Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Cantik Ayu Florist, selamat pagi," Kirana menjawab telefon dengan suara agak serak. Apabila sudah lama tidak bercakap, tekak menjadi kering, suarapun bagai tersekat di kerongkong. Kirana pantas berdehem untuk membetulkan tona suaranya. Tiba-tiba pulak terasa hendak bersin. Kirana sedaya upaya cuba bersin dengan sesopan yang boleh. "Tak sihat ke? Batuk? Demam? H1N1?" suara garau dicorong sana memang Kirana cukup kenal. Pelanggan tetap Cantik Ayu Florist. "Er…tak lah. Saya sihat. Sihat walafiat." Balas Kirana sambil mencebik mulut. Selalu sahaja pelanggannya yang seorang ini suka bermukadimah dahulu. Cubalah terus saja buat pesanan. Tak perlu penat-penat melayan dan pura-pura mengukir senyuman.
Pemilik suara di sana hanya ketawa sinis. Kirana cuba bersikap tidak ambil peduli. Kalau dilayan takut pulak angin puting beliungnya lebih mengeruhkan suasana. Apatah lagi hari ini hari permulaan kitaran ‘bendera merah’nya, teman karib seorang wanita. Memang emosinya selalu tidak stabil dimasa-masa begini. "Encik Johan nak hantar bunga hari ni?" Kirana terus bertanya. Dia teringat kerja-kerja yang masih lagi tertunggak. Stok bunga chrysanthemum yang baru tiba dari pembekal masih lagi belum disusun. Bunga-bunga yang sudah layu masih belum juga diasingkan untuk dibuang. Pembantunya, Laila, bercuti pulak hari ni. Kata Laila anak dia tidak sihat dan perlu dibawa ke klinik.
"Yalah, takkan nak hantar bom pulak." Balas pelanggan tetap yang bernama Johan itu. Kirana terkedu. Menyesal bertanya. Kadang-kadang dalam kesibukan, dia sendiri tidak sedar apa yang dilafazkannya. "Er..sebenarnya bom pun kedai saya boleh hantarkan. Tapi bukanlah bom yang meletup tu. Yang ni kuih bombai, kuih yang hijau bentuk bunga tu…" Kirana cuba berloyar buruk. "Ha..ha..ha..sangat kelakar.."pintas Encik Johan. Kirana pura-pura turut ketawa. Encik Johan tidak berfikir panjang. "Mm.. oklah, hantar ros kuning saja. Hantar ke alamat biasa ya?" "Sudah tentu, Encik Johan." Balas Kirana. "Lain kali makan ubat cepat-cepat ya? Nanti berjangkit pulak kat pelanggan-pelanggan lain." Sempat lagi Encik Johan mengusik lalu meletakkan gagang telefon. "..dan lagi satu, jangan bersin pulak dekat bunga yang I nak hantar tu, boleh berjangkit dekat penerima tu nanti."
Kirana merenung gagang telefon itu dengan panas hati. Namun dikuis perasaan geram itu jauh-jauh. Sifat sopan-santun dan penyabar perlu ada. Encik Johan sudah menjadi pelanggan tetapnya sejak hampir tiga bulan. Pelanggan perlu dilayan bagai raja. Segala hamburan kata-kata samada puji atau keji perlu ditelan sahaja. Kirana teringat kata-kata nasihat ayahnya semasa Kirana baru hendak bertatih membuka kedai bunga ini. Pesan ayah, kata-kata pujian jadikan santapan halwa telinga. Yang baik jadikan lebih terbaik. Yang terbaik jadikan sempurna. Kata-kata kejian pula jadikan pemangkin semangat untuk melangkah lebih jauh. Jangan jadikan ia seperti kudis, anggap sahaja ianya gigitan nyamuk yang membengkak hanya sementara. Kirana tersenyum sendirian. Nasihat ayah memang punya maksud tersendiri walaupun kadang-kadang agak lucu bunyinya.
Fikiran Kirana menyorot kepada Encik Johan Malek. Hampir setiap minggu dia akan menghantar jambangan bunga kepada seorang wanita. Wanita yang sama. Tanpa gagal. Kirana beranggapan sudah tentu wanita itu seseorang yang sangat istimewa di hati Encik Johan. Teman wanitanya kah? Perempuan simpanannya kah? Atau isterinya? Kirana berani bertaruh penerima jambangan bunga itu sama sekali bukan isterinya. Kalau dihantar pada waktu-waktu sambutan tertentu bolehlah diterima akal samada Hari Ulangtahun, Hari Ibu atau Hari Wanita tetapi kalau dihantar tiap-tiap minggu, apa kejadahnya.
Ini macam kes mengambil hati atau kes memujuk kerana saban minggu disuap dengan jambangan bunga. Hai, siapalah gerangan wanita yang lemah perasaan ini. Mudah saja dicairkan oleh pujukan seorang lelaki buaya seperti Encik Johan itu. Kirana terus membuat andaian sendiri. Pernah juga Kirana bertanyakan pada Bakar, sepupunya yang membantu untuk menghantar jambangan bunga kepada pelanggan-pelangan.
"Bakar, cun ke pelanggan yang kau hantar bunga kat Impiana Heights tu?" tanya Kirana. "Impiana Heights? Bunga yang saya hantar tiap-tiap minggu tu ke?" Bakar macam acuh tak acuh menjawap. "Ha..ya lah.. cun tak awek yang En. Johan hantar bunga tiap-tiap minggu tu?" Bakar mendongak cuba mengingatkan sesuatu. "Saya hantar setakat pagar rumah aje lah. Lepas tu orang gaji dia yang ambik bunga tu. Manalah saya tahu cun ke tak cun. Kalau pasal orang gaji dia tu, boleh lah tahan muka dia. Ada iras-iras……......" Kirana terus menumbuk bahu Bakar. "Wei…orang gaji dia nak buat apa. Buat girlfriend kau oklah. " jerkah Kirana, geram. Bakar tersengih menampakkan giginya yang tidak tersusun. Walaupun begitu wajah Bakar boleh tahan kacaknya. Sementara menunggu keputusan STPM, emak Bakar yang merupakan ibu saudara Kirana menggesa Bakar bekerja sementara di kedai bunga Kirana. Dapat juga duit poket dari merempit tak tentu hala.
Mengenai bayaran pula, Encik Johan akan menjelaskan dua minggu sekali di mana cek bayaran akan dihantar oleh seorang budak pejabat. Kadang-kadang sekiranya Encik Johan bekerja ‘outstation’, Kirana akan berurusan terus dengan setiausaha beliau sahaja. Memang Kirana sendiri tidak pernah bersemuka dengan Encik Johan, hanya berurusan melalui telefon sahaja.
Kirana terus mendapatkan bunga-bunga ros kuning yang diletakkan di dalam peti sejuk besar di sudut kedai untuk memulakan kerja-kerja gubahan. Sebentar lagi Bakar akan tiba di kedai untuk mengambil bunga-bunga yang perlu dibuat penghantaran. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan sms diterima. Kirana menekan butang. Mesej dari Bakar rupanya. "Tak dapat datang. Demam. Sorry.."
Kirana mengeluh berat. Satu lagi masalah melanda. Nampaknya dia terpaksa menghantar sendiri bunga pesanan pelanggan hari ini. Nasib baik cuma ada dua pesanan, tidak perlulah dia memandu van besar itu. Memadai dengan kereta Kancil buruknya.
Kirana meneruskan kerja-kerja gubahan. Jari jemarinya ligat mencucuk kuntum-kuntum bunga itu diselang-seli dengan bunga ‘baby’s breath’ yang berwarna putih. Telefon di meja berdering tiba-tiba. Hampir melompat Kirana dari kerusi kerana terkejut.
"Hello…Cantik Ayu Florist.." Kirana memerdukan suara. "Boleh tolong saya..?"suara Encik Johan menerpa di corong gagang. "Aa…..apa dia? Nak minta tolong?" tanya Kirana agak kehairanan. "Iya…saya terdesak sangat. Er..pukul berapa bunga tu nak dihantar?"tanya Encik Johan. "Lebih kurang sejam lagi…insya Allah. Despatch saya cuti pulak hari ni. So saya yg kena…" Belum habis Kirana menamatkan ayatnya, Encik Johan terus mencelah. "Tolong pergi farmasi kat seberang jalan tu, boleh tak? Belikan ubat kat situ dan hantarkan sekali dengan bunga tu.." Kirana seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Aku ni florist ke atau budak suruhan Encik Johan ni? "Saya tambah RM100 lagi upah awak hantar ubat tu. Duit ubat tu pun saya bayar sekali." Encik Johan berkata. "Please….."rayuan Encik Johan mencairkan hati ketulan ais Kirana.
Kirana terpaksa bersetuju. Apa lagi pilihan yang dia ada. Setelah menulis nama ubat itu di atas kertas, Kirana terus bergegas menghabiskan kerja gubahannya sambil merungut-rungut sendirian. Aduh, manjanya teman wanita Encik Johan sehinggakan ubat krim sapuan untuk penyakit kulit ini pun sanggup dihantar, getus hati Kirana cuba menenggelamkan perasaan meluatnya.
* * * * * * * * * * *
Kirana meletakkan keretanya di hadapan sebuah banglo yang tersergam mewah di Impiana Heights. Berkali-kali dia melihat alamat yang tertulis di atas sekeping kertas kecil. Memang betul inilah alamatnya. Bakar agaknya terlupa hendak menceritakan padanya betapa besarnya rumah Cik Anom Abdullah, penerima bunga ini. Kirana pantas menekan suis loceng. Dia tidak perlu menunggu lama kerana seorang wanita pantas keluar mendapatkannya. Ada iras wanita Indonesia, pasti pembantu rumahnya.
"Bunga untuk Ibu Anum ya?" Tanya wanita tersebut. Kirana mengangguk sambil tersenyum. "Selalu yang menghantar orangnya lelaki.."komen wanita tersebut. Hai, agaknya dia kecewa kerana bukan Bakar yang menghantar kali ini. Kirana lantas menghulurkan jambangan bunga itu. "Oh..saya ada bawa ubatnya sekali untuk Cik Anum." ujar Kirana sambil turut menghulurkan kotak ubat tersebut. Wanita tersebut mengerutkan keningnya, tidak menyambut kotak tersebut dari tangan Kirana. "Titipan dari Pak Johan?" soalnya. Kirana menganggukkan kepala. "Oh, kalau begitu, silakan masuk. Diberikan terus pada ibu Anum. Dia sedang menanti." Kata wanita itu lalu meluaskan sedikit ruang bukaan pagar untuk membolehkan Kirana masuk. Kirana terpinga-pinga. "Eh..tak payahlah saya masuk. Berikan saja pada Cik Anom." Kirana menolak pelawaan.
Namun desakan wanita tersebut membuatkan Kirana mengalah. Nanti apa pula kata pelanggan setianya nanti. Benda macam ini pun dia tak boleh ‘handle’. Kirana pun melangkah masuk ke dalam kawasan banglo tersebut dengan perasaan kagum akan keindahan persekitaran. Hatinya juga lebih teruja untuk melihat sendiri wanita bertuah yang bertakhta di hati Encik Johan Malek ini. Cantik sangatke sampai Encik Johan tergila-gilakannya.
"Ada bawa ubat untuk saya?"satu suara kedengaran dari ruangan dapur rumah. Kirana tersentak. Seorang wanita lewat usia sedang duduk di atas kerusi roda sambil tersenyum manis memandangnya. Wajahnya berseri-seri, rambutnya agak putih diselubungi uban. "Er….Cik Anom? Ini Cik Anom Abdullah ke?"Kirana tergagap-gagap bertanya. "Iya, makciklah Anom."ujar wanita itu.
Kirana pantas menghulurkan tangan untuk bersalam. Beg plastik yang mengandungi kotak ubat itu juga menyusul dihulurkan kepada wanita yang bernama Anom itu. Jambangan bunga itu pula sudah diambil terlebih dahulu oleh pembantu rumah tadi. Kirana menatap wajah wanita itu dengan mata tanpa berkedip. Walaupun wanita itu sudah lewat usia namun keayuannya masih menyerlah. "Terima kasih sebab bawakan ubat makcik. Johan selalu macam ni. Tak sempat-sempat nak tunggu petang. Bukan sekarangpun makcik perlu ubat ni. Tapi dia yang risau tak bertempat. Memang anak bertuah betul si Johan ni suka menyusahkan orang.." Makcik Anom mengomel sambil tersenyum. "Eh…tak menyusahkanpun. Memang kebetulan saya nak hantar bunga ni, apa salahnya saya hantar ubat ni sekali." Pantas Kirana menyampuk. Hai…Kirana, kau memang pelakun wanita terhebat, bisik hati Kirana.
Makcik Anom mengerling jambangan bunga yang baru dihantar oleh Kirana sebentar tadi. Pembantu rumahnya sudah meletakkan bunga ros kuning itu di dalam vas dan diletakkan di atas meja konsol di sudut rumah tersebut. Mata Kirana tertanjap kepada sebuah bingkai gambar yang terletak di atas meja. Gambar Makcik Anom dengan seorang pemuda berbaju melayu. Tampan sekali. Itukah Encik Johan Malek si pelanggan setia Cantik Ayu Florist?
"Johan ada beritahu tak kenapa dia hantar bunga tiap-tiap minggu?"Makcik Anom tiba-tiba mengajukan pertanyaan. Kirana menggeleng kepala. "Makcik memang minat sangat pada bunga. Masa makcik masih sihat dulu, memang makcik buat ‘gardening’ sendiri. Bunga ros macam-macam warna, bunga orkid, bunga matahari, semua makcik tanam. Rumah makcik ni dihias dengan bunga-bunga segar saja," terang Makcik Anom. Kirana sabar menanti Makcik Anom menghabiskan ceritanya. "Tapi, lepas makcik diserang ‘stroke’ tak dapatlah makcik terus berkebun. Makcik rasa sedih sangat sebab itu memang minat makcik. Kalau tak ada bunga segar dalam rumah, makcik rasa rumah ni suram. Makcik boleh jadi murung. Sudahlah makcik tak boleh berkuat macam dulu. Makcik rasa macam dah tak berseri hidupni" terang Makcik Anom. "Itu yang Encik Johan pastikan ada bunga segar setiap minggu di rumah ni ya?" Kirana tidak menyedari pertanyaan itu boleh keluar dari mulutnya. Perasaan bersalah tiba-tiba menerpa di sudut hatinya kerana sebelum ini macam-macam dia mengata Encik Johan. Rupa-rupanya demi perasaan kasih sayangnya pada ibunya sendiri, Encik Johan sanggup berbuat apa sahaja untuk mengembalikan keceriaan ibunya.
Perbualan mereka terus menjadi mesra kerana berkongsi minat yang sama. Makcik Anom sangat berasa kagum atas kejayaan Kirana memiliki sebuah perniagaan kedai bunga dalam usia yang masih muda. Dia juga memuji hasil kerja gubahan Kirana kerana sangat kemas dan cantik. Gadis bertudung yang kecil molek dan bermata bundar itu cepat mencuri perhatian Makcik Anom. Setiap inci patah perkataan Kirana dituturkan dengan hati-hati dan menampakkan kematangannya. Kirana sendiri cepat berasa selesa dengan Makcik Anom walaupun mereka baru sahaja berkenalan. Ada daya tarikan pada Makcik Anom yang membuatkan tiada jurang pemisah di antara mereka. Mungkin terletak pada kelembutan Makcik Anom dan sifat keibuannya, membuatkan Kirana teringat pada arwah mamanya.
Masa berlalu begitu pantas sehingga Kirana tidak menyedari sudah hampir dua jam dia berada di situ. Hidangan jus oren dan kek muffin sudah lama terbiar di dulang. Kirana membelek jam ditangan. Sudah lama kedainya ditutup setelah dia keluar untuk menghantar bunga. "Makcik, saya nak minta diri dulu. Dah lama kedai saya tinggalkan." Kirana meminta diri untuk pulang. "Datanglah lagi rumah makcik, kalau ada masa terluang," ujar Makcik Anom dengan wajah berharap. "Insya Allah, makcik.." hanya itu jawapan tulus Kirana dan meninggalkan banglo mewah itu dengan satu perasaan aneh yang sukar ditelah.
* * * * * * * *
Loceng di pintu masuk Cantik Ayu Florist berdenting menandakan kehadiran pelanggan. Kirana yang sedang sibuk menyemak resit-resit dan invois menoleh ke pintu. Seorang pemuda bertopi keledar tercegat di muka pintu dengan memegang sejambak bunga ‘stargazer lily’ berwarna merah jambu. Ada patung ‘teddy bear’ kecil terselit dicelah jambangan bunga itu. Kirana kenal pemuda itu, budak pejabat dari pejabat Encik Johan Malek yang sering datang untuk menghantar cek pembayaran.
Pemuda itu menghulurkan bunga itu kepada Kirana. Kirana terpinga-pinga. "Saya pun hairan, kak. Akak kan ada kedai bunga, tapi bos suruh hantar bunga kat akak." Ujar pemuda itu sambil tersengih. "Haaaa…..?" Kirana masih kehairanan tetapi menyambut huluran bunga itu. "Daripada Encik Johan.?" tanya Kirana. Pemuda itu menganggukkan kepala dan menghulurkan pula sekeping sampul surat. Terdapat sekeping cek di dalam. Kirana meneliti jumlahnya. Pembayaran untuk penghantaran bunga untuk seminggu, harga ubat serta upah penghantaran seperti yang telah dijanjikan.
Kad kecil yang juga tersisip pada jambangan bunga itu dibaca oleh Kirana. "Thank you. U stole my mum’s heart. Care to steal mine too?" Kirana bagai tidak percaya akan apa yang dibacanya. Pemuda itu pulak mengeluarkan telefon bimbitnya seraya berkata, "Bos suruh saya missed call dia lepas akak terima bunga ni.." terangnya, lurus bendul sungguh, fikir Kirana.
Beberapa minit selepas budak pejabat itu meninggalkan kedai, loceng pintu berdenting lagi. Ekor mata Kirana menangkap kelibat satu susuk lelaki yang dikenalinya, melalui bingkai gambar di atas meja konsol rumah Makcik Anom. Jantung Kirana berdetik laju bagai jarum jam randik. "Kirana…" empunya suara garau itu sudah berada di hadapannya. Bertubuh agak tinggi, tegap, kulit tidak terlalu cerah, sedap mata memandang dan memakai pakaian pejabat, berkemeja lengkap dengan tali leher. "Er…Encik Johan, thanks for the bouquet. Saya…..saya…tak tahu nak cakap apa." Encik Johan tersenyum. Ada lesung pipit rupanya. "Don’t say anything. Just accept it tanda salam perkenalan dari saya. Dan…panggil saya Johan je, ok. No more ‘encik-encik’," ujar Encik Johan.
Seketika mata mereka bertaut. Satu pandangan aneh yang memerlukan penjelasan lanjut. "Saya nak ajak awak makan malam di rumah. Mama betul-betul nak jumpa lagi dengan awak. Sudikan?" Johan membuka bicara. Hati Kirana tiba-tiba berbunga riang. Tidak pasti kerana berpeluang untuk berjumpa lagi dengan Puan Anom atau dengan anak lelakinya. Tidak sukar untuk Kirana memakirkan tanda persetujuan. Alamak, apakah aura ibu atau anak bujangnya yang menyebabkan segala-galanya begitu mudah?
Johan meninggalkan kedai bunga dengan janji untuk mengambil Kirana pada jam 6.00 petang untuk makan malam di rumah. Tiada kata lagi yang perlu diucapkan. Tiada lagi bahasa yang perlu diperindahkan. Segalanya bagai mimpi di kala lena yang singkat. Apakah perasaan yang sukar diperjelaskan ini akan berterusan begini? Atau akan adakah titipan jambangan bunga untuk ku lewat minggu-minggu yang mendatang? getus hati kecil Kirana. Yang jelas, bunga ini adalah untuk ku. Untuk aku, Kirana binti Kamarudin. Jambangan bunga yang didedikasikan untuk si tukang penggubah bunga merangkap pemilik kedai bunga. Kirana masih lagi tersenyum panjang sambil mengerling pada jam tangannya. Lambatnya masa berlalu………
T'kasih semua kerana sudi membaca karya saya yg pertama. Saya akan cuba tingkatkan apa yg terkurang. Saya akui jalan citer pendek sbb saya tak pandai lagi nak adjust panjang sesebuah cerpen yg boleh dimuatkan di sini. Apa2 pun, terima kasih kerana memberi komen.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Ala...Nape pendek sangat?Dh syok2 bc,tengok2 dh habiz...