Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suasana pada petang itu sungguh mendamaikan. Kelihatan kelibat anak-anak kecil berlari riang di tepi sawah bendang. Hilai tawa mereka memecahkan kesunyian desa terpencil itu. "Tak sabar nak tunggu kak Timah bersalin, bang. Mesti anak abang nanti pun sama comel macam budak-budak tu," Sufian tersenyum sambil memerhatikan gelagat anak-anak kecil itu dari pondok kecil, tempat dia dan Kahar selalu berehat. "Hmm... abang harap pun begitulah. Meriah sikit kalau rumah kita tu ada budak-budak. Kau pun tak lama lagi nak pergi ke luar negara. Tinggallah abang dengan akak kau ni nanti," balas Kahar. Sufian terdiam. Dia menundukkan kepala. Ada sesuatu yang menggusarkan jiwa raganya. "Kan saya dah kata, jangan ungkit benda tu lagi," tegas Sufian. Kahar terkesima. "Pian... bukan senang nak tengok anak muda kampung ni yang dapat peluang belajar kat luar negara tau. Kaulah satu-satunya wakil kampung ni yang dapat pergi ke Amerika Syarikat tu," ujar Kahar, bangga. "Tapi bang..." "Tapi apa lagi, Pian? Kau kan dah dapat biasiswa MARA. Kalau tak cukup, tu hah... berelung-relung sawah bendang kita tu boleh dijual. Kau nak risau apa lagi, Pian?" "Abang... sawah bendang tu untuk anak cucu abang kelak. Pian cuma orang luar je. Pian tak layak terima semua ni." Suara Sufian mula lirih. "Pian, siapa kata kau orang luar? Ada abang cakap macam tu? Kaulah satu-satunya adik abang. Abang tak nak kau timbulkan lagi soal orang luar tu lagi, faham?!" Sufian mengeluh. Lelaki di sebelahnya itu benar-benar marah apabila isu itu ditimbulkan semula. Namun, itulah hakikatnya. Sufian hanyalah menumpang kasih setelah ibu bapanya terkorban dalam kebakaran sewaktu dia masih kecil. Keluarga Kahar merupakan jirannya. Mereka berasal daripada golongan berada. Bapa Kahar, Haji Yusuf mengambil Sufian sebagai anak angkat memandangkan dia tiada saudara mara lain. Kahar telah menganggap Sufian sebagai adik kandungnya sendiri.
Fatimah menyuakan sepinggan pisang goreng kepada Kahar sebelum melabuhkan punggungnya di sisi suami tercintanya itu. "Apa isi surat si Sufian tu, bang? Saya tengok, bukan main meleret lagi abang tersenyum," soal Fatimah, penuh kehairanan. "Hmm... biasalah. Dia kirim salam pada kita semua. Tak sabar nak balik ke Malaysia katanya. Nak tengok anak buah dia yang bakal lahir ni," ujar Kahar sambil mengusap-usap perut isterinya yang sarat mengandung itu. Sudah hampir 7 bulan Sufian berada di perantauan. Berpucuk-pucuk surat telah dikirimkan olehnya sebagai tanda ingatan. "Lagi... apa katanya, bang?" soal Fatimah lagi, penuh minat. Kahar terdiam seketika. "Err... Pian... dia minta kirim duit ke sana. Untuk beli buku rujukan tambahan katanya." Kahar serba salah melihat reaksi isterinya itu. Wajah Fatimah mula mencuka apabila soal duit ditimbulkan. "Duit, duit, duit. Baru berapa bulan Pian kat sana, dah beribu-ribu ringgit abang habiskan. Sawah bendang kita tu pun makin sikit sebab abang dah jualkan. Pian kan dapat biasiswa, takkanlah tak cukup? Kalau macam ni, tak sempatlah anak saya nak merasa duit daripada abang." "Awak ni... ke situ pulak. Awak bukan tak tau, Amerika tu bukan macam kampung kita ni. Nak makan ayam, tinggal ambil kat dalam reban. Nak makan sayur, tinggal petik kat kebun. Nak makan ikan? Hah... tangkap aje kat sungai. Dekat Amerika tu, semuanya mahal. Lagipun, Pian nak duit untuk beli buku... bukannya berjoli." "Huh! Apalah yang awak tahu pasal Amerika tu. Jejak kaki pun tak pernah, pandai-pandai je nak berhujah dengan saya. Mana awak tahu dia guna duit tu untuk beli buku? Entah-entah buat beli benda lain." "Eeh... yang awak marahkan si Sufian sangat ni kenapa? Dia tu kan adik kesayangan awak jugak?" "Saya bukan marahkan si Sufian tu. Saya marahkan abang. Asyik fikir pasal Sufian je. Anak kita ni hah, kejap lagi nak lahir. Tapi abang takde pun nak buat apa-apa persiapan." Nafas Fatimah turun naik menahan marah. Tiba-tiba, dia berasa sakit yang amat sangat. "Ya Allah, bang. Air tuban saya dah pecah!" Masing-masing panik. "Itulah awak, asyik nak marah je. Tengok, kan dah nak terberanak dibuatnya. Awak tunggu sini. Saya panggilkan bidan."
Kahar dan Fatimah memasukkan barang-barang ke dalam kereta dengan berhati-hati. Sesekali, mata mereka melilau ke arah sekeliling. Bimbang sekiranya tindakan mereka itu disedari oleh penduduk kampung. Setelah semuanya selesai, Kahar segera menghidupkan enjin kereta dan segera beredar daripada tempat tersebut. "Kita nak pergi mana ni, bang? Tengah-tengah malam macam ni. Kesian saya tengok si Farid ni." Mastura memandang tepat ke wajah suaminya, meminta kepastian. Kahar memberhentikan keretanya di hadapan sebuah masjid, jauh daripada tempat tinggal mereka. "Ish... awak diamlah. Kepala saya pun tengah berserabut ni," tegas Kahar. "Itulah abang. Saya dah cakap jangan jual sawah sebidang tu, tapi abang degil. Konon si Sufian tu tak cukup duit nak beli bukulah, itulah. Abang tengoklah sekarang. Kita kena halau dari tanah sendiri. Lepas tu, terpaksa menyewa di rumah orang lain. Bila dah tak ada duit nak bayar sewa rumah, inilah yang jadi. Terpaksa lari tengah-tengah malam. Saya malu, bang. Saya malu!" "Abang minta maaf, Timah. Abang pun tak minta hidup kita jadi macam ni. Abang ingatkan, dengan membantu Sufian... hidup kita akan lebih terjamin. Abang betul-betul tak sangka yang Sufian tergamak menipu kita sekeluarga." "Sudahlah, bang. Jadikanla semua ni sebagai pengajaran. Ini... ambillah. Besok kita pajakkan di kedai. Kita guna duit untuk pulang ke kampung saya di Selangor." Fatimah menyerahkan seutas rantai leher emas kepada suaminya. "Jangan, Fatimah. Inilah satu-satunya harta kita yang tinggal. Saya nak awak simpan. Soal duit, awak jangan risau. Saya akan usahakan." "Abang... dah banyak kali abang cakap benda yang sama. Tapi tengoklah nasib kita sekarang, masih sama. Kita pulang saja ke Selangor dan mulakan hidup baru di sana." Lama Kahar menatap wajah isteri di hadapannya itu. Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke arah Farid yang sedang lena dalam kelekan Fatimah. Akhirnya, dia bersetuju. Fatimah tersenyum lega. Dia berdoa agar nasib mereka sekeluarga terbela kelak.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
gud job auni..keep it up..