Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hai Nura," Alia tersenyum manis. Nura berlari dan memeluk Alia. "Lamanya kakak tak datang sini. Nura rindu sangat kat kakak," Nura mendongak memandang wajah Alia. Alia mendukung Nura lalu di bawa ke katil. Alia hanya tersenyum bila Nura bercerita macam-macam perkara. Dia menjadi pendengar setia dan terhibur dengan gelagat Nura. Tiba-tiba matanya terpandang anak patung beruang yang hampir menyamai saiz dirinya. "Cantiknya patung tu?" Alia menghampiri anak patung yang diletakan di atas kerusi. "Ayah yang beli. Cantikkan kak," Nura turut membelai patung tersebut. ‘Serupa dengan anak patung yang aku beli. Agaknya ayah budak ni yang beli patung hari tu,’ Alia berbisik sendirian. Seminggu kemudian, dia menerima panggilan dari pihak kedai tersebut, patung yang dia tempah sudah datang. Gembiranya saat dia dapat memeluk patung tersebut. Alia tersenyum. "Kenapa kakak senyum?" Nura hairan melihat Alia yang mendiamkan diri kemudian tersenyum. "Kakak pun ada patung serupa macam ni," Alia berpaling ke arah Nura. "Betul?" Soalnya teruja. Alia angguk kepala. Ketukan di pintu membuatkan Alia dan Nura serentak berpaling. Wajah Dr.Chan muncul dengan senyuman. "Nura sihat hari ni?" Soalnya ramah. Nura angguk kepala. "Malam sabtu lepas,dia pengsan, penyakitnya semakin serius." Dr.Chan memberitahu Alia tanpa sempat dia bertanya. Alia merenung wajah comel itu. Walaupun mengidap penyakit yang tiada penawar, namun dia tetap bersemangat untuk terus hidup. "Doktor, dari mana dia dapat penyakit ni?" Alia mengusap rambut Nura yang sedang leka mengunyah roti. "Dari ibu dia,"Alia terlopong. "Ayah dia macamana? Tak kena jangkitan ke?" Soal Alia lagi. Jika ibu anak kecil itu membawa virus tersebut, maknanya, tentu si ayah juga terkena jangkitan tersebut. "Susah saya nak cakap. Ayah dia ok. Selamat. Setakat itu saja yang boleh saya bagi tau awak," Dr.Chan tersenyum. Alia termenung seketika. ‘Pelik betul. Kalau isterinya kena jangkitan, kenapa suami dia tak?’ Alia keliru. ********************************** "Aku nak cari kerja lah. Kau boleh tolong aku?" Alia bertanya pada Maziah. Maziah berpaling memandang wajah Alia. "Kau cakap apa tadi? Cuba ulang?" Maziah mendekatkan telinganya ke mulut Alia. "Aku nak cari kerja." Alia menjerit ditelinga Maziah. Maziah menampar bahu Alia. "Oiiiii…nak suruh aku jadi orang pekak ke?" Maziah memarahi temannya. Alia tergelak. "Padan muka. Aku cakap baik-baik, kau buat tak dengar." Maziah mencebik bibir. "Nantilah aku tanya kat kawan aku. Hari tu dia ada cakap, pihak pengurusan perlu orang. Kalau rezeki kau, nanti aku suruh dia tolong kau," Maziah menggosok telinganya. Alia memeluk sahabatnya dengan erat dan mencium pipi sahabatnya itu. "Aku sayang kau," Maziah mengusup pipinya yang dicium oleh Alia. "Ehemmmm…" Alia dan Maziah tersentak. Mereka lupa bahawa mereka berada ditempat awam. Mereka berpaling ke arah suara garau itu. Alia menarik tangan Maziah untuk beredar. "Wah!!!! Hensem nya. Kenapa kau tarik aku." Maziah berpaling ke arah lelaki yang menegur kelakuan sumbang mereka sebentar tadi. "Aku bagi tau kat Ariy nanti, kau ada niat nak mengorat lelaki lain," Ugut Alia. Maziah ketuk kepala Alia. "Tak semestinya aku puji dia, maknanya aku nak mengorat. Kau ni, kan, memang dah buta. Apa yang istimewa sangat Cikgu Syah tu? Selain hensem, baik, macho, romantic, penyayang dia….. heheheheh…dia memang oklah. Lengkap ciri-ciri lelaki yang layak dijadikan suami. Tapi…kau kena ingat, dia sudah beristeri. Kalau dia cintakan kau, dia takkan mengahwini perempuan lain. Dia akan setia pada kau sorang. Dan, jangan biarkan dia mainkan perasaan kau." Maziah berleter panjang lebar sambil bercekak pinggang. Alia tergamam mendengar suara Maziah yang tidak berhenti memarahinya. Minggu lepas juga begitu, bila dia menceritakan tentang Syah yang tidak datang setelah berjanji untuk datang ke rumah mereka. "Cik…cik, tunggu dulu," Maziah dan Alia berpaling. "Ye," Mereka serentak menjawab. Lelaki itu tergamam seketika saat matanya memandang wajah Alia. "Hello……Awak nak apa?" Maziah melambai tangan dihadapan muka lelaki itu. Bila tiada respon, Maziah petik jari. Lelaki itu tersentak. "Errrrr…ni cik berdua punya?" Soalnya gugup sambil menayang beg duit dihadapan mereka. "Saya punya," Alia merampas beg duit tersebut. Mungkin terlupa sewaktu mereka tergesa-gesa meninggalkan meja itu tadi. "Saya jumpa di atas meja bekas tempat duduk kamu tadi," Ucapnya perlahan. "Terima kasih," Alia menarik tangan Maziah. Maziah sempat tersenyum ke arah lelaki itu. "Ehh..kau nak ke mana tu?" Alia hairan bila melihat Maziah berpatah balik. Dia menghampiri lelaki yang masih tercegat memandang ke arah mereka. Dari jauh Alia nampak lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya. Kemudian Maziah kembali menghampiri Alia sambil tersenyum. "Aku bagi nombor telefon kau. Dia macam berminat kat kau. So, rebutlah peluang," Maziah tersengih. "Yah…. Aku tak suka." Maziah jungkit bahu dan berjalan laju menuju ke kereta. Alia mengekori langkah Maziah. ‘Mereka ni memang suka sangat nak kenakan aku,’ Bisiknya dalam hati. Dia tahu rakan-rakannya mengambilberat tentang dirinya. Tetapi pintu hatinya belum terbuka untuk mencintai orang lain. "Kau memang nak bunuh aku." Alia tepuk dahi. ********************************* "Chan, keadaan dia macamana?" Syah berlari menghampiri Dr.Chan. Sebaik sahaja menerima panggilan dari pihak hospital, Syah bergegas menuju ke hospital. Nura dimasukan ke unit ICU. Penyakitnya semakin serius. Syah hanya mampu memandang sayu wajah anak kecil itu. "Tak sanggup aku nak tengok keadaan dia," Syah terduduk di atas lantai. Wajahnya keruh, dan airmata mengalir perlahan dipipinya. "Encik, sabarlah. Nura anak yang baik. Dia juga sangat tabah dan berani," Syah mendongak bila mendengar suara seseorang memujuknya. "Alia," Ucapnya perlahan. Alia turut tergamam. Kebetulankah ini? "Aku bermimpi agaknya," Syah tunduk memandang lantai. ‘Mungkin aku terlalu rindukan Alia, di saat begini, aku mengharapkannya di sisi.’ Bisiknya dalam hati. Beberapa saat kemudian, Syah mendongak lagi, dan Alia masih berada dihadapannya. Perlahan Syah berdiri dan bertentangan dengan Alia. "Alia? Abang tak bermimpi?" Syah bertanya sambil matanya tidak lepas memandang wajah Alia. Alia sendiri tidak menyangka mereka akan berjumpa di hospital setelah hampir sebulan mereka tidak berjumpa di taman. Hari itu merupakan hari terakhir dia bertugas sebagai sukarelawan di hospital tersebut dan peluang itu dia gunakan untuk menjenguk Nura. Bila mendapat tahu berita Nura sedang tenat, dia bergegas ke unit kawalan rapi. Sungguh tidak diduga, dia terserempak dengan Syah. "Awak… jadi Nura anak awak?" Alia pula bertanya. Syah angguk kepala.
"Alia. Awak betul-betul ada kat sini?" Syah mencapai tangan Alia dan menarik tubuh Alia lalu memeluknya erat. Alia membiarkan Syah memeluk dirinya. Sebenarnya dia terkejut bila mengetahui Nura adalah anak bekas suaminya. Kenapa selama mengenali Nura dia tidak pernah terserempak dengan Syah. Melihat Syah seperti orang putus harapan, membuatkan Alia tidak sampai hati untuk menolak tubuh sasa itu. Alia terbuai seketika dengan haruman Hugo Boss yang dipakai oleh Syah. Wangian yang mengingatkannya kenangan lama. Perlahan Alia mengusap belakang Syah cuba untuk menenangkan lelaki itu.
"Maaf. Abang sedih sangat tengok Nura sakit macam tu. Dia masih kecil, tetapi ujian yang dia hadapi sangat besar. Dan, dia tetap tersenyum," Syah mengesat airmatanya dan melepaskan pelukannya.
"Dia tentu tak mahu tengok awak sedih macam ni. Dia sangat bangga ada ayah macam awak," Alia berdiri disebelah Syah memerhati Nura yang sedang bertarung untuk hidup. Beberapa orang jururawat keluar masuk di bilik tersebut.
"Syah, kami dah cuba yang terbaik. Dia dah tak dapat diselamatkan lagi. Badannya terlalu lemah," Dr.Chan menghampiri Syah dan Alia sebaik sahaja dia keluar dari bilik yang menempatkan Nura. Syah sekali lagi terduduk. Akhirnya dia keseorangan lagi. Alia sedih melihat Syah begitu. Dia ingin menjadikan bahunya sebagai tempat menumpahkan airmata lelaki itu. Namun, layakkah dia. Nampak sangat Syah terlalu sayangkan anaknya itu. Tentu Syah juga sangat menyayangi arwah isterinya. Alia terasa hati. Mungkin selama ini, hati Syah hanya untuk arwah isterinya.
"Awak, tak baik menangisi orang yang sudah pergi. Kita doakan sahaja dia berada dikalangan orang yang beriman," Alia sentuh bahu Syah. Tidak sampai hati dia melihat Syah menangis seperti itu. Syah meraup mukanya. Beristigfar panjang dan memandang wajah Alia yang masih setia menantinya. ********************************
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
waaaaaa...
harap diorg bersatu kembali...
Heheh best smbung g........