Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
DEWI melangkah membontoti pengetua sekolah barunya. Sepanjang melangkah ke kelas barunya, dia tidak lekang mendengar siulan dari pelajar-pelajar lelaki yang di anggap miang dari kelas-kelas yang dilintasi bersama pengetua sekolah. Dewi mengabaikan semua itu dan hanya menganggap siulan itu hanyalah siulan nakal.
Pengetua sekolah yang bernama Puan Latifah itu terus melangkah laju membawa Dewi ke kelas barunya. Ini hari pertama dia menuntut di sekolah yang boleh di anggap sekolah kampung baginya. Pelajar-pelajar lelakinya pantang melihat pelajar perempuan, pasti akan disuiknya. Dewi hanya menjeling sinis setiap kali ada pelajar lelaki yang mengusiknya dari tingkap.
Puan Latifah masuk ke dalam sebuah kelas. Dewi hanya tunggu di luar dan membiarkan Puan Latifah berbincang dengan guru kelas itu mengenai kemasukkannya di sekolah ini dan di dalam kelas itu. Dewi melihat papan tanda pada bahagian atas bingkai pintu. Tertera perkataan 3 Mutiara.
Sementara dia menunggu Puan Latifah berbincang dengan guru kelas 3 Mutiara itu, sempat dia menjengah dari luar ke dalam. Kelihatan masing-masing senyap dan fokus menyalin apa yang tertulis di papan hitam. Tidak seperti kelas yang sebelum ini, riuh rendah. Cikgu mengajar di depan, ada pelajar yang duk sibuk berborak di belakang.
Beberapa minit kemudian, Puan Litifah keluar lalu menyuruh Dewi masuk ke dalam kelas itu dan dia terus meninggalkannya sendirian di luar kelas. Serius benar wajah Puan Litifah. Tiada senyuman yang terukir di wajahnya. Dewi terpinga-pinga, mengapa Puan Latifah tidak menjemputnya masuk ke dalam kelas itu?
"Dewi, masuklah," Pelawa cikgu yang ada di dalam kelas itu selepas agak lama Dewi tergamam macam batu. Dewi terpinga-pinga seketika, lalu memberanikan diri melangkah masuk ke dalam.
Semua pelajar tertumpu padanya. Masing-masing wajahnya serius.
"Baiklah pelajar-pelajar semua, hari ini kita ada pelajar baru." Guru kelas itu memaklumkan kepada pelajar-pelajarnya. Dewi mengukir senyuman yang di paksa-paksa. Kekok bila masing-masing memandangnya serius.
"Baiklah Dewi, sila perkenalkan diri pada kelas?" Pinta cikgu kelas itu yang masih belum diketahui lagi siapa namanya.
Adus!, Getus Dewi sendirian. Perkara macam inilah yang Dewi kurang minat dan tidak suka. Memperkenalkan diri di khalayak ramai. Dia terasa kekok bila berhadapan dengan ramai orang. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Cita-citanya ingin menjadi seorang yang glamour, baru berhadapan dengan budak kelasnya sendiri yang tidak sampai 40 orang pun, sudah kecut perut di buatnya.
"Nama saya Dewi Shafikah binti Abd Aziz. Saya berasal dari Johor Bahru. Saya anak tunggal. Ayah saya seorang jurutera dan ibu saya seorang usahawan berjaya." Jelas Dewi tersekat-sekat. Masing-masing menfokuskan pandangan ke arahnya ketika ini. Kekok bila direnung dengan manusia seramai ini. Dewi rasa macam ingin sahaja dia terus duduk dari berdiri lama-lama di depan kelas itu.
"Ada siapa-siapa nak tanya mengenai Dewi?" Cikgu kelas itu membuka soalan pada pelajar-pelajar lain. Masing-masing senyap tidak bersuara. Tiada soalan untuk ditanyakan kepada Dewi. Selepas 30 saat menunggu dan masih tiada maklum balas dari pelajar-pelajar lain, cikgu kelas itu yang bernama Ismail seperti yang tertera pada tanda nama di poket bajunya, menyuruh Dewi duduk di sebuah meja kosong di bahagian tengah kelas. Bersebelahan dengan seorang pelajar perempuan yang agak berisi tubuhnya. Dewi menghela nafas lega bila dia tidak perlu menjawab soalan-soalan mengarut dari sesiapa.
Dewi dengan sopan melangkah menuju ke meja kosong yang di maksudkan oleh Cikgu Ismail tadi. Sambil tersenyum, dia melabuhkan punggungnya di meja kosong itu. Cikgu Ismail menyambung pengajaran yang tergendala tadi. Subjek yang di ajar ketika ini adalah subjek Sains.
***
"BANGUN!" Ketua kelas mengarahkan semua pelajar 3 Mutiara bangun. Serentak semua pelajar bangun. Dengungan bunyi kaki kerusi terseret pada lantai konkrit memenuhi ruang kelas itu.
"Terima kasih cikgu." Ucap ketua kelas seraya semua pelajar mengajuk kata-kata ketua kelas yang berbadan kurus itu. Selepas sahaja Cikgu Ismail keluar dari kelas, masing-masing turut melangkah keluar menuju ke kantin sekolah. Sudah masuk waktu rehat. Sempat Dewi melihat jam di pergelangan tangannya, sudah pukul 10.30 pagi.
Tinggallah beberapa orang sahaja pelajar di dalam kelas itu. Rakan sekelasnya yang duduk di sebelahnya masih di situ. Dengan lambat-lambat dia menyusun bukunya ke dalam meja. Dewi cuba ingin berkenalan gadis berbadan sedikit gempal itu.
"Hai, nama saya Dewi. Nama awak?" Tanya Dewi bermanis mulut dan tersenyum mekar sambil menghulurkan salaman.
"Saya Siti." Jawab kawan barunya itu mesra sambil menyambut salaman Dewi tadi.
"Siti Nurhaliza?" Dewi mengusik.
"Boleh jugak kalau nak panggil nama tu. You know, I ni fanatic Siti Nurhaliza tau?" Jelas Siti bangga dengan pengakuannya.
Dewi ternganga dalam senyumannya. Dia tidak menyangka dapat kawan pertama yang mempunyai idola yang sama.
"Really? Saya jugak."
"Hey ye ke? Nice to meet you. By the way, dalam album terbaru dia, lagu apa yang you suka?" Tanya Siti seolah ingin menguji.
"To me, I like all songs from her. She is the best siger right? By the way I like song Siti Situ Sana Sini too much. How about you?"
"Saya suka lagu Biarlah Rahsia."
"Banyak rahsia lah ni ek?"
"Bolehlah."
Mereka berdua berdekah ketawa.
"Amboi Siti, ketawa sampai tak hengat dunia. Dari depan tu mak dengar tau?" Tiba-tiba lelaki yang merangkap ketua kelas 3 Mutiara itu datang menyapa.
Dewi terhenti dari gelak. Tadi punyalah suara macho semasa mengucapkan terima kasih bila Cikgu Ismail yang ingin meninggalkan kelas. Tiba-tiba sahaja sekarang, dia jadi lembut semacam. Suara pula control ayu. Hairan Dewi melihatkan personaliti ketua kelasnya itu yang tiba-tiba berubah kerektor.
"Tak adalah nyeh. Aku tengah borak dengan budak baru kelas kita ni tetang kita orang punya idol. Dewi namanya." Jawab Siti sambil melentuk-lentukkan tangannya dan menampar lembut pada bahu lelaki lembut itu yang duduk di kerusi di hadapannya.
"Oh ye ke?" Lelaki itu akur. "By the way, may name is Sem. Just call me S.E.M. Sem." Sambung Sem lagi memperkanalkan dirinya pada Dewi sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat.
"Dewi." Jawab Dewi sambil menyambut salaman lelaki itu. Lembut dan halus tapak tangannya seolah tidak pernah buat kerja barat. Bila dilihatkan betul-betul wajah Sem, kacak juga lelaki ini. Tapi dia tidak tahu mengapa dia perlu jadi lelaki ‘selembut sutera’. Ianya dibuat-buat atau semula jadi?
"Dewi asal dari JB kan? JB di mana?" Tanya Sem sekadar ingin merapatkan lagi kemesraan mereka.
"Saya dulu duduk rumah teres je di Taman Bukit Kempas." Jawab Dewi persis seorang artis menjawab pertanyaan dari wartawan.
Sem akur dengan jawapan Dewi itu.
Bila di tatap lama-lama wajah Sem, memang terserlah kekacakkannya. Lesung pipitnya dan kulit wajahnya yang putih bersih itu bisa membuat hati Dewi cair. Dan hati Dewi sudah pun tertarik dengan Sem. Tapi malangnya lelaki itu ‘lembut’. Bernafsukah dia pada wanita?
"You all tak pergi kantin ke? Makan-makan?" Tanya Sem lagi sambil membuat isyarat tangan sedang menyuap nasi ke mulut.
"Tak molah. Aku tak makan hari ini." Jawab Siti.
"Kau tu Siti, perlulah diet. Badan, dah macam kuih apom kenalah diet. Ramping sikit macam aku ni? Baru vogue nyeh!" Perli Sem sambil bangun dan berpusing di hadapan Siti persis seorang model terkenal.
Dewi hanya menahan gelak. Kelakar juga si Sem ni. Getik di hati Dewi.
"Kau ni memang tau, mulut harus di cili sampai kembang." Bidas Siti sambil mencubit kuat pada tangan Sem. Tenganga-nganga lelaki itu menahan sakit.
Mereka bertiga berdekah bersama.
Dewi senang berkawan dengan Siti dan Sem. Dua-dua kepala gila-gila. Istilah lain ‘happy go lucky’. Satu permulaan yang bagus bila dapat kawan yang baik dan jujur seperti mereka. Tidaklah Dewi terasa tersisih di dalam kelasnya sendiri. Sekurang-kurangnya dia sudah ada kawan yang sudi berkawan dengannya.
"Eh, apasal masa aku baru masuk kelas ni tadi, semua budak kelas ni senyap je ek? Semua fokus pada papan hitam. Skema gila." Tanya Dewi selepas agak lama memendamkan kemuskilannya itu.
"Kau nyeh, memang kurang asam jawa betul. Kau kata kita orang ni skema? Suka-suka skema jawapan kau je perli kita orang ek?" Getik Sem sambil menujah-nujah jari telunjuk ke arah Dewi. Mana kala tangan kirinya mencekik pinggangnya dan kepalanya diteleng-telengkan. Kurang setuju dengan kenyataan Dewi tadi yang menyatakan mereka semua, skema!
"Bukan apa. Sepanjang aku melangkah dengan pengetua sekolah yang macam singa tu nak ke kelas ni tadi, aku rasa dah macam buat lawatan sambil belajar ke zoo Negara. Masing-masing bersiul, macam nampak Miss World cat walk kat red carpet. Sampai kelas ni senyap pulak. Tu yang hairan tu." Sambung Dewi lagi cuba mengubah persepsi Sem padanya.
"Amboi, budjet kau tu miss world ke? Kau ni kan Dewi memang kuat berangan tau? Mulut kau pun boleh tahan jugak ek? Tak ada insurans. Mulut leser lagi. Mak suka nyeh dengan cara kau." Jelas Sem seolah memuji Dewi sambil membentuk-bentukkan bibirnya.
"Biasalah Dewi. 3 Mutiara ni kelas paling tinggi. Kelas untuk budak-budak pandai. So, classmatenya pun mestilah berperangai mengikut kebijaksanaannya. Kelas hujung-hujung tu memanglah perangai macam kera di hutan. Suruh belajar tak nak. Layaklah masuk kelas tercorot." Jelas Siti pula seolah merendahkan pelajar-pelajar yang kurang pandai darinya.
"Ye ke? Tak tahu pulak aku ini kelas budak pandai. Patutlah skema semacam je." Perli Dewi lagi.
"Amboi mulut kau, harus di cili." Getik Sem sambil bercekik pinggang. Panas dengan statement Dewi tadi.
Terburai ketawa Dewi.
***
PETANG itu selepas tamat waktu sekolah, Dewi telah mengajak Siti untuk ke rumahnya. Pak Mat sebagai pemandu Dewi setia menjemput dan menghantar Dewi ke sekolah dan dari sekolah.
"Terima kasih Pak Mat." Ucap Dewi selepas dia dan Siti melangkah keluar dari kereta BMW milik ibunya itu.
Siti terpaku melihat banglo yang tersergam di hadapannya itu. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di banglo ini. Sebelum ini dia tidak pernah pun ke banglo ini, hanya sekadar pernah mendengar cerita mengenai kewujudan banglo ini di sini. Banglo yang kelihatan usang itu, membuatkan hatinya seram.
"Siti, kenapa tercegat kat luar tu, jomlah masuk." Ajak Dewi selepas melihat Siti masih terpaku melihat banglonya itu.
Siti tersentak. Teragak-agak dia melangkah menghampiri Dewi.
Siti mengangguk perlahan. Dia terus melihat keadaan sekeliling banglo itu. Nampak usang. Cat pada dindingnya pun ada yang sudah terkopek-kopek. Ada juga bahagian dinding yang mula ditubuhi lumut dan rumput menjalar. Dia tidak menyangka Dewi sanggup duduk di banglo using ini.
"Arghhhh!!" Siti menjerit sekuat hati bila menoleh sahaja ke hadapan terpancul wajah Mak We di hadapannya. Dia tidak tahu dari mana munculnya wanita tua itu.
"Siti, kenapa?" Tanya Dewi cemas lalu melangkah mendapatkan Siti. Dewi menghela nafas lega. "Ini Mak Welah Siti. Pembantu rumah ni." Jelas Dewi sambil memperkenalkan Mak We pada Siti. Wajah Siti pucat, terkejut benar dengan kemunculan Mak We secara tiba-tiba itu. Mak We hanya tersengeh sumbeng lalu berlalu masuk ke dalam banglo usang itu semula.
"Kenapa ni Siti. Terkejut dengan Mak We ke?" Tanya Siti sambil meletakkan tangannya di bahu Siti dari belakang.
"Dia mengejutkan aku tadi. Alih-alih muncul." Jawab Siti tersekat-sekat. Jantung berdegup lagu ketika ini. Terasa seperti ingin pitam sahaja.
"Dahlah. Tak ada apa-apalah. Mak We tu memang macam tu. Pendiam sikit. Suka muncul di mana-mana. Tapi dia bukanlah hantu." Dewi sekadar mengusik lalu membawa kawannya itu naik ke biliknya. Sepat Mak We bertanya kepada Dewi, kalau dia ingin makan tengah hari. Dewi menjawab tidak, kerana dia sudah makan tengah hari bersama Siti di luar tadi.
Dewi menjemput Siti masuk ke dalam biliknya. Seperti Dewi masuk ke bilik ini semalam, Siti pun mengalami situasi yang sama. Tertegun dengan keadaan bilik Dewi yang nyaman. Walaupun tingkap bilik tertutup rapat, tapi dia dapat merasakan seolah ada angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke seluruh ruang bilik itu.
"Kenapa? Kau terkejut dengan suasana bilik aku ni ke?" Tanya Dewi cuba mengagak.
Siti tidak menjawab. Dia terus tertegun sambil melilau biji matanya melihat keadaan bilik Dewi. Ntah mengapa dia merasakan tenang saja tika berada di dalam bilik ini.
"Bestnya bilik kau ni Dewi. Rasa aman je bila duduk dalam bilik ni." Jeles Siti sambil melihat-lihat keadaan sekeliling bilik itu. Setiap sudut dilihatnya.
"You know what. Have a something surprise lagi tau?" Jelas Dewi gembira lalu menyelak langsir tingkap biliknya. Cahaya matahari dari luar terus memenuhi seluruh ruang bilik itu. Biasan pencahayaan dari cermin solek yang berada bersebelahan dengan katil Dewi itu menambahkan lagi keserian dan kecerahan cahaya di dalam bilik itu.
Siti menoleh ke arah cermin solek itu. Dia tertegun melihat kecantikkan cermin itu. Dia melangkah menghampiri cermin itu. Dilihat ukiran pada bingkainya. Cukup indah sekali. Sehinggkan dia hilang kata-kata.
"Kenapa Siti? Kau tertarik dengan cermin tu ke?" Tanya Dewi yang sudah mengagak Siti pasti akan tertegun melihat kecantikan ukiran pada cermin itu.
"Cantiklah cermin ni. Nampak klasik. Cemburu aku dengan kau sebab kau ada cermin ini." Jelas Siti sambil memegang permukaan cermin. Ditatap wajahnya sendiri melalui cermin itu. Dia tersenyum pada banyangannya sendiri.
Dewi menghempaskan tubuhnya di atas katil. Merehatkan tubuhnya yang terasa sedikit letih. Dilihatnya Siti sedang asyik melihat cermin soleknya sambil membelek-belek mukanya di hadapan cermin itu.
"Eh, dah lama ke kau kenal Sem tu?" Tanya Dewi sekadar ingin tahu serta merta menukar topik perbualan.
"Dah, sejak sekolah rendah lagi. Kalau tak seliap aku sejak dari darjah empat." Jawab Siti ingat-ingat lupa.
"Dia tu memang mat lembut dari dulu ke?" Tanya Dewi musykil.
"Masa di sekolah rendah dulu dia tak pecah lubang lagi. Siap wakil sekolah lagik dalam bola sepak." Jawab Siti, berkobar-kobar dia memuji Sem semasa di sekolah redah dulu.
Memang dia tidak nafikan, semasa di sekolah rendah dulu, Sem memang aktif dalam sukan. Selain aktif dalam pasukan bola sepaknya. Dia juga aktif dalam olahraga. Kalau tidak menang piala semasa sukan sekolah, jangan dipanggilnya Sem ketika itu. Pemegang pingat emas untuk larian 100 meter tiga tahun berturut.
Namun, selepas menjejakan kaki ke alam sekolah menengah, Sem mula lembab dalam sukan. Dia mula jadi seorang yang anti untuk bersukan. Tapi kalau tengok atlit bersukan memang dia suka. Siti sendiri tidak tahu mengapa tiba-tiba Sem berubah lembut selepas menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah.
"Ye ke? Habis tu kenapa dia jadi lembut sekarang ni?" Tanya Dewi masih musykil dengan jawapan Siti tadi.
"Ntah, aku ada tanya pada dia kenapa dia jadi semakin ‘sotong’ bila masuk sekolah menengah. Kau tahu dia jawab apa?"
"Apa?" Lekas sahaja Dewi ingin tahu jawapan dari Siti itu. Mesti jawapannya akan mengelikan hatinya.
"Dengan selamba dia cakap dengan aku, ‘biasalah nyeh, mak dah mula datang bulan, sebab tu makin girl sekarang ni.’ Wek!" Jawab Siti sambil mejolok jari telunjuk ke dalam mulut. Cuba menjolok tekaknya lalu duduk di hujung katil.
Seperti yang dijangka Dewi tadi, jawapannya pasti mengelikan hatinya. Terburai gelaknya memenuhi ruang bilik itu.
"Kau ni asyik tanya fasal Sem je ni kenapa? Kau suka pada dia ek?" Tanya Siti sekadar meneka-neka.
‘Glup!’ Dewi mengetap bibir. Tidak sangka, Siti dapat menangkap maksud hatinya.
"Mana ada, aku tanya je." Dewi cuba berdalih.
"Kalau kau suka pada dia, apa salahnya. Cakap je. Aku tahu dia handsome gila kan? Ramai perempuan minat pada dia. Dia je buat tak tahu. You know what? Until now, dia still terima surat-surat layang dari peminat dia yang ntah sapa-sapa tu." Jelas Siti.
"Really? Ramainya peminat dia? Mesti dia student popularkan? Macam mana dia boleh dapat surat dari peminat misterinya tu?"
"Biasalah, orang handsome dan bijak. Mesti ramai minah-minah jiwang minat kat dia. Dia pun tak tahu macam mana peminat mesteri dia tu boleh masukkan suratnya dalam bag dia. Balik rumah je tetiba ada dalam bag." Jawab Siti panjang lebar.
"Ye ke. Bestnyer jadi popular." Kata Dewi sambil tersenyum melirik. Nampaknya banyak lagi dia perlu tahu tentang Sem, lelaki yang mula disenangi itu. Dia perlu mencungkil lagi rahsia-rahsia yang dia tidak tahu mengenai Sem dari Siti. Ada sesuatu pada lelaki itu, yang mambuatkan Dewi benar-benar ingin tahu mengenai latar belakang hidup Sem.
please copleting ur novel miss/mr... really enjoying!! regards, siti sara
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pe t'jadi pas tue...sape pulak wanita dlm cermin tue....tunguuuu...n pe t'jadi antara dewi n sem..bercintakah mereka...