Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ya ALLAH, apa yang kamu semua buat ni? Habis macam kerbau dah!"
Aku sudah agak ayat itu yang akan keluar dari mulut mak Faris. Mata Ana terbeliak melihat aku dan Faris yang dah tak nampak macam orang. Penuh satu badan termasuk kepala dengan lumpur. Aku dan Faris hanya tersengih.
"Er.. er.. Maira ni yang kenakan Ris dulu mak! Bakal menantu mak ni ganas!"
Aku tidak mampu bersuara, hanya tersengih. Malu teramat sangat. Berkelakuan semacam budak kecil di hadapan bakal mertua sendiri. Ana menggeleng-gelengkan kepalanya.
Mak Faris mengarahkan Ana mengambil tuala dan pakaian untuk aku dan Faris. Entah-entah sebotol sabun mandian pun belum tentu dapat menghilangkan bau lumpur seluruh badanku. Lama aku berada di dalam bilik air menyebabkan Faris bising diluar sana. Sesekali kedengaran suaran mak Faris yang menegur Faris. Suara Ana juga kedengaran.
Bila aku keluar dari bilik air, Faris sudah tercegat betul-betul depan pintu. Tersentak juga aku melihat ‘zombie’ lumpur dihadapanku.
Aku tersenyum mendengar suara mak Faris dari dapur. Faris mencebik. Sempat dia mencalit lumpur di dahiku. Hampir terjerit aku dengan perbuatannya tetapi otakku lebih cepat memikirkan bahawa emak Faris berada di dapur. Faris ketawa mengekek.
Aku melangkah naik ke bilik, tanpa sedar aku hampir sahaja terlanggar Along yang entah dari mana muncul. Sepatah kata maaf dariku hanya di jawab dengan jelingan Along. Along tak sukakan akukah? Sepanjang aku berada di rumah ini, Along langsung tidak menegurku. Mungkin dia segan ingin menegur. Aku cuba meyakinkan diri dan memimirkan yang enak-enak sahaja tentang along. Tetapi Along bukan setakat tidak menegurku, bahkan dia seperti memandang aku bagaikan ada yang tidak kena sahaja. Ah, mungkin hanya perasaan aku semata! Seperti kata Ana, Alongnya memang begitu.
Petang itu, setelah solat Asar kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Tanpa Along, Faris titipkan salam untuk abangnya itu. Ada riak kecewa di wajah Faris. Kecewa kerana Along tidak ada bersama menghantar kami. Begitu juga aku. Entah kenapa aku mahu sangat Along mengukirkan senyuman sebelum kami pergi. Sekurang-kurangnya aku mahu tahu Along menerima akan kehadiran aku suatu hari nanti sebagai salah seorang anggota keluarganya.
"Ris tak tahu ke Along tu kenapa?" soalku bila suasana sunyi tanpa sebarang suara. Faris dengan lamunannya. Tanpa sepatah kata sejak memasuki kereta dan meninggalkan perkarangan rumah.
"Erm, entahlah. Along dah jadi perahsia. Ris dah cuba banyak kali tanya dia tapi tak pernah sekali pun dia nak beritahu Ris. Ris kesian dengan Along. Ana selalu beritahu Ris yang Along banyak sangat termenung. Dah dua tahun Along macam tu." Di akhir kata, Faris mengeluh. Keluhan yang cukup berat. Aku yang baru melihat keadaan Along begitu pun sudah terasa tekanan inikan pula Faris dan keluarganya.
Sampai sahaja di Damansara, azan maghrib sudah berkumandang. Faris mengambil keputusan untuk berhenti bersolat di Masjid Taman Tun Dr Ismail sebelum kami singgah menjenguk Sean.
"Ris dah minta tolong Pak Ngah uruskan hal kita. Pak Ngah dah setuju nak tolong. Kita terus bertunang. Maira beritahu mak dengan abah ya?" Tiba-tiba sahaja Faris mengeluarkan kata-kata itu sebaik sahaja dia memasuki kereta setelah selesai bersolat. Aku jadi terdiam. Tidak tahu mahu memberi reaksi apa.
"Ris, bukan ke cepat sangat? Sempat ke nak buat persiapan?" tanya aku setelah sekian lama berdiam diri. Cuba tidak mahu Faris memikirkan yang bukan-bukan. Faris tergelak kecil.
"Tak adalah, Sayang. Ada lagi dua minggu. Cukuplah tu. Ris dah minta tolong Pak Ngah bincang dengan Abah Maira macam mana nak buat. Malam ni Maira telefonlah abah beritahu nanti tak adalah abah terkejut bila Pak Ngah Ris telefon."
"Ris…"
"Maira jangan risau. Semuanya akan okay. Cuma kalau Maira rasa Ris bukan yang Maira nak untuk jadi suami Maira…" kata-kata Faris terhenti di situ.
"Ris, tolong jangan nak mengada-ngada fikir yang bukan-bukan eh?! Jangan fikir yang Maira tak nak kahwin dengan Ris." Sedikit kuat suaraku. Nasib baik berada di dalam kereta. Faris merenungku. Renungan yang penuh pengharapan. Seketika kemudian, ada senyuman terukir di bibir itu.
"Maira ni kan?! Comel la Maira marah-marah. Maira, jangan risau ya. Insya-ALLAH semuanya akan jadi lebih baik. Tapi Ris janji kita hanya akan kahwin bila Sean dah sedar sebab lepas tu bolehlah Maira tumpukan perhatian kat Ris pula."
Aku tersenyum mendengar perancangan Faris. Jari-jemarinya aku capai. Perasaan yang tadinya penuh dengan pelbagai perasaan kini rasa bahagia yang mekar di hati. Keikhlasan dan impian Faris menjadikan aku benar-benar terharu. Tiga tahun dia menunggu aku dan aku tidak nampak kenapa aku harus menolak lamarannya. Kesungguhan Faris terhadap aku menjadikan aku yakin dia mampu membahagiakan aku. Doa aku panjatkan di dalam hati agar antara kami jodohnya berpanjangan.
"Minggu depan petang Sabtu Ris datang lagi. Pagi tu Ris ada hal sikit. Kita pergi cari cincin dan apa-apa yang perlu ya?"
"Ris…"
"Apa lagi sayang?! Dari tadi dok Ris je."
"Terima kasih ya! Maira tak tahu nak cakap apa tapi Maira…" aku rasa sebak yang amat sangat sehinggakan aku tidak dapat meneruskan kata-kata. Faris menarik aku ke dalam pelukannya. Aku dapat merasakan Faris mengucup kepalaku berkali-kali.
"Dah jangan menangis. Dah berapa kali Ris kata jangan menangis depan Ris. Maira ni degillah. Dah, jangan menangis macam ni." Mendengar kata-kata Faris makin aku mahu menangis. Entah kenapa.
"Dahlah, sayang. Jangan menangis. Nanti bengkak mata tu. Tak pasal-pasal kawan-kawan sayang tuduh Ris macam-macam nanti. Kita nak perg tengok Sean kan?! Dahlah, pandang Ris!"
Aku angkat muka, memandang Faris. Faris tersenyum. Saat aku sedang menangis ni dia boleh pulak tersenyum! Getus hatiku.
"Sayang Ris ni tak comel bila menangis. Macam budak kecik je." Pelahan Faris mengesat air mataku dengan jari-jemarinya.
"Ris tak nak sayang menangis lagi kerana hal-hal macam ni. Ris tak nak tengok Maira yang lemah. Janji tau?!"
"Dah orang sedih. Takkan tengah sedih nak gembira-gembira."
Faris tergelak.
"Maira tahukan, Ris sayang sangat kat Maira kan?"
Aku mengangguk. Aku tahu sangat betapa Faris sayangkan aku. Betapa Faris mencintai aku.
"Jadi, Ris tak suka tengok Maira macam ni kerana Ris. Ris buat semua ni dengan keikhlasan Ris untuk memiliki Maira kerana Ris amat-amat memerlukan Maira dalam hidup Ris."
Aku angguk lagi. Cuba memberi senyuman untuk Faris.
"Kita pergi tengok Sean ya?" pelahan sahaja suara Faris.
1st time bce,hehe..suke gak cte ni,hehe.. k, la nk bce y previous plak.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yu huu,, 1'st comment.
naper xle buka epsd 11 ngan 12 erk.