Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Interkom yang berbunyi di atas meja mengganggu tumpuan Suhaila terhadap dokumen yang sedang ditaip.Pantas dia menekan interkom tersebut. "Suhaila,masuk bilik saya sekejap,"kedengaran suara Datuk Johan,ketuanya melalui interkom tersebut. "Baik,Datuk!" Suhaila bergegas ke arah bilik Datuk Johan yang terletak di bahagian kanan meja kerjanya.Dia mengetuk pintu bilik lelaki merangkap majikannya itu.Suhaila melangkah masuk setelah mendapat arahan dari dalam. "Duduklah.Saya ada hal nak bincang dengan awak,"ujar Datuk Johan apabila dilihatnya setiausahanya itu hanya berdiri di hadapan mejanya.Dia tersenyum mesra ke arah Suhaila.Sememangnya dia amat menyenangi gadis ini.Suhaila dikenali sebagai seorang yang amat komited terhadap tugasnya.Tidak pernah lagi gadis ini membuat kerja sanbil lewa sejak dia mengambil Suhaila bekerja di syarikatnya setahun yang lepas. "Terima kasih,Datuk,"ucap Suhaila sambil melemparkan senyuman kepada Datuk Johan.Datuk Johan merupakan seorang majikan yang amat baik hati dan bertimbang rasa terhadap pekerja.Dia amat bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja di bawah lelaki ini. "Awak free tak malam Ahad ni?"Datuk Johan memulakan bicara setelah Suhaila melabuhkan punggung di hadapannya. Berkerut dahi Suhaila mendengarkan pertanyaan Datuk Johan itu. "Free,Datuk.Kenapa Datuk?Datuk nak ajak saya keluar ke?"Dalam bertanya,sempat lagi dia berseloroh.Bukannya dia tidak tahu,Datuk Johan merupakan seorang suami yang amat setia terhadap isterinya,Datin Liana.Tidak pernah dia mendengar Datuk Johan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain seperti kebanyakan lelaki kaya yang lain. Tergeleng-geleng kepalrkan usikan Datuk Johan mendengarkan usikan Suhaila itu. "Kamu ni,Suhaila.Ada-ada aje...nanti isteri saya tahu,merajuk pulak dia.Bukannya senang nak pujuk Datin Liana kamu tu,"ujar Datuk Johan. Suhaila tergelak kecil. "Saya gurau ajelah,Datuk.Kenapa Datuk tanya saya free ke tak malam Ahad ni?"Suhaila mengulang kembali pertanyaannya yang masih tidak berjawab lagi tadi. "Malam Ahad ni saya ada dapat jemputan ke majlis kawan baik saya sempena menyambut kepulangan anak mereka dari luar negara.Tapi masa tu saya ada urusan kat Australia.Jadi,saya nak minta tolong kamu jadi wakil saya ke majlis tu,boleh tak?" Terkebil-kebil mata Suhaila mendengarkan permintaan Datuk Johan itu.Majlis orang kaya?Seboleh-bolehnya majlis sebegitulah yang dia mahu elakkan.Dia bukannya suka sangat berada di kalangan orang kaya.Pasti pemikiran mereka amat berbeza dengan dirinya.Ingin ditolak,terasa bersalah pulak.Suhaila berfikir sejenak,cuba mencari alasan untuk menolak permintaan lelaki itu. "Macam mana,Suhaila?Boleh tak kamu jadi wakil saya?Saya tak tau nak mintak tolong sapa lagi .Lagipun,kamu free masa tu kan?" Suhaila mengeluh perlahan.Kenapalah mulutnya cepat sangat cakap free tadi?Sekarang kan dah susah nak bagi alasan. "Hmm...Datuk.Saya ni bukannya biasa bergaul dengan orang kaya.Saya takut nanti saya memalukan Datuk pulak." "Itu kamu tak perlu risau.Kamu hanya perlu datang sahaja dan berikan hadiah yang sediakan untuk anak mereka.Lepas tu,kamu nak balik atau nak buat apa-apa sahaja,ikut suka kamu,"pujuk Datuk Johan. "Tapi...saya tak kenal kawan Datuk tu.Macam mana saya nak bagi hadiah nanti?Lagi satu,saya mana tau jalan nak pergi rumah kawan Datuk tu,"Suhaila cuba mencipta alasan yang lain. "Laa...apa yang susahnya?Kamu just mintak tolong kat penyambut tetamu supaya serahkan hadiah tu kat kawan saya.Kamu jangan risau,pemandu saya yang akan bawa kamu ke sana.Sebagai balasan,saya akan berikan kamu cuti dua hari.Jadi,macam mana?" Suhaila menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal,sedar yang dirinya tidak mempunyai pilihan. ‘Ahh...pergi jelah!untung-untung dapat cuti dua hari.Bukannya senang nak dapat cuti free macam ni...’bisik hati Suhaila. "Baiklah,Datuk.Saya setuju,"putus Suhaila setelah agak lama berfikir,menimbang yang baik dan buruknya. Datuk Johan tersenyum lega.Dia tahu sememangnya dia boleh mengharapkan gadis ini. "Haa...macam tulah.Untung-untung kamu dapat berkenalan dengan pak we hensem kat sana nanti,"usik Datuk Johan.Dia memang amat menyenangi Suhaila.Kalaulah dia mempunyai seorang anak lelaki,sudah pasti dia akan menjodohkan anak lelakinya dengan Suhaila. Sayangnya,dia hanya mempunyai seorang anak perempuan.Perangai anak perempuannya yang seorang itu pun sudah cukup memeningkan kepalanya.Marina merupakan seorang anak yang sangat degil dan tidak suka mendengar kata.Dia sendiri sudah tidak mampu mengawal Marina.Anaknya itu sentiasa mahukan kemahuannya dituruti.Mungkin silapnya juga kerana terlalu memanjakan Marina sejak dari kecil lagi. "Ada-ada ajelah Datuk ni.Sapalah yang nakkan saya ni?Saya bukannya cantik sangat.Oklah,Datuk.Kalau tak ada apa-apa lagi,saya minta diri dulu." Datuk Johan mengangguk-anggukkan kepala.Dia hanya memerhatikan kelibat Suhaila yang hilang di sebalik pintu.Datuk Johan tersenyum sendirian mengingatkan kata-kata Suhaila tadi.Tak cantik?Baginya Suhaila amat jelita dan mampu membuatkan lelaki yang memandang tidak mampu tidur lena.Malah dia terpaksa mengakui yang anak perempuannya,Marina masih tidak boleh menandingi kecantikan Suhaila.Takkanlah Suhaila langsung tidak menyedari akan kelebihannya itu?Ahh...gadis itu terlalu merendah diri!
--------------------------------------
Hariz mengeluh bosan.Bilalah majlis ni nak habis?Perkarangan Villa Kayangan semakin penuh dengan tetamu jemputan.Semuanya datang semata-mata untuk menyambut kepulangannya ke Malaysia.Serasa sudah tidak terkira berapa banyak ucapan tahniah yang diterimanya daripada para tetamu yang langsung tidak dikenali.Mulutnya juga sudah penat membalas ucapan tahniah tersebut dengan perkataan ‘terima kasih’.Dilihatnya Datuk Aizat dan Datin Zefrina begitu ceria melayan para tetamu.Malas menyesakkan diri di kalangan tetamu yang semakin ramai,Hariz menuju ke taman bunga ros yang terletak di sudut kanan Villa Kayangan.Dia melabuhkan punggung ke salah sebuah kerusi batu yang ada di situ.Terasa lega kerana taman bunga ros tersebut sunyi daripada suara orang ramai. Hariz merenung langit yang amat gelap pada malam itu.Malam itu kelihatan suram sahaja.Tidak ada satu bintang pun yang menghiasi dada langit ketika itu.Mungkin memberi petanda bahawa hujan akan turun pada malam ini.Hariz terjerit kecil apabila bahunya ditepuk dari belakang secara tiba-tiba.Dia menjeling tajam wajah Shahril yang begitu enak mengetawakannya. "Wei...kau ni tak reti nak beri salam ke?"Hariz bertanya sedikit marah. "Rilekslah,Riz.Aku bukannya sengaja nak buat kau terkejut.Aku tengok kau khusyuk sangat tengok langit sampai tak sedar aku datang,buat aku teruja pulak nak sedarkan kau dari berkhayal,"ujar Shahril dengan sengihan yang lebar.Dilabuhkan punggungnya di sebelah kawan baiknya sejak sekolah menengah itu. "Banyaklah kau punya tak sengaja.Nasib baiklah aku tak ada sakit jantung.Kalau tak,mesti aku dah pengsan tadi.Teruk betullah kau ni,"dengus Hariz.Dia masih lagi geram kerana dikejutkan oleh Shahril tadi. Shahril ketawa kecil. "Sebab aku tau kau tak ada penyakit jantunglah aku berani buat macam tu.Puas aku cari kau tadi,rupanya sedap-sedap aje kau duduk kat sini.Apasal kau tak ajak aku tadi?" "Laa...dah aku tengok kau tu asyik dok layan minah-minah kat sana tadi,malaslah aku nak kacau kau.Lagipun,aku tengah bosan gilerlah.Semua asyik tanya soalan yang sama kat aku,dah ada mak we ke belum?Boring betul!Suka sangat ambik tahu hal orang lain,"luah Hariz sambil mencebikkan bibir.Meluat dia mengingatkan perangai gadis-gadis gedik yang datang ke Villa Kayangan. Terangkat kening Shahril mendengarkan kata-kata Hariz itu. "Aik...pelik! Selalunya kau suka sangat layan perempuan sehingga digelar playboy kat universiti dulu.Apa dah jadi ni,kawan?"Shahril bertanya hairan.Disebabkan dia belajar di universiti yang sama dan mengambil bidang yang sama dengan Hariz di United Kingdom,jadi semua cerita mengenai Hariz dia tahu.Kadang-kadang pelik juga dia dengan perangai Hariz.Baginya Hariz tidak menyukai langsung mana-mana perempuan,tetapi lelaki itu begitu mudah menerima mana-mana perempuan sebagai couple.Seingatnya,setiap bulan pasti Hariz akan bertukar-tukar pasangan.Malah,ada perempuan yang sanggup bergaduh kerana berebutkan Hariz.Baginya,Hariz memang memiliki semua ciri yang diidami oleh wanita. Kaya, kacak, tinggi, berbadan sasa, bergaya, aktif. Pendek kata,mampu membuatkan semua perempuan jatuh cinta.Semasa di universiti dahulu,ramai lelaki yang cemburukan Hariz dan risau sekiranya teman wanita mereka jatuh cinta kepada Hariz.Namun,itu bukanlah alasan untuk Hariz mempermainkan perasaan perempuan.Sudah banyak kali dia menasihati Hariz,namun nasihatnya itu bagaikan mencurah air ke daun keladi. Hariz mengeluh perlahan. "Entahlah,Shah.Tiba-tiba aku rasa bosan dengan semua perempuan.Aku rasa macam mudah sangat nak dapatkan dorang,tak ada cabaran langsung." "Memanglah senang nak dapat,kau pergi cari jenis perempuan murahan.Cuba cari perempuan yang sopan sikit,sure kau tak dapat punya,"tempelak Shahril Hariz tersenyum sinis. "Tak payahlah kau nak bela perempuan.Kau ingat aku tak tau ke?Aku tengok zaman sekarang ni perempuan yang pakai tudung pun buat maksiat kat tempat awam.Agaknya kalau aku bagi duit,terus dorang bagi body.Macam tu kau kata susah nak dapat?"bidas Hariz Bulat mata Shahril mendengarkan prasangka Hariz terhadap perempuan. "Maksud aku,bukan semua perempuan macam tu.Macam mama kau,tentu kau lebih tau macam mana perangai mama kau kan?" Hariz mendengus kasar. "Mama aku lain.Dia wanita terbaik yang pernah aku kenal.Walaupun tak semua perempuan jahat,tapi aku tetap fikir yang peluang aku untuk cari perempuan yang macam mama aku tu cuma satu dalam sejuta.Maksudnya,sangat susah nak jumpa,kau faham tak?" Shahril menggeleng perlahan.Hariz memang macam ni,sentiasa merasakan pendapatnya adalah betul.Shahril meliarkan pandangan ke arah perkarangan Villa Kayangan.Spontan matanya tertancap ke arah seorang gadis yang memakai baju kurung satin yang berwarna ungu sedondon dengan warna tudung yang dipakai.Dilihatnya gadis itu sedang menyerahkan sesuatu kepada penyambut tetamnu yang berdiri berhampiran air pancut Villa Kayangan. "Well...kalau betullah kau rasa semua perempuan macam yang kau cakapkan tu,aku nak kau cuba goda perempuan tu,"cabar Shahril tiba-tiba.Tangannya mengunjuk ke arah perempuan yang dimaksudkan. Hariz mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh Shahril.Dia tidak dapat melihat wajah gadis tersebut memandangkan gadis itu berdiri agak jauh dari tempat mereka duduk. "Ishh...tak naklah aku.Buatnya perempuan tu mak cik ke,buat malu aku aje." "Aik...takkan takut kena tolak dengan perempuan tu kot?" Berasa tercabar,Hariz pantas bangun dari duduk.Suara ketawa Shahril tidak dipedulikan.Dia memang pantang sekali kalau dirinya dicabar.Dia berjalan pantas ke arah perempuan yang masih lagi bercakap dengan penyambut tetamu.Tiba-tiba langkahnya terhenti sebaik dia dapat melihat dengan jelas wajah gadis tersebut.Serasa tidak percaya bahawa gadis yang dirindui sekian lama kini berada di situ. "Aila,"Spontan nama tersebut disebut oleh Hariz. Walaupun Hariz menyebut nama tersebut dengan suara yang perlahan,namun sudah cukup membuatkan Suhaila untuk memalingkan wajah ke arah pemanggil namanya sebentar tadi.Dia yakin yang dia tidak silap mendengar.Suhaila tergamam sebaik sahaja wajah Hariz menyapa matanya.Dia dan Hariz saling memandang bagaikan hanya mereka sahaja yang berada di situ.Shahril yang berdiri di belakang Hariz turut terkejut sebaik melihat Suhaila merupakan perempuan yang dia maksudkan tadi.Dia menjeling Hariz,ingin melihat tindakan Hariz yang seterusnya.Namun,dilihatnya Hariz hanya terpaku memandang Suhaila di situ.Lantas,dia berdehem cuba menyedarkan Hariz dan Suhaila yang bagaikan berada di dunia yang lain. Hariz tersentak.Deheman Shahril menyedarkannya.Spontan dia mengalihkan pandangan ke arah lain.Suhaila pula tertunduk malu.Wajahnya terasa panas apabila dilihatnya Shahril tersenyum penuh makna ke arahnya. "Hmm...nanti cik jangan lupa serahkan hadiah ni kat Datuk Aizat ya?Katakan kepadanya yang Datuk Johan minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat hadir.Saya kena balik sekarang,ada hal,"ujar Suhaila kepada penyambut tetamu yang masih kelihatan terpinga-pinga dengan apa yang berlaku sebentar tadi.Sengaja dia mengulang kembali kata-kata yang sudah pun dikatakannya tadi bagi menutup perasaan malu yang mencengkam diri. Penyambut tetamu itu hanya tersenyum melihatkan kekalutan Suhaila.Dia pasti ada rahsia yang tersimpan kemas antara gadis cantik yang berdiri di hadapannya itu dengan Hariz.Bukannya susah sangat untuk dia melihat perasaan cinta yang terpancar antara kedua-duanya. "Tapi,cik...saya rasa lebih elok kalau cik sendiri yang bagi hadiah ni kat Encik Hariz.Encik Hariz ni merupakan anak Datuk Aizat yang baru balik dari luar negara tu,"terangnya kepada Suhaila.Dia menyerahkan kembali bungkusan hadiah yang dipegang kepada Suhaila. Suhaila terpinga-pinga apabila penyambut tetamu tersebut meninggalkan dia sendirian di situ bersama-sama Hariz dan Shahril.Lidahnya terasa kelu tiba-tiba,apatah lagi melihatkan mata Hariz sedari tadi tidak putus-putus merenungnya.Sungguh,dia berasa teramat malu.Serasa ingin sahaja dia melarikan diri sekarang juga.Namun,memikirkan masih ada tugas yang belum selesai,ditahan niatnya itu.Kenapa perlu dia berasa takut?Bukankah Hariz merupakan kawan satu sekolahnya dahulu?Tapi,bezanya...dia langsung tidak pernah bertegur sapa dengan Hariz di sekolah dahulu.Lelaki itu juga dilihatnya semacam tidak berminat untuk berkawan dengannya.Jadi,tidakkah pelik andai dia menegur Hariz bagaikan mereka kenalan lama yang sudah lama tidak berjumpa? Suhaila menarik nafas perlahan-lahan,cuba mencari kekuatan diri. "Hai...dah lama kita tak jumpa.Saya tak tau pulak rupa-rupanya majlis ni majlis awak.Saya datang ni kebetulan atas arahan Datuk Johan.Dia suruh saya serahkan hadiah ni untuk awak,"jelas Suhaila sambil menyerahkan hadiah yang dipegang kepada Hariz.Matanya bertentangan dengan mata Hariz.Cepat-cepat dia melarikan mata,bimbang lelaki itu dapat mengesan perasaan yang tersimpan kemas di dalam hatinya selama empat tahun ini. Lambat-lambat Hariz mengambil bungkusan hadiah yang diserahkan oleh Suhaila.Dia bagaikan tersentap mendengar nama yang baru disebut oleh Suhaila tadi. "Sapa Datuk Johan tu?Aku tak pernah dengar pun.Pak we kau ke?"tanpa dapat ditahan-tahan lagi,terlontar pertanyaan tersebut. Terlopong mulut Shahril mendengarkan pertanyaan yang diajukan oleh Hariz kepada Suhaila, langsung tidak bertapis.Setahunya,Hariz bukanlah jenis yang suka mengambil tahu hal orang lain. Suhaila tersenyum kecil mendengarkan pertanyaan Hariz itu. Mengarut aje dia ni,ada ke patut fikir Datuk Johan tu pak we aku?Tak masuk akal betul!Namun,melihatkan wajah Hariz yang serius,senyumannya mati tiba-tiba. "Datuk Johan tu ketua kat tempat kerja saya.Dia tak dapat datang,jadi dia mintak tolong saya supaya serahkan hadiah tu kat awak,"jelas Suhaila akan duduk perkara yang sebenarnya.Namun,bila difikirkan kembali,dia tidak perlu menerangkan pun perkara tersebut kepada Hariz. "Mula-mula memanglah ketua,lepas tu jadi kekasih pulak,tak gitu?Apasal dia suruh kau datang?Macam dah tak ada orang lain pulak.Nampak sangat yang korang ada hubungan.Shah,kau bagi hadiah ni kat papa aku,cakap yang pak we Aila yang bagi,"sindir Hariz sambil menyerahkan bungkusan hadiah kepada Shahril.Bertambah terkejut Shahril dengan tindakan Hariz.Baginya, kawannya itu sudah melampau dalam mencampuri urusan orang lain. Suhaila mengetap bibir.Nampaknya ada yang akan makan penampar free hari ini. "Apa yang awak merepek ni?Kan saya dah cakap yang Datuk Johan tu ketua saya?Salahkah saya sebagai setiausaha dia menjalankan tugas yang dipinta?" Hariz tergelak sinis. "Owh...setiausaha Datuk Johan rupanya.Tak hairanlah kalau semua urusan harian dia kau yang uruskan.Setiausaha sekarang kan memang macam tu,ramai yang jadi perempuan simpanan ketua sendiri. Harap-harap kau bukan salah seorang dari mereka." "Hariz!Awak jangan melampau!Awak ingat saya ni jenis perempuan yang tak ada maruah ke?"Suhaila menempelak marah. Melihatkan keadaan yang mula menjadi tegang,Shahril segera beredar dari situ.Dia tidak mahu masuk campur dalam pergaduhaan Hariz dan Suhaila.Namun,hairan juga dia.Bukankah Suhaila merupakan gadis kesukaan Hariz semasa zaman sekolah dulu?Kenapa kawannya itu bagaikan sengaja mahu mencari pasal dengan Suhaila?Takkanlah baru dengar Suhaila sebut nama lelaki lain dah cemburu kot?Tak munasabah langsung! "Aik...marah nampak!Takkan tak betul apa yang aku cakap tadi?" Hariz bertanya sinis,masih tidak puas menyakitkan hati gadis yang berdiri di hadapannya itu. Suhaila mendengus kasar. "Dahlah!Daripada saya layan orang tak betul macam awak ni,lebih baik saya balik!" Suhaila beredar meninggalkan Hariz.Baru beberapa langkah dia berjalan,terasa tangannya direntap dari belakang.Terkejut dia dengan tindakan berani Hariz itu.Seumur hidupnya,belum pernah ada lagi lelaki yang berani memegang tangannya.Hariz memang benar-benar sudah melampau!Tidakkah Hariz tahu bahawa menyentuh tangan perempuan yang bukan mahram hukumnya adalah berdosa?Menetap lama di luar negara bukanlah satu tiket yang membolehkan lelaki itu untuk berbuat sesuka hati sahaja! "Eh,apa yang awak buat ni?Lepaslah!Awak ni memang dah tak betul ke?"Suhaila menjerit kuat.Dia berusaha menarik tangannya daripada pegangan Hariz namun genggaman lelaki itu terlalu kuat.Dia pula yang terasa sakit apabila mencuba sekuat hati menarik tangannya itu.Suhaila berasa malu apabila beberapa orang tetamu yang berada di situ tertoleh-toleh ke arahnya,mungkin hairan melihatnya terjerit-jerit di situ. Hariz tidak mempedulikan jeritan Suhaila.Dia terus menarik gadis itu ke arah sebuah Mercedez Benz yang berwarna hitam yang tersadai berdekatan pintu gerbang Villa Kayangan. "Aku hantar kau balik!"arah Hariz dengan suara yang tegas. Belum sempat Suhaila berkata apa-apa,tubuhnya telah ditolak dengan kasar ke dalam kereta.Pintu kereta dihempas kuat oleh Hariz.Sekelip mata sahaja Mercedez Benz itu sudah pun meluncur laju meninggalkan Villa Kayangan.
Apa pasal si Hariz tu...tak pernah2 cakap pun masa kat sekolah tiba2 aje melenting marah pd Suhaila tu?Giler ke. wakakakaka....apa2 pun jalan citernya bagus,teruskan usaha awak....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best citer nie......
ada blog x??????????