Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tiada yang berubah. Malam itu tetap sunyi seperti malam-malam sebelumnya. Aku sendirian berteluku di hadapan jendela, menunggu hingga terbit fajar. Semoga ada sinar sang suria mengusir kegelapanku. Hari demi hari hanya doa yang mampu aku panjatkan, moga Allah tak pernah jemu mendengar keluhan beserta harapan seorang ibu tunggal yang teraniya sepertiku!
Kepekatan malam semakin menyakitkan pabila sekadar di temani lampu meja yang malap. Dikala semua orang nyenyak merehatkan diri diatas katil, aku berjaga bagi mencari ketenangan. Sebolehnya aku tidak mahu berhadapan dengan semua ini lagi, aku mahu hidup seperti orang biasa, dan tak mahu berfikir tentang masalah yang mengusutkan.
Peristiwa petang tadi berlegar-legar. Soalan demi soalan menerjah kotak pemikiranku yang tak henti-henti berfikir. Apa salah aku? Apa dosa aku? Pernahkah aku menyakiti sesiapa sehingga aku dibalas sebegini? Pernah aku menganiyai sesiapa? Pernah kah aku?? Ya Allah, hanya padaMu aku mampu bertanya dan hanya padaMu aku mengharapakan jawabannya.
Mungkin pada zahirnya aku seorang wanita yang kuat dan tabah, tapi pada batinnya, aku sangat lemah.
"Elya, boleh kita bercakap sebentar?" Firdaus bersuara tegas mematikan langkah kakiku. Aku tidak memberi sebarang balasan, tiada selera hendak membalas kata-katanya. Sedikitpun aku tidak menoleh memandang dia yang berdiri terpaku dihadapan pintu kereta.
Pintu kereta belakang dibuka, kelihatan seorang budak perempuan menjulurkan kaki melangkah keluar lalu diekori dengan seorang lagi. Anak mataku bersinar penuh harapan. Qazeera dan Balqeesha! Aku mencapai tangan anak-anak dengan erat seraya mereka menghampiriku.
Penipu. Desis hati kecilku mengenangkan sebentar tadi Firdaus menyatakan dia tidak membawa anak-anak bersama. Kemudian dia kelihatan mendukung seorang bayi lelaki keluar dari perut kereta. Aku mengetap bibir sambil menarik nafas dalam. Ya, mungkin itu yang aku mahu lihat selama ini, tapi aku tak berdaya mendongak. Di larikan jauh-jauh anak mata ini dari memandangnya terus.
"Elya, jangan pergi dulu," rayu Firdaus mengharap. Tak tergamak rasanya hendak meneruskan langkah. Firdaus kembali menyambung kata-katanya, "Elya, apa salah abang? Apa dosa abang terhadap Elya sampaikan Elya sanggup buat abang macam ni. Terus teranglah, Lya. Jangan siksa perasaan abang. Abang cuma nak tahu apa salah dan silap abang?!"
Bagai ada yang disentap kala Firdaus menghamburkan pertanyaan itu. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya, menahan air mata dari jatuh berderai. Sesekali amarahku membara mengenangkan pertanyaannya itu. Dia yang telah menyebabkan hidup aku menderita sebegini! Dia yang musnahkan masa depanku, kebahagiaan yang aku impikan berkecai kerena dia, Firdaus.
Terasa hendak berteriak sekuatnya, "Ya, abang memang salah. Abang persendakan perasaan Lya. Abang permainkan hati Lya, abang hancurkan kepercayaan Lya terhadap abang!" Kemarahanku membuak-buak, namun bagai ada yang menyekat kerongkong ku saat ini, tiada kata-kata yang terhambur keluar. Terluka lagi.
Tangan anak-anak masih utuh dalam genggaman ku. Kedua-duanya memandangku dengan seribu tanda tanya. Tiada apa yang mereka mengerti tika ini. Tak siapa yang akan paham dengan semua konflik yang sedang berlaku ini. Bencana rumah tangga yang rumit.
Aku tidak mengendahkan Firdaus lalu membuka langkah berundur pergi.
"Elya, macam mana dengan Darwish? Elya tak nak bawa dia sekali?"
Firdaus sengaja memancing. Ah! Memang aku rindukan Darwish, naluri keibuanku rindu ingin membelainya. Tapi kenapa baru sekarang Firdaus membawanya bertemu aku? Kenapa tidak dua tahun yang lalu? Kenapa mereka tega memisahkan seorang anak kecil yang tak berdosa dari ibu kandungnya? Aku meneruskan langkah tanpa berpaling lagi sambil memimpin tangan Qazeera dan Balqeesha. Kerana ego dan dendam, aku merelakan Darwish dalam kendongan Firdaus.. Dia pasrah lalu membiarkan aku pergi.
Maafkan mama, sayang! Suatu hari nanti mama akan dapatkan Darwish kembali, mama janji.
Aku memandu kereta pulang.
PANGSAPURI Ayu riuh dengan suara gelak tawa Qaz dan Qeesha. Sudah lama aku rindukan suara anak-anak. Biarpun hanya sesekali dapat berjumpa mereka, sekurang-kurangnya kami tetap rapat dan mereka masih ingat aku sebagai ibu.
Mujurlah Firdaus dan keluarganya tidak meracuni anak-anak supaya melupakan aku. Kalau sampai terjadi sesuatu kepada Qaz dan Qeesha, aku tak kan teragak-agak lagi untuk menyalahkan dia. Sampai sekarang aku masih tak mengerti apa yang Firdaus mahukan dari aku. Mengahwini aku, curangi aku, menceraikan aku kemudian merampas hak penjagaan anak-anak! Apa motifnya aku pun tidak faham. Kenapa aku yang menjadi mangsa, kenapa bukan orang lain saja. Aku menongkat dagu dan terus berfikir panjang.
"Kak Elya, cuti kak kali ni sampai bila?" Soal Ayu sesudah keluar dari kamar. Dia menghampiriku yang sedang bertapa di atas sofa. Sebuah majalah remaja di capainya lalu di selak helaian demi helaian.
"Minggu depan saja,"
"Lama juga tu, kak. Tak ada rancangan nak bawa Qaz dan Qeesha kemana-mana?"
"Entah la, Ayu. Tak ada ke mana-mana kot. Kak ada banyak assignment yang nak di siapkan. Sebab tulah kak bawa anak-anak ke sini."
"Biar Ayu sajalah yang bawa mereka jalan-jalan ya, kak?" pinta Ayu tersenyum.
"Tak payah lah. Ayu pun sama juga macam kakak kan? Banyak kertas kerja yang masih belum selesai, nanti tak sempat pula nak siapkan," aku menolak permintaan Ayu kerana tahu dia pun apa kurangnya, bukan main sibuk dengan kerja. Ayu terdiam, pasti memikirkan ada betulnya kata-kata aku tadi. Dia tersengih.
"Kak, bagaimana dengan Darwish? Kak tak rindu dia ke?" Ayu mengalih topik dengan mengungkit tentang Darwish. Sekali lagi nama itu menyentuh hati kecilku. Terbayang akan seorang bayi yang di kendong Firdaus tempoh hari. Bagaimana? Aku pula yang terdiam, kehilangan kata-kata.
"Kak pedulikan abang Firdaus tu. Fikirkan Darwish dan diri kak sendiri. Kak sedar tak, kak ada hak ke atas penjagaan Darwish. Dia anak kandung kak Elya. Kak yang lahirkan dia, bukan abang Firdaus atau ibu Farini!" Tegas Ayu bernada tinggi. Kalau dia sendiri berasa marah, apatah lagi aku yang sedang mengalaminya.
Sambung Ayu, "Kita adalah wanita, tetapi kita tak lemah seperti yang mereka sangkakan. Tunjukan bahawa kita adalah wanita yang sanggup berjuang demi mempertahankan semua yang menjadi hak kita," sememangnya kata-kata Ayu mampu menaikan semangat sesiapa saja lagi-lagi kaum wanita yang lemah seperti aku.
Ya, aku memang wanita tapi aku tak lemah, aku tak kan tunduk lagi pada lelaki yang bernama Firdaus Khazri! Mungkin selama ini dia fikir aku tak mampu berbuat apa-apa kerana itu dia perlakukan aku sebegini. Ya Allah, berikan aku kekuatan.
"Terima kasih, Ayu. Kak janji akan dapatkan Darwish kembali." Mungkin perkara itu akan berlaku lama lagi, tetapi aku yakin semua itu akan terjadi. Hanya Ayu lah tempat ku mengadu nasib dan meluahkan isi hati. Satu-satunya harta yang arwah ayah dan ibu tinggalkan untuk aku, seorang adik yang tak ternilai kasihnya. Nur Ayulina, perwatakannya persis arwah ibu dari segala segi membuatkan aku kagum.
Anak-anak adalah anugerah Allah yang sangat bernilai bagiku. Mereka bagaikan nyawa dalam jasad dan setiap hela nafasku ada mereka. Aku mungkin tak berharta, tidak berduit, tetapi pada hakikatnya aku sangat kaya kerana memiliki harta yang lebih bernilai dari wang ringgit, iaitu anak yang lahir dari rahim ku. Sangat suci tanpa sedikit cela atau palitan dosa.
Biarpun mereka adalah hasil sebahagian daripada lelaki yang telah memusnahkan hidupku, mereka tetap akan ku pelihara sehabis keringat ku. Itu adalah janji ku sebagai seorang ibu! Air mata ini menitis jua biar tertahan sekalipun. Aku membelai lembut anak rambut Qazeera dan Balqeesha yang sudah terlelap di pangkuanku.
Mama sayang Qaz dan Qeesha! Mama sayang Darwish juga…hatiku merintih pilu. Sebak menahan air mata.
Malam itu kelopak mataku tidak mahu di lelapkan. Tiada apa yang meruntun jiwaku saat ini. Hanya sebak mengenangkan kisah hidup ku yang di takdirkan berliku sebegini. Tak pernah aku duga dan tak pernah aku pinta semua penderitaan ini, dengan sekelip mata ia merenggut kebahagiaan yang telah dibina. Redha, bagiku ini adalah ujian dari Allah yang sangat sayangkan umatNya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cite bru eh..bgos..
smbg cpt :P