Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pak Imam Laser marah besar pada kami malam Mamat sakit kelmarin.Sejak itu juga, ada perang antara kami.Lebih spesifiknya, kemarahannya memuncak pada aku.Masih teringat kata-katanya yang aku rasakan sangat pedih nak diterima akal waras aku sebagai manusia dan hati aku sebagai seorang perempuan.
"Duit aku bukannya duit HARAM, kau tu perangai macam HARAM.Tak reti nak appreciate orang.Dah la MATA rabun , HATI pun macam BABUN".
Kata-kata itu yang aku terima selepas kami kembali ke rumah.Saat aku dan Izzah kembali semula ke rumah, dia mengikuti aku dari belakang.Mengejar langkah kami yang hendak menyelamatkan diri.Dah seperti aku duga, kata-katanya tetap pedas dan menyakiti hati aku.
Sebagai seorang perempuan, aku terasa dengan kata-katanya.Salah aku juga terlebih berprasangka dengannya.Tapi kalau ditimbang-timbang dengan akal waras, tak ada salahnya tindakan aku menyerahkan duit pemberiannya untuk biaya perubatan Mamat.
Duit tu dah pun jadi hak milik aku sepenuhnya.Terserah aku nak buat apa dengan duit tu.Tapi setelah difikir dan ditambah tolak, aku yakin dan pasti sebab dia marah dengan tindakan aku kelmarin.Rasa marahnya lebih kepada tindakan aku meracun Mamat dengan makaroni goreng buatan Memnya.
Tindakan aku membuatkan dia mengorbankan masanya menemani Uncle Zali ke klinik haiwan membawa Mamat.Dan mungkin juga duit dia melayang dari poket.Sebab tu dia marah besar dengan kami.
Memang betul dia patut marah tapi tak sepatutnya dia memarahi aku dengan kata-kata tersebut.Semua perkataan yang selayaknya ditujukan pada manusia-manusia tak berguna macam mat rempit, bohsia, bohjan dan kawan-kawannya.
Bukan aku dan kawan serumah aku.Umi dengan ABI aku pun tak pernah marah aku, tapi dia pula nak over.Geram betul.Ya Allah, sabarkan aku menghadapi semua ini.
----------------------------------------------
"Uda, kau ada plan nak minta maaf dekat dia tak pasal kes Mamat hari tu.Aku rasa bersalah gila dengan dia", luah Izzah ketika kami mahu ke kampus.
Aku mengangkat bahu.Tak tahu dan semestinya aku tak mahu berbuat demikian.Bagi aku, kesalahan aku bukannya seberapa berbanding hinaannya.Dan kerana sikap degil aku itu jugalah, perang antara kami berlanjutan sudah hampir seminggu hingga hari ini.
"Kita kena minta maaf Uda.Sebab kita yang mulakan perang ni.Kalau kita tak sumbat Mamat dengan makaroni dia, takkan jadi macam ni.Aku pun dah tak tahan dengan perangai dia yang makin over tu",tambah Izzah lagi.
Aku tetap berdegil tak mahu melutut dan memohon maaf atas kesalahan yang aku rasakan tak seberapa.Bila masa pula aku nak berperang, tak ada satu senjata pun dalam simpanan aku nak berbuat demikian.Cuma dia yang makin hari makin over.
Ada-ada sahaja tindakannya yang menyakitkan hati.Bangun pagi nak ke Universiti, ada sampah bertaburan menanti.Penat aku mengemas.Tak pasal-pasal perfume aku seharum semerbak bau sampah.Nak pula aku dah lambat, nak tukar baju memang dah tak sempat.
Petang saat aku pulang semalam, air memenuhi ruang luar rumah.Memang melampau dan over dia ni.Seribu kali nak basuh motor Honda cabuk dia tu, jangan la sampai basuh rumah aku sekali.Aku tak perlukan khidmat BIBIK LASER pun sekarang ni.Yang membuatkan aku makin berdendam dengan dia, habis basah semua kasut dekat luar aku.Menjerit ala histeria aku disebabkan peristiwa tu.
Aku dah tak peduli dah dengan pandangan orang sekeliling.Hilang dah nasihat dan kata-kata umi yang jadi motivasi aku menjadi hidup sehari-hari.Kata-kata umi ibarat roti basi dah dalam hidup aku.
Syed Mulut Laser menjengolkan kepala bila mendengar jeritan aku pada petang itu.Konon-kononnya bertanya dan mengambil berat tapi mukanya penuh muslihat.Tanpa sedar, high heels 3 inci milik Nadia aku lemparkan pada dia.Tepat mengenai dahinya.Tak ada dah rasa belas pada dia.Yang aku tahu Cuma satu, padan muka.Puas hati, biarkan dia rasa.
Dia mengeringai kesakitan.Dan ketika itu juga buah hati intan payungnya tiba.Dia dipimpin masuk dan perempuan tu marahkan aku.Tapi bila tengok aku yang dah nak naik hantu, cepat-cepat dia berlalu.Mana tak takut, tangan aku pegang kasut yang lebih berat dan berbisa dari serangan sebelumnya.Tahu pun takut!
---------------------------------------------
Ada projek membaiki jalan di jalan besar ke taman perumahan aku ketika aku pula pulang dari membeli barang-barang untuk persiapan praktikal aku.Projek dibawah Jabatan Kerja Raya yang dimeriahkan dek buruh-buruh bermacam rupa.Ada yang hitam manis, ada yang kurus tinggi dan tak kurang juga yang jongang giginya.
Seketika fikiran aku menerawang pada pesanan Abi soal pasangan hidup sebelum aku kembali ke sini sebulan yang lalu.Sebegitu banyak pesanan Abi, yang ni tetap mencuit hati.
"Kakak kalau nak pilih suami esok-esok, yang tak tinggal sembahyang tu kriteria no 1.Jangan main cekup je.Kalau buruh buat jalan yang hitam tu ada yang sembahyang , hari ni juga abi pinangkan untuk anak perempuan Abi sorang ni".
Aku tergelak mendengar kata-katanya.Umi marah benar dengan Abi.Tak patut katanya menikahkan anak sendiri dengan buruh jalan.Seribu kali nak ambil example pun, ambil la yang lain.Tapi ulasan abi yang seterusnya membuatkan Umi akur juga akan niat sebenar Abi.
"Bukan Abi nak suruh Kakak cari buruh buat jalan.Just kiasan je.Kalau orangnya baik, jaga semua perintah agama, Abi tak kisah dengan kerja dia.Asalkan jaga perintah agama, si hitam itu menawan pun Abi sanggup terima",gurau Abi lagi.
Tak sedar, aku tersenyum seorang diri di tengah-tengah buruh jalan ni.Kalau ada Abi la, boleh disuruh dah mana satu yang dia berkenan nak buat menantu.Tapi nampak gayanya tak ada yang satu pun masuk carta.Hitam menawan dah ada, tapi bab solat jaga tu memang out.Apa nak buat, lain bahasa dan lain agama dengan aku.Hilang lagi calon menantu buat abi.Tak pasal-pasal betul.
Tapi lamunan aku terhenti bila aku terpandang motor HONDA kapcai tak jauh dari tempat pembinaan tadi.Melilau aku mencari tuan empunya badan.Sah, dia pun masuk dalam senarai Hitam Menawan tu.Semua kriteria Abi dipenuhi tapi ada rasa tak redha di hati.Kalau yang tu, aku dah reject awal-awal, lasernya mulut pinta ampun.Selisih malaikat 44 wo!
-----------------------------------------------
Musim praktikal datang.Takdir aku di Jabatan Kerja Raya(JKR) Serdang.Terbayang-bayang muka buruh-buruh buat jalan yang aku jumpa kelmarin.Yang paling aku takut nak menjejakkan kaki ke sana bila ada si mulut Laser yang turut menceburi bidang turap-menurap jalan ni.Ngeri betul aku kalau takdirnya aku bersua muka dengan dia.
"Kalau praktikal nanti, kita bukannya kena baik dengan supervisor kita je.Pekerja yang lain pun kena minta tunjuk ajar gak.Kadang-kadang lebih banyak masa dengan buruh-buruh site tu berbanding supervisor dia.So, kena get ready jelah kalau diorat dek buruh-buruh tu",pesanan Along terngiang-ngiang di telinga aku.
Rasa seram bila memikirkan hal yang satu tu.Kalau aku kena kerah turun site tengok-tengok projek, boleh jadi terjumpa dengan dia.Jangan dia dera aku sudah la.Mana la tahu kot-kot dia nak balas dendam atas kecederaan dia baru-baru ni.Memang naya la hidup aku kalau jadi betul-betul.Fuh, minta-minta tak ada apa-apa la jadi nantinya.
"Umi dah kata tak payah ambil engineering.Nak juga.Sekarang ni kerja dah keliling dek lelaki semuanya.Tak cukup lagi di rumah berkawan dengan lelaki, sekarang ni kawan kerja pun lelaki semua.Makin tomboy la anak umi gini gayanya".
Umi kurang senang bila aku memaklumkan jadual praktikal aku di JKR bermula hari esok.Penat-penat umi menghilangkan perangai jantan aku, tup-tup aku degil juga nak pilih engineering.Bila bidang ni jadi pilihan, automatik perangai degil dan lasak masa aku kecil-kecil dulu datang semula dalam diri.Tapi apa umi nak buat, pasrah dan redha jelah dengan anak tunggal perempuan dia ni.
"Ya Allah, jangan la gurauan Abi jadi kenyataan lepas anak umi praktikal ni.Tak sanggup umi bermenantukan si Hitam Menawan, kerja buat jalan",kata umi bila dapat tahu aku satu-satunya perempuan dari fakulti aku yang ditugaskan di situ.
Aku ketawa besar dengan reaksi dari umi.Takut benar kalau aku jatuh hati dengan buruh-buruh yang ada.Rileks umi, hati anak umi ni bukan senang nak serah-serah dekat orang.Kalau hitam macam arang pun datang, anak umi ni tetap tak pandang.
-----------------------------------------------
Bukan aku seorang yang praktikal di sini.Ada Hazriq dan Ihsan yang akan bersama dengan aku memperjudikan nasib di sini.Pagi hari pertama aku memulakan sesi praktikal, aku datang awal ke sini.Mahu melihat suasana kerja yang akan aku lalui selama 3 bulan mendatang.
Survey dan mengintai-ngintai orang yang bekerja di sini.Ada yang mukanya bengis, ada yang ramah mesra dan tak kurang juga yang pelik tapi benar perangainya.Ada seorang jurutera ni memang sempoi habis, aku siap panggil pakcik lagi mula-mula datang tadi.
Serious, aku ingatkan dia tu pakcik cleaner JKR ni.Pakai baju pun tak rupa orang lain berbaju.Kedut sana kedut sini.Tup..tup, masuk sesi introduction, dia person in charge.Tersengih ala kerang busuk la aku bila sedar dia ni antara orang-orang besar dekat sini.Jangan dia kurangkan markah aku sudah la.Huhu.
Setiap seorang akan diawasi oleh seorang supervisior.Tugas kami lebih kepada membantu supervisor dan mengawasi site-site yang ada.Tapi kalau supervisor tu nak bagi kerja lebih sikit, kita kena redha.Memang kerja lebih dalam bahasa lembutnya tapi sebenarnya lebih kepada menyeksa jiwa raga.
Tambah Encik Ali yang aku panggil Pak Cik tadi, kena bersiap sedia jugalah mengorbankan masa-masa santai di rumah.Kalau kerja tak siap, kemungkinan tengah malam pun belum pulang.Seram pula bila dikaitkan dengan cerita hantu jangan pandang belakang yang konon-kononnya berkeliaran di sini.Memang kena bawa Yassin la kot datang office esok-esok.Seram weh!
------------------------------------------
Meja aku disediakan di bilik supervisor aku.Aku mengamati biliknya yang agak berantakan.Macam tongkang pecah dek lanun rupa bilik ni.Kalau tikus check in ni, memang tak mahu check out dah.Silap haribulan, boleh jual tikus-tikus yang diternak dekat budak-budak medic university aku nih.Kaya aku bersupervisorkan dia.Ada side income lagi.
Disebabkan aku perempuan dan harus memberikan perspektif yang baik kepada supervisor aku, aku merajinkan tangan mengemas biliknya.Biliknya yang automatik akan dikongsi dengan aku bermula hari ni.Serabut betul la hamba Allah ni.Macammana la rupa dia agaknya.
Kertas projek yang bertaburan diatas mejanya aku susun satu persatu.Mengikut projek dan dimasukkan ke dalam file yang berkaitan.Sampah dan kertas yang merata-rata di lantai aku masukkan ke dalam tong sampah.Sebegitu besar tong sampah, tak nampak juga dek mata dia.Sah, dia ni rabun.
" Dah la MATA rabun , HATI pun macam BABUN".
Tak ada angin, tak ada ribut aku teringatkan kata-kata buruh sebelah rumah aku tu.Seingat aku, kelibat dia langsung tak kelihatan sejak aku menjejakkan kaki ke sini.Hamba Allah hitam menawan yang aku jumpa sebelumnya ada jugalah melepak-lepak dekat luar bangunan pagi tadi.Dia ni takde bayang langsung.Motor kapcai dia pun ghaib entah ke mana.Apa ke jenis buruh la hamba Allah ni.Over pula!Kalau aku buka syarikat esok-esok, aku tak ambil perkerja macam ni.Bankrup aku silap haribulan.
-------------------------------------------
Jam di tangan dah hampir ham 12 tengahari.Supervisor aku tak datang-datang lagi.Penat menunggu dia.Hazriq dan Ihsan dah menghilang mengikut supervisor masing-masing.Aku juga bagai pujuk menanti bulan dekat sini.Entah kemana la dia pergi agaknya.
Bila aku bertanyakan pada Kak Nasya, pembantu tadbir di sini, katanya EJAI ada urusan keluarga mendadak.Jadi dia akan masuk selepas jam 12.Yang buat aku hot ni, dia informkan pada aku dah nak masuk 11.30 dengan satu pesanan bersahaja.
"Ejai suruh Uda duduk kat sini sampai di datang.Kata dia lagi, jangan nak mengada-ngada merayap ke sana ke mari.Nak praktikal buat cara praktikal.Jangan nak besar kepala!".
Memang hangin satu badan aku dibuatnya.Dengan keadaan perut aku yang berkugiran ni lagi, memang boleh hilang sabar dek perangai supervisor aku ni.Tapi apa nak buat, saya yang menurut perintah.Redha dan pasrah la aku di hari pertama aku kerja ni.
EJAI oh EJAI cepatlah datang!Tak larat dah aku bertapa dalam bilik ni.Kalau aku menuntut ilmu silap mata ke apa, dah naik level dah aku gamaknya.Habis dah semua perkataan dalam bilik dia ni aku eja tapi ENCIK EJAI ni tak sampai-sampai juga.Penat sih!
Aku mengintai keluar tingkap.Ada sesuatu yang membuatkan degupan jantung aku tak menentu.Honda Kapcai dengan no plat WE 2008 elok-elok diparking di depan bangunan JKR ni.Mak aih, musuh aku dah sampai.Jangan dia ada kaitan dengan aku udah la.Kalau tidak, tak pasal-pasal, aku masuk hospital gara-gara darah tinggi.POST-PRACTICAL Disorder pula jadinya aku
Ketukan di pintu cukup perlahan.Yes, akhirnya ENCIK EJAI dah sampai.Tak sempat aku nak berjanggut, dia muncul juga.Aku membetulkan kaca mata aku sebelum berpaling.
"Sorry lama tunggu.Ada family problem tadi.Let me introduce myself, Syed Faizal Adli Syed Fauzan".
Supervisor aku tenang memperkenalkan diri.Sedangkan aku dah tak tentu arah dibuatnya.Hilang segala ayat-ayat yang aku praktis tadi.
"Cik adik, takkan tak ada nama.Ke nak saya panggil awak Miss No Name.Ada emas berapa tongkah dalam mulut sampai susah sangat nak buka mulut.Kalau sebegini lembik orangnya, memang kena ikut kerahan tenaga la awak.Bagi tough sikit baru la jadi engineer berjaya",perlinya sinis sambil berlalu ke meja kerjanya.
Fuh, berdesing telinga aku dibuatnya.Mulut laser dia dah mula dah.Rendah sikit level dia dari kata-katanya yang terakhir kelmarin.Masih ada parut serangan high heels di dahinya.Aku mengurut dada.Rasa takut menyerbu datang.Habis kelam, suram dan muram praktikal aku.Memang confirm aku kena darah tinggi lepas ni.Ya Allah, tolong aku! .
hahhahahh best ah citer ni...w'pun aku baru ja mengikutinyer..huhuhuhu penat wo baca suma episod..heheheh best ah..tahniah writer...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best r cite nie....
cepat r sambung dah x sabar dah nie nak tahu cite selanjutnyer...........