Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Petang itu, Nisa' ke rumah Mak Su seperti biasa untuk mengambil Hana. Perjanjian telah dicapai dan mengikut perjanjian itu, Irfan merupakan pemelihara Hana sehingga dia berusia 2 tahun. Selepas 2 tahun, barulah permohonan boleh dikemukakan untuk proses pengangkatan Hana.
Nisa' menarik nafas lega apabila kereta Irfan tersadai di porch. Dia tahu Irfan ada. Masih ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan kepada Irfan tentang proses pengangkatan.
Nisa' mematikan enjin kereta dan turun dari kereta.
"assalamualaikum," terjengul wajah Irfan di muka pintu.
"waalaikumussalam," Nisa' mengukir senyum.
"awak ni 2-3 hari ni free je saya tengok? Bisnes ok ke?" Nisa' masuk ke dalam rumah, mengambil tempat di sofa. Irfan juga berbuat demikian.
Irfan menarik nafas dalam.
"bolehlah. Bisnes tetap jalan walaupun tokey tak ada."
"hmm, Mak Su mana?"
"ada kat dapur tu. Nak minum?"
"eh, tak pe lah. Saya ada nak cakap sikit pasal hal Hana."
Irfan menegakkan duduk mendengar kata-kata Nisa'.
"hmm, apa dia?"
"sebenarnya saya tak tau lah awak tau ke tak tapi permohonan mengambil anak angkat secara persendirian hanya boleh dibuat setelah 2 tahun Hana di dalam peliharaan. So, sekarang, mengikut perjanjian kita, awak yang memelihara Hana secara luarannya tapi yang memelihara Hana sebenar-benarnya ialah saya, betul?"
Irfan angguk pasti.
"betul. Habis, apa masalahnya?"
"tak ada apa-apa masalah, Cuma sekarang ni, kita kena maklumkan pada pihak berkuasa bahawa Hana sekarang dalam pemeliharaan awak. Dan sebagai seorang yang belum berkahwin, awak kena sediakan slip pendapatan, semua yang berkenaanlah bagi mengikut protokolnya. Dan lepas 2 tahun baru permohonan boleh dikemukakan."
Irfan terdiam sekejap mendengar frasa ‘seorang yang belum berkahwin'.
Perlukah dia berterus-terang dengan Nisa' sekarang?
"Irfan," Irfan tersedar dari lamunannya.
"ya,"
"awak dengar tak apa saya cakap?" Tanya Nisa'.
Irfan menggeleng.
"sorry, apa awak cakap tadi?" Nisa' baru hendak membuka mulutnya.
"Nisa', dah lama sampai?" tegur Mak Su yang datang dari arah dapur. Nisa' menoleh, bingkas menyalami Mak Su.
"adalah 5 minit." Jawab Nisa'. Dia duduk kembali. Mak Su mengambil tempat di sisi Nisa'.
"apa lagi yang kamu bincangkan ni?" Mak Su memandang Nisa' dan Irfan silih berganti.
"tak ada apa-apa. Cuma saya nak beritahu Irfan prosedur mengambil anak angkat ni."
Mak Su dan Irfan berbalas pandang. Pandangan yang hanya mereka mengerti.
"hmm, Mak Su masuk dulu, nak solat asar." Mak Su bingkas beredar masuk ke dalam bilik, meninggalkan mereka di ruang tamu.
Irfan berdehem perlahan.
"apa awak cakap tadi?" Tanya Irfan.
Nisa' menggaru dahi.
"macam ni, esok atau lusa kita ke Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat untuk urusan ni. awak free tak?"Irfan terdiam, menggosok dagu.
"saya memang free. Pukul berapa?"
"after lunch? Saya ingat nak bawa Mak Su dan Hana sekali. So, saya tinggalkan Hana macam biasa dengan Mak Su, then awak bawa diorang datang, jumpa kat sana. Saya tak boleh bawa Hana terus sebab saya nak ke pejabat dulu." Terang Nisa' panjang lebar.
Irfan angguk.
"ok, esok kita jumpa di JKM sini."
"ok, esok ya. Kalau macam tu, saya nak balik dulu lah." Nisa' bingkas. Seperti biasa, dia mengambil Hana di dalam bilik dan beredar pulang.
Keesokannya, di rumah Mak Su, Irfan sedang bersiap-siap mahu keluar. Mak Su yang sedang mengenakan tudung menghampiri Irfan.
"kamu tak nak beritahu dia ke status sebenar kamu?" suara Mak Su risau.
Irfan mengeluh kecil.
"Mak Su, Irfan rasa tak perlu."
"tapi Irfan, nanti depan pegawai kamu kena beritahu status sebenar kamu. Mak Su takut Nisa' akan rasa tertipu, nanti dia tak nak teruskan semua ni. baik kamu beritahu dia sebelum terlambat Irfan. Sekurang-kurangnya, kalau dia tahu sekarang, masih belum terlewat lagi untuk dia pertimbangkan semula."
Irfan terdiam. Dia mencekak pinggang, berfikir dalam.
"Mak Su, Irfan rasa Nisa' ok. Tak ada apa-apa lah. Tak apa, Mak Su jangan risau." Irfan menenangkan Mak Su.
Mak Su memuncung.
"ish, suka hati kamulah." Mak Su masuk ke dalam membetulkan tudung. Kemudian, dia mengendong Hana keluar bilik.
Nisa' menanti di dalam kereta di hadapan bangunan JKM. Dia menarik nafas lega melihat kereta Irfan memasuki pekarangan JKM. Dia turun dari kereta, menuju ke kereta Irfan yang sudah diparkir elok. Mak Su keluar dan menyerahkan Hana pada Nisa'.
Mereka beriringan masuk ke dalam bangunan itu lalu ke bilik pegawai yang berkenaan.
Nisa' mengetuk pintu.
"masuk," tombol pintu dipulas Irfan. Nisa' melangkah masuk diikuti Irfan dan Mak Su.
"assalamualaikum puan, Nisa' dan Mak Su bersalaman dengan pegawai itu. Puan Murshida mengukir senyum melihat Nisa'.
"duduklah cik Nisa'. Encik dan kakak pun jemput duduk." Pelawa Puan Murshida.
Mereka mengambil tempat masing-masing.
"anak macam mana? Sihat?" Tanya Puan Murshida. Semasa Nisa' memaklumkan tentang Hana di JKM, Puan Murshida lah yang menguruskannya.
Nisa' senyum nipis.
"sihat puan, Alhamdulillah."
Puan Murshida menjeling Irfan di sisi.
"ni bakal suami ke?" soalan itu membuatkan nafas Nisa' terhenti seketika. Irfan dan Mak Su senyum tawar mendengar soalan itu.
"tak puan. Kenalkan, ini Irfan."
Puan Murshida angguk perlahan.
"oh, jadi, kenapa kamu nak jumpa saya hari ni?" Nisa' menarik nafas dalam.
"sebenarnya puan, saya tak nak jadi penjaga Hana lagi. Saya tak jadi ambil Hana sebagai anak angkat." Beritahu Nisa' perlahan.
Puan Murshida angguk mengerti.
"jadi, kamu nak serahkan pada puan ni?" Puan Murshida merujuk pada Mak Su.
Nisa' pantas geleng.
"tak puan. Saya nak serahkan Hana pada Irfan. Dia nak ambil Hana sebagai anak angkat. Boleh ke puan?"
Wajah Puan Murshida berubah sedikit. Dia merenung Hana lama, senyuman masih terukir mesra di bibirnya. Puan Murshida menoleh kepada Irfan.
"encik Irfan sudah berkahwin?"
Nisa' pantas menggeleng.
"belum puan..."
"sudah puan." Nisa' terkedu mendengar jawapan itu. Dia menoleh kepada Irfan pantas. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Puan Murshida angguk perlahan. Tidak dia perasan wajah Nisa' yang sudah berubah. Mak Su sudah resah di duduknya.
"isteri encik Irfan tak datang sekali?" Puan Murshida masih tidak mengalih pandang dari Irfan.
Irfan menunduk seketika. Nisa' masih merenungnya tajam, menanti jawapannya juga.
"isteri saya dah meninggal setahun lalu." Beritahu Irfan perlahan namun tenang. Mak Su menggenggam jemari Irfan kuat, memberi semangat padanya.
Nisa' bertambah kaku. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?
Puan Murshida menunduk seketika.
"maafkan saya."
Irfan menggeleng bersama senyum tawar.
"tak apa puan. Jadi, bolehkah saya ambil Hana sebagai anak angkat saya?" Irfan bertanya lagi.
Puan Murshida tidak terus menjawab, sebaliknya dia memandang Irfan dan Nisa' silih berganti.
"maafkan saya cik Nisa', encik Irfan, dukacita saya maklumkan, lelaki tidak beristeri tak dibenarkan mengambil anak angkat perempuan. Jadi, encik Irfan tak boleh mengambil Hana sebagai anak angkat."
Nisa' kaku di kerusinya. Kejutan kedua pada hari ini. Irfan tersandar lemah. Genggaman Mak Su bertambah kuat.
"jadi, walaupun saya duda, tetap tak boleh?" Irfan mencuba lagi. Puan Murshida menggeleng perlahan. Nisa' mengerling Irfan saat dia meluahkan perkataan ‘duda'.
"maafkan saya. Ini undang-undang. Kita tak boleh melanggarnya. Saya harap encik Irfan faham." Suara tenang Puan Murshida berbicara.
Nisa' tidak terkata apa-apa. Dia tidak mahu menunggu lagi. Dia bingkas, menyalami Puan Murshida.
"saya balik dulu."
Nisa' tidak menanti lagi. Dia terus keluar dari bilik itu. Irfan mengejar pantas diikuti Mak Su.
"Nisa', please, we have to talk." Pujuk Irfan.
Nisa' tidak menjawab. Terus melangkah. Tidak mengendahkan Irfan di sisinya.
"Nisa', please?" pujuk Irfan lagi. Tiada reaksi.
Irfan menarik Mak Su supaya bercakap dengan Nisa'.
"Nisa', dengar dulu apa Irfan nak cakap ya?" pujuk Mak Su pula. Nisa' memperlahankan langkahnya. Menyerahkan Hana pada Mak Su.
Bertentang mata dengan Irfan.
"why didn't you tell me the truth?" Nisa' mengetap bibir.
Irfan menggosok belakang kepalanya resah.
"sebab saya takut awak takkan setuju."
Nisa' memalingkan mukanya tidak percaya.
"why should I? Menjadi seorang duda bukan satu dosa Irfan. At least you let me know. Kenapa mesti awak sembunyikan?" marah Nisa'.
Irfan menarik nafas dalam.
"ok, I'm sorry. Seriously, saya Cuma tak takut awak tak setuju kalau awak tau status sebenar saya. That's why I didn't tell you. Maafkan saya?" pinta Irfan bersungguh-sungguh.
Nisa' menarik nafas dalam dan melepaskannya. Dia melabuhkan punggung di bangku yang tersedia di kaki lima bangunan itu.
"drop it Irfan. Dah tak ada apa yang kita boleh buat. Kalau saya setuju pun, awak tetap tak boleh adopt Hana." Keluh Nisa'.
Irfan turut duduk. Kepenatan, kelelahan jiwa dan raganya.
"so, apa kita nak buat sekarang?" Nisa' jungkit bahu.
"entah. Nampaknya, saya kenalah hadapi ummi saya seumur hidup saya." Keluh Nisa' lagi.
Irfan meraup wajahnya.
Mak Su menghampiri. Wajahnya berseri sedikit, tidak seperti wajah mereka.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahahaha....tu lah lambat sangat...kan mak su dah selit daun......yes!!!....irfan dengan nisa.....setuju sangat2.....cepattttt sambung...
DiYaNN