Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"YA ALLAH,aku memohon padaMu. Tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus. Ya ALLAH,hanya padaMu aku mengadu. Tutupkan lah hati ini buat Rizwan kalau dia bukan diciptakan untuk aku. Bantulah aku,ya ALLAH. Hanya Kau yang mengetahui segala yang tersembunyi. Bukakanlah hati aku buat insan yang telah Engkau ciptakan untuk aku dunia dan akhirat. Hanya padaMu aku berserah,aamin.." Lama dia menekup muka yang bercucuran air mata dipipi. Dia benar-benar berharap ALLAH menerima doanya. Satu persatu kain sembahyang dilipat. Dia berdiri sambil berzikir pada ALLAH. Matanya terpandang kalendar di dinding. Dia menghampiri kalendar lalu ditanggalkan. Lagi seminggu tahun baru! Alhamdulillah.. Bismillah, dengan nama ALLAH,aku berazam akan lupakan Rizwan! Kabulkanlah ya ALLAH! Dengan lafaz bismillah,dia seolah-olah mendapat semangat baru! Dia yakin,hanya meminta pertolongan dari ALLAH, pasti berkesan! Tambahan dengan doa dari ibunya sejak seminggu lalu. Dia percaya,doa seorang ibu lebih didengari ALLAH.
Setelah pelanggan beredar dari kaunter,Scha kembali ke meja tempat pekerja berehat. Sambil menyanyi kecil dia duduk disebelah Diya. Kacang dari tangan Diya yang siap dikopek,di ambil. Terpinga-pinga gadis itu. Scha tergelak kecil. "Siot kau!" Marah Diya,kacang dikopek lagi. " Eh,tahun baru cuti tak?" Diya menyoal pula. Scha menjungkit bahu. Mereka melirik pada Zul,abang Scha. "Korang nak kerja ke?" Zul menyoal sambil menyuap kacang ke mulut. Kedua gadis ini menggeleng. Mereka memandang seorang wanita 30an di sebelah Diya. Wanita itu menggeleng lambat. "Yes! Tiga lawan satu,cuti!" Diya dan Scha bersorak. Pekerja lain ada yang senyum sendiri apabila terdengar perbualan mereka. "Ada call." Bisik Nor,pekerja mereka pada Scha dari belakang. Bimbang Zul terdengar. Scha bingkas bangun menuju ke dalam ruang bancuh air. Sempat dia melirik pada Zul yang asyik mendengar berita di televisyen.
Tergamam seketika dirinya tatkala melihat nama yang tertera di skrin handset miliknya. Rizwan! Serta merta rasa suka,rindu dan bermacam perasaan di rasai saat ini. Ibu jarinya ingin menekan butang hijau,entah macam mana boleh tersilap,dia tertekan butang merah. Terpadam lah panggilan dari lelaki yang dirindui saban hari. Dia menunggu lagi,tetapi hampa. Rizwan tidak menghubunginya lagi. Hampeh! Tak tahu erti guna phone agaknya! Ah!! Sabar Scha.. Mungkin ada hikmah kenapa Tuhan tak bagi jawab. Scha diam seketika. Lupakan dia! Sekali lagi handset berbunyi,nama Badrul di skrin. Laju saja tangannya menekan butang hijau. Salam disambut, mereka berbual hampir 10minit. Scha menghela nafas kasar selepas panggilan dimatikan. Dia dapat rasakan,apa yang dibicarakan oleh Badrul,satu pun tidak menyentuh kalbu. Sekadar berbual kosong. Kata Badrul mahu lepaskan rindu padanya,tapi dirinya tak kisah lelaki itu ada atau tidak. Handset disimpan ke dalam poket lalu membawa diri kepada Diya. Hanya gadis itu yang tahu tentang dirinya,dia mahu menceritakan pada gadis itu.
4
"NAH! Ini azam yang akan aku capai sebelum akhir tahun baru ni. Kau sebagai saksi." Scha menyerahkan list yang ditulis semalaman tentang azam tahun baru kali ini. Penuh dengan ’lupakan Rizwan!’ "Bagus! Bagus! Macam ni la Scha yang aku kenal. Aku dah lama tak jumpa kau,kau gi mana?" Diya berseloroh. "Ada,sembunyi!" Jawab Scha menahan gelak. Akhirnya mereka bergelak bersama. "Hari ni ada plan baik punya tak?" Soal Scha setelah reda tawanya. Diya memetik ibu jari. "Ada! Baik punya! Kita pergi studium,tengok bunga api." "Baik ke?.." Scha menarik memek muka. "Baik la jugak!" Serentak mereka berkata. Sekali lagi mereka ketawa besar. "Aku dah ajak geng kita,diorang okey je nak join." Ujar Diya,dia membetul-betulkan buntut di atas katil. "Baru la baik punya! Pergi satu kereta syok sikit,beb." Scha memberi idea. "Viva kau muat ke kita enam orang?" Diya menahan gelak. "Nek kau la naik viva,aku pinjam wish abang la,dia baik punya la." Ujar Scha. " Nek aku,nek kau jugak,kan!" Diya berseloroh. Scha membaling bantal berbentuk love pada Diya,mereka saling membaling diselangi tawa.
Hon dibunyikan berkali-kali apabila dia tiba didepan rumah sewa empat lagi temannya. Jam tangan dilirik. Dua minit kemudian seorang demi seorang keluar dari rumah teres dua tingkat itu. Masing-masing berpakaian jeans dan t-shirt. Sempat mereka bertukar senyuman sesama sendiri. Kereta meluncur laju ke studium negeri. Jalan raya penuh sesak dengan kereta yang lalu lalang,terasa seperti hari raya. Masing-masing ada destinasi sendiri,tetapi kebanyakkan menuju ke studium. Malam tahun baru kali ini dirasakan lebih meriah. Hatinya terasa tenang bila bersama teman-teman. Walaupun masih ada bayangan Rizwan,tetapi sedaya upaya dia buang ingatan itu sejauh mungkin. Kali ini dia nekad,kalau tahun lepas tahun baru disambut dengan air mata,tahun ini dia mahu bangkit dari kelemahan. Aku nekad! Kereta yang dipandu Diya membelok ke perkarangan studium. Kebetulan satu parkir kereta kosong,cepat-cepat Diya mengisi kereta wish milik Zul.
5
"SELAMAT tahun baru 2009!" Masing-masing mengucapkan selamat pada teman-teman. Masing-masing mendongak melihat bunga api yang dilepaskan ke langit. Dalam kesesakkan sekeliling,handset milik Scha bergetar. SMS masuk. Belum sempat dia membaca,tiba-tiba hendset terlepas dari tangan. Kelam kabut gadis itu ingin mengambil semula handset dibawah. Ditolak rambang punggung temannya ingin mendapatkan handset. Matanya melihat handset miliknya tersepak oleh orang yang lalu disitu. "Woi! Tak Nampak ke handset aku tu!" Marah Scha tanpa melihat siapa yang tersepak telefon miliknya. Tapi dia perasan,itu kaki seorang lelaki. Lelaki berkulit putih itu menunduk lalu mencapai laju handset dari tanah,Scha memandang tepat wajah lelaki itu. Berderau darahnya hingga kepala. Rizwan! Lelaki itu juga kelihatan gugup. Lebih menambah sakit dihatinya apabila seorang gadis sedang memegang erat tangan lelaki itu!
Scha berpaling muka dari terus memandang dua insan itu. Sakit hatinya teramat sangat! Dia tahu rizwan cuba menjaga hati gadis disisinya,dia pura-pura tidak mengenali Scha! Selamba sahaja mukanya waktu memulangkan handset milik Scha sebentar tadi. Scha memejam seketika matanya. Sesaat kemudian dia mencapai tangan Diya yang rancak bersembang dengan teman-temanya. Diya terpinga-pinga. "Apasal ni,beb?" Soal Diya,dia hanya menurut langkah sepupunya. Tidak tahu kemana mahu dituju. Mata Scha sudah berkaca,cepat-cepat dikesat. Dia tak mahu menangis kerana lelaki curang itu! "Wan ada kat sini." Beritahu Scha sebaik mereka tiba di luar studium. Bibirnya terketar-ketar menahan sakit dihati. Diya berkerut dahi. "Wan kat sini? Dia buat apa kat sini?" "Ini tempat awam,kau boleh tanya dia buat apa kat sini?" "Sorry,aku tak nampak pun dia? Mana?" Diya memanjangkan leher,nanar matanya mencari kelibat lelaki itu. "Dia kat dalam. Dengan perempuan lain!" Beritahu Scha. dalam sakit hati,dia menggenggam kejap tangan sepupunya. "Kau biar betul?!" Diya meninggikan suara. Scha angguk,lemah. "Kau tunggu sini,biar aku basuh jantan tu!" Diya geram. Laju saja dia ingin melangkah tetapi dihalang. "Tak payah! Tak ada maknanya kau nak basuh dia." Scha diam seketika. "Biarkan je lah." Sambung Scha lagi,lemah sekali nadanya. "Kau nak biarkan je? Kau kat sini macam mayat hidup tunggu dia,dia selamba dengan perempuan lain,kau boleh biarkan je?!" Marah Diya,tidak puas hati dengan tegahan sepupunya. "Sekarang tahun baru,beb. Kau tahu kan azam aku tahun ni,kan?" Scha mengingatkan Diya. Azam,azam jugak beb. Tapi kalau dah depan mata dia kantoi,depan mata kau pulak tu. Tak kan nak biarkan je? Sekurang-kurangnya,tarik la rambut perempuan tu ke.. Rambut jantan tu ke,bagi puas hati sikit!" Marah Diya lagi. Dia pula yang tidak puas hati dengan lelaki itu. "Tarik rambut?" Scha menahan tawa. Geli hati dengan Diya. "Orang dah tak main tarik-tarik rambut dah,beb. Kalau tak puas hati,doa banyak-banyak. Lagipun,kau lebih-lebih,kenapa? Aku okey je." Scha berkerut muka memandang Diya. "Luar kau okey,dalam bukan aku tak tahu. Aku kenal kau bukan tadi la!" Diya pula menarik memek muka. "Thank’s,beb. Kau pandai,tapi aku akan okey kan hati aku ni. insyaALLAH,aku boleh. Kalau aku tak boleh tahan sabar,dari tadi dah aku belasah dia tu. Tak adanya aku nak seret kau kat sini." Scha merangkul bahu sepupunya. Mereka berbalas senyuman.
Diya menegeluarkan kereta dari tempat parking setelah semua temannya masuk kedalam kereta. Mereka ada plan lain selepas ini,hanya Scha yang tak tahu. "Aku lapar la. Pergi makan dulu,nak tak?" Laung Irma dari seat belakang. "Beres! KFC okey?" Diya menyahut,dia memandang dari cermin atas. "Beres!" Semua bersetuju. Sepanjang perjalanan,Scha hanya bersuara sepatah dua sahaja. Dia masih teringat air muka Rizwan tadi. Sakit hatinya hanya Tuhan yang tahu. Geram dengan dirinya yang asyik memikirkan tentang lelaki itu,tangan Scha memulas volume sehabis kuat. "Sabar,beb! Aku dah takut dengan kau ni." Diya memperlahankan semula volume radio. Scha tersenyum kelat. Lupakan dia!!
"Happy birthday Schazlin!!" Serentak kelima temannya menjerit. Scha tersenyum lebar,dia menekup mulut. Terharu dengan kejutan yang temannya rancang. Langsung dia tidak menghidu apa yang dirancang Diya dan teman-teman. Waktu kaki melangkah masuk kedalam restoran KFC, masing-masing berwajah selamba. Tak sangka pula rupanya mereka sudah merancang untuk menyambut hari lahir dirinya disini. Lilin yang terpacak diatas kek dinyalakan. Masing-masing teruja tatkala meminta Scha menghembus lilin. "Buat hajat dulu!" Pinta Iela,masing-masing memandang kearah Scha. Gadis itu memejam mata seketika,memasang niat dan berdoa. "Aamin..Okey!" Scha memaut wajah,kemudian dia meniup lilin. Riuh dengan tepukkan tangan dari teman-temannya. Dihati,dia bersyukur kepada Tuhan kerana dia masih berpeluang untuk menikmati hidup didunia yang fana ini. Dia juga redha dengan apa yang telah diuji selama ini. Walaupun akan memakan masa yang lama untuk ’sembuh’, dia akan cuba bersabar. Sesungguhnya,ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar.
sy hrp cte ni akn mjd tladan pd anak2 remaja zmn skangkan.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam...
best la citer nie
ade blog x?