Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hui... penatnya!" keluh Kaisara sebaik keluar dari gelanggang futsal. Air di dalam botol diteguk rakus. Kemudian, dia mengambil tuala untuk mengelap peluh yang meleleh di dahi dan leher. "Nanti nak main lagi?" soal Diana lalu duduk di sebelah Kaisara. "Esok-esoklah! Tak larat aku nak main lagi," jawab Kaisara dengan suara sedikit mengah. "Yelah, bukan sekarang maksud aku!" jegil Diana. Kaisara tersengih. "Weh, jom balik! Aku nak tengok TV pula lepas ni." Kaisara mula mengemas barang-barangnya. "Cerita apa petang-petang macam ni?" Diana ikut mengemas. "Slot Akasia." "Itu bukan lagu The Faboulos Cats ke?" Diana bertanya bodoh. "Slot Akasia TV3 tulah!" Kaisara menjegil geram. Diana tersengih malu. Dia terus membuntuti langkah Kaisara untuk ke tempat parkir kereta. Sampai di Honda City berwarna silver, Kaisara menekan penggera kereta. Pintu kereta dibuka tapi... "Eh, apsal tak boleh buka ni?" Kaisara separuh terjerit. "Ha’ahlah! Tak boleh buka," sahut Diana pula. Kaisara mencuba sekali lagi tapi tetap tidak berjaya. "Excuse me, cik adik berdua, kenapa ni?" tegur satu suara. Kaisara dan Diana berpaling serentak. Seorang jejaka jambu sedang memandang mereka dengan pandangan pelik. "Apa awak berdua buat dengan kereta saya ni?" soal lelaki itu. Mata Kaisara terbuntang sementara Diana terpinga-pinga. "Kereta awak?" "Yes!" jawab lelaki itu yakin. "Ini kereta sayalah," sanggah Kaisara. Diana mengangguk sokong. Lelaki itu tersenyum. Dia berjalan ke arah depan kereta. "Tengok ni, 101. Ini kereta saya," ujarnya sambil menuding ke arah nombor pendaftaran kereta. Kaisara dan Diana memandang ke arah yang sama. "Kereta saya pun 101 jugak!" "Mana boleh! Ini kereta saya," tegas jejaka jambu itu. "Kereta sayalah!" Kaisara tidak mahu mengalah. "Err... Sara, kereta kau bukan 110 ke?" celah Diana teragak-agak. Kaisara berpaling ke arah Diana. Mukanya berkerut. 110? Bukan 101 ke? Lelaki di depannya sudah melepaskan tawa. "Cik, 110 ada kat sebelah tu," tunjuk lelaki itu. Kaisara dan Diana berpaling ke arah kereta di sebelah. Darah panas terasa menyerbu ke muka Kaisara. Ya Allah... macam mana boleh silap ni? "Kalau tak percaya, cuba tekan kunci kereta tu," suruh lelaki itu pula. Tanpa banyak soal, Kaisara menurut sahaja. Memang benar, kereta di sebelah yang berbunyi. Ya Allah... malunya! Keasyikan berbual dengan Diana menyebabkan dia tidak sedar kaki mengarah ke kereta yang lain. "Lain kali, tengok betul-betul. Jangan main terjah aje. Taulah kereta saya ni lagi bersih daripada kereta awak!" sindir lelaki itu sambil tergelak-gelak. Kaisara tidak jadi masuk ke kereta. Berdesing telinganya mendengar sindiran pedas itu. Pintu kereta dihempas kasar. "Eh, apa awak cakap? Ulang sekali lagi!" Diana cuba menahan tapi Kaisara pantas menepis. Lelaki itu menaikkan keningnya dan meletakkan tangan di pinggang. "Kenapa, tak betul apa saya cakap?" "Memang tak betul! Awak ingat, kereta awak ni cantik sangat ke? Kereta saya seribu kali lagi cantiklah!" "Sara, kereta kau dengan kereta dia sama ajelah!" sampuk Diana. Kaisara menjegil, mengisyaratkan agar dia diam. Lelaki itu tergelak sinis. "Maaflah ya, saya ada hal. Kalau nak perang, kita perang lain kali. Assalamualaikum..." Dia terus masuk kereta. Diana cepat-cepat menarik tangan Kaisara sebelum sempat dia menahan lelaki itu. Sempat lelaki itu mengenyit matanya sebelum beredar. Kaisara hanya mampu mengetap gigi.
~~~~~~~~~~~~
"Ady, cuba tengok gambar ni. Cantik tak?" Puan Hazimah menghulurkan sekeping gambar pada Ady. Dalam gambar itu, seorang perempuan sedang tersenyum riang. Macam pernah nampak, tapi di mana, ya? Detik hati Ady. "Siapa ni, bu?" "Inilah anak Mak Cik Bibah. Cantikkan?" tekan Puan Hazimah sambil tersenyum penuh makna. Dan, Ady dapat menangkap maksud senyuman itu. Pasti ibunya mahu memadankannya dengan gadis ini. Oleh itu, dia harus bijak mengelak. "Biasa aje..." Mukanya selamba tanpa reaksi. Puan Hazimah menarik muka. "Biasa apa? Cantiklah ni!" sanggahnya. Ady mengeluh. "Ibu, terus terang ajelah. Tak payah kias-kias," balasnya sambil anak mata terus tertancap di skrin TV. Puan Hazimah menyimpul senyuman. "Ibu dah berkenan sangat dengan budak ni. Mak dia pun baik. Setuju ajelah, ya?" Ady menoleh ke sisi. Mukanya jelas berbayang rasa tak puas hati. "Bu, kan Ady dah cakap, Ady tak ready lagi nak kahwin. Apa ibu ni?" "Bukan ibu suruh kahwin terus. Ambillah masa untuk berkenal-kenalan. Tak kenal, maka tak cinta." "Kalau ibu berkenan sangat, ibu ajelah yang kahwin!" bentak Ady bosan. "Hisy, budak ni! Merepek pulak dia!" Puan Hazimah menjeling. Ini bukan kali pertama dia mencarikan jodoh untuk anak bujangnya ini. Sudah berkali-kali tapi Ady tetap menolak. Umur sudah menjangjau ke umur 28 tahun tapi masih belum berteman. Tambah merunsingkan, wajah Ady yang terlalu kebudak-budakkan menyebabkan ramai orang menganggapnya remaja belasan tahun walau hakikatnya, sudah layak bergelar suami! Semua orang menggelarnya jejaka jambu! Macam manalah Puan Hazimah mahu mendapat menantu jika keadaan ini berterusan? "Ibu dah aturkan pertemuan dengan mak dia. Nak tak nak, Ady kena ikut ibu. Tiada kompromi!" putus Puan Hazimah. Ady melopong.
~~~~~~~~~~
"Tak naklah, mak!" "Jangan macam ni, Sara. Mak dah aturkan pertemuan. Kalau Sara tak pergi, malulah mak," pujuk Puan Habibah. Kaisara mengeluh. Kasihan pada emak tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki yang langsung tidak dikenali itu. Macam manalah rupanya, ya? Jangan-jangan, jambu tak? "Sara, Sara pergi ya? Kita pergi makan-makan je. Kalau Sara tak suka, kita balik terus. Okey?" pujuk Puan Habibah lagi. Harapannya, biarlah Kaisara bersetuju. Dia sendiripun pernah melihat anak teruna teman baiknya itu. Tapi, perebadi Puan Hazimah amat menarik hatinya untuk berbesan. Kaisara mengerling ke arah emak. Boleh percaya ke janji emak tu? "Sara setuju ya, sayang?" Puan Habibah masih berusaha. Sudahnya, Kaisara mengalah jua.
~~~~~~~~~~
"Ady, inilah Kaisara, anak Mak Cik Bibah. Sara, ini Ady, anak mak cik." Ady dan Kaisara saling bertentang mata. Kedua-duanya terkejut. "Awak???" Mereka saling menuding. "Kenapa, dah kenal ke?" tanya Puan Habibah, hairan melihat reaksi kedua-dua teruna dan dara itu. "Err... tak adalah! Cuma macam pernah nampak kat tempat Ady selalu main futsal tu," jawab Ady separuh bohong. Patutlah aku macam kenal je tengok gambar dia hari tu... Kaisara hanya diam. Anak matanya dialihkan ke arah lain. Mana mungkin dia lupa lelaki ini. Jejaka yang mentertawakannya tempoh hari! "OH, ya ke?" Puan Hazimah teruja. "Duduklah, kita makan sama-sama," pelawanya kemudian. Ady dan Kaisara duduk bertentangan. Mata Ady tidak lepas-lepas memandang ke wajah Kaisara. Gadis itu kelihatan amat cantik malam ini. Dengan blaus bewarna coklat separas lutut yang terbelah di kiri dan kanan, juga seluar jeans hitam, keayuannya jelas terserlah. Rambut panjangnya dilepas bebas. Amat berbeza dengan pakaiannya tempoh hari, t-shirt putih kosong yang mengikut bentuk badan dan track suit hitam. Rambutnya pula ditocang satu. Kaisara perasan, mata Ady selalu hinggap di wajahnya tapi dia pura-pura tidak nampak walau gelora di hati hanya Tuhan yang tahu. Penampilan lelaki itu malam ini agak menggoyahkan imannya. Dengan kemeja lengan panjang, bercorak kotak-kotak merah hitam dan jeans hitam, dia kelihatan kacak biarpun wajahnya tetap jambu! Tapi bila mengenangkan sindiran lelaki itu tempoh hari, segala pujian terhumban jauh di sudut hati. Hatinya masih sakit! Makan malam di restoran Selera Nyonya hanya didominasi oleh perbualan antara Puan Hazimah dan Puan Habibah. Masing-masing rancak berbual hingga tidak sedar ada dua insan lain yang dalam kegelisahan di situ. "Bu, Ady keluar jap, ya?" Ady meminta diri untuk keluar. Kaisara hanya memandang langkah lelaki itu dengan ekor mata. Hatinya agak terasa dengan layanan dingin lelaki itu. Hisy... apa aku ni? Takkanlah tengok dia pakai kemas macam tu aku terus jatuh hati? Mustahil! Aku kan tak suka lelaki jambu! Dia menggeleng-geleng. "Kenapa, Sara?" tegur Puan Hazimah. Kaisara tersengih kelat. "Tak ada apalah." "Pergilah keluar. Borak-borak dengan Ady tu," suruh Puan Hazimah pula. Kaisara mahu mengatakan ‘tak nak’ tapi bibirnya seakan lumpuh untuk memuntahkan kata.
~~~~~~~~~~
"Tak sangka, ya? Kecilnya dunia ni." Suara Kaisara mengejutkan Ady yang sedang termenung jauh. Dia menoleh ke belakang sekilas sebelum kembali menatap langit malam. "Saya pun tak sangka perempuan yang ibu nak saya jumpa tu awak," balas Ady mendatar. Kaisara menjuih. "Oh maknanya, kalau awak tahu perempuan tu saya, awak tak nak datanglah?" "Semestinya!" jawab Ady pantas tanpa sedar perkataan itu mencalarkan hati Kaisara. Kaisara tidak tahu kenapa dia mesti merasa kecewa dengan jawapan Ady. Bukankah sepatutnya dia gembira? "Baguslah! Saya pun tak nak jumpa awak." Namun, getar pada suara tidak dapat disembunyikan. Ady berpaling. "Really? Nampaknya, kita kena terus terang pada parents kita sebelum diorang pasang angan-angan nak tengok kita sanding," cadangnya serius. Kaisara merasakan kolam matanya panas. "Great idea! Bukan aje sanding, nikah pun diorang tak sempat nak mimpi." Dia berpaling dan bersedia masuk semula ke dalam restoran. "Kaisara, tunggu!" Langkah Kaisara mati. "Kenapa awak nampak macam tak happy? Awak tak suka ke dengan cadangan saya?" soal Ady bersahaja. Dia dapat lihat, wajah Kaisara mendung dan kelam. Lebih kelam daripada langit malam ini. Kaisara tertawa kecil. "Kenapa saya nak kena sedih? Saya happy! Saya harap lepas ni kita tak jumpa lagi. Besides, you’re not my taste!" Kemudian, dia terus masuk ke restoran.
~~~~~~~~~~
"Sara rasa baik mak batalkan impian mak nak tengok kitorang nikah," ujar Kaisasa dalam perjalanan pulang ke rumah. "Tapi kenapa?" "Kitornag tak serasi. Sara tak cintakan dia. So the best thing is, batalkan aje!" ujar Kaisara tegas. Namun begitu, hatinya tetap terasa ngilu. Ya Allah... apa dah jadi pada aku ni? Aku tak cintakan dia!!! Hatinya menjerit. "Tapi mak dah suka dengan Ady tu. Pandai hormat orang tua." Puan Habibah cuba memujuk. Kaisara menggeleng. "Mak, muka jambu macam tu, mana sesuai jadi laki orang. Macam budak-budak!"
Hisy, Sara! Tak baik cakap macam tu! "Betullah Sara cakap! Umur dah dekat 30 tapi muka macam budak umur 18. Tak sesuai dengan Sara," ujar Kaisara selamba sedangkan dalam hati, hanya Dia yang tahu. Lelaki yang dikatakan macam budak-budak itulah yang telah menambat hatinya. Tapi, dia tidak mahu mengaku! "Takkanlah sampai macam tu?" "Kenyataan, mak..." balas Kaisara sepi.
~~~~~~~~~~
"Mamat jambu yang kutuk kereta kau hari tu? Yang muka macam Taguchi Junnosuke tu?" Mata Diana terbuntang. Tidak percaya dia mendengar cerita Kaisara. Macam dalam novel! Kaisara mengangguk. Wajahnya berbayang duka. "Kau dak tersuka kat dia ke?" tanya Diana. Kaisara diam. Diana memeluk bahunya. "Sara, cakaplah. Kau suka dia, eh?" Kaisara mengeluh. "Aku tak tau, Dian. Tapi, aku rasa sedih sangat bila dia cakap dia tak nak jumpa aku," luahnya. "Kenapa aku rasa macam tu, Dian?" Lengan Diana dipegang. Dia perlukan jawapan pasti. "Sara, aku pun tak tau. Mungkin betullah kot kau suka dia..." "Tak mungkin! Kau pun taukan, aku tak minat mamat jambu macam tu!" bantah Kaisara meskipun hatinya ragu dengan kata-katanya sendiri. "Dah tu, perasaan apa yang melanda kau ni?" Diana bingung. Kaisara menjongket bahu. "Eh, team kita dah ready. Jom main!" Diana segera menarik tangan Kaisara ke tengah gelanggang futsal.
~~~~~~~~~~
Permainan hari itu amat tidak menyeronokkan bagi Kaisara. Dia seolah-olah hilang fokus. Setiap kali bola datang ke arahnya, dia pasti akan mengelak. Seolah-olah takut untuk menendang bola. Padahal sebelum ini, dialah antara pemain terhandal di gelanggang futsal ini. Tapi hari ini dia seperti baru pertama kali bermain. Kaisara berhenti di tepi gelanggang. Diana menghampirinya. "Sara, kau okey tak ni? Nampak macam tak okey je..." tegur Diana. Kaisara cuba tersenyum. "Aku okey, janganlah risau." Diana angguk sahaja kemudian kembali ke tengah gelanggang. Tiba-tiba mata Kaisara terpaku pada wajah seseorang di luar gelanggang. Ady! Lelaki itu sedang merenung ke arahnya. Untuk beberapa detik, mereka saling berpandangan. Tiba-tiba... "Sara!!!" Buk! Sebiji bola mengenai kepala Kaisara. "Aduh!" Kaisara menggosok-gosok kepalanya. Sakit! "Sara, kau okey?" Diana mendekat. "Sorry, aku tendang kuat sangat. Aku ingat nak bagi kau bola tu. Kau okey tak ni?" "Tak apa, tak apa, aku okey." Kaisara tersenyum pahit. "Kalau tak okey, kita break kejaplah," cadang Diana. Tak sedap hati pula dia jadinya. "Tak apa, aku okey. Jom!" Kaisara berlari ke tengah padang.
~~~~~~~~~~
Ady tersandar di kepala katil. Fikirannya berserabut. Hatinya tidak pernah tenang selepas makan malam tempoh hari. Sudah jatuh hatikah dia pada gadis itu? Dia mengeluh. Sejak akhir-akhir ini, hanya wajah mulus Kaisara yang menghiasi mindanya. Masih terbayang kelincahan gadis itu setiap kali bermain futsal. Tapi, kelincahan itu seakan surut petang tadi. Kenapa, ya? Adakah dia rasa apa yang aku rasa? Jatuh cinta pandang kedua? Melihat gadis itu terkena bola tadi, dia jadi tidak tentu arah. Mahu sahaja dia menerpa ke arah gadis itu tapi perkara itu amat mustahil untuk dilakukan. Bukankah Kaisara sendiri pernah berkata tidak menemuinya lagi? Jadi, untuk apa dia menonjolkan diri? Tambahan pula, dia bukan citarasa Kaisara!
~~~~~~~~~~
"Sara, we need to talk!" Kaisara yang sedang berborak dengan teman-teman berpaling. Hilang senyuman di bibir saat terpandangkan jejaka jambu itu. Dia mengerling ke arah teman-teman yang mula berpandangan sesama sendiri. "Bincang apa? Kan kita dah settle?" "Tak! Masih ada lagi yang belum selesai," bangkang Ady. Dia nekad bersemuka dengan Kaisara hari ini. Dia perlu tahu ‘penyakit’ apa yang melandanya sejak belakangan ini. "Apa?" "Saya nak tau perasaan awak pada saya!" Tergaris senyuman sinis di bibir Kaisara. "Betul nak tau?" Ady tidak menjawab. Hanya matanya tekun menatap wajah Kaisara. "Perasaan tak suka, benci, menyampah, meluat, semua ada!" ujar Kaisara, terang dan jelas. Ady terkedu. Kaisara mengalih anak mata ke arah lain. Tidak mahu Ady membaca ‘pembohongan’nya. "Saya tak percaya!" "Terpulanglah pada awak! Saya tak paksa." "Sara, tolong jujur dengan saya. Be honest to me," pinta Ady dengan suara melirih. Kaisara menguatkan hati. Matanya sudah terasa panas. "Saya dah cakap perkara yang betul. Apa lagi yang awak nak?" "Saya nak tau perasaan awak!" "Kan saya dah cakap?" "Saya tak percaya! Saya tau, awak cintakan saya, kan?" Jantung Kaisara berdetak. Teman-teman yang lain mula berbisik sesama sendiri. "Yakinnya awak!" "Ya!" Kaisara menentang pandangan Ady dengan berani. "Jangan perasan boleh tak? Saya tak ada perasaan apa-apa pun pada awak!" tegasnya. "Tipu! Saya tak percaya." "Terpulang!" "Kita lawan!" "Hah?" Kaisara terkejut. Lawan? "Kita lawan. Kalau awak menang, saya janji saya takkan kacau awak lagi. Tapi kalau saya menang, awak kena mengaku perasaan sebenar awak pada saya!" cabar Ady. Buat beberapa saat, mereka saling berpandangan. Kaisara menimbang tara ‘tawaran’ Ady. "Baik, kita lawan!" sahutnya berani. Teman-teman yang lain terkejut. Diana menghampiri Kaisara. "Sara, dia ni pro kan sini. Takkan kau nak lawan dia? Dah habis fikir ke?" bisiknya rapat di telinga Kaisara. Keyakinan Kaisara agak goyah mendengar kata-kata Diana tapi dia tidak mahu menjilat ludah sendiri. "Kita lawan!" putusnya lantas beredar ke gelanggang. Diana melopong. Sementara Ady tersenyum sinis.
~~~~~~~~~~
Di tengah gelanggang, hanya ada Ady dan Kaisara beradu kehebatan. Kaisara sudah berasa penat tapi dia tidak mahu berhenti. Setakat ini, tiada satu gol pun berjaya disumbat. Ady cukup cekap menangkis tendangannya. Yang peliknya, Ady tidak pula menyumbat gol walaupun berpeluang. Dia hanya menahan pergerakan Kaisara. Rakan-rakan yang lain tekun menonton di luar gelanggang. Seakan menonton perlawanan bila sepak antara negara. Entah macammana, kaki Kaisara tersadung dengan kaki Ady. Terjelopok dia jatuh. "Aduh!" Kaisara memicit pergelangan kakinya yang terasa ngilu. Ady menghampiri Kaisara. "Awak okey?" Kaisara tidak menjawab. Dia tunduk merenung kaki sendiri. Ady menarik kaki Kaisara tanpa sempat Kaisara menghalang. Kasut gadis itu ditanggalkan. Kemudian kaki itu diurut. Ketakkk! "Sakit!" Air mata Kaisara menitis. Tumpah simpati Ady melihatnya begitu. Tanpa sedar, jarinya menyapu air hangat itu. Rasa terharu menyelinap di hati Kaisara. Sungguh, dia tidak kuat untuk menipu diri sendiri. Dia memang sudah jatuh hati pada jejaka jambu ini! "Nampaknya, kita seri. 0-0. Macam mana ni?" tanya Ady. "Tak payahlah saya beritahu perasaan saya, ya?" balas Kaisara. Ady tersenyum. "Maknanya, awak belum beritahu perasaan awaklah?" jeratnya. Muka Kaisara berkerut. Tidak memahami maksud Ady. "Maknanya, apa yang awak beritahu tadi semua tipulah?" Kaisara menunduk. Wajahnya memerah. Malunya! Macam mana boleh silap cakap ni? "So, apa perasaan awak yang sebenarnya?" tanya Ady lagi. "Awak tanya saya, habis perasaan awak macam mana pula?" "Awak nak tau?" Kaisara mengangguk. "Saya... cintakan awak," ucap Ady perlahan tapi masih mampu didengari oleh Kaisara. Bertambah merah mukanya. "Awak?" Ady menagih jawapan Kaisara. Kaisara menggigit bibirnya. "Saya... saya pun... cin... cintakan... awak..." Perlahan sekali, hampir-hampir tidak kedengaran. Ady tersenyum puas. Lega! "Jom keluar!" Ady membantu memapah Kaisara untuk keluar dari gelanggang. "Hmm... nampaknya taste kau dah berubah..." sindir Diana sebaik sahaja mereka keluar dari gelanggang. "Taste?" Ady pelik. "Taste tak suka jejaka jambu!" Diana tergelak riang. "Oh..." -tamat-
mcm pendek lh crite ni..bleh x tambah lagi crite ni?sy rase crite ni kalau diolah lagi banyak taklh rase cm crite tergantung..tp crite ni ade mesej yg baik gak lh..keep up the good job..teruskn lh menulis lagi story2 yg best cmni....
time kasih sbb sudi bce karya sy yg tak seberapa ni. utk smbgn, mgkn x der. sbb susah nak masuk balik dlm story yg dah ditinggalkan. kalau buat jg, mesti x jd. apapun, thanks all! :)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mcm pendek lh crite ni..bleh x tambah lagi crite ni?sy rase crite ni kalau diolah lagi banyak taklh rase cm crite tergantung..tp crite ni ade mesej yg baik gak lh..keep up the good job..teruskn lh menulis lagi story2 yg best cmni....