Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aa dhoop maloon main..tere haathon mein Aa sajda karoon main..tere haathon mein Ho subah ki mehendi..chhalak rahi hai Aaja..Aaja mahiya..aaja mahiya Aaja..Aaja mahiya..ho..aaja mahiya Aaja mahi mere..Aaja mahi mere
Dua insan berlari sambil berpegangan tangan, tersenyum menatap wajah yang sangat kacak. Tersenyum..tersengih.... main cak-cak di sebalik pokok.. ala-ala macam cite kuch-kuch hota versi pakai seluar jeans.. bergolek di atas rumput yang menghijau...dunia terasa indah.
GEDEBUKKKKK.....aduhhhhhh!!!!..jerit Mazliana kuat. Sekali lagi adegan terjun katil.. kali ni bukan macam nangka busuk tapi lebih dasyat. Nangka Made In India mari, jatuh tergolek.
"hah...aduhh..gila apa mimpi aku ni bleh plak masuk lagu hindustan ni.. bila pulak aku layan hindustan aduhhh!! sakitnya apa ke malangnya cerita ni asyik jatuh katil je penulis tak ada adegan lain ke mesti tak ada Idea...?" rungutnya sendiri.
Dia bangun membetulkan kedudukan pinggang yang dah tak berapa betul kalau dua kali lagi aku jatuh katil alamat arwah terus. Lepas ni nekad aku tidur bawah katil..aduhhh... sekali lagi dia mengosok belakangnya. Bos besar??!! Macam mana pula dia boleh tembus masuk dalam mimpi aku ni?, maknanya aku main lari-lari dekat pokok dengan bos besar??!! Eiiii ngerinya mimpi...
"haii...anak dara baru nak bangun..kenapa ni?" Puan Maznah menjenguk di muka pintu. Mazliana hanya mampu tersenyum.
"jatuh katillah Mak"
"jatuh katil?". Puan Maznah mengeleng sambil mengutip bantal yang sudah bersepah di lantai. Memang versi anak king kong tidur. "ni subuh tak tadi?" sambung Puan Maznah, tangannya ligat mengemas pensel warna yang bersepah di tepi katil.
"ABC la mak..."
"ABC??" berkerut dahi si ibu. Jawapan tak ada makna. Maknanya tak fahamlah tu.
"ABC=Allah Bagi Cuti" jelas Mazliana. Faham sangat ketidak tahuan maknya. Dia ketawa.
"hari ni tak keluar ke?"
"emmm ada hal pukul 10 ..." balas Mazliana malas. Teringat janjinya dengan Bos pagi ni. Sejak menandatangani MOU secara rasminya Bos-bos Syamin menjadi Bosnya. Walaupun pahit tapi kenyataan itu terpaksa ditelan. Lagipun dapat duit...
"pukul 10??"
"yup...mak kesayangan hamba..." pipi Puan Maznah dicium perlahan, tubuh itu dipeluk, sayangnya dia pada wanita ini. tak boleh nak diterangkan dengan ayat lazim..
"Mazliana Haji Nordin..."
"Ya..Puan Maznah isterinya Hj Nordin.." Mazliana berbaring di ribaan ibunya.
sekarang ni dah pukul 10.45 pagi...." dengan selamba Puan Maznah menayangkan jam loceng Sincan yang ditarik dari atas ...
"Hah!!!!.......Alaaa kenapa mak tak bagi tahu semalam, aduhhh lambat dah ni..matilah" dia terus meloncat dari katil ke bilik air. Alaaa.. mandi ala kadar je la.. kena sahut kempen kerajaan ‘jimat air’. Puan Maznah mengelengkan sekali lagi. Dia keluar meninggalkan bilik anak daranya.
"ehh..Maz tak nak sarapan dulu?" Tanya Puan Maznah sebaik saja kelibatat anak daranya melintas laju.
"emmm..dah lambat ni mak.." dia kelihatan tergesa-gesa. Nasib baik rambut lurusnya persis iklan shampoo, guna jaripun boleh. Tak payah fikir nak sikat-sikat. Redah je. Ditarik getah ikat belacan yang sedia ada di tangan dan rambut ditocang satu macam ekor kuda.
"haiii lupa something nampak?" perli Puan Maznah sambil tersenyum melihat langkah anaknya terhenti.
Mazlian berpaling memandang wajah ibu tersayang, Aiseman mesti lupa something yang wajib. Hishhh macamana ni? Nasib baik mak ingatkan. Dia melangkah laju mendapatkan puan Maznah semula. Satu ciuman nipis melekap di dahi dan pipi.
"sayang mak..." bisik Mazliana. Sekali lagi membuatkan Puan Maznah tersenyum. Itulah bezanya Mazliana dengan kakak-kakaknya, anak gadisnya itu terlalu mudah mempamerkan kasih sayang. Setiap kali mahu keluar rumah mesti tangan dan dahinya dikucup terlebih dahulu.
"jalan elok-elok jangan nak langgar orang pulak" sempat lagi Puan maznah berpesan.
***
Dia berjalan perlahan. Lelah belum lagi habis, nafasnya sempot. Terpacul wajah Encik Zikri di muka pintu masuk MM Holding Tingkat 12. dah laa tinggi nak mampus..aku juga kena panjat tangga!!ehhh bukan naik lif. Kalau kena naik tangga dah tentu-tentu aku tak naik.
"kenapa lambat?" tanya lelaki tu. Tak sempat bagi salam.
"sebab tak cepat so lambatlah " Zikri tersenyum mendengar jawapan Mazliana.
"dah cepat dia dah lama tunggu" tahu sangat dia yang dimaksudkan, siapa lagi kalau bukan Calon suami aku.
Wajah ditundukkan dari memandang renungan tajam lelaki di depannya. Macam biasalah buat muka bersalah. Memang salahpun...tiada senyuman di wajah lelaki di depannya. Garang semacam je. Ingat aku takut ke?.
"janji pukul berapa?"
"10 pagi..."
"sekarang?" tanya Iskandar lagi .
" 11. 45.... Bos Besar tak ada jam ke?"
"saya tak suka orang yang tak menepati masa"
"Tahu..sayapun tak suka."
"habis?" sergah Tengku Iskandar kepada Calon Isterinya.
"tak habis lagi Bos Besar cerita baru nak mula belumpun masuk klimaks" Mazliana berdiri tegak . Dari tadi bos Besar itu kelihatan sibuk dengan fail di depannya.
"awak memang suka menjawab ek?"
" kalau saya tak jawab nanti Bos besar cakap sesorang pulak...tak pasal-pasal dapat cop Tanjung Rambutan" ucapnya selamba. Mazliana duduk di kerusi bertentangan dengan Tengku Iskandar.
"ada saya suruh awak duduk?"
"seumur hidup saya ni Bos Besar tak pernah lagi orang suruh saya duduk baru saya duduk.. selalunya saya duduk dulu baru dia suruh duduk" Mazliana tersengih. Hahhh pening kau kena ayat pusing fening aku. Jelas muka tak puas hati Bos Besarku...nasib kaulah Tengku Iskandar.
"awak jangan buat lawak bodoh dekat sini" marah Iskandar. Panas hatinya apabila terpaksa menunggu..
"bila pulak aku buat lawak? Kalau buat lawak masuk raja lawaklah" katanya sendiri. Cukup perlahan.
"apa awak cakap Mazliana?"
"hah?? Tak ada apa-apa..Bos Besar nak jumpa saya buat apa? Nak belanja makan ke?" tanyanya lagi. Saje nak tukar topik.
"kenapa awak lambat??" soalan dijawab soalan. Penyakit betul.
"lewat bangun Bos Besar.."
"Lewat Bangun?? Alasan Darjah berapa awak bagi ni?"
Mazliana garu kepala, laaa betul apa aku bangun lewat, tak akan nak cerita aku bangun lambat sebab mimpi ngeri. Berlari-lari tepi pokok aku sebagai heroin dan dia sebagai Hero. Hishh dil to pagal hai!..
"kenapa awak diam!!?" sergah Iskandar. Marahnya masih belum reda.
"Mak kau menari atas pokok..." Mazliana menekup mulutnya dengan tangan. Hah sudah jangkit penyakit Syamin.
"Apa??" Iskandar memandang tepat ke wajah yang kelihatan kusut di depannya.
"dil to pagal hai Bos... ehhhh!! Bos besar ni janganlah main sergah macam tu.. ingat nyawa saya ada jual dekat Mid Valley ke?" senyum di bibir disembunyikan.. Lawak juga budak ni. Marahnya beransur surut. Iskandar sekali lagi berdehum.
"awak baca ni" fail merah itu ditolak ke arahnya.
Hishhhh...dahinya berkerut memandang fail yang ditolak dekat dengannya. dari keturunan manalah Bos-bos aku ni?.. sikit-sikit kena baca..sikit-sikit kena baca!...bosan betul. Tahulah belajar tinggi dah terlebih pandai tak payahlah buat kempen ‘jadikan membaca amalan kita’ dekat aku. Malassss.....
"apa awak merepek seorang diri ni.. ?"
"hah!! mana ada. Bos besar tak nampak ke saya tengah bacalah ni?"
"awak baca apa?"
"laaa isi dalam fail nilah.." Mazliana tayang muka tak puas hati. Mereka dipisahkan dengan meja buatan itali yang unik. Diatas mejanya hanya ada sebuah komputer riba dan beberapa frame gambar yang mengadap Bos Besar .
"awak sekolah dekat mana baca terbalik macam tu?" Fail yang terbalik dipandang ehhh haa sudah...terbaliklah pulak!!!.. cepat-cepat fail itu dibetulkan.
"saya biasanya memang baca terbalikpun Bos besar..." jelasnya sambil tersengih, hakikatnya nak tutup malu je.. dia membaca apa yang tertera dalam fail itu. Macam budak sekolah suruh baca..kena baca.
( 25 Syarat ‘Calon Isteri’ )
"apa ni bos besar?"
"tak akan awak tak pandai baca" Sindir Tengku Iskandar. Mazliana mengigit bibirnya geram. Kalau ikutkan hati dah lama aku buka bunga silat dekat mamat ni. Sengaja nak sakitkan hati nurani aku. Teringat mimpinya pagi tadi. Dia tersenyum..
"Syarat?.. macam masuk Akademi Fantasia pula... " Mazliana bersuara setelah diam dua minit.
"itu adalah syarat yang awak kena ikut sebelum saya putuskan awak bukan calon isteri di depan mama dan papa saya"
"kenapa 25 letaklah 100 ke 1000 ke biar juling mata aku baca" bisik Mazliana sendiri.
"apa awak cakap?" hishh telinga lintah juga Bos besar ni.
"ehhh...tak ada pape arr Bos Besar, tapi kan perjanjian kita sehari je"
" ya, tapi sebelum dan selepas masalah saya selesai saya nak nama awak bersih"
"Bos besar ni ingat nama saya ni Tong sampah ke? Memang selama ni nama saya bersih" mazliana tak puas hati.
"itu apa yang awak rasa.. bukan apa yang orang lain tengok"
"ehhh.. apa kaitan orang lain tengok dalam cerita ni?"
"banyak kaitan.. Saya pewaris MM holding, cerita saya diburu wartawan.. all about Tengku Iskandar Tengku Mazlan akan diperkatakan"
"apa kaitan saya dengan Tengku Iskandar Tengku Mazlan?"
"sebab awak Calon Isteri saya untuk sehari" Mazliana mencebik.
"awak juga akan dikaitkan dengan saya lepas ni..jadi awk kena ikut perancangan"
"baik Bos Besar" nasib baik aku dah amik duit pendahluan buat pelaburan gerai burger Taufiq kalau tak dah lama aku blah dari sini. Dia bangun niatnya untuk keluar, malas berlama di situ.
"ehh nak kemana tu?"
"keluarlah"
"saya tak suruh awak keluar, duduk depan saya baca" langkahnya terhenti. Baca depan dia? Apa kes. Kenapa pula diktator pula mamat ni.
"saya baca dekat luar jelah Bos Besar"
"No..just do what I say" Mazliana akur. Perlahan dia duduk kembali. Dia kembali membaca isi kandungan dalam Fail itu.
Kalau aku ketawa nanti dikatakan kurang ajar, kalau aku senyum kang dia kata aku sindir dia pulak. Kalau aku buat tak tahu nanti dituduh mengabaikan tanggungjawab pulak. Tapi aku memang tak boleh terima lawak sekelakar ini dalam hidup aku. Akhirnya ketawa yang dari tadi ditahan terlepas juga. syarat yang terlakar di atas kertas putih itu dibaca. Hishh dan macam segmen cari jodoh, kena baca kriteria-kriteria pilihan.
"kenapa awak ketawa?" Tanya Tengku Iskandar pelik. Wajahnya cukup serius.
"Bos apa kaitan semua ni dalam cerita kita ni?" Mazliana masih ketawa.
"kait atau tak kait saya tak mahu dengan apa yang patut awak buat ikut sahaja apa yang ada dalam tu" kata Iskandar serius.
"syarat ke 15 saya tak boleh keluar dengan lelaki tanpa izin Bos Besar...?"
"yup....tak boleh sama sekali.." lelaki itu masih tekun dengan kerjanya.
"kalau ayah saya?" satu lagi soalan tak berapa ilmiah ditujukan kepada Tengku Iskandar. Dia mengigit bibir dia tahu Maz sengaja mengenakannya.
"kalau ayah awak bolehlah...jangan jadi bendul"
"hahhh..lain kali tulislah selain daripada dalam kurungan mereka yang terlibat..barulah betul.." Mazliana mengambil Pen yang ada di depannya lalu menambah apa yang diucapkan.
"apa awak buat tu?"
"Bos Besar kalau perjanjian kita ni dibawa ke makhamah tinggi pihak pendakwa atau pembela dari dua-dua pihak akan mempertikaikan syarat kontrak kita ni... lagipun manalah tahu kalau saya berniat nak saman Bos Besar.." tengku Iskandar memandang tepat ke arahnya. Matanya membulat selagi boleh.. eiii macam marah je mamat ni.
"awak ada niat nak saman saya?" duga Tengku Iskandar. Wanita di depannya terasa kecil.
"saya kata kalau...kalau tu bermaksud sama ada Ya atau Tidak.." jelasnya sambil menelan air liur. Gerun juga tengok muka Bos besar. Walaupun hensem tapi mak aiiikkk garang tak bertempat.
"bos besar... syarat ke sembilan saya pandai memilih kawan mestilah seorang manusia.." ketawa Mazliana pecah lagi. Hampir nak keluar air matanya. Tak lulus bahasa melayu ke apa Bos aku ni.
"apa yang awak suka sangat?" sekali lagi dia mengigit bibir. Tercabar apabila syaratnya ditertawakan.
"memanglah selama ni saya berkawan dengan manusia...bila pulak saya kawan dengan orang hutan" katanya sisa ketawa yang masih ada. Sengaja dia mempertikaikan sesuatu yang jelas. Bukan dia tak tahu maksud ayat tu.
"maksudnya awak kena bijak memilih kawan jangan berkawan dengan perompak ke pencuri" jelas Iskandar serius. Mematikan ketawa Mazliana. Dia kembali tunduk meneliti syarat di depannya. Muka tak ada perasaan.
"syarat ke 20 saya kena berpakaian sopan...haiii Bos besar bila masa pula saya pakai pakaian menjolok mata?" tanya Mazliana tak puas hati
"emmm awak tengok sendirilah dekat cermin besar dekat luar tu.. getah rambut awak tu orang dah buat bungkus belacan tahu tak. Menjolok mata tak pe jangan menyakitkan mata" sindir Iskandar. Kali ini lelaki itu tersenyum sinis.
"tapi......"
"ok kalau tak ada apa-apa awak boleh keluar dekat sana pintu" cishhh siap tunjuk pintu lagi..aku tak habis cakap lagi. .
"saya tahulah tu pintu lagipun bukan saya nak jadi cicak woman pulak keluar ikut suka hati...panjat ikut dinding" ketawa Mazliana pecah, walaupun lawaknya tak berapa menjadi di depan Iskandar tapi dia punya motif mengenakan Bos besarnya itu.
***
"ini semua tak adil!!" katanya sambil menghentak kuat meja syamin.
"ooo mak kau tak mandi pagi...ehhh aku tak mandi semalam.." Syamin melatah. Dia mengurut dadanya perlahan. "apa ni main ketuk-ketuk ingat ni makhamah ke nak adil tak adil?" Syamin tak puas hati.
"kalau boleh bawa ke makhamah kau adalah orang pertama yang akan dihukum mati mandatori tahu tak"
"ehhh...atas kesalahan apa pula?"
"atas kesalahan mencabul hak kedamaian dan kebebasan aku" Tegas mazliana.
"amboii sejak bila pula ada undang-undang macam tu.. sampai hukuman bunuh pula tu..nampak sangat tak layak jadi lawyer"
"hahhh... kau jangan nak loyer buruk dengan aku... kang tak pasal-pasal ada yang makan sup ikan bilis sebulan.. nak" Mazliana kembali duduk di kerusinya. Sejak keluar dari bilik Bos besar tadi hangin dalam badannya bergelora kuat.
Fail merah yang dalam tangannya diberikan kepada Syamin, tekun temannya itu membaca mesti dah kena Virus bos dia maklumlah anak buah. Tapi memang sejak pertama kali mengenali syamin temannya itu memang hantu Novel. Cakap je nama penulis mana novel apa semua dia tahu. Jadi memang secocok macam pinang dibelah dualah dia kerja dekat tempat ni. Penyokong ‘membaca budaya kita’.
"mulut kau jangan terlajak perahu ek... kalau ikutkan aku dah lama aku sekeh-sekeh kepala bos kau tu..kalau tak sebabkan kau kerja dekat sini dah lama aku...."
"dah lama awak nak buat apa Mazliana?" celah satu suara dari belakang.
Gerakan tangannya kaku. Terasa nafasnya terhenti. Perlahan dia berpaling. Tengku Iskandar di belakangnya dengan Encik Zikri yang tersengih-sengih. Alamak macamana pulak dia ada dekat sini? Ekk memang la dia ada dekat sini dah syarikat dia. Dia menggaru kepalanya macam tetiba je ada kutu. Gatal semacam.
"apa awak nak cakap tadi?" tanya lelaki itu sekali lagi. Jelas dia mendengar setiap butiran wanita itu tapi sengaja lagi ditanya.
"saya nak cakap dah lama saya ada dekat sini..moleklah kiranya saya beransur pulang lagipun masih banyak urusan yang belum diselesaikan" bohong mazliana. Dia berpaling terus berjalan laju menuju ke pintu keluar.
"Tunggu!!!"
"ada apa lagilah bos besar??" Mata lelaki itu sekali lagi memandangnya dari atas ke bawah.
"fesyen ke?" tanyanya tiba-tiba. Mata berhenti di kakinya. Alamak kasut sebelah lain... aduhhhhh!!!!.....Malu Makkk!!!!!!!!!!!!!!! Wajah putihnya berona merah.
Zikri dan Syamin turut memandang ke arah yang sama. Belumpun sempat menarik nafas bertenang terdengar telinganya ketawa kuat mengekek dari arah syamin dan Zikri. Bos Besar hanya tersenyum sinis. Memang sengaja nak malukan aku.. nanti ada ubi ada batas!!
"ni fesyen terbaru Bos besar mana tahu.. lagipun kan sekarang ni apa yang pelik adalah seni" dia cuba menegakkan benang yang dah memang basah.
"kalau Ya fesyen tak akan sampai kasut sebelah lain.. siapa punya kasutlah awak sapu ni?"
"emmm tak perasanlah tadi...main redah je, nasib baik pakai kasut kalau tak, lagi masalah " jelas Mazliana. Walaupun penjelasannya nampak sia-sia.
Tengku Iskandar mengeluarkan sesuatu dalam poket seluarnya. Kad berwarna emas diletakkan ditangannya. Mazliana pelik. Apa benda pulak ni tak akan kad pokemon kot..
"awak boleh guna kad ni hari ni atas pantauan Encik Zikri" Arahnya sambil memandang ke arah Zikri dan lelaki itu menganggu perlahan. Mengerti akan tugasnya selepas ini.
"apa ni??" Mazliana bertanya sebaik saja bayang Bos Besar hilang.
"kau ni nama je belajar tinggi...tu kad kreditlah" jawapan tulus ikhlas dari Syamin.
"kau ni memang ala-ala mangkuk tingkatkan. Aku tahulah ini kad kredit tapi apa kaitannya dalam cerita ni?" jawabnya geram.
"dah jangan banyak soal jom kita pergi sekarang" Syamin dan Zikri berjalan laju meninggalkan Mazliana yang terpinga-pinga. Pergi mana??!!
****
Kalau ditanya pada mana-mana perempuan pasti inilah tempat yang paling disukai, kalau setiap hari datang menghabiskan masa dekat sinipun tak apa. Tapi bagi Insan bernama Mazliana Hj Nordin, aduhhh tempat macam nilah yang buat dia lemas. Bukan tak suka tapi bukan diri dia kalau berjam-jam berjalan ke sana-ke mari semata-mata nak mencari sepasang kasut atau baju. Tapi ni dah namanya kes terpaksa.......
Mulut Encik Zikri senget ke kiri dan ke kanan, kepala Syamin mengeleng perlahan. Satu keluhan berat kedengaran keras keluar dari mulut Mazliana. Dah masuk sejam dah masuk sepuluh pasang baju. Dari tadi masuk keluar bilik persalinan.
"weiii ini dah kes melampau ingat aku ni Model pasar malam ke nak cuba semua baju..Ingat ni skim Touch and Go ke?? Senang-senang je?" rungutnya lagi
Sudah hampir sepuluh kali dia mencuba baju-baju di butik Rozy, naik berbulu mata pelayan tu tengok muka RM1.50 aku. Hishhh buat malu orang kampung je.
"masalahnya tak sesuailah" Syamin memberi pandangan.
"emmm itulah sayapun rasa macam tu" mereka masih meneliti penampilan Mazliana yang mengenakan blous labuh bersama kain satin putih. Nampak terlalu over.
"ehhhh...ingat ini segmen masakan ke nak main rasa-rasa... jangan sampai aku buat benda bukan-bukan dekat sini, ada yang malu seumur hidup kang" ugut Mazliana. Wajah Syamin keruh. Zikri sudah tersengih-sengih.
"alaa....sabarlah lagipun baru sepuluh pasang awak cuba"
"bos jangan sampai bos pula yang kena pakai baju ni...nak?" blous ditangannya dihulurkan kepada Zikri.
"ehhh apa pulak saya"
"mana tahu kalau bos boleh berlakon jadi Calon Isteri Bos Besar tu..." perli Mazliana lagi. Syamin ketawa kuat. Kelakar melihat muka Zikri yang dikenakan Mazliana. Merah muka bos aku. Sekali tengok dari jauh macam sepadan pulak Maz ni dengan Encik Zikri..tapi kalau dengan Tengku Iskandarpun macam cute je..
Mazliana masuk semula ke bilik persalinan. Kalau dibiarkan alamat bermaharajalela mamat dengan minah ni. Dia kembali dengan uniform asalnya tadi jeans dan t-shirt lusuh. Dia berjalan laju meninggalkan dua orang yang tergesa-gesa mengejarnya dari belakang.
"apa kata kita cuba tengok dekat butik depan tu?" , cadang Zikri. Langkahnya masih laju mengikut pantasnya langkah Mazliana.
"apa kata kita balik je, kaki saya ni dah nak tercabut. Kalau bos nak pergilah dengan Syamin"
"apa pulak aku, yang nak beli barang bukan aku tapi kau"
"siapa pulak kata aku nak beli?" Mazliana berhenti tiba-tiba. Break kakinya pegun disitu.
"ehhh..bukan kau yang nak beli tapi kau kena beli" Syamin cepat-cepat membetulkan ayatnya.
Zikri melihat jam di pergelangan tangannya, lama juga mereka menghabiskan masa dekat sini. Susah juga nak bawa perempuan ni shopping. Selama ni dia hanya menemani Mak Engku ke butik tapi tak pernah pulak selama ni.
"oklah macam ni, awak berdua carilah apa yang sepatutnya. Saya ada meeting pukul 4 ni.."
"hahhh kalau macam tu lebih baiklah bos pergi dulu" kata Mazliana sambil tersenyum.
"halau saya nampak?" Zikri mengangkat keningnya.
"bukan halau tapi mempersilakan" sindir Mazliana.
"Syamin awak pastikan segalanya berjalan lancar ek.."
"beres bos" tabiknya hormat. Mazliana mencebik. Panjang muncungnya ke depan. Nampak sangat suka kipas bos. Patutlah si syamin ni jadi pekerja contoh. Silap tema betullah.
"Bos bawa kereta elok-elok ek" amboiii siap buat pesanan ringkas lagi. Syamin melemparkan senyuman ke arah Encik Zikri. Zikri melangkah pantas bimbang kalau dia tak sempat sampai ke MM holding.
"Bertuahlah kau Maz, apa lagi jomlah kita shopping....kad kredit dah ada tu." jerit Syamin separuh riang.
"amboii terus hilang keayuan dan kesopanan kau kan...dah tak payah nak nak bazir duit, setakat nak pakai baju untuk malam tu, baju aku banyak" Mazliana meneruskan langkahnya.
"alaaa bazir duit bos je..tak apa bukan duit kita"
"hah..banyaklah kau, nanti kau yang seronok aku dapat nama aku balik tidur lagi baik"
"tak nak beli apa-apalah ni?" duga mazliana. Dia kenal siapa mazliana. Tak mungkin temannya itu boleh duduk lama di shopping mall. Lainlah kalau dalam galeri seni. Mesti sampai malampun tak apa.
"tak payah.. balik aku kata" Mazliana menarik tangan temannya.
Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia memandang tepat pada pasangan yang tersenyum mesra tak jauh dari tempatnya berdiri. Ehh macam kenal mamat tu tapi siapa pulak dekat sebelah dia tu? Ehhh siap main cubit-cubit lagi. Hishhh melampau betul..
"apa kau tengok tu Maz?" Syamin turut mengalihkan pandangan ke arah yang sama. "ehh itu bukan Dr. Johan ke?..ehhh siapa pulak perempuan cantik sebelah dia tu?" suara Syamin membuatkan dia tersedar.
*** Apa pandangan anda tentang novel ini? Insyallah novel ini juga akan diberi peluang untuk di terbitkan. Teruskan menyokong novel ini dan penulis Dia Adila @ Dyadila
Assalamualaikum... hahahahahahahahaha.... boleh pecah preut kawan... sokong kalau novel ni diterbitkan. Boleh jadi macam penglupur lara gitu... apapun five star untuk Dia Adila... hahahahaha...
best, best! akak gelak sorang2 mcm org tak betul aje ni...... but make sure is dan maz benar2 end up as husband and wife!...sesuai gitu!please.............
penulis banyak idea baru nak bagi cerita ni menarik walaupun ada yang kata picisan tapi pada saya tidak cuma kalau terlalu meleret-leret boleh membuatkan saya bosan
tapi saya memang enjoy baca cerita ni
gud luck penulis harap dapat idea yang hebat untuk memantapkan lagi karya ini
best citer nie...cpt smbh... ader x saper2 yng tau tjuk citer yg kisahnye bdk lali n pompuan yg tprangkap lam lif..dak laki tu tua dr dak pompuan...bdk pompuan tu chldish n mnja....lps tprngkap lam lift tu, dal laki tu mntk prnts ye g pnang dak pompuan tu..lupe r nm watak..tp lau xclap dak laki tu keje pilot ko...lupe tjuk citer nie, nk bc...
sokong cite ni dibukukan...so best dari tadi bc aku asyik suke je... nasib baik xde orang kat sini klau tak mesti org kata aku tak betul..senyum sorang2 hahahahha.. go..go dyadila akak sokong...:)
Banyak sgt yang komen tanpa nama, jadi biar saya juga komen tanpa nama. Patut atau tidak novel ini dibukukan terpulang pada tauke lah.
Ceritanya lucu dan penuh humour, cuma hati-hati tentang abc tu. kepada penulis ,jangan takut dengan kritikan. kritikan itu ubat yang boleh membuka mata anda. Anda bertuah kerana MK sudi memerhati kerja penulisan anda, dia seorang guru penulisan novel dan pengkritik yang disegani. Usha-ushalah dia untuk menaikkan mutu penulisan anda. salam karya dari jauh.
Lawak lah cerita ni..hahha Gelak sorang2 time mlm.. Apa2 pun teruskn usaha anda
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Assalamualaikum...
hahahahahahahahaha.... boleh pecah preut kawan... sokong kalau novel ni diterbitkan. Boleh jadi macam penglupur lara gitu... apapun five star untuk Dia Adila... hahahahaha...