Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Tak nak..tak nak..tak nak..Misha tak nak tolong dah.I’m so sorry okey..",ucap Misha sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.Ketika itu dia sedang tergesa-gesa berjalan masuk ke dalam rumahnya kerana hendak mengelak daripada Fahmi.
"Tolonglah..please..please..please…"Fahmi masih tidak jemu-jemu memujuk adik sepupunya itu.Dia mengekori Misha.
"Tak naklah…"Dia tetap menolak.Langkahnya di hayun ke arah sofa.
"Alah tak kan nak mintak tolong sikit pun tak boleh..tolonglah."
"Apa? Sikit abang cakap?Abang tahu tak masuk ni dah berapa kali Misha tolong abang? Dah empat kali tau..tak naklah.."Dia merebahkan punggung ke atas sofa.
"Alah,naklah ..tolonglah.."Fahmi ikut duduk di sebelahnya
"Hii..abang ni tak paham bahasa melayu ke? Misha cakap Misha tak nak..Misha tak naklah…".Dia berpeluk tubuh.
"Kenapa pulak tak boleh..dulu okey je.."
"Kali ni Misha dah serik..dah tak nak buat kerja ni lagi..Dulu,abang suruh Misha kenalkan abang dengan Rina,tapi belum sampai sebulan dah suruh kenalkan dengan Fatiha pulak,lepas tu Syira pulak yang jadi mangsa.Tiga-tiga pun tak lekat dengan abang.Sekarang ni nak suruh kenalkan dengan Fyda pulak? Oh tak boleh..tak boleh..no.
She is my bestfriend.I will not introduce you to her.Tambah-tambah lagi dengan orang mata keranjang macam abang ni".
"Apa pulak abang mata keranjang.Dia orang tu yang tak sesuai dengan abang,so kita jadi kawan je lah.."Fahmi beralasan.
"Banyaklah alasan abang..orang lelaki ,sama aje.."
"Tapi abang bukan.."tukas Fahmi.Misha menjeling dan menjuihkan bibir.
"Abang..abang tak tahu yang Fyda tu.."
"Abang tahu..abang tahu yang Fyda tu kawan baik Misha kan? Alah,tak kanlah abang nak kawan dengan dia pun tak boleh…bukannya abang nak buat benda yang tak baik".celah Fahmi sebelum Misha sempat menghabiskan kata-katanya
"Bukan..bukan macam tu lah.Sebenarnya Fyda tu.."
"Misha..macam nilah,abang janji abang akan tunaikan apa saja permintaan Misha kalau Misha tolong abang kali ni..Cakap aje apa yang Misha nak,abang akan belikan.."
Sekali lagi Misha tidak dapat menghabiskan ayatnya.Keghairahan Fahmi untuk mengenali Fyda,rakan sekuliah yang merangkap rakan karibnya membuatkannya berfikir panjang.Di tambah pula dengan ganjaran yang bakal diperolehnya nanti sekiranya dia bersetuju dengan permintaan Fahmi.Kalau tak bagitahu perkara sebenarnya pun tak apa,hadiah itu nanti sudah pasti berada di tangannya.Namun begitu,dia tidak membuat keputusan terburu-buru,dia perlu mendapatkan kepastian daripada kata-kata Fahmi tadi,manalah tahu Fahmi sengaja mengumpannya sebegitu.Silap-silap hari bulan Fahmi tidak mengotakan janjinya.
"Betul ni? Betul abang akan belikan apa saja yang Misha nak kalau Misha tolong abang?".Fahmi mengangguk.Pantas
"Tak tipu",soalnya lagi sambil mengacukan jari telunjuknya.Fahmi menggeleng.Misha senyum.
"Baiklah.."Misha membuat keputusannya.Fahmi memandang Misha dengan pandangan bercahaya.
"Tapi..dengan syarat.."tambahnya.
"Hah,ada syarat pulak? Apa syaratnya?",soal Fahmi.
"Syarat yang pertama..abang kena janji yang kali ni adalah kali yang terakhir Misha buat kerja ni.Lepas ni,tak ada lagi dah."
"Okey..abang janji.Deal"
"Eh,nanti dululah..ada lagi syaratnya.Itu baru syarat yang pertama.."
"Oh ada lagi ke syaratnya.Eh,apa yang banyak sangat syarat Misha ni.Mintak tolong sikit,syaratnya pulak yang banyak."
"Eh abang ni nak Misha tolong ke tak nak? Kalau tak nak tak pe.."Duga Misha.
"Eh,nak..nak..mestilah abang nak.Okeylah Misha sayang..apa dia syarat yang kedua?"
"Syarat yang kedua..Misha nak abang belikan Misha teddybear besar yang kita tengok dekat KLCC minggu lepas sebagai ganjaran atas pertolongan Misha.Tapi..Misha nak abang beli dulu teddy bear tu supaya abang tak buat-buat lupa nanti.Lepas tu kasi kat Misha,barulah Misha tolong abang.."
"Eh,mana boleh..kalau Misha takut abang buat-buat lupa,abang lagi takut Misha yang mungkir janji.Jadi,sia-sia ajelah duit abang habis beli teddybear tu…"
"Kalau macam tu..abang buat sendirilah,tak payah nak mintak tolong dengan Misha.."Misha mencebik,marah.Dia berpeluk tubuh dan membuang pandangan ke arah lain.
"Okeylah..okeylah.Tapi..abang tak akan bagi dulu teddybear tu.Abang akan bagi pada hari Misha kenalkan abang dengan kawan Misha tu.Barulah adil.Setuju?".Misha mengeluh berat.Fahmi macam tahu-tahu aje.Tapi,sebenarnya banyak yang dia tak tahu.
"Setuju..esok abang datang dekat kampus Misha lepas habis kuliah.Jangan lambat tau.."
"Hah,esok? Betul ke ni?",Fahmi menyoal seperti tidak percaya.
"Hmm…"Misha menjawab malas.
"Misha tak bohong dengan abang?"Giliran dia pula untuk betul-betul mendapatkan kepastian daripada adik sepupunya itu.
"Yalah betullah ni..orang dah nak tolong pun masih banyak lagi soalnya."
Misha membebel kecil.Memang begitulah reaksi Fahmi kalau Misha sudi menolongnya.Sebenarnya Fahmi memang sudah menduga Misha akan menolongnya, Sebab itulah dia tidak berputus asa memujuk Misha.Di tambah pula dengan janji untuk memberi hadiah,tambah senanglah kerjanya.
Namun begitu,ganjaran hadiah bukanlah sebab utama dia bersetuju untuk memperkenalkan Fahmi dengan Fyda.Harap-harap kau tolonglah aku esok Fyda,kalau tak rosak program aku.Misha mengomel di dalam hati.
"Bukannya apa,manalah tahu kalau Misha bergurau aje tadi..Tapi,abang tahu Misha mesti nak tolong abang punya.Inilah yang buat abang tambah sayang kat Misha ni."Fahmi mencuit hidung mancung Misha yang duduk di hadapannya.Misha segera menepis tangan tersebut.
"Okeylah,Misha pun dah setuju jadi kerja abang dah selesai.Abang balik dululah.Jangan lupa esok tau".Sempat lagi dia mengingatkan Misha sebelum berdiri untuk pulang.
"Eh,nak balik dah?ingatkan nak tidur dekat sini tadi…"perli Misha.
"Hai Misha,perli abang nampak…"
"Perli? Mana ada Misha perli abang.Tapi…macam kata orang,siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya."
Fahmi hanya tersenyum.Dia tahu Misha hanya ingin mempermainkannya.Bukannya dia tidak kenal dengan perangai adik sepupunya itu,asal mereka jumpa aje adalah perkara yang nak di gaduhkan.Nak kata bercinta..tak mungkin.Ini kerana dia melihat Misha seperti adiknya dan mungkin Misha pun hanya melihatnya sebagai abang.Mungkin…
"Mak ngah,Fahmi balik dululah..dah nak maghrib ni…"Fahmi memanggil emak saudaranya yang berada di dapur.
"Hah iyalah..hati-hati bawak kereta tu.."sahut emak saudaranya dari dapur.
Kereta Nissan Sentra milik Fahmi meninggalkan perkarangan rumah Misha.Sejurus selepas hilangnya bunyi kereta itu,Misha mula berfikir.Kemudian dia tersengih dan akhirnya ketawa.Fahmi…Fahmi..kau tunggu ajelah esok,aku ada surprise untuk kau..Hati Misha berbisik nakal.
Halimah,mama Misha yang baru keluar dari dapur berasa pelik.Tiba-tiba sahaja anak gadisnya itu berubah.Tadi beriya-iya marah dekat Fahmi sampai Fahmi nak minta tolong pun dia tak mahu.Tapi,sekarang ni dia ketawa pulak.Hantu apa yang dah merasuk budak ni..
"Misha tak apa-apa ke?Demam?".Halimah bertanya sejurus selepas duduk di sofa bersebelahan Misha.Misha sedikit terkejut dengan teguran mamanya itu.Dia tersenyum.
"Eh,tak adalah ..Misha okey je.."Misha menjawab soalan mamanya sambil tersengih.
"Habis tu apasal tiba-tiba aje ketawa?Tadi masa si Fahmi tu nak mintak tolong,bukan main lagi tak nak".
"Mana ada apa-apa.Saja,Misha teringat benda kelakar..Misha ketawalah."
Halimah merenung anaknya dengan perasaan tidak percaya.Mana boleh tak ada apa-apa.Ini mesti ada sesuatu yang dia rahsiakan atau dia nak mengenakan Fahmi kot..Halimah membuat andaian sendiri.Hai..si Misha memang suka bab-bab mengenakan orang ni.Kesian kau Fahmi..
"Dahlah dah masuk waktu ni.Misha tak sembahyang ke?".Misha menggeleng.
"MClah mama.."jawabnya.
"Hah,si Nana ni pulak tak bangun-bangun lagi.Hei..bangun,dah maghrib ni.Tak elok tidur masa maghrib .."Halimah melaung memanggil anak bongsunya sambil melangkah ke anak tangga.
Misha pula masih seperti tadi.Dia menyambung ketawanya tetapi direndahkan sedikit suaranya agar tidak di dengari orang lain.Apalah agaknya yang akan di lakukan oleh Fahmi sekiranya dia tahu perkara yang sebenar.Hii..mati aku.Tapi tak apalah,aku gerenti lepas ni mesti dia tak berani lagi atau pun dah tak nak terus mintak tolong aku kenalkan dia dengan mana-mana perempuan.Aku nak bagi pengajaran dekat kau.Padan muka abang..
******************************
KEESOKANNYA tepat pukul 3.04 petang saja,Fahmi sudah terpacak di hadapan kampus Misha.Dia sedang menunggu adik sepupunya itu tetapi orang yang benar-benar ingin dijumpainya itu ialah Afida gadis yang telah mencuit hatinya semasa terlihat gambarnya di rumah Misha.Sejambak bunga diletakkan di atas kusyen depan kereta,hanya menanti untuk diberikan kepada Afida.Tidak dilupa teddy bear yang dimahukan Misha,diletakkan di kusyen belakang.Dia berulang-alik di belakang kereta sambil melihat jam tangannya.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 3.10 petang,namun tidak ada seorang pun yang dilihat keluar dari bangunan yang tersergam di hadapannya itu.Dia tetap bersabar.Setelah beberapa minit menunggu,kelihatan seorang demi seorang keluar melalui pintu besar.Semakin lama semakin ramai tetapi batang hidung Misha pun langsung tidak kelihatan
"Mana Misha ni..dari tadi aku tunggu.Tak kanlah dia tipu aku kot".Fahmi mengomel sendirian.
Di sebalik pintu utama,Misha tidak habis-habis merayu Fyda agar mengikut pelan yang sudah dirancangnya.Afida kelihatan keberatan untuk berbuat demikian.
"Alah, Fyda..kau ikut je lah apa yang aku cakap tadi.Kalau dia ‘ayat’ kau,kau buat don’t know dahlah.."pujuk Misha.
"Kau gila? Tak naklah aku.Ini..ini kau tengok ni."Fyda menunjukkan cincin emas bertatahkan berlian di jari manisnya.
"Aku kan baru aje bertunang.Cincin ni pun masih panas lagi kat jari aku ni.Kau gila nak suruh aku layan abang sepupu kau tu.Kalau Abang Zahid aku tahu macam mana?",marah Fyda.
"Kau ni Fyda,aku tahulah yang kau tu dah bertunang.Tapi ini bukannya betul-betul.please…"rayu Misha lagi.
"Tapi..Zahid dah janji nak ambil aku,sekejap lagi dia sampailah.."
"Hah,iye ke? Laa..apasal kau tak cakap awal-awal,lagilah bagus…biar padan dengan muka dia tu.Aku gerenti memang merah padamlah muka dia nanti lepas tahu cerita sebenar."ucap Misha sambil tergelak besar.
"Eii..kau ni teruk betullah.Abang sepupu sendiri pun kau nak kenakan.."
"Ya ke ? teruk ke ?"tanyanya seakan menyindir.
"Hei..kau ni dah gila kot."
"Dah..dah tak usah nak cakap banyak lagi.Jom..ikut aku."Misha menarik tangan Afida.
"Eh..eh,sabarlah.Emm,Sha..abang sepupu kau tu handsome tak?"tanya Afida tatkala Misha menolak daun pintu.
"Entah..kau tengoklah sendiri.."jawabnya acuh tak acuh.
Fahmi yang sedari tadi asyik memerhati ke arah pintu besar itu mula berganjak dari sandarnya dan membetulkan kolar bajunya apabila terlihat kelibat kedua-dua gadis itu melangkah keluar dari bangunan.
"Eh, tu ke abang sepupu kau? Handsome jugak..ada iras-iras Keanu Reeveslah"
"Aik..aik..kau ni,ingat Zahid..ingat Zahid."Misha memberi amaran agar Fyda tidak terlebih-lebih.
"Ingat…aku ingat."
Mereka berdua berjalan menuju ke arah Fahmi yang sedang tersenyum.Senyuman itu di balas mesra oleh Fyda dan Misha.Sesampai sahaja meraka dihadapan Fahmi. Terpaku. Mulutnya seakan terkunci,tidak tahu hendak memulakan bicara.Namun,matanya tidak lepas dari memandang Fyda.Fyda senyum kepadanya.
"Aik..abang dah jadi bisu ke ?"Misha memerli.
Fahmi yang sedikit terkejut dengan perlian Misha itu mula mengeluarkan suara.Dia buat-buat batuk.
"Err..Misha baru habis kuliah ke ?".Soalan yang begitu bodoh tiba-tiba terpacul keluar dari mulutnya.Afida tertawa kecil mendengar soalan itu.
"Eh,tak adalah.Kami baru nak pergi kuliah,dah lewat ni.Abang ni dah gaharu cendana pulak.Memanglah kita orang dah habis kuliah,kalau tidak tak kan kita orang ada kat sini,mestilah kita orang ada kat dalam tu."Hujah Misha pantas.Marah sebenarnya tu.
"Marah nampak ?"
"Eh, tak adalah.Mana ada.Hah,Fyda..aku kenalkan abang sepupu aku,Abang Fahmi.Abang..inilah Fyda yang abang nak kenal sangat tu.."Misha memperkenalkan diri masing- masing kepada kedua-duanya.Mereka berdua bersalaman.
"Fyda..cantik nama tu.Fyda apa khabar?"
"Baik…"jawabnya pendek.
Misha yang melihat insiden di depannya itu memalingkan muka ke arah lain.Terasa loyalah pulak.Untuk tidak mahu berlama-lama di situ.Dia mula mencari alasan.Kalau lebih lama lagi,mungkin dia akan termuntah kot.
"Eh,dah lewat dah ni.Nanti mama risau pulak.Misha rasa Misha nak balik dululah.Err..mana hadiah Misha?".
"Ada kat dalam kereta tu.."jawab Fahmi.Fyda yang terkejut dengan kata-kata Misha itu menarik tangannya.Fahmi hanya memerhatikan mereka.
"Tak kanlah kau nak tinggalkan aku dengan dia ni.."Fyda bertanya seakan berbisik.
"Habis tu,kau nak suruh aku tunggu sampai Zahid kau datang?Mampus aku nanti."
"Alah,tak lama lagi Zahid kau tu sampailah.Tak adalah kau nak berlama-lama dengan dia."Misha juga menjawab dengan nada perlahan.Mereka pergi semula ke arah Fahmi.
"Abang..Misha nak baliklah.Misha ambil teddybear tu ya".Fahmi mengangguk.Dia segera membuka pintu kereta dan mengambil teddybear tersebut lalu memeluknya.
"Okeylah..Fyda aku balik dulu.Bye…"
"Eh..Misha tak nak abang hantarkan ke?".Fahmi buat-buat bertanya.
"Tak apalah Misha boleh balik dengan teksi.Abang layanlah Fyda tu.."Dia segera menahan teksi dan bergegas keluar dari kawasan tersebut.Dia mesti keluar dari zon bahaya itu dengan segera.Kalau tidak hancurlah rancangannya.
Selepas Misha pergi,Fahmi pun mula berkenal-kenalan dengan Afida.Kesempatan itu di gunakannya untuk mengenali Afida dengan lebih rapat.Begitulah juga tindakannya semasa baru hendak mengenali Rina,Fatihah dan Shira dahulu.Ketiga-tiga mereka juga dikenalkan oleh Misha.Tapi,apa dayanya ketiga-tiga mereka tidak serasi dengannya.
Seketika kemudian,dia teringat tentang bunga yang diletakkannya di dalam kereta.Dia meminta diri daripada Afida untuk mengambil sesuatu.Sebagai tanda perkenalan kononnya.Dia menuju ke arah pintu depan dan membukanya.Tatkala dia hendak memegang bunga tersebut,tiba-tiba sebuah motorsikal RXZ berhenti di belakang keretanya.
"Hai sayang",Terpacul keluar perkataan tersebut dari mulut Afida.Nadanya kedengaran mesra sekali.
"Sayang ?"Fahmi terkejut lantas menjatuhkan semula bunga yang di pegangnya tadi.
"Hai,apa khabar?".Zahid menanggalkan pad tangannya lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.Dia menguntum senyuman perkenalan kepada Fahmi.Fahmi segera menuju kearah Zahid dan menyambut huluran tangan tersebut.
"Baik.."jawabnya ringkas.
"Emm..bila kamu bertunang?".Dia memberanikan diri untuk bertanya selain untuk menyembunyikan perasaan malunya.Mukanya yang putih bertukar sedikit merah.
"Masa cuti semester baru-baru ni.Misha tak cakap ke?".Fyda buat-buat tanya sedangkan dia tahu perkara yang sebenarnya.
"Entahlah..abang dah lupa kot.."
"Oh,jadi awak ni ‘boyfriend’ Mishalah ye?"tanya Zahid.
"Hah ?",Fahmi terkejut.
"Ye..ye.."Dia mengiyakan pertanyaan tersebut.
Hatinya terasa panas.Rupa-rupanya Misha dah mengenakannya.Aku betul-betul dah terkena ni.Patutlah dia macam tergesa-gesa.Nak larikan diri rupanya.Hantu betul kau Misha.Nantilah…kau kenakan abang ye.Tunggu,abang akan balas balik.
"Eh,Misha mana ? Tak nampak pun dari tadi…"Zahid mula menyoal apabila melihat hanya Fyda dan Fahmi berada di situ.
"Hah….errr…..".Fahmi kehilangan kata-kata.Tak kanlah dia nak beritahu perkara yang sebenarnya.
"Emm…emm..Misha..dia dah balik..Tadi dia tunggu Abang Fahmi lama sangat,sebab tu dia balik naik teksi je.Abang Fahmi ni nak tanya Fydalah.."Afida berbohong untuk Fahmi.Tak mungkin dia membongkarkan rahsianya.Kalau tidak habislah rosak perhubungan mereka.Dia tidak mahu mengambil risiko atau mengeruhkan keadaan. Fahmi pula hanya mengiyakan cerita tersebut.
"Oh..macam tu.Eh,Fyda..Abang ada hal lain pulak ni.Cepatlah abang hantarkan.Nanti lambat pulak.Tak apalah Fahmi,kita orang pergi dulu.Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam"jawab Fahmi sambil bersalam sekali lagi dengan Zahid.Dia kemudiannya memakaikan topi keledar kepada Afida.Fahmi memandang kosong.
"Bye…"Fyda melambai sambil memanjat motor tersebut.
Fahmi hanya tersenyum sumbing.Perasaan malu menjalar di seluruh benaknya.Selepas Fyda dan Zahid hilang dari pandangan,Fahmi melangkah masuk ke dalam keretanya.Dilihatnya bunga ros yang bertaburan di atas kusyen.Dia menghembus nafas lega.Nasib baiklah dia tidak sempat memberikan bunga tersebut kepada Fyda.Kalau tidak si Zahid tu mesti salah sangka dan silap-silap hari bulan lebam biji matanya.Mana tidaknya,mengurat tunang orang.Ini semua salah Misha,kalau dia bagi tahu perkara sebenar.semua ini tak akan berlaku.
Dadanya berombak kencang menahan marah.Perkara pertama yang di fikirkannya adalah untuk mencari Misha.Dia segera menghidupkan enjin kereta.Tempat yang ingin di tuju adalah rumah Mak Ngahnya.Dengan perasaan yang membahang dia memecut laju keretanya.
salam, komie dh x uplod cite HALAMAN CINTA ni kat sini jdi jika anda inginkan sambungannya bolehlah jengah ke blog http;//saranghae-komiearoon.blogspot.com
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best.....cepat2 smbg!