Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dalam diam, Hisyam terus memerhati Idayu yang asyik melayan kerenah Syafiq. Mengajar anak tunggalnya itu membaca. Melihat tingkah isterinya itu, cepat sahaja kata-kata Nora siang tadi kembali bertenggek di fikirannya. Dia buntu dengan perubahan Idayu sejak akhir-akhir ini. Dia binggung menanggapi soalan Idayu yang pelik-pelik. Rupa-rupanya itulah punca perubahan Idayu. Risaunya ternyata berasas. Tekaannya juga tepat. Namun, kenapa Idayu berdiam diri? Ingin sahaja dia meminta penjelasan dari seulas bibir yang penuh dengan senyuman itu. Mengapa Idayu perlu berahsia? Mengapa Idayu mahu sembunyikan apa yang dia tahu? Mengapa Idayu tidak berterus-terang sahaja padanya? Persoalan demi persoalan semakin lama terasa semakin mendera hati lelakinya. Mahu dilontarkan semuanya pada Idayu. Namun, keberanian tidak pernah muncul bersama rasa ingin tahunya yang membuak-buak itu. Dia takut untuk membuka pekungnya sendiri. Dia takut untuk bercerita tentang kebenaran meskipun dia tahu, Idayu sudah maklum tentang itu. "Abang…Abang tak ada pilihan. Kalau ada pun hanya dua pilihan saja. Sama ada abang terus berahsia dan belajar berbohong. Atau abang tak usah lagi berahsia. Biarkan kebenaran yang muncul. Abang kena ingat. Bila kita bermain kayu tiga, rahsia dan pembohongan itu datang dalam satu pakej. Abang tak boleh pisahkan pakej tu. Pilihan yang abang ada, cumalah... abang terima pakej itu dan jadi pembohong yang baik, atau pun abang tolak pakej itu. Dan biarkan isteri abang tahu segala kebenaran tentang hubungan kita. It just as simple as that," Tiba-tiba kata-kata Maisara muncul di fikiran. Permintaan agar hubungan mereka tidak lagi dirahsiakan. Sangkanya akan ada satu hari, di mana keberanian akan muncul. Hari di mana dia memiliki kekuatan untuk berterus-terang Idayu. Namun, saat ini dia teramat sedar. Hari itu memang tidak akan muncul. Dia, sebenarnya langsung tidak memiliki kekuatan itu. Dia menjadi begitu kerdil di sisi Idayu. Haruskah dia lupakan sahaja hubungannya dengan Maisara? Padahal ada cinta yang meranum di hatinya untuk gadis itu. Cinta yang membuka satu jalur bahagia baru untuknya. Bagaimana pula dia hendak berterus-terang pada Idayu? Padahal tiap tingkah Idayu langsung tiada sumbangnya untuk dia lukakan hati isterinya itu. Dia benar-benar tersepit. Benar-benar buntu. "Hai Syam…tajam renungannya tu," Hisyam tersentak. Pandangannya beralih. Mak Teh tersenyum sambil meletakkan cawan kopi pekat kegemarannya di atas meja. "Minum?,"pelawa Mak Teh sambil terus mengamati wajah majikannya itu. "Terima kasih, Mak Teh," Perlahan Mak Teh melabuhkan punggung ke sofa. "Kenapa ni?,"Mak Teh mula bertanya. Ingin mencungkil apa yang tersimpan di hati Hisyam. Entah kenapa hatinya terdetik rasa risau melihat tingkah Hisyam. Yang pasti, renungan Hisyam pada Idayu tidak seperti selalu. Cukup dalam renungan itu. Penuh dengan kesayuan di mata Hisyam. "Kenapa? Kenapa apa?,"soal Hisyam, sedikit hairan dengan soalan yang tiba-tiba meniti di bibir pembantu rumahnya itu. "Mak Teh Nampak…," Hisyam tersenyum kecil. "Mana ada apa-apa, Mak Teh. Saya cuma tengok Ayu dengan Sayfiq. Itu saja," Mendengar jawapan itu, Mak Teh tersenyum panjang. "Syam…Syam… dah lama Mak Teh tinggal dengan kamu. Rasanya Mak Teh dah masak benar dengan perangai kamu. Mak Teh rasa ada benda yang mengganggu kamu ni. Renungan kamu tu ada dua makna. Pertama, renungan orang tengah bahagia. Kedua, renungan orang serba-salah. Hati Mak Teh beritahu, renungan kamu tu, jatuh pada renungan yang kedua," Mendengar kata-kata itu, Hisyam tersenyum kecil. Entah kenapa, sejak dari dulu, apa sahaja yang bermain di hatinya, cukup senang dibaca oleh pembantu rumahnya itu. "Kenapa Mak Teh cakap macam tu?," Mak Teh cuma tersenyum nipis. "Apa masalahnya? Mana tahu kalau-kalau Mak Teh boleh tolong?," "Tak ada apa-apalah, Mak Teh. Mak Teh pun tengok kan? Saya dengan Ayu baik-baik saja. Mana ada apa-apa masalah?," Mendengar jawapan itu, lama wajah Hisyam direnung. Mencari kebenaran di wajah itu. Renungan yang membuat Hisyam sedikit gundah. Sudahnya dia tergelak kecil. Cuba menutup rasa gundahnya. "Harap-harap Hisyam tak tipu Mak Teh,"akhirnya Mak Teh bersuara tenang. Hisyam tersenyum. "Lagi satu. Mak Teh Cuma Tanya apa masalah kamu. Yang kamu cepat-cepat beritahu kamu dengan Ayu tak ada masalah tu, kenapa? Memang kamu berdua ada masalah kan? Bertengkar?,"tokok Mak Teh dengan nada sedikit menyindir. Hisyam terdiam mendengar soalan itu. Ternyata dia hampir terperangkap dengan jawapannya sendiri. Apa yang mampu dia lakukan cuma mengukir senyum selebar mungkin. Mak Teh menggeleng perlahan. "Mak Teh ni, kalau bab korek rahsia orang, memang expert betul,"rungut Hisyam sambil tersengih. Membuat Mak Teh tersenyum kecil. Hisyam menarik nafas panjang sambil bersandar ke sofa. Senyumnya semakin melebar melihat Idayu bergerak ke arahnya. Meninggalkan Syafiq leka bersama buku mewarnanya. "Berbual pasal apa ni? Bukan main lebar senyumnya,"tegur Idayu bersama senyum yang mekar di bibir. Hisyam turut tersenyum sambil mencapai jemari isterinya. Menarik perlahan agar Idayu melabuhkan punggung di sebelahnya. Idayu menurut sambil terus memandang wajah ceria Hisyam dan wajah kelat Mak Teh. Cukup kontra. "Tak nak kongsi dengan Ayu ke? Atau… tengah mengumpat Ayu ya?,"melihat Hisyam terus membisu, Idayu mangajukan soalan dengan nada serius yang dibuat-buat. Hisyam terus tersenyum sambil mengusap lembut jemari Idayu di ribaannya. "Mak Teh nak jadi PI malam ni,"Hisyam bersuara sambil memandang wajah Mak Teh. "PI? Nak siasat apa Mak Teh?,"soal Idayu bersama gelak kecil. "Mak Teh nak soal siasat kita,"selamba Hisyam bersuara lagi. Memandang wajah pembantu rumahnya itu sambil mengangkat kening. Membuat Mak Teh memuncung panjang. "Mak Teh tanya betul-betul, kamu loyar buruk ya, Syam…," Hisyam tergelak. "Tanya apa ni?,"Idayu bertanya lagi. Benar-benar tidak tahu apa yang sedang Hisyam dan Mak Teh bualkan. Dan, mengapa wajah Mak Teh begitu serius? "Kalau tak ada apa-apa masalah, tak apalah. Alhamdulillah. Kalau kamu berdua nak rahsiakan dari Mak Teh pun, tak apalah. nak buat macam mana. Mak Teh tahu, siapalah Mak Teh ni, kan? Cuma satu saja yang Mak Teh minta. Kalau ada masalah ke..selisih faham ke…selesaikanlah elok-elok,"perlahan sahaja kata-kata itu meniti di bibir Mak Teh. Idayu memandang wajah yang kelihatan muram itu. Kemudian beralih ke wajah Hisyam. Betul-betul dia tidak faham. Senyum lebar sudah hilang di bibir lelaki itu. Membuat Idayu bertambah binggung dengan perbualan yang tidak dia ketahui hujung pangkalnya. "Abang…,"dia bersuara perlahan. Merenung wajah Hisyam, menagih penjelasan. Hisyam pula tumpukan perhatian pada wajah tua di hadapannya. "Mak Teh.. Mak Teh cakap apa ni? janganlah cakap macam ni. saya minta maaf kalau Mak Teh tersinggung. Saya tak bermaksud macam tu. Saya bergurau saja. Mak Teh jangan cakap macam ni lagi. Mak Teh sendiri tahu, kami dah anggap Mak Teh sebahagian daripada keluarga kami. Mak Teh orang yang paling penting dalam hidup kami. Banyak perkara yang tak ada siapa tahu, tapi, Mak Teh tahu. Mak Teh yang lebih dekat dengan saya dan Ayu. Maafkan saya ya,"Hisyam bersuara perlahan sambil menggenngan tangan tua di hadapannya. Berusaha memujuk Mak Teh yang ternyata tersinggung dengan kata-katanya. Mak Teh tersenyum sayu. Memandang wajah Hisyam dan Idayu bergilir-gilir. "Nak…sebab Mak Teh tahu apa yang orang lain tak tahulah… tiba-tiba Mak Teh rasa susah hati. Jangan buat perangai macam dulu ya. Mak Teh sayang kamu berdua ,"pinta Mak Teh bersungguh. Idayu terkebil-kebil. "Perangai apa, Mak Teh?,"Hisyam bertanya. Kurang mengerti dengan kata-kata itu. "Yalah. Buat perangai macam masa baru-baru kahwin dulu. Jangan nak berselindung. Nak tipu orang sekeliling kamu. Berlakon macam tak ada apa-apa masalah. Bukan Mak Teh tak tahu. Kamu ni, pelakon hebat," Hisyam tergelak mendengar kata-kata itu. Idayu tersenyum lucu. Walau dia tidak tahu apa pokok perbualan Hisyam dan Mak Teh, tetapi dia maklum maksud kata-kata wanita itu. "Betul Mak Teh. Saya tak berlakon. Lagipun, sehebat mana pun lakonan saya, mesti kantoi juga depan Mak Teh. Kan?,"ujar Hisyam bersahaja. Dia memandang wajah Idayu yang turut merenungnya. Kata-kata Mak Teh membuat dia teringat semula pada nostalgia lama. Kisah di awal perkahwinannya dengan Idayu. "Baguslah kalau macam tu,"balas Mak Teh sambil mengangkat punggung. Hisyam cuma mengangguk. Idayu pula sekadar memerhati langkah wanita separuh umur itu. Kemudian berpaling mencari wajah suaminya. "Apa sebenarnya yang abang cakap dengan Mak Teh? Sampai Mak Teh merajuk tu?," Hisyam menjongket bahu sambil melingkarkan tangannya ke bahu Idayu. Matanya terarah ke screen televisyen yang terpasang sejak tadi. "Abang…cakaplah," Hisyam mengeluh perlahan. Memandang wajah Idayu yang kelihatan sedang menunggu cerita darinya. Wajah tenang yang sentiasa menyenangkan hatinya. Lama matanya melekat di wajah itu. Membuat dia tertanya-tanya, kenapa dia tidak pernah bosan menatap wajah itu? "Abang… Ayu tunggu ni," Hisyam tersenyum sambil menarik perlahan hidung Idayu. "Tak ada apa-apalah,"akhirnya dia bersuara lembut. "Kalau tak ada apa-apa takkan Mak Teh ungkit cerita lama?," "Entahlah. Abang pun tak tahu. Mungkin dia rasa kita ada sembunyikan sesuatu dari dia," Idayu diam. Hisyam turut membisu. Memikirkan rahsia yang tersimpan di hati masing-masing. Seketika matanya di kaca televisyen sebelum renungannya kembali mencari seraut wajah Idayu. Lama menatap wajah itu dengan pelbagai persoalan berlegar di hati. Kenapa tidak ada sedikit pun riak cemburu dan marah pada wajah itu? Ingin sahaja dia bertanya ke mana hilangnya rasa cemburu dan sakit hati Idayu? Bagaimana Idayu boleh menghadapi kecurangannya setenang itu? Namun, soalan itu seperti biasa sekadar mampu melantun di relung hati. Memang dia seorang pengecut. Tidak berani melantunkan soalan yang bakal membongkar rahsianya selama lebih setahun. Apa sebenarnya yang dia takut? Dia sendiri kurang pasti. Dia takut untuk melukakan hati Idayu atau dia takut menghadapi sikap tenang Idayu? Sungguh ketenangan itu membuat dia gerun. "Abang…,"Idayu bersuara sambil mencuit hidung Hisyam dengan jari telunjuknya. Renungan Hisyam membuat dia resah. Walau tujuh tahun telah berlalu, ternyata renungan itu tetap membuat jantungnya berdegup kencang. "Kenapa?,"soal Hisyam tanpa mengalihkan pandangan. "Janganlah pandang Ayu macam tu," Hisyam tergelak mendengar jawapan itu. "Kenapa ya? Abang tak pernah jemu pandang wajah Ayu?,"ujarnya perlahan sambil jemarinya membelai lembut wajah Idayu. Idayu cuba mengukir senyum semanis mungkin. Ternyata pujian itu perlahan-lahan mengguris luka di hatinya. Mendengar kata-kata Hisyam,membuat dia tiba-tiba teringat pada gadis cantik yang bertakhta di hati suaminya itu. Membuat hatinya cepat disambar api cemburu. Tiba-tiba sahaja dia mendengar pujian dan kata-kata manis yang sama diluahkan Hisyam pada gadis itu. Perlahan dia pejamkan mata. Ingin membuang sejauh mungkin andaian-andaian yang menyakitkan hati itu. Dia tidak mahu fikir tentang itu semua. Dia tidak mahu cemburu itu merosakkan rasa bahagia yang sedang membalut hatinya saat ini. Dia mahu menikmati rasa bahagia ini sepenuhnya sementara Hisyam masih sudi menghulurkan rasa itu padanya. Sementara Hisyam masih belum mahu singkirkan dirinya. Dia menarik nafas sedalam mungkin sebelum perlahan-lahan membuka mata. Bersua dengan wajah Hisyam yang begitu hampir, membuat dia tersentak. Pantas bergerak ke belakang sambil menahan tubuh itu dari terus merapatinya. "Abang… janganlah. Nanti orang nampak," "Orang? Mana ada orang? Mak Teh dah bawa Syafiq masuk tidur. Mana ada orang lain lagi dalam rumah ni?,"rungut Hisyam bersama keluhan kecil. Idayu tersenyum manis. "Memang tak ada. Tapi, Ayu nak cakap sikit,"balas Idayu membuat Hisyam mengeluh panjang. "Cakap esoklah," "Tak nak. Ayu nak cakap sekarang," "Okay. Dua minit. Cepat sikit," "Abang…," Hisyam tergelak melihat mata Idayu sudah membulat. Geram. "Okay… okay… apa dia?," Idayu tersenyum sambil membetulkan duduk. "Pasal Syafiq. Minggu depan birthday dia kan? Kita buat makan-makan sikit nak?," "Good idea. Abang setuju. Nanti abang call Shahrul. Dia tentu seronok nak sambut birthday anak saudara dia yang seorang tu," Idayu tersenyum. Setuju dengan cadangan itu. "Kita nak buat kat mana? Fastfood restaurant atau kat rumah?,"soal Hisyam sambil meneguk kopi yang sudah agak lama terhidang di hadapannya. "Hmm… tahun lepas dah celebrate kat luar kan? Tahun ni, buat kat rumah ya? Lagipun Ayu nak minta Mak Teh masakkan pulut kuning. Teringin nak makan," "Syafiq yang teringin ke… mama Syafiq yang teringin?,"usik Hisyam sambil tersenyum panjang. "Ayu…,"balas Idayu panjang sambil menjeling manja. Hisyam tersenyum senang menanggapi rajuk manja itu. "Kalau macam tu, abang pun ada sesuatu nak cakaplah," "Apa dia?,"soal Idayu tanpa memandang wajah Hisyam. Fokusnya kini pada televisyen. Hisyam mencapai alat kawalan jauh. Menekan button swith off. Idayu berpaling sambil mengerutkan kening. "Kenapa tutup? Ayu nak tengok," "Cerita tak best. Apa yang abang nak cakap ni, lagi best," "Okay. Apa dia? Ayu bagi masa dua minit. Cepat sikit," Hisyam tergelak. "Cepat. Time is running out…," "Nakal,"bisik Hisyam sambil tersenyum. Membuat Idayu turut tersenyum. Bahagia apabila satu ciuman singgah di pipinya. "Well… minggu depan Syafiq dah genap lima tahun kan? Ayu tak rasa ke, dah tiba masanya Syafiq punya adik?," Idayu terkedu mendengar soalan itu. Hisyam inign mempunyai seorang lagi anak dengannya? Sungguh dia tidak faham dengan sikap Hisyam. Sampai masa untuk Hisyam bersama dengan kekasihnya, pasti dirinya akan Hisyam singkirkan. Mana mungkin Hisyam perlukan dirinya lagi, kalau hatinya sudah terisi dek cinta si gadis cantik itu. Sungguh dia buntu. Kata-kata Hisyam seolah-olah lelaki itu mahu terus bersama dengannya. Kalau Hisyam tidak berhasrat untuk meninggalkannya, mengapa Hisyam menjalin hubungan dengan gadis itu? Apa sebenarnya yang Hisyam inginkan? Apa sebenarnya yang sedang bermain di hati Hisyam saat ini? "What do you think?,"bisik Hisyam di telinga Idayu. Nafas Idayu seakan tersekat. Bibirnya bergerak namun, tidak tahu apa yang harus diucapkan. "Abang serius ke?,"akhirnya dia bersuara perlahan. Membalas renungan Hisyam yang redup. Dia terkebil-kebil saat Hisyam mengangguk perlahan. Ternyata Hisyam serius. Satu kejutan buatnya. "Ayu setuju?," Idayu cuma mampu tersenyum dan terus tersenyum. Tiada jawapan untuk permintaan itu. Satu lagi kejutan Hisyam yang membuat dia keliru.
mmg best giler cite ni.. da banyak kali ulang...ttp x jemu.. stp kali jgk airmata sy gugur bila kenangkan nasib idayu... klu wat novel mesti sy nk beli...
kak hanni, saya ternanti2 cerita ni. bila akak nak sambung? buku Biarlah YM Bicara saya dok cari pun tak jumpa2. Novel Pergilah Airmata lambat lagi pulak nak kuar di pasaran.. hemmm... sambung cite ni, ok.. tq
cite ni mmg best giler...........kak hani cepatlah smbg cite ni x sbr nk tau kesudahannya......kesian Idayu,apa nasib dia nnti........cpt smbg plzzzzzz...........
sekejap...boleh saya tahu..apa jadi erk dengan ending cerita ni...ada sambungan atau tak? atau cerita ni nak dibukukan...pana penulis..hope dapat bagi jawapan supaya kitorang tak tertunggu2 cerita selanjutnya...
biler na smbong??siyez truje na taw crite slnjutnyer
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
alahai best la cerita ni...kak hanni..mcmn blh bt cerita yg best mcm ni..sumer cerita yg akak bt sumer best2..yg ni klu bt drama pun best jg ni...