Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Jangan kawan dia,dia banyak kudis…………..nanti jangkit kat kita. Pergi jauh-jauh. Amani………………..mari kita balik". Aku memandang wajah abang Zaky. Pada kelopak mata abang Zaky ada air mata yang bertakung kukuh. "Nisah…………………..tak baik kau buat abang Zaky macam tu. Dia juga manusia macam kita. Kalau kau tak nak kawan abang Zaky,kau balik lah sorang. Biar Amani sorang je kawan dengan abang Zaky". Aku memandang wajah Anisah yang kelat macam buah salak. "Suka hati kaulah Nisah. Nanti kalau kudis tu jangkit kat kau,kau jangan kawan aku lagi". Aku melihat Anisah meredah semak –samun kecil pulang ke rumah. Aku tahu,Anisah cukup geram mengenang kedegilan ku sendiri.
"Abang…………….biar Amani bersihkan luka abang. Tengok tu,banyak darah yang keluar. Kak Poi Leng kata,kalau luka tak cuci,nanti ada nanah dan kuman". Aku ke tepi tali air untuk mengambil air bagi membersihkan luka abang Zaky. Terbongkok-bongkok aku di tepi tebing tali air. Malang tak berbau, aku terhumban ke dalam air. Aku menjerit meminta tolong. Seperti seorang pahlawan gagah,abang Zaky terjun ke dalam tali air bagi menyelamatkan aku. Dapat ku rasakan,nyawaku tidak ubah seperti ikan yang kehilangan air. Abang Zaky memaut lenganku dan membawaku ke tepi. Dengan bersusah payah abang Zaky menarik aku ke tepi tali air. Amani….bangun,jangan mati dulu. Nanti kalau Amani mati,sapa nak kawan dengan abang lagi". Abang Zaky mengoncang-goncangkan tubuh kecilku. Amani………ba………ba…….gun. Abang sayang Amani. Janganlah mati dulu". Suara tangisan abang Zaky semakin kuat. Aku membuka mataku. Ku lihat abang Zaky sedang memangku aku. Dengan lembut abang Zaky membersihkan kekotoran yang ada dimuka ku. "Nasib baik Amani tak mati tadi,abang janji…………..nanti kalau abang besar, abang nak kahwin dan jaga Amani sampai kita sama-sama mati". Ku perhatikan air mata abang Zaky jatuh di pipinya. Aku buat tak tahu dengan apa yang diperkatakan oleh abang Zaky kerana aku sendiri memang tak faham apa-apa pasal"kahwin".
"Abang…….macam mana kaki abang tadi. Ni ada air tepi pokok. Nanti Amani cucikan". Dengan lembut aku membersihkan lumpur yang terdampar di kaki abang Zaky. Suara menahan sakit abang Zaky singgah sebentar di telinga ku. Aku tahu,air yang ku siram di kaki abang Zaky menyebabkan lukanya menjadi pedih. "Pelahan sikit Amani…………….pedih sangat. Abang tak tahan" "Sikit je le………………kan Kak Poi Leng dah kata,kebersihan kena jaga". Abang Zaky mengetap-ngetap bibirnya menahan sakit. "Sakit".
Setelah luka di kaki abang Zaky aku bersihkan,aku ke tepi sawah untuk mengambil daun senduduk. Aku ingat lagi pesan Yi Yap "Nani………nanti kalau masa main-main dan luka,ambil daun senduduk dan kunyah-kunyah. Lepas tu letak di tempat yang luka". Aku menuruti sahaja pesan Yi Yap. Daun senduduk yang telah ku bersihkan aku kunyah terus. Biar agak kelat,tapi bila ingat pada luka abang Zaky,aku telan sahaja air daun senduduk itu. Tanpa membuang masa,daun senduduk yang terperap di dalam mulut aku keluarkan lalu ku tampal pada luka kudis abang Zaky. Aku membalut kudis abang Zaky dengan kain tudung ku. "Lepas ni abang…………jangan jalan ke mana-mana. Duduk rumah je" . "Kalau tak boleh keluar,macam mana nanti abang nak jumpa Amani. Sunyilah abang nanti". "Abang jangan risau,nanti Amani datanglah rumah Imam dengan Kak May May". Petang itu aku memimpin abang Zaky pulang ke rumahnya. Sesungguhnya memori lewat musim lalu,masih kukuh terpatri dalam ingatanku. Aku tersenyum sendiri bila teringat memori di tepi tali air dulu. Biar waktu itu aku sekadar gadis sunti yang berusia 9 tahun,tapi tak siapa tahu………………di hatiku telah terbit erti kasih sayang pada seorang lelaki. Namun ia tidak lebih,kasih seorang adik pada seorang abang sahaja.
Melewati usia kanak-kanak,persahabatan kami bertambah kukuh,tapi segalanya mula berubah saat abang Zaky meninggalkan aku sendirian di desa kerana menuntut ilmu di Kajang. Sesungguhnya…….aku amat kehilangan dirinya dan mualai detik itulah aku mula mengenal erti rindu. Betul lah kata orang,semakin kita jauh dari insan yang kita sayang,maka semakin jauhlah harapan kita terhadap dirinya. Mungkin kerana kesibukan……………..abang Zaky semakin jarang menghabarkan berita untuk ku. Sudahnya aku membawa haluan sendiri biarpun rindu yang bertamu di hati masih kukuh terpatri.
"Assalamulaikum………………". "Jauh termenung". Lamunanku terhenti tiba-tiba. "Oh……………Kak May May". "Hari ni akak tak buka butik ke!!!!!!!!!!!". Kak May May mengeleng-ngelelengkan kepalanya. "Rasanya akak tutup butik seminggu. Rasa sunyi sangat sejak mama tak ada. Nak makan pun tak ada selera". Aku memeluk tubuh Kak May May. Dan kenangan bersama mama datang bertimpa-timpa. "Nani……………akak ….". Kata-kata Kak May May tidak bersambut lagi. Air matanya tidak tertahan. "Semakin akak cuba membuang kenangan bersama mama,rasanya semakin sakit hati akak". Aku memerhatikan wajah Kak May May. Aku tahu kesedihan yang bertamu di wajahnya telah menelan keayuan dirinya.
"Kak………………….cuba renung wajah Nani,Nani amat yakin kakak mampu menepis segala dugaan yang datang. Kakak tahukan,mama tak pernah mengajar kita menjadi lemah. Biar mama tak membela Nani,tapi apa yang kita dengar dari mulut mama,tak mungkin Nani akan lupakan sampai bila-bila. Kita kena kuat dalam meneruskan kehidupan". Tangisan Kak May May belum berhenti. "Kak,kita kena ingat,roh mama tidak akan tenang seandainya kita tetap meratapi pemergiannya". "Nani………………..apa yang perlu Kak May May buat.? Tak mungkin kakak dapat mengirim doa buat mama,Nani tahukan,agama kami dengan agama mama dan Nani sudah berbeza . Tak kan Kakak mahu ke tokong. Nani pun tahu…………..sejak kecil lagi,mama tak pernah membawa kita sekeluarga ke tokong. Kak sendiri pun tidak tahu bagaimana mahu berdoa mengikut kebiasaan bangsa kita. Hidup mama hampir sama dengan hidup cikgu Hadi . Bezanya mama tidak menunaikan solat serta menunaikan rukun Islam yang ada"
Hatiku mula sebak,namun dalam nada sebak,aku masih bersyukur kerana hidup sebagai seorang muslim. "Sabarlah kak". Air mata Kak May May yang mengalir di pipi,ku lap dengan lembut sekali. Saat inilah air mataku turut tumpah kerana di wajah Kak May May ada wajah Yi Yap. Aku cepat-cepat mengelap air mataku sendiri. Aku perlu memberikan contoh yang terbaik buat saudara-saudaraku yang lain. "Nani………………….andai nanti,hati akak terbuka meneruskan hidup mengikut ajaran agama Nani,akak nak sangat,biarlah Nani adalah insan yang pertama akan mengajar akan mengucap sebagaimana Nani tolong mama hari itu.". Hatiku semakin sebak. Kali ini air mataku semakin tidak tertahan. Tubuh Kak May May ku rangkul kembali. Kali ini aku menjadi terlalu lemah. Namun saat kesyukuran memaut diriku,aku amat terharu bila satu persatu darah dagingku seakan mahu merentas perjalanan ke syurga bersama-sama.
"Mak Su……………….papa panggil. Pap ada kat tepi perigi". Aku melepaskan pelukan bila terdengar suara May Lian. "Kat…………..kat mana?" "Tepi perigi". Aku segera ke perigi di belakang rumah abah. "Abang Kong Long panggil Nani ke". Aku memandang wajah kacak abangku yang seiras wajah apak. "Nani…………………malam tadi kami dah berbincang sebaik sahaja Nani balik". "Bincang?pasal apa?". "Macam nilah Nani……………….kami dah sepakat bahawa kami akan memperbesarkan rumah mama. Adik-beradik kita ramai. Nanti kalau hari raya,kami nak bersama di sini,mana mungkin kami duduk lama-lama di rumah abah Hadi. Malu rasanya. Kalau Nani setuju lepas cuti sekolah nanti,kami akan mula buat tambahan rumah itu. Sementara rumah tu tak siap lagi,May May akan duduk rumah abah Hadi. Abah hadi pun dah setuju". "Nani tak kisah bang,paling penting abang tak buang bahagian rumah yang mama buat dulu. Itu hasil titik peluh mama. Lagipun ia elok lagi,sayang pulak"
"Rumah asal akan kami kekalkan,Cuma yang depan tu je kami nak buat 2 tingkat" . Aku mengangguk-anggukkan kepalaku saat mendengar penjelasan abang. "Lagi satu abang nak tanya Nani,itupun kalau Nani tak keberatan menjawabnya. Macam mana hubungan Nani dengan Zaky?". Aku tergamam seketika. "Abang rasa,kalau Nani dah suka,apa mahu tunggu lagi. Dulu mama ada pesan,kalau Nani mahu nikah,mama mahu Nani cari lelaki sebaik Zaky. Mama kata………….kalau Nani bersuamikan Zaky,mamalah orang pertama akan bahagia. Abang sampaikan sahaja apa yang mama suarakan dulu. Aku memandang kembali wajah Abang Kong Long. Sesungguhnya aku berada dalam keadaan berbelah bahagi. Tidak dinafikan,hatiku telah terpaut dengan adab budi abang Zaky,namun sampai kini…………..kenangan bersama Amirul belum bisa ku kubur semuanya.
"Abang……………buat masa ini Nani belum bersedia untuk menempuh alam perkahwinan. Sukar rasanya menyingkir kepiluan dulu. Memang rasa cinta Amani buat abang Zaky telah mula berputik,tapi untuk Nani menyulamnya dengan indah sekali,tidak termampu untuk Amani lakukan. Amani belum berdaya membuka pintu hati kerana Nani takut pisang berbuah dua kali". Abang Kong Long mendakap tubuhku. Rasa sebak menguasai diri kami. Dapat ku rasakan air mata abang sulungku menembusi pakaianku. Abang Kong Long melepaskan pelukan kami. Mata lelaki yang mirip mendiang Apak Nampak berair. "Adik……………….adik kena kuat. Jangan biarkan cerita lama membunuh mimpi yang bakal menjelma. Sebagai seorang Islam,adik kena kuat hadapi segalanya. Adik kena tunjukkan pada yang lain bahawa adik mampu untuk meneruskan kehidupan"
Aku semakin malu dengan kelemahanku sendiri. Ternyata kata-kata guru Bahasa Melayu yang berada di hadapan ku kini,benar-benar menyentuh hatiku. "Nani………………mulai sekarang,menjadi tanggungjawab abang Ngah untuk member perhatian pada Nani dan May May. Abang tahu abah Hadi mampu membentuk adik abang menjadi insan yang agung,namun sbagai abang sulung,abang tak boleh melepas tanggungjawab yang mama berikan begitu sahaja. Amanah mama harus abang pegang. Amani tetap darah daging kami". Air mataku tidak tertahan lagi namun aku cuba mengalihkan pandangan ke puncak Ledang yang gagah memayungi kampong kami.
Saat azan zuhur berkumandang,abang Kong long ku tinggalkan sendirian di tepi kali. Biarlah abang Kong Long memandang ke tengah sawah sepuas-puasnya. "Assalamulaikum mak". Emak memandang wajahku. Aku cuba memberikan senyuman untuk emak. "Amani………….nanti lepas solat zuhur,pergi rumah Mak Eton hantar kuih ni. Tadi mak dan mak long buat kuih lebih". Aku mengangguk tanda setuju. "Mak……………Amani naik dulu ya".
Hatiku mula tenteram selepas solat zuhur ku tunaikan. Sementara menanti jam 3 petang,aku membuka beg duitku. Di situlah terselit gambar abang Jasmee. "Abang……………Amani rindu pada abang". Sesungguhnya memori bersama abang Jasmee amat mencengkam diriku. "Amani…………..dalam dunia ini,selain mak dan abah,abang amat menyayangi adik abang yang seorang ini. Adik abang yang cantik manis,andai nanti umur abang tak panjang,adik tolonglah jaga emak dan abah ya". Aku segera menutup mulut abang Jasmee dari meneruskan kata-katanya. Ternyata………kepedihan itu terpaksa aku terima jua.
Tepat jam 3 petang,aku terus pergi ke rumah Mak Eton isteri Imam Basri. Basikal tua milik Yi Yap ku kayuh dengan berhati-hati. Angin timur laut yang bertiup lembut membuatkan hatiku dihambat sayu. Basikal tua inilah yang digunakan Yi Yap untuk menghantar aku ke sekolah ketika abah terpaksa berkursus. Maklumlah emak buta kenderaan. Berhimpit-himpit aku dan Kak May May membonceng basikal tua ini tetapi yang pasti ………..kami amat gembira saat itu. Celoteh Yi Yap yang banyak membuatkan kami tidak kering gusi. Paling pasti,kenangan itu tidak bisa untuk ku putar kembali.
Sampai di simpang besar,aku membelokkan basikal tua milik Yi Yap ke arah rumah Mak Eton. Saat itulah aku terpandang sosok tubuh abang Zaky yang tidak berbaju. Hatiku menjadi tidak tentu arah. Seumur hidupku,tidak pernah aku memandang tubuh lelaki dewasa secara langsung. Hatiku bergetar hebat. Naluri keperempuananku berkecamuk hebat. Dadanya yang bidang membuatkan aku berimaginasi seketika. Peluh yang mengalir di dadanya menambahkan lagi kegagahan sosok tubuh abang Zaky. Bulu-bulu nipis yang berkeliaran di dadanya menambahkan lagi keindahan tubuhnya. "As…….as….salamulaikum abang Zaky". Abang Zaky memalingkan wajahnya ke arah ku dan pandangan kami pun bersatu. Aku tergamam,kuih badak berendam yang ku jinjing bertaburan di atas tanah. Dalam keadaan yang tidak terkawal,tubuh ku melayang ke petak-petak sawah yang terletak bersebelahan rumah Imam Basri. Seperti nangka busuk,tubuh ku tercampak ke dalam air yang penuh lintah dan lumpur. (Nukilan :kayaizzat)
Lepas pertemuan 14 tiba-tiba pertemuan 16 pulak. Mana pergi pertemuan 15.? Harap dapat masukan segera sebab hari tu rasanya macam ada je.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bley thn..tp rpt sgt la..
pning nk bce.