Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kalau Jeffrey tidak menghadiri mesyuarat waktu pagi itu, tentu Jeff tidak akan bertolak balik ke kampung pada waktu petang. Kalau Jeffrey tidak balik kampong pada waktu petang tentu dia tidak terserempak dengan kejadian pada petang itu. Kalau tidak terserempak dengan kejadian kemalangan itu, Jeff tidak akan bertemu dengan Fiqah. Kalau Jeffrey tidak bertemu Fiqah, Jeffrey tidak akan tahu rahsia yang telah disimpan selama 7 tahun yang lalu. Kalau, kalau dan kalau. Semua ini adalah permainan takdir. Sukarnya Jeffrey hendak hadapi. Kenyataan ini yang berulang-ulang dalam fikiran Jeffey sepanjang malam.
Hana…., terasa sejuk hati Jeffrey bila dia menyeru nama itu. Dulu dia ada simpan rasa sayang kepada insan yang bernama Hana. Kini semua perasaan sayang itu telah hilang sama sekali. Inilah pertama kali dia menyebut nama itu setelah tujuh tahun berlalu. Tujuh tahun dahulu Jeffrey telah memadamkan nama itu terus dari hatinya. Dan selepas itu nama itu dia tidak pernah sebut lagi. Untuk di sebut dalam hati pun tidak.
Sepanjang perjalanan ke rumah nenek, tidak banyak yang mereka bualkan. Jeffrey ingin bertanya banyak soalan tetapi Pak Su Adli Nampak sungguh tertekan. Mak cik Ani awal-awal suruh Jeffrey bersabar.
"Kita akan tanya dia nanti, bila kita sampai rumah nenek nanti. Sekarang dia nampak tertekan. Kalau kita paksa jawapan dari dia sekarang ini juga, kita juga yang susah nanti. Kita nak jalan jauh lagi."
Sampai di rumah nenek, jam sudah pukul 2.00 pagi. Pak Su Adli terus masuk ke dalam bilik tidur, tidak memberi peluang untuk Jeffrey dan Mak Cik Ani bertanya dengan lebih lanjut. Lagipun mereka tidak mahu bergaduh depan nenek sebaik sahaja tiba di rumahnya. Sudahlah waktu terlalu lewat, sudah hampir pagi. Yang nyata, nenek sungguh gembira apabila dia melihat Jeffrey terpacul di pintunya tadi. Tidak dia sangka akhirnya cucu kesayangannya balik juga bertemunya. Selama ini nenek sering berdoa agar dia dapat melihat cucunya sebelum dia menutup matanya buat selamanya.
Oleh kerana mereka mahu menjaga hati nenek, dengan tidak menimbukan kekecohan, mereka tidak terus menuntut jawapan dari Pak Su Adli malam itu. Esok masih ada lagi. Ke mana Pak Su Adli hendak pergi? Jadi mereka masuk tidur dahulu.
Suasana desa sejuk dan tenang. Udaranya segar, pemandangan sekeliling indah sekali. Bunyi ayam berkokok dirasakan sebagai satu anugerah buat Jeffrey. Selama ini dia tidak pernah menghargai keindahan alam ciptaan tuhan. Walau bagaimana ketenangan yang dikecapi tidak lama. Dia teringatkan kejadian semalam. Fikirannya kembali menjadi bercelaru.
"Jeffry! Meh sarapan cu." Panggil nenek.
"Baik nenek." sahut Jeffry.
Jeffrey masuk ke dalam, duduk di meja makan, Pak Su Adli dan mak cik Ani sudah mula bersarapan. Nenek masakkan mee goreng pagi ini.
"Lopeh, ni nenek nak ke baruh, ado orang ninggal." Terang nenek. "Somalam acciden do. Habih dou laki bini ninggal."
"Yang kemalangan semalam tu, omak kan. Kami yang jumpo kat jalanrayo tu. Kami bawak gi spital," terang mak cik Ani.
"Oh, sobab tulah lambatnyo sampai ket sini?"
"Iyo, omak." Jawab Mak Cik Ani.
"Nenek siapa yang meninggal semalam tu nek?" tanya Jeffry.
"Itu Dollah anak mak Kiah kou tu. Sian…….. Dio tu tak do sapo-sapo laghi do. Dollah tu jo anak dio."
Mak piah memandang Pak cik Adli yang sedang menyepi diri.
"Ekau tak ingat, Dollah, Li?"
Pak cik Adil cuma mengangguk tetapi tidak berkata apa-apa. Dia tahu hari ini banyak soalan yang dia kena jawap. Cuma tunggu masanya sahaja sebelum ribuan soalan itu akan menyerang dirinya. Ini semua kerana terlalu mengikut perintah Datin Maimunah. Sekarang balanya Adli seorang yang kena tanggung.
Mak Ani cuba mengingatkan macamana rupa Dollah.
"Dollah, kalau tak silap, isterinya Hashimah kan omak."
"Iyo, Dollah yang tinggal di Melako tu. Ekau ingat tak Dollah. Li?" Tanya nenek lagi, pelik melihat anak lelakinya yang tidak banyak mulut hari ini. Adli cuma mengangguk kepalanya. Fikirannya berkecamuk, kalau boleh dia tidak mahu maknya meneruskan kata-katanya lagi. Dia tahu kenyataan yang akan keluar dari mulut nenek seterusnya akan mengejutkan Jeffrey dan isterinya Ani. Dia cuma menunggu sahaja. Dia sudah tidak dapat mengelak lagi. Adli mendiamkan diri dengan harapan emaknya akan menukar topik perbualan. Kalau boleh dia hendak menangguhkan konfrantasi besar yang akan meletus.
"Ekau tak ingat ko ket Dollah? Alahai, Dollah yang tak do anak tu. Yang ambil anak si Hana tu, Buet anak angkat tu."
"Apa omak?’ soal Mak cik Ani, benar-benar terkejut. Jeffrey apatah lagi, tidak mampu bersuara pun disebabkan terlalu terkejut dengan pendedahan terbaru dari nenek.
"Ekau mano tahu do, ekau dah balik Ko Lumpo maso tu. Adli bawak bayi tu balik sini, nyuruh omak bagi jo ket grumah anok yatim. Atau bagi jo ket sapo-sapo yang nak."
Adli tunduk menikus, tidak berani mengangkat muka. Dia tahu dua pasang mata sedang memandang tepat ke arah dia. Mana dia Kak Long ni? Di masa Adli perlu perlindungan. Ani mesti marah betul dengan dia. Reaksi Jeffrey? Adli tidak berani nak teka. Adli sudah tidak boleh lari lagi.
"Ini semua sebab Kak Long !"
"Omak tak tahu nak buet apo. Adli tinggai jo bayi tu ket omak. Omak dah tuo, mano larat nak jago bayi. Mak Kiah ado datang ngumah sini, langsung dia mintanyo bayi tu. Nak bagi Dollah. Dia kato sian Dollah, dah sepuluh tahun kawin, tak dapet-dapet do anak. Eh! Adli tak bagi tau ekau ko?"
Mak Cik Ani menjeling ke arah Pak Su Adli yang masih menikus.
"Tak do pun omak."
"Sian budak Hana tu kan,… Ni…..." Mak cik Ani mengangguk kepala tanda setuju. Memang Mak cik Ani kasihankan nasib diri Hana, lebih dari yang nenek sangka. Nenek tidak tahu Hana telah di aniaya oleh Adli dan semestinya dan tidak syak lagi oleh Datin Maimunah. Mak Cik Ani tahu sangat perangai Datin Maimunah. Ini mesti rancangan dia dan Adli pula hanya tukang yang menjalankannya jahatnya itu.
Mereka semua tidak sedar yang muka Jeffrey sudah bertukar menjadi pucat lesi. Jeffrey benar-benar terkejut. Jauh lebih terkejut dari mak cik Ani. Dia tidak percaya dengan apa yang dia dengarinya.
Mak Cik Ani berkata kepada Jeffrey. "Mak Su dah agak dah. Jawapan nya mesti ada dengan Pak su." Dia merenung tajam ke arah Adli.
Jeffry masih diam membatu. Fikirannya berkecamuk. Persoalan semalam belum terjawap, kini neneknya pula membawa persoalan baru.
Nenek tidak perasan dengan ketegangan keadaan waktu itu. Dia hendak ke rumah Mak Kiah untuk menziarahi jenazah. Dia mengambil kain tudungnya lalu berkata, "Li meh hantar omak gi ghumah Mak Kiah."
Pak Su Adli, Mak Cik Ani, dan Jeffrey terus bangun dan mengikut nenek tanpa banyak bicara. Banyak persoalan yang bermain di kepala mereka. Tetapi masa tidak mengizinkan mereka bertanya lagi.
Jeffrey memandu kereta, manakala nenek duduk di sebelahnya. Pak Su Adli dan Mak Cik Ani duduk di belakang. Pak Su Adli mempersiapkan dirinya. Kini dosanya yang lalu akan menghantuinya. Mak Cik Ani sudah memandangnya dengan pandangan yang aneh sekali. Memang Mak Cik Ani tidak tahu sebaik sahaja dia menghantar Hana pulang ke Kuala Lumpur. Adli datang semula ke Klinik Swasta di Seremban itu untuk mengambil bayi yang malang itu. Adli telah membayar wang yang banyak kepada salah seorang jururawat di Klinik itu supaya dapat menjayakan rancangan Datin Maimunah. Rancangan Datin ialah supaya anak itu diserahkan ke mana-mana rumah anak Yatim. Dia cuma mengikut perintah Datin Maimunah. Kalau hendak diikutkan hati Adli, dia hendak biar sahaja Hana menjaga bayi itu. Lagipun hubungan Hana dan Jeffrey sudah putus. Tetapi Datin tidak benarkan itu berlaku.
"Apa kata kalau bila Jeffrey sudah balik nanti, budak tak guna tu datang cari Jeff, bawa anak haram tu sekali? Jeffrey mesti terpaksa kawin dengan Hana. Datuk semestinya akan suruh Jeffrey kawin dengan dia. Kak Long tak mau ini terjadi nanti. Putuskan semua link di sini sahaja. Selesai! Faham!" perintah Datin Maimunah.
"Kenapa Li yang kena buat semua ini, tak baiklah Kak Long. Kesian juga Li tengok budak perempuan tu. Dia bukan budak jahat. Kak Long kan, kalau Kak Long hendak, Kak Long buat sendiri lah."
"Eh!, ekau yang menyusahkan Kak Long dengan membabitkan Kak Long dalam Hal Ini!"
"Bukan Li yang menyusahkan Kak Long, tau.. Ini angkara anak kesayangan Kak Long sendiri. Li yang susah."
"Li, kau jangan lupa jasa Kak Long pada Li selama ini. Kalau bukan Kak Long yang tolong Li, Li tu masih lagi mengaitkan kelapa sawit kat Felda tu tau. Siapa yang tanggung Li belajar, dapat kerja dekat Kuala Lumpur ni? Ingat Ani yang berlagak baik macam mailakat tu hendak dengan ekau kalau korjo ekau kait kelapa sawit tu."
Adli termenung, kalau dia kait kepala sawit pun mungkin dia lebih bahagia daripada bersubahat dengan rancangan Kak Long. Sekarang ini siapa sangka harga sawit boleh naik melambung tinggi. Entah-entah lagi banyak duit Adli sekarang ini agaknya. Rasanya lebih baik kedudukan Adli waktu ini, daripada jadi budak suruhan Datin Maimunah.
Adli sedar dulu Kak Long banyak bantu dia. Dan Kak Long memastikan itu Adli tidak akan lupa tentang jasa dia itu. Kak Long tidak akan berhenti mengungkit tentang kisah lama. Sebab itu sampai sekarang pun Adli terpaksa mengalah dan ikut sahaja arahan Kak Long.
Tetapi sejahat-jahat Adli pun dia sendiri tidak sampai hati hendak diserahkan bayi itu ke Rumah Anak yatim. Dia rasa tidak sanggup untuk melakukannya. Dia minta Mak Piah yang serahkan bayi itu ke Rumah Anak yatim. Tetapi sebelum Mak Piah dapat berbuat apa-apa, mak Kiah telah meminta bayi itu untuk dibela oleh Dollah.
Kalau Adli serahkan sendiri pada Rumah Anak yatim , kejadian ini tidak akan berlaku. Dan bila masa rantai loket Hana boleh sampai ke tangan Fiqah? Itu yang membuat Adli rasa pelik. Salahnya Adli ialah dia tidak menjalankan kerja dengan sempurna. Dia tidak buat seperti yang disuruh oleh Datin Maimunah. Hapuskan semua bukti, semua talian yang akan menghubungkan Fiqah dengan Jeffery dan Hana. Kini akibat kesalahan itu, rahsia mereka berdua terbongkar. Adli tidak sangka yang rahsianya boleh terbongkar begitu, di hadapan Jeffrey pulak. Adil ingin menelfon Datin Maimunah untuk memberitahu perkara yang terjadi. Tetapi dia tahu Datin akan menyalahkan Adli dalam hal ini kerana tidak menyelesaikan masalah itu dengan sempurna.
Rumah Mak Kiah dipenuhi dengan saudara mara dan jiran tetangga. Kedua jenazah telah tiba dari Hospital, kedua-duanya jenazah di letak di ruang tamu rumah. Di sebelah hujung kepala jenazah, Mak Kiah sedang memangku Fiqah. Muka Mak Kiah sugul tetapi sebagai seorang wanita Islam dia tidak menangis, meratapi kedua-dua jenazah. Walaupun hatinya sangat sedih. Mak Kiah juga perlu tabah demi cucunya, Fiqah. Macamana nasib cucunya ini. Mak Kiah sudah tua. Siapa yang akan menjaganya Fiqah. Bila Dollah dan hashimah meninggal, hilanglah juga punca pendapatan Mak Kiah. Macamana dia hendak membesarkan Fiqah. Risau Mak Kiah memikirkannya.
"Rupanya sebiji macam rupa Jeff." Tiba-tiba Mak Cik Ani berbisik kepada Jeffrey.
Jeffrey menoleh memandang muka Mak cik Ani, kemudian memandang wajah Fiqah. Betul kata Mak Cik Ani, baru Jeffrey teringat, dia sering rasa dia pernah melihat wajah Fiqah. Rupa-rupanya wajah itu adalah wajah Jeffrey sendiri semasa berumur 6 tahun. Seperti gambar Jeffrey yang diletak oleh Dato Hisham di meja pejabatnya. Sebab itu Jeff rasakan dia pernah lihat seraut wajah itu. Jeffrey rasa sebak. Jeffrey tahu mak Cik Ani juga rasa begitu. Air mata mengalir deras dari mata Mak cik Ani. Mak Cik Ani asyik mengesat matanya dengan tisu.
"Sumpah! Mak Su tak tahu, bayi itu masih hidup. Pak usu bagi tahu Mak Su budak itu sudah meninggal. Tidak boleh di selamatkan. Sebab sebelum melahirkan Fiqah Hana terjatuh tangga. Teruk keadaannya ketika itu."
Jeffrey terus membisu walaupun seribu soalan menerpa dirinya. Dia perlukan jawapan kepada soalan-soalan yang menerpa fikirannya. Jeffrey sudah hampir hilang kesabarannya untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.
"Hana melahirkan anak? Hana tinggal dengan nenek? Kenapa dia tidak diberitahu? Dia semestinya akan balik dan bertanggungjawab atas keterlanjurannya. Kenapa Hana sendiri tidak menulis surat kepadanya. Kenapa Pak Su Adli bagi tahu Jeffrey yang Hana sudah ada teman lelaki baru."
Persoalan-demi persoalan menerpa fikiran Jeffrey.
"Siapa yang telah menipu siapa?" Jeffrey sudah tidak sabar menunggu masa dan ketika sesuai untuk bertanya tentang semua ini. Matanya tajam merenung wajah Pak Cik Adli, yang begitu gelisah duduk di celah-celah penduduk kampong yang datang menziarah jenazah Dollah dan isterinya.
Jawapan! Jeffery perlukan jawapan untuk soalan-soalan yang terus menerus menerjah ke kotak mindanya. Terutamanya mengenai Hana yang telah dibencinya selama 7 tahun yang lalu.
"Apa yang terjadi pada Hana? Apa yang Bonda dan Pak Su Adli telah beritahu pada Hana mengenai Jeffrey? Adakah Hana dengan suka rela menyerahkan anak ini kepada Pak Su Adli? Adakah Hana juga telah membenci dirinya." Jeffrey memang sudah tidak sabar lagi bila timbul satu lagi soalan penting dalam fikirannya.
"Adakah seperti Mak cik Ani, Hana juga tidak tahu bayinya masih hidup lagi? Jika jawapannya adalah ya. Alangkah kejamnya!"
ala...npe blog jz ad episod 1 ngn 2 je??? ltak la yg lebih latest lam blog.. da sonok sgt bca ni ttbe g blog nk smbung bca lg xde ppe... update la blog cpt eaa??? sdey sgt nih,
best yer citer ni.. cpt la smbg.. pdn muka p.cik adli,,, tu la jht sgt.... xperikemanusia lgsung.. hahahah.. ape2 pom cpt la smbg pnulis.. dh xsbr nk thu ending ye ni...
saya dah buka blog penulis tapi hanya ada 3 n3 aje cam ne nak baca yang seterusnya. tolong la saya betul2 suka cite ni. kalau dibukukan saya yg pertama akan beli
DLM BYK2 NOVEL YANG SAYA BACA NI NOVEL KEDUA YG BETUL2 SAYA SUKAI. BUKAN SENANG SAYA NAK MINAT DAN MEMUJI BENDA YANG SUDAH NAMPAK CANTIK...TP DLM KEBANYAKAN YANG CANTIK ITU..ADA YG LEBIH BAIK....HADIRMU..TAKDIRKU.... SAYA SUNGGUH BERPUAS HATI....
cepat2 sambung k... saya betul2 xsabar nk tau kesudahannya...
its abot 2years since the last part of the storey. Is that end of the storey??since in the midle, the storey become more interesting with the conflict between Jeff and Hana. But, the good advice from me, writer need to be more clear on the skrip writing.Pls use some words that can be easy to understand by readers.Keep it up.
blenye sambungannye...sayu hati mmbacanya...novel ade jual tak di pasaran
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bagus....cite sudah smpi klimaks...
cpt2 smbng k...
ada blog tak?