Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Raudhah baru pulang dari kuliahnya di Akademi Pengajian Islam. Seharian menghabiskan masa menuntut ilmu di situ sedikit sebanyak membuatkan dirinya lelah seketika. Masakan tidak. Dia hanya berjalan kaki dari kolej kediaman tempat dia menginap ke Akademi Pengajian Islam yang memakan masa lebih kurang 15 minit. Ditambah pula dengan cuaca terik mentari pada hari itu, benar-benar menguji kesabarannya. Dia bercadang mahu melelapkan mata seketika sementara menunggu masuk waktu Asar.
Tittt! Tittt! Tittt!
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej diterima.
"Assalamualaikum. Maaf ganggu. Tolong cek Azila ada kat bilik dia tak. Nanti tolong informkan kat ana segera. Syukran."
Mesej daripada Akh Fatah. Mesej yang lazim diterimanya sejak kebelakangan ini. Dia segera bangkit dan mencapai tudung walaupun sedikit keletihan. Dia berjalan dengan hanya menaiki tangga ke aras lapan. Sebagai langkah berhati-hati. Dia bimbang seandainya menaiki lif, dia akan terserempak dengan Azila yang berkemungkinan akan mengesyakinya.
Raudhah tiba di hadapan bilik bernombor C814. Tidak ada sepasang kasut mahupun selipar di hadapan pintu bilik itu. Dia keliru untuk mengagak sama ada Azila berada di biliknya atau pun tidak. Bagi memastikannya, dia memandang-mandang sekeliling. Bimbang jika ada yang terlihat perlakuannya yang mencurigakan. Setelah memastikan tidak ada yang memandang, dia pantas menolak penutup lubang kunci pada pintu bilik itu. Bilik itu kelihatan gelap dan sunyi.
Tuk! Tuk!
"Assalamualaikum…" Dia mengetuk pintu dan memberi salam sebanyak tiga kali. Namun tidak ada jawapan bagi salamnya dan pintu juga tidak dikuak.
‘Agaknya dia keluar. Roommate dia pun selalu saja tak ada,’ Dia bermonolog sendiri. Dia teringat kata-kata Azila yang pernah memberitahu perihal rakan sebiliknya yang sering tidak ‘melekat’ di bilik pada waktu siang kerana sibuk dengan kuliah, dan akan keluar pula pada malam hari.
Raudhah menggeleng-geleng. Dia terus memicit-micit bebutang telefon bimbit di tangannya lalu menghantar mesej ringkas kepada Akh Fatah.
"Azila tak ada di bilik."
Raudhah kembali ke biliknya di aras enam. Disebabkan terlalu keletihan, dia berbaring sebentar. Dia terfikir, agaknya bilakah perkara ini dapat diselesaikan? Dia sering tertanya-tanya bagaimanakah pengakhiran bagi masalah ini. Kadangkala dia sangat letih untuk melakukan tugasan tersebut, ditambah pula dengan kerja-kerja persatuan yang disandangnya dan bebanan assignment yang kian bertimbun untuk disiapkan.
Tittt! Tittt! Tittt!
Mesej baru diterima: "Cepat call Syakila. Suruh dia tolong cari Azila sampai dapat."
Raudhah segera menghubungi Syakila. Syakila bingung bagaimana mahu mencari Azila.
"Ila cuba cari dia dalam kampus ni cukuplah. Kalau kat luar, kawasan lebih luas, lagi kita tak dapat nak cari. Cuba cari dalam kawasan kampus dulu, kat kolej-kolej. Mana tahu kalau-kalau terjumpa dia." Raudhah meleraikan kebuntuan.
"Okey, okey! Ila try dulu."
‘Ke mana lagi agaknya Azila menghilang? Setiap hari dia lesap. Jarang-jarang melekat di bilik. Kuliah dan kelas tutorial pun selalu ponteng. Ke mana?’ Raudhah mencetuskan persoalan sendiri dan membiarkan jawapannya tergantung.
Seusai solat Maghrib, Raudhah menerima mesej daripada Syakila. Azila tidak dijumpai. Segera Raudhah memaklumkan perkara tersebut kepada Akh Fatah untuk difikirkan tindakan selanjutnya.
Keesokan harinya, Akh Fatah meminta Raudhah menemuinya di bilik persatuan.
"Sebenarnya kita tak tahu perkara ni betul-betul terjadi atau dia sengaja mereka-reka cerita untuk menarik perhatian orang. Lagipun kita tak ada bukti kukuh, sekadar mendengar cakap-cakapnya yang entah boleh dipercayai atau tidak. Enti tahu kan, dia ada masalah psikologi sejak kematian kakak sulung yang paling rapat dengannya. Sejak tu, macam-macam masalah dan ‘kepelikan’ ditimbulkan. Kerana itu, tak ramai yang nak berkawan dengannya."
"Kepelikan?"
"Ya. Kadang-kadang dia sengaja mengurung diri di dalam gelap. Enti sangka dia tak ada di bilik, tapi sebenarnya dia ada. Enti terpedaya dengannya. Ada juga yang kata pernah nampak dia duduk di atas para tempat basuh kain di dalam tandas pukul 2, 3 pagi dengan rambut panjang mengurai."
"Rupa-rupanya betullah cakap-cakap orang sebelum ni. Ada yang kata pernah nampak dia bercakap seorang diri dalam telefon, padahal dia tak hubungi sesiapa dan tidak ada yang menghubunginya. Mm, kasihan. Agaknya dia tertekan lantaran kematian kakaknya, lalu mengalami tekanan emosi."
Akh Fatah mengangguk-angguk.
"Tapi dia pernah mengaku sendiri di hadapan ana tentang dia tertarik dengan agama Kristian. Dia kata, dia pernah ke gereja di Hulu Langat. Pernah beli gelang yang ada tanda salib. Ana tak pasti kesahihan cerita ni."
"Enti jangan terima bulat-bulat kata-katanya. Kita tak pasti betul atau tak sebab takkan dia begitu mudah menceritakan kepada orang? Bukan enti saja yang tahu perkara ni, tapi ada lagi beberapa orang. Tengok, begitu mudah dia menceritakannya. Selalunya, perkara-perkara begini takkan mudah nak didedahkan. Seboleh mungkin, mereka cuba merahsiakannya kerana ini gerakan Kristianisasi."
"Ana dah cuba menasihatinya dan menerangkan tentang hakikat Islam sebenar. Ana suruh dia berjumpa dengan ustaz-ustaz supaya dia lebih faham dan mengukuhkan keyakinan, tapi dia tak mahu. Katanya, dia dah pernah jumpa ustaz-ustaz, tapi apa yang mereka cakap sama seperti apa yang ana cakap." Raudhah menarik nafas, lalu menyambung: "Dia kata, dia sangat teringin hendak ke gereja lagi. Dia nak mendengar kata-kata daripada paderi di sana. Semacam satu ketenangan."
"Enti tahu tak dia pergi dengan siapa?"
"Ana dah tanya. Dia kata dia pergi seorang diri. Dia tak berani pergi dengan lelaki Cina tu kerana takut orang-orang dari Pejabat Agama mengekori dan berjaya menangkapnya."
Akh Fatah terdiam. "Setakat maklumat yang diperolehi, lelaki Cina tu adalah mahasiswa universiti ni jugak. Tapi sampai sekarang tak pernah pun nampak Azila ada berjumpa dengan mana-mana lelaki Cina mahupun perempuan Cina. Enti pernah nampak?"
Raudhah menggeleng.
"Sebab tu kalau boleh, kita nak bukti kukuh. Kalau betul Cina tu wujud, kita kena tahu siapa sebenarnya dia. Tapi setakat penyiasatan kita yang dah berbulan-bulan ni, kita tak pernah nampak dia jumpa mana-mana orang Cina.’
Raudhah mengerutkan kening.
"Dia ni sebenarnya macam mana? Dia sengaja mereka-reka cerita untuk menarik perhatian orang padanya? Walaupun kes besar seperti murtad ni?" Raudhah sedikit meninggi suara. Geram.
"Mm… Itu salah satu spekulasi yang boleh kita buat."
"Famili dia dah tahu?"
"Ya, dah tahu.Tapi ayahnya seperti sukar hendak menerima kenyataan. Sewaktu ana pergi sendiri ke rumahnya memberitahu perkara ni, ayah dia marah-marah. Tapi sekarang ni ayah dia mula risau. Hampir setiap hari telefon ana, minta ana tolong pantau anaknya."
"Bahaya betullah. Dia selalu sangat keluar dari kampus. Hampir setiap hari. Kuliah pun dah tak dihiraukan. Kalau betullah dia memang pergi berjumpa dengan lelaki Cina tu di luar, kita tak dapat nak bendung sebab kita tak tahu dia ke mana setiap masa. Kita pun ada tugas lain sebagai pelajar."
Akh Fatah mengangguk. Setuju.
"Sekarang ni ana just nak minta enti tolong ekori dia selepas setiap kali kelas. Tu pun kalau subjek enti sama dengan dialah. Kemudian seperti biasa, enti laporkan kepada ana. Boleh?" Akh Fatah menaruh harapan.
Raudhah melemparkan seulas senyuman. "Insya-Allah, ana cuba." Dia cuba meyakinkan.
Hari itu juga, selepas subjek Pengantar Syariah, Raudhah dengan ditemani Nurul Imarah terus menunggu Azila keluar dari dewan kuliah. Tapi setelah kira-kira 10 minit menunggu, Azila tidak keluar-keluar, padahal mereka melihatnya di dalam dewan kuliah itu sebelum keluar tadi. Raudhah segera teringat. Azila ada kuliah subjek Al-Tauhid Wa Al-Risalah pula ketika itu dalam dewan kuliah yang sama.
"Kena tunggu 50 minit lagilah nampaknya, baru dia habis kuliah," ujar Raudhah. Nurul Imarah mengangguk-angguk. Pada raut wajahnya terpamer keletihan.
"Lapar?"
"Lapar sangat-sangatlah, Raudhah," jawab Nurul Imarah tanpa berselindung.
Ketika itu, jarum jam menunjukkan pukul 4.20 petang. Namun mereka berdua belum lagi menjamah apa-apa dari pagi.
"Jomlah kita pergi makan dulu. Sempat kot," ajak Raudhah yang kasihan melihat temannya.
Mereka berdua lalu turun ke kafeteria di tingkat bawah bangunan fakulti. Mereka makan mi soto sahaja. Sengaja mereka memilih makanan berkuah kerana ia lebih cepat untuk dihabskan. Mereka mengejar waktu.
"Alamak, Nurul! Cepat, kita dah lewat ni. Dah pukul 4.50." Raudhah gelabah. Dia risau sekiranya terlepas daripada mengekori Azila. Nurul Imarah kelam-kabut menghabiskan mi sotonya.
Mereka segera bergegas ke dewan kuliah tadi. Ketika itu, beberapa orang pelajar baru sahaja keluar dari situ. Mereka mencari-cari susuk tubuh Azila, namun sehingga semua pelajar keluar dari dewan kuliah itu, bayang-bayang Azila pun tidak kelihatan.
"Alahai, agaknya kita terlambat. Jom cari kat pintu masuk!" Raudhah menarik tangan Nurul Imarah.
Mereka berdua berlari-lari anak. Di pintu masuk pun Azila tidak ditemui. Puas mereka bertanya kawan-kawan yang sekelas dengan Azila.
"Imah nampak Zila naik motor dengan Asiah. Dia keluar awal dari dewan kuliah tadi. Macam tergesa-gesa," terang Naemah.
Raudhah segera menelefon Asiah.
"Alamak! Saya baru saja hantar dia ke kolej. Tapi dia tak masuk ke dalam kolej. Dia keluar naik teksi. Saya tanya dia nak ke mana. Dia kata nak ke Hulu Langat."
"Dia ke Hulu Langat? Rumah siapa?"
"Tak tahulah. Maaf, saya tak tahu. Kalau tak, tentu saya ekori dia." Asiah menyatakan kekesalan.
"Tak apa. Terima kasih banyak-banyak ya."
Raudhah teringat gereja apabila Asiah memberitahu bahawa Azila ke Hulu Langat. Segera dia menaip mesej melaporkan kepada Akh Fatah.
"Kan ana dah suruh enti ikut dia…" Balasan mesej daripada Akh Fatah benar-benar membuatkan Raudhah rasa benar-benar bersalah. Dia lalai. Sanggup mengutamakan perut sendiri daripada akidah saudara seislam.
Raudhah dan Nurul Imarah segera pulang ke kolej kerana jam sudah menunjukkan pukul 6 lebih. Mereka belum solat Asar.
Malam itu, selepas menunaikan solat Maghrib, Raudhah pergi ke bilik Azila untuk memastikan sama ada dia ada di bilik atau tidak. Dia membawa sedikit buah-buahan untuk rakannya itu. Dia memberi salam dan mengetuk pintu.
"Assalamualaikum… Azila, Zila ada kat bilik tak?"
Tiada sahutan. Dia menolak penutup kunci pada pintu bilik itu. Kelihatan suasana di dalam bilik gelap gelita. Tiga kali dia memberi salam dan menunggu beberapa ketika di situ, namun tidak ada sahutan langsung. Tiada bunyi derapan tapak kaki kedengaran. Akhirnya dia pulang ke biliknya semula. Dia bercadang untuk menjenguk lagi seusai solat Isyak. Namun, setelah dia pergi sekali lagi ke bilik itu, tetap tidak ada sahutan dan pintu terkatup rapat.
Raudhah segera melaporkan perkara tersebut kepada Akh Fatah. Akh Fatah tidak membalas. Raudhah lalu menelefonnya.
"Maaf, ana solat tadi," ujar Akh Fatah.
"Tak apa. Macam mana dengan Azila ni? Ana cek dia tak ada di bilik tadi."
"Sebenarnya macam ni. Ana rasa dia memang ada masalah psikologilah. Enti tahu tak. Yang dia kata dia ke Hulu Langat tu, rupa-rupanya dia bohong. Dia ke rumah neneknya di Cheras sebetulnya."
"Macam mana enta tahu?"
"Ana dah cek. Ana sendiri telefon ke rumah neneknya dan bercakap sendiri dengan neneknya. Nenek dia kata, memang dia kerap datang ke situ. Hampir setiap minggu."
"Jadi, selama ni dia memperdayakan kitalah?" Raudhah meneka.
"Ya. Menurut neneknya, dia hanya pergi ke sana. Dia tak keluar pun dari situ. Petang tadi ana sempat berkejar ke Cheras dan bertanya neneknya sendiri perkara sebenar."
"Tapi bagaimana pulak dengan hal yang dia kata nak keluar daripada Islam? Itulah masalah paling serius. Di hadapan ana sendiri banyak kali dia bercakap macam tu."
"Ya, itulah masalah paling utama. Ia bukan perkara main-main apabila secara terang-terangan dia sanggup menyatakan secara terbuka. Kita tak kira sama ada dia berkata begitu disebabkan niatnya mahu menarik perhatian orang padanya, iaitu berkait dengan masalah psikologinya, atau dia memang benar-benar tertarik untuk memeluk Kristian, kita wajib membendung masalah ni."
"Macam mana?"
"Tadi ana dah telefon ayah Azila, memberitahu perkara ni. Dia dah berbincang dengan ahli keluarga dia dan telah bersepakat untuk membawa Azila balik ke Johor. Mereka nak cuba kawal dia."
"Itu langkah bijak. Kalau di sini, dia bebas sangat keluar pada bila-bila masa. Takkan setiap hari dia ke rumah neneknya. Pada waktu-waktu lain, kita tak tahu dia ke mana. Kita pun tak mampu nak kawal dia." Raudhah setuju.
"Mm… Esok, enti tolong ana. Ayah dan emaknya akan datang jemput dia esok, tapi tanpa pengetahuannya. Ayahnya takut dia melarikan diri jika dia tahu mereka nak datang, sebab sekarang ni memang dia tak mahu jawab sebarang mesej atau panggilan telefon daripada familinya. Malah, pensyarah-pensyarah yang menghubunginya pun tak dilayan. Dah agak serius kes ni."
"Macam mana dengan pengajian dia nanti? Takkan dia nak berhenti?"
"Mungkin tidak. Pengajiannya akan ditangguh sementara waktu. Demi kebaikan dia, Raudhah." Akh Fatah seakan memahami kebimbangan di hati Raudhah.
"Jadi, macam mana ana nak tolong?"
"Esok dia ada kelas di Fakulti Pendidikan, kan? Sama dengan enti?"
"Ya."
"Okey, macam ni…" Akh Fatah memberitahu perancangannya bagaimana mahu membawa Azila agar bertemu dengan familinya. Raudhah mendengar dengan teliti.
Keesokan harinya, Azila meminta sahabat baiknya, Sofea agar mengajak Azila pergi ke Fakulti Pendidikan bersama-sama dengan menaiki keretanya. Kebetulan, Azila merupakan salah seorang ahli kumpulan Sofea bagi subjek Asas Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Mereka akan ada sesi pembentangan pada hari itu. Jadi, Sofea menjadikan alasan mahu berbincang-bincang dengan Azila tentang tajuk yang akan dibentangkan. Raudhah dan seorang lagi sahabat baiknya turut pergi bersama-sama.
"Zila, lepas kelas tunggulah. Kita balik sama-sama," pesan Sofea kepada Azila.
Azila tersenyum sambil mengangguk-angguk. Jauh di sudut hati Raudhah dan sahabat-sahabatnya, terselit rasa bersalah kerana terpaksa ‘menipu’ Azila. Tetapi mereka terpaksa melakukannya kerana tidak mahu Azila hanyut tersesat dalam dunianya sendiri. Paling utama, mereka mahu menyelamatkan akidah Azila.
Selepas berakhir kelas di Fakulti Pendidikan, seperti yang telah dirancang, Azila balik ke kolej menaiki kereta Sofea. Raudhah dan sahabat-sahabatnya berdebar-debar menantikan apa yang bakal berlaku.
Raudhah menghantar mesej kepada Akh Fatah:
"Kami on the way pulang ke kolej. Azila ada bersama."
Kereta Kelisa yang dipandu Sofea berhenti betul-betul di hadapan kolej.
"Jom makan tengah hari kat kafe," ajak Raudhah, berpura-pura.
"Jom!" Mereka menjawab serentak.
Sebaik sahaja melintasi laluan hendak ke kafe, tiba-tiba kedengaran suara parau seorang lelaki memanggil nama ‘Azila.’
"Azila!" Azila segera berpaling memandang ke arah empunya suara itu.
"A… Ayah… Ayah datang?" Azila kelihatan tergamam. Matanya bulat membutang.
"Ya, Zila. Ayah dan mak datang nak jemput Zila balik," jawab ayahnya sambil mengerling ke arah emak Azila di sisinya.
"Kenapa? Zila belum cuti semester lagilah, ayah."
"Ayah tahu." Ayah dan emaknya lalu menjelaskan perkara sebenarnya. Azila mula menangis teresak-esak. Raudhah dan sahabat-sahabatnya turut merasai kepedihan yang dirasakan Azila, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Akh Fatah yang turut berada di situ hanya mampu memandang sayu.
Setelah itu, Azila dan keluarganya segera menaiki lif untuk mengemas barang-barang di bilik Azila. Azila kelihatan lemah-longlai dan emaknya segera memaut tangannya.
"Terima kasih banyak-banyak kerana membantu. Ana faham, antunna rasa serba salah buat macam ni. Tapi ingat, kita buat macam ni kerana sayangkan akidahnya. Emak dan ayahnya lagi risau kalau dia berseorangan di sini. Adakah sesiapa di sini yang mampu ‘menjaganya’ setiap masa? Sanggupkah kita tengok dia jadi lebih teruk? Jadi, biarlah kita serahkan kepada familinya. Mereka tahu apa yang terbaik untuk anak mereka. Sekarang ni, banyakkanlah berdoa supaya Allah memberi hidayah kepadanya. Semoga dia kembali ke jalan yang benar."
"Amin…" Raudhah dan sahabat-sahabatnya segera mengaminkan ungkapan doa tersebut.
Tengah hari itu, mereka hanya mampu menyaksikan ‘pemergian’ Azila yang melambai-lambai sayu, penuh kepiluan dan linangan air mata.
TAMAT
Nama : Juwairiah Binti Md Jamil Asal : Kuala Nerang, Kedah
akidah seorang muslim .. mesej yang hendak disampaikan penulis... satu isu besar yang ramai terlepas pandang.. kebnyakannya hanya perasan apabila keadaan telah menjadi teruk...
baguzla tindakan sahabat2 dan familinya tu... satu cerpen menarik...teruskan usaha ju...gud luck... tak sabar nak cari buku jue tu...tak leh dapat diskaun ker?
Maaf, seingat saya, cerpen ini ditulis dalam tahun 2007. Ia sebenarnya cerita benar. Mungkin ketika cerita ini ditulis, ia lebih cenderung untuk menyampaikan mesej konflik agama ini sahaja tanpa menekankan aspek-aspek yang lain. Saya sendiri akui jalan cerita atau teknik penceritaannya kurang menarik. Tetapi lihatlah mesejnya dengan pandangan mata hati. Jangan kita terlalu ghairah dengan cerita cinta 'fantasi' melalaikan semata-mata. Ia tidak menyumbang kepada pembangunan minda. Judul cerpen asal bukan ini. Mungkin berlaku kesilapan. Jika tidak salah, judulnya sekadar 'Misi'. Juga mungkin bukan judul yang baik. Apa pun, terima kasih kerana komen :-) Zaza, insya-Allah boleh beli dari akak nanti. Ada diskaun :-)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ape kaitan tajuk cite ni dgn jln cite nye?
x phm aku...