Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ain mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran daripada surah Yassin di sisi kubur yang tanahnya masih lagi merah.Pipinya tidak pernah kering dengan air mata sejak pemergian orang yang telah banyak membahagiakannya.Datin Suraya telah pulang ke ramatullah tiga hari yang lepas.Saat dia mengetahui yang Mamanya sudah tiada lagi,jantungnya seperti direntap kuat!Hampir pengsan dia apabila sahaja mendengar berita pahit itu.
"Ain sudahlah tu.Jom balik.Dah satu hari kau ada dekat sini.Janganlah macam ni.Aku sedih tengok kau macam ni."Nurin memegang bahu Ain setelah sahabatnya itu selesai membaca surah Yassin.Nurin mengangkat Ain untuk berdiri.Dia tahu wanita itu bersedih.Dia juga turut merasai kesedihan itu.Nurin memimbing Ain ke keretanya.
"Kita pergi makan ya?"Ujar Nurin setelah mereka berdua sudah memasuki ke dalam perut kereta.Ain menggeleng dan merenung keluar tingkap.Pemandangan yang kosong.Nurin mengeluh.
"Dah tiga hari kau tak makan.Minum air pun kena paksa.Janganlah macam ni.Kalau Ammar tahu..."Nurin memandang tajam ke arah Nurin.
"Jangan kau sebut nama dia!"Marah Ain.Nurin mengalah.Dia menekan pedal minyak kereta Waja hitam menuju ke kawasan Damansara.
"Makanlah.Nanti kau sakitkan susah?"Nurin menyuakan sudu berisi bubur nasi yang masih panas.Dia membelinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah Ain.Kebetulan ada gerai yang jual bubur.Ain masih lagi tidak mahu membuka mulutnya.Lidahnya terasa kelat.Tiada selera dia nak makan.Nurin meletakkan kembali sudu itu ke dalam mangkuk.Dia menatap muka Ain.Muka yang penuh kesedihan.Pintu rumah dibuka membuatkan Nurin berpaling.Tersembul muka Ammar yang segak memakai pakaian kerjanya.Ain yang menyedari kehadiran lelaki itu pantas menaiki tangga dan memasuki ke dalam bilik.Ammar memandang ke arah Nurin dan ke atas silih ganti.
"Apa I dah buat?"Ammar tercengang.Nurin menghampiri lelaki itu.
"What?!Oh my God!When?!"
"Tiga hari lepas."Ammar menepuk dahinya.Dia menyeluk kocek seluarnya dan melihat telefon bimbitnya.
"Telefon I tak ada bateri.I terlupa bawak charger."Nurin mengangguk.Ammar menapak ke arah tangga dan menuju ke bilik tidur utama rumah itu.Nurin mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah itu.Tidak mahu mengganggu privacy suami isteri itu.
"Nurin thanks by the way!"Laung Ammar dari atas.Nurin tersenyum dan melangkah keluar.Ammar memasuki ke dalam bilik tidur itu.Matanya tertancap ke arah sekujur tubuh yang sedang duduk di birai katil.Dia melonggarkan tali lehernya dan menghampiri isterinya.
"I’m sorry about Mama."Ammar memulakan bicara setelah lama dia berdiri di sisi wanita itu.
"Don’t talk to me.Go away…"Ujar Ain.
"Look.Let me explain."Ain bingkas bangun dengan niat untuk keluar dari bilik itu.Malas dia hendak melihat muka lelaki itu.Namun tindakannya sempat ditahan oleh Ammar.Lelaki itu menarik lengannya.
"Don’t be like this.I owe you an explanation."Ammar menarik nafas dalam.
"Saya tak tahu mungkin awak ada telefon saya.Saya tak tahu pun sebab handset saya habis bateri.Saya terlupa bawak charger.I’m really sorry.My bad."Jujur Ammar menerangkan keadaan sebenar.Ammar menarik dagu isterinya agar dia dapat melihat muka itu.Dilihatnya mata Ain berkaca.Segera dia membawa Ain ke dalam dakapannya.Ain pun apa lagi?Melalaklah dekat bahu Ammar.
"Sorry coz I’m not there for you when you need me."Beberapa minit kemudian esakan Ain kedengaran ditelinga Ammar.
"Shuutt.Dah,dah.Jangan macam ni.Semua yang hidup pasti akan pergi."Pujuk Ammar sambil tangannya mengusap rambut isterinya itu.
"Tapi kenapa awal sangat Allah mengambil Mama daripada saya?Kenapa?"Luah Ain.
"Jangan cakap macam tu.Saya nak awak ingat ni.Mungkin ianya akan membantu awak untuk terus hidup.Tak kira macamana sekalipun kita menyangi seseorang itu,suatu hati dia pasti akan tinggalkan kita."Ammar meleraikan pelukan mereka untuk menatap wajah jelita itu.
"Okey?"Ain terdiam sebentar.Ada benar juga kata lelaki itu.
"Saya faham apa awak rasa.Saya pernah kehilangan jugak.Dah jangan sedih macam ni lagi.Buruk rupanya.Monyet dekat zoo pun tak buruk macam ni."Ammar cuba meringankan suasana.Ain tergelak kecil.
"I love you."Ain mendakap kembali suaminya itu.Ammar tidak tahu samada perlukah dia membalas kata-kata itu.Dia akui setiap kali dia berjauhan dengan wanita itu,wajah itu yang selalu muncul di dalam setiap mimpinya.Di dalam setiap pandangannya.Adakah dia sudah jatuh cinta?
Ammar merenung kontrak yang ditandatangani olehnya dan Ain 6 bulan lepas.Dia keliru.Perlukah dia mengoyakkannya ataupun menyimpannya?Dia tidak pernah mempercayai perkahwinan.Dia tidak percaya bahawa perkahwinan akan membawa kepada kebahagian.Ammar mengeluh lalu ditarik laci meja sisi bilik tidurnya dan dimasukkan kertas itu kedalamnya.Tubuhnya terasa dipeluk oleh seseorang dari belakang.Pastinya Ain.Ammar mengambil kesempatan mengucup lengan putih di dadanya.
"Bila saya dah okey.Awak pulak yang termenung.Kenapa ni herm?"Ammar meleraikan pelukan isterinya dan memalingkan tubuhnya menghadap Ain.Ammar meletakkan bantal di kepala katil dan bersandar.Ain duduk bersila memandang suaminya.
"Tak ada apa.Saya cuma teringatkan arwah ayah."Ain menghampiri suaminya dan meletakkan kepalanya di atas dada sasa suaminya.
"Awak rindukan dia?"
"Every second."Ammar membelai rambut diparas bahu itu.
"Saya pun.Tidak pernah sesaat arwah Mama lekang di dalam fikiran saya."Lama mereka begitu.Melayan perasaan sendiri.
"Hey don’t ruin the mood."Ujar Ammar tiba-tiba.Ain menoleh melihat lelaki itu.Dia tersenyum dan bangun dari baringannya.Ammar membelai pipi gebu isterinya.Dia mengucup leher kemudian bibir mugil Ain.Lama di bibir itu.Tangannya sudah liar menjelajah tubuh wanita itu.Telefon berdering.Ammar melepaskan kucupan tadi.Tangannya pantas mencapai telefon bimbitnya.Tertera nama Lufya.Kekasihnya.Dia segera bangkit dari katil sambil membawa telefon bimbitnya menuju keluar bilik.Tercetus keluhan kecil di bibir Ain.Dia menghempaskan badannya di atas katil besar itu.Matanya mengerling ke arah daun pintu yang tertutup rapat.Hatinya curiga juga ingin tahu siapa pula gerangan yang menelefon suaminya di malam hari.
"No,sayang.Tak boleh.I’m sorry.Okey esok kita jumpa ya?Bye."Pantas ibu jari milik Ammar menekan punat merah.Dia kembali masuk ke dalam bilik tidurnya.Dilihatnya Ain sudah pun berselimut di atas katil.Ammar memanjat katil.Dia memegang tubuh isterinya.
"Ain?Dah tidur ke?"Tiada suara kedengaran.Ammar mencuri tengok muka wanita itu.Dia terlihat sebelah mata wanita itu terbuka dengan muka yang masam.Dia tersenyum.
"Dah tidur ke ni?"Ammar menguji lagi.Tiada jawapan.
"Kalau dah tidur tak apalah.Good night."Timbul rasa kecewa dihati Ain.’Bukannya reti nak pujuk ke apa.Ni terus tidur je?Cis!’Bebelnya seorang di dalam hati.Lampu sisi sebelah Ammar dipadam.Lampunya sudah lama terpadam.Sejak 10 minit tadi.Ain mengeluh.Dia memejamkan matanya rapat-rapat.Terdetik juga rasa kesalnya dihati.’Tulah siapa suruh merajuk?Siapa suruh olok-olok tidur?Padan muka sendiri.’Pinggangnya terasa dilingkari sesuatu.Satu kucupan hangat hinggap di lehernya.
"Lain kali jangan pura-pura tidur."Adus!’Malunya aku!!!Dia dengar ke aku mengeluh tadi?Aduh-aduh!Malunyaaa!’Bibirnya dikucup tanpa disedari.Dapat dirasa tangan lelaki itu mengusap pipinya.Ammar membawa Ain keawan biru malam itu.
"Biasalah tu Ain.Ibu ni dulu jangan cakaplah kena tinggal dengan Dato’.Rasa macam nak mintak dia berhenti kerja pun ada.Tapi yelah sayangkan?Relakan aje."Ujar Datin Maisarah.Ain tersenyum.Ya memang benar apa yang dicakapkan oleh ibu mentuanya itu.Ain telah diminta untuk datang ke rumah orang tua suaminya.Atas permintaan ibu mentuanya sendiri juga sebenarnya.Mereka sedang berehat sambil menikmati pemandangan di taman rumah itu.
"Redup hari ni.Berangin.Oh ya Ain."Datin Maisarah membetulkan duduknya di kerusi taman itu.Dia yang tadinya sibuk memerhati daun-daun pokok kering berterbangan ditiup angin menoleh ke arah menantunya.
"Selama kamu kahwin nilah ada tak kamu rasa macam nak pitam,muntah-muntah,loya-loya ke pening kepala ke?"Ain mengerutkan dahinya.Apa kena mengena kalau dah kahwin dengan semua penyakit tu?Kan semua orang pernah rasa?
"Tak pernah pulak.Kenapa ibu?"Datin Maisarah diam seketika kemudian menganggukan kepalanya.
"Kamu ada makan ubat yang ibu bagi tu tak?"Ain mengangguk.Bohong sebenarnya.Mana ada dia makan ubat untuk subur tu.Haaa?Ubat subur??Maksudnya…
"Oh ibu.Pasal hal tu ke?Erm insyAllah nanti kalau ada rezeki adalah."Datin Maisarah tersenyum.
"Ibu faham.Kamu berdua baru kahwinkan?Takkanlah dah nak ada anak pulak?Belum puas honeymoon lagi betul tak?"Naik merah pipi putih Ain.Memang dah merah pun.
"Yelah tapi ibu memang teringin sangat nak timang cucu dari korang dua.Ibu memang mengharap dekat korang dua jelah.Yelah cucu yang ada pun jauh nun sana.Sunyi jugak ibu."Rasa kasihan terbit dihati Ain.Kasihan ibunya.Suami sudah tiada.Anak semuanya sudah besar dan berdikari.Tinggalah dia seoarang di rumah.Pasti sunyi.
"Ibu,kami akan usahakan itu untuk ibu.Ibu janganlah sedih."Ain memegang tangan Datin Maisarah.
"Ammar beruntung dapat kamu Ain.Kamu ni baik sangat.Terima kasih kerana bahagiakan anak ibu.Bimbinglah dia Ain."Sekali lagi dahi Ain berkerut. "Ye mungkin pelik isteri nak kena bimbing suami.Tapi dia tu lain dari adik beradiknya yang lain.Dia degil.Tapi dia mempunyai hati yang baik.Dia memang seorang yang baik.Dia penyayang orangnya.Kalau dia marah dia mesti akan cakap benda bukan-bukan.Tapi dia tak ada niat cakap tu.Dia memang tak maksudkannya.Ibu pun hairan dalam semua anak-anak ibu,ibu paling sayangkan dia.Bukannya pilih kasih.Tapi seumpama kita punya banyak baju mesti ada satu yang kita paling sayang bukan?Mungkin kerana perangainya sama dengan perangai ayahnya."Terang Datin Maisarah panjang lebar tentang anak lelakinya itu.Ain mengangguk dan tersenyum.Harapannya biarlah lelaki itu memang diciptakan untuknya.
Ammar mengunyah keropok Twisties yang baru dibelinya tadi.Dia menyuakan bungkusan keropok itu ke isterinya.Ain menolak.Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan di taman permainan kawasan rumah itu.Ammar mengambil tempat disebelahnya.
"Kenapa ni?Muka masam je?"Ain menggeleng.
"Tak adalah."
"Yelah tu."Ammar meneguk air mineral.Budak-budak kecil dalam lingkungan umur 5 tahun tiba-tiba datang berlari di hadapan mereka.Entah dari mana datangnya mereka pun tak tahu.Tanpa diduga salah seorang dari mereka terlanggar tangan Ammar.Habis air mineral yang sedang diminumnya tumpah ke baju.
"Shit!Hey kalau nak main,main dekat sana!Bukan dekat dengan aku faham?!"Marah Ammar kepada budak tadi.Apa lagi menangislah budak tu dan berlari pulang ke rumah sambil memanggil nama ibunya.
"I hate kids!Kenapalah manusia melahirkan bayi?Kenapa tak boleh terus besar.Ish."Bebel Ammar sambil mengelap bajunya yang basah menggunakan tisu yang diberikan oleh Ain tadi.Telinga Ain mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Ammar tadi.Hatinya gusar.
"Kenapa awak cakap macam tu?"Ammar memberhentikan perbuatannya mengelap baju.Dia menoleh ke arah Ain.
"Diaorang tu entah leceh.Pening kepalalah."Memang benar dia tidak suka akan budak kecil.Ketika adiknya Aisyah masih kecil,dia kerap memahari adiknya itu.Apa yang adiknya buat tidak kena.Tapi apabila adiknya itu sudah besar panjang barulah hatinya aman.Muka Ain berkeruh.
Ain runsing.Dia tidak tahu hendak mengikut kehendak siapa.Kehendak ibu mentuanya atau suaminya?Suaminya tidak suka akan anak sedangkan ibu mentuanya inginkan anak daripada mereka berdua.Dia pula?Semua wanita yang dah berkahwin pasti inginkan anak.Itulah impiannya jika dia berkahwin.Apa lagi tujuan berkahwin jika tidak menyambung zuriat?Ahh!Pening,pening.Ain memejamkan matanya.Beberapa ketika kemudian dia mencelikkan kembali matanya.Skrin komputer terpapar dimatanya.Dia mengambil nafas dalam.Dia mencapai tetikus dan meneruskan kerjanya.
"Puan Ain ada orang nak jumpa."Ujar Sofea.
"Siapa?"
"Customer.Saya cakap dia nak Puan Ain sendiri yang designkan rumah dia.Bukan Asyraf."Ain bangkit dari kerusi kerjanya.Hendak atau tidak dia mestilah mengikut kerenah pelanggan. "Okey thanks Sofea."Sofea mengangguk dan kembali ke meja kerjanya.Ain menuju ke arah satu badan yang sedang membelakanginya.Nampak gayanya orang itu lelaki.Dia sedang asyik melihat lukisan yang tergantung di kedai itu.
"Hello sir.Can I help you?"Lelaki itu berpaling.Tusspp!Anak panah cinta menusuk ke hati lelakinya.
"Sir?"Ain mengerutkan dahinya.’Apasal lak mamat ni?Pengsan berdiri ke apa?Ke bisu?’
"Oh sorry.Hai!I’m Danish.Ziyad Danish."Ramah lelaki itu memperkenalkan dirinya.Ain tersenyum.Begitu juga dengan Danish.Lelaki itu tinggi orangnya.Badannya tidak setegap Ammar.Tapi lelaki itu mempunyai senyuman yang menawan.
"Saya Ain.Anyway what can I help you Mr.Danish."Danish tersengih.
"Do call me Danish.Not Mr.Danish."
"Err…Danish apa saya boleh Bantu awak?"
"Haa sedap sikit dengar.Panggil Mr. rasa pelik.Haha.By the way saya nak awak tolong decorate rumah baru saya."Ain mengangguk.
"Okey.Sila ke pejabat saya.Banyak benda yang perlu dibincangkan bukan?"Danish tersenyum.Dia mengikuti langkah Ain.
"So Encik Danish nak saya hias satu rumah atau sesetengah tempat sahaja?"
"Ain,just Danish."
"Oh ya.Sorry.Danish."
"Erm saya nak awak buat semua.Satu rumah."Ain mengangguk.
"Baiklah kalau macam tu,bila boleh saya datang rumah Danish?"Danish merenung muka wanita jelita dihadapannya.Dia benar-benar sudah jatuh cinta akan wanita itu.
"Esok."
"Okey,pukul berapa awak free?"
"Satu hari."Danish masih lagi tidak jemu merenung mata wanita itu.Ya mata itulah aset utama wanita itu.
"Err…Kalau macam tu saya datang dalam pukul 10 pagi."Ain mencatatkan sesuatu di buku catatannya.Isinya semua appoinment-appoinmentnya dengan klien.
"Awak orang Arab ke?"Ain memberhentikan tangannya menulis.Dia merenung buku itu sebelum memandang ke arah Danish.
"Oh anak kacukan.Padanlah cantik…"Puji Danish jujur.Ain tersengih.’Mamat ni kenapa?’Gerutu hatinya.
"Can I have your phone number?Jangan fikir lain.Ini untuk memudahkan kerja kita.Kalau ada apa-apa masalah senanglah saya nak call."Helah sahaja sebenarnya.
"Here is my card.So we see tomorrow."Danish bangkit dari kerusi sambil membelek-belek kad nama yang diberikan oleh Ain.
"Okey.See you tomorrow.Nice to meet you."Danish berlalu pergi dengan hati girang.Dia pasti akan mendapatkan wanita itu!
Ain memarkir keretanya dihadapan rumah bungalow dua tingkat milik pelanggannya,Danish.Dia keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke pintu utama rumah itu.Jari telunjuknya pantas menekan loceng yang disediakan disebelah pintu.
"Oh Ain!Please come in."Jemput Danish.Ain melangkah masuk.Wah kosong!
"Saya belum tinggal lagi dekat sini.Rumah ni baru siap minggu lepas.So what do you think?Boleh buat?"Mata Ain menjelajah rumah itu.
"InsyAllah."Danish membawa Ain melihat setiap inci rumah itu.Setiap ruang.Tidak ada satu pun yang tertinggal.
"Saya akan cuba siapkan secepat mungkin.Jumpa lagi."Ucapan ‘jumpa lagi’ itu memberikan Dansih harapan.
"Alright.See you then."Ain memasuki ke dalam keretanya dan meluncur laju menuju kembali ke kedainya.Banyak kerja perlu dibereskan!
Hari ini hari minggu.Selalunya Ain akan keluar.Tapi membayangkan kerjanya yang bergunung dia lebih rela terpuruk dengan rumah dan menghabiskan masa bersama dengan kerja-kerjanya.Ain bangkit dari katil dan duduk sisi katil.Dia mengerakkan tengkuknya ke kiri dan ke kanan.Selesa sikit.Sakit tengkuknya.Mungkin dia salah tidur.Dia menguap.Tiba-tiba perutnya rasa mual.Tekaknya rasa loya pulak tu.Dia menekup mulutnya yang ternganga tadi dan berlari ke bilik air.Dikeluarkan segala isi di dalam perutnya yang membuatkannya menjadi tak selesa ke dalam mangkuk tandas.Ain menekan punat tandas.Semua muntahnya bercampur air dipam keluar.Dia menuju ke sinki.Mencuci tangan dan mulutnya.Dia melangkah keluar longlai.Dia melabuhkan punggungnya di sofa bilik itu.Mindanya ligat mengingat apa yang dimakannya semalam.Tapi belum sempat otaknya memutarkan kembali perkara semalam tekaknya kembali loya.Ain berlari kembali ke bilik air.
"Apa yang aku makan semalam ni?Adui"Ain terduduk ditepi tub mandi bilik air itu.
‘Selama kamu kahwin nilah ada tak kamu rasa macam nak pitam,muntah-muntah,loya-loya ke pening kepala ke?’Benda lain yang cuba diingat benda lain pula yang terjah keluar.
"Jangan-jangan…Tak,tak.Mengarut.Tapi itu boleh jadi.Takkanlah.Eiiii!"Kusut kepalanya.Memandangkan waktu Subuh sudah hampir ke penghujungnya Ain segera berwuduk dan menunaikan solat.Dia termenung di atas sejadah.Ya dia tahu apa nak buat!
Ammar pulang tepat pukul 1 pagi hari itu.Dia memasuki ke dalam rumahnya.Ain masih belum tidur lagi.Sedang sibuk mentelaah sesuatu di meja kerjanya.
"Kenapa tak tidur lagi ni?"Ammar menghampiri isterinya.Dilihatnya isterinya sudah pun tertidur di atas meja.Ammar mengambil keputusan mengendong isterinya ke atas.Kasihan letih bekerja.Perlahan-lahan Ammar menarik kerusi beroda itu ke belakang sedikit.Penuh berhati-hati dia mengangkat isterinya untuk diletakkan di atas kedua-dua lengannya.Mujur isterinya itu tidak terjaga.Lega.Mungkin letih sangat kot.Ammar meletakkan Ain di atas katil bilik tidur mereka.Diselimutkan Ain.Satu kucupan di dahi dihadiahkan oleh Ammar kepada Ain.Selepas membersihkan diri Ammar mengambil tempat disebelah Ain.Baru sahaja matanya ingin terlelap satu panggilan telefon membuatkan tidurnya terbantut.
"Hello…"Malas sahaja bunyinya.
"Ammar.I miss you sayang!" Syafira.Ammar menghela nafas kecil.
"I miss you too.Esok kita jumpakan?"
"I tak boleh tahan tunggu esok.I rindu sangat dekat you.Kita jumpa sekarang boleh?"Rengek Syafira.
"I letihlah.Baru balik kerja.I nak tidur.Jumpa esok.Bye."Ammar memutuskan talian dan mencabut keluar bateri telefonnya.Aman sikti dia nak tidur.
Ammar meraba-raba di sisinya.Kosong.Matanya dibuka.Dilihat lampu bilik air dibuka.Dia mengerling ke jam dinding.Pukul 6 pagi.Mungkin Ain nak solat.Dia kembali tidur.
"5 minutes more."Ammar menarik selimutnya.Ain mengeluh.
"Bangunlah!Dah nak habis waktu dah ni."Ain menarik selimut yang menutupi badan Ammar.
"Yelah!"Keras sahaja bunyinya.Ain bersandar di kepala katil.Memang payah untuk menyuruh suaminya itu mengerjakan solat.Kalau disuruh barulah buat.Seperti semalam perutnya berasa mual.Dia membuka laci sisinya.’Pregnancy test kit’ sudah berada ditangan.Dia harus melakukannya hari ini juga.Selepas sahaja Ammar keluar dari bilik air,Ain pantas memasuki ke dalamnya. Ammar hairan.’Buang saham besarlah tu’Teka Ammar.Usai menunaikan solat,Ammar melabuhkan punggungnya di atas sofa.Alat kawalan jauh televisyen dicapai lalu ditekan punat yang berwarna merah.Dia membuka siaran berita.Sudah setengah jam Ain berada di dalam bilik air.Hati Ammar gusar.Pengsan ke isterinya itu?Tak keluar-keluar.Berita yang ditontonnya tadi pun dah habis siarannya.Ammar bangkit dari sofa dan mengetuk pintu bilik air.
"Ain are you okey in there?"Ketukan pintu yang tiba-tiba membuatkan Ain terperanjat.Dia tidak tahu hendak berbuat apa.Alat penguji kehamilan digenggamnya.Tanpa diduga Ammar memasuki ke dalam tanpa izin.
"Kenapa ni?"Ammar menghampiri isterinya.Matanya tertancap di tangan Ain yang sedang memegang sesuatu.Tidak tahu dia apa benda itu.
"What is this?"Ammar mencapai alat penguji kehamilan daripada tangan Ain.
"Ain please talk to me."Gesa Ammar.Risau juga dia wanita itu tidak bercakap apa-apa sejak tadi.
"I’m...I’m pregnant..."Ucap Ain lemah.Ammar yang tadinya mencangkuk di sebelah Ain segera bangkit.
"What?!No way!How could you do this to me?!"Ain memandang tajam ke arah suaminya.
"Apa awak cakap?!"
"I used protection!Tak mungkin!"Ammar sudah berang dan tak tentu hala.Dia berjalan mundar-mandir di situ.
"Awak pun tahu protection bukannya 100%!" "Ni bukan anak saya!"
"Apa awak cakap?"Bukannya Ain tidak dengar tapi dia inginkan kepastian.
"Tu bukan anak saya!"Jerit Ammar.Ain bangun dari duduknya.Dia menarik badan Ammar supaya memandangnya.
"Ini anak awak!"Ain mencapai tangan suaminya lalu diletakkannya di perut.
"No!Ini anak lelaki lain!It’s all your fault!Ahh!!"Ammar menafikannya.Air mata ain tumpah semahunya.Tidak dia sangka suaminya sanggup berkata begitu.
"Saya nak awak gugurkan anak ni!Saya tak nak anak ni!"Mata Ain membuntang.
"Dia tak berdosa!"
"Ah lantaklah awak nak cakap apa!Yang pasti saya nak awak bunuh dia!Saya tak nak dia hidup awak faham?!"Tengking Ammar.
"Saya tak akan bunuh dia!Kalau awak tak nak anak ni tak apa!Biar saya yang jaga dia!"
"What did you say?!What did you say?!"
"Saya nak dia hidup!"
"Fine!Lepas dia lahir saya akan ceraikan awak!"Ammar meloloskan diri keluar dari bilik air.Ain terduduk di situ.Besarnya tamparan yang diterimanya.Sedih bukan kepalang.’Ya Allah janganlah apa yang diucapkan oleh suamiku itu menjadi kenyataan.’Doanya dalam hati.
hish...! ape punyer suami laaa.... dh la men kayu 3 blkng isteri pas2 sng2 xnk ngaku anak lak ingtkn ammar nie baik., biar ain cerai lar dngn ammar klu camnih sure danish snggup trime baby tuu... hehe=) pas2 biar ammar nyesal xsdh2.PADAN MUKER! cik writer arap ending hapy lah eark...? lame dh tunggu smbngn novel nie lps nie arap cepat2 conti, x sabar dah nk tahu slnjtnye nanti bagi blog ye
best ler..tapi rasanya danish tu lagi jht dari ammar.. sy rasa la..dia kan yang buat ammar jadi camtu.. dia nak dptkan ain tapi dgn cara yg kotor.. dia lagi jht..huhu
ya allah...!! terasanya bila baca novel nie...sampai hati ammar cakap macm tu pada ain.....saya tau maybe last ending ammar aka terbuka hatinya dan minta maaf pada ain...masa tu baru dia tau......
apasal dgn ammar ni die x paham ke klu prmpuan yg dh kawin mstla nk smbg zuriat bknnye suke2... kesian ain... knape la x ngaku ank sndri mintak ending nanti yg t'baik bagi sume phk la continue lagi
ammar x gune! ape die ingt nk gugurkn ank nie mcm korek tahi gigi ke..!klu rase tak nk ank xusah lah kawinnnnn!!!!!! hidop je sorang2..! geramnyer akuuuuuu nie dasar suami x kesian kat bini.. benci aku
aku benci ammar!!!!!!!!!!! pembunuh....geram t0l.... bley plak x ngaku ank sndri.. pe jns jantan 2... huahuahua.... tp..ak ske ammar... wutever la.... cpt smbg..x sabo nk taw... upload y bru taw...cpt..cpt..cpt...
kawin tak sampai setahun dah sebut cerai2 ape kebende ler si ammar niey aku tak heran sangat si ammar x tau anugerah tuh yang aku risau takot cik writer lambat sambung je...kihkihkih=)=)=)=)=)
eeeiii.. grm tol dgn ammar 2... pndai buat, x pndai nk tanggung... ps2 ley main kayu 3 plak 2.. bgus lah klu dyew craikn ain.. byerr ain dgn danish... bru bez.. cpt conti.. xsbr nk tau ksudhn citew nie..
salam... citer nie mmg best sesangat xptut ammar buat mcm tu kat ain, ade jugak ye suami yg xmau digelar ayah. die spttnye b'syukur sbb nk dpt ank so dpt smbg zuriat kat dunie nie.punye la ramai psngn yg dk kawin nie xblh nk dpt ank... ammar tuw dkre bertuah sngt. dhla mama die nk cucu.. ape2pun, hrp writer cpt smbng~~~~~
kn...Penulisan2u dah bgtau...cerite ni post kat sni jek...kat blog zurin dh xde....ape2pun....post n cepat skit yek...jgn lame2....nanti boleh lupe...kena bace dr awal...
ish..x sangka ya..sampai tak nak mengaku yg tue anak dia..playboy sungguhlah si ammar nie..kepada penulis, keep up a good work..jangan ambik ms lama sangat nak sambun ya..kesian kat kiteorng yg setia membaca..
satu penulisan yang bgus,i suke.hope u wat smbungan yang best2 k..good luck.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huk3...smpai ht ammar ckp tu..