Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Adik…sini kejap", ish tembamnyer budak pompuan ni. anak sapa la ni???Budak pompuan tu berlari terkedek-kedek.Kawan-kawan nyer lain semua memerhati. Semuanyer ter’freeze’ sekejap main gelongsor bila aku memanggil. "Ye kak?", penuhnyer pipi dia.Aku memang tak boleh tengok budak yang tembam-tembam ni.Geram!!!!aku cubit pulak la kang pipit tu. "Tolong akak jap", "Tolong?", mesti confuse giler budak pompuan ni bile aku mintak tolong kat dia. "Tolong tolak buaian ni", budak pompuan tembam tu tercengang. Biar betul kakak ni. Dah la dari tadi kakak ni conquer buaian.Tak bangun-bangun. Pastu nak suruh tolak pulak. "Ala...tolong la dik. Akak teringin nak main buaian ni. Laju-laju sikit ek", budak pompuan yang terkebil-kebil dari tadi bercekak pinggang. Huh...macam aku tak tau. Nak upah la tu. Matanyer mengerling bangla jual aiskrim kat tepi taman permainan. Budak-budak skang ni.kecik-kecik dah main rasuah. tu belum besar lagi tu. "Yela..akak belanje la aiskrim nanti", bangla ni pun satu. Mentang-mentang kat playground ni ramai budak-budak. Kat situla dia sibuk bunyikan loceng aiskrim dia. Budak pompuan tembam tu tersenyum. "Ok", segera dia menolak buaian. "Ish..beratnyer akak ni. Tak larat la", ala harap badan jer besar la budak ni. Aku yang slim ni pun dia tak larat nak tolak. "Upin, Ipin, meh sini jap.Tolong tolak buaian ni. Nanti kakak ni belanje aiskrim.", ish suka-suka hati je budak pompuan ni. Aku kata aku nak belanje dia sorang jer...Sudahnyer 5 orang budak tolak buaian aku.Fuh seronok....laju siot.Walaupun aku tahu terbangla nanti duit aku sploh hinggit. Ni semua Zaril punyer pasal. Kalau tak sebab dia tak la aku membawa diri nan kecewa nan frust nan putus cinta nan roti nan kat playgorund ni. Ni yang rasa nak nangis ni. "akak nangis ye?", ish perasan la pulak budak pompuan tembam ni. Aku berhentikan buaian. Semua budak-budak tu pandang aku. "akak sedihla. Akak dah putus tunang.", aku kembali monyok. "hah???putus tunang?ape tu?nak tali tak?ke getah?kite ader.", ish....budak tak cukup umur ni.... "Bukanle.Ko ni bodohla.Tunang pun tak tahu......", budak pompuan tembam selambe je kata kawan dia bodoh. Budak botak tu menggaru-garu kepala.Ada kutu ye? "Kak, tunang tu apa?", ceh...mati-mati aku ingat dia paham.Confident jer budak tembam tu marah kawan dia tadi. "akak tak jadi kawen la. boyfriend akak dah tak nak kat akak", "oooooo", ceh cakap boyfriend bahu paham. Nampak sangat dah kena jajah. "Kenapa dia tak nak kawen ngan akak?", budak botak dah duduk bercangkung kat depan aku. "Tu la.Dia ingat dia bagus sangat. Akak pun tak nak kawen ngan dia. Dah la tak handsome macam Brad Pitt.Akak boleh cari yang lain la", aku tiba-tiba bersemangat. "emm..akak tak payah la sedih-sedih. Jom ikut kitorang main perang-perang nak?", budak botak mengeluarkan pistol air. Wow..best nie……. "Ok, Jom" segera aku bangun dan sudahnyer hampir maghrib baru aku stop main.Siap janji esok nak main lagi tu.
Malam ni aku tak boleh tidur. Teringat cerita petang tadi. Aku kira itulah pertama kali aku lihat wajah Zaril yang kemarahan. Selama ini, nak tinggi suara dengan aku pun tak pernah.Inikan pulak nak mengherdik. Sedih...memang sedih.Memang betulla Zaril dah tak sayang kat aku. Aku kira tahap kesabaran Zaril pada aku dah sampai kemuncak. Aku memang tak layak untuk dia. Semenjak 3 tahun aku berkenalan dengan Zaril, inilah pertama kali aku rasa down sangat. "Hurin, kenapa dengan kau ni?", Tasya terkebil-kebil memandang aku. Meen yang dari tadi hanya memerhati duduk di sebelah aku. "Takde ape-ape la", huk...huk....ni yang sedih balik ni. "Yela tu. Aku tau ko mesti ader problem ni.Kalau tak takkan la ko tolak mentah-mentah ayam rangka yang aku beli kat pasar malam tadi. Kalau tak tu ko cuma tinggal kan tulang jer kat aku", huh....sempat minah ni mengutuk aku. "Sebenarnyer....aku....aku.....", waaa........ "apenyer???Cepatla cakap!", Meen yang dari tadi diam menepuk belakang aku. Adoi...sakitla! "Aku dah putus tunang dengan Zaril!", Meen dan Tasya memandang sesama sendiri. Kemudian diorang terus bangun dan duduk di meja makan. Menyambung balik aktiviti diorang yang tengah melahap tadi. Ha??tak nak pujuk aku? "Weh…korang tak kesian ke kat aku?aku dah putus tunang tahu tak?" aku tak puas hati sambil bercekak pinggang. Bukan nyer nak pujuk aku. Aku tengah sedih ni. "Kitorang dah tahu dah. Tadi Syahir yang bagitau aku. Dia kata Zaril dengan kau dah putus", What???!!Syahir bagitahu Meen?Maknanya Zaril yang bagitahu member kamcing dia…Maknanya lagi memang betulla dia nak putus dengan aku…Sedihnya.. "Kau jugak yang minta putus kan?Bagus jugak tu. Takder la lagi kitorang dengar ko membebel setiap hari. Gaduh dengan Zaril la.Zaril macam tu la.Zaril macam ni la.Kan aman hidup ko sikit. Kitorang pun aman gak", Suka hati je Tasya ni. aku yang mintak putus ek?Jap...jap...aku flashback balik...
Dah berhari-hari aku angin jer dengan Zaril. Mana taknyer, dia selalu busy dengan kerjanya. Asal hujung minggu jer outstation. Tak der masa langsung untuk aku. Tahula company tu bapak dia punyer. Kalau nak tunjuk bagus sangat pun tak payah la sampai ketepikan tunang sendiri. Yang aku tambah sakit hati lagi, Suzana PA dia tu asyik mengekor je kemana-mana dia pergi. Macam aku tak tahu gaya, lenggok, bahasa badan Suzana. Nampak sangat ada hati dengan Zaril. Kalau korang jadi aku, korang tahan ke menengoknyer????Sakit bijik mata aku ni. Aku rindukan Zaril yang dulu. Zaril yang selalu ader masa dengan aku. Yang boleh buat aku ketawa time aku tension giler dengan bos aku Mr. Kemek. Yang boleh buat aku bahagia bile dia tiba-tiba jer surprisekan aku. Tapi Zaril yang tu dah tak ada. Lenyap bersama dengan kemunculan Syaza, bekas kekasih Zaril. Terserempak Syaza di Pavillion membuat jantung aku berdegup laju. Rupa-rupanya company tempat Syaza bekerja merupakan vendor company Zaril. Dan yang buat aku tambah tak keruan, Syaza selalu berulang-alik bertemu Zaril dengan alasan urusan kerja. Semenjak kehadiran Syaza dalam hubungan kami, aku nampak Zaril semakin berubah. Dia selalu tak ceria bersama aku. Kalau dulu, dia selalu mengatakan aku saja yang boleh buat dia ceria dan lupakan masalahnyer. Tapi sekarang? Sehinggalah pagi tadi aku pergi bertemu Zaril. Sakit hati aku melihat Syaza menempel kat sebelah dia. Siap ketawa-ketawa lagi. "Eh Hurin…Surprisenya. Zaril tak beritahu pulak you nak datang", Syaza tersenyum ramah. Ape?Ingat cun ke?Dia tak nampak muka aku dah kelat macam peria ni? "If u mind, boleh tak you tinggalkan I dengan Zaril sekejap.Ada hal private yang I nak bincang", aku menjeling Zaril. Zaril hanya memandang aku tanpa berkata sepatah pun. "But Hurin. We need to discuss as soon as possible. I’m sorry Hurin. Boleh tak you bincang after office hour?", Discuss apenyer?Dari tadi aku tengok cuma nak merenyam je.Syaza memandang Zaril. Geramnyer aku. "Hurin, kita jumpa lepas office hour nanti", Zaril tenang bersuara. Dengan kata-kata Zaril itu, nampak sangat dia nak menghalau aku keluar. Alamak…apesal pulak aku rase mata aku ni berair??Ish... "Saya tak nak. Saya nak jumpa awak sekarang juga", aku semakin degil. "Hurin, boleh tak jangan jadi budak-budak. Buang sekejap childish tu. Saya betul-betul ada urusan sekarang", Zaril memandang tajam padaku. Syaza masih tersenyum-senyum. "Well Hurin, takkan you jeles I dengan Zaril kot?", minah ni sengaja jer nak tambah bara kat aku. "Yes...memang i jeles. So boleh tak you keluar berambus sekarang?", dah tak tapis-tapis dah. "Hurin!", suara Zaril mula meninggi. Syaza menghampiri aku sambil membisikkan sesuatu. "I akan rampas semula dia dari you.U know what?He’s still love me", kata-kata itu cukup jelas hanya di pendengaran aku dan Syaza. Muka aku saat ni memang dah merah padam. Ikutkan hati memang aku nak gulai aje minah ni. Namun akal jahat aku memang cepat datang. Rasakan kau. "Aduh..!!!!", kulihat Syaza dah jatuh tertiarap di atas lantai. Kau ingat kau cari gaduh dengan siapa ha??Ini Hurin Ain Syazwin tau. Sengaja aku menghulur kaki menyekat laluannya. Kasut tumit tinggi 4 inci setengah tu pasti tak tak dapat bertahan. Dan akhirnya, ada nangka busuk jatuh tersembam. "Syaza!", Zaril segera menghampiri. Ceh..sempat lagi nak pergi selamatkan. Tapi sayang. Aku tengok hidung dia dah berdarah. Ish...darah... "Apa awak buat ni Hurin?", mata Zaril mencerlun marah. Uwek....padan muka. "She deserve it." selamba aku menuturkannya. Pantas Zaril memanggil Suzana membantu. Syaza dibawa ke pantry. "And you little girl, come with me", Zafril memberi arahan.
Aku duduk menghadap Zaril. Memikirkan Zaril yang tengah berangin sekarang, aku jadi tak tentu arah. Nak buat apa ye?Tiba-tiba aku rase bilik Zaril ni kelam semacam jer. "Now, I need your explanation. What’s this for?", "Kan saya dah kata, memang padan muka dia. Takkan awak kesian kat dia kot?", Zaril mengeluh seketika. "Apa yang penting sangat sampai tak sempat nak tunggu lepas office hour?", aku mengangkat muka. Zaril langsung tak pandang muka aku. Rileks Hurin...Jangan sedih. "Macam la lepas office nanti awak ada masa untuk saya." aku dah sebak. "Saya tak tahu nak buat macam mana bagi awak faham...ish...saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi dengan awak ni.", Zaril mendengus. "Kenapa?Awak dah tak suka saya? Cakap je la. Tak payah nak selindung.", Zaril menatap aku tajam. "Apa yang awak maksudkan ni?", "Saya dah tak tahan dah bersama dengan awak. Kalau awak dah kemaruk sangat dengan Syaza tu, pergi la kat dia. Buat apa bertunang dengan saya?", dengan beraninya aku cakap even dalam hati aku hanya Allah je yang tahu. "Lagipun, saya rasa saya dah tak ada perasaan kat awak. awak buat saya macam tunggul kayu tahu. Saya rasa lebih baik kita….", aku memandang cincin di jari. "Nah…saya nak putus!", aku sebenarnyer nak letak atas meja tapi cincin tu bergolek jatuh ke lantai.. Oppss….ter….la….muka Zaril merah padam. "Awak nak putus?Okey fine.", Zaril mengutip cincin di lantai. "Now kita dah tak ada apa-apa", serentak itu Zaril membuka tingkap mencampakkan cincin ke bawah. Maka berakhirlah drama sebabak dengan cincin tunang aku melayang jatuh dari bangunan setinggi 31 tingkat ini dengan endingnya aku melangkah longlai keluar dari pejabat Zaril.
"Hoi…sempat berangan lagi tu", hah???ha’a la memang aku mintak putus tapi Zaril pun iakan je..Tak bantah. Aku memandang Tasya dan Meen yang sedap makan ayam rangka. "Syok berlakon drama siang tadi?", Tasya tersengih memandang aku. "Huh..baru berdarah sikit nak kecoh.", aku mencebik. "Tu la pasal. Syahir terkejut si Hurin ni berani buat macam tu. Aku kate kat dia tu kira oraitla…Kalu ikut kepala tanduk dia ni, lagi teruk si Syaza tu. Setakat yang tu biasa-biasa je", huh...sedapnyer mengata aku. "Meh, nak sikit", aku mencampai ayam rangka di dalam pinggan. "Weh..bukan ko tengah frust ke?Orang frust mana lalu makan", "Huh…tu orang lain.", baik aku layan ayam rangka ni.
Hari ni genap 2 minggu aku putus tunang dengan Zaril. Aku tak bagitahu pun mama dan papa lagi. Macam mana nak bagitahu ye? Ape kata aku bagitahu pada Along je dulu? eh...tak nak la...Entah-entah mama dan papa dah tahu. Zaril pun mesti dah bagitahu umi dengan abah dia. Buat bodoh je boleh tak? Deringan hp mengejutkan aku. Alamak..mama.... "Hello my princess", suara mama di hujung talian membuat aku rindu. Dah lama tak jenguk mama. Yela, mama baru je balik melawat angah dan kakngah di US. Hampir 2 minggu mama dan papa pergi. "Mama, Hurin rindu mama", aku jadi syahdu sekejap. "Hurin..kenapa ni sayang?", dan aku akhirnya menangis tak henti-henti di telefon.
"Mama, siapa nak datang ni? Banyaknya makanan", aku melihat makanan yang terhidang di atas meja. Emmm.sedapnya. "Bakal family Hurin la. Dah lama mama tak sembang dengan Umi Zaril.Lagipun umi ada pesan barang dengan mama di US", mama lincah mengelap pinggan. Aku tercengang. Sebenarnya mama dan papa tak tahu aku dah putus tunang dengan Zaril. Semalam semasa mama tanya kenapa aku menangis aku hanya cakap aku rindukan dia. So mama tak tanya apa-apa lagi la. Sebabyer dulu pun aku pernah meraung bila mama dan papa tinggalkan aku pergi honeymoon kali keberapa entah. Sudahnya dari seminggu hanya 2 hari je mama dan papa pergi. Itupun masa banyak dihabiskan dalam flight. Perjalanan pergi dan balik. Papa kata nasib dia la dapat anak manja macam aku. Tak dapat nak bermanja dengan isteri kesayangan dia. "Hah..tu pun mereka dah sampai", Jantung aku berdegup laju. Melihat umi dan abah Zaril aku segera bersalam dengan mereka. "Hurin, kenapa dah lama tak datang rumah?Rindu betul umi pada Hurin", Umi mencium dahiku. Alahai...sedihnyer...Umi tak tahu ke anak umi tu dah tak hingin dengan anak dara depan umi ni? Melihat Zaril di belakang umi, aku tertunduk. "Eh Hurin ni kenapa senyap je?Selalunyer kalau Zaril datang dah tak sempat-sempat dah. Papa nak borak dengan Zaril pun Hurin tak bagi chance.", semua ketawa mendengar usikan papa. Muka aku merah menahan malu. Aku menjeling Zaril. Dia hanya tersenyum. Dia tak bagitahu umi dengan abah dia ke dia dah putus dengan aku?
Selesai menjamu selera papa dan abah Zaril terus menuju ke ruang tamu. Mama dan Umi dah hilang. Mesti mama tak sabar nak tunjuk barang yang dia beli di US. Aku???hanya terkebil-kebil di meja makan. Selalunya dulu kalau Zaril datang, pasti aku dah tarik tangannya melihat kucing-kucing comel kesayangan aku pot-pot dengan not-not. Sambil tu mulut aku pasti becok bercerita aktiviti aku. Zaril hanya menjadi pendengar setia. "Hurin, boleh kita berbual sekejap?", melihat Zaril di belakang, nafasku kembali tak normal. Nak bincang? Bincang apa lagi? Aku melangkah menuju ke tepi kolam renang. Zaril mengikut di belakang. "Ish...lama kita tak jumpa. Dah hampir 2 minggu kan?Tak rindu kat saya ke?", ish...soalan apa ni?Mamat ni dah hilang ingatan ke? "Buat apa nak rindu kat awak?", itu jawapan yang terkeluar dari mulut aku even dalam hati aku ni beria-ia nak cakap aku memang rindu kat dia. Kalau tidak, tak la aku mengigau sambil berjalan masuk bilik Meen pastu peluk dia. Meen kata nasib baik dia tak ada sakit jantung. Kalu tak maunya dia dah arwah dek kerana terkejut tengok ader lembaga peluk dia. Tapi kira ganas la jugak Meen sebab dahi aku lebam kena siku dengan dia.Nasib baik dia tak terajang. "Bagusla kalau macam tu.Tentang kita, saya dah beritahu umi dan abah saya. Mereka kata terpulang pada saya nak buat keputusan apa", oh...dia dah bagitahu umi dan abah dia. Aku?Nampak sangat dia memang dah tak sayang aku.Kedatangan mereka ni pun agaknya nak memutuskan secara adat. Aku sedih sendiri. Aku berlari naik ke bilik aku. Rasanya aku tak dapat bertahan kalau aku pandang muka dia.
"Anak mama ni kenapa?", mama mengusap kepalaku. Lagila air mata aku ni macam air hujan. "Zaril ma...Kami dah putus", mama hanya tersenyum. "Sebab ni la anak mama ni murung je. Lepas tu asyik menangis je ye. Zaril beritahu mama, Hurin yang minta putuskan", Ha???mama dah tahu?aku memandang muka mama. Mama hanya menangguk. " Zaril dah beritahu mama. Mereka datang tadi nak selesaikan masalah la", aku kembali menangis. Betulla tu. Nak putus kan pertunangan secara beradat. "Hurin dah tak sayang Zaril ke?", aku terdiam seketika. "Hurin sayang dia mama. Tapi dia yang dah tak suka Hurin. Yela Hurin ni kan macam budak-budak. Mana padan dengan dia. Hurin ni agaknya selalu merimaskan dia. Selalu ganggu dia buat kerja.", mama kembali tersenyum.Ish...mama ni boleh senyum lagi. "Anak mama ni kan comel. Pandai ambil hati. Apa kata Hurin tawan balik hati Zaril?", "Macam mana?", aku kembali bersemangat. "Hai, Hurin kan panjang akal", mama mengenyit mata.
Esoknya, aku dah terpacak di depan bangunan pejabat Zaril.Langkah pertama, nak ajak pergi breakfast sama. "Hai", aku menyapa Zaril yang segak memakai kot dan briefcase di tangan. Agak terkejut dengan kehadiran aku, Zaril memandang aku lama. "Awak dah breakfast? Saya belum lagi. Jom", aku tanya soalan, aku jawab pastu aku ajak dengan tak malunyer. Zaril hanya mengangguk dan memberi isyarat untuk masuk ke biliknya sebentar. Aku tersenyum. Yes!Jadi! Sepanjang breakfast puas aku memikirkan apa yang perlu aku bualkan dengan dia. Nak tanya apa ye? Tahu-tahu dia dah habis makan. "Ok Hurin. saya ada mesyuarat pukul 10. saya naik ofis dulu", aku tak sempat nak cakap apa-apa nampaknya. Tak kira... "Eh...nanti dulu. Hurin ada sesuatu nak cakap", aku memberanikan diri memandang mukanya. Alamak... "Er....er..Hurin...Hurin nak minta maaf. Hurin tahu Hurin salah. Hurin bersikap macam budak-budak.Tak matang langsung. Tak pernah nak faham awak. Asyik awak je nak faham Hurin. Lepas tu Hurin asyik merungut je kata awak tak ada masa dengan Hurin. Hurin janji lepas ni Hurin berubah. Hurin tak degil lagi. Lepas tu Hurin tak merungut dah. Kalau Hurin boring sangat pun, Hurin pergila mana-mana nanti sorang-sorang. Lepas tu Hurin takkan jeles-jeles lagi. Asalkan awak maafkan Hurin.." "Sorry Hurin. I’m late now. Nanti kita sambung lagi", Zaril terus beredar.Sah!Dia memang dah tak suka aku. Aku dah separuh merayu pun dia buat derk jer. Walaupun apa yang aku cakap tu tak semestinya betul...wa....wa....wa....Aku melangkah longlai. Tiba-tiba aku teringat tentang cincin tunang aku. Melihat ke atas, pejabat Zaril mengadap ke sini. Maknanya cincin tu mesti jatuh di sekitar kawasan ni. Aku melihat ke bawah. Cincin aku ada lagi ke?Puas aku mencari tapi masih tak jumpa. Pak guard bangunan tu pun aku kerah cari cincin. Tanpa sedar, aku macam nampak sebuah kereta laju menghampiri aku. Aduh...kuatnyer bunyi hon.Kenapa kaki aku tak gerak??
"Hurin...", suara sayup mama kedengaran di telingaku. "Mama", terasa kepala aku sakit sangat. Aku kat mana ni?Huh...bau ubat. "Syukur Hurin dah sedar", melihat wajah-wajah di samping aku membuat aku ceria semula. Zaril pun ada. Nanti!Apa dah jadi dengan aku sebenarnya? "Hurin ni buat orang risau tahu. Nasib baik tak apa-apa. Cuma pengsan jer. Kepala berdarah sikit terhantuk. Ape yang Hurin buat kat tengah jalan tu?", Along bercekak pinggang. Oh ye..baru aku teringat. Aku cari cincin. Lepas tu aku tak sedar ada kereta datang laju. "Hurin....er...er...."aku pandang muka Zaril. "Jomlah kita keluar dulu. Hah Zaril selesaikan masalah kamu berdua secepat mungkin.Takut ada apa-apa lagi jadi lepas ni", mama, papa, Umi dan abah Zaril, along semuanya keluar dari bilik. Hanya Zaril yang masih merenung aku. Aku gelisah sendiri. "Hurin...Hurin...", Zaril akhirnya bersuara. Hanya menyebut namaku. "Kenapa nak bahayakan diri sampai macam ni sekali?Hurin ingat Hurin boleh jumpa ke cincin tu?" eh...mana dia boleh tahu? dia boleh scan otak aku ke? "Kenapa awak datang?Kita kan dah tak ada apa-apa", aku sebak.Zaril menghampiri aku. Terasa nak bangun melarikan diri dari Zaril. "eh, nak kemana ni?", Dia memegang lenganku. "Tepila..nak keluar", aku menepis tangannya. "Jangan nak degil-degil lagi Hurin. Bukan ke Hurin cakap tak nak degil-degil lagi?", aku ade cakap ke?ha a la…ader. "Hurin, Zaril tak tahu sejak bila kita jadi macam ni.Zaril minta maaf sayang", kata-kata Zaril membuat airmata aku menitis dengan laju. Rasa nak mengadu pada dia. yang aku sedih sangat.Aku terasa dia tak hiraukan aku.lantas dia memelukku. Apa lagi...lagi kuat la aku meraung. "Hurin hanya perlu tahu hanya Hurin dalam hati Zaril.Tak ada sesiapa lagi.", aku terasa bersalah sangat. Aku selalu ikutkan perasaan. Sebenarnya, aku sendiri tak tahu aku marah Zaril sebab apa?Dia tak ada masa dengan aku? Jawapannya awal-awal lagi aku dah tahu dia sibuk dengan projek kat Shah Alam tu 2 minggu tu. Tapi dia still hantar coklat dan sms aku tiap-tiap malam. Aku cemburu? huh…tak ada maknanya.Lagi apa?Oh ye…ada sesuatu. "Jangan sesekali tanggalkan cincin ni lagi sayang", Zaril menyarungkan cincin ke jariku. Hah???tak Hilang?Aku memandang Zaril. dia tersenyum. "Mana ada Zaril buang la.", dia ketawa. "Pasal Syaza, Hurin minta maaf ye", aku kembali teringat tentang Syaza. Zaril ketawa lepas. "Kenapa?", "Lepas Hurin pergi, Syaza menyesal gila. Sebenarnya dia saja nak kacau Hurin. Dia tak sangka pulak yang sebenarnya Hurin tengah merajuk dengan Zaril masa tu. Kesian dia tau. Berdarah hidung dia Hurin buat. Nasib baik tak teruk. Kalau tak, tak tahu la apa Zaril nak jawab dengan Riduan", Riduan?Syaza dengan Riduan?Zaril mengangguk. Huh...buang karen aku jeles. "Awak…", aku merenung cincin tunangku. "Saya sayang awak sangat-sangat", aku tersenyum nakal. Zaril mengangkat kening. "By the way sayang, I do love u too but….pasal perkara yang kita bincang dulu tu…..", Zaril tersenyum nakal. "I’m still with my decision. I can’t sayang", aku mencebik. Alah…….
"Hah?Dah habis telenovela ko?", Meen dan Tasya membaling bantal pada aku. Sakit la. Aku tersenyum-senyum. "Tahula dah baik dengan buah hati tersayang", "Huh...korang bukan nak pujuk aku time aku frust.", "Buang lemak je pujuk ko tau tak?Baik aku jadi informer Zaril.Sekurang-kurangnya dapat makan free", Tasya dan Meen tergelak. "Oh...korang ni mata-mata gelap Zaril la?", "Ha..a...Ye la orang tu. Ader ke frust pergi main tembak-tembak dengan budak-budak kat taman sana.hahahaahahahaha", Tasya dan Meen sakan menggelakkan aku. "weh..mana korang tahu ha?", seingat aku, aku tak citer lak aku jumpe member baru geng tom tom bak tu hari tu. "Zaril tak cerita kat ko ke??Dia ikut ko dari belakang hari tu?Kelakarnyer oi."ceh...dia ikut aku...Malunyer...tapi takperla... "Korang gak yang bagitahu Zaril aku cari cincin ke?Eh..bila masa aku bagitahu korang kan?", aku menggaru-garu kepala. "Bukanla...Ko tak ingat ko kerah pak guard indon tu cari cincin tu jugak. Tergagap-gagap pak indon tu nak terangkan kat Zaril bila Zaril tanya tahu", hehehe…baru aku teringat. "Tapi kan Hurin, Ape yang buat ko merajuk sangat dengan Zaril tu?", aku mengangkat-angkat kening. "Hehehe...aku cakap kat Zaril nanti baju kawin kami kaler oren terang. Dia mati-mati tak nak", Meen dan Tasya tercengang. "Kalau aku jadi Zaril gerenti......" "Gerenti apa?"aku kehairanan. "Putus tunang!"serentak Meen dan Tasya bersuara.
Sedesir pasir di padang pasir, sejernih air dikali, sedingin salju di utara, tidak seindah yang diduga dan dikira. Satu coretan hidup yang ingin dibentuk oleh Richard tidak diterima oleh anak-anaknya. Kisah hidup dan persekitaran yang berbeza membuatkan Richard jatuh tersungkur kehampaan. Dirinya terumbang dilanda badai gelombang tsunami yang dahsyat, terlalu dirinya berasa bersalah kerana mengecewakan anak-anaknya terutama Donald. Takdir hidup yang dia tulis untuk anak-anaknya tidak diterima malah semua itu kehendak Yang Esa. Sejuta air mata, seribu kemaafan dan seratus kali dia bersedih belum tentu semua itu terurai dan terbongkar dengan selesa. Rambut yang ditarik dalam tepung secara perlahan-lahan akhirnya bertaburan jatuh menghujani bumi.
Setelah mendengar ungkap bicara Daniel yang sepanas lava berapi membuatkan Richard sedar dan terduduk di muka pintu. Tersandar sambil matanya dipejam dan dibuka kembali. Hatinya tertanam semua kekesalan yang dirasainya. Mary yang masih tercegat di luar sambil lirik matanya menemani kelibat Daniel yang berlari dalam hujan mengekori Donald yang hilang beredar.
"Abang…abang" suara Mary kuat kedengaran sebaik sahaja melihat suaminya terduduk di atas lantai sambil menangis. Dia terus berlari dan mematikan penglihatannya terhadap Daniel. Hatinya mula bersantun dengan tangisan, kata-kata yang diujarnya penuh dengan kelemahan bicaranya. Mendung wajah suaminya ditatap, menambah duka yang terperosok di sudut sukma.
"Aku dah buat salah, aku dah buat salah." teriakan Richard. Mary mendapatkan suaminya itu dan memeluknya sekuat mungkin. Kekesalan jelas terpancar di sebalik mendung wajah Richard. Air matanya tidak berhenti berjurai menghujani lantai mamar. Teriak rengek tangisannya, menyelimuti segenap inci ruangan rumah. Saat dituai kesedihan dan tangisan, Mary merapatkan dirinya.
"Abang dah buat salah, abang banyak buat salah pada anak-anak kita. Abang minta maaf. Abang bukan ayah yang baik" kekesalan Richard. Dia memeluk isterinya seerat mungkin.
"Abang, semua manusia pernah buat silap. Tetapi masih ada jalan untuk memperbetulkannya. Mary yakin, Dan dan Don akan memaafkan abang. Tak terlambat abang nak minta maaf. Lagipun, beberapa hari lagi kita akan pulang ke kampung dan kita mulakan suasana baru di kampung sebelum kita pulang ke Malaysia" kata-kata Mary untuk menenangkan suaminya itu. Dia meyakinkan Richard dengan satu nada kata yang bermakna.
"Mungkinkah ada kesempatan untuk aku mengubah semua ini. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dan jalanMu. Janganlah Kau bawa aku jauh dari kesalahan yang telah aku lakukan. Berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini" desir-desir Richard di dalam hati. Apa yang digenggam dalam kehidupan ini terpaksa dileraikan dek kerana sayang akan anak-anaknya. Sikapnya terlalu tegas dan mengongkong mungkin menyebabkan Donald memberontak.
"Terima kasih Mary. Abang nak cari Don dan Dan sekarang juga. Nak minta maaf." Sambung Richard sambil menyeka sisa air matanya. Richard terus berlari keluar mencari Donald dan Daniel dalam hujan. Langkah Richard diekori oleh Mary.
Dalam hujan yang lebat, sepasang suami isteri itu mencari anak-anak mereka. Richard telah sedar akan kesilapannya. Dia mahu meminta maaf kepada anak-anaknya, Donald dan Daniel, dan mengharapakan kemaafan dari mereka. Sedang Mary dan Richard berlari-lari dalam hujan sehingga ke satu simpang, langkah mereka terhenti termati.
"Don…" teriakan kuat Mary dan Richard serentak. Mereka berlari menuju ke arah Donald yang terbaring di sisi jalan. Dan berada di samping Donald sambil memangku kepala adiknya itu.
"Don…" Rintik-rintik jernih kembali berjuraian dari alis mata Mary sebaik sahaja melihat keadaan Donald. Richard tangkas mendapatkan Donald dan mencium dahi Donald yang hanya terbaring di sisi jalan. Daniel hanya memandang gelagat orang tuanya. Rengekan Mary semakin kuat dan Richard juga turut menangis dan mula sedar apabila anaknya, Donald hanya terbaring kaku sambil memejamkan matanya.
"Don... bangun Don..." Jeritan Richard sebaik sahaja mendapati Donald tidak bergerak walau sesaat. Wajah Richard dan Mary mula berubah. Mary cuba menggoyangkan badan Donald dengan menggunakan tangannya. Richard menampar secara perlahan-lahan pipi Donald. Daniel hanya memandang kelakuan ayah dan ibunya itu sambil berdiri di penghadang jalan.
"Abang, kenapa dengan Don?" Suara Mary mula terdengar.
"Cakap abang, kenapa dengan Don? Cakap abang." sambung Mary. Richard hanya menangis dan terdiam tanpa melontarkan satu nada kata. Lidahnya bagaikan kelu tidak bisa berbicara.
"Dan, apa yang berlaku dengan Don, cakap Dan" Mary hilang arah dan tidak keruan, hatinya berbisik yang bukan-bukan. Keadaannya seolah-olah disulami ketakutan dan mula menjerit kesedihan. Riak cemas dan gusar jelas terbias diwajahnya.
"Ya Tuhan, kenapa semua ini harus berlaku disaat keluarga aku hampir sahaja mengecapi kebahagiaan?" Pinta Mary sambil tangannya diangkat seolah-olah ketika orang sedang berdoa. Air matanya bercampur dengan hujan gerimis pagi itu, lalu Mary jatuh melutut dek kerana terlalu bersedih.
Richard hanya memeluk erat anaknya itu dan menangisi kerana anaknya hanya terdiam kaku.Fikiran Mary dan Richard terganggu dan bercelaru kerana perkara yang berlaku pada awal pagi itu. Daniel hanya membiarkan gelagat ayah dan ibunya. Dia hanya berdiri seperti patung yang bernyawa dan tidak boleh berbuat apa-apa.
"Dan, bagi tahu mak Dan. Apa yang berlaku lepada Don sebenarnya" Mary mendapatkan anak sulungnya sambil menggoyangkan tubuh Daniel yang hanya berdiri kaku.
Dalam suasana yang tegang dan kesejukan dek kerana hujan yang turun walaupun masih lagi renyai-renyai, tiba-tiba…
"Aduh...ayah sakitlah. Janganlah peluk kuat-kuat. Don tak dapat bernafaslah" suara Donald mula kedengaran dalam keheningan tangisan sambil terbatuk. Nafasnya tercunggap-sunggap.
Mary dan Richard terdiam daripada tangisannya sebaik sahaja terdengar suara Donald. Jelas kelihatan wajah mereka berdua mula berkerut tanda kehairanan. Daniel hanya berdiri sambil menguntumkan senyuman. Donald mula bangkit setelah lama terbaring di sisi jalan. Keadaan Mary dan Richard sekali lagi kebingungan mencari jawapan kepada semua yang berlaku. Terlakar sebuah wajah yang penuh kehairanan.
"Sakitlah ayah peluk kuat-kuat" kata Donald sebaik sahaja berdiri. Daniel hanya berdiri di belakang Donald.
"Don, kau tak apa-apa nak?" tanya Mary sambil membelai wajah anaknya itu.
"Don sihat walafiat bu. Don tak ada apa-apa" jawab Donald.
"Yang Don terbaring tu tadi apa?" tanya Richard. Wajahnya mula berubah dan dari sesuci salju menjadi sehangat mentari.
"Dan yang suruh Don baring dan diam je macam orang tidur. Dia suruh Don abaikan apa yang ibu dan ayah cakapkan. Don ikut je." Jelas Donald sekali lagi.
Mary dan Richard terus memandang ke arah Daniel untuk mendapatkan jawapan. Belum sempat Mary dan Richard mengatur butir bicaranya. Daniel mula menerangkan perkara yang berlaku.
"Ayah, Ibu terlebih dahulu Dan nak minta maaf sebab buat ibu dan ayah risau. Dan minta maaf sebab Dan meninggikan suara pada ayah. Dan terpaksa ayah. Dan merayu dan memujuk Don supaya jangan merajuk dengan perangai ayah. Don terdengar perbualan kita dan terus pergi. Kemudian Dan mengejar Don sampai ke simpang jalan ni. Dah berbuih mulut Dan pujuk Don supaya jangan pergi tetapi Don cakap ayah tak sayangkan Don. Ayah bencikan Don. Untuk menunjukkan bahawa ayah sayang dan cintakan Don, Dan hanya meminta Don baring dan mendengar apa yang ayah katakan bila melihat Don terbaring di sisi jalan. Mungkin ayah sangkakan Don kemalangan dan tidak sedarkan diri, tetapi kata-kata ayah telah membuktikan dan meyakinkan bahawa ayah amat mencintai kami semua. Itulah yang cuba Dan buat untuk meyakinkan Don, ayah. Dan minta maaf ayah jika perbuatan Dan ini terlampau. Dan minta maaf Ibu sebab menjadikan ibu sebagai pelakon pembantu walaupun tanpa ibu sedari" penjelasan panjang oleh Don.
Setelah mendengar penjelasan daripada Daniel, Richard mula merapatkan dirinya kepada Daniel. Mukanya agak bengis dan merah kemerahan. Richard mengetap bibirnya sebagai tanda menahan marah. Bebola matanya dibulatkan dan ditenung hebat ke arah Daniel. Mary pula takut jika suaminya itu, cuba untuk menampar Daniel untuk kali ke dua. Mary cuba menghalang suaminya itu dengan menarik lengan Richard.
"Chard, maafkanlah mereka" Pinta Mary. Tetapi semakin dihalang, Richard semakin mendekatkan dirinya kepada Daniel dan wajahnya seakan-akan mahu melepaskan geram. Donald mula menampakan wajah kebimbangan sambil tangannya digenggam. Khuatir juga dia jika ayahnya memukul Daniel lagi.
"Ayah, jangan salahkan Daniel ayah. Pukulah Donald. Donald yang punca semua ini. Tolonglah ayah. Tolonglah jangan pukul Daniel lagi." Namun, rayuan Donald dan ibunya tidak diendahkan oleh Richard. Daniel mengundurkan dirinya setapak demi setapak apabila ayahnya mendekatinya. Mukanya menunjukkan seribu ketakutan. Namun Daniel redha jika ayahnya memukulnya kerana perbuatannya telah melampaui batas.
Setelah selangkah demi selangkah Richard mendekati Daniel, apabila Daniel sudah tidak boleh berundur lagi dek kerana dihalang oleh penghadang jalan, akhirnya mata Richard dan mata Daniel mula bertentangan secara hadapan dan terus. Setelah itu, tiba-tiba Richard mendakap Daniel seerat mungkin dan mencium pipi anak sulungnya itu.
"Terima kasih Dan, kerana sedarkan ayah. Terima kasih. Sepatutnya ayah yang perlu meminta maaf kepada Dan dan Don. Minta maaf Dan." Richard mula menitiskan air mata. Setelah didakap oleh Richard, Daniel pula membalas dakapan ayahnya itu sambil turut menitiskan air mata. Mary dan Donald menghampiri dua beranak itu dan turut sama berdakapan.
"Bukan, Donald dan Daniel saja yang tahu berlakon, ayah pun pandai berlakon juga." Richard mula bersuara setelah beberapa saat berpelukan dan bergembira. Kata-kata ayahnya itu membuatkan Mary, Donald dan Daniel tersenyum manis lalu tergelak bersama.
"Don, ayah minta maaf ya. Ayah nak minta maaf pada Don sebab ayah menggongkong dan tidak memahami kehendak Don. Ayah benar-benar minta maaf" sambung Richard.
"Terima kasih ayah. Donald pun nak minta maaf sebab selama ni Don banyak buat silap pada ayah. Don nak minta maaf pada ibu dan abang Daniel kerana selama ini Donald banyak buat silap dan menyusahkan semua orang" balas Donald.
"Don panggil Dan, abang?" tersentap Daniel kerana selama ini Donald tidak pernah memanggil Daniel dengan kata-kata itu.
"Dan minta maaf ya kerana selama ini Don tidak menganggap abang Daniel sebagai abang. Tapi jujur Don cakap Don sayangkan abang Daniel, Don sayangkan ibu dan ayah" jelas Donald. Daniel dan Donald saling berpelukan sambil diperhatikan oleh Richard dan Mary. Mary hanya tersenyum gembira kerana keluarganya telah bersatu kembali.
Setelah Donald dan Daniel berpelukkan. Mary mula bersuara, "Alhamdulilah, keluarga kita telah bersatu kembali. Kita bina suasana baru di Filipina sebelum kita pulang semula ke Malaysia. Ibu mahu, kita cekalkan hati dengan cabaran baru yang kita hadapi di kampung nanti ya" jelas Mary yang bertambah yakin untuk pulang ke kampung walaupun perbezaan agama yang dianuti antara mereka sekeluarga dengan keluarga di kampungnya iaitu di Santa Cruz, Filipina.
"Setelah kita pulang dari kampung, kita akan menyokong pasukan bowling Donald, ok" jerit Richard. Mary, Donald dan Daniel hanya menganggukkan kepala tanda mereka setuju dengan kata-kata Richard sambil tersenyum.
"Mary, Donald dan Daniel, mahal na mahal kita" sambung Richard. Teriak Richard di awal pagi dalam keadaan hujan masih lagi renyai-renyai.
"Family ko, Mahal Na Mahal Kita" Daniel menyambut teriakkan ayahnya. Sekali lagi mereka berpelukan sambil ketawa dan berjalan pulang dalam hujan yang masih renyai-renyai.
* * *
12 Disember 2009, tarikh yang dahulunya dianggap keramat kini telah tiba dan Richard sekeluarga telah menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Diosdado Macapagal, Clark, Filipina yang terletak kira-kira 80 km dari Ibu Kota Manila. Segala urusan barang, bagasi dan kenderaan telah disediakan oleh saudara Richard, Stenly yang kebetulan bekerja di Lapangan Terbang tersebut. Kalau tidak, sukar untuk mengambil kenderaan untuk pergi ke Santa Cruz. Kebiasaannya penumpang akan mengambil bas di Lapangan Terbang Antarabangsa Clark dan kemudian menuju ke Terminal Philtranco, Manila untuk mendapatkan bas.
Ketika kaki mula mencecah bumi Filipina membuatkan hati Mary sebak dan menitiskan air mata. Hatinya sangat terharu dan tidak percaya dia sudah berada di bumi kelahirannya. Richard hanya tersenyum gembira sambil diperhatikan oleh Daniel dan Donald yang mengangkat bagasi pakaian mereka masing-masing. Langit di awan secerah harapan Mary dan Richard terhadap mereka setelah hampir 20 tahun tidak bertemu sanak saudara. Seakan-akan bumi Filipina menerima dan meraikan kehadiran insan baru iaitu Donald yang dilahirkan di Malaysia. Bagi Daniel, dia pernah menetap di Filipina sehingga usianya hampir mencecah setahun dan kemudian dibawa oleh Mary dan Richard untuk berhijrah ke Malaysia.
"Tidak banyak berubah di sini. Pembangunannya semakin pesat terutama di ibu kota. Santa Cruz pun sekarang ini sudah pesat membangun. Kalau aku tidak mengambil kamu di lapangan terbang mungkin kamu semua akan tersesat." Terang Stenly dalam bahasa Tagalog kepada sepupunya, Richard yang duduk di sebelahnya sambil memandu kenderaan. Mary hanya memadang luar tingkap merakamkan impian yang telah menjadi kenyataan dengan sepasang bebola matanya. Bumi dan lakaran realiti yang dilihat itu adalah benar-benar berada dihadapannya. Daniel juga menongkah dagunya pada cermin pintu belakang sebelah kiri sambil menyaksikan bumi yang pernah dipijaknya walau untuk seketika. Donald yang terlena dek kerana kepenatan hanya duduk terhimpit antara Daniel dengan Mary.
"Sten, hari ini kau ambil cuti ke?" getus Richard memecah kesunyian perjalanan.
"Ye, aku ambil cuti kerana nak menjemput kamu semua. Akhirnya sampai juga kamu di bumi Filipina." balas Stenly sambil melirikan senyuman.
"Sten, Jess sihat ke?" Mary mula menyampuk perbualan antara Richard dengan Stenly. Pertanyaan Mary membuatkan Stenly terdiam seketika. Matanya menajam tepat ke arah cermin hadapan. Kedua-dua tangannya menggenggam kuat stereng, sambil badannya berdiri tegak tepat ke hadapan.
Keadaan menjadi sunyi seketika, suasana ketika itu hanya digamitkan dengan deruan enjin kenderaan yang lalu-lalang disulami dengan pekik lolong hon kenderaan beserta gumpalan asap kenderaan yang memenuhi persekitarannya. Bangunan batu di ibu kota Manila akhirnya tenggelam juga apabila jalan yang dipandu oleh Stenley menuju ke satu tempat yang dipenuh dengan pepohan nan hijau. Kicauan burung mula menyanyi, dari udara kotor dan hangat bertukar segar dan bersih. Rupa-rupanya mereka telah keluar dari ibu kota, dan menuju ka arah Santa Cruz.
Pertanyaan Mary belum lagi disahut dan Mary terus mematikan niatnya untuk bertanya soal Jessica. Sebaliknya Stenly terus bertanyakan soalan kepada Mary iaitu soalan yang membuatkan Mary berfikir panjang sebelum dia menjejakkan kaki di bumi Filipina.
"Mary, kenapa kamu menutup kepala kamu dengan kain? Tidak panas ke?" tanya Stenly.
Pertanyaan itu membuatkan mulut Mary terkumat kamit, wajahnya hilang seri kesenyuman. Daniel cepat-cepat memegang tangan ibunya itu sambil diperhatikan Richard. Suasana dalam perjalanan menuju ke Santa Cruz dipenuhi dengan kebisuan untuk beberapa saat walaupun panorama sekitar perjalanan mereka amat mengasyikan dan mendamaikan.
"Chard, kenapa dengan Mary?" Tanya Stenly kepada Richard setelah Mary membisu.
"Eh, ermmm…ermmm…" Kekeliruan di hati Richard terus menerpa wajah yang putih dan masih lagi tampan itu. Kegelisahan Mary terus menyinggah di sudut ruang ketakutan. Sayup-sayup keresahan kembali menyelubungi Richard.
"Ayah sudah lupa ke?" sampuk Daniel.
"Ah, lupa? Lupa apa?" Richard semakin keliru sambil menjeling ke belakang melihat Daniel.Mary hanya mengerutkan wajah ketakutannya itu.
"Ayah cepat sangat lupa. Pak cik Stenly, ibu menutup kepada dia kerana beberapa tahun kebelakang ini, rambut ibu gugur sehingga hampir botak. Ibu salah guna syampu rambut, sebab itu rambut dia gugur. Sejak hari itu, Doktor meminta ibu pakai penutup kepala sama seperti kebanyakan wanita lain di Malaysia. Kulit kepala ibu sekarang terlalu sensitif." Daniel memberi penerangan dalam bahasa Inggeris kerana Daniel tidak tahu bertutur dalam bahasa Tagalog, tetapi hanya memahaminya. Penipuan Daniel secara terpaksa untuk kebaikan mereka semua. Belum masanya mereka menceritakan keislaman mereka, dan belum saatnya kerana semua itu memerlukan masa dan waktu yang sesuai.
"Ooh, macam tu, baru pak cik faham."
Mary dan Richard menarik nafas panjang dan kerisauan, keresahan dalam hatinya kembali reda. Bayang-bayang hitam ketakutan menghilang oleh sinaran mentari. Ini adalah cubaan pertama yang perlu dihadapi oleh mereka. Terdapat pelbagai cubaan yang perlu dilalui mereka, kerana mereka mesti dan harus melakukan sesuatu untuk menegakkan kebenaran. Mereka perlu berjihad dan berperang minda habis-habisan supaya keluarga menerima mereka seadanya. Itulah yang perlu mereka lakukan, dan golongan mualaf lain yang memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarga mereka. Perbezaan ajaran, pantang larang dan sembahan menyebabkan banyak perkara yang terpaksa ditipu dan difikir secara logik. Ini semua memerlukan kesabaran dan ketaatan kepada Yang Esa.
Donald masih lagi nyenyak tidur kerana kepenatannya dari berlatih bowling semalam, belum lagi hilang. Ditambah pula dengan perjalanan mereka ke bumi Filipina. Keadaan menjadi sunyi semasa dalam perjalanan sehingga membuatkan Daniel dan Mary bermimpi bersama-sama dengan Donald. Hanya Richard yang duduk menemani dan berbual-bual dengan Stenly sepanjang perjalanan mereka ke Santa Cruz.
*** Terima kasih kerana sudi membaca cerpen ini. Kisah ini bersambung, Bagaimanakah Richard bertemu dengan Mary? apakah perasaan dan situasi yang menyelubungi perpisahan Richard dan Mary terhadap keluarganya? Nantikan siri ketiga Family Ko, Mahal na Mahal kita 3. Saya mengharapkan pandangan anda untuk penambahbaikkan cerpen-cerpen saya akan datang. Terima kasih atas komen anda pada cerpen Warkah Terakhir Sofea dan Family Ko Mahal na Mahal kita, saya akan perbaiki penulisan saya pada masa-masa akan datang. Sekian terima kasih...abg aloha ***
"Delima, dimana kau nak?" panggil sesorang dari balik pohon beringin.
"Ya, mak. Delima disini mak." Sahut satu suara milik gadis bernama Delima.
"Apa saja yang kamu buat tu Delima?" soal maknya setelah sampai ke arah anaknya.
"Makkan kata nak makan mengidam mahu makan ikan keli. Delima tengah cuba tangkap ikan maklah ni." Maknya menggelengkan kepala melihat tingkah laku anaknya.
"Kak Delima....Kak Delima..." terdengar suatu suara halus memanggil namanya.
"Ya, kak Delima disini dik." Sahutnya sambil melambaikan tangan pada gadis kecil yang sedang berlari.
"Melur, jangan lari-lari nak. Jatuh nanti." Mak Kelsom memberi amaran pada anak bongsunya yang berlari riang.
"Kak Delima, tadi Abang Adi suruh bilang sama kakak yang dia mahu berjumpa dengan akak petang ni ditepi pantai." Dengan termengah-mengah Melur menyampaikan pesan Adi padanya.
"Baik, terima kasih adik kakak." Ucapnya.
"Mak, kakak tangkap ikan ke mak?" soal si kecil.
"Yalah, kakak kau tu tengah menangkap ikan keli. Mak teringin makan gulai ikan keli. Melur sukakan?"
"Suka mak. Mak....boleh tak Melur mahu bermain sama kawan-kawan Melur?"
"Boleh saja. Tapi ingat jangan pulang lambat ya." Pesan Mak Kelsom, riang sungguh hati Melur ketika itu. Terus dia berlari mendapatkan kawan-kawannya yang tengah bermain.
"Assalammualaikum." sapa Adi dari belakang. Delima yang begitu asyik menghadap lautan tersentak seketika.
"Waalaikumsalam." Balas Delima lembut sambil tersipu-sipu malu. Adi mengambil tempat dengan duduk depan Delima tapi dengan jarak yang jauh sedikit.
"Melur bilang tadi, abang mahu berjumpa dengan Delima. Kenapa bang?" soal Delima.
"Abang Cuma mahu memberitahumu bahawa abang terpaksa ikut ayahanda abang belayar ke Sumatera pada esok hari." Jelas Adi sambil menatap wajah pujaan hatinya. Wajah Delima yang bujur sirih, matanya yang ayu dan bibirnya merah bak delima memikat hati jantannya. Mendung seketika wajah Delima setelah mendengar penjelasan Adi sebentar tadi.
"Lamakah abang belayar ke sana?" soal Delima dengan pandangan sayu.
"Barangkali tiga purnama abang akan belayar. Usahlah Delima bersedih hati. Abang tidak akan melupakan Delima, kekasih hati abang." Pujuk Adi tatkala melihat wajah Delima yang mendung.
"Jika begitu, tidak mengapalah bang. Tapi abang hati-hatilah dinegeri orang. Delima doakan abang selamat pergi dan kembali. Delima akan menanti kepulangan abang." Sayu sekalu Delima melafazkan kata-kata.
"Marilah kita beransur Delima. Abang janji akan membawa pulang selendang buat Delima sebagai tanda kasih abang pada Delima. Jagalah dirimu baik-baik." Pesan Adi sebelum mereka berangkat pulang ke rumah masing-masing.
Tiga purnama berlalu.....
"Kakak, kenapa kakak selalu kemari?" soal adiknya, Melur.
Sebenarnya, tanpa pengetahuan Delima. Ketika kapal Adi belayar di tengah lautan, kapal mereka telah dikepung dan ditawan oleh lanun durjana. Kesemua anak kapal Adi telah dibunuh, hanya tinggal Adi dan beberapa orang saja yang selamat tapi ditawan oleh mereka.
Beberapa hari berlalu, Kampung Teluk digemparkan dengar berita kematian Adi serta seisi kapal. Delima yang terdengar berita itu bagaikan tak percaya. Dia terus rebah sebaik saja mendengar khabar yang dibawakan oleh orang kampung.
Tidak lama kemudian, Kampung Teluk sekali dikejutkan dengan berita kematian Delima sekeluarga. Khabar angin mengatakan Delima telah dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan perompak atau lebih tepat sekali musuh Adi iaitu Bidin yang juga telah lama menaruh hati pada Delima. Namun Delima telah memilih Adi darinya. Kerana cemburu pada Adi dan tidak sanggup membiarkan Delima dimiliki oleh sesiapa, dia sanggup membunuh Delima.
2008.....
"Del, kau buat apa tu?"
"Sibuklah kau Joe. Tak nampak ke aku tengah buat apa ni?" Del atau Delima menunjukkan buku yang berada ditangannya saat ini.
"Ala, gurau pun tak boleh." Joe pura-pura merajuk.
"Del, jom pergi makan nasi ayam. Aku belanja kau." Joe menawarkan diri untuk belanja Delima makan.
"Tak naklah. Aku kenyang lagi. Sorry ek, lain kali jelah." Delima menolak lembut ajakan Joe.
"Takpelah kalau macamtu. Aku masuk kelas dululah ek." Ada bunyi nada merajuk. Joe berlalu masuk ke dalam kelas dan menyertai rakan-rakannya yang lain.
"Del, tunggulah aku Del." Jerit Shahila dari jauh sambil berlari ke arah temannya yang ralit membelek majalah remaja.
"Ish...kau ni. Sopan sikitlah. Boleh pula jerit nama aku dari jauh."
"Dah tu siapa suruh kau tak dengar aku panggil?" balas Shahila.
"Sorrylah. Ralit sangat telek majalah ni. Jom teman aku pergi kedai jap. Dahagalah pula. Jap lagi kena masuk kelas balik." Delima mengajak temannya ke kedai yang terletak tidak jauh dari situ.
"Del, mana Joe?"
"Asal kau tanya aku? Aku bukan P.A dia nak ambil tahu apa dia buat 24 jam."
"Takdelah. Aku saja je tanya. Janganlah marah. Aku rasa dia suka kaulah Del. Mana je kau pergi mesti dia ada. Macam bayang-bayang kau pula." Shahila menelah perasaan Joe.
"Ada jelah kau ni. Jom gerak." Delima berundur ke belakang sedikit apabila seorang lelaki India yang bertubuh besar lalu dihadapannya dan ini mengakibatkan dia terlanggar seseorang dari belakangnya.
"Oopsss...Sorry...sorry...tak sengaja." Dia memohon maaf dan memandang tepat pada orang yang dilanggarnya.
"It\'s ok...saya tak apa-apa." Jawab pemuda yang dilanggarinya. Mata bertemu mata, bagaikan menyingkap kisah cinta disebaliknya. Mereka terkaku memandang satu sama lain. Shahila menepuk lembut bahu temannya dan menyebabkan Delima tersentak sedikit.
"Oooo...ok." terpacul perkataan itu dari mulut Delima.
"Tumpang tanya, saya nak pergi tempat ni. Kat mana ye?" pemuda itu memberikan secebis kertas kepada mereka.
"Ini kolej kami je. Awak ni student baru ke?" soal Shahila.
"Yup. Boleh tak kalau saudari berdua bawa saya ke sana?" sopan dia meminta pertolongan.
"Boleh je. Apa salahnya, kebetulan kami nak masuk kolej balik ni. Kejap lagi kelas dah nak start." Ujar Shahila sambil matanya tak lepas memandang wajah pemuda itu yang lembut.
"Thanks, saya Shahrul." Pemuda yang bernama Sharul itu memperkenalkan dirinya. "Saya Shahila dan ini kawan saya, Delima."
"Boleh kita gerak sekarang?" Sharul mengajukan soalan pada mereka.
"Boleh je. Jomlah." Dila hanya mengikut rentak mereka berdua. Dia terdiam selepas terpandangkan mata pemuda itu. Seperti pernah lihat mata itu, mata yang melahirkan penuh rasa cinta. Tapi dimana pernah dia melihat sepasang mata itu.
"Del, cepatlah." Shahila menarik tangan Delima. Mereka berjalan seiringan menuju ke kolej.
"Siapa tadi tu?" soal Joe tiba-tiba pada Delima yang kebetulan baru melabuhkan punggungnya ke kerusi.
"Siapa?" soalnya kembali.
"Jantan tadilah. Siapa tu?" bentak Joe dengan wajah yang bengis.
"Kau kenapa nak marah-marah aku? Kau siapa? Kau bukan pakwe aku pun. Sesedap rasa je nak control hidup aku." Bidas Delima pula. Joe sedikit terkesima dengan jawapan Delima. Dia berlalu dengan muka merah akibat rasa malu dan marah kerana dilayan sebegitu.
"Del, tak patut kau buat macam tu. Kesian dia." Shahila menunjukkan rasa simpati pada Joe.
"Memang patut pun aku buat macam tu. Rimas tau hidup aku sejak dia asyik rapat dengan aku. Segala macam benda hidup aku dia nak jaga." Ujar Delima dengan rasa marah. Shahila terdiam melihatkan Delima yang mendiamkan diri dan merengus marah.
"Baik, kelas. Hari ni, kelas kita akan menerima seorang pelajar baru. Kenalkan namanya Shahrul, berasal dari Taiping, Perak. Umur baru 23 tahun. Maklumat lanjut boleh terus ke www.Shahrul.com.my. Gurau je. Ok, awak boleh ambil tempat disana." Dengan panjang lebar pensyarah mereka memperkenalkan pelajar baru yang baru masuk.
"Ok, kelas. Boleh kita mulakan sekarang?" soal pensyarah mereka.
"Yes, sir." Jawab mereka serentak.
"Del, kau perasan tak?"
"Apanya?"
"Shahrul tu kan. Dekat leher dia selalu dilit dengan selendang panjang pula tu. Cantik selendang dia." Ujar Shahila.
"Dah tu kenapa? Tak boleh ke dia nak pakai selendang kat leher?" balas Delima.
"Bukan tulah. Tak kisahlah dia nak pakai apa pun. Cuma pelik je, jarang tengok lelaki pakai selendang kat leher ni." Shahila menyuarakan rasa isi hatinya.
"Biarlah dia. Buat ni cepat. Tadi kata lapar." Delima mengarah Shahila mencari bahan tugasan mereka.
"Hai...boleh saya join?" sapa Shahrul.
"Boleh je. Boleh tolong kami cari bahan ni juga." Laju Shahila menyampuk.
"Thanks, saya pun takde group nak buat tugasan ni. Harap dapat join korang berdua." Ucap Shahrul sambil matanya tak lepas memandang wajah Delima yang khusyuk menghadap buku di atas meja.
"Del, kau ok tak? Shahrul nak join kita ni?" soal Shahila.
"Aku ok je. Kalau macam tu. Awak tolong cari yang ni." Delima menunjukkan sebaris ayat pada Shahrul. Mereka terus membuat kerja masing-masing. Sejak dari hari itu, mereka kerap bersama-sama tak kira dimana saja kecuali tandaslah.
"Aku geram betullah tengok mamat tu. Rasa nak belasah je dia." Joe mengepal penumbuknya. Dia membayang yang dia tengah menggusti Shahrul dengan teruk sekali.
"Apa kata kau belasah je dia tu. Habis cerita. Takpun kau cekik je dia dengan selendang kat leher dia tu. Biar dia mampus." Cadang Bahar, sengaja dia mengapi-apikan lagi perasaan rakannya itu.
"Betul...betul..betul..." sampuk Boboy yang tersampuk trademark Ipin, adik Upin.
"Geram aku dengan Del tu, aku yang sikit punya hensem ni taknak layan. Boleh pula dia layan mamat tu." Joe menghentak tangannya ke dinding. Geram sekali.
"Apa kata kau buat je Del tu jadi milik kau selama-lamanya." Bahar menjungkitkan kedua-dua keningnya pada Joe.
"Apa maksud kau?" Joe tertarik mendengar cadangan rakannya itu.
"Macamni...." mereka merapatkan badan dan berpaut membentuk satu bulatan kecil.
"Aku setuju dengan cadangan kau ni. Lagi cepat lagi bagus." Joe gelak jahat diikuti dengan rakan subahatnya.
"Del, jom ikut aku. Kita keluar makan." Joe memasang perangkap dengan mengajak Delima keluar bersama dengannya. Setelah berjaya membawa Delima keluar bersamanya, pasti segalanya berjalan dengan lancar.
"Aku sibuklah malam ni. Nak kena siapkan tugasan." Delima menolak ajakan Joe.
"Please Del, dari hari tu kau asyik tolak je pelawaan aku. Kau tak kesian kat aku ke? Mana tau tiba-tiba aku mati kempunan nak keluar dengan kau ke." Pancingnya lagi dengan muka simpati. Delima berasa serba salah mendengar kata-kata Joe.
"Ok, tapi jangan lama-lama tau."
"Ok." Joe tersenyum sinis. Berjaya.
"Awak dah lama ke datang sini?" soal Delima pada Shahrul.
"Baru je. Hari yang kita berlanggar kat kedai tu merupakan hari pertama saya jejakkan kaki kat K.L ni. Tak sangka awak orang pertama yang saya bercakap." Shahrul tergelak mengingatkan detik-detik mereka itu.
"Mana ada kita berlanggar, sayalah langgar awak. Tak sengaja, sorry sangat-sangat wak." Pinta Delima sekali lagi.
"Takde apalah. Saya suka tenung mata awak. Cantik." Ucap Shahrul sambil matanya kembali merenung tajam mata Delima. Mata bertentang mata, hati mereka berdegup laju memainkan irama cinta.
"Del, makanlah. Kau renung makanan tu je tak kenyang pun perut tu." Sergahan Joe mematikan lamunannya pada peristiwa petang semalam.
"Aku kenyanglah."
"Makanlah sikit. Kecik hati aku tau kau buat macamni." Rajuk Joe dengan mulut yang sedikit muncung.
"Ok...ok...tapi pleaselah jangan buat muka macam tu. Buruk tahu." Selamba Delima mengutuk tanpa tapisan.
"Dah kenyang ke? Jom aku hantar kau balik." Delima menganggukkan kepala tanda sudah kenyang.
"Sedap tak makanan tadi?" angguk lagi.
"Del, asal kau senyap je malam ni? Macam tak suka je keluar dengan aku."
\'Memang pun. Dah tau aku tak suka lagi mau tanya.\' Getus hati Delima.
"Ok, jomlah aku hantar kau balik."
"Jomlah." Balas Delima. Senang rasa hati dapat balik rumah tak payah dia menghadap muka Joe lama-lama. Tiba-tiba Delima berasa sedikit pening dan jalannya terhuyung-hayang sehingga dia sampai ke tempat letak kereta. Joe yang melihatkan situasi tersebut terus mencempung badan Delima yang kecil molek ke dalam kereta. Tanpa disedari sesiapa, sepasang mata berwarna merah memerhatikan pergerakan mereka.
"Senang hati aku, akhirnya kau jatuh juga kat tangan aku." Joe gelak dengan penuh jahat sekali diiringi dengan rakan-rakannya yang turut berada bersamanya.
"Maafkan aku sayang, aku terpaksa memiliki kau dengan cara kotor. Siapa suruh kau degil sangat." Tambah Joe sambil matanya meratah tubuh Delima yang terbaring di atas katil. Joe bersiap sedia untuk memulakan langkah seterusnya.
"Hoi....!!!!Berhenti!" sergah seseorang dari belakang mereka. Pecah pintu disepak olehnya.
"Apa kau buat kat sini? Berani kau ceroboh kawasan aku." Joe membuka langkah untuk menyepak pemuda itu. Belum sempat Joe membuka langkah, badannya terhempas ke dinding dibelasah dengan pandangan mata pemuda itu. Matanya merah menyala menikam pandangan semua yang berada di situ.
Rakan-rakan Joe ingin melarikan diri, namun belum sempat mereka membuka langkah. Mereka tersungkur ke lantai, merembas darah dari mulut mereka. Terasa seperti dada diterajang kuat. Mereka terkulai lalu pengsan akibat hentakan yang kuat.
Joe bangkit kembali dan ingin menentang kembali pemuda bermata merah itu. Namun sia-sia, sekali lagi dia tersungkur menyembah lantai.
Delima yang tersedar dari pengsan terkejut melihat keadaan sekeliling dan dia bertambah terkejut melihat mata pemuda yang menyelamatkannya. Mata itu, perlahan-lahan bertukar menjadi sepasang mata biasa, dan dia segera berlari mendapatkan Delima.
"Delima, awak tak apa-apa?" soalnya sebaik saja dia sampai ke arah Delima.
"Saya tak apa-apa. Awak macam mana?" Delima menyoalnya semula.
"Delima, mari kita pergi sebelum mereka sedar nanti." Dia memimpin tangan gadis itu erat sekali seperti tidak mahu melepaskannya.
Keadaan yang sepi tadi bertukar rupa apabila sebutir peluru dilepaskan tepat mengenai badan pemuda bermata merah itu. Delima menjerit terkejut dengan bunyi letupan yang datang dari arah belakang. Dia menyambut badan pemuda itu sebelum rebah ke bawah.
Sekali lagi, Joe dilibas badannya ke dinding oleh pemuda bermata merah. Joe tersungkur kaku tidak bernyawa. Pemuda itu rebah terbaring dengan nafas yang termengah-mengah. Delima mencapai tangan pemuda itu, diusap tangan pemuda itu dan ditatap lembut sepasang mata yang penuh rasa cinta.
"Delima, abang rindu padamu." Terpacul kata-kata itu dari mulut pemuda itu.
"Abang, Delima juga terlalu rindukan abang setiap waktu." Delima menyambut kata-katanya. Dia seolah-olah dipukau kembali ka masa lalu. Dimana dia adalah Delima dan pemuda yang dipangkunya, Shahrul atau lebih tepat adalah jelmaan Adi, kekasih hatinya yang dikhabarkan telah mati ketika berlayar dahulu.
"Delima, seperti yang abang janjikan. Abang membawa selendang ini khas buatmu kekasihku." Adi membuka selendang yang terlilit pada lehernya. Dililitkan selendang berwarna coklat bersulam indah pada tubuh kekasihnya.
"Terima kasih." Delima tersenyum manis pada kekasihnya. Adi mengucup lembut dahi gadis pujaannya.
"Marilah kita pergi dari sini. Sudah lama abang mananti saat untuk kita bersama." Adi mengajak Delima pergi. Delima tersenyum dan mengaggukkan kepalanya. Mereka berjalan berpimpinan tangan dan menghilang ditelan kabus tebal.
Masa yang sama, Delima terkulai kaku disisi Shahrul. Keesokkan harinya, Kuala Lumpur hangat dengan berita yang melanda dimana polis menjumpai mayat sepasang kekasih mati bersama dan mayat seorang lelaki yang hampir separuh berkecai wajahnya. Manakala yang lain dijumpai cedera parah akibat hentakan kuat pada anggota badan.
siapa yang tak kenal, ahmad danish hakim?pelajar upper six science one(U6S1)..dia adalah pelajar terhensem skali di sekolah aku..dahlah hensem,pandai pulak tu..bertuah sape jadi girlfriend die..kalo aku jadi,perghhh..dunia ni aku yang punya tau!tapi,hakim mesti suka perempuan yang kurus,cantik..cun..ayu..aku??huhu..memang out la beb!
***************************************
"nisha,awak dah hantar buku add maths ke belum?"kata cikgu esteala,guru addmath aku yang putih melepak..namun,aku tak dengar sebab mengelamunkan hakim.. "nisha!nisha!"suara cikgu esteala makin meninggi..geram sungguh hatinya apabila aku terus membisu.. "ye cikgu,ade ape??"aku terjaga dari lamunan aku yang berangan menyambut valentine\'s bersama hakim.. "saya tanya,awak dah hantar buku add maths ke belom??"cakap cikgu esteala sekali lagi.. "kejap ye cikgu,"kata aku sambil terkebil-kebil mencari buku addmaths di dalam beg sekolah tropicana life aku.. "awak ni nisha,sejak akhir-akhir ni,banyak mengelamun.kalau saya tengok results awak teruk,saya akan letak awak kat kelas bawah..,"amaran cikgu esteala..sesungguhnye,die mahu melihat anak didiknye cemerlang dalam pelajaran addmaths... "sorilah cikgu..results saya kali nie mesti excellent punya..cikgu,ini bukunya.."kata aku meminta maaf sambil menghulurkan buku latihan addmaths ku..puan esteala keluar dari kelas..yezaaa...sekarang ni cikgu takde..boleh la aku sambung berangan aku balik,bisik hatiku..namun anganku diganggu oleh hana dan haziq.. "eh sha,aku nak menyampaikan pesan dari budak terhensem dari sekolah ni untuk ngko..ko nak dengar tak??"sampuk haziq tibe-tibe.. "apa bendanya?korang nie aku nak berangan lah..jangan kaco aku..dah dah..blah!" "ala,rileks la..kitorang dua orang penat ponteng kelas nak bawak berita hot ni kat ko..haaaaaaaa...mesti ko berangankan hakim kan??"kata hana pula.. "eh,mana korang tahu nie??eh,cepatlah..ape ceiteranya??"kataku excited.. "ha,tadi kitorang terserempak dengan hakim kat library,dia tanyalah kitorang,kenal tak nisha 5 Adil.." "pastu dia cakap ape lagi??"kataku lagi.. "dia suruh kitorang kim salam dekat ngko..ape macam??ko nak jawab ke tak salam die nie??"kata haziq.. "eh,betulke nie??korang jangan nak mainkan aku.ape-ape pun waalaikumsalam..,"kataku pula.. "la..watpe la kitorang nie tipuu kau.."kata hana pula.. "ye lah,hakim tu takkanlah suke pompuan cam aku ni..dahlah chubby,tak cun pulak tuh.."kataku merendah diri..huhu.. "mana de sha..tengok aku ni..hensem..tapi si hana ni tak cun,"kata haziq.. "oh,pandailah awak mengata saye plak he??"siap !" kata hana yang sakit hati mendengar kat boyfriends nye..mereka pulang semule ke kelas 5Cekal..aku apalagi,makin happy lah..sampai family aku cakap aku nie macam orang tak siuman..sengih sensorang 24 jam tanpa henti..baru kim salam tuh..
"good morning,teacher,can i meet nisha for a while??"tanya gadis cina dari tingkatan 6 atas kepada puan kokilam,guru sejarah aku..eh ade bunga..untuk aku ker??harap-harap untuk aku ler..harapan aku makin bertambah apabila akak cina itu menuju ke arah aku.. "happy valentine\'s day nisha"kata akak cina itu setelah menghulurkan 3 kuntum bunga ros kepada aku..aku menyambutnye..dari ahmad danish hakim,wow!girangnya hati aku..aku menghidu bau bunga itu..takde lah wangi sangat pun..saje je aku buat macam tu,ala macam adegan dalam drama kat tv tuh..aku pasti pelajar kelas aku yang lain mesti rase terkejut..ye lah,syaza yang paling cun dalam kelas aku pun tak dapat,inikan pulak aku yang tak lawa nie..tapi mungkin dorang tak heran kot..biase ar..aku kan pandai dalam setiap subjek..mungkin ade secret admire ker??huhu.. aku makin pasti bahawa hakim suke kat aku bile hana dan haziq memberitahu aku bahawa hakim ingin bertemu dengan aku di perpustakaan selepas tamat waktu sekolah..yahoo..tak sabarnye..jerit hatiku girang..huhu..loceng dah bunyi!g cermin kat toilet dulu..biase ar nak kena betulkan tudung dulu..wokeyh,cun dah!heheh..puji diriku sendiri.. semakin aku menghampiri perpustakaan,semakin berdebar-debar pulak perasaan aku..rileks nisha..rileks!cool beb!aku masuk mecari-cari kelibat hakim..ha..tu die..owh abg hakim..hensemnye ngkau..ahahha.. "assalamualaikum,abg hakim,"ucapku di depan abang hakim. \'\'waalaikumsalam..awak siapa??,"tanya hakim..ciss mamat nie..takkan tak kenal aku kot..die yang selalu kim salam akt aku tu apebendanye.. "takkan abg hakim tak kenal saye??anna nisha radzi,5 adil..kan abg selalu kim salam kat saye melalui hana dan haziq..lepas tu hari tu bagi bunga kat saye,"kataku cube berlagak cool.. "owh,hana dan haziq??dua org tu memang suke sangat kenakan orang..dulu ade gak girls yang pernah kena macam awak..dorang saje je mengusik,"kata hakim..aku cuba menahan malu..aku dapat merasakan darah naik ke muke dgn begitu laju..rileks nisha!cool beb!siap ar hana dan haziq!! "erm,takpelah abg hakim..maybe saye terkena april fool di bulan februari kot..huhu,"kataku sambil mengundurkan dir..malu seyh! "nisha,kalau awak tak keberatan,boleh study same dengan saya dgn kak zara..kak zara die pergi toilet kejap,"kata hakim pula..aku tahu,die cube untuk menjage hati aku.. "takpe lah..saya selesa study sendiri,"aku berkate dengan nade yang pebuh dengan kekecewaan.. siapa yang tak kenal dengan kak zara??atau lebih tepat lagi kak mya zara bt azman badri..ayah beliau seorang bussinessman yang terkenal..cun,cantik ,jelita,kurus,ramping..memang itulah kak zara..baru je aku bercakap dalam hati,tetibe ade orang panggil aku.. "nisha,nisha,"kak zara rupenyer.. "nisha,nanti tolong akak buat pengumuman pasal meeting pandu puteri ye,"kata kak zara dengan penuh kelembutan..so,sape tak cair??aku hanya menggannguk.. dan aku pasti..hakim mesti tengah terkekeh menggelakkan aku..dahlah chubby!tak cun!ade hati dengan aku..aduhai!takpe nisha!rileks..
********************************************
dah 3 tahun semua itu terjadi..selepas mendapat results spm yang gempak,aku pun melajutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan..walaupun ramai jejaka-jejaka yang mendampingi aku ketika itu,namun aku tetap single..aku gembira dengan hidup aku sekarang..dah takde orang macam hana dan haziq!kalau ada pun,aku tak akan percayakan dorang.ini sebab dalam jiwa aku ada satu perasaan,yakni,semangat cintakan diri sendiri!!
ramai kawan2 di kampus memujiku..bukan sebab aku sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan,tapi sebab aku dah semakin kurus..nampak la ayu sikit..aku memuji diri sendiri pulak..aku pun kurang pasti berat badanku turun..aku tak berdiet..owh,mungkin sebab selalu berjalan kaki..arghh..entahlah,malas aku nak pikir..
cerita tentang hakim,dah lama aku tak dengar.berita last yang aku tahu,hakim sambung blajar di UK..anak orang kaya,bolehlah..kalau aku kaya,dah lama aku suruh parents aku hantar gi sane..tentang kak zara pulak,die dah terjebak dalam bidang modelling..memang sesuai sangatlah..ade pakej!!
*************************************************
"lisda,aku nak gi library ni,kalo ade orang yang nak jumpa aku,cakap aku ade kat sane,"kataku sebelum meninggalkan bilik..
"sapa pulak la nak jumpe engko?"kata lisda pula..
"ye lah,kan aku anna nisha radzi dah masuk majalah siswa kampus kita,"kataku berseloroh..
"apa-apa aje lah kau ni sha..nanti aku suruh dorang buat appointment ok,"kata lisda..roomateku yang paling sporting..
aku memang nak ke library nak cari bahan rujukan mengenai perundangan..aku sebenarnye tak minat course law,tapi sebab nak sambung cita-cita bapak aku yang nak jadi lawyer,aku berkorban..
di perpustakaan,mata aku liar mencari buku Undang-undang siber Malaysia..ha,dah jumpa!belum sempat aku menariknya buku itu dari rak,ada orang lain turut menariknya dari tangan aku..dan akhirnya,beberapa buah buku jatuh di tempat aku..
"erm,sorry.saya tak perasan awak nak ambik buku ini jugak,"kata seorang mahasiswa lelaki..memang salah dia!aku tak puas hati..nasib baik dia menolong aku mengankat beberapa buah buku yang jatuh bertaburan di atas lantai..aku memalingkan muka kearahnya.wah!sweet jgak mamat nie..arghhh..dia ni entah2 spesis cam hakim kot..
"eh,awak yang keluar kat majalah siswa kampus kan??apa tu name awak..ermm..ha! anna nisha radzi budak perundangan!"kata lelaki itu bersemangat..
"ye saye,kenapa??"kataku sambil mengambil buku yang aku carik tadi semula..aku melangkah ke arah satu sudut di perpustakaan..tempat kegemaran aku..mahasiswa itu turut mengekori ku..nak ape mamat nie??..
“tak lah,saya nak berkenalan dengan awak..bukan senang nak dapat kawan dengan budak top macam awak ni..patut la pandai,rupenye hari-hari awak datang library..saya selalu perhatikan awak,”kata mahasiswa tu lagi..
“owh,ye ler..terima kasih je lah kerana memperhatikan saya iyer..so,ape awak nak buat sekarang nie??saye rase lebih baik awak ambik buku awak and bace..”kataku dalam nada tegas..hish..ape la mamat nie nak..
“saya taknak..saya nak sembang dengan awak,ops..nama saye iman..iman izhar..,”kata iman lagi..
“encik iman,awak nampak tak sign tu,jangan bercakap,”kataku lagi dengan nada sedikit meninggi..
“owh,sign tu dah lame saya perasan..jom pergi café..saya belanja,”kata iman bersungguh..
“maaf,saya nak study,”balasku tanpa memalingkan muke ke arah iman..
“lah,sombongnye awak ni..saye yang hensem ni pun awak taknak ker??”balas iman pula..
“saya tak kisah apa yang awak nak cakap pasal saya..sombong ker,,tak cun ker,ape ker..saya memang susah nak percaya dengan lelaki setelah saya penah dikenakan dulu,”kata aku tegas..aku bangun dari tempat itu dah beralih ke sudut meja yang lain..
Iman pasti tak mengerti..lantaklah die..asalkan aku bahagia!
Dah lama aku tak pergi ke perpustakaan..rindunya aku..aku sendiri tak pasti..sama ada aku rindu pada perpustakaan atau rindu mendengar celoteh iman yang kadangkala menceriakan hari-hari aku..esok aku pergi la..arghh..lambat la nak tunggu esok..pergi hari nie lah..
“saya nak berkawan dengan awak nisha..saya bukan macam lelaki lain yang mementingkan rupe..saya tak heran semue tu..saya betul ikhlas dengan awak..lagipun saya masih solo..saya harap awak fikirkan benda ini sedalamnye..jangan kerana awak pernah dikenakan oleh kawan-kawan awak,awak tolak semue lelaki mentah-mentah,”itulah kata-kata iman yang masih terngiang-ngiang di telinga aku..
Setelah melakukan solat isthikharah,aku pasti,iman adalah untuk akuu..owh iman!aku akan datang untuk berjumpa dengan engkau..
Mataku liar mencari kelibat iman..selalunye die duduk di sudut kanan itu..tapi hari nie takde pulak..mana pulak die pergi..
“excuse me,are you miss anna nisha radzi??”tegur seorang pelajar cina yang ku rase kan same semester dengan aku..
“yes,I am..”kataku..
“last night, debate club was having farewell party for iman izhar..he is going to London for his cancer treatment,”kata mahasiswi cina itu dengan penuh kesopanan..
“what???!!”kataku terkejut dengan kenyataan itu..
“and he left you this,okey,I go first,”kata pelajar cina itu lalu menghulurkan sebuah kotak merah..aku membuka kotak itu..diari??aku membelek sehelai demi sehelai muka surat diari itu..iman melahirkan ape yang die rase dalam diari itu..tentang aku..tentang care aku..tentang perangai aku..dan..tentang perasaan die terhadap aku..
Imannn!!!!!!!!!!!!!jangan tinggalkan aku dengan diari ini…
********************************************
hidup harus diteruskan..aku akui,tanpa iman yang selalu mengganggu aku satu ketika dulu membuatkan aku bosan berada di library..tapi ape nak buat..life\'s go on kan..
hari ni hari yang paling bersejarah dalam tempoh aku bergelar pelajar universiti malaya..graduation day!alhamdulillah aku dikurniakan dengan anugerah pelajar kelas pertama dan turut mendapat anugerah dekan..wowo!bangga gila..
sedang aku rancak berbual dengan lisda,hidayah,athirah dan beberapa teman sekuliah ku,tibe-tibe ade satu suare yang memanggilku dari arah belakang..
"anna!"anna??takde sape yang pernah panggil aku anna sebelum ini..dan suare itu ..suare itu seperti aku pernah mendengarnye..lalu aku menoleh ke belakang..
"iman??"kataku seakan menjerit..ya Allah..betul kah insan di depan ku ni adalah iman??iman kelihatan berisi sedikit..tetapi raut wajahnye masih same..masih kelihatan innocent..
"iman,macam mane sekarang??"tanyaku dalam nada segan silu..
"alhamdulillah,saya semakin sihat sekarang nie..selepas operation tersebut saya sambung belajar di london..ye lah,orang kat sini tak sudi,"kata iman seakan merajuk..aduhai,merajuk plak mamat sorang nie..aku hanya tersengih seperti kerang busuk..kawan-kawan ku di belakang mule bergosip..
"nisha,iman ade kat depan mate tuh,ape lagi??"kata lisda mengusik ku..aku segan lah..ala iman nie,lembab lah..taknak propose aku ker..
"nisha,saya nak berterus terang dengan awak,"kata iman terhenti..tibe-tibe seorang wanita yang ku rasekan sebaya dengan kami muncul di sisi iman..sapekah wanita ini??adakah dia yang memiliki iman??aku cuak!tak mungkin...
"hai nisha..saya cousin iman,alia..iman segan kot..dia suruh saya tanya awak..awak sudike untuk terima die sebagai teman hidup awak?"kata alia dengan penuh kesopanan.huh!nasib baik aku..eh,apa dia cakap tadi??
"aa..cik alia,ape yang awak cakap tadi?saya tak dapat dengar dengan jelas,"kataku semula..betul..aku tak dengar..
"takpe lah..biar saya yang cakap sendiri..boleh tak saya nak suruh parents saya hantar rombongan meminang ke rumah awak,"kata iman dengan penuh keyakinan..
aku senyum malu-malu..mesti ar malu orang propose...
"iman,saye setia menunggu awak..dan rugilah saye kalau menolak permintaan awak.."
"kak Yasmin, Mak Uda suruh balik" panggil Nadirah dari tebing sungai. "alamak, kacau ah. Tengok burung tu dah lari" rungutku geram melihat burung yang ingin kulastik terbang gara-gara suara Nadhirah. Aku pandang Nadhirah, sepupuku yang asyik tersenyum. "mak kau srh balik tu. Nanti mengamuk plk mak kau. Tak pasal-pasal kau kena kurung" ujar Rizal. Kawan baikku. "jom la Kak kita balik" panggil Nadhirah lagi apabila aku masih terpaku di dalam air. "yelah...yelah." dengan langkah longlai aku menghampiri Nadhirah. "biar abg yang hantar Irah pulang ye" ujar Rizal dibelakangku. "kau tak reti nak balik ke? Nak hntr2 plk. Aku kan ada"balasku. "Biarlah kak. Apa salahnya" pujuk Nadhirah lembut. Aku jeling Rizal yang tersengih macam kerang busuk. Sukalah tu ada orang bela. "suka hati kau la"aku pantas berjalan mendahului Rizal dan Nadhirah. Malas nak tgk org buat filem free. Aku tahu Rizal suka pada Nadhirah. Nadhirah juga begitu. Mama Nadhirah, mak su ku meninggalkan Nadhirah kpd mak kerana ingin keluar Negara menyambung pelajarannya. Suaminya dah 5 tahun meninggal akibat kemalangan. Jadi Nadhirah akan tinggal dgn familyku sampai mama dia balik la. Ah, tak suka btol. Sejak Nadhirah tinggal dirumahku setahun yang lalu, Rizal sudah banyak berubah. Dia begitu jarang menemaniku sekarang. Masanya banyak dihabiskan bersama Nadhirah. Aku dan rizal sudah lama berkawan. Sejak kami kecil lagi hingga kini hampir 17 tahun. Mak pun macam tu. Asyik nak bandingkan aku dengan Nadhirah. Aku tahu la Nadhirah tu mmg seperti prmpn melayu terakhir. Betapa aku rasa tersisih.
Tu cerita 5 tahun lepas. Sethn aku nak Rizal terpisah. Kami menyambung bljr ke matrikulasi. Aku jauh di kedah manakala Rizal di Pahang. Tapi aku bersyukur kerana kami dapat bersama kembali di UKM. Dah hampir 4 tahun, Aku dan Rizal sambung belajar ke universiti yang sama. Dah rezeki kami di tempt yg sama. Walaupun dalam bidang yang berlainan. Dia dalam bidang engineering aku pulak lebih berminat menjadi arkitek. Hubungan kami kembali erat sewaktu di sini. Maklumlah Nadhirah masih bersekolah waktu kami masuk ke sini. Sekarang dia sdg tnggu panggiln universiti slps STPM. Hatiku kembali girang dapat bersama-sama Rizal. Semua orang tahu aku dan Rizal sahabat baik. Tapi satu perangai Rizal yang tidak aku gemari, playboy. Bila ada masalah dgn prmpn2 yang di dmpingi, aku lah yang jadi mangsa kena tlg settle kan. Kadang2 nak je aku maki hamun perempuan2 bodoh tu. Dah tahu Rizal tu playboy buat apa nak kejar jgk. Tak tahu la apa nk jadi dengan prmpn2 skrg. Nak ckp bodoh, diorg bdk u. Alamak, aku pun prmpn pe?? Tapi aku taklah mcm diorg. Tergedik2. Aku bleh dikategorikan sebagai prmpn lasak. Sebab adik beradik aku semua lelaki. Mak pun dah pening dengan aku yang prngi mengalahkan bdk lelaki. Nasib baik ayah aku ok. Hahaha. Aku lagi suka join bdk lelaki pnya aktiviti drp berpersatuaan dan bergsp2. Tak suka, akak.huhu. eh, ni dah masuk bab lain ni. Kita sambung balik cerita tadi. Pokoknya apa2 aktviti yg best2, cth cm daki gunung ke, perkhemahan ke, mnggu orientasi dan lain-lain yg di anjrkan oleh university, aku dan rizal tak pernah miss. Kalau dia jadi ketua pasukan aku jadi penolongnya, klu dia Ajk, aku pun ajk. Tak bleh nak cakap pe la. Mmg kitorg mcm kmbr. Apa yang Rizal suka samalah dgn apa yang aku suka. Sampaikan suatu hari tu, kami bergaduh besar krn berebutkan sehelai t-shirt yang dah lama kami idamkan. Akhirnya aku yang mengalah. Siap aku pujuk lagi si Rizal tu. Punyalah sensitive mengalahkan aku. Mmg klakar kalau diingatkan balik. Hari ini pengambilan pelajar baru. Kira nak dapat junior baru la. Jadi aku, rizal and the geng trn pdng untk jd fasilitator. Mklm la, kami ni kira senior yg top kt sini. "kak Yasmin!" aku berpaling. Parah aku kali ni. Kakiku bgi dipaku melihat Nadhirah yg berjalan laju merapati ku. "kau buat apa kat sini?" soalku. "Irah dah jadi student kat sinilah. Mak Uda tak bagitahu akak ke?" aku terdiam. Mmg mak ada bagitahuku beberapa minggu lalu tapi waktu tu aku x ambl ksh apa yang mak cakap sbb aku tgh buzy. Oh, no!!. Dalam banyak-banyak U nape la bdk sopan ni plh U aku gak. " abg Rizal mana?" soal Nadhirah. Aku pandang Nadhirah. Amboi, datang2 je tanya pasl Rizal. Gatal btl bdk ni. Bknnya nak Tanya akak sepupu dia ni sihat ke tak. "datang ngn sape?" soalku mengalih tajuk. "ngan mama, mak uda and abg Yazir. Diorg kat sana tu" Nadhirah menuding jari kearah sudut kanan dewan. "ayah tak datang?"soalku. "pak uda tak dapat ikut. Ada hal katanya" balas Nadhirah. Kulihat abgku sedang melambai2 tgnnya kpdku. "Min, jom g...." kata2 rizal terhenti apabila nadhirah yang membelakanginya berpaling. "abg Riz, how are you?" soal Nadhirah menghadiahkan senyuman yang paling menawan. "fine. Irah dah daftar? Sori la abg lupa nak tunggu." Ujar Rizal. Tgn miangnya mula menyentuh tgn Nadhirah. " woi zal, syuib panggil tu" ujarku. "nanti kita sambung lagi. K. Abg de keje ckt. Bye" aku langsng tdk mempedulikan Nadhirah yang terkulat-kulat di situ memandang Rizal yang berlalu.
Lps hari tu, bermulalah kisah sedih aku sebagi seorg teman yang terpinggir. Rizal benar-benar setia kali ni. Bkn sperti dahulu. Sebulan 2 couple pastu putus. Dah hampr 5 bln dia couple ngn Nadhirah. Sampaikan masa kitorg untuk bersama pun dah tak ada. Setiap kali ada aktiviti mesti Nadhirah join. Aku tension. Kenapa la Rizal tak faham-faham prsaan yg terbuku di hatiku. Setiap kali ada masalah dengan nadhirah, akulah org yang akan dia cari. Tapi klu time happy, aku melintas pun dia tak sedar. "Min.."aku dengar namaku dipanggil. Tak perlu aku berpaling. Suara tu sudah sebati dengan telingaku. Lagipun hanya dia dan family aku je yang panggil aku MIN. Semua orang panggil aku KHAI. Sebab nama panjang aku NUR YASMIN KHAIRIAH. "apa hal. Kau gaduh ngn Irah lagi?"soalku. langsung tidak berganjak dari anak tangga yang menjadi tmpat dudukku. "wei, apasal ni?" Rizal duduk disebelahku. Aku diam. Tak ada mood. "aku cari kau tadi. Tapi diorg ckp kau tak de. Kau ada mslh ke?" soal Rizal. "ada apahal kau cari aku? Tak kluar ngn Irah malam ni?" soalannya ku bals dgn soalan. "saje. Dah lama tak sembang ngn kau. Takkan aku nak berkepit 24 jam ngn Irah. Bosan ah" selamba je dia ckp. "sjk bila dah mula bosan ni?"soalku lagi. "i miss u so much"aku terkedu mendengar kata2 Rizal. Tgnnya memaut bahuku. Aku memandangnya hairan. "knp? Salah ke aku ckp camtu" wajahnya berkerut melihat reaksiku. Aku tolak tgnnya yang melekap di bahu. Aku tdk suka dia berkata begitu krna hatiku tdkkan kuat lagi menahan egoku. Ingin saja aku luahkan rasa syg ini padanya. "aku ada hal" pantas aku bangun. Wajah terkejut Rizal tidak ku pandang. Langkah ku terhnti bila tgn Rizal mengcengkam tgnku. "kau ni knp? Asyk nak mengelak dari aku je" ku pandang wajah Rizal. "lpslah" aku cuba meleraikan pegangannya. Namun dia makin erat memegang tgnku. "sapa yg mengelak siapa? Kau yang dah tak ada masa kan. Sibuk dgn Irah. Irah nak tu, irah nak ni" tanpa sedar marah dan geram ku hamburkan. Rizal ketawa kecil. "kau cemburu?" soalnya. Cemburukah aku???. "as a friend, yes!. Aku cemburu. Kita dah tak macam dulu lagi."ujarku sambil menarik tgnku dari pegangan kejabnya. "aku minta maaf, k. Duduk la dulu. Aku ada hal nak cakap dgn kau" mahu tak mahu aku duduk jua. Enth knp hatiku cair mendgr suara lembutnya. "mama Irah srh kitorg bertunang" bagai petir menyambar tubuhku. Sakitnya tidak terkira. "kau mcm mne?" soalku bgitu prlhn. Hmpr tdk kluar kata2 itu. "aku dah cakap kat mak aku kat kmpng. Aq srh dia pergi pinang Irah. Mak aq srh tunggu hbs sydy and then bru dia akan g pinang Irah. Ktorg dah bncng. Insyaallah 3 bulan lagi ktorg tunang" ujar Rizal tersenyum senang. Mmg patut pun klu mak usu srh tunang. Duk heret anak dara orang ke hulu ke hilar tak kira siang malam. Bimbang nanti terbabas. Mukaku berubah mendung. Rizal lngsng tdk mengesan prbhn wajahku. "kau dah tak nak smbg bljr?" aku cuba mencari harapan. "aku nak kerja pas ni. Ckp la smpi ijazah dulu. Nanti klu aku rsa nk bt master, aku bt la. " Rizal Nampak begitu gembira. "tahniah."ucapku perlahan. "thanks, min"ku rasa tanganku di sentuh lembut. Airmataku mula bertakung. Nasib baik tmpt itu agak gelap. "aku kena pergi, ada discussion dgn munirah"aku bangun dan terus melangkh pergi.
Lps kami dapat segulung ijazah, Rizal awal2 lagi dah di sambar Petronas. Dia sekarang bertugas sebagai jurutera di Petronas. Tapi bru lagi bertugas. Tak sampai sebulan pun dan hari ni Nadhirah nampak cantik dengan kebaya moden warna hijau muda dan bertudung warna senada. Wajahnya ayu. Kerana hari ini hari pertunangan Rizal dan Nadhirah. "tahniah Irah"ucapku. "terima kasih Kak Yasmin." Dia balas senyumku. "kak!" pnggil Nadhirah. "bleh irah tanya sesuatu?"soal Nadhirah. Tgnku ditarik. Aku duduk dibirai katil bersamanya. "apa dia?"soalku. "akak dgn Abg Riz tak ada apa2 kan?" aku tersentap. "maksud Irah?" aku ingin dia jlskan. "Irah rasa akak fhm apa yg irah maksdkan." Aik, dia nak main teka-teki ke. "apa yang Irah lihat, macam tulah"aku berbunga kata. Aku sendiri tdk dapat menafsirkan hubungan kami. "akak keluar dulu. Nak gi tlg apa2 yg perlu."ucapku seraya meninggalkan Nadhirah sendirian di kamarnya. Majlis pertunangan diadakan secara sederhana saja. Hanya sanak-saudara yang dijemput. Aku menjengah keluar tingkap rumahku. Saudara-mara sibuk ke sana kemari. Knplah majlis ni bt kat rmh aku? Dah la guna bilik aku. Gomelku. Memang aku tak puas hati bila mak kata Nadhirah nak bt majlis kat kampong. Maklum lah kat Kl dia tiada sesiapa. Semua sanak-saudara di sini. Lagipun mdh bagi pihak pengantin lelaki. Sebelah rumah je. Jimat petrol. Tulah yg mak bagitahu aku. Ayah pun sokong. Katanya dah lama tak bt majlis. Aku melangkah turun ke halaman rmh. Ku atur kemas langkahku. Maklumlah hari ni aku pakai baju kurung bkn lagi sluar jeans yg agk lusuh dgn t-shirt. Aku btl2kan meja yang bersusun di halaman rumahku yang luas. Ku hampar alas meja bewarna putih. ‘moga berbahagia, rizal’ bisik hatiku sayu. "Min" ada suara berbisik lmbt ditelingaku. Hampir melompat aku. Nasib baik aku tak buka silat gayung. Kalau tak dah lama mamat ni terpelenting. "ko nangis ea?"ish, knp la dia dtg time2 ni. "mne da. Kau bt pe kat sni? Dah tak sabr??"soalku. "aku nak ckp smthing ni. Jom g sne" Rizal tarik tgnku melintasi pagar rumah. Sudut yang agak terlindung. Pokok bunga mak yang menjalar dah tutup jaringan pagar. Apa mamat ni nak. Aku resah menanti bicara Rizal. "knp nangis?" soalnya. "mana de. Mata msk habuk tadi"aku sapu mataku. Berpura-pura seolah2 mataku memang dimasuki habuk. "jgn tipu aku. Kita dah lama kawan"suara itu biasa membuat aku tak keruan. "kalau tak de apa2 aku nak msk. Kau pun g la blk. Nanti mak kau cari."aku berpaling utk pergi. Jantngku seolah2 mahu gugur apabila Rizal dengan beraninya memeluk bahuku dari belakang. Tdk prnh dia berkelakuan begitu. "apa kau bt ni"aku cuba melepaskan diri. "syuuhh" dia srh aku diam. "skjb je"aku tak bleh trs mcm ni. Aku tak bleh gugurkan airmata aku dpn dia. Tak bleh. "rizal, lpslah. Tak elok org pndg"aku bertegas. Namun dia ttp degil. Pntsku tendang kakinya. Dia megaduh kesakitan. "kau jgn nak menggatal dengan aku. Aku bkn mcm prmpn2 lain."tengkingku. "Min..." aku sdh tdk peduli dgn pnggilannya. Langkah ku atur laju. Aku menuju ke anak sungai di belakang rumah. Hatiku sakit dengan perbuatan Rizal. Dia seolah2 sdg bermain tarik tali. Dia ingat aku ni apa. Ku lpskan kmrhn disitu. Slps yakin majlis sdh slsi bru aku melangkah pulang.
Seminggu kemudian aku berangkat ke UK menyambung pelajaranku. Pemergianku hanya ku beritahu pada keluarga. Rizal tdk pernah tahu yang aku mendapat tawaran ke UK. Sengaja aku rahsiakan darinya. Setahun aku di UK, aku di khabarkan Nadhirah telah mendirikan rumah tangga. Beberapa hari aku menangis. Hatiku hancur lebur. Selepas aku habis bljr, aku tidak trs pulang. Aku bekerja setahun di UK. Menyembuhkan hati yang masih luka. Masih belum ada keyakinan untuk bertemu dengannya. Akhirnya aku pulang jua ke tanah air. Aku peluk erat tubuh mak dan ayah. Mak menangis di bahuku. Sdh 3 tahun aku tidak bertemunya. Rnduku begitu tebal pada mak. Mata ayah juga merah menahan tangis. Maafkan aku, mak, ayah. Aku sdh berubah. Berada jauh dari keluarga byk mengajarku tntg hidup. Aku kini sdh bertudung. Kalau dulu rambutku pendek spt lelaki, kini aku simpan pnjg hingga ke paras pinggang. Zaman remajaku sdh tamat. Jadi aku merasakan sdh tiba masanya untuk aku berubah. seminggu lagi hari raya. Tahun ni dapatlah aku sambut raya dengan mak dan ayah serta abg2ku. And tak lupa jugak kakak2 ipar dan anak2 buahku yang comel2. Semua abgku yang seramai 4 org tu dah kawin. Semua dah ada anak kecuali abg Yazir yg masih honeymoon. Baru 3 bulan kawin. 2 hari sebelum raya, nadhirah dan mak usu datang. Gembira sekali mereka dapat bertemuku. Nadhirah dah ada anak. Mohd Syauki namanya. Umurnya bru setahun. Nadhirah memberitahuku suaminya akan smpi malam raya. Ada hal katanya. Tapi aku pelik, kenapa Nadhirah tidak balik ke rumah Rizal. Tu kan rumah mertuanya. Tapi aku diamkan saja. Bimbang jika dikatakan menghalau. Biar jelah.
Meriahnya. Dah lama tak rasa suasana macam ni. Aku duduk di tangga memerhatikan anak2 buahku bermain bunga api. Selepas saja pengumuman raya msing2 dah mula sibuk. abg2ku sibuk bakar lemang. Ada jugak yang rebus ketupat. Maklumlah esk kan raya. Bising je mulut diaorg berceloteh dgn ayah. Macam dj radio. Mak, mak usu dan nadhirah plk kat dapur duk bt kuih baulu. Kakak2 ipar aku pulak ada yang duk pasang langsir, isi biskut raya dalam balang ada yang duk pasang sarung kuisyen. Aku je yang duduk termenung kat tangga. "chek su, jom la main" ajk faiz, anak abg long. Aku tersenyum. "chek su da besar. Da tak bleh main bunga api" saja aku beralasan. Malas sbnrnye nak melayan. Baik aku layan angan. "assalamualaikum" ada seorg lelaki memberi salam di luar pagar. Namun wajahnya kurang jelas kerana terlindung dengan asap. Kulihat abang Yazir bersalam dan menjemputnya masuk. Aku pantas masuk ke rumah. "kak, ada org dtg"ujar Nadhirah padaku. "tlg bawak air ni kluar"ku sambut talam yg dihulurkan oleh Nadhirah. Ku atur langkah sopan ala2 model gitu ke ruang tamu. Entah siapa la dtg malam2 ni. Tak menyempat tunggu esok agaknya. Gumanku sendiri. Namun langkahku terhenti. Wajah yang aku rindu berada didepanku kini. Memandangku dgn pandangan yang susah untuk di tafsirkan. Hampir terlepas talam dr peganganku nasib baik abg Yazir membuat tindakan pantas dgn mengambil talam tu dariku.
"u apa khabar?" soalku. Cewah, keluar jgk ayat dari mulutku. Lancar dan lmbt utk menutup debaran di hati. Hanya aku dan Rizal di situ. Abg Yazir dan yang lain entah menghilang ke mana. "sihat. Ko?" rizal masih seperti dulu. Masih beraku kau dgn ku. Cuma skrg dia nmpk lbh hnsome. Agaknya tak balik rmh lagi ni. Dia masih memakai kemeja dan bertali leher. Wajahnya nampak penat. "seperti apa yang kau tgk" ucapku plhn. Agak canggung aku berbual dgnnya. "kau dtg nak jemput nadhirah ye? Skjb aku panggil" aku bangun dari sofa. Sdh tidak sanggup memandangnya. "Nur Yasmin Khairiah." Aku tidak jadi melangkah. Pesal lak sebut nama aku pnjang2 malam2 buta ni. "aku datang bkn utk jmpt Nadhirah. Tapi aku dtg nak lamar kau untuk jadi isteri aku. Will u marry me?" aku tergaman. Keliru pun ada. "kau gila ke?"spontan ayat itu kluar dari bibirku. "dah 3 tahun aku tunggu kau dan aku tak nak tunggu lg. I miss u so much"ucapnya. Dia cuba mendekatiku. Tapi aku pantas mengundur. Langkahnya terhenti. "jgn nak main2 bleh x? Nanti aku panggilkan nadhirah." Nafasku sudah mula tdk teratur dek dbrn yang maha hebat. "kami tak pernah kahwin, kak" entah dari mana Nadhirah muncul. "he love u so much. Lps akak pergi abg Riz jadi tak tentu arah. Dia bgi hilang ssuatu yang beharga dari hidupnya. Dan waktu tu Irah tahu, sebenarnya tempat tu untuk akak. Bukan untuk irah."ucap Nadhirah. "siapa suami Irah?" soalku. "ni. Syawal namanya" aku pandang lelaki disebelah Nadhirah. Entah bila lelaki itu datang."dia abg angkat Irah dulu"terang Nadhirah. "terimalah abg Riz. Dia memang untuk akak. Sbnrnya akak tak pernah bertepuk sblh tgn" Nadhirah snth bahuku lmbt. aku pandang lama wajah Rizal. Adakah aku bermimpi?. "tanpa kau, aku rasa hidup aku tak lengkap. Separuh dari diriku hilang dan sekarang aku mahu tuntut kmbali apa yang kau bawa pergi dari aku. Tlg jadi isteri aku. Please"ujarnya. Lama aku diam. Aku sdh tidak larat berbohong pada diriku lagi. Memang dia yang aku cinta. Plhn aku angguk bersama setitis airmata dan lps tu aku dgr sorakkan yang kuat dari blkngku. Rpenya dari tadi aku jadi perhatian semua. Malunya. Ayah ngn mak pun same cm abg gak. Bkn main srnk lagi. Maklumla cita2 nak berbesan dgn jiran bakal menjadi knyataan. Aku gmbira kini.
Aku dan Rizal duduk di tebing sungai. Batu2 yg ada menjadi alas duduk. Asyik sekali aku memandang anak sungai yang masih setia mengalir. "i’m sorry" ucapnya Rizal tiba-tiba. "knp?"soalku hairan. "sebab biarkan syg tnggu lama. Sbnrnya seblm abg nak b’tunang dgn Irah dulu, abg dh rsa kehilangan. Abg cuba cari apa yg hilang. Tapi tak jumpa. Waktu abg peluk syg, smpi syg tendg kaki abg tu, abg terasa hdp abg ni semprna. Tp wktu tu syg dh slh sngka. Syg ingt abg nak bt pe?" usik Rizal padaku. "abg bknnya bleh percaya. Selamba je peluk anak dara Pak Uda."aku menjelingnya. "ye ke abg peluk anak dara orang? Masa tu syg tak macam prmpn pn. Punya la kuat tendang smpi bengkak kaki abg." "padan muka. So lps tu knp abg menghilang?" soalku. "abg tgh keliru. Tapi bila abg dah pasti yg abg cintakan syg, syg plk pergi tnggalkan abg." "knp abg tak cari?"aku mahu menduga kesungguhannya. "abg ada cari tapi tak jumpa. Sbb alamat yg syg beri kat mak tu, alamat lama. And bila abg tahu je syg balik. Abg terus pergi rumh syg."aku tergelak. memang alamat yang aku berikan pada mak adalah alamat lama rumah sewaku. Aku tinggal di situ hanya sebulan. Betapa lelaki itu hilang arah, hingga sanggup datang ke rumahku tgh2 mlm semata-mata mahu melamarku. Nsb baik semua blm tidur. "tak penat ke terbang dari Sarawak?" soalku mengejek. "syg punya psl, abg tak kisah. Asalkan abg dpt apa yg abg nak dan skrg mmg b’baloi apa yg abg bt."Rizal tersenyum memandangku. " alah syg kesian je tgk abg waktu tu. Dgn muka penatnya dtg, kan" ucapku selamba. "alah tak ngaku pulak. Tak sangka bdk tomboy ni dasyhat jugak klu merajuk. Sampai bawak hati jauh2 lagi." Giliran rizal pulak mengejekku. Ni yg aku geram ni. Dia suka buat muka aku jd pink colour. Malu beb. "merajuk la tu"usiknya lagi. "nanti baby yg kluar pun kuat merajuk macam ibu dia" "tu jelah modal abg. Bosan btul la. Nsb baik syg gi bljr klu syg g kawin ngn mat salleh, melepaslh abg" aku pula mahu mengusiknya. "tak mungkin" "knp plk"aku memandangnya. "because u love me"ucap rizal memeluk bahuku. "and i love u too, syg"bisiknya lembut ditelingaku. Aku tersenyum bahagia. Tak sangka aku dah jadi isteri Mohammad Rizal and tak lama lagi kami akan dapat baby. Inilah kisah aku. Kesabaranku dulu terbalas jua dgn bahagia yang ku harap akan berpanjangan. Amin.
Sahri menguap panjang. Rasa mengantuknya tidak kebah-kebah biarpun sudah beberapa gelas air kopi diminum olehnya. Mihun goreng yang dibawa dari rumah juga sudah tidak bersisa. Sesekali dia menoleh ke arah jam tangan di pergelangan tangannya. Jarum pendek sudah begitu menghampiri pukul enam petang. Bermakna tugasnya untuk hari itu hampir selesai. Sementara menunggu penggantinya tiba, Sahri membelek-belek jam tangan berjenama terkenal miliknya yang dibeli di pasar malam. Biarpun harganya sangat murah, Sahri begitu menyayangi jam itu.
"Manalah si Tahir ni..?! Selalu masa-masa macam ni dia dah timbul..", rungutnya seorang diri.
Laluan kaki lima tempat dia berteleku itu sememangnya dikerumuni ramai. Tetapi keadaan hiruk-pikuk sebegitu tidak langsung melekakan dirinya. Sudah lama dia bertugas di sini dan sudah acapkali dia bertemu dengan berbagai ragam manusia yang menjadi asam-garam kehidupan di bandar itu. Ada yang jujur, ada yang penuh tipu daya, ada yang baik hati, ada juga yang kejam dan berbagai lagi.
Sahri sudah lali dengan semua itu. Demi tugas yang diamanahkan, dia sanggup terpacak seharian di situ biar apa pun halangannya. Berbekalkan selaras senapang patah, Sahri sentiasa berada dalam keadaan berwaspada. Bila-bila masa sahaja sesuatu yang tidak dijangka akan terjadi dan jika itu berlaku, Sahri akan kehilangan mata pencariannya malah dia juga mungkin akan kehilangan nyawa. Pekerjaannya sebagai seorang pengawal keselamatan di bank itu yang terletak di tengah-tengah kota menuntut dirinya supaya sentiasa berjaga-jaga.
Pernah satu ketika dahulu beberapa orang lelaki berbadan sasa dan bertopeng menceroboh masuk sambil melepaskan beberapa tembakan rambang. Sahri yang pada ketika itu terperanjat dengan tindakan mengejut itu serta-merta menyembunyikan dirinya bersama-sama orang awam yang lain. Ini kerana pada waktu itu dia hanya bersenjatakan cota manakala penjahat-penjahat tersebut bersenjatakan pistol automatik dan juga pump gun. Dia tidak mahu mati katak. Dia tahu peluangnya untuk memberkas penjenayah-penjenayah itu adalah mustahil. Mana mungkin sebatang cota boleh memenangi senjata moden seperti itu.
"Ri.. Ri..!! Woi, pekak ke..?!", jerit Tahir sambil mengoncang-goncangkan tubuh Sahri yang sedang asyik mengelamun.
Sahri pantas menepis tangan Tahir dan berdiri sambil membuka pencak silatnya secara tiba-tiba. Tahir tidak mahu bertangguh lagi. Segera dia menjauhkan diri dari Sahri yang seakan mengamuk. Jika dia tidak berbuat demikian sia-sia sahaja dia menjadi mangsa belasahan rakannya itu. Selepas beberapa ketika, barulah pencak Sahri hilang akibat keletihan.
"Kau rupanya Tahir.. Kus semangat..!! Aku ingat perompak ke, perogol ke tadi..!!", ujar Sahri kelelahan.
"Siapa pulak nak rogol engkau Ri..?! Muka macam belalang tempur pun ada orang yang bernafsu ke..?!", Tahir berjenaka.
"Tak guna kau.. Ni, apasal lambat..?! Naik bersemut ketiak aku ni menunggu kau tau tak..!!", soal Sahri.
"Ini yang aku nak bagitahu engkau ni.. Aku nak mintak tolong engkau jagakan syif aku boleh tak..?! Aku nak kena hantar anak bini aku balik kampung sekarang ni.. Ada kenduri arwah..", Tahir menjelaskan.
"Eh, mana boleh macam tu Tahir.. Aku dah jaga siang, malam engkaulah pulak..!! Lagipun aku penatlah.. Aku nak balik tidur ni..", Sahri menolak.
"Alaa.. sekali ni je aku mintak tolong pada engkau..!! Aku janji, lepas je aku hantar anak bini aku balik ke kampung nanti, aku terus datang sini.. Lagipun bukannya jauh sangat kampung tu.. Dalam satu jam perjalanan je..!!", rayu Tahir pada rakannya yang sedang menggaru kepala.
Sahar mendiamkan diri. Hendak membantu, dia sudah tidak berdaya lagi. Hendak ditolak, kasihan pula. Setelah agak lama dia berfikir, barulah dia bersetuju dengan permintaan sahabatnya itu. Itupun dengan syarat, Tahir mesti kembali semula ke sini setelah menghantar keluarganya ke kampung. Lega Tahir mendengarnya. Setidak-tidaknya ada juga orang yang mahu menggantikan dirinya buat seketika.
Sahri memandang kelibat tubuh Tahir yang semakin menjauh. Mungkin Tahir memakir keretanya jauh dari situ untuk mengelakkan dari dilihat oleh penyelia mereka. Bila saja Sahri teringat wajah penyelianya, bibir Sahri menjuih serta-merta. Mengenangkan perangai encik Herman yang suka marah-marah dan pantang melihat perempuan berdahi licin. Menyampah pula bila membayangkan wajah encik Herman yang bengis, berperut boroi dan renek fizikalnya.
Sudahnya Sahri mengeluarkan telefon bimbit miliknya yang disimpan di dalam kocek seluar. Pantas Sahri menekan-nekan punat pada telefon bimbitnya untuk bermain game. Derap kaki yang melintasi kaki lima itu tidak dapat mengugat tumpuan Sahri bersama telefon bimbitnya. Tidak sedar hari yang remang-remang senja sudahpun berganjak ke malam.
**********************
Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Bayang Tahir masih belum kelihatan membuatkan darah Sahri tersirap dengan kemarahan. Nafasnya mendengus-dengus bak seekor lembu laga yang dikibarkan dengan bendera merah. Dia sudah bosan tercangak di situ sendirian sedari pagi. Telefon bimbitnya juga sudah kehabisan bateri. Juga tiada kelibat manusia yang lalu-lalang berhampiran dengannya lantas mengundang rasa bosan yang menyucuk. Sahri bersiul-siul kecil sebagai menghilangkan kebosanan.
"Hello..", sapa seseorang secara tiba-tiba membuatkan Sahri melompat tanpa sengaja.
Sahri mengurut dada. Nafasnya turun naik bersama debar yang masih menggila. Mujur juga dia tidak mengeluarkan buah silatnya di situ. Jika tidak, bukan saja si penyapa yang akan menerima padah malah dia juga akan turut pengsan akibat kepenatan. Sahri menoleh setelah gemuruhnya beransur reda. Satu susuk bertubuh agak besar yang memakai kemeja berbunga-bunga serta berseluar pendek tersenyum ke arahnya.
"What with you..?! I\'m just saying hello..", tegur lelaki itu pada Sahri.
Darah Sahri menggelodak lagi. Bukan dia tidak faham kata-kata lelaki inggeris yang sedang berdiri di hadapannya itu tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Terasa menyesal pula di hati kerana tidak mendengar nasihat ibunya supaya belajarbersungguh-sungguh dahulu. Jika tidak, mungkin sekarang dia berkerja dengan firma-firma besar yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.
"Oh.. You don\'t know how to speak english is it..?! Jangan takut.. Saya boleh berbahasa melayu..", ujar lelaki itu lagi seraya mendekati Sahri.
Sahri terkulat-kulat. Rupanya lelaki inggeris ini boleh berbahasa melayu. Malu Sahri tidak terperi lagi. Bangsa asing berusaha untuk mempelajari bahasa ibundanya yang indah sedangkan dia sendiri langsung tidak mahu belajar tentang bahasa lain.
"Maafkan saya encik.. Saya tak sengaja..", ujar Sahri sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Tak mengapa..", balas lelaki itu kembali.
"Ada apa yang saya boleh bantu encik...".
"Oh.. Johnson Marciani..!! Panggil saya John sahaja.. Tak usah panggil encik dengan saya..!!", John tersenyum sambil menghulurkan salam. Sahri pantas menyambutnya.
"Sebenarnya saya lihat awak dari tadi duduk seorang diri di sini.. Awak tunggu siapa..?!", soal John.
"Saya tunggu kawan saya.. Sepatutnya dia yang kerja syif malam.. Tapi dia ada masalah sikit..!! Jadi saya kena ganti dia buat sementara..", terang Sahri.
"Awak kerja security guard..?!", soal John lagi.
Sahri mendiamkan diri. Dia malu untuk menyatakan perkerjaannya pada bangsa asing. Takut nanti dituduh sebagai bangsa yang pemalas dan hanya tahu kerja makan gaji sahaja. Sedangkan mereka sudahpun meneroka bidang angkasa.
"Jangan malu.. Saya bukan nak hina awak..!! Saya suka tengok orang macam awak.. Awak tak malu untuk berkerja sebagai security guard walaupun orang lain yang sebangsa dengan awak pandang hina pada awak..!! Saya rasa awak patut bangga dengan diri awak sendiri.. Bukan semua orang seberani awak untuk melakukan kerja seperti ini..", terang John panjang lebar.
Sahri menggaru kepalanya lagi. Terasa hendak menyorok di dalam kasut pula dibuatnya. Memang betul kata John, dia sepatutnya berbangga dengan perkerjaannya selaku pengawal keselamatan. Tanpa manusia sepertinya, tiada siapa lagi yang mahu makan gaji hanya dengan duduk sambil memegang selaras senapang di muka pintu bank seperti apa yang dilakukan olehnya sekarang. Sekurang-kurangnya dia mencari rezeki yang halal.
"Terima kasih John.. Susah nak cari orang macam awak..!!", ujar Sahri sambil tersengih.
"Sama-sama.. Dah lama awak kerja di sini..?!", tanya John.
"Lama tu taklah lama sangat.. Adalah dalam lima tahun.. Sebelum ni saya ikut kawan saya meniaga ayam..!! Tapi lepas semua ayam-ayam kena sakit sampar, kawan saya terus jadi gila.. Saya pulak terus mintak kerja security guard ni.. Maklumlah.. sekolah tak habis..!!", terang Sahri.
"Awak tak takut..?!", tanya John lagi.
"Nak takut apa..?!", soal Sahri kembali.
"Takut ada pencuri nak curi di sini.. Selalunya bank memang jadi sasaran pencuri..!! Awak pernah berhadapan dengan situasi itu..?!", John menyoal Sahri lagi.
"Pernah jugak.. Dulu bank ni pernah kena rompak dengan lima lelaki bersenjata..!! Saya masa tu tak ada senjata.. Takkan saya nak lawan..?! Saya pun menyoroklah.. Saya tak nak mati katak..!!", ujar Sahri menceritakan pengalamannya.
"Mati katak..?!", John terpinga-pinga.
"Mati sia-sia..", terang Sahri.
John mengangguk-anggukkan kepala sambil ketawa terbahak-bahak. Entah apalah yang melucukan dengan ayat mati katak itu. Mungkin John merasa geli hati dengan ayat yang baru pertama kali didengari olehnya. Tiba-tiba wajah John berubah. Dari kemerah-merahan akibat ketawa berlebihan kepada wajah serius.
"Dalam lima tahun awak berkerja, pernah tak awak nampak sesuatu seperti...".
"Hantu..?!", Sahri memotong kata-kata John. Sepertinya dia sudah mengetahui akan maksud John.
"Tak pernah pulak.. Tapi kalau setakat kelibat orang melintas tu rasanya adalah beberapa kali.. Itupun masa saya terpaksa ganti orang waktu syif malam.. Sebenarnya saya kerja siang sahaja..!!", ujar Sahri selamba.
"Itu hantu melayu.. Hantu inggeris awak pernah nampak..?!", soal John bersungguh.
Sahri memandang wajah John tanpa berkedip. Pelik benar bunyinya soalan orang putih ini. Tatkala dia memandang wajah John lama-lama, terasa wajah lelaki kulit putih itu seakan pucat lesi dan cengkung. Tidak seperti mula-mula mereka bertemu sebentar tadi. Sahri menggeleng-gelengkan kepala sebagai menjawab pertanyaan John tadi. Kemudian dia kembali memandang ke hadapan. Matanya tertumpu pada tiang-tiang lampu yang kebanyakannya sudah tidak mengeluarkan cahaya lagi.
Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Sahri pantas melompat ke arah jalanraya. Nasib baik pada ketika itu keadaan jalanraya lengang tanpa kenderaan yang melaluinya seperti selalu. Sahri mengurut dadanya yang berombak kencang. Nampaknya sudah tiga kali dia terperanjat kerana dikejutkan oleh seseorang hari ini. Silap-silap gaya nyawanya juga boleh turut padam.
Tahir yang ketawa mengekek tertunduk sambil memegang perut boroinya. Geli benar rasanya menyaksikan Sahri yang melompat seperti seekor kanggaru sebentar tadi. Sampai terkeluar airmatanya kerana terlalu banyak ketawa.
"Kurang asam kau Tahir..!! Kalau kau buat lagi macam tu, aku tempeleng kau dengan kasut ni..", ujar Sahri seraya menunjukkan kasut miliknya di tangan.
"Rilekslah Ri.. Kau ni serius sangatlah..!! Aku bukannya apa, suka tengok kau jadi macam tadi tu..", Tahir membalas tersekat-sekat. Tawanya masih lagi kedengaran.
Sahri merengus sendirian. Menyampah benar hatinya melihatkan perangai Tahir yang tidak sudah-sudah menyakat dirinya. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membenamkan muka Tahir ke dalam longkang. Panas betul hatinya.
"Kau janji apa ni..?! Kata sekejap je..?! Berpeluh ketiak aku menunggu kau tau tak..?!", marah Sahri pada Tahir yang masih ketawa kecil.
"Alaa.. Aku bukannya sengaja..!! Tiba-tiba kereta aku meragam tengah jalan tadi.. Nasib baik bila aku periksa rupa-rupanya air kurang.. Lepas aku isi air, hidup baliklah kereta aku..!! Itupun lepas aku berjalan sorang-sorang dalam gelap sebab nak cari air kau tau tak..?! Nasib baik aku jumpa sungai kecik kat tepi hutan tu..", Tahir menerangkan.
"Eh, tadi aku nampak kau macam tengah berborak dengan orang.. Kau berborak dengan siapa..?!", tanya Tahir ingin tahu.
"Dengan...", kata-kata Sahri mati di situ kerana sebaik sahaja dia menoleh, John sudah tiada lagi di tempatnya.
Sahri jadi pelik. Rasanya tak mungkin seorang manusia mampu bergerak sepantas itu. Lagipun di kawasan itu tiada tempat untuk menyembunyikan diri. Kalau ada sekalipun kenapa John hendak menyembunyikan diri?
"Tadi aku berborak dengan sorang mat saleh kat sini.. Kitorang punyalah berbual panjang.. Nasib baik dia ada..!! Kalau tak aku pun tak tau nak buat apa tadi.. Bosan gila..!! Tapi sekarang ni dia tak ada pulak.. Aku ingat dia ada pakai ilmu ghaiblah..", ujar Sahri cuba berseloroh.
"Ilmu ghaib apanya.. Kau berborak dengan John kan..?!", tanya Tahir.
"Eh..?! Macam mana engkau tahu..?!", soal Sahri kehairanan.
"Aku tahu pasal John tu selalu muncul kat kawasan ni.. Kata orang dia mati sebab kena bunuh dengan girlfriend dia dua bulan lepas..!! Kau tak tau cerita ke..?!", terang Tahir sambil mengeluarkan kotak rokoknya.
"Maksud kau..?! Dia tu hantu..?!", Sahri seperti tidak percaya.
"Iyalah..!! Aku dah berapa kali bercakap dengan John tu.. Dia bukannya kacau sangat kerja aku..!! Saja ajak berborak.. Agaknya dia boringlah tu..!!", Tahir menyalakan rokoknya sambil tersenyum memandang ke arah Sahri.
Sahri tergamam tanpa suara. Wajahnya pucat lesi. Patutlah John beria-ia benar nak tahu tentang pengalamannya bertemu dengan hantu. Pandangannya mula berpinar-pinar dan seluruh tubuhnya mulai terasa seram sejuk. Sejurus sebelum dia pengsan, kelibat wajah John muncul di belakang Tahir yang kelam-kabut memangkunya dari jatuh ke lantai. John tersenyum ke arahnya sebaik saja dia merapatkan kelopak matanya.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei