Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bilik Pegawai Hal Ehwal Pelajar kelihatan tenang dan sunyi. Ditambah lagi dengan kedudukan bilik itu yang terletak dihujung lorong. Bilik itu kelihatan kemas dan teratur sesuai sebagai tempat dimana pelajar diberikan kaunseling dan bimbingan. Bilik yang menggerunkan ramai pelajar kerana terpaksa berhadapan dengan segala macam nasihat dan leteran dari seorang pegawai HEP. Keadaan yang tenang itu menyenangkan Ustaz Mahfuz menyudahkan kerja-kerja. Ketukan di pintu menghentikan kerja yang sedang dilakukannya. "Masuk." Arah Ustaz Mahfuz sambil menyandarkan diri di kerusinya. Seorang pelajar perempuan masuk sambil tersenyum. "Maaf. Saya mengganggu ke Ustaz?" Ustaz Mahfuz tersenyum. "Tak. Duduklah Risya. Awak datang tepat pada masanya." Risya hanya diam menanti kata-kata yang akan diucapkan oleh Ustaz Mahfuz. "Sebenarnya, saya ada satu tugasan berat buat awak." Ustaz Mahfuz berhenti seketika sambil membuka sebuah fail yang berada di atas mejanya. Dia memberikannya pada Risya. Risya terkejut setelah membaca apa yang tercatat di atas fail itu. Dia memandang Ustaz Mahfuz sambil mengerutkan dahinya. Azmie Isqandar Bin Datuk Zulfahar! "Saya tak faham, Ustaz. Apa kaitan fail ini dengan tugasan saya?" tanya Risya sambil memandang Ustaz Mahfuz dengan tajam. Dia meletakkan kembali fail itu di atas meja. "Tugasan baru awak tu akan berkait rapat dengan maklumat yang ada di dalam fail itu." Ustaz Mahfuz membalas pandangan Risya sambil tersenyum. "Awak di bagi masa selama 7 bulan untuk menjayakannya." Risya mengeluh. "Kalau saya tak nak terima tugasan ini, boleh tak?" tanya Risya sambil membetulkan kedudukannya. "Tugas tu terlalu berat buat saya, Ustaz. Lagipun...saya tak kenal orangnya dan tak tahu dia tu jenis macam mana orangnya." Risya amat berharap agar Ustaz Mahfuz akan menerima alasannya itu. Sebenarnya Risya ditugaskan untuk memulihkan kembali semangat pelajar tersebut yang dikatakan bermasalah. Walaupun dia sering menerima tugasan sebegitu dan mampu melaksanakannya dengan baik namun tidak kali ini. Dia tidak punya keyakinan untuk menerima tugas itu. Apalagi setelah melihat nama yang tertera di muka depan fail itu. Menggerunkan! Ustaz Mahfuz terdiam seketika. "Saya tak pasti sama ada awak boleh menolak tugas ini ataupun tidak sebab ini adalah arahan dari pihak atasan. Lagipun, tugas ini memang patut awak pikul coz awak presiden Kelab Kaunseling kolej kita." Risya tersengih. "Memanglah saya presiden kelab tu, tapi tak semestinya saya yang harus melaksanakan tugas itu. Orang lain kan ada. Sofea, Fitri dan Syahirah pun ok juga. Tambahan pula, mereka semua ada pengalaman yang lebih dari saya." Jelas Risya. Ustaz Mahfuz tersenyum sambil menggeleng kepala. "Awak tak boleh bagi saya alasan tentang pengalaman. Setahu saya, awak lebih berpengalaman dari mereka bertiga dan awak mempunyai pengetahuan yang khusus dalam bidang ini." "Tapi Ustaz......" "Kalau awak betul-betul tak nak terima tugasan ini, awak boleh berjumpa dengan Datuk Sapuan di pejabatnya sekarang." Putus Ustaz Mahfuz dengan tenang. Risya mencebikkan mukanya. Dia mengambil fail tugasan barunya dengan lemah. "Tak apalah, Ustaz. Saya keluar dululah." Ujar Risya. Ustaz Mahfuz tergelak kecil. "Jangan bimbang, Risya. Saya akan bantu awak sekiranya ada apa-apa masalah yang berlaku nanti." Risya menganggukkan kepala.
Hai...habislah aku. Dahlah sem kali ni, subjek aku semuanya susah...ada pula tugasan gila ni. Hish! Menyesal aku terima jawatan presiden ni. Kalau aku tahu aku kena berhadapan dengan pelajar yang bermasalah berat ni....tak denya aku nak terima. Datuk Sapuan pun satu, kenapa nak sibuk-sibuk hal mamat seorang ni? Biarkanlah dia dengan dunianya. Bapa dia kan seorang datuk. Gerutu Risya seorang diri. Hatinya gerun bil mengingat cerita Sofea tentang pelajar itu. Seorang pelajar masuk ke hospital gara-gara buku lima pelajar itu. Itu pelajar lelaki….. Dia merebahkan dirinya di atas meja yang ada di situ. Dia berada di taman Siti Khadijah. Dia memerlukan ketenangan untuk seketika. Sengaja dia tak mengajak sahabat baiknya, Sofea ke taman itu. Dia tahu Sofea sibuk dengan kuliah dan assignmentnya sendiri. Tambahan pula, dia sememangnya ingin bersendirian. Baik aku lelapkan mata aku kejap. Harap-harap tak ada orang yang datang. Kalau tak, buat malu aku nanti. Anak dara tidur atas meja! Tak pasal-pasal heboh satu kolej pulak. Risya baru hendak melelapkan mata apabila dia terdengar bunyi kaki berjalan menuju ke arahnya. Namun dia membiarkannya. "Saya hairan perempuan zaman sekarang. Tak tahu malu betul....selamba je tidur di tempat terbuka." kritik satu suara dengan tiba-tiba. Risya terkejut dan bingkas bangun. Dia menoleh ke arah suara itu muncul. Risya mengerutkan dahi. Siapa pulak dia ni? Tak pernah nampak pun sebelum ni? "Yang awak sibuk kenapa? Suka hati saya lah nak buat apa pun." Balas Risya dengan kasar. Pemuda itu tersenyum sinis. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berdekatan dengan meja di mana Risya sedang duduk sambil memandangnya dengan tajam. "Bukannya nak menyibuk tapi nak selamatkan maruah awak tu. Cuba bayangkan ada orang jahat nampak awak dalam keadaan begitu....." ujar pemuda itu dengan selmba. Dia membalas pandangan Risya dengan tenang. Risya mendengus marah. Dia turun dari meja itu dan mula melangkah kaki untuk pergi dari situ. "Hai..takkan tegur sikit, dah merajuk. Inilah perempuan zaman sekarang. Sensitif sangat. Tak padan....." "Hei! Mulut awak tu tak boleh diam ke? Asyik membebel je dari tadi? Macam mak nenek." Potong Risya dengan geram. "Dah lah, malas saya nak layan awak. Baik awak berambus dari sini sebelum saya panggil sekuriti. Lagipun, saya yang dahulu berada di sini." Ujar Risya sambil mula merebahkan dirinya di atas meja itu. Pemuda itu hanya memandang Risya dengan sinis. "Hai...tadi kan awak dah nak pergi? Kenapa tak pergi? Ubah fikiran pulak?" kata pemuda itu sambil mengambil tempatnya di meja yang berdekatan dan baring di situ. Risya yang menyedari keadaan itu, bingkas bangun dan berjalan menuju ke arah pemuda itu. "Hei! Brother, jangan nak tunjuk samseng pulak kat sini. Mentang-mentanglah saya ni perempuan, awak ambil ringan je." Marah Risya. Namun pemuda itu hanya mendiamkan diri. Langsung tak bergerak. "Oi...pekak! Bangunlah...pekak." pekik Risya sambil memukul bahu pemuda itu dengan kuat. Pemuda itu kelihatan terkejut. Dia merenung tajam ke arah Risya dan bangun. "Awak ni siapa? Tuan punya tempat ni ke?"tanya pemuda dengan sinis. Risya mengetapkan bibirnya. Kurang ajar punya mamat. Marah Risya dalam diam. "Bukan. Tapi sekurang-kurangnya awak faham-faham sendirilah. Tempat ni jauh dari orang, awak tu lelaki..." "So..awak takut saya apa-apakan awaklah ni?" potong pemuda itu sambil ketawa. Dia menggeleng-gelengkan kepala. "Don’t worrylah, saya takkan lakukan begitu pada perempuan singa macam awak. Tak berselera saya. Muka cantik sebiji macam muka pelakon hindustan tapi perangai sebijik macam singa yang terkurung dalam sangkar. Asyik mengaum garang." kata pemuda itu sambil mula melangkah kaki. Apa? Dia kata aku singa? Mamat ni memang nak kena dengan aku? "Hei! Budak pengemis. Amboi..ikut sedap awak je kutuk saya. Ingat saya ni tunggul terpacak ke di sini?"jerkah Risya dengan garang. Pemuda itu tersenyum."Awak ingat dengan muka awak yang sebijik macam muka beruk tu boleh menakutkan saya ke? Heleh...tak hairan pun. Kat dunia ni, berlambak. Tapi semuanya tak berguna. Merempat kat tepi longkang, buat menyusahkan orang je." Sambung Risya dengan sinis. Wajah pemuda itu berubah. Dia mendekati Risya dengan perlahan lalu tanpa sebarang amaran, pemuda itu mengucup bibir Risya. Risya terkejut dan cuba melepaskan diri tapi tak berjaya. Dua minit kemudian, pemuda itu melepaskan Risya dan berlalu pergi tanpa sebarang kata. Risya terduduk. Terdiam. Perlahan-lahan kelihatan titisan air jernih di pipinya. Risya menangis sepuas-puas hatinya. Dia bertekad tidak akan melepaskan pemuda itu. Dia pasti akan dapat balasan. Tekad Risya dalam hati.
amboi selamba badak jer cium anak orang.. itu si azmie kan.. n orang yang dia main email tu.. luku kepala baru tahu...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best ceta ni cpat2 la sabung ya.