Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Bertunang?" Nisa dan beberapa orang rakanku yang lain hampir serentak mengutarakannya. Aku tersenyum nipis. Yang korang pelik sangat ni kenapa... biasalah tu, i\'m not a little girl anymore. eceh... Aku mengangguk mengiakannya, Dah besar Hana rupanya... "Aku ingat kau nak tunggu umur 3o baru nak kahwin ke, kau tak pernah kawan dengan laki pun dah nak bertunang?" kata Shaza kelihatan teruja. Aku yang nak bertunang, kau teruja buat apa....
"Laki mana tu?" soal Nisa pula. Aku mengunyah nasi goreng dihadapanku perlahan. Mata rakan-rakanku kini tertumpu padaku, mengharapkan jawapan. "Rahsia punya kes... nanti datang jelah," balasku pendek, sebenarnya... aku pun tak taulah lelaki mana sebenarnya yang akan jadi tunang aku tu, tapi yang penting, matanya yang redup tampak menyenangkan. orang baik-baik tu... tak kisahlah, bukan perogol bersiri sudah.... Nisa menolak kepalaku, tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Aku haya sekadar membalasnya dengan kerlingan tajam. Tiba-tiba kotak fikiranku melayang mengingati memori yang telah tercipta dulu. Deeyana, Azra, Madihah, Ain dan Hani. seandainya mereka ada di sisiku kini, pasti aku akan menjadi lebih bahagia. Namun, peristiwa itu.... Ah! aku tidak mungkin akan berjumpa lagi dengan mereka, walaupun mereka...Tali mawarku.
"Handsome tak?" soalan Suhaila mengembalikan aku ke dunia nyata. Aku mengerutkan dahi berpura-pura berfikir. Mr.Tuxedo aku mestilah Handsome.. kalau tak, aku reject. "Lagi kacak, tampan bergaya daripada Fariz kaulah kot..." kataku sengaja mengenakan Suhaila yang sudah memuncungkan bibirnya. eloklah tu... aku ikat buat ampai kain kang! Aku menjalani kehidupan selama 3 minggu ini setelah aku kembali daripada bercuti dengan perasan yang tenang, maksudku, Ikram tidak datang untuk mendajalkanku atau membalas sebarang dendam yang kesumat dihatinya. sekurang-kurangnya aku boleh bernafas lega. Dan selama 3 minggu ini jugalah, Haiqal kerap juga melawatku, tetapi... aku masih berasa kekok dengannya. selama itu jugalah bermacam-macam alasan diberikan kepada Nisa untuk keluar berseorangan bagi mengelakkan Nisa mengenali Haiqal.
*****
Aku melangkah beriringan dengan mereka untuk balik ke asrama puteri. Perbualan tetang hari pertunanganku telah pun aku tamatkan sebentar tadi. Kalau dibiarkan meleret-leret nanti... "Hana, mak cik kau buat kenduri besar tak?" soal Nisa padaku. Tak habis lagi... " Aku tak tau, Aku tak terlibat walaupun yang bertunang tu aku, biarlah orang lain nak excited pun. Macam mak cik aku pulak yang nak kahwin," balsku, Nisa tergelak kecil. Aku tak buat lawaklah... tiba-tiba, mataku menangkap susuk tubuh seseorang di depan pintu pagar Aspuri, aku tidak jadi meneruskan langkah. Beberapa orang mahasiswi tampak membalas senyuman lelaki itu. "Nisa... Kari daginglah aku," kataku perlahan. Nisa memandangku hairan. "Kau lapar lagi? baru tadi makan..." Ops! terlambat. Ikram telah berjaya mengesan kod kedududanku, seperti biasa aku terus berlari membiarkan Nisa termangu-mangu kerana aku menarik tangannya turut membabitkan dirinya dalam adegan ini.
"Tunggu... aku tak buat apa-apalah... aku datang ba..wak..pes..pesanan," Ikram sudah tercungap-cungap melaung padaku. Aku dan Nisa yang semput akhirnya terhenti dalam jarak 2 meter daripadanya. beberapa pasang mata kini memandang ke arah kami. "Boleh percaya?..ke?" soalku turut tersekat-sekat. Ikram mengangguk laju, aku mempercayai kata-katanya. Mungkin ada pesanan daripada ibu Haiqal, Memandangkan Ikram anak saudaranya, aku mempercayai kata-kata Ikram untuk kali ini.
"Yang kau takut tu kenapa?" soal Ikram apabila kami sudah berhampiran dengannya. Sebab kau tu jembalang tanah... "Pesanan apa?" soalku, kadar pernafasanku kini sudah mula teratur. Nisa disebelahku memandang Ikram dengan perasaan jengkel. "Ni..." sebuah bungkusan di dalam begnya dikeluarkan, aku tersenyum, mungkin hadiah daripada Haiqal, Haiqal asyik mengirimkan Hadiahbuatku sehingga aku jadi malu untuk menerimanya. sebelum... Habis seluruh tubuhku putih disalut tepung yang dengan mudah ditumpahkan Ikram ke atas kepalaku yang hanya separas bahunya. Eh, rendah betul? tinggi sikitlah... Terlopong Nisa memandangku, seketika, aku tergamam. "Mak cik suruh kau balik awal sikit Jumaat ni...kau kan nak bertunang sabtu tu, nanti kenduri kau, aku datang!" Ikram terus berlari meninggalkanku yang masih tergamam disitu dengan keadaan sekeliling yang sedang menyaksikanku ibarat aku baru berjaya melaksanakan pementasan teater. Nisa masih lagi terlopong melihat adegan yang baru disaksikannya.Padan muka aku! tak pasal-pasal jadi tugu. Nisa, sudah-sudahlah tu... Lalat tempah bilik dalam mulut kau tu kang.
"Ikram...!" Aku menjerit lagi. Perasaan amarahku padanya masih lagi membara. Aku taulah dulu kau jatuh kolam, tapi yang tu... aku tak berniat, kak Maz yang buat. Sakit hatiku atas perbuatannya tadi. "Dah-dahlah tu..." kata Nisa memujukku. Aku mengesat rambutku yang basah dengan kasar. Marahkan Ikram, rambut yang terima natijahnya, nasib aku bertudung, kalau tidak, susah pasti sukar membersihkan tepung yang melekat dirambut.
"Kau ada buat apa-apa ke dekat dia sebelum ni?" soal Nisa, aku tidak menghiraukan soalan tersebut. serabut... Nisa melabuhkan pungungnya disisiku sambil menepuk-nepuk bahuku menyuruh aku bersabar. "Kau akan jadi salah seorang keluarga Ikram tu jugak nanti, mintak-mintak suami kau tak seteruk Ikram tu," Kata Nisa sambil tersengih, Aku memonyokkan muka,masih terpandang-pandang akanku senyuman sinis siswa-siswi yang melihatku sebentar tadi. Aku menggetus geram. Malam itu aku melelapkan mata dengan hati yang masih lagi kekal tahap suhu didihnya.
******
Puan Hazarina menggeleng perlahan melihat tingkah anaknya yang tersenyum-senyum melangkah masuk ke dalam rumah, "Dah beritahu Hana dah, suruh dia balik awal sikit, Mak cik dia nak padankan baju..." Kata Puan Hazarina. Ikram yang sudah menghadap television, memperlahankan suara television tersebut sebelum mengangguk ke arah ibunya. Dia tersengih mengenangkan peristiwa tadi, pasti selepas ini, dia akan dikenakan kembali. suka hati dia je lari dari aku ya... "Ibu tengok Ikram asyik tersengih dari tadi...kenapa?"soal Puan Hazarina lagi, huh? Ikram kembali memandang ibunya. Ikram sengih ye mak... "Tadi Ikram buat patung pagoda bu, warna putih, cantik Ikram tengok bu..." balas Ikram. Puan Hazarina hanya mampu menggeleng dengan tingkah anak keduanya yang masih belum matang walaupun sudah menganjak ke usia 25 tahun.
"Ibu... kenapa nak tunangkan Haiqal cepat sangat?" soal Ikram tiba-tba. matanya tidak lepas menatap kaca TV. "Kamu pun nak ke?" soal Puan Hazarina kembali. Apa salahnya Bu... tapi kalau aku, kahwin teruslah senang. "Ikram, kerja Ikram tu buat elok-elok, jangan asyik nak menganggur je... kalau Ikram kena buang kerja lagi, Ibu tak nak tolong tau," kata Puan Hazarina mengingatkan anaknya. yelah bu... Ikram hanya mendiamkan diri, bekerja di syarikat Haiqal dan berada di bawah naungannya bukanlah merupakan pekerjaan yang diidamkan. Ikram hanya mampu mengeluh, Haiqal merupakan bos yang baik baginya, cuma dia merasakan suatu hari nanti dia juga perlu memulakan bisnes sendiri sepertimana Haiqal menjadi CEO disyarikatnya sendiri. takkan sampai ke tua dia nak mengharapkan makan gaji daripada Haiqal. Ikram memasang angan-angannya sendiri, mengharapkan suatu hari nanti, mimpi ini akan menjadi kenyataan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best
cepat2 sambung good luck