Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kira hanya mengangguk. Dia menekup muka ke meja. Shin mengalih pandang ke arah Ikuta dan Hiro, namun kedua-dua sahabatnya itu hanya mampu mengangkat bahu. Shin menepuk bahu Kira.
" Kau ada masalah? Biasanya kau ada masalah kalau kau macam ni. Ibu bapa kau ungkit pasal ‘ benda ’ tu lagi?" tanya Shin. ‘ Benda ’ itulah yang sering menimbulkan masalah dalam diri Kira sekaligus boleh merenggangkan hubungan Kira dengan kedua-dua ibu bapanya. Mereka bertiga sudah faham apa yang berlaku dalam keluarga Kira.
" Bukan pasal ‘ benda ’ tu," kata Kira. Dia mengangkat wajah dan memerhati ke luar tingkap.
" Habis tu?"
" Aku minta tolong budak tu kemaskan barang aku, aku benarkan dia tengok kertas-kertas tu. Lepas tu, dia tanya aku sama ada aku yang karang not-not muzik. Aku rasa sakit hati, aku terbayang wajah bapa aku. Aku ingat kata-kata dia, aku rasa nak marah je masa tu," katanya perlahan.
" Kau marahkan budak tu?" tanya Ikuta.
Kira menggeleng. " Aku terus tinggalkan bilik tu dan tak cakap apa-apa. Aku tak dapat tahan perasaan aku masa tu. Aku betul-betul tak tahan." Kira menekup muka. Hiro mengeluh.
" Kau tak nak jumpa budak tu ke?"
Kira segera mendongak. " Untuk apa?"
" Mungkin kau rasa biasa je, tapi aku rasa kau perlu jumpa dia. Dia tentu pelik kenapa kau senyap masa tu, mungkin dia fikir kau marahkan dia. Sebelum ni, dia tentu tak kisah kalau kau marah sebab kau bukan majikan dia lagi. Selepas dia bekerja dan tinggal di rumah kau tentu dia rasa tak selesa kalau kau marah dia."
Wajah Kira kabur. Hiro tersengih. " Kitorang boleh tolong kau. Mari, kita ke kelas dia. Kau pernah kata dia pelajar jurusan seni rumah tangga, kan?"
LOCENG berdering menandakan masuknya waktu rehat. Kebiasaannya, para pelajar akan menuju ke kafe sekolah. Namun, ada juga pelajar yang akan berada di kawasan taman sekolah. Seperti yang dijanjikan Hiro, mereka berempat akan pergi menemui Kotomi. Kira, Shin, Hiro serta Ikuta berjalan beriringan menuju ke kelas Kotomi.
Seperti biasa, pelajar-pelajar perempuan akan berhenti berjalan dan menumpukan perhatian mereka kepada mereka berempat, terutamanya Kira. Kira diibaratkan sebagai putera di sekolah tersebut. Walaupun dia menjadi tumpuan hampir kesemua gadis di sekolah itu, Kira tetap tidak mempedulikan mereka. Bahkan, dia sendiri tidak mempunyai kekasih. Begitu juga dengan sahabat-sahabatnya. Mereka berempat lebih senang bersendirian.
" Itu kelas jurusan seni rumah tangga, kan?"
Kira mengangguk. Dia menjenguk ke dalam. Hampir kesemua pelajar di dalam kelas itu tiada. Matanya mencari kelibat Kotomi. Di sudut kelas itu, dia melihat Kotomi sedang berdiri menghadap tingkap. Pintu kelas diketuk kuat. Ketukan yang kuat itu menarik perhatian pelajar yang berada di dalam kelas itu.
" Ada apa?" tanya seorang pelajar perempuan sambil tersenyum manis. Rakan-rakannya mendekati dia. Satu kejutan buat pelajar kelas itu, putera sekolah menjenguk kelas mereka. Tentu ada sesuatu yang dicarinya.
" Tolong panggil Kotomi, boleh?" tanya Kira tanpa menghiraukan lagak pelajar perempuan itu. Dia menjenguk ke dalam. Kotomi tetap setia berada di hadapan tingkap itu.
" Kotomi? Er… dia…" belum sempat pelajar perempuan itu menghabiskan ayatnya, Kira segera memanggil Kotomi. Dia dapat mengagak apa yang akan dikatakan oleh pelajar perempuan itu.
" Kotomi!" panggilnya lantang. Kotomi tersentak. Dia menoleh ke belakang dan melihat ke arah pintu.
" Kira?"
" Mari ke sini," arahnya. Kotomi mencebik. Dia berjalan menuju ke pintu kelas. Kumpulan pelajar perempuan itu kelihatan terkejut, namun mereka tidak berkata apa-apa. Kotomi mendongak, mencari wajah Kira. Perbezaan ketinggian mereka yang ketara memaksa dia mendongak.
" Ada apa?"
Kira menoleh ke belakang, mengangguk sedikit ke arah rakan-rakannya. Ketiga-tiga sahabatnya mengangguk faham. Mereka bertiga menjarakkan diri dari Kira, memberi sedikit ruang bagi mereka berdua bercakap.
" Pasal kelmarin. Saya…"
" Awak marahkan saya ke?" tanya Kotomi. Kira tersentak. Betul apa yang dikatakan oleh Hiro. Nampaknya Kotomi sedang memikirkan peristiwa semalam. Kira tersenyum.
" Bukan. Saya tak marahkan kau, cuma ada masalah sikit kelmarin. Kertas-kertas tu masih ada dalam bilik ke?"
Kotomi mengangguk. " Saya tak berani buang, manalah tau ada benda yang awak tak ambil lagi."
Kira ketawa. Dia menarik hidung Kotomi. Kotomi mendengus. " Bagus betul budak kecil ni. Petang ni, tolong saya macam kelmarin. Boleh?"
" O…"
" Tolong, ye?" pujuk Kira. Dia membuat mimik muka sedih. Hampir ketawa Kotomi dibuatnya. Dia menahan diri dari menghamburkan tawanya.
"…key. Tapi, dengan satu syarat!" katanya bersemangat. Kira mengangkat keningnya. " Apa?"
" Berhenti buat saya macam budak kecil," kata Kotomi. Kira ketawa.
" Yang tu tak boleh janji. Tapi, jangan lupa. Saya boleh adu pada Mak Cik Misa kalau awak tak nak tolong saya," ugut Kira. Serentak dengan itu, kaki kanannya ditendang Kotomi.
" Hoi!"
Kotomi tersenyum puas. " Padan muka. Saya akan tolong awak nanti. Okey?" tanya Kotomi. Kira mengerutkan keningnya.
" Takkan setiap kali saya nak minta tolong, awak nak tendang saya?" tanya Kira tak percaya. Shin, Ikuta serta Hiro yang berdiri di belakangnya sudah tidak dapat menahan ketawa. Gelak ketawa mereka menarik perhatian Kira.
" Korang pun nak ketawa?"
Mereka bertiga berjalan mendekati Kira. " Kitorang tabik kat Kotomi. Sebelum ni mana ada budak perempuan layan kau macam manusia biasa. Kotomi, Kira banyak menyusahkan awak ke?" tanya Ikuta. Dia tersengih lebar.
" Mungkin?"
" Sudahlah, waktu rehat dah nak habis. Kotomi, balik nanti tunggu kat taman. Kita jumpa kat sana, jangan balik jalan kaki pulak," pesan Kira. Mukanya berkerut menahan kesakitan.
" Yelah, tuan muda," katanya mengejek. Tanpa berkata apa-apa, Kotomi segera masuk ke kelas. Mulut Kira terlopong. Tidak percaya Kotomi pergi begitu sahaja.
" Dia boleh pergi macam tu je? Sia-sia je aku datang minta maaf," katanya. Hiro ketawa. Dia menepuk bahu Kira.
" Sekurang-kurangnya dia bukan macam budak perempuan lain. Dia layan kau macam manusia biasa, bukannya macam putera mahkota."
" Bukannya senang kau nak cari budak perempuan macam tu. Tapi, nampaknya masalah akan timbul nanti. Kau kenalah pandai nak hapuskan masalah tu," kata Shin pula. Dia mengerling jam tangannya sebelum menoleh ke arah Kira.
" Yui dan kawan-kawannya tentu tak akan lepaskan Kotomi macam tu je. Mereka tentu marah sebab kau rapat dengan Kotomi. Yelah, selama ni kau jauhkan diri dari semua budak perempuan kat sekolah ni, bila kau kenal Kotomi kau rapat dengan dia. Mana tak angin si Yui tu," kata Shin lagi.
Kira hanya mendiamkan diri. Dia sedang memikirkan sesuatu. Baginya, apa yang dikatakan oleh Shin itu benar. Selepas ini, Kotomi pasti akan menghadapi masalah kerananya. Pasti. Dan dia mesti menghalang sesuatu yang buruk menimpa gadis itu. Walau dengan apa cara sekalipun.
Asslamualaikum.. bonjour/konnichiwa.. saya Siti Alifah binti Azlisham.. (haha! Nama penuh!).. nama ‘glamor’ saya, Alifa Husna.. saya budak 15 tahun, budak PMR for this year, 2012.. saya pun berhasrat menulis novel Japanese version untuk dimasukkan ke dalam blog penulisan2u.. but I’m not ready yet sebab selagi belum menduduki peperiksaan PMR, saya taknak buat benda lain yang tak ada kena mengena dengan PMR.. So saya terpaksa tangguhkan hasrat saya tu dulu buat masa ni tapi sekarang saya dah try start untuk prolog, bab1, bab2, bab3 and sekarang baru sampai bab4.. maybe saya akan mula masukkan novel saya tu kat Penulisan2u selepas saya selamat menduduki PMR.. SORRY kalau ada orang yang fikir saya nak ikut cik Hana, novelis Lovin’ You ni tapi apa yang benar, idea ni dah lama muncul dalam kepala otak saya sejak saya minat kat J-pop and J-dorama… saya jugak nak masukkan cerpen Korea saya ke dalam majalah Epop.. so saya harap ada rakan-2 lain yang boleh menjadi penyokong saya selain rakan-2 baik saya di sekolah.. Akhir kata daripada saya, peminat fanatic K-pop, J-pop and T-pop yang tiba-2 menyibuk tak tentu pasal ni, teruskan membaca novel kat Penulisan2u.. assalamualaikum… sayonara.. hehe… please pray for my PMR… <3 ^^ My blog> eunyoungdiary.blogspot.com My fb> Alifa Husna *~ sejujurnya, saya pernah berniat menjadi pelukis komik/manga sebab saya memang J-pop crazy fan… lukisan saya memang boleh dikatakan ‘sangat’ (haha! SANGAT…) comel dan menarik tapi, melukis sangat memenatkan walaupun itu hobi ke-3 saya selepas menyanyi dan menulis… jadi saya tukarkan cerita komik/manga kepada novel… sekali lagi, harap ada orang boleh beri sokongan padu kepada saya yang still muda ni… ^_^
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah best ar citer nie, but cam ada sdkt p'samaan ngan citer princeses hour's