Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
ANDY memasuki perkarangan banglo lama itu. Dia memberhentikan motorsikalnya betul-betul di hadapan anjung. Dewi menyuruh Andy menghantarnya sampai di hadapan pintu pagar luar rumahnya sahaja. Tapi Andy berdegil ingin menghantarnya sehingga ke dalam.
Dewi melangkah turun dari motor Andy. Di cuba membuka tali topi keledar yang masih tersarung di kepalanya. Tapi tidak Berjaya. Terkial-kial dia ingin membukanya. Semakin dia cuba untuk membuka, semakin ketat pula tali topi keledar itu.
"Sini saya bukakan." Pinta Andy.
Dewi menglangkah menghampiri Andy yang masih di atas motornya. Andy melonggarkan tali topi keledar Dewi lalu membukanya.
"Thanks sebab hantar saya ek?" Ucap Dewi sambil membetul-betulkan rambutnya.
Andy hanya tersenyum. Dilihat keadaan banglo yang di diami oleh Dewi ketika ini. Dia hairan, bagaimana Dewi boleh mendiami banglo seusang ini?
"Awak tinggal di banglo ni?" Tanya Andy seolah tidak percaya.
"Ha'ah, kenapa?"
"Tak ada apa-apa, saja tanya."
Diam.
"Oklah awak, saya diri dulu. Lain kali kalau awak nak balik bagi tahulah saya. Mungkin saya boleh hantar." Pelawa Andy lagi.
"Oh, thanks. Hari ni je kot, sebab kereta pemandu saya rosak, sebab tu driver saya tak dapat nak datang jemput. Kalau tak, saya tak tunggu teksi tadi." Jawab Dewi tersekat-sekat. Gagau benar bila bertentangan mata dengan Andy.
Andy akur. Dia mencapai sesuatu dari dalam poket seluarnya, dikeluarkan secebis kertas dan pen.
"Awak ada handphone?" Tanya Andy.
Dewi hairan. "Kenapa?"
"Baleh saya minta nombor awak?"
Awalnya Dewi serba salah untuk memberi nombor telefon bimbitnya. Takut benar jika nombor telefon binbitnya bakalan di jaja. Tapi bila dipujuk oleh Andy dengan menyatakan dia tidak berniat jahat, tapi hanya sekadar ingin berkenal-kenalan sahaja. Akhirnya dia memberi juga.
"Nanti saya call awak ek?" Kata Andy sambil menekan giar satu lalu motornya mula meluncur meninggalkan perkarangan banglo itu.
Dewi tersenyum sendiri. Dia tidak tahu, apa yang membuat jantungnya berdebar-debar seolah nak tercabut ketika ini. Selepas beberapa saat melayan perasaannya sehingga kelibat Andy hilang dari pandangannya, dia melangkah masuk ke dalam banglo.
Sesampai di dalam bilik. Dewi terus menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Hatinya terasa sangat bahagia. Berbunga. Tidak tahu kenapa. Seolah ada sesuatu yang mengembirakannya. Wajah Andy sedari tadi memenuhi ruang mindanya. Dia tersenyum sendirian.
Dia bangun, melangkah ke meja solek. Ditatap wajahnya dari dalam cermin sepuas-puasnya. Tersenyum gembira persis seorang yang sedang dilanda gila bayang. Dia menyikat rambutnya. Dilepaskankan rambutnya lalu beralun mengikut rentak kepala. Diraut rambutnya perlahan sambil menatap penuh wajahnya di cermin.
Tiba-tiba dia teringat kembali wajah-wajah lelaki yang membulinya di perhentian bas tadi. Benci benar dia dengan Aliff dan rakan-rakannya. Tampa disedari wajah benci tiba-tiba terukir di sebalik wajahnya.
Dewi merenung wajahnya sendiri dari dalam cermin. Perasaan marahnya pada Aliff dan rakan-rakannya seolah mebuak-buak. Seolah ada satu perasaan yang wujud dan menambahkan lagi nyalaan marahnya pada Aliff dan rakan-rakannya. Tiba-tiba, bayangannya sendiri, tertawa sinis dari dalam cermin.
Dewi terkejut. Terganjak bandannya sedikit ke belakang. Selepas mata berkelip, bayangan itu hilang. Kembali seperti biasa. Tiba-tiba dia merasakan seolah ada sesuatu sedang memandangnya. Dewi memandang sekeliling ruang bilik, cuba mencari kehadiran sesuatu yang dia dapat rasakan. Sunyi dan senyap. Tiada apa-apa yang mencurigakan.
Semasa Dewi sedang melilaukan bola matanya ke seluruh sudut biliknya, bayangannya di cermin hanya memandangnya sambil tertawa sinis. Dewi kembali menoleh mengadap bayangannya di cermin.
"Argh!!!" Dewi menjerit sekuat hati. Terkejut bila dia melihat bayangannya sendiri tersengih memandangnya. Tangannya secar automatik menutup mata. Takut untuk melihat bayangannya sendiri.
Dewi membuka matanya perlahan-lahan. Dilihat bayangannya dari cermin soleknya, seperti biasa. Wajahnya sinisnya tadi sudah tiada. Hatinya cemas. Jantungnya berdegup pantas. Apakah yang dia lihat tadi? Bayangannya tersengih padanya? Dia mula tidak tentu arah. Mungkin illusinya sahaja. Dia cuba berfikiran positif. Dia berpaling dari cemin itu lalu mencapai tuala di penyidai. Bayangannya tertinggal. Bayangannya di cermin itu memandang sinis pada Dewi tanpa Dewi sedari.
Dewi melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Semasa dia baru ingin menguak daun pintu bilik air, dia terasa seperti ada angin melintasi belakangnya. Seolah ada yang melintasi belakangnya. Segera dia menoleh ke belakang. Tiada apa-apa. Dia pandang ke arah tingkap, tertutup rapat. Langsir tidak bergerak. Dia musykil. Beberapa saat kemudian, dia melangkah masuk ke dalam bilik air dan tidak menghiraukan perasannya tadi.
Beberapa minit kemudian.
Dewi melangkah keluar dari bilik air, dia merasakan biliknya nyaman sekali. Sejuk. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup-niup halus. Terasa kedinginan menyentuh kulit. Dewi kehairanan, dari mana datangnya angin ini? Dia menoleh pada tingkap biliknya. Dia terkejut. Tingkap biliknya terbuka!
*****************
ALIFF dan rakannya duduk sekumpulan di sebuah taman permainan. Dia dan rakan-rakannya yang lain sedang menunggu seseorang. Dia perlu menuntut upahnya selepas kerja yang diberi padanya telah selesai dilaksanakan.
"Poyolah mamat tadi tu?" Tanya salah seorang kawan Aliff yang berbadan gempal.
"Tulah, berlagak macam hero dalam cerita Hindustan pulak." Jawab Aliff sambil menyedut rokoknya dalam-dalam.
Mereka semua baru berusia 14 tahun, tetapi merokok mengalahkan orang dewasa. Satu hari mesti habis sekotak. Kesemua mereka mengisap rokok sembunyi-sembunyi dan tidak diketahui oleh ibu bapa mereka. Jika ibu bapa mereka tahu, mahu kena rotan atau dikejar keliling kampung.
"Cun jugak minah tu tadi ek?" Tanya seorang lagi kawan Aliff yang berbadan kurus kerempeng.
"Tulah, kalau jadi awek aku pun, ok gak kan?"
"Ah sudahlah kau, muka macam tenuk tertelan jering, ada hati nak kat budak perempuan tu." Seraya semua yang ada di situ mentertawakan Aliff.
"Kurang asam jawa korang. Gelakkanlah aku. Sekor-sekor aku seligi karang." Bentak Aliff seolah mengugut.
Dari jauh dia ternampak kelibat Andy sedang menunggang motorsikalnya ke arah mereka. Cepat sahaja Aliff turun dari motorsikalnya. Andy sampai ke kawasan mereka.
"Weh, ini habuan korang." Jelas Andy sambil menghulurkan sekeping not 50 ringgit.
"Thanks bro. Kalau ada kerja-kerja sampingan untuk kita orang buli budak perempuan lagi. Panggillah kita orang lagi ek? Kita orang akan berkhidmat untuk bro." Jelas Aliff sambil meletakkan tangannya di bahu Andy yang masih di atas motornya.
Cepat Andy menepis tangan Aliff itu. Dia memang tidak suka orang meletakkan tangan di bahunya.
"Aku harap apa yang kita buat ni jadi rahsia kita ok? Sampai aku dengar cerita ni tersebar. Sekor-sekor aku cari tau?" Andy memberi amaran keras sambil memandang seorang demi seorang kuncu-kuncu Aliff. Dia tidak mahu rancangannya diketahui sesiapa. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu yang dia telah mengupah Aliff dan rakan-rakannya untuk mengusik Dewi bertujuan untuk merapati Dewi. Termasuk kawan-kawan rapatnya sendiri.
Aliff dan rakan-rakannya mengangguk tanda faham. Andy berlalu meninggalkan Aliff dan rakan-rakannya.
"Apa lagi Aliff belanja ar kita orang makan." Pinta kawan Aliff yang berbadan gempal tadi.
"Kau ni, makan je." Rungut Aliff. "Ok, jom aku belanja." Sambung Aliff lalu menghidupkan injin motorsikalnya dan memecut laju ke arah sebuah restoran berdekatan. Di ekori oleh dua lagi kawannya itu.
SELESAI sahaja Dewi solat Magrib, dia terus melangkah turun menuju ke ruang makan. Perutnya sudah lapar. Dapat dilihat di atas meja, sudah terhidang lauk pauk untuk makan malam. Sempat dia menjengah ke arah luar rumah sebelum melangkah menuju ke meja makan.
"Mak We, ibu belum balik ke?" Tanya Dewi sambil meletakkan telefon bimbitnya di atas meja lalu menarik kerusi dan kemudiannya dia duduk.
"Balum lagi Cik Dewi. Mungkin kejap lagi Puan baliklah." Jawan Mak We sekadar mengagak-agak.
Dewi megeluh halus. Hampir setiap hari dia terpaksa makan malam sendirian. Ibunya sering balik lewat malam. Esoknya, awal-awal pagi lagi sudah ke pejabat. Kadang-kala tidak sempat untuk bersarapan dengan ibunya. Nak berborak dan bermanja dengan ibunya juga, bukan main susah lagi dek dibatasi oleh kesibukannya.
Memandangkan lokasi banglo ini agak jauh dan terpencil, jadi ayahnya tidak pernah lagi melawatnya semenjak dia berpindah ke banglo yang di anggap usang ini. Sampai sekarang dia masih musykil, mengapa ibunya sanggup membeli banglo usang ini.
"Mak We, marilah makan sekali dengan Dewi. Bosanlah makan sorang-sorang. Ajak Pak Mat sekali." Pelawa Dewi.
"Tak apalah cik Dewi. Mak We ada banyak kerja lagi di dapur tu. Pak Mat pun baru je sampai dari bangkel, penat lagi tu." Jawab Mak We biasa. Dia memang terasa janggal untuk duduk makan bersama dengan Dewi satu meja. Padanya, majikan dan pekerja tidak layak untuk duduk satu meja yang tidak sama tinggi tarafnya.
Wal hal, Dewi tidak pernah fikirkan begitu. Pada Dewi, manusia semuanya sama darjatnya di sisi ALLAH, tidak perlu untuk membeza-bezakan golongan sesama manusia. Dewi akur dan hanya menjamah makan malamnya sendirian. Itulah rutin makan malamnya setiap hari. Makan dengan tanpa ibu di sisi.
Selesai makan, Dewi terus meminta diri untuk ke biliknya. Selepas Dewi hilang dari padangan, segera Mak We muncul dari dapur untuk mengemas meja makan. Beberpa minit kemudian, Dewi muncul semula dari biliknya.
"Cik Dewi!" Panggil Mak We tergesa-gesa selepas melihat Dewi mula melangkah untuk ke luar rumah.
"Cik Dewi nak ke mana malam-malam ni. Kalau Puan Azizah balik nanti, apa Mak We nak jawab padanya?" Tanya Mak We penuh hormat.
Dewi tidak terus menoleh. Mak We pula terus menanti jawapan sahih dari Dewi. Masuk malam ini, sudah dua malam berturut-turut Dewi keluar malam. Masa yang sama seperti malam tadi.
Dewi menoleh ke arah Mak We. Sinis benar renungannya. Bongkak benar senyumannya. Dia memandang Mak We rendah. Jelingan benci menujah-nujah anak mata Mak We sehinggakan Mak We terpaksa menundukkan kepalanya tanda hormat.
"Dari dulu lagi kau tak serik ya? Mengapa kau perlu kacau aku. Ini bukan urusan kau. Kau tidak perlu ambil tahu." Jawab Dewi sinis sambil melangkah menghampiri Mak We. Mak We terkejut dengan nada dan kata-kata itu. Cepat dia merenung wajah Dewi ketika ini. Seolah sejarah sepuluh tahun dulu kembali lagi. Seolah yang mati telah diseru kembali. Setelah yang tiada muncul kembali. "Jangan ganggu hidup aku lagi!" Bentak Dewi lalu meninggalkan Mak We sendirian di situ.
Mak We terpaku tidak bersuara apa-apa.
"Mak We? Kenapa dengan Mak We ni?" Tanya Dewi dari arah belakang. Dewi hairan bila melihat Mak We tercegat sendirian di ruang tamu.
"Tak ada apa-apalah cik Dewi." Jawab Mak We cemas lalu melangkah ke ruang makan untuk menyambung kerja dapurnya yang tergendala tadi. Dewi kehairanan.
*********************
ALIFF dan dua lagi rakannya, asyik berbual di sebuah restoran yang agak terkenal di pekan ini. Restoran yang di beri nama, Hazliza Restoran itu adalah restoran yang paling popular di pekan ini. Selain masakan asam pedasnya yang di khabarnya sedap, sup tulang di restoran ini juga adalah salah satu daya penarik mengapa harus pengemar sup tulang makan di restoran ini.
Walaupun ada khabar angin yang menyatakan restoran ini mengunakan ilmu hitam untuk melariskan perniagaan mereka, tapi itu bukan satu isu yang penting bagi mereka pengemar sup tulang dan asam pedas kepala ikan. Janji masakan mereka sedap, sudah pasti ramai yang bertandang untuk menjamah makanan mereka. Walau bagaimanapun, khabar angin itu masih tiada kesahihannya.
"Erek…" Aliff sedawa. Mengeluarkan angin dari dalam badannya. Tanda perutnya sudah kenyang. "Macam mana, sedap tak Abu?" Tanya Aliff pada kawannya yang berbadan gempal yang duduk di hadapnnya.
"Mestilah sedap, lagi-lagi kalau orang belanja." Jawab Abu sambil menghirup saki baki kuah sup tulangnya. Sampai berpeluh-peluh Abu menghabiskan sup tulangnya.
"Kau pulak Mail? Cukup tak? Kalau tak cukup pergilah order lagi." Tanya Aliff pada kawannya yang berbadan kurus pula sekadar menduga-duga.
"Ish, dah full beb!" Jawab Mail sambil mengusap perutnya yang kelihatan sedikit membuncit.
"So, lepas ni nak pergi mana?" Tanya Aliff lagi.
"Apa lagi lepaklah kat tempat biasa." Jawab Mail sambil menyedut habis teh ‘O' aisnya.
"Abang, kira!" Panggil Aliff pada salah seorang pelayan di restoran itu sambil memusingkan jari telunjuk berbentuk bulatan pada meja.
Selepas membuat pembayaran, Alif, Abu dan Mail mendapatkan motorsikal masing-masing. Aliff membetul-betulkan cermin sisi motorsikalnya. Membetulkan posisi cermin sisinya agar dia boleh melihat kenderaan di belakang melalui cermin itu. Sedang dia mengerak-gerakkan cermin sisi motorsikalnya, tiba-tiba dia terlihat kelibat seorang perempuan di tempat duduk belakang sedang memandangnya sambil tersenyum. Lekas dia menoleh ke belakang. Tiada!
Dia melihat kembali kelibat wanita tadi melalui cermin itu. Kelibat itu sudah tiada. Dia kehairanan. Tiba-tiba dia terasa dingin seolah ada angin bertiup dari arah belakangnya. Meremang bulu tengkuknya. Cepat-cepat dia mengusap tengkuknya. Tiba-tiba sahaja terasa seram sejuk.
"Aliff, race jom. Siapa sampai dulu. Dia menang." Ajak Mail sambil memulas-mulas minyak motorsikalnya. Bunyian dari eksos motorsikalnya membingitkan suasana.
Aliff seolah terpaku. Masih kehairanan, siapa gadis yang dilihatnya tadi? Dia cuba mengabaikan perasaannya itu.
Abu dan Mail memecut laju meninggalkan Aliff di belakang. Aliff terasa tercabar, dia juga terus memulas minyak motorsikalnya sehingga habis. Motorsikalnya meluncur laju di atas jalan raya. Segala kenderaan di hadapannya dielak ke kiri dan ke kanan. Mencelah selagi ada ruang yang memuatkan tubuh dan motorsikalnya untuk mencelah. Ditinggalkan Mail dan Abu jauh di belakang.
Aliff terus memecut laju meninggalkan Abu dan Mail lebih kurang 500 meter di belakang. Dia merasakan puas bila dapat meninggalkan dua lagi kawannya itu. Perasaan tercabarnya sudah bertukar perasaan bangga. Dia terus memecut laju sehinggalah dia sampai ke kawasan jalan raya yang agak sunyi.
Jalan yang membawa banyak cerita mistik. Bayak kisah telah diceritakan mengenai jalan yang sedang Aliff lalui ketika ini. Jalan yang dihimpiti dengan dusun durian ini terasa seram tatkala menjelang waktu malam. Walaupun hanya lebih kurang 200 meter sahaja jalan sunyi ini, tetapi Aliff merasakan perjalannya terasa jauh sekali. Seolah dia berpusing-pusing di jalan yang sama.
Dia tidak berani untuk memberhentikan motorsikalnya. Dia terus memecut laju dan mangharap agar dia cepat melepasi lembah jalan sunyi ini. Kelibat Abu dan Mail entah di mana. Rasanya sudah jauh dia tinggalkan di belakang. Tiba-tiba motorsikalnya terasa berat, seolah ada yang menumpang di tempat duduk belakang. Bulu romanya meremang seluruh badan.
Dia memandang dari cermin sisinya untuk melihat siapa yang duduk di belakangnya. Awalnya dia agak takut-takut. Bila merasakan motornya semakan berat, walaupun minyak sudah habis di perah, motorsikalnya masih juga terasa lambat dan berat. Dia memberanikan juga dirinya untuk melihat siapa di tempat duduk belakang. Hairan. Tiada sesiapa. Tapi merasakan motorsikal berat sangat. Seolah dia sedang membawa dua orang manusia menumpang di belakangnya. Dia mengabaikan. Pelbagai andaian di ruang mindanya. Dia terus memecut laju.
Selepas sahaja dia menoleh kembali ke depan jalan, dia terlihat kelibat seorang wanita sedang melangkah perlahan melintas jalan raya. Mengelabah Aliff mengelak. Motorsikalnya terus hilang kawalan. Dia terhumban ke bahu jalan. Dia tercampak di pagar besi berduri yang ada di tepi jalan itu. Muka tercakar pada pagar besi berduri itu lalu terhumban ke dalam parit yang berhampiran.
Dia dihimpap oleh motosikalnya sendiri menyebabkan dia sukar untuk timbul semula ke permukaan air. Dia meronta-ronta meminta tolong. Semakin dia meronta. Semakin banyak air masuk ke dalam mulutnya. Terasa lumpur melintasi anak tekak. Dia semakin hilang kawalan, kemudian. Pandangannya gelap.
Beberpa minit kemudian, Abu dan Mail muncul beriringan di jalan yang sama. Mereka berdua juga mengalami situasi yang sama. Mereka berdua hilang kawalan dalam pemanduan motosikal masing-masing akibat mengelak dari seorang wanita yang tiba-tiba muncul di tengah jalan.
Mereka berdua telah berlanggar sesama sendiri dan terseret di atas jalan raya sejauh 100 meter ke hadapan sebelum terhumban ke dalam parit berhampiran. Mereka berdua tidak tahu berang. Akibat kecederaan yang parah di kaki, mereka berdua terkapai-kapai di permukaan air. Tengelam timbul tiada siapa yang perasan. Dan akhirnya, mereka berdua tengelam. Hanya tinggal buih-buih di permukaan air dan kemudian buih itu hilang sedikit demi sedikit.
Mirror 4 dahkuar minggi lepas. Tapi kuar kat 45 karya terbaru tu. kat kolum NOVEL BERSIRI still sampai bab 3 lagi... mungkin pengusaha PENULISAN2U busy kut nak update page.
Novel ni menurut penulisnya memalalui blognya, iainya novel remaja. Jadi dia menggunakan bahas ayang mudah dan simple. Dia takut pembaca yang disasarkan kita dapat memahami bahasa org dewasa.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best seram cuma kalau leh..lebihkan penghayatan dan garapkan dalam bahasa agar kesanya dapat dirasai..contohnya, luaskan pergunaan perbendaharaan