Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Setahun sudah berlalu….sejarah hitam itu masih tetap terpahat difikirannya. Mengimbau kenangan lalu yang amat pahit dirasai, yang mencalar hati dan sanubarinya. Walaupun memori silam masih samar – samar diingati, namun sebagai gadis yang punya harga diri dan maruah, dia tidak rela dirinya dinodai oleh lelaki yang tidak dikenalinya. Sekaligus memusnahkan harapannya untuk mengecapi kehidupan yang hakiki. Sebagai gadis normal dia punya impian dan cita – cita untuk berkerjaya dan berkeluarga.
Sepanjang tempoh kemurungan yang dialami Adawiya sedikit sebanyak merunsingkan keluarganya terutama sekali ibu. Ya..ibu yang banyak berkorban akan diri ini. Acapkali ibu bertanyakan tentang keadaanku, dan setiap kali itu lah aku sering mengelak dan menangis sendiri. Aku mengurungkan diriku selama itu. Aku tidak mahu sejarah hitamku diungkit dan diurai. Kusematkan sejarah itu di kotak fikiran agar menjadi rahsia abadi cuma aku, Marini dan lelaki itu.
"Laa..masih berkhayal lagi tu." teguran ibu mematikan lamunanku. "Apa saja yang dikhayalkannya". "Tak ada apa, bu. Cuma..eerrr.. Wiya teringatkan tawaran kerja yang abah katakan tu". Adawiya mencari alasan mudah.
"Abis tu, macam mana? Setuju ke dengan cadangan abah tu. Ibu bukan apa, risau tengok anak ibu ni, sejak balik dari KL asyik termenung, berkhayal dah tak ceria macam dulu. Lepas tu bila ditanya terus menangis. Runsing hati ibu, Wiya", sayu ibu menyuarakan hatinya. Aku turut merasai kesedihan ibu. Sebolehnya aku tidak mahu ibu bersedih melihatku namun airmataku mudah sangat mengalir tanpa dipinta.
"Wiya, ok la, bu. Ibu jangan sedih ya, jangan risau lagi lepas ni. Wiya akan bahagiakan ibu selalu. Mybe Wiya akan terima kerja tu. Lagipun abah dah susah payah untuk Wiya carikan kerja tu, takkan nak menolak pulak", jawabku sambil memeluk ibu dari belakang.
"Bagus la macam tu". Ibu tersenyum lega, begitu menyenangi jawapan yang ku berikan.
Petang itu, aku membantu ibu menyiapkan hidangan untuk makan malam kami. Memanaskan semula lauk tengah hari tadi yang masih berbaki. Hanya tinggal menggoreng sayur saja. Aku membasuh sayur itu, sementara ibu menumis bahan – bahan rencah yang disediakan sebentar tadi.
Setelah segala persediaan untuk makan malam selesai, Adawiya naik menuju ke biliknya, mencapai tuala di tempat penyangkut lalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Tubuhnya disiram dengan air suam – suam kuku dari tempat alat pemanas, hari ini dia tidak perlu tergesa – gesa untuk bersolat kerana dirinya uzur.
Adawiya amat bersyukur kerana tiada sisa benih yang menginap di rahimnya. Satu perkara yang amat digeruninya sejak kejadian malam itu. Perkara itu disahkan oleh doktor 8 bulan lalu apabila Adawiya dibawa ke klinik oleh kakak sulungnya, Adamina kerana didapati muntah – muntah dan pengsan di depan bilik air. Doktor memberitahu, aku hanya mengalami keracunan makanan. Berita gembira yang didengari itu, menyebabkan airmataku jatuh berlinangan membasahi pipi. Aku bersyukur dan terus sujud kepada-NYA.
Adawiya takut membayangkan sekiranya dia didapati hamil. Pasti ibu, abah, kakak dan abang akan dapat malu. Kami sekeluarga akan dikutuk. Jiran – jiran yang tahu pasti juga turut mencerca dan mencemuh kami sekeluarga. Macam mana pula aku nak bersemuka dengan saudara – maraku?. Apa yang harus aku katakan nanti?. Namun, kuasa tuhan mengatasi segalanya. Aku telah dilindungi dan ditutupi keaibanku dari kejian orang.
Selesai mandi, Adawiya menyarung T-shirt dan track suit lalu turun ke bawah untuk bersama – sama menikmati makan malam. Hidangan yang telah tersedia menyelerakan kami sekeluarga walaupun sekadar gulai kari ayam, sayur campur dan ikan masin. Itupun sudah mencukupi. Abah menambah nasi begitu juga dengan abang. Berselera sungguh mereka malam ini.
"Along tak datang ke malam ni, bu". "Entah lah , Wiya. Ibu pun tak tahu. Selalunya dah ada waktu macam ni. Ada hal la tu agaknya".
Kakak sulungku sering berkunjung ke rumah ibu, dari petang sampai bawa ke malam. Kebetulan rumahnya tidak jauh dari rumah kami. Mungkin sibuk agaknya kakak aku ni. Aku rindukan Hafiz, satu – satunya anak buahku 4 tahun umurnya. Kalau tak jumpa sehari, tak senang hatiku. Aku senang melayan kerenahnya yang nakal. Emm..tak apa lah, esok masih ada.
Malam itu, Adawiya menyatakan hasratnya untuk menerima tawaran kerja yang abah syorkan. Abah kelihatan gembira dengan keputusanku. Senyuman terukir dibibirnya.
Adawiya bertekad untuk mengubah hidupnya. Dia tidak mahu lagi sejarah hitam itu menghantui dirinya. Dia mahu berubah, mahu menggembirakan ibu dan abah. Semangat di dalam dirinya membakar jiwa dan rohani. Mengharap cahaya yang menyuluh jalan – jalan suramnya. Menanti sinar yang menerangi kelam hidupnya. Adawiya tekad. Tidak menoleh lagi.
tapikan...kata ganti diri tuh asyik bertukar jer. kejap guna "ku"...kejap guna 'nya'. kejap lagi guna Adawiya balik.
pehtu...pendeknya.. tak sepatutnya n3 kali ni bercerita pasal Along tuh. fokus pada watak utama dulu. watak-watak baru ni rasanya perlu disimpan sementara.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pendek sgt