Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Taufiq memasukkan sisa makanan ke dalam Tong sampah. Semua pinggan di singki sudah habis dicuci. Tiba-tiba terasa sakit di dadanya, berdenyut perlahan. Dia duduk di kerusi sambil menggosok perlahan dadanya dengan tangan. Cuba menarik nafas perlahan. Kenapa pulak ni.. sekali lagi dia menarik nafas dan menghembus perlahan.
"kenapa Along? Along sakit?"
"ehhh Mak...kenapa bangun? Kan mak tak sihat?"
"tak apa badan ni dah sihat sikit, Along dah makan?"
"emmm dah mak, lagipun hari ni tak ramai sangat orang. hujan"
"tak apalah..mungkin rezeki kita tak ada hari ni" Mak Kiah tersenyum memandang wajah sayu anak sulungnya. Beratnya beban anak ini terpaksa menanggung keluarga walaupun sepatutnya dia bergembira dengan masa mudanya.
"Along mak minta maaf" ucap Mak kiah perlahan dalam selang batuknya.
"kenapa mak pulak nak minta maaf dengan Along?"
"sebab mak, Along tak macam kawan-kawan lain..kalau Along sekolah mesti Along dah berjaya"
"Mak..Along tak pernah minta lebih dari mak. cukuplah kalau mak sentiasa senyum setiap kali Along pandang mak. Lagipun mak dah lahirkan Along, itu dah cukup bagi Along" ada nada sendu di hujung kata-kata itu.
"Along tak kisah keadaan kita sekarang ?" duga Mak Kiah.
"Along tak pernah kisah sebab Along ada mak.." tubuh wanita itu didakap. Tak pernah dia malu sebagai lelaki untuk melahirkan rasa kasih terhadap seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan.
Bukan dia tak ada cita-cita, bukan dia tak ada impian untuk berdiri sama dengan kawan-kawannya yang lain tapi mak dan adik-adik adalah segalanya. walaupun ayah pergi tanpa meninggalkan apa-apa tapi semangat ayah tetap ada dalam hati Along. Along akan jaga mak dan adik-adik, ayah jangan risau.
"Mak bangga dapat anak macam Along, kalau ayah ada mesti dia pun rasa apa yang mak rasa" Mak kiah menyapu air mata yang menitis.
"Along sanggup buat apa saja untuk mak dan adik-adik"
Mak kiah mengangguk perlahan. Tersenyum."dahlah Along pergi tidur esok kena buka gerai lagi" tangan si ibu mengusap lembut rambut anak bujangnya.
"mak tidur dulu ek..emm pasal yuran sekolah Angah dengan Acik mak jangan risau, Along dah sediakan" ucapnya perlahan. Mak kiah mengangguk lagi. . "Along jangan kerja kuat sangat" pesan Mak Kiah. Dia meninggalkan bilik anak sulongnya. Taufiq mengeluarkan dairi merahnya.
Taufiq mencatat jumlah keuntungan hari ini, dia tersenyum. Beberapa duit syiling dikutip dan dimasukan ke dalam tabung. Separuh lagi disimpan dalam kotak untuk modal. walaupun tak banyak tapi kini dia berjaya membawa dirinya dan keluarga keluar dari kehidupan kais pagi makan pagi. Taufiq tersenyum sendiri teringat kata-kata kak Maz,
"kais pagi makan burger kais petang makan burger, hahhh mari-mari kak jenap, kak senah beli burger... rasa sekali nak datang berkali-kali. Burger pengikat kasih keluarga, mari beli burger Fiqger"
" boleh ke buat promosi macam tu kak?"
"hissshh mana pulak tak boleh, kita kalau nak maju berniaga kena pandai cakap, tengok macam mulut akak ni..mulut rezeki ni"
Kata-kata itu lekat di mindanya. Bijak juga Kak Maz.. walaupun nampak ganas tapi kak Maz adalah pembakar semangat untuk dia berjuang dalam hidup. Kak Mazliana juga yang menyelamatkan dia dari tersimpang jauh disebabkan kesempitan hidup.
" ambik ni.." bungkusan coklat bertukar tangan
"apa ni kak?"
"kau ni suka tanya benda yang dah nampakkan..duitlah tak akan ais krim malaysia 20 sen kot"
"nak buat apa?"
"laa...kata nak buka gerai? Ni akak tolong mulakan modal yang lain Fiq urus sendirilah"
"banyak sangat ni kak"
"lebih buat simpanan untuk adik-adik dengan mak, lagi satu beli T-shirt baru akak tengok setiap kali jumpa kau pakai T-shirt ni, kalau Mr bean tengok mesti dia ambik kau berlakon"
"kenapa pula?"
"jimatlah...tak payah cari sponsor baju" ketawa mereka bersatu.
Taufiq tersenyum lagi. T-shirt yang tersarung dibadannya disentuh. Memang T-shirt yang sama. "Kak Maz..Kak Maz..." ucap taufiq perlahan sambil mengelengkan kepala. Nama itu bermain di bibirnya.
****
"ahakkk..ahakkk.." Mazliana menepuk-nepuk dadanya. Aduhhh tersedak, sakit. Siapa pulak punya kerja sebut nama aku masa macam ni. Tak tahu ke aku dalam nyawa di hujung tanduk ni..lagi mau bikin susah.
"kenapa?"tanya Mak Engku, semua mata beralih kepadanya. "Bibik bawakan air" sekali lagi Mak Engku memecah sunyi.
"ehhh tak apa mak cik.. mama ehhhh Tengku, saya ok" Mazliana menggaru kepalanya. Sempat dia menangkap senyuman yang terukir di wajah Zikri. Kurang asam bos gelakkan aku. Dah arr jantung ni trauma semacam. Tiba-tiba dia pulak yang pengsan kang. Siapa nak jawab? Hahh terbitlah tajuk cerita hari pengsan sedunia.
Jelingan ‘Minah lintah’ menusuk ke muka. Mak aiiikkk aku rasa kalau ada pisau mesti dah lama dia tikam aku 45 kali tanpa rasa ehsan. Muka dah bertukar warna, bukan hijau mungkin kelabu- kelabu anak itik. Ehhh ade ke warna kelabu anak itik?..hahhh!!.
Datin Jamilah berpeluk tubuh. Persis Hang Jebat nak memulakan langkah. "apa pula kali ni Engku Yam?" kasar sedikit bunyinya. Mazliana mengurut perlahan dadanya, fuhhh! macam halilintar.
Datuk Mardan bangun dari duduknya. Wajahnya berkerut, "sabarlah..cuba bincang elok-elok" bisik Datuk Mardan dari belakang, takut-takut memegang bahunya. Risau pula kalau-kalau Tengku Mariam pengsan lagi dengan sergahan isterinya. Maklumlah suara Datin Jamilah ni kalau marah frekuansinya boleh pekak 23 saat kalau dengar.
"awak diam!! Awak bukan tahu apa-apa" Datuk Mardan menikus. Hahhh ni spesies takut bini arr punya cerita. Cerita bertambah menarik. Mazliana hanya jadi pemerhati bebas.
"haiiii.. apa ni Engku yam.. awak sengaja nak malukan kita ke?..dahlah abang mari kita balik, jangan nak buat muka tak malu duduk di sini lama-lama"
"bukan macam tu Datin, kita sendiri tak tahu apa yang berlaku ni...". dahlah pengsan lepas tu kena sembur satu hal.
"sudahlah, Jom kita balik..Tasha" Datin Jamilah menarik tangan anaknya.
"tapi Tasha lagi cantik dari perempuan ni..mesti abang Is kena ‘guna-guna’ dengan perempuan ni" jari telunjuk Minah lintah mengena tepat ke muka comel aku. Hishhh ni dah main tunjuk-tunjuk muka ni dah lebih ni, ada yang nak kena ni. Mazliana mengigit bibir, menahan geram. Dekat gila jari minah gedik ni dekat muka aku nasib baik tak masuk dalam lubang hidung. Tak ke batal puasa. Hehehe...
"hahhh sudah jangan nak malukan mama..jom kita balik" bentak Datin Jamilah geram.
Menonong Datuk Mardan dan Datin Jamilah meninggalkan Teratak kasih tanpa secebis penjelasan. Nama mahligai indah itu teratak kasih. Mana tahu? Mestilah rumah orang kaya adalah nama dekat depan pagar tukan..lagi mahu tanya. Datin Mariam berdengus geram. Sakit hatinya, Iskandar hanya mendiamkan diri sama begitu juga suaminya Tengku Mazlan yang duduk meneliti majalah Usahawan di sofa. Memang anak bapak betul.
"Tengku Iskandar Tengku Mazlan!!" suara Tengku mariam memecah kesunyian yang tercipta selama 15 minit tadi.
Peluh memercik membasahi dahi. Rasa macam dalam bilik tahanan yang sedang disoal siasat sebab mencuri telor ayam dua biji. Kesalahan tak besar mana tapi macam nak jatuhkan hukuman mati mandotori. Memang kisah benar lagi betul, bakal ‘mama mertua’ aku pengsan bila tengok bakal menantu. Haiii nasib kaulah Tengku Mariam. Kalau masuk dalam majalah ‘Gosip’ ni gerenti jualan penghabisan stok.
Si Bos besar boleh relax je macam tak buat salah. Dari tadi bakal mama mentua aku tak henti mengeluh, ada rasa kesian pada wajah itu. Tak patut betul anak dia buat macam tu.
"Maafkan saya Tengku, saya tak ada niat nak buat Tengku sakit hati..kalau kedatangan saya membuatkan hati ibu sebaik Tengku terguris saya rasa saya tak sepatutnya ada di sini" hahhh dah start diolag Cinta antara benua. Tapi sebenarnya ihklas dari hati bukan cubaan.
"mama...please..." akhirnya bersuara juga mangkuk ni, Mazliana menjeling tajam ke arah Bos besar yang masih lagi buat muka tak ada perasaan. Ehhh tapi muka dia mana pernah ada perasaanpun. Muka ala-ala ais kutub Utara.
Tengku Mariam tak senang duduk dari tadi, kejap dia ke kiri sekejap ke kanan. Malu bukan kepalang. Sakit hatinya apabila teringat kata-kata pedas Datin Jamilah masuk ke rongga telinga. Semuanya disebabkan kejutan anak teruna Tengku Mazlan ni!!. Betul-betul menyusahkan.
"sudahlah Yam" suara Datuk Mazlan.
Macholah gaya Datuk Mazlan, Mazliana teruja lalu tersenyum dalam hati. Bapak sikit punya Macho yang anak hancur!! Hishh salah kromosom kot Bos Besar ni.
"bertenang abang kata, malu kita dengan keluarga Datin tu" bisik Tengku Mariam perlahan.
"nak malu apanya bukan tak pakai seluar" Mazliana ketawa mendengar kata-kata Tengku Mazlan. Boleh pulak orang tua ni buat lawak. Tapi tawanya tak lama apabila hanya dia seorang yang ketawa yang lain. Beku. Dari satu sudu zikri menghantar isyarat supaya dia diam.
"kejutan apa ni Is?" Tengku Mariam sudah kembali ke alam nyata. Nasib baik pengsan dalam beberapa saat, kalau beberapa tahun tak ke jadi kes bunuh tanpa niat?. Semua mata beralih ke arah bos besar.
"mama kan nak jumpa pilihan Is, dialah wanita yang selama ini Is cari"
"kenapa selama ni Is tak cakap apa-apa dengan mama?"
"Mak Engku sebenarnya dah lama Is nak bawa Maz balik tapi belum tiba waktu yang sesuai" giliran Bos pula menambahkan perisa dalam penipuan. Eiii berdosa betul. Dari tadi Mazliana hanya diam sambil tunduk memandang permaidani yang tebalnya hampir 2 inci. Emmm mesti hargapun tebal. Sempat dia menilai.
"jadi Zik dah lama tahulah yang Is dah ada pilihan, kenapa tak bagi tahu Mak Engku?" ada nada kecewa. Tengku Mariam kembali duduk di sisi suaminya.
"emm...biarlah Yam yang penting anak ita tu bahagia"
Mazliana bersetuju dalam hati. Melihat perangai Tengku Mariam mengingatkannya pada Haji Nordin siapa lagi kalau bukan ayahanda kesayangan. Memang perangai ‘copy and paste’ sebijik sama.
Tengku Mariam bangun semula, dia melangkah perlahan ke arah Mazliana yang seakan ketakutan. Mungkin salah dia kerana menakutkan wanita itu. Cantik. Bisik hatinya dalam diam.
"saya macam pernah tengok awak ni tapi dekat mana ek" cuba dia mengingatkan sesuatu.
"dialah Doktor yang Mak Engku jumpa masa dekat tasik, masa jogging dulu...ingat tak?" Zikri cuba mengembalikan ingatan Mak engku. Dia pasti wanita itu akan terlayar di minda Mak Engku. Berbakul pujian diberikan oleh mak Engku kepada Mazliana walaupun pertama kali berjumpa.
Sekali lagi wajahnya di’scan’. Mazliana hanya berdiam diri. Senggal betul bos ni yang pergi tambah lagi dosa penipuan tu buat apa? Yang ada ni pun belum tentu terampun. Lagi satu dah tentu-tentu tahu aku bukan doktor yang pergi menipu lagi tu buat apa. Eiii plastik betullah mamat ni.
"yes.... that girl!!, tapi kenapa nampak lain" Tengku Mariam kelihatan gembira. Iskandar ternganga, hahh sudah mood mamanya bertukar tiba-tiba. "berapa lama Maz kenal Is?" tanya Tengku Mariam lagi. Entah kenapa hatinya seolah berbisik riang. Terhalau semua marahnya apabila terkenang peristiwa di tepi tasik.
"what?? 4 tahun tapi Is tak pernah beritahu mama?"
"macam ni Mak Engku Iskandar dah kenal Maz lama dulu tapi baru 2 bulan ni mereka jadi rapat" Zikri cuba menyelamatkan keadaan. Maklumlah yang reka skrip cerita dia. Dia yang memandai bagi idea bodoh ni pada Iskandar.
"jadi Zik pun dah lama kenal Maz?"
"emmm lebih kuranglah Mak Engku"
"jadi tak salahlah kalau cadangan Mak engku ni kan Zikri Alif?" duga Tengku Mariam lagi.
"hah??" matanya laju memandang ke arah Iskandar dan Mazliana
"cadangan apa mama?" tanya Iskandar laju.
Tengku Mariam tersenyum. Mazliana menelan air liurnya perlahan, senyuman ala-ala membawa berita tak sedap didengar je ni. Dia mula tak senang duduk. Kalau tadi hatinya sudah tenang kini kembali berdengup aktif.
"kawin!!!???" semua mata tepat memandang ke arah Tengku Mariam. Tengku Mazlan hanya tersenyum.
"so macamana?" Tengku Mazlan tersenyum lagi melihat gaya isterinya langsung tak berubah. Nasib kaulah Iskandar nak main sangat dengan kejutan, sekali mama kau buat kejutan baru Terkejut beruk.
"macamana apa mama?" Iskandar mula bosan. Kenapa mamanya tak pernah nak faham. Ini masa depan dia.
"Is... mama tak pandai nak ulang untuk yang ke seratus kali" hahhh ambik kau kena sebijik. Mazliana memandang wajah cuak Bos Besar. Tak apa mazliana haji Nordin kau ‘wait and see’ dulu apa yang berlaku. Kalau rasa boleh izin laluan baru kau masuk.
Zikri mati Akal. Dari tadi dia cuba menarik keluar Iskandar dari masalah tapi apa yang berlaku nampaknya masalah lagi besar. Dia memandang pelik wajah Mazliana yang tenang. Bulat matanya apabila melihat senyuman meleret Mazliana. Ehhh biar betul minah ni suka pulak dia? Ke memang dia nakkan perkahwinan ni.
Tengku Mariam menjeling suaminya sempat melontarkan isyarat mata. Tengku Mazlan tersenyum. Tahu sangat tektik isterinya itu. Dia bangun dari duduknya menuju ke arah Mazliana. Gadis itu nampak sopan, kalau nak dibandingkan dengan Tasha memang jauh sangat.
"Maz..mari kita makan lagipun mesti Maz laparkan" Mazliana tersenyum. Memang betul bagai dikata, inilah kata peribahasa orang mengantuk disurungkan bantal.
"emm lapar juga dari tadi dok nyanyi lagu ghazal untuk rabiah..." Tengku Mariam dan Tengku Mazlan tersenyum. Mereka menuju ke meja makan.
"Mazliana berapa orang adik beradik?"
"emmm 3 orang tengku"
"panggil Mak Engku dengan Ayah engku je"
"mak ayah ada lagi?"
"emmm ada"
"ayah kerja apa?" tanya Mak Engku lagi. Macam polis dahhhh....
"emmm ayah pendidik mak full time surirumah" jawab Mazliana. Dia memandang deretan lauk yang memenuhi meja. Mak aikkk nak makan yang mana satu ni?
"kenapa Maz tak makan ke lauk macam ni?"
"hishhh tak adalah Mak engku, banyak sangat tak tahu mana nak pilih" Iskandar mencebik. Zikri hanya tersenyum pahit. Manis pula mulut budak ni.
"abang tahu tak Maz ni pandai mengurut..sampai sekarang terasa lagi bekas tangan dia" amboii puji melambung pulak mama ni. Hahhh kembanglah budak kelibut ni sikit lagi.
"hishhh mana ada... Mak Engku ni setakat urut biasa tu bolehlah"
"Maz ambiklah lauk tu jangan malu-malu"
"hahhh yelah awak makanlah...kenapa nak malu sebelum ni tak malupun, hahhh ni sambal belacan awak sukakan" Iskandar memasukkan 5 suku sambal belacan ke dalam pinggan Mazliana. bulat matanya. Haiii macam tak puas hati je bos ni. Nak bunuh aku ke?.
"Is kenapa banyak sangat? Nanti pedas"
"ehhh tak apa mama dia memang suka sangat sambal belacan" Iskandar berkata geram. Tapi senyuman masih terpamer di wajahnya. Takut jika mama dan papanya terhidu ketidakselesaannya dari tadi. Mereka menikmati makan malam, kedengaran suara Tengku Mariam dan Tengku Mazlan berselang seli dengan gelak dan pujian Mazliana. Dari tadi tak berhenti mulut Mazliana bercerita ada saja yang diceritakan. Senyumannya sentiasa lekat di wajah.
Mazliana menangkap mimik muka Bos besarnya. Dia tersenyum sinis. Zikri mengangkat Udang galah masuk ke dalam pinggan. Tiba-tiba dia rasa berselera, Belumpun nasi masuk kedalam mulut kakinya disepak dari arah bertentangan. Siapa lagi kalau bukan Iskandar.
"kalau macam tu bolehlah kita jumpa keluarga Maz..bincang apa yang patut" Datuk Mazlan mengangguk perlahan mendengar cadangan isterinya. Zikri terperanjat. Sekali lagi kakinya menjadi mangsa di sepak Iskandar.
"tapi diorang tak boleh kawin Mak Engku" jerit Zikri tiba-tiba. Tindakan reflek selepas kena sepak.
"kenapa pula Zik?" Tengku Mazlan pelik.
"Maz sebenarnya sakit"
"sakit??!!!" Mazliana memandang tepat ke arah Zikri. Bila pulak aku sakit?
"Sakit apa?" tanya Tengku Mariam lagi. Kali ini meminta jawapan dari Mazliana sendiri. Mazliana mengangkat kening ke arah Zikri. Nak jawab apa?.
"emm sakit...sakit... dia ada buasir Mak Engku"
Terkeluar sedikir air dari mulut Iskandar. Tersedak. Mazliana???!!! muka blur, tak ada apa-apa respon. Buasir??!....
"buasir tu kan boleh dirawat..hishhh Zik ni buat lawak pula masa makan" Tengku Mazlan tertawa kecil.
"tak apa Maz, Mak engku tak kisah.itu kita fikir kemudian" bisik wanita itu perlahan sambil tersenyum.
"hah??!!" Mazliana hilang punca, akhirnya dia sekadar tersenyum. Cicak kobeng punya Bos, ada ke dia kata aku kena buasir? Tak ada ke penyakit lain yang sedap didengar. Buasir ekk..nanti kau. kita tengok siapa yang kena buasir.
Zikri dan Iskandar berpandangan. Iskandar mengangkat kening tak puas hati. Ilmu apa perempuan ni pakai sampai siap pegang-pegang tangan dengan mama, mesra jangan dicakaplah...macam dah kenal 10 tahun. Iskandar memberi isyarat mata agar Zikri mengikutnya.
Suasana malam diterangi cahaya bulan. Taman mini milik Tengku Mariam terang disimbahi lampu neon yang berbagai bentuk. Ilham rekaan yang betul-betul dikagumi sesiapa yang singgah ke teratak kasih.
"apa cerita ni Zik? Kau jangan nak buat aksi Wakenabeb dekat sini"
"masalahnya sekarang akupun tak tahu siapa yang terkena, tak sangka pula Maz boleh tawan hati Mak Engku macam ni je" Kata Zikri sambil memetik jarinya.
"habis tu apa motifnya mama aku pengsan tadi?"
"nak sedapkan cerita kot.." Zikri duduk di bangku kayu. Matanya melihat Ikan yang berenang-renang di dalam kolam. Mati jugak akalnya nak memproses masalah yang bakal datang ni. Kalau silap hari bulan dia pulak yang kena nanti.
"habis tu macamana ni?" sekali lagi Iskandar mengutarakan soalan tanpa jawapan.
"susah-susah kau kawin jelah, habis cerita"
"kau nak merasa bermalam dekat tanah perkuburan ke? Kau nak aku kawin dengan budak kelibut tu?"
"ok what?" Zikri tertawa kecil sengaja menduga hati sahabat baiknya itu.
"kau jelah ambik dia..."
"ehhh apa aku pulak?" ucap Zikri dalam sisa tawa.
"padanlah dia dengan kau kelibut + Mat Poyo" Marah Iskandar
"hishh kau ni sejak dua menjak ni aku tengok macam lain je?" Zikri meneliti Iskandar beberapa saat.
"apa yang lain?"
"kau bukan Iskandar yang dulu, kalau dulu tak ada perasaan, tapi sekarang siap boleh buat lawak antarabangsa lagi..ni mesti sebab jangkit penyakit budak kelibut kau tu kan"
"jangan merepek and jangan nak tukar topik, aku tak pernah nak bergurau dengan masa depan aku"
"ok fine, janganlah marah sangat..relaxlah cerita belum habis lagi, tapi aku tengok Maz tu macam suka pula dengan cadangan Mak Engku tu"
"emmm itu lagi satu aku pelik dari mula sampai akhir senyum memanjang" sekali lagi Zikri ketawa. "entah-entah memang ini rancangan dia dari awal?" teka Iskandar lagi. Zikri terdiam. Cuba memproses kata-kata Iskandar.
"maksud kau"
"Zik semua orang sangup buat apa saja sebab duit, dan kau tahu kan berapa kita bayar dia buat kerja ni" Iskandar meluahkan apa yang bermain di fikirannya.
Iskandar duduk bertentangan dengan Zikri, menyesalpun ada dia terlibat dalam rancangan tak berilmiah ni. Kalau betul perempuan kelibut tu ada rancangan sendiri memang dia sengaja nak cari pasal dengan Tengku Iskandar Tengku Mazlan.
"kau buat apa tu Zik?"
"laaa tengah berfikirlah ni" sambil menekan-nekan telifon bimbitnya. Dia sendiri tak tahu apa yang dfikirkan.
"fikir apa ?" satu suara datang dari belakang. Mazliana tersenyum manis. dia merapati kedua bosnya yang kelihatan resah. "ada masalah ke?" tanya Maz seperti tiada apa yang berlaku.
Kedua lelaki itu merenungnya dengan satu pandangan yang sukar dimengertikan. Hahhh sudah dah macam aku pulak yang bersalah. Mazliana mengisi tempat mengadap kedua-dua lelaki pujaan malaya itu. Kononnyalah. Tapi memang betulpun bukan cobaan.
"kenapa tadi awak macam suka je?" tanya Iskandar geram.
"suka? Bila?"
"Mazliana yang awak senyum memanjang dekat dalam tadi tu bukan suka ke?" tawa Mazliana pecah. Dari tadi memang itulah yang nak dilakukan. Ketawa. Terasa lawak pula apa yang berlaku malam ni. Macam dalam kartun ujang.
"aduh!! Sakitlah.."
"yang ketawa macam pontianak tu buat apa? Nak bagi satu rumah dengar?" Wajah Iskandar merah menahan marah. Mazliana mencebik, perlahan mengosok kepalanya. Apalah suka main kepala, pantang betul datuk nenek aku orang main kepala ni.
"dah Bos suruh saya senyum je tak ingat..? tugas awak malam tu senyum dan Ya kan apa saja yang saya cakap.." ajuk Mazliana. Arahan itu bermain di minda Iskandar. Ada dia cakap macam tu ke?. Zikri memandang wajah Iskandar tak puas hati.
"habis awak setuju dengan cadangan mama saya tu?, awak jangan ingat saya terdesak sangat sampai kena kawin dengan awak Mazliana" marah Iskandar. Zikri menyiku lengan Iskandar, memberi isyarat agar merendahkan suaranya. Hishhh sejak bila pulak Iskandar cakap main lepas ni.
"Bos Besar bila pulak saya nak kawin dengan bos besar? Ingat saya pun terdesak ke nak kawin dengan bos?" jerit Mazliana. Matanya menikam tajam wajah Iskandar.
"tapi awak membuatkan mama dan papa saya fikir bukan-bukan"
"apa pulak salah saya? Tak akan saya nak cakap yang Bos besar upah saya untuk berlakon sebab tak nak kawin dengan minah lintah tu?"
"syhhhhhsss" hishhh tak boleh ke cakap volume rendah? Nak bagi tahu mak engku dengan Pak engku ke?" Zikri mengingatkan Iskandar.
"apa tutup-tutup mulut? Dah laaa saya macam nak mati makan sambal belacan, tahu tak saya tak boleh makan sambal belacan? Ni lagi satu bila pulak saya ada buasir???...kalau nak dapat dosa freepun buatlah sesuatu yang tak sakitkan hati orang lain tak boleh?" Mazliana bangun. Panas hati betul layan mamat dua ekor ni.
"janganlah terasa Maz, saya tak terfikir penyakit lain tadi"
"apa terasa-terasa?..ingat ini hari selasa ke nak terasa?" balas mazliana. tapi dia duduk kembali.
"habis macamana ni?" Zikri bertanya perlahan.
"lu pikirlah sendiri" ucap Iskandar dan Mazliana serentak. Pinjam ayat Nabil raja lawak.
Mazliana meninggalkan dua lelaki itu. Kalau lama dekat situ boleh betul-betul dia kena buasir. Lagi layan lagi boleh hilang pertimbangan manusia normal. Zikri dan Iskandar saling berpandangan. Iskandar melepaskan keluhan berat.
"kau dengar Is apa dia panggil tasha?"
"apa?" tanya Iskandar lagi.
"minah lintah..." Iskandar dapat menangkap ayat itu tadi Cuma dia tak pasti. Mereka saling berpandangan dan akhirnya tersenyum.
memang betul-betul ho liaw! hehehee............ setiap entry, tak pernah mengecewakan! all the best!!!!!!!!!!!!!!!!! tapikan, nak ending maz dgn is tau!
salam... best r cite ni, sempoi giler tngh tension exam ni pun jd x tension. apa xnye, asyik senyum n ketawa memanjang. harap hppy endg n maz bsame ngn is. cepat2lah sambung ye... x sabar nk thu strusnye...
da lama aku tak baca penulisan yg bkualiti mcm neh.. penulisan yg selamber mcm novel2 MATT ROMEO.. syabas.. yg ptg bile kluarkan novel2 lg, pstikan jln cerita tak stereotaip.. neway, i love ur writing!
sebenarnya cerita novel sama je. tapi yg membezakan best & bestnya bahasa / gaya penulisannya. klu jln cerita best, tapi gaya bahasa hambar je....bosan. Kadang2 cerita biasa je tapi olahan bahasa yg digunakan menarik, jadilah cerita tu seronok utk dibaca. Saya suka novel ni. Bahasa & gaya penulisan yg membuatkan kita ingin terus membacanya. bagus sgt utk menghiburkan hati yg lara.
cerita nie mmg sempoi.....menarik....bila baca cerita nie hilang semua masalah....apa2 pun mmg best....teruskan berkarya....saya menyokong industri penulisan....
best giler!!! hahahaha.. memang gelak abis ah! ^^ buasir??? wth.. hahaha.. XD
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
memang best...tegelak-gelak aku membacanya...slumberrr je ayat dia..lawak..teruskan..