Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hamidi berlegar-legar di sekitar kedai buku MPH. Apa yang ingin dicari, masih belum dipastikan lagi. Hampir segenap sudut dan ruang telah dia terokai. Namun,tiada apa yang menarik perhatiannya. Hamidi terduduk lesu. Argh...apa yang aku nak cari ni? Dia meraup mukanya. Sepuluh minit berehat, dia bangun untuk meneruskan pencariannya. "Eh, Abang Midi. What are you doing here?"tegur satu suara. Hamidi menoleh kearah pemilik suara itu. Dia tersenyum membalas senyuman gadis itu. "Yus. Abang Midi saja jalan-jalan. Teringin nak baca sesuatu. Tapi tak tahu nak beli buku apa. Yus pula?"soal Hamidi kembali. Macam manalah dia boleh ada di sini. Cuti semester ada lagi. Tak balik kampung ke? "Tu."Yusliza memuncungkan bibir ke suatu arah. Hamidi menoleh. Kelihatan seorang lelaki begitu tekun memilih buku-buku yang ada pada rak tersebut. "Adik Yus tu sibuk ajak turun KL jalan-jalan sambil dia nak mencari buku. Sayang adik, bang. Ikut ajelah. Abang pula…tak balik Johor ke? Ala bang…lambat lagi konvo…" bicara Yusliza. Hamidi hanya tersenyum. "Actually, abang Midi stay kat rumah sewa Azman. Saja-saja…sebelum Abang Midi konvo dan kerja. Lagipun, ada kerja sikit dengan kawan-kawan."jawab Hamidi. Perlukah aku berterus-terang dengan gadis ini? Din…tolong aku! Jerit hatinya. Yusliza mengangguk faham. Langsung tidak mengesyaki apa-apa. Kerja apa pula,ya. Takkan assignment tidak siap? Ah, mengarut. Mana mungkin Abang Midi begitu. Mungkin nak cari duit poket sambil ambil pengalaman baru. "Kakak,dah dapat!" laung Yusrizal. Semua mata memandangnya. Dia hanya bersikap selamba. Biarlah orang nak tengok. Bukan aku nak mencuri. Yusrizal menghampiri kakaknya bersama dua buah novel ditangan. Berkerut dahi Yusliza melihatnya. "Eh,kata satu aje kan? Ni kenapa ada dua?"bebel Yusliza. Hamidi hanya memandang telatah dua beradik itu. "Ala kakak ni...please. adik memang nak novel Ungu Karmila ni. Tapi ada kawan adik cakap novel Ayat-Ayat Cinta ni pun best. Bolehlah kak. Please...please.." rengek Yusrizal seperti anak kecil. Sekali lagi Yusliza membebel. Yusrizal buat tidak tahu. Tersenyum Hamidi melihatnya. "Kak..."rayu Yusrizal lagi. Akhirnya, Yusliza mengalah. "Sudah...sudah...jom bayar. Lama-lama kat sini, ada juga dia tambah lagi satu novel."ujar Yusliza. Itulah kelemahannya. Dia cepat kalah dengan pujuk rayu ahli keluarganya. Apa sahaja yang mereka minta,pasti akan dia lakukan selagi termampu. Kerana sikap itulah, Encik Rahman yakin bahawa anaknya itu akan terima cadangan untuk menjodohkannya dengan Badrul. Berbeza pula apabila bersama teman-teman. Yusliza bersikap tegas dengan apa yang dia perkatakan. Jangan harap dia mahu bagi muka. Cuma dalam sesetengah keadaan sahaja dia boleh mengalah. "Okeylah Abang Midi,Yus balik dulu. Jumpa lagi. Semoga result abang paling best and top. Assalamualaikum."Yusliza meminta diri sambil melambai tangan. Hamidi membalas ucapan salam dan lambaian daripada Yusliza. "Siapa tu,kakak?" Yusrizal mula membuka mulut. Sejak tadi dia ingin bertanya. Tapi takut. Entah apa yang dia takutkan. "Boyfriend kakak."kata Yusliza ringkas. Terbeliak biji mata Yusrizal mendengarnya. "Kalau Abang Bad tahu,teruk dia nanti. Lebih baik kakak putuskan hubungan dengan lelaki itu."beria-ia Yusrizal memberi nasihat. Nama Badrul yang disebut oleh Yusrizal membuatkan Yusliza menyampah. "Dia tak akan ambil kisah. Kalau pertunangan ini terputus, dia lagi suka." serius Yusliza berkata. Yusrizal yang mendengar hanya terpinga-pinga. Kenapa pula macam itu? "Lagi satu,Abang Midi tu senior kakak. Kami memang rapat sebab dia pengerusi kelab yang kakak join. So,tak payah adik nak risau sangat."sambung Yusliza lagi. Yusrizal mengangguk faham. Dia salah sangka rupanya. "Apa pendapat kakak tentang Abang Bad?"soalan cepu emas daripada Yusrizal. Yusliza terus membisu,menumpukan perhatian pada pemanduannya. Yusrizal menjungkitkan bahu apabila menyedari soalannya tiada jawapan. Terus dia membuka novel yang baru dibelinya lalu dibaca. Yusliza merampas sebuah lagi novel di atas riba adiknya. "Bagi kakak baca yang ini dulu!" Yusrizal hanya menggeleng. Hamidi keluar dari kedai buku MPH. Dia terus menuju ke Jusco. Puas dia melilau mencari seseorang. Akhirnya,Khairuddin berjaya ditemui. "Puas aku cari kau."rungut Hamidi. Khairuddin hanya tersengih. "Macam mana? Jumpa tak apa yang kau nak cari?"tanya Khairuddin. "Yang aku cari,tak aku temui. Yang aku tak cari, itulah yang aku jumpa." Hamidi bersuara kecewa. Khairuddin memandang pelik sahabatnya itu. Tiada apa pun yang dia bawa. "Asal pandang aku macam tu?" "Apa yang kau jumpa? Mana barangnya…tak nampak pun."pantas Khairuddin bertanya lagi. Hamidi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Memanglah kau tak boleh nampak sebab aku tak beli apa-apa pun tadi. Aku jumpa Yus dengan adik dia." terang Hamidi. Khairuddin terdiam seketika. Memikirkan sesuatu. "Kau ada minta nombor telefon dia tak?"duganya lagi. Hamidi membisu. Khairuddin faham dengan kebisuan itu. Tidak mintalah tu! "Kau ni lembablah."selamba Khairuddin mengutuk kawannya. Lagipun,bukan mereka tidak biasa mengutuk antara satu sama lain. "Aku malulah,beb."balas Hamidi. "So,kalau dah macam tu, kau tunggu ajelah dia datang rumah kau masuk meminang kau."usik Khairuddin lalu ketawa berdekah-dekah. Hamidi menjeling tajam ke arah Khairuddin apabila sahabatnya itu mentertawakan dirinya.
Wanda duduk termenung di bawah pohon rambutan. Rasa bosan mula menular dalam dirinya. Kalau di KL,waktu-waktu begini pasti akan dimanfaatkan bersama Abang Anwar di shopping complex. Tidak pun, di panggung wayang. Di kampungnya, satu panggung wayang pun tiada apatah lagi tempat-tempat untuk bershopping seperti One Utama, Time Square, KLCC dan sebagainya. Jika Abang Anwar mempunyai urusan lain,dia akan keluar bersama Yazid. Tak pun, dengan kawan-kawan. Itupun cuma seketika. Sekadar keluar mencuci mata sambil mencari keperluan. Teringatkan Yazid membuatkan Wanda geram. Lelaki itu suka memaksa. Wanda akui, Yazid seorang lelaki yang baik. Tidak pernah mengambil kesempatan ke atas dirinya walaupun hanya berpegangan tangan. Namun bagi Wanda, lelaki itu sering memaksa Wanda untuk menerima cintanya. Wanda rimas, dia tidak mahu. Ramai yang menganggap bahawa mereka berdua sedang berkasih. Padahal, sebenarnya tidak. Wanda sama sekali tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan terhadap lelaki itu selain perasaan sayang sebagai seorang kawan. ‘Tapi, kenapa kau selalu kata yang kau sayangkan dia?’ bisik satu suara ditelinganya. Wanda terdiam mencari alasan. ‘Maksud aku... aku... aku cuma sayang sebagai seorang kawan ajelah!’ bentak Wanda di dalam hati sambil menekup kedua-dua belah telinganya. "Wanda,buat apa tu,nak?"tegur wanita yang dalam lingkungan 50-an itu lembut. Wanda terkejut. Dia menoleh ke arah datangnya suara itu. Wanita itu menolak kerusi roda yang sedang diduduki oleh seorang lelaki tua. Lebih kurang seusia dengan wanita itu. "Saja Wanda nak ambil angin mak,ayah. Mana yang lain?" soal Wanda. "Ada kat dalam tu. Mak tengok,Wanda macam fikir sesuatu aje. Fikirkan apa? Wanda fikirkan masalah duit ke?"tanya Puan Naimah,ibunya Wanda. Wanda hanya menggeleng. "Tak ada apalah. Wanda saja aje nak tenangkan fikiran sebelum masuk semester baru. Lepas ni dah tak boleh nak relax sangat." jawab Wanda lalu tersenyum. Dia mendongak ke atas. "Mak,teringin pula Wanda nak makan rambutan. Wanda panjat kejap ya." pinta Wanda. Puan Naimah dan Encik Bukhari hanya membiarkan. Memang sejak kecil lagi anak-anaknya suka memanjat pokok rambutan yang terdapat di tepi rumah mereka. Tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuannya, masing masing sudah biasa memanjat pokok itu.
"Tak seronoklah macam ni. Kakak nak balik universiti semula lusa ni. Abang pun nak balik JB. Bosanlah adik sorang kat rumah. Ayah dengan umi tu... selalu dating berdua aje. Adik tiada kawan."rungut Yusrizal di hadapan ahli keluarganya. Kebetulan, Yusril pulang ke rumah hujung minggu itu. Saja bercuti di rumah bersama keluarga. Timbul niat nakal di benak Yusliza. dia mengalihkan pandangan ke arah ayah dan uminya. "Kalau macam tu, umi dan ayah pergilah masuk meminang anak Mak Cik Aishah tu untuk adik ni.Biar dia ada kawan."Yusliza memberi cadangan. "Mana aci...Abang dengan kakak belum kahwin lagi."sampuk Yusril setelah mendengar cadangan adik perempuannya itu. "Tak apalah abang. Untung-untung kita boleh dapat sebentuk cincin setiap seorang. Rezeki.." Yusliza terus menghasut abangnya. Yusril mengangguk mengiakan kata-kata Yusliza. "Betul juga. Baguslah idea kakak ni."Yusril masih tersengih-sengih sendirian. Namun tidak lama. Terasa sakit mukanya apabila terkena bantal yang dibaling oleh adik bongsunya. Bukan dia saja. Yusliza turut terkena! "Ayah,umi,tengok abang dan kakak ni. Usik adik."adu Yusrizal. Mentang-mentang anak bongsu. Manja! "Tak mahu adik dengan si Maya tu. Dahlah juling,hitam pula tu."Yusrizal bersuara lagi. Selamba badak dia aje kutuk-kutuk orang. "Hey...hitam bukan sebarang hitam. Hitam itu manis."Yusril menepis kata-kata adiknya. Yusliza menyokong apa yang diperkatakan oleh abangnya. Yusrizal tidak mahu mengalah. Dia terus mempertahankan dirinya. "Eleh... abang dan kakak cakap macam itu sebab korang pun berkulit hitam." "Tolong sikit. Kami tak adalah hitam, putih macam adik pun, taklah juga. Kami ni... dalam kategori yang sedang-sedang saja. That’s why kami ramai peminat. Sweet... Kalau nak harap kulit aje putih, tapi manja, lari aweks."balas Yusliza. Terdiam Yusrizal dibuatnya. Yusril, Encik Rahman dan Puan Hasyimah hanya tertawa melihat gelagat Yusrizal yang terkulat-kulat mencari idea untuk melawan. "Kenapa kakak nak balik awal? Kenapa tak balik minggu depan aje? Kelas start dua minggu lagi,kan?" sengaja Yusrizal menukar topik. Malas nak dipanjangkan perbalahan tadi. "Kakak kan ramai pakwe. Mana boleh tinggalkan mereka lama-lama. Rindu." jawab Yusliza. Yusrizal memandang geram mendengar jawapan Yusliza. Lantaklah, malas nak melayan lagi. Yusrizal bangun masuk ke biliknya. "Balik nanti abang hantarkan. Abang pun nak balik JB ahad ni."ujar Yusril lalu menumpukan perhatian pada rancangan di televisyen. Encik Rahman turut menyertai anak sulungnya itu. Puan Hasyimah mendekati anak daranya. "Betul ke kakak ada pakwe?" soalnya tiba-tiba. Tersentak Yusliza dibuatnya. "Umi percaya?"serius bicara Yusliza. Tidak lama kemudian, dia tertawa melihat wajah uminya yang mula berubah keruh. Puan Hasyimah pelik. "Umi…umi… kenapalah umi percaya. Kakak main-main aje tadi. Manalah kakak ada pakwe. Setakat kawan,ramailah. Paling rapat pun dengan Zaidi dan Hakim. Takkanlah umi tak kenal mereka tu. Yus pun anggap mereka tu kawan aje. Tak ada apa-apalah, umi."terang Yusliza. Puan Hasyimah menarik nafas lega. "Lega umi dengar kakak cakap macam tu. Bukan apa,umi cuma risau aje tadi. Kakak dah bertunang. Risau juga umi kalau-kalau umi dah buat kakak bersedih sebab pisahkan kakak dengan orang yang kakak sayang."luah Puan Hasyimah. Terharu Yusliza mendengarnya. Mungkin sebab belum ada kekasih, atau bakal mempunyai kekasih, ayah dan uminya bertindak segera mengikat tali pertunangannya dengan Badrul demi merealisasikan impian mereka untuk berbesan dengan Haji Ismadi dan Hajah Rozi. Agaknyalah.. "Kalau nak bergurau macam tu depan umi, tak apa. Tapi depan Bad, jangan. Ada juga yang merajuk nanti."usik Puan Hasyimah lalu tertawa kecil. Berlainan pula dengan Yusliza. Mendengar saja nama Badrul, dia mula sakit hati. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata sindiran dan kutukan lelaki itu. Kenangan silam kembali menghantuinya...
baru je jmp blog pnulis..hehe.. http://misuyanna.blogspot.com/
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
xde blog ke