Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Rindu betul abang dengan adik perempuan abang ni. makin comel pulak sekarang."puji Yusril. Yusliza mencebik. Puji lebih-lebih, mesti ada sesuatu. Yusril kalau bab membodek, serah saja pada dia. Pandai betul dia mengayat. Tapi yang peliknya, kenapa sampai sekarang masih tiada teman wanita? "Abang nak apa?" soal Yusliza sinis. Tersengih-sengih lelaki itu. Yusril mendekati Yusliza. "Actually, I need you. Malam esok, company abang ada buat anniversary’s dinner. Abang tak tahu nak pergi dengan siapa. Kalau tahun lepas, bolehlah abang pergi dengan Kak Mira. Tapi sekarang dia dah kahwin. Takkan nak pergi dengan dia. So…" Yusril memandang adiknya penuh mengharap. Dia yakin, Yusliza mengerti pandangannya itu. "So...abang nak kakak jadi couple abang, and pergi dinner tu?" sambung Yusliza. Laju Yusril mengangguk. "Kalau tak ada couple, tak payah pergi. Kan senang."cadang Yusliza "No! Takkan abang tak pergi. Apa kata bos nanti."jawab Yusril. Tan Sri Nazarul dan Puan Sri Suraya sekeluarga amat mengenalinya. Kalau dia tidak hadir malam itu, apa kata mereka. Yusliza memandang siling. Mencongak-congak sesuatu. Melopong Yusril melihatnya. "Kalau kakak setuju, berapa upahnya?" Yusliza berdiri bercekak pinggang. Yusril mengerutkan dahi. Setiap kali minta tolong, mesti nak upahnya. Materialistik betul adik aku ni! "Kakak nak apa?" soal Yusril. Yusliza menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Apa yang aku nak? Puas dia memikirkannya. Akhirnya, dia mendapat satu idea. "Ada tiga syarat..." "Banyaknya" potong Yusril. Belum sempat Yusliza menyatakan syarat-syaratnya. Namun, apabila Yusliza mengugut tidak mahu pergi, Yusril mengalah. Apa-apa aje adik aku sorang ni! "Pertama, sepanjang kakak kat sini, abang kena tanggung semuanya termasuk tiket bas untuk balik ke KL. Kedua, esok abang kena bawa kakak pergi office abang." "Nak buat apa? Abang banyak kerjalah."pantas Yusril menjawab. Takkan nak pergi office pun budak ni nak ikut. "Abang ingat, abang sorang aje yang ada kerja? Kakak pun ada juga tau. Kakak nak buat research sikit. Lagipun esok half day. So, kita lunch sama-sama sebelum abang kena bawa kakak pergi beli baju. No excuse. Ketiga, lepas ni, jom kita keluar jalan-jalan. Bosanlah duduk rumah aje. Lagipun, kakak dah lapar ni." Yusliza mengusap perutnya. Tertawa Yusril melihat gelagat adiknya itu. "Tapi kakak, nak beli baju untuk apa?"soal Yusril. Sejak tadi lagi dia hairan dengan permintaan itu "Abang nak ke, ‘kekasih’ abang ni pakai baju tidur aje malam esok?" ujar Yusliza lalu beredar ke bilik. Yusril terpinga-pinga. Betul juga kata adiknya itu. Kenapalah aku tak terfikir langsung. Bodoh betul! Namun, Yusril sudah mampu menarik nafas lega kini. Yusliza telah menyatakan persetujuannya untuk menemaninya malam esok. Sejak dua minggu yang lalu, puas dia berfikir siapakah yang sesuai untuk dijadikan pasangan malam itu. Memanglah bukan dia saja yang bujang. Tapi, kebanyakkan kawan-kawannya telah mempunyai pasangan masing-masing. Amira, sahabat baiknya pula sudah berkahwin. Takkanlah nak ajak isteri orang. Hanya dia saja yang kurang memikirkan soal teman hidup. Kerana sikap itulah dia sering dileteri oleh ibunya. "Abang, cepatlah cari isteri. Taklah pening kepala lagi nak cari pasangan. Nak bawa anak berpuluh pasang pun boleh."usik Yusliza dari pintu biliknya. Segera dia menutup pintu bilik apabila Yusril sudah bangun menghampirinya. Di dalam bilik, Yusliza tertawa apabila abangnya memarahinya dari luar. Marah-marah gurau aje… "Esok cari baju, abang jangan menyibuk. Nanti entah apa-apa dia pilihkan untuk kakak. Entah-entah baju macam badut lagi." Yusliza bersuara dari dalam bilik. Terbahak-bahak Yusril ketawa. Teringat peristiwa dulu ketika pertama kali dia pulang ke rumah setelah mendapat pekerjaan. Ingatan terhadap adik-adik tersayang membuatkan dia teringin untuk membelikan sesuatu untuk mereka. Tshirt biru dan jeans hitam untuk Yusrizal sementara Yusliza pula dibelikan blaus berwarna-warni dan skirt labuh biru. Ropol-ropol yang terdapat pada blaus dan skirt labuh itu menarik minatnya. Pasti cantik jika digayakan oleh adik perempuannya. Malangnya, sampai di rumah, dia dimarahi oleh Yusliza. macam badut katanya. Mereka semua tertawa apabila melihat Yusliza menggayakan pakaian itu. Sejak itu, jika ingin membeli sesuatu, dia akan lebih berhati-hati. Terutamanya jika barang itu ingin diberikan kepada Yusliza. Dia pasti akan meminta pendapat daripada jurujual ataupun Amira. Paling tidak pun, dia akan membawa adik-adiknya bersama. Kadang-kadang, Yusril tidak sedar bahawa adik perempuannya itu sudah meningkat dewasa. Baginya, Yusliza tetap budak perempuan yang menjadi kesayangan semua orang termasuklah keluarga Haji Ismadi. Maklumlah, Yusliza merupakan anak perempuan tunggal di kalangan mereka. Dialah racun, dialah penawarnya.
"Cik, buat apa kat sini?" tegur satu suara. Tersentak Yusliza dibuatnya. Namun, dia tetap selamba. Malas nak melayan. Biasalah...lelaki, memang gatal! Yusliza terus mencatat sesuatu pada buku notanya. Yusliza mula rimas apabila menyedari lelaki itu masih tidak berganjak dari tempatnya. Yusliza mendongak. Bulat matanya memandang lelaki yang sedang tersengih-sengih di hadapannya. "Abang Midi... lama tak jumpa. How are you? What are you doing here? You follow me" gurau Yusliza. Terhambur tawa Hamidi mendengarnya. "Sudahlah ditanya macam-macam, dituduhnya pula kita yang bukan-bukan. Apa, Yus ingat, abang dah tak ada kerja lain nak follow Yus?" balas Hamidi. Merah muka Yusliza mendengarnya. "Let’s me answer your question first. I’m fine. Makin berisi ni. And abang kerja kat sini. Yus buat apa pula kat sini?"soal Hamidi. Lama tidak bertemu, rindu pula ingin mendengar celoteh gadis itu. "Yus buat kerja sikit. Sambil-sambil tunggu abang Yus. Abang Midi kerja kat sini? That’s mean…" "Midi, tu client dah sampai. Kau ke mana? Lama juga dia tunggu." Celah Yusril sambil mendekati mereka berdua. "Abang, Abang Midi ni senior Yus. Abang ingat pengarah projek yang Yus cerita dulu? Dialah orangnya. Sampai buat Yus demam."rungut Yusliza. Tertawa Hamidi mendengarnya. Yusril hanya mengiakan. Jauh di sudut hati, ada perkara yang membuatkan dia lebih risau sebenarnya. Yusliza memeluk lengan Yusril sambil melentokkan kepalanya di bahu abangnya itu. "Abang Midi, inilah abang Yus." Yusliza menyatakan hubungannya dengan Yusril kepada Hamidi. Hamidi agak terkejut mendengarnya. "La…iya ke? Kenapa tak cakap awal-awal yang Yus ni adik Aril. Kalau Abang Midi tahu, senang kerja abang nak tackle Yus."Usik Hamidi. Yusliza terjerit kecil lalu memukul lengan Hamidi. Hamidi tertawa. Dia sudah biasa dengan semua itu. "Yus, abang ada hal kejap. Ada client. Kalau ada masa nanti, kita jumpa. Yus tengah buat kerja kan? Kalau ada masalah, beritahulah abang. InsyaALLAH abang tolong. Okeylah, abang pergi dulu."ujar Hamidi. Yusliza mengangguk sambil tersenyum. Kemudian, dia terpinga-pinga. Tanya Hamidi? Dia tahu ke kerja aku macam mana? Bukan dia ambik jurusan lain ke? Ah…biarlah. Mungkin ada yang dia boleh tolong nanti. "Eh aril, mana client tadi?" Hamidi bertanya. "Tu."jawab Yusril sambil menudingkan jarinya ke satu arah. Hamidi dan Yusliza turut mengalihkan pandangan mereka. Yusliza terkedu. Mati senyumannya. Lelaki itu sedang merenungnya tajam. Terbayang-bayang lagi amaran yang pernah dilontarkan oleh lelaki itu kepadanya sebulan yang lalu. Kenapa dia ada di sini? "Dah lama dia perhatikan kakak dengan Midi. Sebab tu abang cover. Takut dia salah faham." Yusril mula bersuara setelah Hamidi dan tetamunya itu masuk ke bilik. Yusliza tersenyum tawar. Dia kembali duduk menyambung catatannya tadi. "Dia tak sepatutnya marah." Perlahan Yusliza bersuara. Namun, sempat yusril mendengar kata-kata itu. Dia mula pelik. Kenapa pula tak patut? Yusliza kan tunang Badrul. Bisik hatinya.
Para pekerja NS Holdings sudah mula memenuhi ruang dewan hotel itu. Yusliza teruja melihat keindahan hiasan dan kemeriahan di situ. Yang lebih penting, dia tidak sabar-sabar untuk menyekeh Hamidi kerana tidak memberitahunya bahawa Tan Sri Nazarul itu adalah bapanya. Dia amat terkejut setelah Yusril memberitahunya siapa Hamidi yang sebenar. Itupun ketika mereka dalam perjalanan ke hotel tadi. Yusliza bertegur sapa dengan Amira dan suami. Sempat dia menimang anak kembar mereka. Terkenang kembali zaman persekolahan dulu. Dia pernah berangan-angan untuk memiliki sepasang anak kembar bersama suami tercinta. Namun, kutukan dan penghinaan yang sering diterima membuatkan dia terus melupakan impian itu. Dia sudah malas memikirkan tentang cinta lagi. "Abang Yus tu bila nak kahwin?"soal Amira. "Kak Mira, Yus rasa abang tu tak ada perasaan la. Dia nak terus membujang kot." Bisik Yusliza. "Apa cakap abang awak macam tu!"tegur Amira lembut. Dipukul lembut bahu Yusliza. Terkekeh-kekeh Yusliza ketawa. "Woi, anak dara tak elok ketawa macam tu."tegas Hamidi. Yusliza terdiam. Dia menjeling tajam kea rah Hamidi. Tersengih-sengih lelaki itu. Amira mula meminta diri apabila suaminya memanggilnya. Tinggal mereka berdua. Hamidi dan Yusliza duduk. Malam itu, banyak yang mereka bualkan. Tentang kehidupan dulu dan kini. Yusliza langsung tidak menghiraukan Badrul yang sering memerhatikannya. Amaran melalui pandangan mata yang diberikan oleh Badrul langsung tidak dipedulikan. Badrul menghampiri mereka. Dia terus duduk di sebelah Yusliza. "Hai, seronok berborak." "Eh, Encik Badrul. Dah lama sampai? Tak perasan pula. Kami borak-borak kosong aje.Join us?" Hamidi mempelawa. "Kenalkan,Yusliza. Yus, ni Encik Badrul."sambung Hamidi lagi. "Kami dah kenal." Balas Badrul. Yusliza gelisah. Kalau boleh, biarlah orang lain tidak tahu tentang statusnya kini. "Oh ya? Now, tell me, how you know her?"tanya Hamidi tiba-tiba. "She’s…" "Kami satu sekolah."pintas Yusliza. Dia tidak peduli dengan renungan Badrul. "I see… Yus, abang nak ke sana. Ada hal sikit. You all berboraklah." Hamidi meminta diri lalu meninggalkan mereka. Masing-masing diam membisu. Yusliza terus menonton persembahan oleh kakitangan NS Holdings. Dendangan lagu ‘Unbreak My Heart’ yang dinyanyikan oleh staff NS Holding menyentuh hatinya. Hampir saja dia menangis. "Datang dengan siapa?" serius Badrul bersuara. Kecut perut Yusliza mendengarnya. "Abang Aril."balasnya pendek. "Siapa Hamidi? Siap berabang-abang lagi." "Penting ke?"Yusliza menjawab. "Siapa Hamidi?"sekali lagi Badrul bertanya. "Takkan awak tak kenal? Hamidi anak Tan Sri Nazarul. Pekerja NS Holdings." Yusliza masih lagi berdalih. Jawapan itu benar-benar mencabar kesabaran Badrul. "Siapa Hamidi?" kali ini, dia bersuara lebih keras dan kuat. Yusliza terkedu. Kemudian, dia tersenyum sinis melihat kemarahan lelaki di sebelahnya. "My senior." "Boleh percaya ke? Rapat semacam aje." "Suka hati awaklah nak percaya atau tak. Saya rapat dengan dia sebab dia tahu macam mana nak menghargai orang.lain."sindir Yusliza. Matanya masih terus menonton persembahan di pentas. Namun gelora di hatinya, hanya ALLAH S.W.T yang maha mengetahui. "Kenapa tak nak mengaku kau tu tunang aku?" Yusliza memandang Badrul. "Penting ke? Tunang ke, kawan ke, tak ada beza pun antara saya dengan awak."balas Yusliza selamba. Badrul kehilangan kata-kata. Biarlah,dia perlu banyak bersabar. Dia yang melukakan, dialah yang perlu menyembuhkan luka itu. Itulah nasihat Fikri. "Bila balik KL?" "Esok." "Aku hantar." "Tak payah susah-susah. Saya dah beli tiket." sengaja Yusliza berkata begitu. Padahal, dia merancang untuk terus membeli tiket esok. Apa yang penting, malam ini, dia tidak akan membenarkan lelaki itu menyakitinya lagi. "Kau sengaja nak sakitkan hati aku,kan!" bisik Badrul keras. "Oh ya? Tak perasan pula. Anyway, better you go now. Tak elok awak duduk sebelah saya lama-lama. Nanti tak pasal-pasal masuk paper esok. ‘Badrul, anak pemilik Glory Development duduk berdua dengan beruk’. Kelakarlah." Yusliza pura-pura ketawa. Sedangkan hatinya bagai ditusuk-tusuk. "Apa yang kelakar tu?" Hamidi kembali menghampiri mereka berdua. Di belakangnya terdapat seorang lelaki dan seorang gadis. "Tak…kami bual kosong aje. Pandai Encik Badrul ni buat lawak."sinis Yusliza. Badrul diam. Terasa dengan kata-kata itu. "Iya? Well, Yus, tengok siapa datang." Hamidi menepuk belakang lelaki di sebelahnya. "Abang Din! How are you?"tegur Yusliza girang. Mereka terus berborak. Tidak sedar yang Badrul telah pergi meninggalkan mereka. "InsyaALLAH,nanti kat sana Yus tolong tengok-tengokkan Ijah. Kalau Ijah nakal, Kak Yus sekeh dia."Yusliza bergurau. "Jangan nanti Ijah yang jaga Yus."usik Khairuddin. Yusliza memukul lelaki itu dengan begnya. Terhibur Hamidi dan Khadijah melihat gelagat mereka. Kedengaran suara Yusril di atas pentas. Hamidi pelik. "Yus, apa Aril buat kat atas tu?" "Itu yang Yus geram. Dia beria-ia ajak Yus. Tapi tadi dah last minute, ada orang mintak dia jadi pengacara. Pengacara asal ada emergency. Sebab tu Yus sorang-sorang aje."rungut Yusliza. Mereka tersenyum mendengarnya. "Tengok tu. Mereka mintak Encik Badrul menyanyi."Khairuddin berkata. Semua mata tertumpu ke arah pentas. "Saya tak pandai menyanyi. Tapi atas permintaan semua, saya cuba. Minta maaf kalau suara saya sumbang."tertawa penonton mendengar kata-kata itu. Yusliza yang mendengar menahan tawa. Kalau tak nyanyi pun suara awak tetap sumbang. Kutuk Yusliza dalam diam. "Lagu ini, saya tujukan khas untuk tunang saya. InsyaALLAH, kalau tiada aral, tahun depan kami akan berkahwin."ujar Badrul. Yusliza terkedu. Kesemua penonton tertanya-tanya. Siapakah gadis yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Yusliza mula tidak senang duduk. Dia mula bangun untuk pergi dari situ. "Yusliza, terimalah lagu ini..."kata Badrul lagi. Tiba-tiba, cahaya lampu di suluh ke arahnya. Yusliza tidak jadi melangkah. Dia senyum terpaksa. Semua mata sedang memandang ke arahnya. Tepukan gemuruh diberikan kepada pasangan itu.
Bukakan hatinya Lembutkanlah jiwa Kembali kepadaku Selamanya…
Yusliza menoleh memandang Hamidi dan Khairuddin yang sedang kaku melihatnya. Yusliza duduk semula di kerusinya. "Yus, betul ke apa yang kami dengar tadi?"soal Hamidi seakan tidak percaya. Mereka kelihatan bersahaja ketika bertemu tadi. Masakan tiba-tiba sudah bertunang? Yusliza mengangguk lemah. Mereka yang hadir pada malam ini telah mengetahui tentang statusnya. Apa tujuan Badrul melakukan semua ini? "Sejak bila? Kenapa tak pernah beritahu?" Khairuddin pula bertanya. "Baru lagi. Seminggu selepas kita mula bercuti semester lepas. Yus belum bersedia nak beritahu orang tentang hal ni."Yusliza berterus-terang. Rasanya, alasan ini sesuai. Hamidi meraup mukanya. Satu keluhan kecil dilepaskan. Sungguh, dia benar-benar terkejut. "Seminggu selepas cuti. That’s mean...masa kita berjumpa kat MPH tu, Yus dah..." Yusliza mengangguk lagi. Bukan dia tidak mahu memberitahu. Tetapi baginya, ia tidak penting memandangkan tunangnya adalah insan yang terlalu membenci dirinya. Jadi, adakah ikatan ini akan diakhiri dengan perkahwinan? Dia tidak yakin dengan semua itu. Untuk apa dia menghebahkan tentang sesuatu yang tidak pasti? "But please... Don’t tell anyone about this. Yus perlukan masa."rayu Yusliza. Hamidi dan Khairuddin mengangguk lemah. Melihatkan rayuan itu, mereka pasti ada sesuatu yang tidak kena. Jika tidak, masakan pertemuan mereka tadi kelihatan sepi. Bukan Hamidi tidak perasan layanan hambar dan sinis Yusliza serta renungan tajam Badrul kepada mereka.
Kau pergi jua Demi mengubat hatimu Lari dari perbuatanku Menyakitkan... Tak mungkin dapatku Sembunyikan kesepian Kini takdir yang menentukan Ku terima balasan... Rindu sampaikanlah Bisik hati ini Di sanubarinya Cintaku yang bertakhta...
yus cari la laki laen, nyampah plak kat bad tu..hehehe tapi ape jadi kat abang kpade zaidi ek? si zairi tu.. tak cube pikat yus agi ker? hangat2 tahi ayam je..
erm pape pon, best la citer nie.. saye da bace dari bab 1 - 11.. over all, saye pham citer nie.. huhuhuhu.. sikit2 je tak..hehe citer nie sweet sangat.. teruskan berkarya.. jangan lupe sambung citer nie.. congrat to writer..
-twinz35-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yey.. orang pertame yang tulis komen..huhuhu
yus cari la laki laen, nyampah plak kat bad tu..hehehe
tapi ape jadi kat abang kpade zaidi ek? si zairi tu..
tak cube pikat yus agi ker?
hangat2 tahi ayam je..
erm pape pon, best la citer nie..
saye da bace dari bab 1 - 11..
over all, saye pham citer nie.. huhuhuhu..
sikit2 je tak..hehe
citer nie sweet sangat..
teruskan berkarya..
jangan lupe sambung citer nie..
congrat to writer..
-twinz35-