Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sekali lagi penampilan terakhirnya dilayarkan di cermin. Mak oiii cerita lawak macam-macam aznil ni aku pakai baju kurung. Sopan semacam. Tapi bukan aku memang sopan ke?? Tetttt...., kononnyalah. Syamin tersenyum dari tadi. Kalau boleh senyum 360 darjah mesti dan senyum membulat. Maklumlah hasil dari jari jemarinya yang tak berapa nak berseni tu berjaya mengubah penampilan Mazliana malam ini. kalau Bos tengok mesti juling biji mata dia.
"Mimi kau rasa aku patut bagi tahu Kak Lin ke pasal ari tu?"
"emmm kau rasa?" Syamin meneruskan solekan di mata Mazliana. Pertama kali dia dibenarkan mencalitkan warna di iris temannya itu. Dia cukup berhati-hati. Niatnya satu nak buat Mazliana jadi meletop hari ini.
"aku rasa si Johan tu memang tak ikhlaslah dengan kakak aku" duga Maz lagi. Matanya masih pejam,
"tapi aku tengok Dr. Johan tu macam serius sayang dengan kak Lin tapi siapa ek perempuan tu?" terbayang wajah perempuan manis di sisi bekas pensyarahnya. Cantik. Gayapun nampak macam bukan calang-calang orang.
"sayang?..emmm lama-lama melayang..aku akan siasat sampai lubang cacing, kalau betullah mamat tu ada niat nak main-mainkan hati kakak aku, memang dia sengajalah tempah batu nisan dia sendiri"
"amboii berani semacam je aku dengar? Kau nak buat apa?"
"aku akan pastikan dia makan bubur seumur hidup" Mazliana serius.
"kalau kita tersalah sangka macam mana?"
"kalau salah..? kaulah makan bubur seumur hidup" ketawa Mazliana lagi. "ehhh apa kau buat dekat muka aku ni Mimi? Kau jangan buat aku jadi pelakon opera Cina dah. Nanti tak pasal-pasal heart attack pulak calon mentua aku" ketawa mereka bersatu.
"aku tahulah.."
"lama lagi ke? Sakitlah tengkuk aku"
"Maz baik kau diam sebelum aku cucuk mata kau dengan lip gloss ni"
"amboii kau ingat aku jin mata buta? Senang-senang nak cucuk mata" Syamin ketawa lagi. Memang sepanjang dia berkawan dengan Maz tak pernah sekalipun dia lupa cara nak ketawa.
Wajah Mazliana didongakkan semula. Kalau dah memang tak boleh duduk diam memang payahlah. Berkali-kali dia tersalah caturan. Nasih baik tak cucuk mata. Kalau tak buta mata temannya tercucuk Maskara Maybelin.
"mana kau dapat semua ni Mimi?" Mazliana membelek alat mekap penuh sebakul.
"alaaa... aku pinjam cikgu Siti, cikgu teater aku"
"emmm agak dah, nampak sangat barang pinjam.. kaupun bukan benda macam ni punya banyak.." Mimi tersenyum mendengar rungutan Mazliana.
"habis dah aku suruh kau beli, jimatlah, jangan bazir duit, Duit oranglah.. seribu satu alasan kau bagi"
"yelah nak buat apa kita bazirkan duit bos kau.. kalau dia muflis kau juga yang tak ada kerja"
"Cik Mazliana hj Nordin kalau kau nak tahu aset Tengku Mazlan tu 7 keturunan pun tak habis tahu tak. Setakat beli lipstik ni tak bagi kesan sikitpun" Mazliana mencebik.
"ada aku kisah..ehhh bos jemput aku naik apa?"
"kenapa?" soalan yang dijawab dengan soalan. Memang hobi tak rasmi Syamin a.k.a Mimi.
"kalaulah dia muncul dengan Saleen S7 Twin Turbo..mesti best" Mazliana tersenyum sendiri. Memasang angan-angan.
"Satu lagi model terpantas keluaran Amerika dikenali sebagai Saleen S7 Twin-Turbo yang dicipta hasil gabungan teknologi dan kepakaran daripada Saleen, Hidden Creek Industries, Phil Frank Design dan Ray Mallock Ltd. Model ini mula diperkenalkan kepada umum pada 19 Ogos 2000 menggunakan enjin Aluminium OHV lapan silinder (V8) yang menghamburkan 550 hp. Pada 2005, S7 diganti model S7 Twin Turbo berharga USD585,296.00 yang diperkuatkan dengan kuasa turbo dari Garret Turbocharger sekaligus meningkatkan kuasanya ke 750 hp, membolehkan ia memecut sehingga 402 km/h! Bayangkan kalau Mazliana Hj Nordin bawa kereta ni fuhhhh!! Mantap"
Ternganga Syamin. Biar betul minah ni??. Penerangan mengalahkan buat esei penulisan masa SPM. Mantap, tepat dan padu. Rambut Mazliana ditarik dari belakang.
"sakitlah apa ni Mimi" kepalanya di gosok perlahan dengan tangan.
"kau ingat kau anak raja ke nak dijemput pakai kereta macam tu? Lagipun kau nak ke rumah bakal mentua kau je bukan nak masuk ‘race car’..tadi ayat macam bukan mata duitan je, alih-alih nak kena jemput dengan kereta bukan-bukan tu."
"ala manalah tahu kalau bos kau ada kereta tu.. kau juga cakap hobi dia suka kumpul kereta, bukan aku nakpun tapi kalau dapat naik ok juga. Bolehlah cerita dekat anak cucu bila dah tua nanti." Mazliana bangun dari duduk terus meloncat ke atas katil. Meregangkan tulang belakangnya.
"banyaklah kau..weii habislah mekap kau tu"
"bukan aku yang suruh, kau yang Overkan" Mazliana sengaja memeluk bantal peluk milik Syamin. Sedapnya kalau dapat tidur. Nasib baik mak percaya aku bermalam dekat rumah syamin. Tak pasal-pasal je dapat dosa menipu. Mak maafkan Maz, bukan niat Maz nak menipu. Tapi keadaan memaksa. Balik nanti kena cium mak sepuluh kali ni, kira basuh dosa. Wajah tak puas hati syamin dipandang.
"ehhh kau rasa aku kena pakai macam ni ke?" duga Mazliana.
"mesti. inilah dia Mazliana Hj Nordin yang sebenar, kau tu cantik sebenarnya tapi satu je masalah kau ni selekeh" wajah ayu milik Mazliana dipandang. Dia tersenyum.
"amboiii...sedapnya kau mengata aku, kalau nak buat kritikan menyakitkan hati kecil aku ni, buatlah off record cerita dekat belakang. Ini live!! siaran terus menerus kalau mak aku dengar mesti dia kecik hati tahu tak"
"sebab aku ni kawan kaulah aku beritahu live". Jelas Syamin.
"elehhh selekeh-selekehpun muka ni juga jadi pilihan Bos kau tu kan.." mazliana membanggakan diri. Biasalah siapa lagi nak tekan lif kalau dah masuk, diri sendirilah.
Ini kali kedua dia melihat wajah ayu milik temannya itu. Pertama semasa hari konvokensyen mereka kedua adalah jam dan saat ini. sikap sempoi Maz membuatkan dia tidak langsung mementingkan penampilan. Teringat peristiwa maz yang masuk ke bilik kuliah dengan memakai sweater dan seluar track hitam. Gayanya itu disambut dengan gelak tawa satu kelas. Tapi dia hanya tayang muka slamber.
"alaaa kau macam tak biasa pula.. aku kan sempoi"
"sempoi kau tu dah tahap perlukan bantuan 999 tahu tak"
"kenapa pulak?"
"sebab kau kalau nak dibandingkan dengan Mak Cik mereng depan kampus dulu, dia lagi lawa kau tahu tak" ketawa Mazliana pecah. Wajah Mak Cik mereng berbaju kebaya merah ketat dan kain batik belah terlayar di mindanya. Ketawanya pecah lagi.
"kau ketawa kenapa?" tanya Syamin. Pelik.
"Mak cik mereng... oittt jalan kalah ratu cantik, body mak aikkk ala-ala pelakon bollywood..sekali suara jantan..." ketawanya pecah lagi kali ini dia menekan perutnya. Syamin turut tertawa. Siapa tak kenal Mak Cik mereng, Mak nyah yang paling popular. Meletop mak..tiba-tiba bunyi hon dari luar mengejutkan mereka. Syamin menjenguk dari tingkap. Kelihatan kereta BMW milik bosnya sudah tersadai di bibir pagar. Encik Zikri keluar dari pintu sebelah pemandu.
"hahhh tu bos kita dah sampai"
"bos kau je ok.."
"alaaa kan kau dah kerja dengan dia sekarang"
"tak ada maknanya aku ni part time je. So itu bos kau" tegas Mazliana. Dia menarik sedikit baju kurung ungu lembut yang dipakai, lalu duduk di birai katil.
"ehh boleh pulak kau duduk balik cepatlah bos dah tunggu tu, nanti lambat pula" desak Syamin. Pening juga dia kalau Maz mogok tak nak keluar, silap hari bulan kena buang kerja macam ni.
"hidup kita ni biar lepak tapi hasil dia gempaq" bisik Mimi di telinganya. Mazliana mencebik.
"banyaklah kau punya lepak kang kena sepak baru kau tahu"
Zikri berdiri tegak di sebelah kereta macam tengah nyanyi lagu Negaraku pulak. Matanya tertacap pada wajah ayu di depannya. Cantik. Bisik hati kecilnya. Lama dia terdiam memuji tanpa suara. Zikri merapati dua wanita yang sudah melepasi pagar itu. Mazliana nampak manis dengan baju kurung ungu lembut, rambutnya dibiarkan lepas ditiup angin malam. Simple tapi menawan.
"Cantik Mazliana malam ni" puji zikri perlahan. Syamin di belakang hanya tersenyum kambing. Mekar senyumannya apabila temannya mendapat pujian. Bukan senang bos nak puji orang. Bahu Maz dicuit sambil keningnya diangkat beberapa kali.
"ala...kalau kambing Nek Wan saya dulu pakai macam ni pun nampak cantik, pokok pangkal hati mahu bersih" tambah Mazliana.
Senyuman Syamin mati mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Mazliana. Terkedu seribu bahasa. Ada ke samakan dengan kambing. Penat aku mekap dia, kambing Nek Wan juga yang dapat nama. Pantas satu cubitan hinggap di lengan Mazliana.
"aduhhh..sakitlah, apa!!?"
"kau ni mulut tu cuba kawal sikit, cuba sehari ni kau jadi perempuan melayu terakhir tak boleh?" marah syamin.
"Mimi kalau aku jadi perempuan melayu terakhir tak adalah kau dekat sini" usik Mazliana dengan tawanya.
Bunyi nokia E63 membuatkan dua mata wanita itu tertumpu kepadanya. Zikri menjawab panggilan tanpa sempat meneruskan kata.
"emmm... kami one the way ni, lagi 10 minit kami sampai... jangan takut aku akan pastikan semua beres" kedengaran suara itu tenggelam timbul. Siapa lagi yang call kalau bukan Big Bos..
"marilah kita pergi sekarang, lagipun dah lewat ni" sengaja ditunjukkan jam di tangannya. pintu kereta dibuka memberi ruang untuk Mazliana masuk. Alamak rasa macam cinderella pula malam ni. Hishhh dah Mazliana jangan nak berangan semua ni lakonan semata-mata tiada kaitan dengan orang yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
***
Tengku Mariam melihat jam di tangannya. Baju kurung jenis sutera Korea yang dipakainya dibetulkan agar nampak kemas. Sekali lagi matanya di arah ke pagar besar. Gembira bukan main malam ni. Tak sabar rasanya nak mempertemukan anaknya dengan bakal menantu pilihan hati. Kalaulah mereka jadi mesti aku cepat dapat cucu.
"kenapa awak ni Cik Yam, dari tadi tak duduk diam" suara Tengku Mazlan dari belakang membuatkan dia terkejut. Tangannya mengurut beberapa kali dadanya, cuba meredakan rasa.amboi siap pantun dua kerat.
"anak kesayangan awaklah ni..entah mana dia pergi, sikit lagi Datin dan Dato dah nak sampai dengan Natasha, tapi bayang si Is ni pun tak nampak macamana ni abang?"
"kan dia dah janji nak balik..jangan risaulah mesti dia balik lagipun bukan anak kesayangan awak si Zikri tu ikut sekali tadi lagipun bukan anak awak tu tak pernah jumpa si tasha tu. Selau sangat tengok, entah-entah dah jemu"
Senyuman kelihatan di wajah kerut isterinya. itulah sifat Tengku Mariam yang menarik hatinya.sekali pandang terus terpikat. Teringat saat ingin dijodohkan oleh keluarga, dialah yang menentang habis-habisan tapi apabila menatap pilihan ibunya itu hati terus cair. Rasa cinta yang tak pernah wujud tiba-tiba datang. Mereka bahagia dan bertambah bahagia apabila dikurniakan Iskandar dan Zikri.
"apa yang awak termenung tu Bang Lan?" itulah nama manja mereka Cik Yam dan Bang Lan. Sejak dulu nama itulah yang memekarkan lagi kasih sayang tengku Mazlan dan Tengku Mariam.
"emmm..teringat masa kita muda-muda dulu, kalau saya tahu awaklah cinta saya tak payah saya buat mogok 3 hari masa papa nak satukan kita".
"emmm.. konon tak suka jodoh keluarga tapi last-last tengok siapa yang angau bang Lan oiiii"
"itulah sebab saya sambar awak masa tu juga, sebab I love You" berkerut dahi Tengku Mariam, buang tabiat ke orang tua ni. Umur dan banyak nak ber ‘lap- lap’ lagi. Tapi akhirnya dia tersenyum.
"abang rasa Is terpikat tak dengan Tasha?"
"emmm tak boleh nak ramal perangai anak teruna awak tu.. semakin hari semakin pelik."
"itulah yang saya risau tu bang sejak Si Julia tu tinggalkan dia, dia macam dah tak ada hati dengan perempuan saya tengok. Saya risaulah bang"
"hishh awak ni, kita dah bagi dia didikan yang cukup. Dia dah besar" Tengku Mazlan cuba menutup kebimbangan isterinya. Walaupun hakikatnya dia sendiri risau dengan keadaan anak tunggalnya tu.
Bukan sedikit kekecewaan Iskandar apabila ditinggalkan begitu saja oleh seorang gadis yang sangat dicintai. Bukan dia tak nampak betapa menderita hati anak tunggalnya walaupun Iskandar sentisa tersenyum. Sampai sekarang berita tentang julia masih hambar. Julia Hana Model terkenal yang menjaring cinta dengan anaknya sejak dari Universiti lagi tapi akhirnya hilang tanpa khabar berita. Lenyap macam tu saja.
"bang Datuk dengan Datin dah sampai tu" Tengku Mazlan tersedar apabila mendengar suara isterinya. Kereta mewah yang menjalar masuk ke halaman rumah disambut dengan senyuman mesra.
"laaaa dah sampai dah orang yang kita tunggu"
"mestilah kita sampai kan kita dah buat janji" ketawa Datin Jamilah. Dan tengku mariam bersatu. Ketika itu tasha tersenyum malu.
Tengku Mazlan memandang sekilas ke arah bakal menantu pilihan isterinya. Macam ni nak jadi menantu aku? Pakai baju tak cukup kain baju tak cukup benang?..Ya Allah kau selamatkanlah anakku dari percaturan ini. Tengku Mazlan berdoa dalam diam.
****
Kereta Bmw 5 series black memecut laju. Encik zikri mempamerkan tahap kecekapan pemanduan ala-ala pemandu taraf lima bintang. Mak aiiikkk boleh tercabut rambut palsu. Kalau Michael Schumacher dengan Fernando Alonso tengok mesti diorang menangis 2 hari.
"bos kalau ya pun dah lewat agak-agaklah bawa kereta tu, ingat nyawa saya ada jual dekat bengkel Ah hong jalan TAR ke?" zikri tersenyum. Sama je bos-bos ni memang tak pandai nak hargai nyawa orang. Ehhh nyawa aku..
"kalau ada jual dekat situ senanglah" jawabnya perlahan. "awak dah sedia dengan tugasan awak malam ni? pastikan rahsia kita selamat.." tanyanya lagi.
"rasanya selamat.. tapi kalau bos bawa kereta macam ni takut kita dua-dua yang selamat, kalau tak orang ziarah dekat ICU mereka ziarah kita dekat tanah perkuburan Islam"
Ketawa Zikri meledak keluar. Dia memperlahankan pemanduannya. Memang betul laju juga macamana boleh tak sedar. Bahaya betul. Jelas terlihat hembusan nafas lega dari wajah Mazliana. Entah kenapa dia senang dengan Mazliana. Sikap Mazliana membuatkan dia betul-betul selesa.
"jauh lagi ke rumah Tengku Iskandar ni?"
"dah nak sampai dah... awak bolehlah kalau nak betulkan apa yang tak betul" Mazliana menjeling tajam. Sesuka hati dia nak perli aku. Ingat ini siaran tak berbayar ke nak betul-betulkan channel. Melampau.
"Tengku Mariam dengan Tengku Mazlan tu ok ke?" tanya Mazliana ada nada gementar di situ.
"kenapa awak takut?"
"emmm saya takut nanti mereka yang takut tengok saya"
"tak mungkin mereka akan takut tengok bakal menantu secantik ini" puji Zikri lagi.
"Bos ni kenapa dari tadi puji melambung..saya tak makan pujilah bos, saya makan nasi"
Aku bukan boleh kena puji ni, kalau salah puji kang ada pula yang kena keji. Masa tu nak menangis air mata darah sekalipun tak berguna lagi. Terasa jauh pula perjalanan ni. Tiba-tiba signal sebelah kiri dinyalakan tanda nak belok kiralah tak akan kanan.
"ehh nak kemana pulak ni?" tanya Mazliana.
"tu.." muncung Zikri panjang ke depan mengarah ke arah Gen-2 Hitam. Kelihatan Tengku Iskandar sedang berdiri resah di tepi kereta. Kali ini lelaki itu nampak santai dengan T_shirt putih dan jeans hitam. Rambutnya disisir rapi ke belakang. Cahaya lampu jalan membuatkan dia dapat menganalisis penampilan lelaki di depannya.
***
"mana dia budak kelibut tu?" Iskandar meninjau-ninjau ke arah kereta.
"kelibut?" tanya Zikri pelik.
"kelam + kabut = kelibut" jelas Iskandar. Zikri ketawa perlahan, tapi ketawanya mati apabila melihat jelingan Mazliana. Iskandar masih mencari-cari.
"kenalkan saya Mazliana Hj Nordin" bisiknya perlahan tapi cukup memberitahu kewujudannya di situ.
Iskandar memandang sekilas ke arah wanita ayu di sebelah Zikri. Diam. Meneliti sedalam-dalamnya wajah di depannya. Hah??!!. Dia cuba menahan ketawanya tapi akhirnya ketawa itu kedengaran kuat. Zikri hairan Mazliana bertambah pelik. Apa kena bos besar ni tertelan gigi palsu ke?. Atau kena tegur dengan ‘sesuatu’, eiii tiba-tiba bulu romanya tegak berdiri.
"macamana kau make over budak ni sampai akupun tak kenal.. bagus betullah.. tak sangka mekap boleh jadikan awak macam miss world". Bulat mata Mazliana mendengar ulasan Bos Besar. Gurauan kutub selatan mana pulak ni. Memang menguji tahap kesabaran. Kalau ada senapang patah dah lama aku tembak lubang hidung mamat ni.
Wah! hebat betul gaya bos kau ni berbicara syamin. Berbudi bahasa kau kata bos kau ni.. eiii hampeh. Rupa ada tapi perangai reject. Mulut bau longkang. Mazliana menarik nafasnya perlahan-lahan. Cuba mengeluarkan kemarahan yang membara di hatinya.
"saya ingat tiang manalah terpacak tepi jalan ni..rupanya Bos Besar.. buat apa sampai tiang lampu tepi jalan macam ni?" Mazliana bersuara. Zikri tersenyum. Mula dah...
"Zik kau bawa teruslah kereta aku tu.. aku bawa kereta kau"
"beres.." Zikri berjalan mendekati BMW milik Iskandar yang dipandu tadi.
"ehhh awak nak ke mana tu?" tanya Tengku Iskandar apabila melihat Mazliana yang mengekori belakang Zikri.
"laaa... pergi mana lagi kata nak ke rumah Bos Besar, tak akan nak main sorok-sorok pulak dekat tepi jalan ni"
"habis tu awak nak ke mana?"
"ikut encik Zikrilah"
"hahhh...awak calon isteri siapa? Saya ke dia?"
"bos besar " jawabnya perlahan
"so..tunggu apa lagi?" satu arahan. Mazliana terdiam. Dah macam bola ping pong pulak aku rasa. Ke sana ke mari.
Dalam kereta masing-masing melayan perasaan. Sepi. Mazliana mencipta diolog yang bakal dilakonkan sebentar nanti. Iskandar pula masih menumpu ke arah jalan. Tak sampai 10 minit mereka sampai di sebuah mahligai yang tersergam Indah. Pintu pagar emas itu terbuka sendiri apabila Tengku Iskandar membunyikan hon. Mata Mazliana menangkap kilauan cahaya yang menyimbahi mahligai di depan matanya. Mak Aiiiikkk ni rumah ke istana?..
‘Cik Mazliana hj Nordin kalau kau nak tahu aset Tengku Mazlan tu 7 keturunan pun tak habis tahu tak. Setakat beli lipstik ni tak bagi kesan sikitpun’ kata-kata Syamin terdengar kembali. Memang betullah bapak punya kayalah.
Mereka berjalan seiringan. Encik Zikri di belakang sedang asyik dengan panggilan telifon tapi tetap mengekori langkah dia dan Bos Besar. Dari situ mereka berjalan melepasi satu taman yang sangat cantik siap dengan kolam air pancut. Seni ukiran pada bangku rehat di dalam taman cukup menarik perhatiaannya. cantik. Matanya masih mengagumi keindahan yang ada disekeliling.
"dah mari kita masuk.." tangannya menarik tangan Mazliana laju. Tindakan spontan Tengku Iskandar itu membuatkan dia terkejut. Secara outomatik darah naik ke muka. Macam baru lepas kena renjatan elektrik.
"saya dah lama hidup dekat atas bumi ni bos besar. Saya tahu jalan sendiri" pantas ditarik kasar tangannya.
"tapi wahai ‘Calon isteri’ku, awak kena buat lakonan yang real hari ni, bukan lakonan tipu daya semata-mata" ..pap!!! tersentap lagi. Memang mulut tak habis belajar ni. "lagi satu saya tak nak dengar awak panggil saya bos Besar"
"habis tu nak panggil apa?"
"apa-apa jer..abang, sayang, but not Big Bos" Abang??! Mazliana mencebik. Abang pergi subanglah. Nak berabang-abang eiii geli tekak aku...
Zikri sudahpun melangkah masuk ke dalam mahligai itu meninggalkan mereka berdua yang dari tadi masih tak habis berbincang.
"kan saya kata jangan makan getah tu.."
" alaa bukan tak boleh buang, saya dah biasalah, kena juga buat senaman mulut" Mazliana membela dirinya.
"pakai baju kurung cantik dah, tapi kenapa mesti nak kunyah benda tu?" sekali lagi Iskandar tak puas hati.
"apa kaitan?"
"buang.." kali ini suara Bos Besar lebih tegas.
Dari tadi Encik Zikri sudah mendesaknya agar membuang gula-gula getah yang dikunyah tapi jelas arahan itu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sebaik saja melangkah masuk ke dalam mahligai mewah itu. Tiba-tiba jantungnya berdegup laju. Alamak kenapa gabra semacam je ni?.
"Bos besar agak-agak Tengku Mariam tu garang tak?" Iskandar tersenyum dengan pertanyaan Mazliana.
"Dont call me Bos Besar" bisik Tengku Iskandar.
"oppsss tersasul..sorry"
"awak jangan takut.. mama saya adalah wanita terbaik yang pernah saya jumpa" bisiknya lagi.
"terbaik konon tapi anak dia menipu juga" bisiknya lagi.
"apa dia?" bulat mata tengku Iskandar, kepala wanita di sebelahnya disekeh perlahan,
"apa ni Bos Besar sakitlah.." hishhh dia ni main sekeh-sekeh kepala aku pulak. Ingat kepala aku ni tak bayar zakat ke?.
"tu baru sikit" Tengku Iskandar tersenyum sinis. "jangan Nak ber ‘Bos besar’ lagi dekat dalam nanti, kalau saya dengar saya jentik mulut awak tu" sepantas kilat Mazliana menutup mulutnya. Hishhh!!! Ugutan ni..
"bos ni aset tahu tak.. ni mulut cari makan. Kalau apa-apa terjadi siapa nak tanggung saya? Bos?" mazliana mengomel lagi.
"dah jangan banyak bunyi boleh tak?..come"
Iskandar menghulurkan tangannya tapi tak disambut. Mazliana meluru ke depan meninggalkan Bos Besar dengan gaya price charmingnya.. salah oranglah bos, nak romantik-romantik ni bukan jiwa Mazliana Haji Nordin. Iskandar mengeleng perlahan, hishh spesies apalah yang kau bawa ni Zikri.?.
"macamana kalau dia halau saya?"
"awak ni kata Mazliana Haji Nordin tak akan kalah pada dugaan tapi... ni laa orang kata cakap je lebih tapi habuk pun tak ada"
"amboiii Bos besar ni jangan terlajak perahu ek..." sekali lagi kepalanya disekeh. "Aduhhh..!!.apa ni bos sakitlah, kalau rosak sel serebrem saya macamana? Biol 40 hari tahu tak"
"dah kalau mulut awak tu nak merepek tak tentu pasal, saya suruh awak balik kang nak?"
"emmm dah cepat jalan" Iskandar meneruskan langkahnya.
****
"haii abang Is.. lama Tasha tunggu. Habis dah cair mekap tau.." tiba-tiba kedatangan mereka diserang oleh seorang girl yang sangat gedik.. dia melentok di hujung bahu Tengku Iskandar. Wajah Mazliana berkerut. Siapa pulak ni?. Dipandang wajah serius Iskandar jelas tak berminat dengan kedatangan ‘gedik girl’.
"siapa suruh tunggu?" tingkah Iskandar. Mazliana menahan senyum melihat wajah kelat wanita di sebelah Bos Besarnya.
"mama dan papapun ada sekali..tasha ada hadiah untuk abang, emmm cuba teka..tekalah" eiii lintahnya budak ni. Nak je aku bagi tazkirah dekat sini. Mazliana tak jemu memandang ke arah wanita seksi yang memakai skirt hitam dan jaket berwarna coklat. Pakaian mencucuk mata. Tubuhnya terlentuk ke kiri ke kanan..memang macam lintah.
Iskandar membuka bungkusan ditangannya. Bukan sekali dia menerima hadiah dari wanita itu dah berpuluh kali sebanyak itu juga hadiah yang sama dipulangkan. Bulat mata Mazliana apabila melihat hadiah yang dibuka oleh Tengku Iskandar. Jam tangan emas dipandang tak berkelip. Mak aiiikk cantiknya. Boleh silau mata aku.
"emmm terima kasih tasha tapi abang dah ada banyak benda ni" Mazliana cuba mempamerkan senyuman plastik apabila mata hitam wanita itu menikam wajahnya.
"Abang ingat tak masa dekat Milan dulu kita ada beli satu bear besar...Tasha masih simpan lagi tau, bila tidur je mesti Tasha peluk. Macam peluk abang..." Mazliana ketawa kecil. Ketawanya mati apabila Tengku Iskandar menjeling tajam. Marah plak. Bukan salah aku.
"abang siapa pula ni?"
Tasha memandang wajah disebelah Tengku Iskandar dengan pandangan yang meluat. Jelas matanya bagai nak terkeluar apabila Bos Besar memperkenalkan aku sebagai ‘kekasih hati’ merangkap ‘calon Isteri’. Terbangun semua yang duduk di sofa buatan Luar Negara itu. Tengku Mariam memandang Tengku Mazlan. Mereka saling berpandangan hanya mata yang memberi isyarat. Wajah Datin Jamilah sudah kelat.
"Ini Mazliana Haji Nordin bakal isteri Is" Zikri menyimpan senyum apabila melihat wajah terkejut Mak Engku dan Pak Engku. Kelakar. Kalau tidak fikirkan dia sebahagian dari cerita dah lama dia gelak terguling-guling.
"Isteri?!!" Tanya Tengku Mariam sekali lagi. Tengku Mariam tiba-tiba rebah. Tubuhnya sempat disambut oleh Tengku Mazlan.
"Mama!!!"
"Mak Engku!!"
Zikri dan Iskandar berlari serentak mendapatkan tubuh wanita itu. Mazliana cuak. Terpaku disitu tanpa bergerak walau satu incipun. Nafasnya seakan terhenti. Haiii hodoh sangat ke wajah aku sampai Calon Mentua tengok pengsan..?. nak buat apa ni? Panggil polis?bomba?..
best...best.... rasanya mama is kenal dgn maz ni, kalau tak silap mereka pernah bertembung kat taman kan! apapun, mmg best cite ni! i will and will follow.....................
makin lame citer ni..sy rase mcm zikri tu je hero... better maz dgn zik kot..hehehe..both describibg very sweet..hehehe... i like this story very much...tp drcinta 10 xleh bukak..huhu Diela_2009
dyadila, overall ok. mencuit hati dan melapangkan fikiranku cuma ada kala perasaan 'bosan' melanda bila perbualan agak panjang dan meleret-leret perasaan seronok dan bertukar jadi tak seronok
satu lagi, watak gedik si Tasha tu agak cliche perlu ke wujudkan watak sebegini lagi? saya kasihan dengan watak Tasha yang diulang tayang berribu-ribu kali
hehehe...suka gile cite ni.. to yunix: emmm kn senang bc diolog je heheh relax xyah bunga2....watak gedik tu rasanya xyah siankan kot sebab setiap watak de peranan masing2...btl x... pape pon bestttt dr cinta...
stuju ngn Tanpa Nama tu... rse mcm zikri plk hero... n sy lebih senang ngn watak zikri, ntah npe watak zikri mcm lebih menyerlah dri watak iskandar... rse mcm sesuai je mazliana ngn zikri... mesti sweet je klo dorg berdua... rse mcm nak zikri ngn mazliana plk.. hehehe
yes setuju ngn akira...zikri cam de something yang best je kan...nak Maz ngn Zik laaa... comel je. zikri cam macho sikit... heheheh suka cite ni... :) go...go/ love dr cinta...
korang2 best pon best jgk...tp jgn r desak2 soh smbung..t ilang idea penulis kite..tkot jd mcm 1 bloger 2 ttp trus coz xthn desakan kipas ssh matinya...huhu pape pon gambate to DIA ADILA...TERUSKAN usaha utk berkarya...kerana karyamu amatlah berharga...mcm pnh dgr plk..huhu
mmg kelakar giler cite ni.... dari mula bace sampai la ni syik gelak ayat2 mmg slumber... sambung cepat........ bagus n tahniah wat penulis so gooooooood.
Adoi......!!! satu lg citer aku kne cover gelak yg xbleh blah kat opis... mmg best giler...!!! Maz mmg sengal ar...kalo aku jmpe yg realiti akan ku tarik telinga dye...hahahhh....
best giler.......salute la....awk ni keturunan ape smpi leh wat lawak tahap t'burai isi perut...klu pompuan mengandung bace ni,gerenti dah beranak..tp pompuan yg mengandung 9 bln la....congrats....i hope u will b'karya lg....hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha....
dlm banyak2 yg saya baca... cerita nie memang best giler... x rugi, x kering gusi, sampai boleh senyum sorang2... x sabar nak tau cerita seterusnya... syabas kepada penulis...
dah cr.kat MPH,kat popular..semua bg jawapan lbh kurang sama.'dah abes dik..kita pun tgh tunggu order br sanpai.mmg ramai yg cr novel tu'..frust btu aku.sape tau kat mana aku leh dptkan?.tq
Buku yg sgt menarik..bila dah baca perasaan ingin tahu jln cerita seterusnya. cerita yg membuatkan pembaca sentiasa terhibur. tahniah buat penulis novel dr cinta
kalo x silap cerpen ney sme dngn nvel yg sye prnh bli..n novel 2 adlh nvel favorate sye..klo korg bli msti x mnyesl !!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahaha..best betul la cite nie..aku suka yg last part tu.