Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Setelah sebulan perkahwinanku dengan Lutfi Iskandar, baru aku sedar. Perbezaannya dengan abangnya, Nu'man Darwisy begitu ketara. Apabila habis sahaja kuliahnya, jika dia tidak singgah ke library atau ke tempat kerja part timenya, dia akan terus pulang ke apartment kami. Boleh dikatakan Lutfi merupakan seorang yang bersifat family man. Tidak seperti Darwisy, jika ada masa terluang dia akan pergi bersosial dengan teman-temannya. Lutfi juga gemar makan masakanku. Dia sendiri yang mengatakan padaku pada malam perkahwinan kami bahawa tugas menjaga makan minum dan pakai suami terletak pada sang isteri walaubagaimanapun hubungan mereka. Oleh itu, aku akan memastikan tugasku menyediakan makan dan pakainya selesai. Darwisy pula lebih selesa mengajakku makan bersama di luar. Setiap kali keluar bersama, ada sahaja restoran baru yang ingin dicubanya. Suamiku, Lutfi juga sangat ringan tulang dalam membantuku membuat kerja-kerja rumah. Pernah sekali baju yang kusidai tidak sempat kuangkat kerana kelasku habis lewat petang. Kulihat semua pakaian itu sudah kemas berlipat di dalam almari. Sehinggakan underwearku sekali dilipatnya. Termalu aku sendiri.
8 bulan kemudian,,
Sementara menunggu Lutfi pulang dari Hospital, aku mengisi masaku dengan mengemas-ngemas apartment kami. Bersendirian di rumah tanpa Lutfi sungguh membosankan. Tiada teman untuk bersembang atau lebih tepat lagi tiada teman yang sudi mendengar celotehku yang tidak pernah habis-habis ini. Sebaik sahaja semua kerja-kerja mengemasku siap, badanku kuhempas lembut ke atas katil.
"Bahagianya dapat bersenang-lenang atas katil ni", gumamku sendirian sambil menggolek-golekkan tubuhku. Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Terkejut beruk aku dibuatnya. Terjengul kepala Lutfi dari balik pintu itu. Nafasku kulepas perlahan. Lega.
'Eh, bila dia balik? Sory la, aku tak larat nak layan sekarang. Penat sangat ni. Aku baru je nak berehat', bebelku dalam hati. Malas hendak melayan. Segera aku memejamkan mataku rapat-rapat.
"Dira.."panggil Lutfi lagi sambil tangannya menggoncang bahuku lembut.
"Hmm?" jawabku malas. Kelopak mataku kubuka perlahan-lahan, seolah-olah memang benar aku baru sahaja terbangun dari tidur.
"I've to go to Russia. Hmm..Educational trip", ujarnya ringkas.
"What!! when? How long?" tanyaku terkejut. Bulat mataku memandangnya.
"A day after tomorrow. Maybe about a week. Until next Wednesday", terang Lutfi lagi. Aku terkedu.
'Habis tu aku nanti macam mana? Kan aku dah nak balik Malaysia Ahad depan. Lutfi tak tahu lagi ke yang aku dah nak balik Malaysia? ' tanyaku di dalam hati. Ya, aku akan pulang ke Malaysia bersama dengan segulung ijazah yang berjaya kuperoleh di hari konvokesyenku minggu lepas. Alhamdulillah, selepas tiga tahun bertungkus-lumus bergelumang dengan buku-buku seperti Albert Einstein, akhirnya aku berjaya menyempurnakan pengajianku dengan cemerlang. Perasaan gembiraku membuak-buak. Tapi sekarang tidak lagi. Berita yang disampaikan oleh Lutfi tadi masih terngia-ngia di telingaku.
Selepas sahaja makan tengahari bersama, aku terus meminta izin daripada Lutfi untuk mengambil angin di St James's Park. Terkejut aku apabila tiba-tiba sahaja dia menawarkan dirinya untuk menemaniku.
'Bukankah dia baru sahaja pulang dari praktikal nya. Sepatutnya dia berehat dulu di rumah. Jika aku berada di tempatnya, sudah lama aku merebahkan tubuhku di atas katil', bebelku dalam hati.
Selepas berkali-kali aku menolak pelawaannya. Akhirnya dia terpaksa akur apabila aku mengatakan aku ingin bersendirian buat beberapa jam. Sebenarnya, fikiranku sedang kusut sekarang. Bingung. Kakiku terus melangkah tanpa arah tujuan. Destinasi yang kuberitahu Lutfi tadi, tidak mungkin kujejak dalam keadaan kepalaku yang berserabut seperti sekarang.
'Apa yang patut aku lakukan?' Tanya hatiku bingung. Kakiku terus melangkah dan tanpa kusedari kakiku sudah berdiri tegak di hadapan Mahmood's Restaurant yang terletak lebih kurang 3 kilometer dari apartment kami. Dengan perasaan malas, aku melangkah masuk ke dalam restoran itu untuk membasahkan tekakku. Tiba-tiba, kelihatan kelibat Ziq menghampiriku.
'Ahh!! Aku terlupa pulak yang Ziq membuat kerja part time di sini', gumamku sendiri. Aku benar-benar ingin bangun dan keluar. Tetapi kerana tidak mahu kelihatan begitu ketara yang aku tidak mahu berjumpa dengannya, aku terus duduk. Mulutnya menghadiahkan senyuman padaku.
"Dee.." kadengaran suara Ziq memenggil.
"Hmm?" jawabku malas.
"Kenapa datang sini? You're supposed to be at home", ujar Ziq dengan senyuman mengusiknya.
"Kenapa pulak?" jawabku terpinga-pinga.
'Dulu dia jugak yang beria-ia suruh orang datang..'ujar hatiku geram.
"Laa, boleh pula dia tanya orang balik", balas Ziq lagi. Senyuman mengusiknya tak lekang-lekang dari bibirnya. Aku hanya mendiamkan diri. Malas hendak menjawab usikannya.
'Biar je la dia ni. Lagi aku menjawab lagi galak dia mengusikku', ujarku dalam hati. Sebenarnya kepalaku sekarang sedang sarat memikirkan Lutfi.
'Patut ke aku beritahu dia yang aku dah nak balik Malaysia? Mesti dia tak tahu lagi, sebab tu la dia nak tinggalkan aku sekarang..' penat hatiku berbicara. Tiba-tiba bahu kiriku ditampar kuat. Punya la terkejut aku dibuatnya. Dah la pukulannya kuat semacam. Sakit bahuku. Perlahan-lahan aku menggosok bahu kiriku.
"Apa ni? Sakit tahu tak?" marahku. Mukaku masam mencuka. Ziq hanya tersengih.
'Sabar je la dia ni. Orang tengah marah boleh pulak dia tersengih..' gumamku dalam hati.
"Apa sengih-sengih. Dee serius tahu tak?" marahku lagi.
"What's wrong?" tanyaku hairan melihat reaksi terkejutnya.
"I'm supposed to call you Mrs Iskandar. Right?" usik Ziq lagi dengan ketawa kecil. Aku terdiam. Keluhan kulepaskan perlahan. Sekali lagi kubiarkan soalannya sepi tanpa jawapan.
"Ye la. Ziq salah. Geram tahu tak tadi.. Orang tengah bercakap kat depan dia, dia boleh mengelamun pulak!!" kata Ziq meluahkan tetidak puasan hatinya.
"Ye la.. Dee pun minta maaf juga.. entah kenapa semenjak dua menjak ni Dee jadi sensitive pulak.. tak tahu lah kenapa.."ujarku sambil mengukir senyuman semanis mungkin apabila melihat mukanya sudah mula berubah.
"Hahaha.. by the way Dee nak tahu hot news tak?" Tanya Ziq bersemangat. Mesti berita gembira sebab aku tengok mukanya terus berubah ceria. Aku mengangguk laju. Berpura-pura teruja ingin mendengarnya.
"Last Sunday your hubby datang jumpa Ziq", terang Ziq sambil tersenyum lebar. Aku terkejut. Namun aku tetap tersenyum gembira.
"Dia datang semata-mata nak tanya pasal Dee la. Macam-macam dia tanya. Then, last sekali dia tanya, bila kita nak balik Malaysia. Mula-mula Ziq ingat nak secret kan. Tapi bila Ziq fikir, bila dia tanya mesti dia nak buat surprise untuk Dee. So, Ziq cakap la kita balik sama-sama next Sunday", cerita Ziq panjang lebar. Bibirnya terukir senyuman buatku. Aku terkaku. Diam tak bereaksi.
"Dee, dengar tak ni?"tanya Ziq pelik. Mungkin dia hairan melihat reaksiku. Aku mengangguk perlahan. Bibirku menguntum senyuman perlahan-lahan sedangkan hatiku menangis sebenarnya.
'Dia tahu..dia tahu aku akan balik Malaysia Ahad depan. Tapi kenapa dia tak cakap apa-apa pun pada aku. Kenapa dia buat-buat tak tahu. Mungkin dia memang dah rancang nak tinggalkan aku sorang-sorang buat selama-lamanya. Dia dah taknak jumpa aku bila dia balik sini nanti.. dia nak tinggalkan aku.. dia nak..', monolog hatiku sedih.
"Ok la..thanks for the info Ziq. Dee pergi dulu ya", tanpa menunggu balasan darinya, kakiku terus melangkah laju keluar dari restoran itu. Air mata yang kutahan dari tadi mula bertakung di kolam mataku. Ziq dengan pantas mengejarku dari belakang
"Tunggu la sekejap Dee. Tak sempat minum pun lagi", ujar Ziq. Kakinya turut melangkah laju cuba menyayingi langkahku yang semakin menjauh.
"Tak pe lah. Dee nak cepat ni.. ada hal sikit", balasku sebak. Ziq menarik tanganku perlahan. Langkahku diberhentikan. Tiba-tiba dahi Ziq berkerut, riak mukanya kelihatan terkejut. Pasti dia hairan melihat air mataku yang sudah mula bertakung. Namun, mulutku masih menghadiahkan senyuman hambar padanya.
"Kenapa ni Sayang? Ade problem ke?" tanya Ziq concern.
'Ada.. ada Ziq. Besar sangat problem nya. Sampai Dee dah tak larat nak tanggung', jawabku dalam hati. Namun kepalaku digelengkan laju.
"Mana ade. Tak Nampak ke muka Dee yang berseri-seri ni?" jawabku. Masih dengan senyuman plastik tadi.
"Tak de orang yang tak de problem Dee. Gaduh dengan Iskandar ke? Ala biasalah kalau gaduh-gaduh dalam perkahwinan ni. Kalau tak, tak best lah. Mesti boring kan", nasihat Ziq. Cara dia berbicara seolah-olah dia dapat mengagak punca kesedihanku.
"Pandainya dia nasihat orang, macam orang dah kahwin je.."jawabku dengan senyuman mengejek. Ziq memandangku tajam. Aku yang tahu apa yang akan dilakukannya, dengan pantas berlari meninggalkannya. Ziq mengejarku pantas. Setelah tubuhku berjaya digapainya, dipeluknya erat supaya aku tidak boleh melepaskan diri, kemudian dengan selambanya dia menggeletek pinggangku. Aku ketawa mengekek. Ziq yang melihat reaksiku seperti cacing terkena air panas itu turut ketawa kuat. Akhirnya tawa kami bersatu.Hilang masalahku buat seketika.
'Ya, aku beruntung mempunyai Ziq sebagai sahabatku. Thanks a lot Nurul Haziqa Ridwan..' ujarku dalam hati terharu.
to be continued~
p/s: salam all,, sory sangat2. bukan cik pink princess sengaja tak nak upload, tapi masa selalu tak mengizinkan. dan cik pink princess suka saaaaangatttttt kalau sesiapa sudi tinggalkan KOMEN kat bawah ni,,
p/p/s: cik pink princess terpaksa tulis 'to be continued' sebabnye,, kat entry sebelum ni, ramai yang cakap cerita pink princess tergantung,, hehe,, memang la kan, sebab ni kan novel bersiri,,hikhik(^^)
pening kepala baca....tak paham cite..cerita ni anti klimaksla..yg siri 1&2 ok...yg ke 3 ni dah konfius..mmgla cite ni bersiri tp setiap siri mestilah pembaca blh faham...bknnye memeningkan.
Hai...sekadar komen je ae...walopun novel bersiri tapi episod 3 ni macam dah langkah banyak sangat. Susah nak faham apa yang nak disampaikan. Dia dah suka suami dia ke? :-) Tapi bagus cita ni...cepat2 kirim sambungan ye...hehehe...
siri ke 3 ni mmg pening la. plot dye mcm berterabur. x mcm siri 1 and 2. rase mcm penulis lain plak yg sambung citer ne. cara penyampaian dye lain. x best mcam siri yg sebelum ni.
emm best..tapi jalan cerita dia confuse la.. dont know time bila si Dee ni fall in love dengan hubby dye and time dorang baru kawin tu kan best kalau panjang skit ceritanya boleh letak macam2 kerenah huhuu =P\ papepun cite ni beshhh..
secara jujurnya.. crita ini terlalu bnyk langkah... d setiap crita perlu mengambil titk berat soal pembaca.. dri segi umur, persefahaman dan cerita yg lbh teliti utk memudahkan pembaca... secara keseluruhannya cerita menarik dan sya harap cik akn teruskan usaha... dan untk pembaca yg suka berimaginasi tolong ceritakan secara terperincil supaya pembaca dpt menghayati setiap crita anda... x sabat utk baca smbgan yg seterusnya... good luck
Masa bila pulak Dee tu suka kat husband dia.Cite ni terlalu cepat sebab terus ke 8 bln perkahwinan.bab seterusnya ada flashback ke?.anyway teruskan berkarya
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pening kepala baca....tak paham cite..cerita ni anti klimaksla..yg siri 1&2 ok...yg ke 3 ni dah konfius..mmgla cite ni bersiri tp setiap siri mestilah pembaca blh faham...bknnye memeningkan.