Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hening menguasai suasana saat tamu seramai 3 orang itu, termasuk seorang tamu asing yang cilik dan comel dengan sepasang mata bulat hijau kebiruan, hidung mancung, rambut hitam kemerah-merahan, dan kulit Putih memerah, memanjat tangga rumah kayu yang berusia hampir separuh abad itu.
Nek Zizah dan Datin Rahmah berpelukan lama.
"Zizah, apa khabar?" Datin Rahmah memulakan saat pipi mereka berlaga.
Nek Zizah Cuma mampu tersenyum dan mengangguk dengan kehadiran teman lama yang suatu ketika dahulu sangat rapat dengannya. Cuma kini mereka terpisah, bukan kerana jarak tapi kerana soal hati. Itu yang memisahkan mereka dan kini, setelah sekian lama, mereka bertemu lagi. Setelah hampir 10 tahun lebih mereka tidak bersua.
Bukan kerana benci, bukan juga dendam, dan bukan kerana tiada keinginan namun keadaan tidak mengizinkan, dan mereka Cuma menanti masa yang sesuai untuk menautkan kembali ukhuwah yang setelah sekian lama terlerai. Dan mungkin hari ini masanya, dan saat yang sekian lama dinanti-nantikan oleh mereka. Siapa tahu?
"kau sihat Mah?"
Datin Rahmah mengangguk seraya mengurut lembut lengan sahabatnya itu yang jelas sudah dimakan usia. Perbezaan umur mereka tidak jauh, Cuma 4 tahun namun keduanya kelihatan sebaya. Mungkin factor kerajinan mereka menjaga pemakanan di usia muda mereka suatu ketika dahulu. Hampir setengah abad yang lalu.
"Dini?" nek Zizah mengalih perhatiannya kepada lelaki hampir sebaya mereka di sisi Datin Rahmah.
Dato Dini mengukir senyum nipis.
"Alhamdulillah, sihat orang tua, biasalah. Khalid mana?" Dato\' Dini memanjangkan leher mencari sahabatnya di segenap ruang rumah itu namun tidak kelihatan.
Nek Zizah membuang pandang ke luar rumah.
"dia pergi surau. Kejap lagi baliklah." Nek Zizah memaklumkan.
Kala itu, matanya jatuh kepada si kecil di hadapan Dato\' Dini yang sedang merenungnya tidak berkelip.
Nek Zizah mengerling Datin Rahmah, turut tidak berkelip. Pandangannya hairan.
"ni anak orang Putih mana pulak kau bawak ni Mah?" Nek Zizah masih merenung si kecil itu pelik.
Datin Rahmah menarik lengan Nek Zizah menuju ke ruang tamu.
"kot ye pun, kita duduklah dulu Zizah. Banyak benda kita nak cerita ni." ujar Datin Rahmah seraya tersenyum.
Sedangkan kala itu hatinya kalut. Mahukah Zizah memenuhi permintaannya? Mahukah Zizah memahami tujuan mereka berkunjung ke rumah ini kelak?
Nek Zizah menurut sahaja cadangan temannya itu namun matanya tidak lepas dari si kecil yang bergaun kembang berbunga-bunga itu. Manis. Ada sesuatu yang terlintas di fikirannya kala itu tapi...takkanlah.
Nek Zizah memberi ruang kepada tamunya untuk duduk sebelum dia meminta diri ke dapur untuk menyediakan minuman. Seraya dia melangkah pergi, sempat dia menangkap butir bicara kanak-kanak itu.
"who is that?" suara halus itu berbicara, namun yakin dan tegas.
"nenek, sayang." Kedengaran Dato\' Dini melayan mesra.
"but this is my granny."
"itu pun nenek jugak."
Dan selepas itu, Nek Zizah tidak mendengar apa-apa lagi kerana pendengarannya yang sudah tidak begitu bagus dan juga dia sudah berada pada jarak yang agak jauh dari ruang tamu.
Sedang dia menyediakan kopi dan beberapa biji kuih untuk para tamunya itu, kedengaran bunyi motor cabuk Tuk Khalid sayup-sayup memasuki bawah rumah.
Tidak berapa lama kemudian, di ruang tamu sudah riuh suara Tuk Khalid dan Dato\' Dini berbual mesra.
Nek Zizah mengukir senyum nipis sebaik dia kembali ke ruang tamu semula bersama sedulang minuman dan sepiring kuih-muih.
"apa la kamu tak cakap nak datang Dini? Kalau tak aku boleh belikan apa-apa makanan untuk kamu masa balik tadi. Sekarang yang ada kuih-muih ni je la." Tuk Khalid berbicara sesal.
Dato\' Dini tersengih.
"tak apa Khalid. Kami ni tak mau nyusahkan kau dan Zizah. Sebab tu kami datang mengejut ni."
Tuk Khalid menggeleng.
"lama betul kita tak jumpa kan? Sejak Zainal dan Haliza..." Tuk Khalid tidak jadi menghabiskan ayatnya. Dikerlingnya isterinya yang sudah berubah wajahnya.
Datin Rahmah pantas mencelah.
"abang Khalid apa khabar?"
Tuk Khalid tersenyum kelat.
"macam ni lah. Hah, ni, anak siapa pulak ni?" Tuk Khalid pantas memuntahkan soalan yang sedari tadi berlegar di ruang mindanya sebaik matanya tertancap pada si kecil yang kini duduk di pangkuan Dato\' Dini itu. Begitu manja dia kelihatannya.
Dato\' Dini dan Datin Rahmah berpandangan seketika. lama Dato\' Dini diam sebelum dia menarik nafas dalam. Sudah sampai masanya tujuan pertemuan ini diadakan.
Dipandangnya Nek Zizah dan Tuk Khalid silih berganti.
Berat dia mahu memulakan.
"ni cucu kami. Isabelle. Anak Zainal." Akhirnya identity si kecil itu didedahkan.
Nek Zizah mengangguk-angguk perlahan. Padanlah muka orang putih, tapi rambutnya rambut orang Asia, rambut Zainal. Cuma warnanya agak kemerah-merahan.
Dato\' Dini merenung Isabelle di pangkuannya.
"Isabelle, salam nenek dan datuk." Arahnya.
Anehnya, si kecil itu mengerti dan dia pantas turun dari pangkuan Dato\' Dini dan melangkah ke arah Tuk Khalid. Dihulurkan tangan comelnya dan Tuk Khalid menyambut dengan senang hati. Diusap perlahan kepala kanak-kanak itu.
Nek Zizah pula ditujunya.
Nek Zizah turut menyambut tangan si kecil itu dengan senang hati. Selepas itu, Datin Rahmah menggamit Isabelle ke arahnya, dan si kecil itu duduk di sisinya.
"muka orang putih betul ya?" komen Tuk Khalid. Semua mata memandangnya dan jelas dia sedar dia menjadi perhatian.
Datin Rahmah tersenyum nipis.
"haah, muka maknya, Marriott."
Nek Zizah tersenyum lagi.
"comel betul."
Datin Rahmah tersenyum saja seraya mendengar pujian itu.
Dielus-elus rambut halus itu.
Dato Dini berdehem perlahan.
"macam ni lah Khalid, Zizah. Sebenarnya, kami datang ni dengan hajat besar, dan kami berharap sangat hajat kami di tak dihampakan." Dato\' Dini berhenti seketika.
"yelah, kita semua pun maklum, hubungan kita kebelakangan ni jadi agak keruh kerana peristiwa 10 tahun dulu, tapi rasanya, kita yang dah tua-tua ni tak ambil hati pasal tu pun. Cuma, tu lah, mungkin anak-anak kita susah nak terima apa yang dah jadi."
Sepi seketika saat Dato\' Dini menghela nafasnya.
Tuk Khalid dan nek Zizah setia menanti bicara Dato\' Dini seterusnya. Bermacam perkara bermain di fikiran, terutamanya peristiwa 10 tahun lepas.
"untuk pengetahuan kamu, Marriott dan Zainal dah bercerai 6 bulan lepas, dan sekarang, Marriott tinggalkan Isabelle dengan kami. Adik Isabelle, Lucy dibawanya. Zainal pulak, sejak perceraian tu, dia dah tak balik rumah. Entah sekarang dia kat mana, kami pun tak tau."
Nek Zizah dan Tuk Khalid sama-sama melopong. Rupanya di sebalik comel itu, ada kisah duka. Begitu muda tapi hidupnya sudah teruji sebegitu rupa.
"kenapa ibunya tak nak bawak dia sekali?" nek Zizah terus menyoal tanpa menunggu lama.
Datin Rahmah mengeluh panjang.
"hmm, entahlah Zizah. Kami pun tak tau sebabnya. Lucy baru 1 tahun. Isabelle dah 4 tahun. Mungkin sebab tanggungan hidup kot? Diorang bercerai pun kami tak tau. Sedar-sedar, Zainal bawak balik Isabelle satu hari tu, tanpa Marriott, dan katanya, diorang dah bercerai. Esoknya, dia terus menghilang. Jadi, dah hampir 6 bulan la Isabelle tinggal dengan kami dan Zainal pun tak ada berita. Seolah-olah Isabelle ni bukan sesiapa pada dia." Datin Rahmah pula menyambung. Ada nada sesal di hujung suaranya.
Tuk Khalid menggeleng.
"ish, ish, ish. Tulah budak-budak sekarang. Apa yang dalam otak diorang tu, entahlah. Lemak ayam je banyak. Tapi tak reti pikir." Bebel Tuk Khalid.
Nek Zizah turut menggeleng kesal.
"ibu bapa dah atur elok-elok tapi tak nak ikut. Macam tu lah jadinya bang Khalid. Sekarang, budak ni lah kesiannya. Mak ayah tak ada." Datin Rahmah menyambung lagi.
"maknya tak ada telefon ke, Tanya pasal Isabelle ni?" nek Zizah menyoal lagi.
Dato\' Dini dan Datin Rahmah menggeleng serentak.
"sejak hari tu, tak ada berita langsung dari dia." Keluh Dato\' Dini.
Hening seketika apabila si kecil itu tiba-tiba menyampuk.
"are you talking about my mum and my dad?" soalnya kepada Datin Rahmah.
Datin Rahmah tersenyum.
"ya sayang. Kitorang cakap pasal mama dan papa Isabelle." Ujarnya lembut.
"u don’t have to worry. They will come back for me. They said to me they will come back if I behave. I’m a good girl, right granny?" dengan yakinnya dan fasihnya dia bertutur.
"ya sayang. Isabelle memang baik." Datin Rahmah mengiyakan.
Nek Zizah tersenyum kelat. Sungguh dia tidak mengerti apa-apa.
"dia faham bahasa melayu ke?" Tuk Khalid pula menyoal.
Datin Rahmah angguk.
"haah. Dia tak reti cakap sangat tapi dia boleh faham apa yang kita cakap. Mujurlah. Dah jadi macam ayam dengan itik dah hah." Kata-kata Datin Rahmah mengundang tawa yang lain.
"tapi kalau dia boleh faham ok lah tu. Tak lah susah sangat." Tuk Khalid menyambung lagi.
Dato\' Dini dan Datin Rahmah meneguk minuman mereka seteguk dua.
Dato\' Dini kembali serius apabila tehnya sudah diteguk. Masih ada yang ingin dibicarakannya.
"Khalid, Zizah, sebenarnya, ada benda lain yang kami nak sampaikan ni." berat suara Dato\' Dini kedengaran.
Berkerut dahi Tuk Khalid.
"ha, apa dia? Cakaplah."
Dato\' Dini menggosok-gosok tapak tangannya, mencari ayat yang sesuai.
"sebenarnya, kami ingat, nak tempatkan Isabelle, dengan kamu berdua. Boleh ke?" lambat-lambat soalan itu diutarakan.
Tuk Khalid terlopong, nek Zizah membulat matanya.
"bukan apa Khalid, Zizah. Tapi kami rasa, ada baiknya budak ni membesar dengan persekitaran kampung ni, sebab kami berdua nakkan dia diberi pendidikan agama dan dunia sebaiknya. Yelah, ibu bapanya dah tentu tak boleh laksanakan tanggungjawab mereka sebab mereka dah berpisah. Kami sendiri pun, tak yakin kami akan mampu laksanakan tugas ni dengan baik. Setelah kami fikirkan masak-masak, lebih baik dia duduk dengan kamu. Jauh dari hiruk-pikuk kota, dan aku rasa, kalau bab-bab agama ni, kamu lebih arif. Jadi, kami berharap sangat, kamu tak tolak permintaan kami ni. pasal perbelanjaan hidup dia, kamu jangan risau. Kami tanggung semua."
Tuk Khalid berdehem perlahan.
"ni bukan soal duit Dini. Tapi, kamu ni betul ke? Si Zainal tu, apa kata dia nanti kalau dia tau? Haliza lagi. Mesti dia tak setuju dengan benda ni. kami..."
"tolonglah bang Khalid, Zizah. Kami merayu sangat. Kami tau kami macam nak lari dari tanggungjawab tapi sebenarnya bukan macam tu. Kami rasa ini yang terbaik untuk Isabelle. Tengoklah apa jadi dengan Zainal. Kami tak yakin dengan didikan kami Isabelle akan membesar sebagai gadis islam dan timur yang sebaiknya. Cuma kamu je harapan kami. Tolonglah jangan hampakan kami." Datin Rahmah pula merayu.
Nek Zizah tertunduk seketika, menekur lantai. Tuk Khalid menarik nafas dalam.
"macam nilah. Kamu beri kami masa untuk fikirkan cadangan ni sebaiknya. insyaAllah, seminggu dua lagi kami akan telefon semula untuk beritahu jawapan kami. Yelah, hal ni bukan hal main-main. Kami harap kamu faham." Tuk Khalid akhirnya memberi kata.
Dato' Dini tersenyum nipis.
"itu pun dah cukup untuk sementara waktu ni. kami harap jawapannya nanti pun, jawapan yang kami harapkan." Ujar Dato' Dini penuh harapan.
Tuk Khalid mengangguk.
"insyaAllah. Kita tengok dulu macam mana."
Datin Rahmah turut tersenyum lega. Dia yakin benar dengan kedua insan itu. Mereka insan mulia. Tetap berbesar hati setelah apa yang berlaku dulu. Pastinya jawapan itu nanti sesuatu yang mereka harapkan. Pastinya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bile isabelle da bsr naty...
wat la dye pakai tudung tau..