Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Marjan menuruni tangga satu persatu. Tangan kanannya menggosok punggung yang masih terasa sengal. Matanya menangkap tubuh Lu’lu’ yang sudah bersedia di meja makan, sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan.
Dato’ Safwan, Datin Ifa dan Dato’ Mokhtar sudah tiada di ruang tamu.
"Marjan, mari makan. Dato keluar dengan datin dan Dato’ Mokhtar." Beritahu Mak Min yang sedang menuangkan air. Marjan menghampiri meja makan, mengerling Lu’lu’ yang mempamerkan riak bersahaja.
"kenapa Marjan? Sakit belakang ke?" tegur Mak Min.
Marjan senyum kelat. Geleng.
"taklah, jatuh tadi." Dia menjeling Lu’lu’ yang sedang menyuap nasi sekilas.
Mak Min geleng perlahan.
"ha, duduklah makan." Marjan angguk, dia menarik kerusi lalu duduk perlahan-lahan, berhadapan Lu’lu’. Mak Min masuk ke dapur kembali.
"aduh!" Marjan terjerit kecil apabila sengal di punggungnya terasa sebaik dia duduk.
Lu’lu’ menjeling tajam.
"padan muka! Lain kali, jangan banyak mulut, ok?" sinis bicara Lu’lu’.
Marjan membalas renungan tajam Lu’lu’.
"tak apa cik Lu’lu’, ini bukan apa pada saya. But I"ll do my best supaya cik Lu’lu’ pergi ke PD." Marjan menekan hujung suaranya. Bersama senyum sinis. Dia mahu mencapai mangkuk nasi apabila Lu’lu’ menarik mangkuk itu ke arahnya dahulu.
"kalau awak berani beritahu papa tentang tu, siaplah!" Lu’lu’ memberi amaran.
Marjan menarik nafas panjang.
"Mak Min, mangkuk nasi ni lari dari saya lah!" jerit Marjan.
Lu’lu’ tergamam. Pantas dia menolak kembali mangkuk nasi itu ke arah Marjan.
Mak Min terkocoh-kocoh keluar dari dapur.
"apa kamu cakap tadi? Mangkuk nasi lari?" berkerut dahi Mak Min.
Marjan angguk laju. Matanya masih terpaku di wajah Lu’lu’ yang menunduk sedikit.
"haah, tadi dia lari, tapi tak apa Mak Min, dah datang balik." Marjan memandang Mak Min sekilas, senyum nakal.
Mak Min melepaskan nafas lega.
"ish, kamu ni, ada-ada ajelah." Marah Mak Min. Mak Min beredar ke dapur semula.
Lu’lu’ bergerak ke hadapan sedikit.
"jangan beritahu papa!" Marjan senyum sinis.
"it depends on how you behave this coming weekdays." Ujarnya selamba. Dia menyenduk nasi ke dalam pinggan. Kemudian disenduk pula lauk.
Lu’lu’ terdiam seketika. Dia menuding jari telunjuk kirinya ke Marjan.
"are you blackmailing me?" suaranya ada nada tidak percaya.
Marjan jungkit bahu.
"well, it depends on how you look at it."
Lu’lu’ ketap bibir.
"in your dreams!" dia menyudu nasi, menyuap kembali.
"of course, if you don’t behave, you will have nightmare about PD this whole weekdays! Believe it or not!" Marjan sudah mula menyudu nasi.
Lu’lu’ tidak jadi mengunyah. Dia menghempas sudunya ke pinggan, berlari naik ke atas. Marjan masih tersenyum.
Sekarang kau tau langit tinggi rendah.
"Marjan, kenapa tu?" entah bila Mak Min datang.
Marjan jungkit bahu.
"entah, tak betul kot?" jawabnya selamba. Mak Min menepuk bahu Marjan perlahan, menegur bicaranya.
Marjan Cuma senyum nipis. PD. I will make you go. This is my vow, Lu’lu’.
Usai makan, Lu’lu’ sudah tidak turun semula. Marjan tidak ambil kisah. Dikeluarkan telefon bimbitnya dari koceknya.
Marjan keluar rumah, ke gazebo lalu duduk di situ. Dia mendail nombor Kasturi.
"helo,"
"helo, ha, bro, apa cerita?"
"aku ok je."
"kolej kau ok ke?"
"ok, semua ok. Bro, weekend depan, aku plan nak pergi PD la."
"aik, kau kan keja? Sesuka hati je kau nak pergi makan angin?"
Marjan ketawa kecil.
"adalah. Tapi satu yang aku tau, aku akan pergi PD nanti. Percayalah cakap aku."
"kau nak pergi dengan siapa? Misi kau dah jalan belum?"
"ala bro, kau janganlah ingatkan aku bro. Bagilah aku enjoy dulu."
"aik, hari tu bukan main semangat lagi kau nak sempurnakan misi kau!"
Marjan terdiam.
"taklah bro, bukan tak bersemangat, tapi, macam malas la pulak nak fikir pasal tu."
"bro, ingat, kau kat sana ada sebab. Bukan saja-saja. Aku kat sini dah habis akal dah ni nak carikan kau jalan."
"jangan risau, aku ingat, aku ingat."
"tulah, aku bagi idea baik punya kau tak nak ikut."
"apa idea kau yang baik sangat tu?"
"kau sambar jelah mana-mana anak dato tu! Hah, senang cerita, aku pun senang hati. Kau pun dapat bini!"
Suara Kasturi ketawa memecahkan gegendang telinga Marjan.
"ish, aku dah cakap tak boleh bro. Reject!"
"reject-reject pun, yang kau tunggu lagi lama kat situ buat apa? Keluar la dari situ. Kalau tak, sampai bila misi kau nak sempurna."
"hmm, tu lah bro. Bila difikirkan balik, nak cari isteri ni susah betul la. Aku jadi malas nak fikir pasal ni. bila fikir lama-lama, macam nak gila aku. Tapi, kalau aku tak fikir, lagi naya aku."
"hah, tau tak apa. Itulah kau, Suri tu ada je depan mata tak nak. Nak cari kerja susah, hah, sekarang baru kau tau!"
Marjan sengih sendiri.
"Suri tu lagi la reject. Tak sesuai la."
"tak sesuai apanya? Taraf dah sama, apa yang tak sesuai pulak?"
"bro, ni bukan masalah setaraf ke tak. ni soal hati bro. Aku tak suka dia la. Dia Cuma kawan pada aku."
"hai, ni kes mencari cinta lah ni? hmm, suka hati kaulah bro. Janji kau dapat cinta kau, aku tak ada masalah. Ingat, dah dapat cepat balik."
"hmm, eh, tadi kau Tanya aku nak pergi PD dengan siapa kan?"
"haah, dengan siapa kau nak pergi?"
"dengan anak dato, Lu’lu’."
"aik, apa kes ni?" suara Kasturi lain macam.
"bro, it’s not what you think."
"habis?"
"aku bawak dia pergi shopping complex, jumpa kawan dia. Kawan dia beritahu pasal gathering diorang kat PD. Perempuan ni tak nak pergi tapi aku akan buat dia pergi."
"kenapa?"
"sebab aku nak dia bergembira la bro."
"yang kau sibuk pasal dia kenapa?"
"sebab aku kesiankan dia. Sebenarnya, mak kandung dia dah meninggal 5 tahun lepas. Datin sekarang ni ibu tiri dia. Laila tu adik tiri dia. Dia jadi pemarah sebab tu lah bro. Dia marah ayah dia kahwin lain dan dia tak suka ibu tiri dia ni."
"oh, macam tu. Habis, kau nak gembirakan dia la?"
"aku nak cuba. At least, bila aku tinggalkan tempat ni, ada kenangan baik yang aku bawak."
"hmm, suka hati kau lah bro. Jangan kau tinggal hati kau kat tempat tu dah la."
"hah? Maksud kau?"
"tak ada apa-apa lah. Ok, bro. Good luck with her."
"ok, kirim salam bonda. Assalamualaikum."
Talian dimatikan. Marjan menarik nafas dalam.
*********
Dato’ Safwan bermenung di beranda. Dari berandanya, dia dapat melihat jelas halaman rumahnya. Sedang dia mengambil angin malam, dia perasan ada susuk tubuh di bawah gazebo itu. Dato’ Safwan menunduk mahu menjelaskan pandangannya.
Lu’lu’. Apa yang dia buat kat bawah malam-malam macam ni?
Dato’ Safwan beredar dari beranda. Mahu keluar bilik. Datin Ifa yang sedang sibuk menampal krim muka mengerling suaminya.
"abang nak ke mana?" tegur Datin Ifa.
Dato’ Safwan menoleh sekilas.
"ke bawah sekejap." Beritahunya. Dato’ Safwan terus menghilang di sebalik pintu.
Datin Ifa memuncung.
"Lu’lu’ lah tu." Omelnya sendiri. Dia meneruskan tampalan mukanya yang terganggu. Fikirannya semak dengan rancangan yang telah lama tersimpan kemas di benaknya dan sudah dilaksanakan separuh. Dia berhenti lagi. Merenung wajahnya di cermin. Aku akan hancurkan semuanya yang kau ada Safwan. Itu tekadnya.
"Lu’lu’," Lu’lu’ menoleh pantas mendengar suara papanya.
"papa," Lu’lu’ mengukir senyum tawar, menyambut papanya. Dato’ Safwan mengambil tempat di sebelah Lu’lu’.
Diraih mesra bahu gadis suntinya itu.
"Lu’lu’ buat apa kat bawah ni sorang-sorang?" suara mesra Dato’ Safwan memulakan.
Lu’lu’ mengeluh kecil. Lama dia membisu, membiarkan soalan itu tanpa jawapan.
"Lu’lu’ teringatkan mama." Perlahan suaranya.
Dato’ Safwan terdiam mendengar jawapan itu. Dia menarik nafas dalam.
"papa, 2-3 hari yang lepas, ulangtahun kematian mama. Lu’lu’ ke kubur mama. Papa tak ingat?"
Dato’ Safwan menunduk seketika.
"papa ingat sayang, tapi papa busy sangat. Papa Cuma sempat hadiahkan Yasiin buat mama malam tu. Papa minta maaf ya, tak dapat temankan Lu’lu’ ke kubur." Lu’lu’ menyandarkan kepalanya di bahu Dato’ Safwan.
"papa, kenapa mama pergi dulu?" Dato’ Safwan merenung Lu’lu’ penuh kasih.
"sayang, jangan cakap macam tu, tak baik. Mama dah pergi, jangan bertanya kenapa dia pergi dulu. Allah lebih sayangkan mama. Lu’lu’ faham kan?"
Tiada jawapan.
"Lu’lu’ rindu mama."
"sayang, papa pun rindukan mama."
"papa dah ada ibu dan Laila." tingkah Lu’lu’.
Dato’ Safwan menarik Lu’lu’ lebih dekat dengannya, pelukannya bertambah kejap.
"papa minta maaf sayang. Tapi ibu kan baik?"
"papa, Lu’lu’ tak suka ibu. Ibu tak boleh gantikan mama." Perlahan namun tegas bicaranya.
Dato’ Safwan mengeluh panjang.
"Lu’lu’, grow up sayang. Lu’lu’ dah besar panjang. Lu’lu’ tak boleh terus macam ni. life must go on walaupun mama dah tak ada. Nikmatilah hidup ini sementara kita masih hidup."
Lu’lu’ diam membisu.
"Lu’lu’, frankly speaking, I miss the old Lu’lu’. I miss her very much. I wonder when she will come back to me."
Tiada jawapan. Dato’ Safwan dapat merasa henjutan perlahan dari pelukannya. Esakan kecil kedengaran.
"Lu’lu’, I’m so sorry dear, if papa tak boleh jadi papa yang baik. I tried my best to give the best for you. But papa tak nak Lu’lu’ terus macam ni. ibu pun dah cuba yang terbaik. Lu’lu’ pun tau kan? Accept her sayang. Dah 5 tahun mama tak ada. Takkan Lu’lu’ nak terus macam ni?"
Esakannya masih rancak. Tiada tanda akan berhenti.
Dato’ Safwan mengusap lembut bahu Lu’lu’.
"Lu’lu’, papa nak cakap sesuatu."
Lu’lu’ mengesat air mata di pipi.
"apa dia?" serak suaranya bertanya.
"Lu’lu’ jangan selalu marahkan Marjan tu. Dia budak susah. Tak baik buat orang macam tu."
Lu’lu’ membisu. Tidak menyangka papa akan menimbulkan topic Marjan.
Dia mendengus kecil. Tangisannya mula segan silu menuruni pipi. Rasa sedih berganti marah dan geram.
"biarlah. Dia yang tak sedar diri."
"Lu’lu’," suara Dato’ Safwan keras sedikit menegur.
"betullah. Dia Cuma driver dan dia baru lagi kat sini. tapi mulut bising. Bencilah Lu’lu’! pandai menjawab bila Lu’lu’ cakap! Dan dia suka buat Lu’lu’ rasa serba salah! I hate him!" penuh perasaan Lu’lu’ meluahkan.
Dato’ Safwan mengeratkan pelukan di bahu Lu’lu’ mesra.
"tak baik benci orang. dia orang susah Lu’lu’. Papa tak beritahu lagi kan macam mana papa kenal dia? Papa kena ragut hari tu and he helped my and my 2 million was saved by him. So, papa Tanya dia apa dia buat kat sini dan dia kata tengah cari kerja. So papa bagilah dia kerja. I don’t know why but I know he is a very good guy."
Lu’lu’ menoleh tajam.
"papa, don’t back him up. He is crazy! I hate him!" Lu’lu’ menekan suaranya lagi.
"tapi Lu’lu’ nak tukar balik dia dengan Pak Mat kan?"
Lu’lu’ terdiam. Teringatkan peristiwa siang tadi.
"tak lah, Lu’lu’ saja je tadi. Lagipun, Lu’lu’ kesiankan Pak Mat. Biarlah dia yang muda tu pula yang dikerah." Lu’lu’ beralasan.
Dato’ Safwan senyum nipis.
"Lu’lu’, esok dah start kelas balik. Takkan nak dia hantar ayah baru ke kelas? Kalau dia yang hantar kamu kan satu hala je? Lagipun, ayah ke pejabat lewat dari kamu. Susahlah dia macam tu." Dato’ Safwan memujuk.
Lu’lu’ mendengus kecil.
"biar padan muka dia. Banyak mulut sangat!"
"Lu’lu’, tak baiklah macam tu, dia pun nak belajar jugak. Tukar balik dengan Pak Mat ya?" Lu’lu’ tidak lagi menjawab. Dia tahu dia tiada pilihan lagi. Jika ayahnya sudah berkata begitu, dia tahu dia perlu menurut.
Dato’ Safwan menepuk bahu Lu’lu’ mesra.
"papa naik dulu, ok? Jangan lama sangat kat luar ni, sejuk." Lu’lu’ angguk saja. Mencium tangan papanya.
"good night papa."
"good night," Dato’ Safwan beredar meninggalkan Lu’lu’ bersendirian.
Marjan yang baru keluar dari rumah dikejutkan oleh suara Dato’ Safwan.
"ha, Marjan, tak tidur lagi?" Marjan sengih saja.
"belum pakcik. Pakcik buat apa kat luar ni tak tidur lagi?"
"pakcik jenguk Lu’lu’ kat sana tu. Kamu tunggu dia sekejap boleh? Dah lewat ni, risau pulak pakcik dia sorang-sorang kat luar ni." Marjan angguk faham. Dia menjeling ke arah gazebo.
"oh lagi satu, kamu drive estima esok ya, macam biasa balik. Pak Mat dengan saya."
Marjan angguk lagi.
"baik pakcik."
"ok, pakcik masuk dulu."
Marjan menghantar kelibat Dato’ Safwan sehingga hilang di balik pintu. Dia mengatur langkah ke gazebo dan matanya menangkap kelibat Lu’lu’ di situ.
Beberapa langkah lagi ke gazebo, Marjan berdehem perlahan membuatkan Lu’lu’ menoleh. Dia menjeling tajam sebelum memalingkan mukanya.
Marjan mengambil tempat di bangku, berhadapan Lu’lu’. Dia mengerling sisi wajah Lu’lu’.
"tak tidur lagi?" tegurnya.
Lu’lu’ mendengus kecil.
"jangan sibuklah." Marahnya.
"dah beritahu dato pasal trip ke PD tu?" Lu’lu’ menoleh pantas.
"kau diam boleh tak? lagi bagus kalau kau boleh berambus dari sini, ok?" Marjan senyum kecil.
Dia menyandar tenang.
"tak apa, saya akan tolong awak."
Lu’lu’ merenung Marjan tajam.
"apa masalah kau ni sebenarnya?" soalnya tegas.
Marjan menggeleng.
"I have got no problem. Why?"
"habis, can’t you just leave me alone with my life? Go away, did you get it?"
"I’m just here to help you. That’s all."
Lu’lu’ ketap bibir.
"argh! I don’t need you and you can get lost with your offer! Ok??"
"sorry, I can’t."
Lu’lu’ mendengus marah.
"I hate you!"
"ok." Selamba Marjan menjawab. Lu’lu’ merenungnya geram.
"go away!" halau Lu’lu’.
Marjan masih mempamerkan wajah selamba.
"I can’t. Dato yang suruh saya tunggu awak. Awak ingat saya kisah ke nak duduk kat sini bergaduh dengan awak?" Lu’lu’ terdiam.
Dia berdiri pantas.
"I hate you!" dia memuntahkan kata-kata itu tepat di muka Marjan.
"I pity you." Jerit Marjan pada Lu’lu’ yang sudah mengatur langkah meninggalkannya.
"jangan risau cik Lu’lu’, saya akan beritahu dato tentang trip tu."
Lu’lu’ berhenti, memalingkan mukanya marah. dia menjeling Marjan geram sebelum meneruskan langkahnya. I hate you!!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bestnyer citer ni..........
x sabr nak bc smbngnya...........
cpt2 sambg tau....
teruskan berkarya.....