Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Prolog Hari itu hari Isnin. Jam sudah lima petang. Jalan besar Pantai Teluk Kemang mula sibuk dengan kenderaan dan orang ramai yang mahu pulang dari kerja. Kesibukan di jalan raya besar itu tidak dipedulikan sangat oleh Boy. Dia telah hilang dalam dunianya sendiri. Yang kedengaran hanyalah desiran ombak yang membelah pantai. Renungannya jauh ke pantai yang sunyi tanpa penghuni. Dia lebih sukakan pemandangan itu. Laut memang minatnya. Dan perpindahan keluarganya ke Kem Si Rusa di Port Dickson itu dua bulan yang lalu telah memberikan kelebihan kepadanya. Hampir setiap hari dia akan berada di situ, kecuali pada hari Sabtu dan Ahad yang menjanjikan ramai pengunjung ke pantai itu, apatah lagi sekarang adalah musim cuti sekolah. Dia memang sukakan pantai tapi dia tidak gemarkan suasana riuh rendah orang ramai. Itu hanya akan menyesakkan fikirannya hendak melayan perasaan. --------------
Ucu kebosanan. Cuaca pula agak panas untuk dia memeruk di dalam rumah. "Mak, Ucu nak pergi pantai, boleh?" "Tunggu petang sikit. Kan panas kat luar tu," ujar Puan Sufiyah memberikan alasan. "Ala, Mak, Ucu panas la. Kat luar tu banyak angin. Kat pantai lagi banyak angin. Nanti Ucu jalan kat bawah pokok ajelah..." rayu Ucu pula. "Baiklah, tapi hati-hati masa melintas jalan tu dan jangan lupa bawa air minuman ni sekali," Puan Sufiyah mengingatkan. Walaupun hanya Ucu sahaja dari dua orang anaknya yang masih hidup, namun tidak tergerak hatinya untuk menyekat pergerakan Ucu, apatah lagi semasa cuti sekolah begini. Dia mahu anaknya membesar dengan baik seperti kanan-kanak yang lain. Jika di waktu persekolahan, pasti anaknya itu akan memerap di rumah kerana banyak kerja-kerja rumah yang perlu disiapkan, apatah lagi dia juga menghadiri kelas tuisyen dengan cikgu sekolahnya. Sebaik sahaja anaknya itu selesai dengan UPSRnya, dia telah memberikan kelonggaran kepadanya untuk bermain di luar. Anaknya yang telah dua kali lompat kelas itu memang bergeliga otaknya dan telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSRnya walaupun umurnya dua tahun lebih muda dari rakan-rakannya yang lain. Kerana umurnya yang lebih muda itu jugalah, Ucu tidak pernah hiraukan penampilannya, seperti hari ini. Dengan T-Shirt dan seluar sukan serta rambut yang menggerbang tidak terurus, dia keluar ke mana sahaja yang tergerak hatinya untuk melangkah. Rupanya yang comot dan selekeh itu juga dibiarkan begitu sahaja. Ucu menyeberang jalan setelah dipastikan tiada sebarang kenderaan. Kemudian ditunggang basikalnya dengan berhati-hati di tepi jalan agar tidak berlaku kemalangan. Dia menuju ke arah Pantai Teluk Kemang. Di situ nanti pasti lebih santai berbasikal dan boleh juga dia menjamu matanya dengan aneka barang yang dipamerkan di kedai-kedai yang berderetan di situ. Sebaik tiba di Pantai Teluk Kemang, Ucu tersenyum. Tidak ramai pengunjung kala itu. Hanya beberapa buah kenderaan. Tiada kanak-kanak langsung kecuali seorang budak lelaki yang sedang duduk menghadap pantai. Bolehlah dia bermain kasut berodanya di situ dengan senang tanpa sebarang gangguan. Litar simen itu akan menjadi miliknya untuk sementara waktu. Ucu meletak basikalnya di tepi litar. Dikeluarkan kasut berodanya dari tempat membawa barangan. Dia mula memakai kasut itu dengan perasaan yang seronok. Dia mula bermain dengan gembira. Tidak disedarinya pandangan kanak-kanak lelaki tadi sudah pun berpindah kepadanya, memandangnya bermain dengan asyik. Ucu semakin melajukan lariannya. Tiba-tiba, bedebuk! "Aduh!!" Ucu mengerang kesakitan. Dia terjatuh. Tidak disangka dia akan jatuh ketika itu. Dia melihat sekeliling. Rupa-rupanya seketul batu berada di dalam laluannya. "Eh awak, sakit ke?" Tiba-tiba satu suara kanak-kanak lelaki menegurnya dari arah sisi. Ucu mengalih matanya ke arah suara itu. Dilihat pula pada sekeliling. Hanya kanak-kanak itu yang berada di situ. Mungkin juga itu kanak-kanak yang dilihatnya tadi. Ucu menganggukkan kepala. Dia memang sakit. Sakit lutut dan sakit hati. Sakit hati lebih dari sakit lutut. Sakit hati kerana malu terjatuh di depan budak lelaki itu. "Eh, darah mengalir ni. Awak tak apa-apa ke?" tanya budak lelaki itu sekali lagi kepada Ucu. Dia segera melutut di depan Ucu, kemudian menghembuskan sedikit udara ke lukanya yang mula berdarah. Mungkin untuk melegakan sedikit kesakitan yang Ucu rasakan ketika itu. Sedikit sebanyak, Ucu rasa tersentuh dengan tindakan budak lelaki itu. "Luka ni sikit aje. Saya akan bersihkan bila saya balik nanti." Jawab Ucu sambil cuba menahan sakit di lututnya itu. "Rumah awak kat mana?" Ucu menunjukkan arah rumahnya. "Jauh tu. Awak datang naik apa?" tanya budak itu lagi. Ucu mengunjukkan basikalnya pula. "Awak tunggu kat sini kejap." Arah budak lelaki itu pula. Ucu memerhatikan sahaja budak itu berlalu pergi menuju ke arah salah sebuah kedai yang berada di situ. Tidak lama kemudian dia kembali ke tempat itu. Ada sesuatu yang berada di dalam genggaman tangannya. "Meh sini saya tolong kesatkan," arah budak lelaki itu sekali lagi. Di tangannya sudah ada tisu muka, bersedia untuk mengelap darah yang berada di kesan luka Ucu. Ucu menghulurkan lututnya yang berdarah. Dibiarkan budak itu membersihkan lukanya. Kemudian budak itu meletakkan pula dua keping handyplast di atas lukanya. "Okey, dah siap," ujar budak lelaki itu dengan perasaan puas. Ditekankan sedikit agar lekatan handyplast itu lebih kemas. Mungkin dia bangga dengan hasil kerjanya. "Saya Ucu, awak?" Ucu memperkenalkan dirinya. Dia menyorokkan sedikit lututnya kerana seluarnya kini telah koyak. Malu juga bila dilihat oleh budak itu. "Saya Boy." Boy memperkenalkan dirinya pula. "Awak nak minum?" Pelawa Ucu bila tiada idea yang singgah padanya. "Air? Boleh jugak. Mana?" Tanya Boy bila dilihat tiada air di situ. Wajah Ucu merona merah. "Ada, ada kat basikal saya." "Saya ambilkan?" “Tak apa, saya boleh ambil." Kata Ucu sambil berdiri. "Boleh jalan?" Ucu mencuba kakinya. Dia menganggukkan kepala. "Boleh. Awak tunggu kat situ," arahnya sambil mengunjuk kepada tempat duduk yang berdekatan. Dia mula berjalan berjengkot menuju ke basikalnya. Sambil minum air yang telah dibekalkan oleh Puan Sufiyah, mereka mula bercerita tentang latar belakang keluarga masing-masing. Sejak itu juga mereka akan kerap keluar bermain bersama. Boy juga akan turut bermain kasut beroda yang memang menjadi permainan kegemarannya itu. --------------
Hari demi hari berlalu. Saban hari mereka menghabiskan masa berdua kecuali di hujung minggu. Satu hari, mereka berbual mesra di tepi pantai setelah sejam bermain kasut roda itu. "Boy, dah besar nanti, awak nak jadi apa?" "Saya nak jadi tentera." "Kenapa?" "Saya nak ikut jejak ayah saya. Saya nak pertahankan kedaulatan Islam dan negara kita. Awak?" "Saya tak tahu lagi." Jawab Ucu tersengih. "Kenapa?" "Sebab saya lebih suka bermain. Penatlah belajar ni," jawab Ucu beria-ia. Dia lebih sukakan cuti sekolah yang panjang ini kerana lebih banyak masanya dapat dihabiskan dengan bermain basikal dan kasut roda. Tidak perlu menyemakkan kepalanya dengan segala macam kerja rumah yang perlu disiapkannya. "Ceh, mana boleh main aje. Kenalah bekerja untuk cari duit. Awak kan suka makan," tukas Boy kembali. Dia sudah punya sasaran yang hendak dikejar di dalam hidupnya, dan dia tidak akan mensia-siakan hidupnya begitu sahaja. "Kalau macam tu, saya kahwin dengan awak aje." "Hah? Kenapa?" Boy terlongo, hampir tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Kenapa pula harus ditimbulkan soal kahwin, mereka kan budak lagi. Soal kahwin adalah soal orang-orang tua. "Sebab, bila awak dah jadi pegawai tentera macam ayah awak, awak mesti banyak duit. Kalau saya kahwin dengan awak, awak boleh jaga saya macam ayah awak dan ayah saya yang jaga emak awak dan emak saya. Awak juga boleh bagi duit awak tu pada saya, jadi saya tak payah kerja," pintar Ucu menjawab dengan selamba. "Okey," pantas Boy bersetuju. Dia mengangguk deras. Dia tahu yang dia tidak tahu apa-apa. Mana dia tahu apakah maksud perkahwinan itu sebenarnya. Tapi dia tahu Uculah satu-satunya kawan perempuan yang dia ada. Yang dia tahu, dia selesa bersama Ucu. Dan kalau boleh dia mahu Ucu menemaninya buat selama-lamanya. Dia bahagia bersama Ucu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ok lah..trskn karya anda..