Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
HARI ini hari genap seminggu Dewi berada di sekolah barunya. Dia sudah tahu selok belok sekolah barunya itu. Di mana makmal sains, di mana makmal kemahiran hidup, ada berapa tandas dalam sekolah ini dan nama-nama guru yang mengajar kelasnya, semuanya dia sudah tahu. Selain itu kehadirannya di dalam kelas 3 Mutiara itu juga disenangi oleh semua pelajarnya, cuma ada beberapa pelajar sahaja yang kurang senang dengan kemunculannya di kelas itu.
"Hey perempuan, kau ni macam bagus je ek masuk kelas ni? Budak-budak kelas lain kata kau belagak. Betul ke?" Tanya Salina, salah seorang rakan sekelasnya yang tiba-tiba datang tanpa memberi salam, terus menyembur yang bukan-bukan pada Dewi yang sedang sibuk membuat laporan amali sainsnya.
Dewi buat-buat tidak dengar, malas benar dia ingin melayan perangai Salina yang semenjak beberapa hari ini seolah tidak puas hati terhadapnya. Dewi bukan tidak mahu melawan. Dia malas. Dulu masa di sekolah lamanya, di bukannya tidak pernah di panggil oleh pengetua sekolah sebab belasah budak perempuan dalam tandas. Semua tu dia sudah merasa, cuma dia bertekad selepas masuk sekolah baru ini dia ingin berubah. Berubah dari perangai negetifnya sebelum ini.
"Kau tengok minah ni, aku cakap dengan dia, dia buat bodoh je?" Tanya Salina kepada dua lagi kawan baiknya yang sama-sama menyimpan niat untuk membuli Dewi hari ini. Sedikit pun Dewi tidak takut dengan Salina dan kawan-kawannya itu.
Salina merampas pen yang dipegang oleh Dewi. Dewi buat tidak tahu lalu mengambil pennya yang lain dari bekas pensilnya. Dewi kembali menulis. Salina merampas lagi pen yang ada di tangan Dewi. Dewi buat tidak tahu. Dilihat Siti di sebelahnya sedikit pun dia tidak mahu menolongnya. Cuak sungguh wajah Siti ketika ini. Mungkin dia takut kena buli sama agaknnya. Dewi beranggapan.
Dewi menutup bukunya dan duduk selamba sambil merewang-rewangkan pandangannya sambil mengulum bibir. Buat-buat Salina dan rakan-rakannya di situ seolah tidak wujud. Salina terus membuli Dewi dengan melontarkan kata-kata yang bukan-bukan. Dewi mula bosan dan tertekan, lalu bangun dari duduknya.
Salina terkejut. Takut Dewi tiba-tiba menyerangnya. Bersiap sedia dia memasang kekuda untuk mempertahankan diri. Dewi memandang Salina dengan senyuman sinis. Jelek rasa hatinya melihat minah kampung yang ingin berlagak seperti minah gangster sekolah itu.
Selepas berdegus halus, Dewi menjeling sinis pada Salina dan rakannya lalu melangkah meninggalkan kelas itu untuk ke tandas. Semasa Dewi melintasi di hadapan Salina, Salina telah memacak tumit kakinya untuk menghalang langkah Dewi. Dewi tidak perasan lalu tersandung kaki Salina dan tersembam mukanya pada bucu meja yang ada di hadapannya.
"Dewi." Jerit Siti selepas mendapati kawannya itu telah pun tersungkur di atas lantai sambil memegang dahinya.
"Kau tak apa-apa ke Dewi? Ya ALLAH dahi kau berdarah." Jerit Siti lagi sambil memapah Dewi untuk bangun dan dibawa ke tempat duduknya. Salina dan kawan-kawannya mentertawakan Dewi segalaknya.
"You all, apa semua ni? Ya ALLAH! Darah, siapa yang buat kau macam ni Dewi?" Bertubi-tubi Sem menanya selepas pulangnya dia dari tandas. Cemas benar wajahnnya.
Dewi masih lagi memegang dahinya yang berdarah. Siti pula hanya memandang benci pada Salina dan rakan-rakannya yang terus galak mempertawakan Dewi yang dalam kesakitan itu. Segera Sem kembali ke mejanya untuk mengabil beberapa helai tisu. Kemudian, dihulurkan pada Dewi untuk mengelap darah yang mengalir di dahinya.
"Weh Salina? Kau buat apa pada Dewi ha?" Tanya Sem tegas tapi lembut.
"Mana ada aku buat apa-apa? Dia yang jalan tak betul. Lepas tuh jatuh. Jangan nak salahkan aku ek?" Jawab Salina sambil membentuk-bentukkan bibirnya sengaja tidak mahu mengaku bersalah.
"Alah girls. I bukan tak tahu you all ni. Minah buli. You all tak mengaku pun I tahu you all yang buat." Jelek Sem yang sangat benci dengan Salina dan rakan-rakannya itu. Bukan dia tidak tahu, sudah banyak kali dia terlihat Salina dan rakan-rakannya membuli budak junior di tandas. Mengugut agar diberi duit.
"Dah tahu tu, buat apa tanya lagi?"
"Benci kat you all!" Bentak Sem lalu mendapatkan Dewi semula.
"Benci kat you all!" Salina mengajuk kata-kata Sem. Seraya mereka bertiga terburai mentertawakan gelagat Sem yang sedikit gedik tadi. "Tengok geng, mat sotong bantu minah lembik." Kata Salina lagi lalu mereka bertiga menyambung gelaknya semula.
Dewi hanya menjeling sinis pada Salina. Benci benar dia pada Salina ketika ini. Ikutkan hati, ingin sahaja dia menghenyak muka Salina semahunya. Siti terus menenangkan Dewi agar bersabar. Sem pula tidak habis-habis risau dengan darah yang mula berhenti mengalir di dahinya.
***
"SABAR je lah Dewi. Salina tu memang macam tu. Kaki buli." Jelas Siti sekadar ingin menenangkan Dewi.
Dewi tidak terus menjawab, dahinya yang berplaster itu di pegang-pegang. Pedih lukanya masih berdenyut. Perasaan marahnya dan bencinya pada Salina masih membuak-buak. Ikutkan hati ingin sahaja dia melawan Salina tadi.
"Hye you all, you all tak pergi makan ke?" Tiba-tiba Sem muncul dari belakang.
"Kau ni Sem, dah tak reti nak memberi salam ke?" Herdik Siti dalam nada berbisik. Dia tidak mahu suaranya mengganggu pelajar-pelajar lain yang ada di perpustakaan itu.
"Assalamulaikum." Sem memberi salam. Dijawab oleh Siti dan Dewi di dalam hati.
"You know kan? I onn diet sekarang, kenapa tanya lagi?" Sabung Siti sambil meneleng-nelengkan kepalanya seperti penari India.
"Ok, I lupa. Sorry girl. By the way, macam mana dengan luka di kepala kau tu Dewi?" Tanya Sem tiba-tiba menukar topik perbualan.
Dewi tidak terus menjawab. Dia mula perasan, ada seorang budak lelaki yang duduk di hadapan mejanya sedang memerhatikannya. Budak lelaki itu sedari tadi tersenyum-senyum padanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
"Nyeh, mak tanya kau, dah macam mak tanya patung oscar jer nyeh?." Getik Sem selepas melihat Dewi kusyuk melihat seseorang di belakangnya. Sem melarikan pandangan mengikut arah anak mata Dewi. Ditolehnya ke belakang.
"Nyeh, jantan tu namanya Andy, dia tu boyfriend Salina." Jelas Sem seolah tahu apa yang tersirat di sebalik hati Dewi ketika ini.
"Handsome kan? Budak rugby yang menjadi kegilaan budak perempuan sekolah ni." Siti pula mencelah.
"Really?" Tanya Dewi sinis pada Sem. Satu rancangan telah terangka di dalam fikiran Dewi ketika ini.
"Aboi nyeh, kau tengok aku sinis benar. Mesti kau menyimpan niat nak rampas Andy tu dari Salina kan? Nak balas dendam ke nyeh?" Sem sekadar meneka-neka. Tahu benar dia dengan lirikan mata Dewi tadi. Mesti gadis itu telah merancang sesuatu di dalam kepalanya.
"Wait and see." Jelas Dewi lalu bangun dari duduknya dan melangkah menuju ke meja Andy.
"Kau nak buat apa Dewi? Kau jangan nak buat kerja gila." Siti cemas.
"Kau aspect aku nak buat apa? Aku tak akan buat apa-apa. Aku akan buat budak lelaki tu suka pada aku secara sendirinya." Jelas Dewi yakin sambil mengarah padangannya ke arah Andy yang ada di hadapannya.
"Kau tak ada perasaan marah pada Salina ke? Dah buat dahi kau sampai berdarah-darah ni?" Tanya Sem mengubah topik perbualan. Malas benar dia ingin berbual fasal budak lelaki yang bernama Anday itu. Lelaki perasan yang berlagak ‘pria terhebat’ di sekolah ini.
"Mananya aku tak marah. Ikutkan hati, aku nak heret muka dia kat tengah jalan raya tu, biar hancur muka dia." Jawab Dewi. Sinis benar nada suaranya.
"Amboi nyeh. Kejam juga kau ni ek?" Semplak Sem lagi
Siti hanya tergelak.
"Aku gurau jelah. Lantaklah si Salina tu. Aku sikit pun tak takut pada dia." Jelas Dewi selamba. Mereka bertiga meneruskan perbualan mereka dengan berbual kosong. Sepuluh minit kemudian, loceng berbunyi menandakan sudah tamat waktu rehat.
***
SAMPAI di rumah, Dewi terus menghempaskan tubuhnya di atas katil. Luka di dahinya dipegang. Masih berdenyut-denyut. Dia bangun lalu melangkah ke cermin soleknya, dilihat bekas luka yang sudah kering itu dari cermin soleknya.
"Bodoh punya Salina. Kau buli aku ye? Tengoklah, hari ni hari kau. Tak lama lagi kau pulak kena buli. Masa tu aku ketawakan kau je." Dewi bercakap sendirian. Melepaskan kemarahannya terhadap Salina di depan cermin kesayangannya itu.
Dewi menatap wajahnya di dalam cermin itu. Ditatap dalam-dalam. Tiba-tiba, bayangannya di dalam cermin itu seolah tersenyum padanya. Sepantas kilat, seperti tindakkan riflek dia terganjak ke belakang. Selepas matanya berkelip, bayanganya di dalam cermin itu kembali seperti biasa.
Jantungnya berdegup laju. Apa yang dilihatnya tadi seolah benar-benar berlaku. Dia melarikan pandangannya ke arah barang-barang peribadinya yang ada di atas meja soleknya. Berfikiran yang bukan-bukan.
Dia kembali menatap bayangnya melalui cerminnya. Tiada apa-apa berlaku.
"Mungkin ilusi aku saja." Bisik Dewi sendirian sekadar ingin menyedapkan hatinya sahaja. Dia mengeluh halus lalu mencapai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air.
Namun, bayangannya di dalam cermin itu masih tertinggal. Bayangannya itu sedang tertawa sinis ke arah Dewi yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik yang ada di dalam biliknya itu. Dewi tidak menyedari akan bayangannya itu sedang tertawa sinis memerhatikannya. Beberapa saat kemudian bayangnya itu hilang.
Beberapa minit kemudian, Dewi selesai dari mandi. Dia melangkah keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya dengan mengunakan tuala. Dia menuju ke meja soleknya. Di tatap wajahnya di dalam cermin itu. Tiba-tiba dia terasa dingin seolah ada angin meniupnya perlahan dari arah belakang. Cepat dia menoleh ke belakang. Bayangannya di cermin tidak menoleh, malahan terseyum sinis ke arahnya.
Dewi kembali memandang wajahnya di cermin. Kehairanan, angin apa yang meniupnya tadi? Tiba-tiba dia terlihat langsir tingkap biliknya berkibar-kibar perlahan. Segera dia melangkah menuju ke arah tingkap biliknya. Dikuak langsir tingkap biliknya. Tingkapnya terbuka, angin dari luar berhembus perlahan ke arah mukanya. Terasa amat dingin sekali.
Dia kehairanan, siapa pula yang membuka tingkap biliknya? Dia menoleh kerah tombol pintu biliknya. Berkunci. Takkanlah Mak We masuk sebentar tadi? Dewi bertanya sendirian. Mustahil. Sejak dia berpindah ke banglo ini, Mak We hanya sekali sahaja menjejakkan kakinya di biliknya ini. Iaitu pada hari pertama dia masuk ke bilik ini. Selepas dari itu Mak We tidak pernah masuk ke bilik ini lagi. Jika ingin memanggilnya di dalam bilik, Mak We hanya sekadar memanggilnya di luar pintu bilik saja.
Dewi kembali ke arah tingkap biliknya tadi dan cuba mengabaikan perasaannya itu. Dia menutup daun tingkap biliknya semula. Biliknya betul-betul mengadap ke arah bandar, dan di sebelahnya pula pemandangan sebuah bukit. Indah pemandangan ini.
Dewi kembali ke katil lalu dihempaskan tubuhnya di atas katil. Merehat-rehatkan diri. Dia mencapai alat kawalan jauh mini HiFinya lalu di tekan butang ‘play’. Lagu ‘Siti Situ Sana Sini’ serta merta memenuhi ruang bilik itu. Dia melayan perasaanya, mengenai Andy yang menurut Sem boyfriend Salina. Terdetik satu perasaan di hatinya pada lelaki itu. Dia tersenyum sendirian.
***
JAM di tangan telah pun menunjukkan pukul 11 malam. Tetapi Andy dan Salina masih duduk melepak dengan kawan-kawannya di sebuah pusat membeli belah yang kebanyakkan kedainya sudah pun tutup. Mereka tidak menyedari, malam semakin larut.
"Andy, jom balik dah lewat ni." Rayu Salina yang mula bimbang jika dia balik selepas pukul 12 malam, dia bakalan dimarahi oleh ayahnya.
"Relaks lah sayang. Awal lagi. Kita balik kejap lagi ek?" Pujuk Andy sambil menyedut baki rokoknya dalam-dalam lalu dihembuskan asapnya keluar dari mulut dan hidungnya. Berkepul-kepul asap berlegar-legar di ruang udara.
"Dah pukul sebelas ni. I takut ayah I balik kerja awallah malam ni. Kalau kantoi, masak I kena belasah dengan ayah I." Rayu Salina.
"Kejap lagilah sayang, setengah jam lagi ek?" Pujuk Andy sambil memeluk pinggang Salina.
Salina terasa terpujuk dengan perlakuan Andy itu. Dia memang sayang sangat pada Andy. Dia juga rasa bangga sebab dapat memiliki Andy yang di gelar ‘pria terhebat’ di sekolahnya. Ramai budak perempuan suka padanya, termasuk junior-juniornya sendiri. Akhirnya, dia juga yang berjaya memiliki Andy. Kerana sayang punya fasal dia ikutkan sahaja kehendak Andy itu.
"Andy I nak ke toilet kejap." Salina meminta diri.
"I ikut boleh?" Usik Andy sambil mencuit hidung Salina.
"Gatal." Degus Salina manja sambil mencubit perlahan perut Andy lalu berlalu meninggalkan Andy di situ sambil berborak bersama rakan-rakannya itu.
"Awek kau ke?" Tanya salah seorang kawan Andy di situ.
"Tak adalah, aku main-main je dengan dia. Dia yang beria nak pada aku. Aku layan ke." Jawab Andy sambil tergelak kecil. Dia memeng tidak pernah menyimpan perasaan walaupun sedikit pada Salina. Salina sahaja yang lebih-lebih dengannya.
"Kau pernah nampak tak budak baru yang sekelas dengan Salina tu? Cun siot!" Celah seorang lagi kawan Andy.
"Kenapa dengan dia?" Tanya Andy. Tahu benar dia siapa budak perempuan yang di maksudkan oleh kawannya itu. Sudah semestinya Dewi.
"Budak tu kalau jadi awek aku. Garenti aku setia dengan dia sampai mati." Jawab kawannya tadi.
"Ah, sudahlah kau Helmi. Awek keliling pinggang ada hati nak setia." Semplak Andy pada kawannya yang bernama Helmi itu. Seraya mereka yang ada di situ terbahak-bahak mentertawakan Helmi.
Selesai membuang air, Salina melangkah ke singki. Di cuci tangannya. Sambil itu dia membelek-belek wajahnya di cermin. Tiba-tiba ada bayangan hitam melintas di belakangnya. Salina terkejut. Hatinya berdebar-debar. Cemas. Dia memberanikan diri untuk menoleh ke belakang.
Kosong, tiada apa-apa di belakangnya. Hanya kedengaran bunyi air mengisi tangki pengepam tandas sahaja. Salina kebali mengadap cermin. Di pusing kepala pili. Berhenti air dari pili itu dari mengalir. Dilibas-libas tangannya perlahan bertujuan untuk mengeringkan tangannya. Dia kembali menatap wajahnya di cermin.
"Argh!!!" Salina menjerit lalu menutup mata dengan tangannya. Wajah seorang perempuan yang sedang tersegih tiba-tiba muncul di hadapan cermin. Dia ketakutan. Mata masih di tutup. Dia beranikan diri untuk membuka kelopak matanya semula. Bayangan wanita tadi hilang. Lekas dia melangkah keluar meninggalkan tandas itu.
"Andy, jomlah balik. I takut." Rayu Salina selepas sekembalinya dari tandas. Cemas benar wajah Salina ketika ini. Andy kehairanan melihat keadaan Salina itu.
"Jomlah balik Andy. Cepat!" Beria Salina merayu. Tangannya kuat memegang lengan Andy.
"Kenapa ni Salina? Kalau ye pun sabarlah sekejap, I nak pakai jaket I dulu. You ni macam takut semacam je kenapa? You baru nampak hantu tandas ke kat toilet tadi?" Andy sekadar mengusik. Kawan-kawan Andy yang lain hanya tersengih melihat keadaan Salina yang pucat lesi itu.
Andy menghidupkan injin motornya. Selepas memakaikan Salina topi keledar, Salina di arah naik ke atas motor. Terasa tangan Salina tergetar-getar memegang pinggangnya.
"You ni kenapa Salina?" Tanya Andy yang agak risau melihatkan keadaan Salina itu. Tangan Salina sejuk tiba-tiba.
"Hantar I balik cepat, I nak balik. Please… please…" Rayu Salina ketakutan. Apa yang dia lihat di tandas tadi seolah sedang mengekorinya dari belakang.
Andy mula membawa motornya. Salina memeluk pinggang Andy sekuat yang boleh. Dia dapat merasakan wanita yang dilihat di cermin tandas tadi seolah sedang berterbangan mengekorinya dari belakang. Dia menutup matanya. Tidak mahu melihat apa yang bakalan dia lihat. Apa yang ada di mindanya ketika ini, adalah dia ingin cepat sampai ke rumah. Andy memecut motornya selaju yang dia suka.
Salina sudah tidak menghiraukan keadaan itu. Selalunya jika Andy membawa motornya laju, pasti dia akan membebel di belakang. Menyuruh Andy memperlahankan pemanduan motornya. Tetapi hari ini, dia sendiri tidak tahu mengapa, dia merasakan perjalannya untuk menuju ke rumahnya terlalu jauh. Jarak dari pusat membeli belah tadi sehingga ke rumahnya hanya memakan masa sepuluh minit sahaja. Tapi dia merasakan seolah 10 jam.
Kedinginan malam seolah tidak dapat menyejukkan tubuh Salina. Perasaan cemasnya membuatkan tubuh badannya terasa panas. Peluh sudah membasahi tubuhnya. Bulu roma tengkuknya meremang. Dia merasakan seolah wanita yang dia lihat di cermin tandas tadi seolah sudah menghampirinya, terlalu hampir sangat.
Andy terus memecut laju. Keadaan jalan raya sudah mulai lengang. Sedang asyik Andy dengan pemanduannya, tiba-tiba muncul kelibat seorang wanita sedang berdiri betul-betul di tengah jalan.
Andy mengelak, motornya tidak dapat di kawal lagi. Meluncur laju tanpa hala tujuan. Andy menekan brek. Serta merta motornya terheret ke depan. Dilihat Salina di belakangnya masih memeluknya. Sesaat kemudian, dia terhumban ke bahu jalan. Salina kelihatan sudah pun tertiarap di tengah jalan. Topi keledarnya entah ke mana. Beberapa saat kemudian pandangannya kabur….gelap!
Novel bersiri ni tak ada dalam blog HASRUDI nih... cerita mirror ni hanya kat sini aje... kat blog dia novel lain. Bset gak... masuk ar ni alamat blog dia http://hasrudijawawi.blogspot.com
cerita ini menurut HASRUDI JAWAWI dari blog rasminya. Ada 30++ bab... so, kena tunggu ler. Tak sabar nak tahu apa yang terjadi seterusnya. Novel TANGISAN BERDARAH beliau jug apenuh suspen. Setiap plot tergantung seolah membuat pembaca tertunggu-tunggu dan terus membaca sehingga habis untuk mengatahui apa yang akan terjadi selepasnya. Saya suka gaya tulisan beliau yang penuh suspen.
wow..best giler..dari mirror 1-3..semua penuh ngan kejutan..nmpk cm cite cinta n horror dgabungkn sekali..best giler2 la..xsabar nk baca mirror ke4..boleh cepat x???please..
a'ah la.. sambungan ye bile ye?? ke da ada? klu ada kt ne?? da xsba nk taw siapa yg salina nmpk 2.. byng2 pp dlm 2 crmn 2 ke atau dewi... ala xbst a cm nie..please!!!!
wahhhh...t'baikkk...buat i suspen jek...tp best la...ada xsmbungannya?? -my name ayu-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
BESHNYER....
DE BLOG X?
MIRROW 1 N 2 PE EA???