa ni?!"

"wei.. apa ni.. salam tak da, ribut tak da, angin tak da.. taufan apatah lagi.. tetiba je maki aku ni.. aku dah bagi kat wife ko.. tiap hari aku hantar kat dia macam yang ko suruh. Dia yang sign setiap pagi. Gi tanya dia bebetul.. karang kalau ko yang silap, aku sunat ko pulak lagi sekali.. tak pasal-pasal nak bako kedai aku!"

Husband aku terus tengok muka aku.. aku dah memang tak tahan wei.. aku terus lepaskan gelak aku kat depan dia… hahahaha padan muka! Tadi wat drama depan aku kan.. sekarang aku wat filem pulak depan dia.. padan muka.. kahkahkah!

"ok.. wei.. sori… sori sesangat. Wife aku memainkan aku.. sori wei.. k, aku janji aku belanja ko makan next week seminggu.. sori sesangat. K, bye, assalamualaikum" dia terus tutup handphone. Hantu punya bini! Tak pasal aku marah Aie.. karang merajuk lagi mamat lembut tu.

"wei.. apa ni.. kalau nak memain pun, jangan sampai masuk orang lain.. ko tengok, tak pasal aku marah kawan aku tu, karang dia merajuk lagi.. ko ni arr.."

"aku tak suruh pun ko marah dia. Ada aku suruh? Tak kan? Anyway.. apa kebenda yang ko tulis kat atas kad tu? tak paham aku. Yang aku tau a.a.k. tu nickname aku since school. Tapi apsal from a.a.k. gak? Hacks tu aku paham.. tapi DDHS tu aku tak paham.. ko mengarut apa?"

Dia senyum lagi.. hisy.. jangan senyum boleh tak? Aku rasa nak tarik-tarik je mulut tu. aku rasa senyuman mamat ni lagi manis dari senyuman aku.. dia ada satu gigi lebih kat kiri and kanan gusi sebelah atas. Aku tak tau orang panggil ni gigi apa.. tapi aku memang suka orang yang ada gigi macam ni..

"ko ni.. lembab betul! Nama husband sendiri pun tak tau ke? A.a.k. kan stands for Azrul Aqil bin Kamil.. DDHS tu.. dari dulu hingga sekarang.. so.. aku tulis kat ko… to: Asmahuda Ahmad Kamal, I Love You, Hanya Aku Cinta Kau Seorang Dari Dulu Hingga Sekarang.. from: Azrul Aqil Kamil.. got it?"

"ooo… baru aku paham. Anyway, pasni tak yah arr bagi bunga and Hacks tu.. semua aku sedekah kat orang.. aku tak suka. Tak yah arr membazir macam tu dah. And aku ada benda nak bagitau ni.."

"apa dia"

"hmm.. tapi janji jangan marah.."

"apa.. ko ni suka wat suspen"

"hmm… aku nak wat confession.."

"hisy.. aku rasa nak pelangkung ko dengan sudu ni! Apa benda?"

"ok. Ko jangan menyesal.. sebenarnya, selama ni aku terguna ko punya berus gigi.."

"tak pe. Kita kan husband and wife.. takat nak kongsi berus gigi tu aku tak bape nak kisah pun.."

"dengar dulu.. aku terguna ko punya berus gigi wat gogok jari kaki aku la.. aku mintak maap sesangat! Aku tak perasan yang ko dah buang berus gigi aku yang aku guna selama ni wat gosok jari kaki.. semalam baru aku perasan.. aku mintak maaaapp wei…"

Mata Azrul terus terbeliak.. mulut dia pun dah ternganga sekali.. dia terus bangun.

"gents jap!"

Aku tak tau nak gelak or menangis sekarang ni.. aku memang rasa bersalah sesangat.. ampun wei.. aku tak sengaja..

Azrul baru kembali dari gents. Sekarang muka dia pun dah jadi merah macam aku tadi. Aku rasa dia pun muntah gak..

"wei.. aku ada satu lagi benda nak bagitau ni.." azrul terus angkat tangan menandakan ‘cukup’..

"tapi benda ni penting.."

"kenapa? Ko nak cakap yang ko dah guna spender aku wat lap tingkap pulak ke?"

Aku geleng..

"abis tu?"

"aku dah pregnant. dua bulan. Aku dah lama tau.. tapi malas nak bagitau ko.."

"betul ke ni? Ko jangan memain lagi wei. Aku dah rasa nak jatuh ni.. karang ko yang kena pimpin aku balik rumah. Larat ke ngko nak bawak aku sampai naik tingkat 25 tu?"

"aku serius ni.. ala kalau ko tak larat, aku tinggal je ko dalam kereta. Tak kuasa aku nak angkat. Sapa suruh lembik sangat! Tapi kan…" aku stop jap..

"apa lagi ni?"

"apa yang ko teka tu pun betul gak.. aku penah wat macam tu tiga bulan lepas.. aku ingat ko punya spender tu kain buruk… dah aku tengok berlubang semacam je.. aku pun wat la lap tingkap.. tengok-tengok, tiga hari lepas tu aku nampak ko pakai.. aku mana tau.. yang tu pun aku mintak maap gak.. aku memang tak sengaja.."

Azrul terus longlai kat meja makan.. korang tau.. malam tu memang aku yang kena pimpin dia sampai masuk rumah.. mujur la ada lif, kalau tak memang aku tinggal je dia kat dalam kereta.

K r, nak gi masak ni. Aku dah sarat sangat ni. Due aku lagi seminggu. Sekarang ni pun Azrul selalu balik rumah time dia free.. dia dah janji, yang dia akan jaga budak ni kalau baby ni bangun time malam. Ni yang buat aku makin sayang kat dia ni.. and one more thing aku nak bagitau.. korang tau… dia dah tak gogok gigi kat dalam bilik air kami dah.. dia mesti gosok gigi kat sinki di dapur.. dia takut aku guna berus gigi dia wat gosok kaki aku lagi.. tapi dia tak tau.. aku guna berus gigi dia tu wat cuci sinki.. korang jangan bagi tau dia tau.. tu resepi supaya dia makin sayang lagi kat aku tu… hahahaha…
posted by Penulisan2u @ 11:26 PTG   65 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Cinta Seorang Rockers
Nama Pena : Vee Violet

"Lu dah fikir ke lagu ape kite nak perform untuk Rock Unite tu nanti?" soal Wira pada Joe, kawan karibnya yang di kenalinya sejak 4 tahun lalu. Joe hanya terdiam memandang ke arah sisi kanannya. Soalan Wira di dengarinya namun, dia tiada jawapan untuk soalan Wira. Wira yang menyedari Joe sedang berfikir, mengajukan soalan tersebut pada Ijoy pula.
"Lu pulak Ijoy? Any idea?" Kali ini Ijoy memandang ke atas. Matanya berkelip-kelip berfikir. Wira tergelak kecil. Tangannya menarik dekat cawan yang berisi milo panas dan menghirupnya.
"Gua rasa kite 'goreng' lagu Muse la. Time Is Running Out? Ok tak?" Joe bersuara dan memandang ke arah Wira, kemudian berpaling ke arah Ijoy. Menantikan jawapan dari mereka berdua.
"Gua setuju!" Wira yang tiba-tiba menepuk kuat meja makan yang di duduki mereka bertiga menyebabkan Ijoy terkejut dan....
"Opocot opah aku!!!!" Ijoy melatah? Tak rock langsung!

*********************************************************************************

Nama penuh gua, Dzulkarnain bin Ariffin. Gua ada band gua sendiri - Gold Leather. Band gua ada 4 teraju. Ijoy - drummer, Joe - bassist, Ary - guitarist and gua sendiri, Wira sebagai penyanyi utama. Kenapa kawan-kawan gua panggil 'Wira'? Hehehe. Sebab gua ada satu komik bersiri kegemaran. 'Juara-juara Berkembar'. Lu penah baca? Tak pernah dengar? Tak tau? Takpe, korang tak tahu takpe, gua tak nak bagi tau. Hahaha.
Juara-juara Berkembar tu 'hero' die kembar. 'Hero' kegemaran gua nama dia 'Bilis Wira' - so sebab tu lah kawan-kawan gua panggil gua Wira. Panggil 'Bilis' tak best beb! 'Wira' baru kena dengan gua.
Life gua simple je. Gua tinggal kat rumah sewa berdua je dengan 'buah hati' gua. Tak risau kena tangkap basah? Tak mungkin... Gua tau lah...Gua panggil die 'Manja' je. Kenapa panggil manja? Sebab die memang manja wa cakap lu. Pagi-pagi kalau gua lambat je bangun nak gi keje, mulalah datang kat gua. Gesel-gesel gua kejut gua bangun. Sehari tak bermanja dengan gua memang tak sah. Tapi, kalau die mengamuk, memang tak tahan beb. Kalau gua balik lambat je, confirm gua kena luka kena 'belasah' dengan dia. Habis luka-luka tangan gua. Mau tak nye, gua balik lambat confirm gua lambat bagi die makan. Dia tak pandai amik makan sendiri? Ape la lu. Kucing mane pandai makan sendiri kalau kat rumah.
Kekasih? Haaaa, ni yang gua nak cerita ni.

*********************************************************************************
Wira gementar memerhati keadaan sekeliling. Sesak. Banyak band yang ingin mencuba nasib dengan menyertai pertandingan 'Rock Unite' anjuran NTV 7. Wira dan ketiga-tiga sahabatnya berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing gementar kerana ini pertandingan pertama yang pernah mereka sertai. Masing-masing terdiam tanpa kata. Setiap butir bicara dari pengacara yang memenuhi pentas, bagaikan tidak di dengari 4 sahabat itu namun mujur Wira sempat mendengar....
"Gold Leather!!!!!"
Masing berlagak 'macho' melangkah ke atas pentas. Sampai ke atas pentas, masing-masing mengambil masa untuk bersedia. Nafas Wira berdegup kencang. Tangannya membetul-betulkan mikrofon.
"Ok. First of all, boleh I tau kenapa you all pilih lagu..... " salah seorang daripada 3 juri di hadapan keempat-empat mereka tiba-tiba menyoal soalan yang langsung tidak di jangkakan mereka berempat terutama sekali Wira sebagai penyanyi utama yang memegang mikrofon ketika itu.
Juri yang terhenti menyoal tadi menyambung kembali soalannya - ".... lagu Muse - Time Is Running Out ni?" serius riak wajahnya. Wira tidak dapat berfikir panjang dan spontan menjawab -
"Sebab lagu ni rock!" jawapan dari Wira mengundang tepukan dari orang ramai yang menonton pertandingan tersebut. Wira tiba-tiba menjadi bersemangat. Ketika Wira sedang tersenyum dan menarik nafas untuk memulakan persembahan, matanya tertancap pada seorang gadis ayu berambut panjang hitam lebat yang memandang tepat ke arahnya.
'Indahnya ciptaan Tuhan' detik hatinya.

*********************************************************************************
"Nak buat macam mane. Takde rezeki" kata-kata yang terbit dari bibir Ary tidak mendapat balasan dari mana-mana rakannya. Apa yang boleh di katakan lagi apabila mereka langsung tiada peluang ke peringkat separuh akhir. Masing-masing tertunduk. Ijoy bermain-main dengan 'stick' drum di hadapan nya. Suasana sunyi sepi di dalam studio yang sering menjadi tempat mereka berempat bersama-sama 'melepaskan tekanan', berbual-bual tentang kehidupan masing-masing, kereta, karier masing-masing dan... gadis....
"Semangat la bro!" Wira bersuara kuat. Bosan dengan suasana begitu. Ijoy yang terkejut hampir menghamburkan 'kata-kata sesat' dari mulutnya, namun dia sempat mengawalnya.
"Dari awal mind-set kite join competition ni sebab suka-suka kan? So, no point la masing-masing nak buat muka macam 'ayam berak kapur' gini kan?" Wira menyambung kata=katanya. Cuba menaikkan semangat rakan-rakannya. Riak wajah masing-masing berubah berbanding awal tadi. Joe tersenyum menepuk belakang Wira.
"Gua setuju Wira...." Wira mengangguk-angguk kecil.
"Wira, gua nak tanya lu something ni. Lu jangan ingat gua nak menyibuk ke ape pulak. 'Curious' nak tahu je. Gua rasa Ary dengan Joe 'curious' nak tahu jugak" Wira tersenyum kecil dan bingkas bangun mahu melangkah keluar dari studio tersebut.
"Gua dahaga, gua nak gi beli limau ais kejap" Joe yang berada berdekatan dengan Wira cepat-cepat menarik lengan Wira, cuba menghalang Wira keluar dari keluar dari studio tersebut.
"Betul tu, gua pun 'curious' nak tahu ni. Sape minah ayu berambut panjang yang hulur kertas kat lu tadi?" Wira tergelak besar.
'Aku dah agak!' detik hatinya.

*********************************************************************************
Seorang lelaki bertali leher kusyuk membaca surat khabar di sudut restoran barat 'Victoria Station'. Wira rasa kekok. Gadis ayu di hadapan nya langsung tak di pandangnya, cuma sesekali dia menjeling ke arah gadis tersebut.
"Wi tak suka ke keluar dengan Elina?" soalan dari gadis ayu tersebut menyentakkan Wira. Wira gugup seketika.
"Eh! Eh! Tak lah. Tak.... Ehem...." Wira berdehem lembut. Suaranya bagaikan susah mahu keluar. Dia cuba berlagak 'cool'. Kolar bajunya di betulkan dengan penuh sopan. Wira benar-benar kekok. Elina bagaikan memahami, berpura-pura tidak perasan setiap perbuatan Wira. Di tundukkan wajahnya menatap steak yang sedang di makannya.
"Wira cuma...." kata-katanya terhenti.
'Ah! Cakap je lah. Buat ape aku nak cover-cover' hatinya berkata-kata sendiri.
"Wi cuma tak selesa dengan keadaan sekarang. Makan tertib dalam restoran begini, dengan seorang gadis yang cukup cantik bagi Wi. Wi kekok. Betul-betul macam tak kena dengan jiwa Wi" Wira laju berterus-terang pada Elina Julia. Lega rasanya berterus-terang, Namun Elina dilihat bersahaja terus memakan steak di hadapannya. Seolah-olah tidak mendengar apa yang telah di perkatakan Wira.
'Dengar ke tak ape yang aku cakap tadi minah ni? Buat muka 'stone' pulak. Selamat comel' desis Wira di dalam hati.
"Wi, Wi ada cakap hari tu kan? Nama sebenar Wi, Dzulkarnain kan? Tapi kenapa kawan-kawan Wi panggil Wi - Wira?" Wira hampir-hampir menepuk dahinya. Elina benar-benar tidak mendengar apa yang di perkatakannya tadi.
"Eeerrmm... Wi ringkaskan je ok. Wi suka baca satu komik bersiri. Watak utama komik tu 'Bilis Wira' so that's why kawan-kawan Wi panggil Wi , Wira. Tapi Wi rasa, Elina memang takkan suka baca benda-benda macam tu."
"Tak suka boleh jadi suka kan?" tangan Elina menyentuh lembut tangan kiri Wira yang di letakkan atas meja waktu itu. Wira benar-benar terkejut dengan tindakan Elina.
'Gila 'daring' minah ni!' hatinya berterusan bermonolog sendiri.
"If Wi tak selesa makan dalam restoran begini, lepas ni kita lepak je dekat mamak. And tak perlu nak kekok-kekok dengan E.J. Yang tak suka, tak mustahil kita takkan suka kan?" Elina menyambung perbualan nya.
'Laaa... dengar rupa-rupanya apa yang aku cakap tadi. E.J? Elina Julia...' Wira terus berbisik di dalam hatinya.
"Nanti Wi bawa komik kegemaran Wi ye? E.J nak baca. Wi memang minat gile tengok bola kan?" Wira mengangguk lembut sambil tersenyum. Dia makin menyenangi Elina.
"So, nanti boleh lah E.J baca komik tu time Wi tengok bola kan?" Elina tersenyum memandang Wira. Senyuman yang benar-benar mencairkan hati lelaki nya. Mencairkan jiwa rockers nya.
Rockers pun ada hati dan perasaan jugak. Gua pun nak jugak bercinta!

*********************************************************************************
"Miaow.... miaow....." 'Manja', kucing kesayangan Wira mengekori Wira ke dapur. Kelaparan. Sejak Wira bersama dengan Elina, Wira sering pulang lewat ke rumah kerana setiap kali pulang dari kerja, dia akan menjemput Elina pulang dari pejabat gadis itu dan keluar makan malam bersama-sama. Masanya bersama-sama rakan-rakannya juga makin kurang di luangkan bersama, namun, Joe, Ary dan Ijoy memahami. Lagipun, kadang-kadang Elina turut di bawanya ketika mereka 'jamming' bersama-sama. Cuma, Elina kelihatan agak kekok bersama dengan mereka bertiga kerana dia lebih banyak mendiamkan diri.

Pada satu pagi, jeng jeng jeng.... Wira memetik gitarnya memainkan lagu 'Redline -Shizuka'. 'Manja' melompat ke arah sisi pahanya dan menggesel-geselkan pipinya pada paha Wira. Wira meletakkan gitarnya ke lantai dan mengangkat 'Manja' lalu meletakkan kucing comel tersebut ke ribanya.
"Manja.... Lu tau tak? E.J ni first love gua. Gua risau la die tak serasi dengan gua. Gua dengan dia macam langit dengan bumi. Kawan-kawan gua selalu cakap gua dengan die jauh berbeza. Gua rockers, die tu macam macam perempuan melayu terakhir. Lemah-lembut, soft spoken, manja-manja. Gua ni lu tau la. Mane pandai nak layan die ala ala romeo gitu. Kalau die tu macam lu, kucing... Senang. Gua kasi mandi, makan, gua jaga lu gitu-gitu je, gua gi keje - kita wat hal masing-masing..." Wira berbual-bual dengan 'Manja' seolah-olah 'Manja' memahami apa yang di perkatakannya. 'Manja' hanya memandangnya tanpa berkelip.
"Gua ni nampak je macho, tapi gua tak biasa la dengan perempuan ni. Gua pernah admire dengan sorang minah ni masa gua sekolah menengah dulu tapi sampailah gua habis SPM, gua tak berani luah dekat dia. Lepas tu gua dah tak berani nak suka mana-mana perempuan lagi, sampailah E.J ni muncul. Kalau die tak approach gua, cakap die minat suara gua, gua rasa sampai sekarang ni pun gua takde awek." Wira masih berceloteh pada 'Manja' tanpa henti. Sebenarnya, jika ada sesuatu yang dia tidak dapat luahkan pada sesiapa, 'Manja' lah yang menjadi tempat dia bercerita.
Wira mendengus keras. Hatinya rasa di bebani sesuatu. Perbezaan nya dengan Elina membebankan fikirannya kadang-kadang namun gadis ayu itu di sayanginya sepenuh hati. Di jaganya baik-baik. Wira akan menghantar dan menjemputnya setiap kali pergi dan pulang dari pejabat.
"Gua happy dengan die. Cuma kadang-kadang gua rasa tergugat jugak lah kalau die layan lelaki lain macam die layan gua. Gua tau die memang lemah-lembut and manja tapi, hati gua panas la die layan semua lelaki sama je. Tapi gua sayang gile kat die, lu tau tak 'Manja'? Gua pun tahu, die sayang gua jugak sebab die cakap kat gua. Die cakap die tak kisah gua rockers ke ape ke. Yang penting die sayang gua. Tapi gua tau die suka gua pun sebab gua hensem kan?" Wira tergelak sendiri dengan ke'perasanan'nya.
"Bro, lu bercerita kat kucing lu tu... Gua rasa lu memang 'stuck' kat situ je. Pe kata lu cite kat gua. At least gua boleh bercakap bahasa yang lu boleh faham daripada kucing lu tu asyik mengiau-ngiau je." satu suara yang amat di kenali nya membuatkan Wira tersentak. Di kalih pandangannya ke belakang. Joe berdiri tegak di belakangnya.
"Joe, macam mane lu boleh ada kat sini?" soal Wira tergagap-gagap. Malu segala apa yang di bualkan pada 'Manja' di dengari oleh Joe.
"Aduyaiii... Nampak sangat jiwa lu tangah kacau. Lu lupa ke gua tidur rumah lu malam tadi?"
Wira menepuk dahinya!
"Astaghfirullahhal'azim...."

*********************************************************************************
"Hello Wi. E.J MC hari ni, so Wi tak payah lah ambil E.J pergi keje hari ni ye?" suara lembut Elina berkumandang di corong talian telefon Wira pagi-pagi.
"MC? E.J tak sihat ke? Dah makan ubat? Dah jumpa doktor?" Soalan Wira yang bertubi=tubi tersebut menyebabkan Elina tergelak kecil.
"Sudah. Semua dah. Wi jangan risau k. Wi, E.J nak tidur balik ni. Sakit kepala sangat-sangat. Wi take care tau. Bye"
"Bye sa-" talian terputus. Wira mendengus perlahan. Selalunya Elina pasti akan mengungkapkan kata sayang padanya namun semenjak sebulan lebih ni Elina semakin berubah. Sikap Elina juga semakin berubah. Sering MC dan mengambil cuti. Sudah hampir 9 bulan mereka bersama namun Wira terlalu menyayangi Elina. Mungkin di sebabkan Elina kekasih pertamanya.
'Hmmmm.... Dia sakit kepala sangatlah tu' detik Wira di dalam hati. Niat hatinya ingin membelikan bubur dan di hantar pada Elina ke rumah namun, dia membatalkan niatnya kerana matanya terlalu mengantuk kerana berjaga menonton perlawanan antara pasukan kegemarannya, 'Chelsea' dan 'Manchester United' 3 pagi semalam. Dia mencapai telefon bimbitnya dan untuk melihat waktu.
'7:00 pagi.... Sempat lagi sambung tidur lagi sejam ni' - Wira menyambung tidurnya di sisi 'Manja'. Dia tidak risau jika terlewat bangun kerana 'jam loceng bergerak'nya ada di sisi.

*********************************************************************************
Elina menepuk-nepuk tangannya selepas Wira selesai mendendangkan sebuah lagu di dalam studio. Di sisinya, Ika kekasih Joe turut sama bertepuk tangan.
Wira melangkah menghala ke arah Elina dan Ika.
"Kitorang plan nak lepak kat Pelita kejap lagi. Tengok bola. E.J nak join tak? Or nak balik tido cuz esok keje?" soal Wira pada kekasih hatinya. Elina teragak-agak menjawab. Di kerling ke arah jam tangannya.
"Eeermmm... bolehlah nak lepak kejap." Elina tersenyum manis pada Wira. Senyuman yang sering melemahkan jiwa Wira. Kalau hati dah sayang.
"Kita gerak dulu k" ujar Wira pada Elina. Elina mangangguk kecil dan mengangkat tas tangannya menuju keluar dari studio tersebut.
"Bro, aku tunggu korang kat Pelita dengan Elina!" Wira bersuara kuat pada 3 rakannya yang berada agak jauh darinya.
"Ok!" serentak Ijoy dan Ary bersuara.
10 minit kemudian, Wira dan Elina sudahpun berada di restoran mamak kegemaran Wira yang berdekatan dengan studio yang sering di sewa mereka.
"E.J nak makan ap-" soalan dari tergantung di situ kerana telefon bimbit Elina berbunyi. Riak wajah Elina berubah setelah melihat ke arah skrin telefon bimbitnya. Dia bangun jauh dari Wira untuk menjawab panggilan tersebut. Timbul juga syak wasangka di dalam hati Wira namun di tepisnya kerana dia benar-benar menaruh kepercayaan terhadap Elina. Tak lama selepas itu Elina datang kembali padanya. Wira senyum pada Elina, namun senyumannya hambar apabila Elina mengangkat tas tangannya.
"Wi, E.J terpaksa balik dulu. Ingat tak E.J pernah cerita cousin E.J yang close sangat dengan E.J tu? Dia perlukan pertolongan E.J. Sorry sangat-sangat E.J terpaksa balik dulu ye" Elina kelihatan bergegas mahu pulang.
"Nak Wi hantarkan ke?" Wira tiba-tiba menjadi risau.
"No thanks. E.J kan drive hari ni. Wi take care k. Bye" Elina terus bergegas pergi meninggalkan Wira yang terpinga-pinga.
Ijoy, Ary, Joe dan Ika memerhatikan dari jauh. Joe menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Apsal E.J tu nampak kelam-kabut sangat tu?" soal Ary sebaik sahaja dia melabuhkan punggung ke kerusi plastik di restoran mamak tersebut.
"Die cakap cousin die perlukan pertolongan die. Tu yang kelam-kabut balik tu" Wira menjelaskan dengan jujur.
"Bro...." Joe memanggil Wira perlahan. Wira menoleh ke arahnya.
"Lu pandai-pandailah jaga awek lu tu" Ary dan Ijoy berpandangan sesama sendiri. Wira mengerutkan dahinya. Ika cuma tersenyum kecil dan mengangkat tangannya memanggil salah seorang mamak di dalam restoran tersebut untuk memesan makan.

*********************************************************************************
Wira terlantar di atas katilnya. Badannya berselimut tebal. 'Manja' dari tadi asyik 'berteriak' manja tak di hiraukannya. Sms dari Elina pun tidak di balasnya. Sesungguhnya Wira benar-benar tak terdaya untuk bangun, Kepalanya sakit yang amat.
Sms Elina di terima 7:30 pagi tadi.

"E.J MC hari ni. Demam. Wi tak perlu datang ambil E.J ye.
Take care. Bye"

'Wi pun sama my dear' Wira berdesis halus. Hatinya berharap Elina dapat datang melawatnya. Datang membawakan ubat, menyuapkan bubur... Sebagaimana Elina pernah buat 4 bulan yang lalu ketika dia demam teruk.
Namun keadaan makin berubah. Dia baru sahaja menerima panggilan daripada Joe 10 minit yang lalu.
"Bro, takkan lah sebab gua cakap dekat lu pasal Elina tu, lu demam terus. Gua cuma cakap apa yang gua nampak je. Belum tentu apa yang aku nampak tu betul-betul. Aku pun tak nak lah runtuhkan 'rumahtangga' orang. Lu siasat dulu."
"Takde lah Joe. Bukn sebab tu gua tiba-tiba demam. No worries la. Gua steady. Gua rasa sebab gua kena hujan semalam kot" lemah suara Wira berbual di talian telefon dengan Joe. Sesungguhnya dia bercakap benar. Hujan lebat semalam dan dia 'bermandi' hujan ketika keluar dari keretanya menuju ke kondonya. Namun, semalam dia tidak dapat melelapkan matanya memikirkan apa yang telah di ceritakan oleh Joe dan di sahkan oleh Ika sendiri. Tak mungkin Joe mereka-reka cerita. Dia masak benar benar dengan hati budi rakan karibnya itu.
Joe terdiam seketika. Wira pun terdiam. Mengelamun jauh dan kepalanya rasa berat sekali. Akibat tidak mandi selepas terkena hujan dan tidur lewat.
"Oklah bro, kau gi la tido dulu. Lu pun tak sihat kan? Ape-ape lu roger je gua" Wira benar-benar terharu dengan sikap Joe yang mengambil berat tentang dirinya. Kepalanya makin sakit. Lagu PUPUS nyanyian Dewa berkumandang di radio.

Aku tak mengerti
Apa yang ku rasa
Rindu yang tak pernah
Begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu

Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu
Diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara

Baru ku sadari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku

*********************************************************************************

Sah! Memang sah apa yang Joe katakan padanya. Wira termenung sendirian de temani gitar elektrik kesayangannya di sisi. Sudah banyak lagu di mainkan namun semuanya serba tak kena. Sumbang. Di kerling ke arah jam dinding. Lebih kurang lagi 2 jam, Wira dan sahabatnya akan berkumpul di studio. Wira menekup mukannya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Tak lama kemudian dia melurutkannya ke bawah. Demamnya sudah kebah 2 hari lepas namun dia masih bercuti. Sengaja dia mengambil cuti selama 3 hari. Tangannya mencapai telefon bimbit Sony Ericsonnya dan jari jemarinya laju menaip sms pada Joe.

----------------------------------------------------
Bro, jom lepak awal sikit kat studio.
Gua rasa nak sembang-sembang dengan
lu kejap la. Jiwa kacau...
----------------------------------------------------
Message sent......
Telefon bimbit di letakkan kembali ke atas meja. Wira mengetuk-ngetuk gitar biru hitam kesayangannya. Fikirannya jauh melayang teringatkan insiden tengah hari tadi.

"RM 50. Kereta Satria merah sana." Wira menundingkan ibu jari pada keretanya selepas selesai membayar duit untuk mengisi minyak. Tanpa mengambil resit Wira melangkah ke arah keretanya. Sebuah kereta Honda Accord hitam berlalu di hadapannya. Wira yang sempat gadis yang duduk bersebelahan pemandu di dalam kereta tersebut, menoleh lagi sekali.
'Elina!' Detik hatinya. Di amati lagi sekali. Memang sah. Timbul kegusaran di hatinya. Teringat kata-kata Joe.
"Gua takde niat nak memfitnah tapi gua rasa awek lu tu main kayu tiga la. Gua rasa die curang dengan lu sebab gua tengok die dengan mamat tu bukan main mesra lagi. Kalau abang, gua rasa takde la sampai berpeluk-pelukan, jalan berpegangan tangan kan? Kalau cousin, takdelah sampai bercium pipi kan? Gua minta maaf sangat-sangat Wira. Gua mula-mula tak nak cerita kat lu tapi, gua dah nampak 3 kali. Die pulak tak perasan gua nampak die dengan mamat yang bawa Accord tu."
'Honda Accord!' hati Wira berdetik keras. Dia meninjau-ninjau mencari kelibat Honda Accord tersebut namun kereta itu telah jauh meninggalkannya.
'Gua kena settle hari ni jugak!' Wira cepat-cepat mengisi minyaj keretanya dan sambil memandu, dia mendail nombor Elina, namun tidak di jawab. Hati Wira yang selama ini tenang bergelodak panas.

*********************************************************************************

"Lu ok ke Wira?" Joe agak risau melihat Wira yang asyik mendiamkan diri dan lebih banyak tersenyum dari tadi. Wira tersenyum lagi.
"Wei... Lu jangan la bagi gua risau. Gua taknak la esok masuk paper lu masuk hospital sakit jiwa" Joe sempat berseloroh dengan Wira. Namun. sungguh dia risau dengan keadaan Wira yang sekejap-sekejap tersenyum, namun raut wajahnya hambar.
"Gua rasa gua tak ok. Memang betul ape yang lu cakap hari tu. Elina curang dengan gua." mendatar suara Wira. Joe tersentak.
"Mane lu tahu benda yang gua cakap tu betul?" Wira menarik nafas panjang sebelum menceritakan hal yang terjadi tengah hari tadi.
"Tadi masa gua nak isi minyak, gua perasan satu Accord lalu depan gua. Awek dalam kete tu nampak cun, so gua ushar la. Sekali gua tengok, awek gua sendiri. Terlentok bukan main tidur kat bahu mamat yang drive Accord tu. Gua nak panggil awek gua, tapi Accord tu blah keluar dari stesen minyak tu. Lepas gua isi minyak, gua call Elina, tapi dia tak pick up. Hati gua panas jugak. Die cakap kat gua die MC tapi bukan main 'sihat wal'afiat' keluar dengan jantan lain." Wira terdiam. Joe turut terdiam. Dibiarkan sahaja Wira melayan emosinya.
"Gua try call die banyak kali tapi die tak nak angkat jugak. Gua sms die je lah lepas tu, gua just cakap kat die, gua dah tau die dengan mamat tu dah lama, cuma tak nampak depan mata je. So now gua dah nampak depan mata gua sendiri, gua minta settle hari ni jugak" riak wajah Wira makin serius. Joe menepuk lembut bahunya.
"Then die reply tak sms lu?" soal Joe setelah lama mendiamkan diri mendengar luahan hati Wira.
"Die minta gua tunggu kat rumah gua, die datang cari gua. Gua rasa macam dayus tadi lu tau tak? Selama ni gua sayang gile-gile dekat die, gua ikut je kemahuan die. Gua cakap gua nak settle time tu jugak. At last die jumpa gua dekat Pelita Bangsar bawa mamat tu" Joe menggeleng-gelengkan kepalanya. Wira menggetap geram giginya.
"Lepas tu gua slow talk la dengan die. Gua tanya die baik-baik, ape masalah hubungan gua dengan die sekarang. Die pun terus-terang cakap dekat gua, die dah 3 bulan bersama dengan mamat tu. Gua tanyalah apa kurangnya gua. Apa yang tak kena dengan gua. Alasan die, die rasa gua dengan die tak sehaluan, Tak serasi, tak sesuai. Life gua dengan die tak sama. Gua tak faham lah. Kalau betul-betul tak serasi, tak sesuai, dia patutnya cakap kat gua awal-awal lagi. Ni dah nak dekat setahun couple, bagi gua sayang die gile-gile, die buat gini kat gua pulak" Wira menjadi semakin geram. Joe merasa simpati dengan nasib Wira.
"So sekarang apa status hubungan lu dengan die?"
"Status? Heheh" Joe makin risau dengan keadaan Wira.
"Gua sayang die, tapi gua rasa kalau gua nak paksa die bersama dengan gua pun, no point. Die sendiri cakap die tak sesuai dengan gua. Lagipun dah memang sah-sah die curang dengan gua. Gua tanya die, samada die nak teruskan hubungan dengan gua or 'jantan' tu.... Dia pilih 'jantan' tu. So gua nak cakap ape kan?" Wira mengangkat sebelah keningnya. Matanya mula berkaca. Joe memerhatikannya.
'Jiwa jugak kawan aku sorang ni' bisik hati kecil Joe.
"Gua tau lelaki menangis tak 'macho', gua pun pernah kutuk lelaki yang menangis sebab perempuan. Tapi sekarang macam terkena batang hidung gua sendiri. Joe, gua rasa nak menangis la" Joe hampir tergelak sebenarnya namun, di tahan tawanya. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia ketawakan Wira. Wujud simpati di hatinya. Baru nak merasa nikmat bercinta, terputus di tengah jalan.
"Awalnya korang sampai!" suara Ary tiba-tiba kedengaran. Mematikan niat Wira yang mahu menghamburkan air matanya. Di sapu airmata yang hampir menitis keluar sebelum berpaling kepada Ary. Ary perasan akan wajah hambar Wira namun, tidak di soal apa-apa. Dia lebih gemar jika Wira menceritakan dahulu daripada dia bertanya.
"Nak jamming lagu ape hari ni?" soal Ary apabila sapaan nya tadi tidak berjawab.
"Bon Jovi! You Give Love A Bad Name!" Wira cepat-cepat menjawab.
*************************************************************************

Itulah kisah cinta gua. Walaupun jiwa gua nampak 'keras', gua manusia biasa jugak. Sedih, kecewa kalau putus cinta. Tapi yang gua pasti, gua tak serik nak bercinta cuma buat masa ni biarlah hidup gua di temani gitar kesayangan gua dengan buah hati gua yang setia dengan gua dari dulu sampai sekarang = 'Manja' ....
posted by Penulisan2u @ 11:23 PTG   15 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Bangku Kayu
Nama Pena : rObOt

Tuai padi antara nampak,
esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

******

Aku tunduk membisu. Kad jemputan itu aku genggam erat. Nama yang tertera di atas kad itu benar-benar menghantui perasaan aku. Serta merta membuatkan kerjaku tertangguh. Nyata sekali berjaya meragut tumpuanku sepanjang hari.

"Kak, ni ada surat untuk kau. Posmen kasik tadi," Surat bersampul kuning air bertukar tangan.

"Posmen bagi aku surat?" Bila masa pula aku ada scandal dengan posmen. Aku garu-garu kepala. Bagai orang dungu.

"Memangla posmen bagi, tapi yang tulisnya manalah aku tahu," balas adik aku acuh tak acuh. Malas melayan kelampian aku barangkali. Aku cuma tersengih. Iya tak ya jugak!

Perlahan-lahan aku buka. Kad jemputan perkahwinan itu aku baca. Serta merta aku terdiam seribu bahasa. Mana mungkin aku lupa. Aizzuddin. Nama lelaki itu tak pernah sekali pun terpadam dalam hati aku. Dari dulu hingga sekarang. Sampai ke hari ini. Sejak peristiwa 13 tahun yang lalu..

****

Bulan sudah lama menghiasi langit. Ketiadaan bintang membuatkan aku sedar, mungkin malam ini hujan akan turun. Dan pasti bulan akan kesunyian.

Aku segera mandi. Malam ini aku ada kelas mengaji quran. Dekat saja. Hanya beberapa meter dari rumah. Usai saja solat, aku kayuhkan basikal ke tempat mengaji. Ke rumah tuan guru yang aku panggil, Abang Eli. Sampai saja, aku terus memarkir basikal di hadapan rumah. Hanya ada beberapa pasang selipar yang tersusun di luar rumah. Masih ramai yang belum datang. Barangkali. Aku segera memberi salam.

"Assalammualaikum…" aku melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikummussalam.." tiba-tiba seorang kanak-kanak muncul di depan pintu. Lebih tinggi sikit dari aku. Mungkin juga lebih tua umurnya juga dari aku. Aku segera mematikan langkah. Tergamam melihat dia berdiri sambil tersenyum ke arah aku. Aku tenung wajah bersihnya. Lama dia di situ. Berdiri dengan songkok yang tersarung di kepala. Dan mata tak lekang memandang aku.

Segera ku tarik Quran rapat ke dada. Takut-takut dia nampak degup hati aku yang kencang. Aku hanya tunduk. Moga-moga dia cepat beredar dari situ. Biar hilang rasa gugup dalam hati.

"Hah Intan, kenapa berdiri kat luar tu, masuklah.." Terkejut aku tiba-tiba disergah. Aku angkat muka. Abang Eli yang tercegat berdiri di depan pintu, menggamit aku masuk.

Aku cuma sengih. Dari celah pintu, aku nampak dia sudah duduk bersila. Sudah bersedia dengan Quran di depan mata. Cuma kepalanya sempat memandang aku dan menjelir lidah.

Aku cuma tunduk, melangkah masuk. Geram dan malu.

Aku lantas duduk. Mengambil tempat sambil meletakkan Quran untuk dibaca. Dari luar riuh rendah suara budak-budak lain memberi salam. Berebut-rebut masuk ke dalam rumah. Ingin cop tempat. Sapa yang cepat, boleh baca dulu. Sapa yang lambat, akan baca kemudian. Begitulah rutin setiap malam. Abang Eli hanya geleng kepala. Sambil dia mengambil tempat. Sudah bersedia mengajar kami.

"Intan, mari sini baca dengan A'ai," Aku terdiam sekejap. Aku pandang wajah Abang Eli. Mungkin aku salah dengar. Barangkali.

Aku tak bersuara, cuma menujukkan ke arah dia. Meminta kepastian. Abang Eli cuma mengangguk. "Sementara tunggu giliran, Intan bacalah dulu dengan A'ai. Intan baca, A'ai dengar, kalau ada salah, nanti A'ai tolonglah tegur," katanya melihat muka aku yang masih teragak-agak.

Aku telan air liur. Memang selalunya giliran aku mengaji lambat. Walaupun padahalnya aku datang lagi awal dari yang lain. Aku lagi suka beralah, malas berebut-rebut dengan budak-budak lain. Tapi selalunya aku akan duduk di sebelah Abang Eli, membaca sendiri. Biar bacaan aku semakin lancar. Sama juga seperti dia. Setiap malam akan duduk di sisi Abang Eli. Kalau aku di sebelah kanan, dia sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya. Adakah sebab itu Abang Eli menyuruh kami duduk membaca bersama?

Aku tenung A'ai. Dia cuma senyum. Memang budak ni murah senyuman barangkali. Asyik-asyik senyum. Balik-balik senyum. Aku segera bangun, duduk menghadap dia. Akur dengan arahan Abang Eli. Baik juga. Sekurang-kurangnya ada orang yang boleh betulkan bacaan aku. Lagipun dia lagi tua umurnya. Mungkin bacaannya lagi baik dari aku.

Kami berdua duduk berdepan. Di sebelah Abang Eli yang sedang sibuk mengajar budak yang lain mengaji. Dia hanya senyum melihat aku membuka Quran, terkial-kial mencari sambungan Surah yang aku baca semalam.

"Surah apa?" Perlahan dia tanya. Boleh dikatakan separuh berbisik.

"Hah?" Entah kenapa aku jadi kaget. Menggelabah tak tentu pasal. Padahal hanya dia. Mungkin aku tak biasa begini. Atau mungkin sebab ini kali pertama aku dengar dia bersuara. Yang selama ini hanya tahu untuk senyum, dengan aku.

"Al-A'Laa," Aku menjawab dengan yakin.

Dia senyum. Senyum lagi. Dan dia gapai Quran yang ada di hadapan aku. Membetulkan kedudukan Quran yang terbalik. Memang patut pun tak jumpa. Naik merah muka aku, tahan malu. Perlahan-lahan dia bukakan helaian surah yang aku baca.

"Bacalah," dia lantas senyum dan merujuk ke arah Qurannya.

"Aauzubillahhiminasyaitonirrojim..bismillahhirahmannirahhim…" dan aku mula membaca satu persatu dengan bibir yang terketar-ketar, dalam dada yang penuh gundah.

Dari baris ke baris aku bacakan cerita kita
Dengan dengung dan tajwid yang betul
Atas papan rehal kita yang bersatu
Demi sebuah cinta yang Agung


"Jadi pergi tak, kak?" soal adik aku tiba-tiba. Entah dari mana datangnnya. Serta merta mematikan lamunan aku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku lipat kembali kad kahwin tadi.

"Takkan taknak pergi, dah orang jemput," aku bangun dari tempat duduk. Masuk ke bilik air. Aku mahu sembahyang. Mahu lupakan kisah lama, kenangan silam. Mahu ingat tuhan, mengadu pada-NYA. Supaya tuhan kuatkan hati aku. Beri aku kekuatan. Supaya redha semua jodoh pertemuan, adalah kehendak-NYA. Dan mungkin juga DIA bolehkan tolong aku hapuskan kenangan itu.

***

Aku datang berdua dengan Isha. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari kereta. Tersergam di depan mata sebuah banglo dengan deretan kereta di sepanjang jalan.

"Betul ke ni kak?" Adik aku menyoal, minta kepastian. Mungkin dia ragu-ragu, pantas saja kad jemputan itu dibelek semula.

"Betullah," Aku yakinkan dia. Sudah beribu kali aku baca kad jemputan itu sebelum ke mari. Dari tarikh kad jemputan itu dapat ke tangan aku. Dah naik renyuk. Jangankan alamat, setiap butir perkataan dalam kad itu aku boleh bacakan kalau adik aku nak.

Aku langkahkan kaki ke dalam banglo tersebut. Aku tak heran kalau adik aku agak terkejut dengan perubahan keluarga dia. Sudah bertahun kami terpisah. Sejak dari ayahnya terpaksa ditukarkan kerja ke tempat lain. Aku dengar masa itu, ayahnya dinaikkan pangkat. Sejak itulah aku dan dia terputus hubungan. Kalau dulu, kami sama-sama jadi penghuni rumah teres, sekarang dia sudah tinggal di banglo mewah. Kalau dulu rumah kami terpisah hanya dengan sebuah padang bola, sekarang ini jarak rumahnnya sudah berpuluh-puluh kilometer jauh dari rumah aku. Kalau dulu setiap malam aku dan dia akan duduk mengaji bersama-sama, tapi sekarang mungkin dia sudah acap kali khatam. Dan kalau dari dulu aku masih setia, patutkah sekarang aku sedar hakikatnya dia memang milik orang?

"Eh, Kak Intan ke nih?" tiba-tiba seseorang menyapa aku dari belakang. Aku lantas tersenyum. Melihat seorang anak teruna berdiri di hadapanku. Dengan berpakaian baju melayu lengkap. Warna biru muda. Kacak dan segak bergaya. Cukup membuatkan mulut adik aku ternganga. Aku lantas menyinggul Isha yang masih tak berkedip mata.

"Akak la ni. Ingatkan Aizat dah tak kenal lagi," Aku cuma senyum mengusik. Aku tak salahkan dia kalau dia tak kenal aku sekalipun. Sudah lama benar rasanya aku terpisah dengan family ini. Aku sendiri hampir tak kenal wajah anak teruna di depanku ini.

"Ingatkan akak tak datang, masa nak hantar kad tuh, takut juga salah alamat. Takut tak sampai. Akak duduk lagi yer kat taman tu? Lama kan kita tak jumpa, ada dalam belas-belas tahun kot," rancak dia bercerita.

Aku turut mengangguk. Berkira-kira sendiri dalam kepala. Aizat masih sama macam dulu. Sama comel masa kami sama-sama membesar dulu. Dia muda setahun dari aku.

"Akak tak pernah pindah ke mana-mana pun, ada jer kat situ. Lama la jugak, ada dalam 13 tahun kot, Aizat pun dah besar, makin hensem sekarang," puji aku membuatkan dia tersipu-sipu malu.

"Ehem-ehem," tiba-tiba Isha menyinggul siku aku. Aku lantas tersenyum. "Ni adik akak, Isha. Aizat tak ingat kot. Dulu dia baru umur 7 tahun, Aizat masa tu tak silap akak, dalam 9 tahun kan. Masa yang Aizat mula pindah tu," Akak cuba mengingati masa-masa dulu. Buka balik kamus hidup aku yang aku dah lama tutup. Yang dari dulu cuba aku koyakkan muka suratnya, tapi tak berjaya.

"Yer, yer. Aizat ingat. Ada kita sama-sama main padang sekali. Kadang-kadang dia menangis bila kalah main polis sentri. Cepat betul kan masa berlalu," teruja benar Aizat bercerita. Adik aku sudah tersipu-sipu malu. Mungkin segan kisah zaman kanak-kanak kami diungkit semula. Kami bertiga ketawa. Sama- sama rindu dengan zaman tom-tom bak.

"Eh, akak makanlah dulu, nanti Aizat datang sembang lagi," senyumnya mempelawa. Minta diri beredar.

"Eh takpe-takpe. Pandai-pandailah akak layan diri, bukan tak biasa," Aku lantas menguntum senyum. Aizat lantas berlalu. Anak teruna itu nampak sibuk melayan tetamu. Al-maklumlah tuan rumah. Tak menang tangan melayan tetamu yang berduyun-duyun hadir. Dari jauh aku nampak kelibat Mak Cik Bibah dan Pak Cik Halim. Mak ayah Aizat. Mak ayah Aizzuddin. mereka sibuk berdiri melayan tetamu yang hadir. Wajah mereka sikit pun tidak berubah, masih seperti kali pertama kami berjumpa, masa berjiran dulu. Cuma kali ini ada kegembiraan yang terpancar di kedua-dua wajah mereka. Mungkin sebab ini kali pertama kenduri kahwin dalam family ini. Atau mungkin juga seronok benar menerima menantu sulung.

Aku ketap bibir, kuatkan hati. Aku langkahkan kaki mengikut Isha yang sudah berada di meja makan. Aku lajukan langkah, cepat-cepat makan, dan boleh beredar balik. Ya Allah, pinjamkan aku sedikit kekuatan!


Usai saja aku dan Isha makan, aku tarik Isha untuk balik ke rumah. Sempat pulak budak tu menghalang.

"Ala kak, jomlah masuk kejap. Kita tengok pelamin," pujuknya menarik aku masuk ke dalam rumah. Yang penuh dengan sanak saudara dan tetamu-tetamu yang hadir. Aku diam sekejap. Mampukah aku melangkah. Tak sanggup rasanya melihat pelamin yang berhias cantik itu bukan untuk aku. Tak cukup lagi kekuatan yang Tuhan pinjamkan untuk aku untuk terima hakikat ini.

"Adik pergilah tengok, akak tunggu sini jer. Malaslah masuk, ramai sangat orang," Aku sengaja bagi alasan.

"Memang la ramai orang, dah nama pun kenduri kahwin. Apalah akak ni," rungut dia sendiri. Aku hanya tersengih. Kantoi. "Akak tunggu jap tau," Isha sudah berlalu hilang dalam celahan-celahan manusia yang ada dalam banglo itu. Aku tahu Isha memang suka tengok pelamin. Setiap kali pergi kenduri kahwin, dia tak pernah miss tengok pelamin. Sebab tu aku tak menghalang. Lantaklah dia nak tengok lama mana pun, aku tak kisah. Cuma kalau nak ajak aku sekali, mungkin kali ini tidak.

"Akak buat apa kat sini, dah makan?" soal Aizat yang datang tiba-tiba. Terkejut aku sekejap.

"Dah-dah. Baru jer, sedap! Ni tunggu Isha nak tengok pelamin," Aku balas dengan senyuman.

"La, napa akak tak masuk sekali? Berdiri kat luar pula dia," Lantas tak semena-mena Aizat tarik aku masuk.

"Eh, takpelah kot. Akak duduk kat luar je," Aku cuba senyum.

Aizat diam memandang aku. "Jom ikut Aizat kejap," Dia tarik tangan aku pergi. Aku yang terpinga-pinga hanya menurut. Aizat tarik aku berjalan ke belakang rumah. Kawasan banglo itu memang luas. Makin aku berjalan dari celah-celah pokok yang merimbun, makin jauh aku tinggalkan banglo itu. Tiba-tiba Aizat berhenti. Ada sebuah taman mini di situ. Dengan landskap yang cantik, ada sebuah kolam beserta sebuah jambatan melalui kolam tersebut. Dan di hujungnya ada sebuah bangku kayu. Terletak di atas rumput carpet. Memang cantik. Sesiapa yang duduk di situ, mesti seronok melihat ikan-ikan yang berenang di dalam kolam, dan terasa deruan angin dari pohon-pohon yang merimbun di situ.

"Akak ingat lagi bangku tu?" tiba-tiba Aizat menyoal. Dia melangkah meninggalkan aku, duduk di bangku itu.

Aku cuma senyum. Mana mungkin aku lupa. Tak pernah sekali pun aku lupa.

****

"Mari sini baca," Abang Eli bersuara memantutkan bacaan aku. Aku pandang keliling, budak-budak lain kebanyakkannya sudah selesai mengaji. Tinggal beberapa budak lain yang masih kusyuk lagi mengaji sendiri. Yang lain masih ada di situ. Duduk bersembang sesama sendiri. Biasalah kanak-kanak macam aku. Sebaya aku. Mana pernah reti berhenti bercakap. Budak baru nak membesar. Macam-macam cerita ada.

"Siapa dulu?" soal dia tepat memandang Abang Eli.

"Dua-dua sekali," arah Abang Eli. Serta merta aku dan dia duduk mengadap Abang Eli. Aku tarik nafas, memulakan bissmillah seiring dengan dia, sama-sama membaca dari mula hingga ke akhir surah. Semua mata tertumpu ke arah aku dan dia. Mungkin heran melihat cara Abang Eli mengajar kami mengaji berbeza dengan mereka. Dan aku tak heran kalau ada yang mengatakan aku dan dia anak emas Abang Eli.

Usai sahaja membaca, aku tutup Quran. Aku angkat dan cium dan pegang rapat ke dada. Dia lantas menghulurkan tangan ke arah Abang Eli. Nak bersalam. Minta berkat. Adab menghormati guru yang mengajar kami. Tanda terima kasih. Dengan wajah berseri Abang Eli sambut tangannya.

"Aku nikahkan dikau Aizzuddin bin Halim dengan Intan bt Hamid dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit,tunai," tiba-tiba Abang Eli bersuara. Mengenggam erat tangan dia, membuatkan semua budak-budak lain berhenti bersembang. Semuanya tersengih-sengih memandang aku dan dia.

"Aku terima nikahnya Intan bt Hamid dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai," Tak semena-mena dia menyambutnya. Makin terbeliak mata aku. Aku telan air liur. Permainan apakah ini?

"Sah?" Tanya Abang Eli tersengih-sengih. Minta persetujuan 'saksi-saksi' yang hadir.

"Sah, sah," angguk mereka beramai-ramai. Dengan tersengih-sengih. Aku diam tak terkata. Aku tahu Abang Eli bergurau. Tapi entah kenapa aku jadi malu tak keruan. Pucat lesi wajah aku menahan malu. Makin sakit hati aku melihat budak-budak yang lain, yang rata-ratanya sebaya dengan aku, tersenyum-senyum sesama sendiri. Ada yang ketawa. Riuh rendah rumah itu dengan sorak-gembira budak-budak.

Tiba-tiba dia mengangkat tangan. Membuat gaya macam orang yang berdoa mengangkat kesyukuran. Makin galak budak-budak tu ketawa. Merah padam muka aku menahan malu. Bercampur geram yang mula membuku di dada. Tiada seorang pun yang berpihak di sebelah aku. Aku diam tak terkata. Tak sangka sejauh itu dia bertindak. Terlalu kasar cara dia bergurau. Aku tarik muka masam. Cuba menahan amarah dari meletus. Tak sanggup rasanya terus dipermainkan perasaan aku sebegitu.

Abang Eli hanya ketawa. Mungkin niatnya hanya bergurau. Mungkin fikirnya aku tak akan marah. Abang Eli hulurkan tangan seperti biasa. Kalau malam sebelum-sebelum nya aku akan tunduk bersalam, mencium tangan orang yang mengajar aku ilmu ini tanpa disuruh, tetapi malam ni tanganku jadi kaku. Hati aku jadi keras. Dengan rasa amarah yang amat, aku bangun dan terus keluar. Tanpa ada salam tanda hormat. Tanda ada secalit senyuman. Aku tinggalkan rumah itu dengan penuh perasaan marah. Aku percaya syaitan akan bertepuk gembira melihat kedegilan aku. Biarkan.

Dan aku berlari keluar, mengayuh basikal sekuat hati. Rasa sedih yang teramat. Berjujuran air mata dalam malam pekat, dalam hujan lebat.

****

"Akak!" Tersentak aku disergah begitu. Entah berapa kali agaknya Aizat memanggil aku. Dia pandang aku.

"Akak okay?" Aku nampak kegusaran dari wajahnya. Aku lantas senyum.

"Abang masih simpan ye bangku ni," Aku senyum dan datang duduk menghampiri Aizat.

Dia hanya senyum. Duduk di situ memang mendamaikan. Tiba-tiba rasa tenang.

"Abang tak pernah pun buang. Sejak kami pindah, hari-hari dia duduk di sini. Setiap petang,hampir setiap masa," Aku diam mendengar.

"Abang terlalu sayangkan bangku ni, sampaikan mak dengan ayah pun naik risau. Sejak berpindah tu, abang jadi seorang yang pendiam. Dia tak keluar rumah, tak nak bercampur dengan orang. Setiap masa dia duduk di sini. Kadang-kadang baca buku. Baca tafsir Al-Quran, paling tidak pun duduk di sini, bagi ikan makan," Aku kusyuk mendengar. Tak sangka sampai begitu sekali dia berubah. Tak sangka sampai begitu sekali dia sayangkan bangku ini.

Aku tarik nafas. Serta merta kenangan tadi hadir kembali. Sejak dari peristiwa malam itu aku lansung tak keluar bilik. Esoknya seminggu aku tak datang ke rumah Abang Eli. Seminggu itulah juga aku mengaji dengan ayah di rumah. Beberapa hari kemudiannya, Abang Eli datang ke rumah. Jumpa dengan ayah. Mungkin dia nak jumpa aku, tapi awal-awal lagi aku lari duduk di dalam bilik. Malas keluar, konon-kononnya masih merajuk. Tapi dalam masa yang sama, aku curi-curi dengar perbualan mereka.

Abang Eli sampaikan pesan pada ayah, dia datang meminta maaf atas apa yang berlaku malam itu. Cuma malangnya, tindakannya itu sudah terlambat. Awal-awal lagi aku sudah merengek dengan ayah, minta ditukarkan ke tempat mengaji yang lain. Aku tak nak mengaji dengan Abang Eli lagi. Aku serik. Aku tak suka dipermain-mainkan sebegitu. Aku benci bila dia tersenyum gembira dapat memperbodohkan perasaan aku.
Malam itu, Abang Eli pulang dengan hampa. Mungkin kecewa dengan kedegilanku. Keras kepala kah aku ketika itu? Tak mengapa, kalau itu yang menjamin dan menjaga maruah aku.

Seminggu selepas kejadian itu, di suatu petang, aku duduk di luar bersama Isha. Bermain 'teng-teng' dengan beberapa kanak-kanak yang sebaya denganku. Tiba-tiba datang segerombolan budak-budak lelaki yang lagi besar. Mungkin tua beberapa tahun saja dari aku. Aku terus berhenti bermain, melihat mereka datang sambil mengangkat sebuah bangku kayu. Bangku kayu itu diletakkan betul-betul di hadapan aku.

"Nah, Abang Eli kasi kat kau," agak kasar suara salah seorang dari mereka. Mungkin mereka tahu apa yang aku buat dengan Abang Eli. Mungkin mereka tak puas hati dengan tindakan aku. Ahh…pedulikan. Mereka bukan pernah tahu perasaan aku.

"Kau ni pentingkan diri tahu," balasnya lagi, terus berlalu meninggalkan aku. Aku hanya diam. Malas melawan. Kata-katanya memang menyakitkan hati, cuma aku degil pekakkan telinga.

Aku pandang bangku kayu ini dengan pandangan yang sepi. Entah mengapa rasa bersalah tiba-tiba. Aku jadi sayu. Rasa betapa bersalahnya aku ketika itu bila mengetahui bangku itu dibuat khas untuk aku. Betapa bodohnya aku bila mempertahankan keegoan yang tak kena tempatnya. Susah payah Abang Eli membuat sendiri bangku kayu itu dengan kudratnya. Hanya semata-mata ingin memujuk aku. Ingin menyejukkan hati seorang kanak-kanak yang berhati batu.

Dan aku dengar, dia buat dua buah. Satu untuk aku. Satu untuk A'ai. Buat anak murid yang paling dia kasih.
Aku cuba tahan air mata ini dari mengalir. Tak sanggup rasanya bila mengingatkan kejadian itu. Aku tak mahu Aizat tahu. Aku tak mahu dia bertambah risau.

"Akak masih simpan lagi bangku abang?" soal Aizat tiba-tiba.

"Hah?" Bangku abang? Aku buat muka pelik, tak paham.

"Akak tak tahu ke, bangku yang kita duduk ni bangku akak, abang tukarkan masa sebelum kami pindah dulu, akak tak tahu ker?" soal Aizat membuatkan aku diam seribu bahasa.

"Erk.." Biar benar..aku mengucap panjang. Sungguh aku tak tahu.

"Tahu.." balas aku lambat. Entah kenapa itu yang keluar dari mulut aku.

"Lama abang tunggu akak, napa akak tak cari abang?" Hah? hal apa pula ni. Aku makin keliru. Makin tak faham maksud Aizat.

"Abang tunggu akak?" terkeluar juga apa yang ada dalam hati aku.

" Ye la..lama abang tunggu. Tapi akak tak cari pun abang. Sebab tu abang patah semangat, dia tak sangka akak dah benci dia. Abang jadi murung semua sebab akak, sampailah Akak Firra datang. Dia yang banyak pulihkan abang. Dia yang-" Aku sudah tak dengar apa yang Aizat cuba terangkan aku. Seluruh badan aku bergetar. Terlalu berat kebenaran hakikat yang aku perlu dengar. Makin bercelaru perasaan aku.
Kenapa dia tunggu aku? Walhal selama ini aku yang bertahun-tahun menunggu dia. Aku fikir dia dah lupakan aku, walhal aku yang tak kenangan aku dan dia. Aku yang hancurkan hidup dia, dan sekarang aku juga yang menhancurkan hidup aku. Rasa bersalah membuak-buak. Aku betul-betul tak dapat mengawal perasaan. Dengan sedikit kekuatan, aku berlari sekuat hati meninggalkan Aizat yang terkejut, terpinga-pinga dengan tindakan aku.

"Akak!" jerit Isha yang melihat aku berlari keluar dari banglo itu. Sedikit pun tidak aku peduli dengan panggilannya yang menyuruh aku berhenti berlari. Dari jauh dia mengejar aku yang sudah menghampiri kereta. Aku mahu cepat pulang, aku mahu tinggalkan semua kedukaan ini.

Pokk!

Hampir tersungkur aku di atas jalan tar itu. Di langgar dek orang-orang yang sibuk menyambut pengantin yang baru tiba. "Bangunlah," seseorang datang, mengangkat aku dari celahan orang ramai. Mata kami bertembung.

"A'ai.." Semua mata tertumpu ke arah aku. Tertumpu ke arah kami.

"Intan?" Dia sendiri terkejut melihat kehadiran aku di situ. Hampir menitis mata aku melihat orang yang aku tunggu dari dulu, ada di depan mata. Lepas segala rindu yang aku tahan bertahun lamanya. Cuma bila melihatkan pakaian yang tersarung di badannya, lekas-lekas aku sedar. Semua mata memandang sinis terhadap aku. Dalam juraian air mata, aku lepaskan tangan orang yang ingin aku genggam dari dulu. Aku berlari sekuat hati. Tanpa mempedulikan sedikit pun orang yang memanggil aku dari belakang.

****

Angin petang menyapu bersih wajah aku. Aku duduk bersandar di bangku kayu. Memandang kicauan burung yang setia menghiasi dada langit, bertemankan awan biru. Jauh aku lemparkan pandangan ke padang permainan. Kanak-kanak sibuk berlari ke sana ke mari. Aku tersenyum sendiri. Ingin saja aku menyertai mereka. Sama-sama bergelak ketawa. Hilangkan semua duka. Aku mahu zaman kanak-kanak lagi. Supaya aku boleh betulkan kembali apa yang salah. Akan ku rebut semua peluang yang ada. Aku mahu buang semua ego yang memusnahkan hidup aku selama ini. Aku nak tebus semua kesilapan dulu.

Perlahan-lahan air mata ini menitis lagi. Untuk kesekian kali. Kad jemputan kahwin itu aku genggam makin kuat. Makin renyuk, seperti hati aku. Aku usap perlahan-lahan bangku kayu yang aku duduk sekarang. Aku jadi sedih. Jadi pilu bila mengetahui bangku yang aku duduk selama ini sebenarnya bukan milik aku. Sepatutnya memang aku patut gembira, kalau aku tahu bangku kayu ini milik dia. Cuma dah terlambat untuk aku miliki hatinya.

"Kak, tolong ambil bola tu," jerit seorang budak laki tercegat di depan aku. Entah sejak bila dia ada di situ. Serta merta aku pandang dia. Ligat mata aku mencari bola yang di maksudkan. Aku senyum melihat bola itu ada di bawah bangku kayu. Aku lantas tunduk, menggapai bola dari bawah bangku. Tiba-tiba jantungku seakan terhenti. Dalam mata yang penuh digenangi air mata, aku jelas melihat, perkatan yang terukir di bawah papan yang menjadi tempat duduk untuk aku selama ini. Bangku kayu milik dia.

'Saya suka awak'


: Intan sempena hari lahir kamu~
posted by Penulisan2u @ 11:21 PTG   24 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Adam ifti
Nama Pena : qaisya balqisha

"Selamat hari jadi yang ke-19 sayang. Moga sayang dapat semua yang sayang hajatkan ye."

Betapa manisnya senyuman Arith pabila menghulurkan sebuah bungkusan kecil berwarna ungu lembut kepada Nurul, menambahkan ketampanan yang sedia terpamer pada wajahnya. Nurul terima dengan hati yang teramat suka. Tidak pernah Arith lupa untuk menggembirakan hati Nurul walau sesukar mana keadaannya pada ketika itu. Apa yang dia tahu, insan comel kesayangannya mestilah sentiasa bahagia berada di sampingnya. Dia tidak mahu insan itu menyesal membuat keputusan untuk sehidup semati dengannya. Sesungguhnya Arith pernah melamarnya secara tidak sengaja pada hari lahir nurul yang ke-18. Itupun apabila nurul sendiri yang bergurau mengatakan umur 18 adalah umur yang dibenarkan oleh undang-undang untuk berkahwin. Tapi kedua-duanya tidak menyesal. Malah menjadikan itu sebagai matlamat jangka panjang.

" boleh Nurul bukak hadiah ni sekarang tak abang?hehe…tak sabar nak tengok hadiah apa abang bagi".

Arith mengangguk sambil tersenyum dan seketika kemudian, seutas gelang tangan comel sudah tersarung muat pada tangan Nurul. Nurul teringat, gelang itulah yang dia belek-belek ralit semasa mereka berdua keluar bersama setelah tamat kelas pada hari itu. Mereka singgah di kedai RM5 selepas makan tengahari bersama.

"Ini aje yang abang mampu. Abang minta maaf sayang, abang tak mampu nak beli hadiah mahal-mahal. Setakat hadiah ni je abang beri untuk Nurul abang ni".

Nurul sekadar tersenyum terharu. Dia amat memahami situasi Arith. Walaupun Arith dibiayai sepenuhnya oleh badan swasta MARA,namun wang poket yang diterimanya RM50-sebulan cuma itu memang masih belum mencukupi untuk membelikan Nurul hadiah yang gah-gah.

"tak apalah abang, tak mahal tapi tetap bernilai. Nilai kasih abang pada Nurul confirm tak ada kat kedai RM5 tu..hehe".balas Nurul

" comel la Nurul ni..hehe..Nurul,nanti kalau abang ada duit lebih, kita cari hadiah lain nak? Semalam masa abang cari gelang ni, abang ternampak teddy bear gemuk.Nurul kan memang suka gemuk-gemuk ni?hehe". Balas Arith bercampur gurau.

"Yaay,nanti Nurul nak teddy bear yang Nurul tunjuk hari tu tau. Memang gemuk macam abang pun!lepas tu Nurul nak namakn dia bearbear". Balas Nurul manja sambil ketawa mengekek-ngekek. Dia tahu sebenarnya yang Arith sedang menyimpan duit sebagai persediaan sebelum menyambung pelajarannya di Ireland selepas tamat kursus persediaan selama 2 tahun ini. Pasti banyak perkakasnya yang mahu dibeli nanti. Nurul tidak meminta. Tidak kisah tidak mendapat. Cuma dia bahagia bermanja begitu.

Arith senang hati melihat kekasihnya manja dengannya. Ceria dan gembira sekali seakan tiada masalah walaupun sebagai seorang pelajar kursus kritikal sepertinya, tentu banyak tekanan yang dihadapi setiap hari oleh Nurul. Tambahan pula, kursus yang dia ambil itu melayakkan dia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apa pun, semua itu tidak menjadi penghalang bagi Nurul untuk mengecap kemanisan bercinta seperti remaja-remaja lain. Nurul kuat semangat dan yakin pada dirinya. Berusaha sehabis mungkin, dan sebagai habuan,sepucuk surat tawaran belajar perubatan di Rusia berada juga digenggamannya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Beberapa jam lagi kapal terbang ke Russia akan berlepas. Kedua-dua pasangan muda itu sedang duduk di satu sudut, berbual-bual buat kali terakhir sebelum berpisah. Mereka langsung tidak kelihatan sedih,malah gembira sekali. Seperti tiada siapa yang akan berpisah.

"Nurul abang ni dah nak bertolak dah ye. Abang juga yang lambat. Nurul lah ni. Kenapalah pandai sangat, tengok dah kena pergi dulu dari abang".

Nurul hanya tergelak. Dia tahu bukan sebab itu dia pergi lebih awal, tapi disebabkan kursus persediaan yang diambilnya itu,sekadar 7 bulan. "alaa….kalau Nurul pergi lambat, siapa nak hantar Nurul pergi airport. Sedih lah Nurul nanti. Nurul kan budak kecik, kena lah abang tengok Nurul pergi. Hehe..abang da besar, tak apa kalau Nurul tak hantar abang". Jawab Nurul manja

" Banyak cantik Nurul. Buli abang je ye. Takpe lah. Sayang Nurul punya pasal abang tak kisah fly lambat tau..hehe…tapi abang menang dari Nurul. Abang akan balik lagi awal. Nurul lambat…haha".

Kerana pengajian yang akan Arith hadiri di Ireland itu cuma untuk lima tahun,dia akan tamat pengajiannya lebih awal dari Nurul yang akan tamat setahun lewat daripadanya.

"oh,baguslah begitu!Nurul pergi abang hantar, Nurul balik pun abang akan jemput..waahh, bahagianya Nurul macam ni.. Sayang abang lah macam ni!" . Nurul seloroh lagi, membangkitkan lagi bibit-bibit bahagia antara dua merpati itu.

Panggilan terakhir buat penumpang-penumpang yang kebanyakannya pelajar terpilih sepertinya juga telah diumumkan. Nurul segera menyemak semula semua dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa sebelum bergerak ke pintu pelepasan. Sambil itu, sempat Arith berpesan padanya supaya jaga diri elok-elok. Belajar rajin-rajin. Dan yang paling penting kata-kata azimat sayang daripadanya itu. Sememangnya tak pernah lekang bibir Arith dari menyebut perkataan ‘ I love you’ kepada nurul setiap hari. Dan Nurul membalasnya semula sambil melambai tangan kepada bumi Malaysia.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Dari hari ke hari,rindu Nurul makin menebal terhadap Arith.Mana tidaknya, seorang di Ireland, seorang lagi di Rusia.Cinta antara benua lah katakan. Masing-masing memikul tanggungjawab berat sebagai wakil Malaysia untuk belajar dalam bidang perubatan di luar negara. Adanya rangkaian penghubung pun tentu sekali tidak dapat diaplikasikan sebaiknya untuk pasangan ini mengadu rindu dek kesibukan belajar. Cuma sesekali jika mereka sempat ber’webcam’,itu sudah cukup untuk mengubat rindu mereka.

"Sayang, apa khabar orang Rusia ni?sihat tak?makan apa tadi? Wah makin comel Nurul abang ni sekarang ye".

"Hai abang! Tanya khabar orang Rusia pulak die. Kamu tu, boleh tanya khabar diri sendiri dulu tak? Makin kurus. Abang tak makan ye?nanti Nurul masakkan ok?"seloroh Nurul sengaja bermanja-manja.

"Yelah..abang tanya khabar orang rusia ni sebab nak tahu la, orang rusia ni boleh masakkan untuk abang ke tidak

"hehe..boleh-boleh. Tapi tunggu lepas kahwin lah ye".

Mereka berborak-borak,bercerita itu ini, tergelak bahagia. Mengubat rindu. Alangkah bahagianya percintaan Nurul-Arith itu, sehingga teman-teman Nurul naik cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Ya, semoga hubungan meraka berkekalan walau sejauh mana jarak mereka. Yang utama, mereka saling mempercayai dan jika dizinikan ALLAH, akan terbinalah masjid rumahtangga antara mereka berdua. Bukti janji anak merpati yang baru menginjak umur 18 tahun itu. Lambang kecintaan Mohd Arith dan Nurul Ifti.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Nurul cuma mampu merenung mesej pedih yang dia terima daripada perempuan tidak dikenali itu. Berkali-kali dia membaca kata-kata nista yang dikirim melalui rangkaian Friendster itu. Dia tergumam. Diam seribu kata. Sedih amat ulu hatinya. Biar dia dibenci, tapi tidak layak Ifti dihina begitu. Ifti jadi buntu tentang salah siapakah semua ini. Arithkah yang telah tewas dengan percintaan jarak jauh ini? Ataukah kehadiran perempuan itu telah merosakkan hubungan cinta muda mereka? Mungkinkah salah Nurul sendiri yang tidak menepati ciri-ciri perempuan di hati Arith. Tapi kalu ya,apa maksud kasih sayang yang diberi olehnya sejak di sekolah menengah lagi?

Seperti tidak percaya bila mengetahui orang kesayangannya menghina dia di pengetahuan perempuan lain. Benar, tidak ada seorang insan pun yang sempurna, tapi kenapa perlu menjatuhkan maruah orang lain jika sedar diri sendiri tidak sesempurna nabi? Jika buruk benar sifatnya sebagai seorang insan yang tidak sempurna itu, tidak bolehkah jika disimpan seorang tanpa dicanang kepada orang lain yang sebetulnya tidak sesempurna Zulaikha. Perlu mengadu keburukan kekasih sendiri kepada perempuan mana-mana. Hati mana yang tidak luluh?

Nurul teringat perisian dalam ceramah yang dihadirinya,tentang kisah Rasulullah dan Saidina Abu Bakar yang bersembunyi daripada serangan orang kafir quraisy,Rasulullah memujuk sahabatnya itu supaya tidak bersedih kerana ALLAH akan sentiasa ada bersama mereka. Nurul lantas memanjatkan doa kepada tuhan semoga diberi semangat dan ditabahkan hati agar dapat melalui dugaan tersebut dengan tenang. Dia tahu bahawa sesungguhnya doa insan teraniaya akan termakbul dan betapa sesunggunya ALLAH berada di sisi hambanya yang bertaqwa .Dia cuma mampu bertawakal.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dek tak tertahan lagi dengan gangguan-gangguan mesej dari perempuan yang tidak dikenalinya itu, Nurul pasrah.Akhirnya, Nurul membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Arith. Dia rela jika itulah yang terbaik buat kedua,malah ketiga-tiga mereka termasuk perempuan itu. Nurul mengalirkan air mata luka.betapa beratnya hatinya menyaksikan keputusan sendiri.betapa sukarnya jalan yang dia ambil. Namun dia nekad untuk menghapuskan semua kenangan lama. Lupuslah segala janji manis percintaan suci itu. Buanglah jauh-jauh impian teragung mereka itu. Semuanya hilang seperti buih-buih di pantai. Datangnya ceria berombak-ombak tapi hilangnya sekelip mata tatkala terpukul di pepasiran pantai.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nurul terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi nyaring dari komputer ribanya. Dipandang sekilas dan nyata seperti sangkaannya,perempuan parasit itu lagi. Benarlah.datang dalam hidup orang kemudian timbulkan masalah.

" Unknown: buzz"

"Unknown:hey you, I baru balik dari makan ni. Akhirnya dapat juga merasa makanan kat restoran tu."

"Nurularith: So, apa kaitannya dengan hidup I?"

"Unknown: tak adalah, I pergi dengan u punya boyfriend tadi. Baik lah dia. Sanggup belanja I makan mahal-mahal. I pun belum mampu lagi nak makan kat restoran tu dengan duit sendiri. Lepas tu dia belikan I evening dress. Katanya untuk kami pakai majlis makan malam minggu depan. I minta maaf lah sebab dengar kata, you cuma dapat gelang murahan je. Lepas ni kitaorang nak keluar lagi shopping kasut"

Nurul membaca dengan linangan air mata di pipi. Sedih. teringat dia tentang teddy bear gemuk. Bila lagi dia akan terima hadiah itu. Tidak mungkin lagi kerana dirinya telah Arith buang jauh-jauh. Dia baca lagi mesej mengejek itu,tapi dia tidak kisah. Itu masih ringan jika dibandingkan dengan mesej yang dahulu, mesej yang di’forward’ kepadanya. Mesej bilamana Arith mengaibkan dia di depan perempuan itu. Entah topik apa mereka bincangkan sehingga membabitkan tentang tubuh badan Nurul yang sepatutnya dia jaga bukannya dijaja. Nurul rasa terhina.

Pada masa yang sama, kotakbual daripada Adam tiba-tiba terpacul di tengah-tengah skrin komputer

"Adam Ijlal: Ifti, you Okay?"

"Nurul Arith: I okay.kenapa? I tengah melayan perempuan miang tu. Dia sibuk hebohkan cerita gembira dia dengan ex I tu."

"Adam Ijlal: oh. Apa lagi lah yang dia nak tu? Tak cukup nak sakitkan hati orang lain. Jangan dilayankan sangat lah ya Ifti"

Sepanjang umur Nurul, hanya Adam seorang memanggilnya Ifti. Penat dia halang. Bukan apa, dia kekok dipanggil begitu. Semua orang memanggilnya dengan nama Nurul. Nampak comel. Tapi Adam tetap mahu memanggilnya dengan nama Ifti.

‘Ah, biarlah. Nama aku juga. Panggillah apa-apa saja asal jangan panggil aku dengan nama-nama hina. Itu sudah cukup baik.’ Bisik Nurul sendiri. Baginya tidak perlu memanggilnya dengan nama comel itu jika nama itu bakal menimbulkan semula segala kenangan lama antara dia dengan Arith.

"unknown: You!!...ada tak tuh?dengar tak apa I cakap?"

"Nurul Aarith: apa? Ya dengar. Apa you nak ni sebenarnya? Kalau you nak sangat si Arith tu, ambillah. Ambil. Buat harta pun tak apa. Guna lah dia macam mana kau guna-gunakan hati orang. Aku dah tak perlukan orang macam dia. Dan aku tak perlukan orang parasit seperti kau. Datang dalam hidup kami, dan kucar-kacirkan hidup aku.Untuk pengetahuan kau, aku dan Arith dah lama putus. Dah setahun.gembira? apa Arith tak beritahu kau yang kami dah putus?kau nak dia?silalah.Kalau kau mampu bahagiakan dia, beritahu aku. Kalau tidak, tak payah sebab aku dah lama agak. Kau tu pemusnah. Dan sekarang sila jauhakn diri dari hidup aku. Aku dah penat melayan kau. Aku benci kau."

Sabar Nurul sudah tidak ada. Sudah berengkau-aku. Dia benar-benar marahkan manusia itu. Habis semua dia luahkan.Dan sejurus selepas itu, kelihatan tanda perempuan tidak dikenalinya itu keluar dari laman bual. Faham lah Nurul mereka sedang mahu menghabiskan masa bersama.

"Adam Ijlal:Ifti, you buat apa?"

"Ifti sahaja:hmm…I tukar nama I kat kotak ni. I kan dah tak ada apa-apa dengan Arith tu. I nak buang dia dalam hidup I ni. Kalau tak nanti I sedih."

"Adam Ijlal: hmm bagus juga. Lagipun nama Ifti ni I suka. Pandai parents you pilihkan nama anak. Ifti, kependekan kata iftitah, yang mana merupakan salah satu doa dalam solat, doa permulaan yang baik. Agar seisi solat itu dipenuhi dengan isi yang baik-baik."

Nurul tersenyum hambar. Memang benar apa yang Adam sebutkan. Dia suka isi penjelasan Adam. Penuh maksud tersirat dan ada benarnya. Sememangnya Adam seorang sahabat yang baik, yang mendengar segala permasalahan Nurul sejak mula tiba di bumi empat musim ini. Dia tahu memang ramai lelaki yang cuba merapatinya sejak dulu. Tapi Nurul setia pada Arith dan tidak seorang pun berjaya menarik hatinya, cuma Nurul sendiri tertarik pada Adam kerana setiap tutur katanya ada isi-isi penting yang mampan yang tidak lari dari hukum Islam. Nurul rapat dengannya pun kerana dia selalu menjadikan Adam sebagai tempat mengadu, tidak lebih dari itu.dan sejak itu,Adam meminta izin daripadanya untuk memanggilnya IFTI.

" Adam Ijlal: Ifti, kita jumpa sekejap. Di depan bilik you"

"Ifti sahaja:eh, untuk apa? Tak nak lah!." Ifti membantah.

"Adam Ijlal: sekejap je Ifti. Ada benda I nak bagi ni. Buat gembirakan hati you. Please ifti. I dah belikan ni."

"Ifti sahaja: hm…baiklah. Sekejap sahaja kan?"

"Adam sahaja: ya sekejap je. Tunggu 5 minit ye. Nanti I datang."

Dan 5 minit kemudian bunyi pintu diketuk kedengaran. Ifti segera membuka pintu. Tegak Adam berdiri di muka pintu, memegang sebiji anak patung beruang bersaiz hampir separuh saiz badannya sendiri. Dan sebiji kek di tangannya yang lagi satu.

" selamat hari jadi ke-21 Ifti!. Ni I ada belikan teddy bear gemuk yang you nak sejak dulu. You suka tak?"

Nurul menangis terharu. Dia malu.kepada orang lain yang diminta, namun dari orang lain pula diterima. Kenangan manisnya tiga tahun lalu kembali bertandang ke dalam memorinya.

"sudah lah tu Ifti. Jangan menangis lagi. Dilihat orang lain nanti kan malu. Jangan diingat kenangan lalu. Bertambah sakit hati nanti. Nah, ambillah teddy bear ni. I dah beri nama untuk patung ni. Nama dia bearbear. Suka?

Adam terkejut apabila Nurul terus menghempas pintunya. Adam risau kalau-kalau dia tersalah sebut atau telah salah bertindak. Dia segera mengetuk-ngetuk pintu bilik Nurul. Hatinya sudah pun diselubungi rasa bersalah yang amat. Hanya dua puluh minit kemudian baru Nurul membuka semula pintu dengan matanya yang sudah bengkak.

"I minta maaf kalau I ada tersalah kata tadi, Ifti. I betul-betul minta maaf. I tahu I tak sepatutnya sebut semula kisah lama you. Tapi percaya lah, tujuan I cuma nak gembirakan you. Tapi I dah tersilap cara. Maafkan I Ifti. I tak tahu macam mana nak tunaikan kehendak orang yang terlalu menginginkan sesuatu tapi seperti sudah tidak kesampaian. Maafkan I ifti." Rayu Adam kepada ifti. Dia sedar dia telah melakukan kesilapan, tapi sejurus kemudian, Nurul tersenyum dan tergelak.

"haha..kenapa dengan you ni Adam?dah la.. bak sini bearbear tu.terima kasih. I sendiri lupa hari ni hari lahir I. I menangis sebab sebab terharu you pulak teringat.I malu nak nangis depan you. Sebab tu I lari masuk bilik. Maaf lah terhempas pintu kuat-kuat.hehe..you bawak kek apa tu? I da lama tak makan."

"haahh!? Dah lama tak makan?"

"yalah. Dah lama tak makan kek. Hehe. Mula lah tu nak risau-risau. You ni apa lah. Thanks for everything dude. At least tersenyum juga I hari ni. Baru lepas marah si parasit tu, dapat pula makan kek"

Adam senang hati mendengar pengakuan Nurul. Dia gembira melihat Nurul senyum begitu. Dia juga senang melihat Nurul mengusap-usap patung beruang barunya itu. Sayang. Dalam diam Adam mengumpul kekuatan untuk berbicara.

"Ifti, suka teddy bear tu?"

" tentulah suka! Boleh lah I tidur berteman malam ni..hehe..".

"oh, tapi kalau I,I lagi suka kalau you setuju untuk jadi kekasih I." kata Adam lancar disertai senyuman kacaknya.

Nurul terkedu. Dia beku seperti melihat hantu di hadapannya. Namun selepas beberapa kali ditampar, digoncang tubuhnya oleh Adam, dia tersedar dan menjeling Adam dengan marah. Adam sudah serba salah. Tidak patutkah dia bertanyakan soalan cepumas itu pada hari lahirnya? Atau tidak sesuaikah masa itu jika tempoh setahun setelah berpisah dengan kekasih lamanya itu dianggap masih awal? Adam seraya meminta maaf sekali lagi. Dia menyesal kerana tindakan yang dirasakan tergopoh-gapah itu. Dan pada waktu itulah Nurul tiba-tiba tersenyum lalu berkata.

" you ni, kalau nak jadi kekasih I, kenalah kahwin dulu. Ni nak main pegang-pegang I pulak. Siap boleh tampar I pulak tadi kan? Mana boleh sentuh kulit bukan mahram. I taknak jadi kekasih orang lagi sebelum kahwin. I prefer bercinta semula selepas kahwin. Kalau you boleh terima alasan I, then I okay je.I saja je buat macam patung tadi. I terkejut, tapi malu nak tunjuk reaksi, I cover –cover lah jadi patung..hehe.." Nurul Ifti menjawab dengan senyuman di bibirnya. Masih ada lawak dalam seriusnya.

" hehe, I minta maaf Ifti terpegang tangan you tadi. Manalah I tak cuak tengok you tak bergerak-gerak. Ifti, I sangat bersyukur you terima I walau you masih belum dapat lupakan Arith. I cuma tak mahu you bersedih dan selalu teringat kisah-kisah lama you je. Dan I datang untuk buka kisah-kisah baru yang lebih baik untuk you."

Adam sangat lega mendengar penjelasan Nurul. Dalam hatinya dia melonjak riang. Namun kepada tuhannya juga die memanjatkan syukur kerana hajat dan doanya telah dimakbulkan. Akhirnya niatnya untuk membahagiakan semula hati Nurul tercapai juga setelah dia tahu segala penderitaan yang Nurul hadapi.

Semoga Nurul Ifti dan Adam Ijlal bahagia seiring ke jalan rahmat.

Adam, permulaan segala zuriat dan Ifti, permulaan segala kebaikan

nukilan: Qaisya Balqisha..14april2009..0200am
posted by Penulisan2u @ 11:18 PTG   16 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Cerpen : Aduhai adura
Nama Pena : rabiatul adawiyah binti mohamad nuri

Bila segala janji menjadi mungkir dan bila setiap patah yang terbit dari sehelai lidah bersulam dusta tiada yang manis lagi pada kasih sayang kita. Setiap detik curiga bernoda. Katamu dulu, sekali kita berbohong akan memungkinkan kali kedua, kali ketiga seterusnya penipuan itu terpaksa kita ulang-ulang. Memang mudah melafazkan ungkapan berbau pepatah, bidalan pun pendirian tapi amat payah untuk mengotakannya.

"Zahim pulang bang."

Bagai halilintar berdengung di telingaku bila nama itu disebut. Walaupun aku punya tali yang kukuh yang mengikat Adura tapi hati ini masih terasa goyah. Masih rasa tidak selamat.

"Dura jumpa dia?" tanyaku yang cuba berlaku tenang sedang di hati berkocak tak keruan.

"Dia ada telefon," jawab Adura.

"Mana dia tahu nombor telefon di sini?"

"Alah bukannya susah," jawab Adura mudah. Seolah-olah bukan satu kejutan bila orang yang cuba dilupakan muncul semula secara tiba-tiba. "Kami sekadar bertanya khabar." ujar Adura jujur. Dia seakan dapat membaca rasa hatiku. Hanya aku yang mungkin tidak mampu menjadi pasangan yang sesempurnanya. Sering mengabaikan dia dengan pengagihan masa yang tidak adil. Aku lebih memberatkan kerjayaku berbanding dia.

"Tapi abang cemburu." Tiada guna berbohong tentang perasaan sendiri.

"Dura tahu." Jawapan itu seolah menyapu bersih kemerut yang sedang bergerut di kepingan hatiku.

Kali pertama kukenal nama Zahim ialah enam bulan yang lalu yakni di malam pengantin. Di dadaku Adura bercerita tentang Zahim, kekasih yang terpaksa dilupakan demi menurut kehendak orang tuanya. Pilihan jodoh ibu untukku memang bertepatan. Adura bukan sahaja cantik tetapi seorang anak yang baik. Pengorbanan Adura akan kukenang selamanya dan tidak mungkin kupersiakan.

Sesekali pernah kurasa bersalah kerana mengkhianati cinta Adura pada kekasihnya. Adura terpaksa curang pada Zahim kerana lamaranku. Ah, memang jodoh kami. Dari azali lagi ditentukan Tuhan.

"Dura tak menyesal memilih abang?" tanyaku lembut.

Dia menggeleng kepala. "Dura akan cuba melupakan dia," ucapnya seperti berikrar.

Aku tahu, tak mudah untuk berbuat demikian dalam waktu yang singkat. Memori percintaan yang tersimpul selama enam tahun itu tidak mungkin akan terkikis semuanya. Aku mengerti cuma rasa cintaku mungkin kebahagiaannya. Kebahagiaannya bersamaku akan menghanyutkan kenangan silam. Aku mahu mengganti kasihnya. Aku mahu membahagiakannya. Itulah janjiku.

Adura berjumpa dengan Zahim! Itulah yang tertulis dalam diarinya. Aku dengan tidak sengaja membacanya. Hari demi hari aku menanti supaya dia membuka mulut memberitahu tentang itu. Tapi penantianku tersia. Mungkin tidak penting! Aku cuba memujuk hati. Seorang isteri bertemu secara rahsia dengan bekas kekasihnya bukan sesuatu yang penting? Ah, mengarut!

"Dura, Dura tak bahagia hidup dengan abang?" Aku cuba menyelongkar hatinya, berbicara dari hati ke hati. Selama ini kami sedang belajar mengenal hati budi masing-masing. Kami sebenarnya sedang bercinta. Bercinta selepas kahwin kukira, punya kenikmatan yang lebih asli.

"Abang?" Dia memulangkan kembali soalan itu kepadaku.

"Abang menyintai Dura sepenuh hati." Dia tersenyum. Manis sekali senyuman laksana bulan penuh itu.

"Dura juga bang tapi kadang-kadang Dura terasa kekosongan," luahnya sambil menggenggam erat jemari kasarku. "Dura terasa selalu dipinggirkan oleh kesibukan abang."

Urai rambutnya yang panjang kubelai mesra. "Itu tandanya abang sayangkan Dura, Abang bekerja kuat demi kebahagiaan kita, sayang," ucapku.

"Bila kita nak ada anak, bang?" tanyanya tiba-tiba. Ah, aku selalu tertunggu-tunggu juga berita gembira itu. Ibu dan ayah asyik merisik dariku kalau-kalau Adura muntah-muntah. Mereka tidak sabar lagi untuk menimang cucu pertama.

"Dura tak sabar lagi mahu menjadi ibu?" Aku menduganya.

"Kita bersabar sayang. Tuhan bersama orang-orang yang sabar," ucapku dalam keharuan. Kukira enam bulan sudah cukup lama penantian kami. Kalau kawan-kawan lain, tiga bulan berkahwin sudah mendapat berita gembira, isteri mereka mengidam atau muntah-muntah.

Tiada rezeki lagi. Kata-kata itulah penawar penantianku. Memang aku mahu cepat-cepat menimang cahaya mata. Umurku bukan muda lagi untuk menanti beberapa tahun lagi. Aku bujang terlajak yang puas dipujuk oleh ibu supaya menamatkan zaman bujangku. Akhirnya aku dijodohkan dengan Adura. Gadis desa yang sedang menanti kekasihnya pulang dari luar negara.

Adura bukan orang lain dengan keluarga kami. Bau-bau bacang juga. Ibu tidak mahu memilih orang jauh. Takut susah kalau berlaku sakit pening, katanya. Mungkin aku tiada pilihan sendiri. Jadi kuserah bulat-bulat kepada ibu. Aku tak pandai bercinta. Mendekati perempuan pun aku gementar. Ibu mencari gadis yang mengikut citarasanya. Biarlah asalkan ibu senang.

14 Februari - aku dan Zahim berjumpa lagi. Zahim menghadiahkan sebentuk kerongsang sempena Hari Kekasih ini. Walaupun sekejap pertemuan itu tapi kurasa cukup bahagia...

Diari wangi Adura kubuka lagi tanpa pengetahuannya. Kali ini aku semakin gelisah. Gelisah dan tercabar. Dalam diam kuatur pertemuan dengan Zahim. Memang kami perlu bersemuka sebagai anak jantan. Aku tidak mahu dia merosakkan hati Adura dan menghancurkan rumahtangga kami yang bahagia tanpa rasa curiga. Adura setia padaku sebelum kehadirannya. Adura tidak pernah melanggar hatiku. Dia selalu jujur padaku sejak pertama kali mengenalinya lagi. Tapi segalanya musnah bila Zahim muncul.

"Saya tahu saya yang merampas Adura dari saudara Zahim tapi kini Adura milik saya. Kami bahagia," luahku penuh kematangan.

"Saya tidak pernah terniat untuk mengganggu keharmonian rumahtangga Encik Karlid dengan Adura. Saya gembira bila mendapat tahu Adura bahagia. Adura selalu bercerita tentang Encik Karlid pada saya," tutur Zahim. Tampak perwatakannya seperti orang baik-baik. Aku membuat penilaian pertama.

"Kami sekadar mahu melepaskan rindu yang sekian lama tertanam di hati," sambungnya.

"Saudara Zahim tentu arif soal hukum menemui isteri orang tanpa pengetahuan suaminya bukan?"

Dia mengangguk. "Saya tahu saya berdosa tapi saya tidak berdaya menahan gelora perasaan. Saya masih mencintai dia."

Aduh, terjerut hatiku dengan pengakuan itu. Mahu saja aku meninju mukanya. Tapi aku masih mempunyai kesabaran yang menahan aku bertindak melulu begitu.

"Saya akan cuba melupakan dia," janji Zahim mulus. Anak muda seawal 25 tahun itu berlalu meninggalkan aku sendiri. Anak muda itu punya darah panas yang mudah bergelora. Terlalu mengikut kata hati tanpa mengira akibat di kemudian hari. Dia masih mentah. Maafkan dia! Itulah permintaan hatiku.

"Dura ada berita gembira untuk abang," lembut suara Adura sesungguhnya mencairkan hatiku.

"Boleh abang tahu?"

"Dura mengandung, bang."

Kalimat itulah yang selama ini kutunggu-tunggu. "Sungguh?"

Dia mengangguk. Kali ini aku menjerit kegembiraan. Aku akan menjadi seorang ayah dan Adura pula akan menjadi seorang ibu. Tiada siapa lagi yang bisa mengganggu kesejahteraan hidup kami. Aduhai, kegembiraan ini tidak terlukis rasanya. Lengkaplah pohon cinta kami kalau ia berbuah nanti.

Kubelek-belek diari Adura, tiada lagi pertemuan dengan Zahim tertulis di situ. Cuma kegembiraan untuk menimang cahaya mata dicoretkan. Lapan bulan lagi pasti impian kami termakbul. Mungkin Zahim telah mengotakan janjinya. Kalau sebelum ini Adura pernah berlaku tidak jujur padaku, aku maafkan. Kemaafan tanpa seulas pun rasa curiga.

II

Zahim, kau kekasih di hati. Kau pujaan di jiwa tapi seluruh impian kita punah terbakar. Mungkin aku yang bersalah, mengkhianati janji dan sumpah kita. Aku punya ibu dan ayah. Permintaan mereka tidak mampu kulanggar. Melanggar bermakna melukakan hati mereka. Melukakan bermakna aku derhaka, Zahim.

Zahim, aku telah melahirkan Fitri untukmu. Lambang kasih sayang kita. Matanya, alisnya dan hidungnya menyerupaimu, Zahim. Tiada satu pun milik Karlid yang bertindan di wajah anak kita.

Karlid masih lagi bergembira, bermegah-megah dengan zuriat itu. Setiap hari dia merangkul erat Fitri. Kalau Fitri merengek laparkan susu atau hilang keselesaan Karlidlah yang pertama terjaga, menukar lampin, membancuh susu atau mendodoi sehingga Fitri terlena semula. Kadang-kadang aku terbayang wajahmu di wajah Karlid ketika dia menyanyikan lagu buat Fitri. Kalau ditakdirkan mimpi kita serupa seperti yang direncanakan tentu kau akan menyayangi Fitri seperti Karlid menyayangi Fitri. Aku bersalah padamu, Zahim! Maafkan aku...

Air mataku menitis kali ini tatkala menatap surat tulisan Adura yang kukira mahu dikirim untuk Zahim. Kertas berwarna biru yang masih terlekat pada himpunannya itu kuletakkan seperti asalnya. Hatiku terkedu. Aku tidak galak lagi melayan kerenah Fitri walaupun kasihku pada Fitri seperti minyak penuh, seperti air yang mengalir. Kubiarkan dia menangis berpanjangan sebelum diangkat oleh Adura. Seharian aku tidak pulang ke rumah walaupun telefon berdering-dering memanggilku di pejabat.

Dayuskah aku? Peperangan di hati semakin berat melanda. Gambar perkahwinan dalam bingkai kaca di atas meja kudakap di dada. Aduhai Adura, mengapa kau mendustai aku? Waktu kupulang lewat petang itu, aku tidak terus mencium pipi Fitri seperti selalu. Rinduku kepada Fitri hilang tiba-tiba. Adura kehairanan dengan sikap baruku itu.

"Abang dah makan?" tanyanya mendekatiku dan cuba memecat dasi di leherku. Fitri diletakkan di ribaku tapi aku menolak. Adura seperti tersinggung.

"Apa gunanya perkahwinan ini, Dura kalau antara kita hidup dalam kepuraan." Terlalu lama aku dibohongi. Kali ini aku mahu Adura berkata jujur padaku. Jujur seperti dia jujur di malam pertama kami.

"Abang baca surat Durakan? Dura lihat kertas itu seperti rosak," tekanya tepat.

"Mengapa tidak sendiri Dura yang berkata pada abang selama ini," sebakku menghiris hati. Mataku berkaca. Sayangku pada Adura tiada batasnya. Seluas lautan membiru setinggi gunung yang mencapai awan.

"Ya! Dura menipu abang selama ini. Dura berdosa pada abang," ucapnya dalam tangisan yang memilukan. Fitri turut menangis. Tangisan Fitri melenyapkan tangisan Adura.

Lewat petang rumah kami dikunjungi oleh Zahim. Mahu apakah lagi dia setelah meranapkan segalanya?

"Encik Karlid," sapanya ketika aku melangkah ke tangga atas tanpa mempedulikannya. Dia tetamu yang tidak diundang dan dia datang bukan untukku.

"Saya minta maaf." Tangan yang dihulurkan tidak dihiraukan.

"Saya mahu mengambil Adura sebagai isteri saya," ucapnya membuat hatiku tiba-tiba terbakar. Marak dan merah.

"Awak tahu apa yang awak cakap? Sebelum saya halau awak baik awak keluar dari rumah saya sekarang," bentakku kasar dan keras, Zahim akhirnya bangun dan beredar pergi.

Menerima Adura seperti aku mendukung biawak hidup. Aku seperti memijak maruahku sendiri. Maruah seorang lelaki, seorang suami. Ah, apa gunanya perkahwinan ini lagi kalau hanya aku yang berusaha mempertahankannya daripada runtuh.

Segala noda yang tercalit tak mampu kuselindungi lagi. Apa gunanya ikatan suci ini kalau ia bernoda dengan seribu dosa. Berhari-hari kufikirkan tentang masa depanku. Hari-hari bahagia bersama Adura, bersama Fitri yang mati-mati kuanggap darah dagingku sendiri sirna sudah. Aku merintih sendiri.

"Adura, aku maafkan segala dosamu kerana menodai segala harapanku dan meruntuhkan cinta, kasih dan sayangku yang menggunung tapi untuk hidup seperti dulu tidak mampu kulakukan. Aku menyeksamu, Dura. Maafkan aku."

"Abang tak bersalah. Dura yang bersalah. Hukumlah Dura tapi jangan lepaskan Dura, bang! Dura tidak mahu melukakan hati ibu dan ayah," rintihnya.

"Adura, aku ceraikan dirimu," lafazku dengan gementar dan payah. Hanya itu jalan penyudahnya walaupun tiang arasy bergoncang dengan kalimat itu. Aku terpaksa. Kusangka aku sangkar yang membahagiakan tapi rupanya aku adalah penajra yang mengurung, menyeksa hidupnya. Terbanglah Adura setelah besi penjara kuruntuhkan.

"Abang!" Adura memelukku sambil meratap hiba. Aku menolak. Aku tidak layak lagi menerima pelukan itu...

Sehabis eddah kuterima undangan perkahwinan daripada Adura. Air mata lelaki tumpah lagi. Aduhai Adura! Aku tidak mampu membencimu. Oh Tuhan, mengapa terlalu lemah aku? Adura tidak layak dicintai, dikasihi dan disayangi. Berkali-kali aku cuba memujuk hati untuk melupakan Adura. Dia bukan untukku. Dia tidak layak kuletakkan di tempat yang suci itu, menjadi isteri dan berlindung di ufuk kasihku.

Tiga bulan pernikahan itu, aku menerima warkah daripada Adura. Adura mahu kembali kepadaku. Mujur ketika itu aku sudah memiliki Sofia. Juga gadis pilihan ibu. Kalau tidak, tentu terusan aku masih memikirkan Adura dan tidak mustahil kalau hatiku terbuka lagi untuk menerima maaf daripadanya. Kejadian kaum Hawa untuk membahagiakan kaum Adam seperti juga Hawa dijadikan dari rusuk kiri untuk mengisi kesepian Adam di syurga. Baru ini aku merasakannya.

Abang, baru kini Dura merasakan cinta yang dijulang tidak akan ada rasa manisnya tanpa restu yang mengiringi. Dura sangka bahagia akan melimpah hidup bersama kekasih tercinta tapi rupanya anganan itu cuma sekadar mimpi yang berpenghujung. Dura dihina oleh keluarga Zahim. Dura tidak diterima sebagai anak menantu. Fitri tidak diakui sebagai zuriat keluarga terhormat itu. Hidup kami penuh derita, bang! Mungkin ini balasan Tuhan di atas dosa Dura pada abang. Ampuni Dura, bang!

Zahim tidak teguh mempertahankan orang yang disayanginya. Kasih Zahim lerai dan layu. Kami mengambil keputusan berpisah. Hanya itu yang terbaik. Dura mahu merebut semula kasih keluarga tercinta yang terlepas bila memilih hidup bersama Zahim dulu.

Dura mahu kembali pada abang. Kalau perlu mengemis pun, Dura sanggup bang, asalkan langit yang memayung kehidupan Dura kembali cerah seperti dulu. Dura tahu selama ini segala madu yang abang limpahkan, Dura balas dengan tuba tapi berilah peluang untuk Dura menebus segalanya...

Surat Adura lumat di genggaman. Cintanya layu di hatiku kini.
posted by Penulisan2u @ 11:17 PTG   8 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group