Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Asha tak apa ke jaga rumah ni?" tanya mama begitu risau riaknya. Nak tinggalkan kesian. Nak bawa, Asha tak mahu ikut. Serba salah.
"Tak apa auntie. Ara kan ada," jelas Asha dengan senyumannya. Sebenarnya, pening kepalanya dari semalam tak hilang. Mungkin sebab berhujan dua hari lepas.
"Yelah. Nanti jangan lupa kejutkan Ara tu. Nanti Emir balik, mama dah suruh dia belikan makan. Jaga rumah ye," pesan mama lagi.
Asha melambai mereka untuk pergi ke majlis kahwin sedara papa. Bik Lina dan Bik Ita, turut sama pergi sebab boleh membantu serba sedikit nanti dekat sana. Yang tinggal di rumah cuma Ara dan Asha. Emir ke hospital dan mungkin akan balik tak lama lagi.
Asha berlalu masuk ke dalam dan duduk di sofa. Television yang terpadam ditenung kosong. Beberapa ketika, dia mengeluh berat kemudian bangun ke dapur.
'Hari ni nak makan apa eh?' getus hati Asha sambil berlalu ke peti ais. Dibukanya freezer.
'Eh! Tak ada apa? Rumah macam ni punya besar, freezer ada ais je?' bual hati Asha begitu pelik dan membuka pula bahagian bawah.
'Oh. Betullah. Patutnya hari ni auntie dengan Bik Lina dengan Bik Ita pergi pasar. Jadi? Kosong? Nak makan apa? Takkan nak tunggu Xiah celup tu balik? Entah balik entah tidak dia tu. Bukan boleh percaya,' bebel hati Asha sendiri sambil menggaru kepalanya.
'Ara,' getus hati Asha sambil berlalu untuk ke bilik Ara yang masih tidur lepas sarapan tadi.
Menyanyi-nyanyi kecil dia dibuatnya. Sampai di hadapan bilik Ara. Muka pintu diketuk.
"Ara. Asha masuk eh," kata Asha sebelum memulas tombol pintu.
Kelihatan nyenyak sahaja Ara tidur. Ara didekati perlahan.
"Ara," kejut Asha sambil menggerakkan lengan Ara yang statik je tidurnya. Tak terganggu lansung Asha masuk bilik dia.
"Ah. Asha. Nak apa?" tanya Ara dengan terpisat-pisat sambil duduk mengadap muka Asha yang serba-salah je gamaknya.
"Barang nak masak tengah hari tak ada. Macam mana?" tanya Asha seakan orang bodoh je minta pendapat Ara yang masih mamai-mamai baru bangun tidur. Wajah Ara yang berserabut dipandangnya sayu.
"Oh. Mama dengan papa dah pergi eh?" tanya Ara balik dengan muka tak bersalahnya.
Asha mengangguk perlahan.
"Macam mana eh? Abang Emir?"
Asha menggeleng. Perlahan juga sambil buat muka comel.
"Apa nak buat eh? Tunggu abang Emir balik kejap lagi jelah Asha. Nanti ajak dia pergi market. Asha tahu masak ke?" tanya Ara sambil bangun dan berlalu ke bilik air nak basuh sisa-sisa baru bangun tidurnya itu.
Asha tersenyum je bila ditanya pandai masak ke tidak. Kalau tak pandai masak, takkan dia boleh jadi head chef hotel 5 bintang.
"Tak apalah. Nanti kita makan luar ke," kata Ara lagi memberi pendapatnya sambil mengelap mukanya.
Mereka berdua berlalu turun ke ruang tamu. Duduk tengok television sementara menunggu Emir balik. Dalam tunggu punya tunggu, hujan turun mencurah-curah membasahi segenap ruang bumi.
"Hujan lagi? Hari-hari hujan sejak kebelakangan ni," sugut Ara sambil membetulkan duduknya. Kepala yang tak gatal digaru lembut.
Asha hanya tersenyum tepi sahaja. Ingat lagi kejadian dua hari lepas. Disebabkan Emir, dia terpaksa berhujan. Geram sungguh dia dengan Emir sampaikan dekat rumah, bertemu muka dengan Emir pun dia tak ingin. Emir panggil dia pun, dia suruh Bik Ita atau Bik Lina yang jawab. Malas nak melayan Emir. Geram.
"Hah tu abang Emir dah balik," kata Ara sambil turun dari sofa dan berlalu ke depan pintu nak jenguk betul ke apa yang ditekanya.
Betullah. Emir baru je balik dan lancar dia meletakkan keretanya di bawah garaj.
"Hujan lagi." Kedengaran Emir berkata-kata sendiri di garaj membuatkan Ara tersenyum. Sabar dia menanti abangnya untuk menjengul.
"Hah Ara. Apa hal yang kau tersenyum-senyum sendiri dekat muka pintu tu?" tanya Emir sambil meraut tali lehernya dari koler baju kemeja birunya itu.
"Nak minta tolong," kata Ara sambil melebarkan senyuman manisnya.
"Tolong apa?" tanya Emir sambil berjalan memasuki vila dan matanya secara automatik tertacap pada muka selamba Asha yang berada di sofa sedang menonton drama Koreanya.
Tiba-tiba perasaan rindunya terlahir secara tak sengaja sebab dah dua hari tak nampak muka Asha. Asal makan dekat rumah je, Asha mesti makan dekat dapur sebab tak nak join keluarga makan. Yelah merajuk dengan Emir punya pasallah tu.
Asha buat tak tahu. Malas dia nak ambil tahu pasal Emir. Menyakitkan hati je.
"Tolong pergi market. Barang tak ada nak makan tengah hari," adu Ara dengan muka kesiannya sambil memandang abangnya yang dah macam ada magnet untuk duduk di sofa sambil memandang terus muka Asha.
"Dalam peti ais tak ada makanan ke?" tanya Emir selamba.
"Sebab tak adalah abang Emir oi. Bolehlah. Kitorang dah lapar ni. Kau tak lapar ke?" tanya Ara sambil duduk di sebelah abangnya itu menghalang padandangan mata Emir.
"Aku baru makan dekat hospital tadi. Puasalah hari ni. Petang mama dengan papa balik kan?" tanya Emir sambil bangun. Patah hati sebab Asha buat tak tahu dengan pandangan mautnya tadi.
"Abang Emir. Aku laparlah," jerit Ara macam nak runtuh rumah membuatkan Asha yang tadi khayal dengan pelakon Koreanya berpaling pada Ara yang dah memandang Emir yang nak naik atas.
"Pesan dellivery jelah. Kau kan suka makan fastfood. Abang penat nak naik tidur lagi best," balas Emir dengan muka tak bersalahnya. Salah dia pada Asha jika dia ada hati dengan gadis itu? Kenapa Asha macam buat tak tahu je pada perasaan dia? Dahlah first love. Parah.
"Abang Emir. Kau tak nampak ke dekat luar tu hujan? Aku lapar tahu tak tunggu kau," marah Ara kegeraman dengan tindakkan abangnya itu.
"Jom kita call cab suruh hantar kita pergi market. Kan senang Ara. Tak payahlah mengharap orang yang tak nak tolong tu," ajak Asha dengan muka yang tak ada riak pada Ara. Asha ni bukan boleh lambat-lambat makan, nanti gastrik, siapa susah?
Emir yang dah nak sampai tinggat dua berhenti melangkah. Kesian pula dengar Asha bersuara macam kecewa je.
"Kejaplah abang pergi tukar baju dulu. Korang pergi siap," kata Emir tak sampai hati membiarkan buah hatinya itu pergi keluar dengan teksi tengah-tengah hujan macam ni. Kalau adik dia merayu tadi, tak diendahkan. Ish apalah Emir ni.
Ara dah angkat-angkat kening pada Asha tanda mereka menang berdebat dengan Emir hari itu.
"Asha. Jomlah siap. Abang Emir siap sekejap je tu," ajak Ara kerana Asha tak ada tanda untuk berlalu.
"Tak apalah. Emir dah nak pergi bawa tu, Ara jelah pergi dengan dia. Asha tunggu dekat rumah je. Nanti Ara beli barang, Asha masakkan. Eh?" kata Asha nak mengelak dari menyakitkan hati dan jiwanya terhadap Emir.
"Alah. Tak bestlah Asha ni. Jomlah pergi sekali. Nanti abang Emir tukar mood nanti," kata Ara memujuk Asha. Macam tahu-tahu je tadi tu abang dia berubah hati sebab Asha.
Asha ni best juga kalau jadi kakak ipar dia. Yelah. Tengok boleh dibuat kawan. Dah nama pun adik Emir, sama je kelakuannya.
Asha mengangguk perlahan dan berlalu.
Ara dah tersenyum dan terus berlalu naik ke bilik nak berjalan ke pasar dengan abangnya.
Dah siap-siap, diorang pun keluar. Emir bawa kereta, Ara duduk belakang membenarkan tempat duduk depan diduduki Asha. Jadi, secara lansungnya Emir duduk di sebelah Asha dan dalam kereta, senyap-sunyi tanpa suara. Asha sepanjang perjalanan menghabiskan masanya dengan tengok luar. Muka Emir, sekilas pun tak pandang membuatkan hati Emir membuak-buak.
"Ara nak makan apa?" tanya Asha sambil berjalan di sebelah Ara dan meninggalkan Emir terkontal-kantil sendiri dengan perasaannya.
"Makan apa eh best tengah hari ni?" Ara berfikir sambil berjalan.
"Makan nasilah. Nasi dengan lauk. Kita masak dua tiga lauk. Best kan?" tanya Ara memberi cadangannya.
Asha dah mengangguk. Bukan Ara yang masak nanti, dia yang masak. Jadi, mengangguk jelah.
Dalam berjalan-jalan dekat pasar besar, sempat mereka membeli beberapa jenis bahan mentah untuk dibuat lauk makan tengah hari. Emir cuma membontot je dan bila Asha dan Ara dah pilih-pilih, giliran Emir pula yang kena keluarkan duit.
"Ish. Asha nampak toilet tak? Nak terbuang airlah pula," adu Ara bila dah habis membeli dan nak balik. Yelah. Hujan-hujan macam nilah rasa nak buang air je.
"Dekat hujung sana rasanya ada toilet," beritahu Emir sambil menunjuk pada hujung pasar. Jauh pula tu.
"Ara pergi dulu. Abang dengan Asha pergilah dulu dekat kereta," kata Ara sambil menyerahkan plastik yang ada dekat tangan dia pada Emir.
"Yelah," jawab Emir sambil terus je berjalan meninggalkan Asha di tengah-tengah. Nak ke mana? Nak ikut Emir pergi ke kereta ke nak ikut Ara? Tapi Ara dah berlari-lari anak menjauhi dia. Emir jalan perlahan-lahan je.
Asha pun dah tak ada pilihan, terus je membontot Emir. Emir jalan perlahan, dia jalan lagi perlahan. Sampai kereta, semua barang-barang dah dimasukkan dalam kereta, Asha masuk duduk dekat tempat penumpang bahagian hadapan macam mula-mula tadi.
"Asha," panggil Emir bila dah beberapa ketika diorang duduk dalam kereta dan diam.
Asha masih buat tak tahu dan pandang luar tingkap. Tengok orang lalu-lalang dengan payung sebab cuaca hari itu.
"Asha. I'm talking to you," kata Emir kedengaran tegas bunyi suaranya.
"Asha. Apa salah saya ni sampai awak tak nak tengok muka saya?" tanya Emir sambil mendorong bahu Asha dan memandangnya. Dia dah tak boleh sabar diperlakukan macam tu. Hati dia terus-terus panggil nama Asha. Tak nak berhenti pula tu.
"Saya benci awak," kata Asha sambil merentap tangan Emir dari memegang bahunya.
"Kenapa yang awak benci sangat dengan saya? Awak tak tahu ke yang saya..."
"Awak suka saya? Sebab awak suka sayalah saya benci dengan awak. Awak tak faham ke?" kata Asha pantas memintas kata-kata Emir.
"Saya sanggup ubah apa je yang penting awak terima saya. Awak tahu tak saya sakit hati bila awak buat saya macam ni?" Terus-terang Emir menyatakan rasa yang terbuku dalam hatinya selama dua hari dia simpan dan dah bertapai.
"Semua pasal awak saya tak suka. Awak nak ubah semua? Saya tak suka tengok muka awak. Awak boleh ubah?" Membulat mata Asha menentang pandangan Emir.
Emir terkesima seketika dengan kata-kata Asha. Macam tu sekali Asha benci dia?
"But, I love you. Itu je yang saya ada. Awak tahu tak?" kata Emir dengan nada sedikit kecewa.
"Tipu," kata Asha dengan tawa sinisnya. Dia tak percaya dah dengan kata-kata cinta yang diucapkan lelaki sejak Taufeeq buat dia kecewa. Sakit hati dia dengan Taufeeq. Semalam, dia dapat berita dari Pan yang nampak Taufeeq keluar dengan perempuan mana entah. Makin sakit hati dikerjakan Taufeeq. Ni Emir nak tambah lagi.
"Awak cakap dengan saya, pernah ke saya tipu awak sepanjang awak kenal saya?" tanya Emir kembali. Sungguh-sungguh perkataan itu keluar dari hatinya. Tiba-tiba Asha kata dia tipu? Kecewanya rasa.
"Semua lelaki sama je. Cakap I love you, I miss you. Tapi nanti khianat. Tak guna cakap kalau macam tu," bidas Asha sambil membuang pandangannya ke luar tinggap.
"Hey. Jangan disebabkan awak dikhianati, awak nak cakap semua lelaki sama," kata Emir begitu tegas menepis tuduhan Asha.
"Apa buktinya awak dengan lelaki lain tak sama? Nama pun lelaki kan?" Dia berpaling dan bertentang mata dengan Emir. Dah terasa panas dalam kereta tu rasanya sebab Emir boleh nak menaikkan kemarahan dia tiba-tiba.
"Saya tak boleh nak buktikan apa-apa. Tapi setiap orang berbeza. Awak tahu tak? Saya tak macam lelaki lain. Tak boleh ke awak bagi peluang pada saya, supaya awak tahu yang saya tak sama dengan lelaki lain. Please Asha." Buat pertama kalinya dalam hidupnya dia merayu untuk memenagi hati gadis yang telah pun setia duduk dalam ruang hatinya itu.
Asha dah macam nak menangis dibuat Emir. Matanya berkaca-kaca.
"Please Asha. Saya janji. Saya takkan kecewakan awak. Please give me a chance," kata Emir melamar Asha sambil spontannya jari-jemarinya menyentuh jari lembut Asha yang dah terkaku tak tahu nak kata apa.
Saat Taufeeq mengkhianatinya, Emir datang nak beri hati pada dia. Dia buntu.
Emir dah membuat muka berharap supaya Asha menerimanya. Hatinya terus-terus menyuruh Asha menerimanya.
"Nanti saya fikirkan," kata Asha sambil menarik kembali tangannya dan terus berpaling pada tingkap.
"Saya bagi awak seminit untuk fikir," kata Emir sengaja nak berseloroh. Dah lama tak dengki Asha.
"Mana boleh seminit?" balas Asha muka dah merah dan ditenungnya muka Emir yang menahan tawanya.
"Seminit. Nak jadi girlfriend saya ke tak? Kalau awak tak bagi jawapan, maknanya awak nak. Cepat masa berlalu," kata Emir lagi didengkinya Asha yang muka dah merah-merah sebab malu satu hal, sebab nak menangis satu hal.
Asha menelan air liur. Ye ke dia tak ada perasaan pada Emir? Macam ada, macam tak ada. Tapi kenapa dia rasa lain macam bila Emir pegang tangan dia?
'Argh! Buntu,' getus Asha dalam hati.
"Dah nak seminit. Lagi lima saat. Lima, empat, tiga..."
"Kejap," kata Asha pantas memintas mulut Emir menyakatnya. Makin merah muka Asha menarik senyuman pada bibir Emir.
"Kenapa awak suka saya?" tanya Asha kembali menghendakkan kepastian. Takkanlah dia nak menerima bulat-bulat apa yang Emir nak kata.
"Saya tak ada alasan. Dah hati saya panggil nama awak. Nak buat macam mana," jawab Emir selamba.
Asha makin tak tahu nak jawab apa.
"Tet... Habis masa. Maknanya sekarang awak dah jadi girlfriend saya secara automatiknya. Dan..."
"Wait..."
"Jangan banyak cakap dah jadi..."
"Wait..."
"Awak girlfriend saya. Dah saya tak nak dengar apa..."
"Wait!" jerit Asha dalam kereta macam nak pecah gegendang telinga Emir dibuatnya. Dah berpintas-pintas cakap, akhirnya dengan jeritan tak seberapa Asha membuatkan mereka berhenti.
"Apa?" tanya Emir sambil mengangkat keningnya.
"Saya..."
"Saya tuan rumah kan? Jadi kena ikut cakap saya. Saya nak awak jadi girlfriend saya. Dah full stop. Saya tak nak dengar apa-apa," kata Emir memintas kata-kata teragak-agak Asha sambil menutup telinganya dengan jari telunjuknya.
Pap! Jari-jemari Asha menghinggap pipinya.
"Jahat." Asha terus berpaling kerana tiba-tiba jadi geram pula dikerjakan Emir.
"Saya jahat dengan awak je. Sebab awak kan dah jadi girlfriend saya," ungkit Emir dengan senyuman puasnya sambil menggosok pipinya. Sakit juga penangan Asha.
Asha mendengus geram.
"Sorry lambat," kata Ara yang melulu masuk dalam kereta.
"Apa yang kau tersenyum-senyum tu abang Emir?" tanya Ara sambil dipandangnya sekilas Asha yang buat tak tahu pandang luar.
"Tak ada. Bahagia," kata Emir dengan wajah cerianya sambil membetulkan dirinya dan menarik sitbelt.
"Tak betul," getus Asha geram. Perlahan sahaja dia bertutur dan dapat ditangkap oleh telinga Emir dan Ara.
Ara dah tersenyum je. Memang abang Emirnya tu kepala gila-gila sikit.
A+++++ Utk penulis! Suka btul baca cita ni sekejp je nk drama, pas buat org gelak! best, best!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
dap gak citer niiii
heheheeee