Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Adib duduk tidak jauh dari anak tangga yang bakal menjadi sejarah pembalasan dendamnya. Dia tersenyum sinis sambil menguyah buah pisang yang di beri Liyana sebentar tadi. Dia meletak kulit pisang di anak tangga yang ketiga dari bawah. Kalau letak tinggi sangat, mati anak orang tu. Ah! Dia memang patut menerima balasan ini. Dasar perempuan mulut laser! Bentak Adib. Dia melirik pergelangan tangannya, satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan..
Muncul wajah Liyana yang tersenyum riang mengusik Nurhafizam. Liyana berlari anak turun dari anak tangga. Dia terkejut melihat Adib mencangkul batas bunga tidak jauh dari anak tangga. Dia teringat kata-katanya tadi, dia ingin meminta maaf. Teragak-agak dia turun jugak. Matanya tidak lepas memandang lelaki itu. Kawan-kawannya hanya mengekori dari belakang. Sampai ke anak tangga ke lima dia terhenti. Dia menoleh ke arah kawan-kawannya. Sampai bila ego hendak ditegakkan?
" Adib, aku minta maaf pasal tadi. Aku tak tau ibu kau dah meninggal. Aku minta maaf ye…" perlahan dan sayu suara Liyana memohon maaf. Adib tercengang mendengar ucapan maaf itu. Dia dapat melihat sinar keikhlasan di mata gadis itu. Liyana minta maaf? Hatinya rasa sejuk, rasa marah dan dendam hilang sama sekali mendengar ucapan maaf itu. Hatinya seperti dijirus dengan se’jug’ air.
" Hmm…kalau kau tak nak maafkan, tak apalah…jom geng…kita blah..aku nak bersiap ke dewan makan." Ajak Liyana kembali berlari menuruni anak tangga. Adib tergamam, dia melirik ke arah kulit pisang.
" Liyana…jangan…" jerit Adib lantas berlari ke arah anak tangga. Belum sempat Adib memberitahu tentang kulit pisang, tubuh Liyana sudah melayang. Liyana rasa kakinya tidak berpijak tangga.
" Liyana…" jerit kawan-kawannya serentak. Mereka tidak sempat mencapai tangan Liyana. Serentak dengan itu tubuh kecil itu menghempap badan Adib yang berusaha untuk menyambut. Adib terpana, sebaik matanya terbuka, bibirnya mencecah pipi gebu Liyana. Dia hairan sendiri apabila melihat Liyana tidak bangun-bangun. Tapi sekaligus, rasa bahagia menjadi miliknya. Perasaannya berbunga-bunga. Jantungnya berdegup hebat. Macam cerita hindustanlah pulak. Ah!...hindustan-hindustan tak kira, tapi... kenapa dia tak bangun-bangun? Dia suka ke jatuh kat badan aku? Sampai tak nak bangun. Empuk sangat ke body aku? Hatinya bertanya sendiri.
" Liyana…" Jojie dan Siti menarik tubuh Liyana. Adib turut membantu dan meletak kepala Liyana ke pangkuannya. Kawan-kawan Liyana yang lain turut mengerumi mereka.
" Kau sengaja buat begitukan?" tuduh Nurhafizam. Adib gementar melihat dahi Liyana berdarah. Dia baru perasan tangannya masih menggengam cangkul yang digunakan untuk mencangkul batas bunga untuk aktiviti gotong royong. Ah…apa aku dah buat ni? Takkan aku dah bunuh dia?
"Aku sik bunuhnya...bukan aku entamnya mati" ’ Aku tak bunuh dia…bukan aku yang buat dia mati.’ Adib panik.
"Kau tok celupar gilak... nya sik matilah..Cuma leput" ’ Kau ni celupar sangat…dia tak matilah…Cuma pengsan je..’ marah Jojie. Adib menarik nafas lega.
"Mun leput, simbor ayek." " Kalau pengsan simbah airlah…" ucap Adib, spontan mencapai tin Cola di tangan Nurhafizam dan menuang ke muka Liyana. Kawan-kawan Liyana ternganga melihat reaksi spontan Adib.
Liyana terpingga-pingga dan pantas bangkit apabila di simbah dengan air sejuk.
" Kau….kau cium aku tadikan?" Liyana pantas memarahi Adib. Tapi…tapi….dia terperasan sesuatu. Mukanya rasa basah dan melekit. Dia melihat tin cola di tangan Adib. Tadi sebelum kepalanya terhantuk, dia terpana apabila terasa benda lembut singgah di pipinya. Tidak sempat dia hendak marah, kepalanya rasa sakit yang amat sangat. Dia terus pengsan kerana tidak mampu menanggung keakitan yang melampau itu.
" Kau simbah aku dengan air cola?" Liyana tambah berang.
" Aku…aku tak sengaja…dua-dua tak sengaja…." Balas Adib takut-takut. Liyana di depannya amat menakutkan baginya…tidak seperti sebelum ini. Dia sangat berani berhadapan dengan Liyana.
" Dua-dua? Apa maksud kau?" Tanya Liyana.
" Cium dan simbah!" Wajah Liyana merona kemerahan mendengar itu.
" Kau….kau mesti bertanggungjawab." Tiba-tiba Liyana tersedu. Adib pantas menghampiri Liyana. Kawan-kawan Liyana yang lain tidak berani hampir.
" Macam mana?" Tanya Adib cemas. Liyana makin kuat tersedu.
" Kenapa kau cium aku?" Sedu Liyana.
" Aku akan beranggungjawab." Balas Adib lagi. Liyana mendongak memandang wajah Adib. Adib mengangguk.
" Kita kahwin." Ucap Adib. Liyana tergamam, adakah itu satu lamaran? Nak mampus! Belajar pun tak habis lagi.
" Liyana…pelajar lain dah nak balik tu….nantilah korang buat plan kahwin korang. Kami pun boleh tolong apa yang patut." Perli Jojie. Liyana tersipu, tanpa ucapan dia pantas berlalu mengekori langkah kawan-kawannya.
Adib menghantar Liyana dengan pandangan mata. Dia berharap Liyana akan menoleh lagi. Tolehlah….kalau dia toleh…dia milik aku selamanya…kalau tak…ah…dia mesti toleh,….aku rasa…aku rasa aku dah jatuh cinta kat dia. Hiys… betul-betul macam cerita hindustanlah pulak. Tapi itulah kenyataannya. Tolehlah sini Liyana…hatinya menjerit.
Liyana serba salah, dengan esak yang masih bersisa di bibirnya, dia mengingatkan kawan-kawannya supaya tidak bercerita kepada sesiapa.
" Tak payah kau nak ingatkan pun kami dah tau. Kami tak akan bagi tau orang lain kau jatuh atas badan Adib, tapi….kalau pasal lamaran Adib tu…aku tak jamin, aku tak ceritakan kat orang." Nurhafizam tersengih nakal.
Liyana menggigit bibir geram. Dia rasa ada orang memanggil namanya.Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Pandangannya bertemu dengan pandangan Adib. Adib mengukir senyuman dan menyebabkan Liyana berasa tidak keruan. Dia melihat Adib melompat riang. Dia hairan. Dah gila ke beruk tu? Detik hatinya.
" Eh! aku baru ingat…air cola aku…aku nak ganti rugi…" Ucap Nurhafizam tiba-tiba.
" Halalkan je lah…." Celah Nurain tergelak-gelak. Dia masih menahan rasa lucu dengan peristiwa sebentar tadi. Rakan-rakannya yang lain turut ikut sama tergelak. Hanya Liyana yang terdiam.
" Kenapa diam? Dah jatuh cinta?" bisik Siti perlahan dekat dengan telinga Liyana. Liyana tergamam.
" Siti!" jeritnya geram. Siti sudah berlari anak ke arah asrama Tun Kudu, tidak mahu menunggu lama di situ. Dia tahu, kalau dia masih di situ, teruk dia dikerjakan oleh Liyana yang boleh menjadi ganas. Liyana tidak berupaya untuk mengejar Siti, kepalanya rasa sakit. Hatinya? Ah…pedulikan.
" Ain….aku nak tanya kau..kalau orang kena cium boleh mengandung tak?" soal Liyana. Nurain menyembunyikan senyuman.
" Kenapa? Kau takut mengandung ke?" Tanya Nurain. Liyana angguk, nak mampus kalau aku mengandung. Mati aku dibunuh abah, mengandung sebelum bernikah.
" Ye…."
" Boleh kot!" Jawab Nurain dengan niat mengusik. Sedaya upaya dia menahan ketawanya.
" Macam mana ni? Kalau macam tu aku kena suruh Adib bertanggungjawab." Ujar Liyana cemas.
" Hoi!...kau ni belajar sains tak? Mana ada orang kena cium mengandung." Sampuk Jojie. Liyana memandang ke arah Jojie.
" Betul ke Jojie?" soal Liyana inginkan kepastian.
" Ya Allah budak sekor ni….dulu cakap sains dapat A1, tapi hal ni pun tak tau. Ciuman tu tak boleh menyebabkan mengandung." Beritahu Jojie lagi. Julia dan Nurhafizam hanya tersenyum, masing-masing menahan ketawa. Hanya Nurain yang sudah mengekek ketawa.
" Kau tipu aku ye Ain…" giliran Nurain pula yang berlari pantas ke asrama. Liyana memang tiada kudrat untuk mengejar.
" Sebelumku kenal…dirimu siapa…aku tak mengerti…apa itu cinta…." Nurhafizam menyanyi kecil. Liyana berdengus. Kalau diikutkan hati, mahu tak aku kerate budak sekor ni. Tapi dia malas untuk bertengkar lagi. Dia cukup penat dengan peristiwa yang baru dilaluinya sebentar tadi. Kepalanya semakin kuat berdenyut, terutama di dahinya. Sesekali dia meraba benjol di dahi kanannya.
" Kenapa Liyana? Sakit lagi ke?" Tanya Julia risau dengan keadaan temannya itu. Nurhafizam dan Jojie turut risau melihat kerutan di dahi Liyana, wajah itu turut pucat.
" Tak eh! sakit sikit je…" Balas Liyana, dia tidak mahu kawan-kawannya risau. Dia menahan sakit di kepalanya, tubuhnya rasa hangat semacam. Takkan kena cium boleh demam kot! Entah-entah hilang semangat, detik hatinya.
" Kau naiklah, Zam…kau temankan dia. Jue kau ikut aku ye…angkat pakaian kitaorang semua." Jojie membuat keputusan. Nurhafizam menghampiri Liyana, mendaki tangga untuk ke tingkat tiga.
" Kau nak demam ni…" Nurhafizam memberitahu Liyana apabila merasai kehangatan pada tangan Liyana.
" Sikit je…" Balas Liyana. Mereka terus melangkah ke bilik masing-masing. Liyana terus merebahkan tubuh ke tilamnya. Adib Shahriman! Detik hati Liyana dalam pelbagai perasaan yang sukar dirungkai.
Note: Slm..sorry..ada adegan yg tidak sengaja terjadi di atas kurg elok. Tp semua itu adlh jln cerita dlm novel ini yg tdk di sengajakan oleh watak2nya. Hrp pmbc dpt menerima dgn hati yg trbuka. Yg baik jdkan teladan, yg buruk jdkan sempadan.
sedaplah...suke.all the best ..x sangke name ak glamor lam citer ni.hehehe
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahaha...bley pule gitu
menarik novel ni