Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Oit Aman, dah-dah la tidur tue! Tak bosan ke habihkan masa dalam hospital ni. Dah seminggu ko pura-pura, tapi batang hidung Tiha pun aku tak nampak lagi taw. Budak beruk tue hati keras,tak akannya dia nak datang tengok ko. Mmmm….aku rasa kan,mungkin bila ko dah nazak baru dia datang tengok kot..betul tak cakap aku nie?. bebel Ikram pada Aman.
Sudah seminggu Aman berpakat dengan rakan kelasnya untuk menipu Tiha tentang kemalangan yang berlaku tempoh hari. Pada mulanya memang dia cedera teruk namun Aman bukan la koma seperti yang diceritakan oleh rakan-rakannya. Kecederaan Aman teruk hanya dibahagian kaki kerana kaki kanannya telah patah. Jadi doktor mencadangkannya berehat di hospital selama 10 hari. Aman megambil kesempatan ini untuk menguji keegoan Tiha terhadapnya. Baginya Tiha susah untuk didekati kerana sudah bermacam cara Aman lakukan supaya Tiha dapat memaafkan dan menerimanya. Harapannya semoga dengan kejadian ini, pintu hati Tiha akan terbuka untuknya.
" Aku yakin la Ram. Keras-keras dia pun mesti ada lembutnya jugak. Tiha pasti datang tengok aku. Aku tahu la,apa yang aku buat nie tak akan sia-sia. Kalau 4 tahun aku boleh bersabar,why not know? . Walaupun, dia tak suka aku dulu, tapi hati aku dapat rasakan yang sekarang dia dah suka kat aku." Luah Aman.
" Up to you la Aman. Jangan nanti ko menyesal sudah. Aku tak nampak apa bagusnya budak Tiha tue. Nak kata cemerlang kat sekolah kita.tidak. Nak kata cantik sangat.tidak juga.comel tue ada la kot. Tapi yang aku faham sangat pasal admire ko tue..orangnya panas baran,cepat melenting,nakal,degil dan macam-macam la lagi,ishhhhhhh Aman..kalau aku lah, baik aku pilih Jannah tue. Lembut orangnya..sopan santun,pandai,rajin dan cantik pulak tue." Terang Ikram dengan panjang lebar.
Nor Jannah adalah rakan setingkatan dengan Aman, cuma berlainan kelas. Jannah amat menyukai Aman sejak minggu orientasi pelajar Tingkatan 1 lagi. Aman tidak pernah memberi respon kepada Jannah. Namun Jannah tidak pernah jemu mengejar cinta Aman sepertimana Aman mengejar cinta Tiha.
"Ram, engkau tak paham. Aku suka Tiha, kerana sifat yang ada pada dirinya. Aku kenal dia dah lama. Aku tahu macam mana Tiha tue. Ko atau orang lain mungkin hanya menilai dia dari sudut pandangan mata kasar je. Aku menilai dia dari sudut pandangan mata hati aku. Mungkin ko tak pernah jatuh suka atau cinta pada seseorang. Selama aku hidup ini, aku pernah suka, cinta dan sayang seseorang. Pada pertama kali aku lihat dia, hati aku berkata, aku suka gadis itu, kemudian pada pertama kali aku lihat matanya, aku sudah jatuh cinta padanya, dan Ram, pada pertama kali aku mengenali dirinya, aku begitu menyayanginya. Ko pun tahu siapa dia kan? Pada aku Ram, gadis itu hanyalah Siti Nurtihasha. Hanya dia dihati aku. Aku tahu, ko mungkin kata aku nie gila cinta. Tapi itulah perasaan aku pada Tiha. Hati aku nie rasa sakit sangat kalau tak dapat dengar suaranya, sebab itulah ko tengok aku suka sangat kacau dia. Aku nak dia marah aku. Aku suka tiap kali dia memarahi aku. Aku tak kisah semua itu, asalkan dia akan memanggil namaku." luah Aman tentang perasaannya kepada Tiha.
Ikram terdiam seketika. Memang dia mengakui bahawa Aman adalah pencinta wanitanya, sangat setia pada cintanya dan sanggup berkorban untuk cintanya. Kadang-kadang Ikram iri hati dengan sahabatnya itu. Tapi itu tidak bermaksud dirinya ingin mengkhianati sahabat kesayangannya. Kerana sayangkan sahabatnya dia terpaksa melupakan gadis pujaannya. Ya, Tiha adalah gadis yang bisa membuatkan dirinya leka seketika. Ikram menyukai Tiha dalam diam kerana dia selalu memerhati Tiha ketika dalam kelas. Hatinya terpaut pada Tiha kerana keikhlasan hati dan kejujuran Tiha. Tiha berbeza di dalam kelas. Walaupun dia garang, namun Ikram tidak dapat menafikan yang sebenarnya Tiha seorang yang lembut hati dan prihatin. Tiha sentiasa membantu rakan-rakan lain dan sentiasa mengambil berat tentang orang lain. Sebenarnya kegarangan Tiha adalah hanya untuk Aman , Ikram dan rakan-rakan yang suka mengejek dirinya.
******************************
Kedengaran riuh rendah suara orang bergaduh dalam rumah Tiha kerana adik - beradiknya suka bergurau senda. Rumahnya akan bertambah bingit lagi apabila hujung minggu begini. Kakak dan abang yang bercuti juga akan pulang menjenguk orang tua mereka. Anak- anak sedara Tiha juga sudah ramai menjadikan ahli keluarga Tiha semakin bertambah dari tahun ke tahun. Diluar rumah pula, kelihatan Eton berjalan seorang diri menghampiri rumah Tiha.
" Assalamualaikummmmm….Tiha..oh Tiha.." jerit Eton didepan rumah Tiha.
"Waalaikumussalam..masuk la dulu Eton " pelawa Mak Tiha.
" Tak apalah Mak Temah, dah lewat nie. Takut terlepas bas pulak nanti.Tiha sudah siap ke Mak Temah?" soal Eton.
" Mak Temah tengok tadi tengah bersiap-siap lagi. Tunggu sekejap ye, Mak Temah pergi tengok Tiha". Terang Mak Temah.
Langkah Mak Temah terhenti kerana sebaik ingin melangkah kakinya, anak gadisnya sudah menjengukkan mukanya didepan pintu.
"Haa..panjang umur Sha. Tue..Eton dah menunggu. Katanya nanti terlepas bas pulak." Terang Mak Temah pada anaknya.
"Alaa..mak ni macam tak faham perangai Eton, orangnya "punctual" kalau bab-bab masa mak.heheheh" Tiha memuji sahabatnya.
"Tiha..ko tak payah nak puji lebih-lebih aku. Sekejap lagi ko kena jugak bayarkan tambang bas untuk aku yee.." gurau Eton.
" Yela Eton, jom la cepat." ajak Tiha.
"Mak, Sha nak pergi dulu nie." laung Tiha pada ibunya.
"Tiha..beli buah tangan sikit untuk vespa tue!" jerit kak Chik, kakak ke -5 Tiha.
Kak Chik Tiha sememangnya mengetahui tentang Aman kerana Tiha seringkali mengadu kepada kakaknya itu. Pernah suatu ketika dahulu,ketika kakaknya berada di tingkatan 3 dan Tiha tingkatan 1, akaknya pergi berjumpa Aman dan memberi amaran supaya Aman tidak mengganggu Tiha lagi kerana kadang- kala perbuatan Aman agak keterlaluan. Namun lama –kelamaan kakaknya seolah-olah memahami perbuatan Aman terhadap Tiha hanya sekadar ingin mendapatkan perhatian daripada adiknya sahaja.
" Malas la nak beli buah tangan, bukannya dia boleh makan pun. Orang koma mana boleh makan kak oii… Nanti orang lain yang makan pulak. Bila dia sedar baru Sha bawakkan." Balas Tiha sekadar bergurau.
Tiha masih tidak mengetahui tentang helah yang telah dirancang oleh Aman dan rakan kelasnya. Disebalik rancangan ini, rakan-rakan kelas mereka ingin melihat mereka berbaik. Pergaduhan mereka sering kali menyebabkan rakan-rakan kelas turut merasa tempiasnya. Mereka tidak pasti mahu memihak kepada siapa. Walau bagaimanapun, mereka amat faham tentang perasaan Aman terhadap Tiha, cuma Tiha yang tidak mahu menerimanya. Kata Tiha, "Dendam tetap menjadi sebuah dendam". Namun, sejak Aman kemalangan, Tiha berubah, dia lebih banyak berdiam, tidak ceria dan hanya melayan Eton sahaja disekolah, langsung tidak dilayan rakan-rakan yang biasa mengejeknya. Perubahannya itu, menunjukkan yang Tiha juga seperti menyukai Aman. Dan kerana perubahan itulah juga, rakan kelasnya berpakat bersama Aman untuk menyatukan mereka berdua.
************************* Tiha dan Eton sudah berada dalam bas. Perjalanan untuk sampai ke Hospital Bandar Pusat Jengka, hanya 20 minit.
" Eton…betul ke apa yang aku lakukan nie?" Tanya Tiha.
"Tiha..melawat orang yang sakit, adalah perbuatan yang betul. Ikhlaskan la hati ko tu untuk memafkan Aman." Nasihat Eton pada sahabatnya.
" Eton..aku bukan tak maafkan dia, tapi hati aku nie sakit sangat bila ingat perbuatan dia pada aku, mungkin pada dia hanya gurauan, tapi pada aku gurauan tidak sepatutnya dengan cara membuli, mengutuk, mengejek aku Eton." Luah Tiha dalam kesedihan.
Tiha merenung diluar tingkap. Memang hati ini sepi tanpanya, tapi hati ini juga sakit kerananya. Harus bagaimana diri ini mahu memafkannya.
" Pappp..eh Tiha, ko kata nak ceritakan pada aku sebab apa ko takut nak melawat aman." Eton menepuk lembut bahu Tiha dan menyedarkan Tiha dari lamunannya.
"ohh..apa erk? Aku lupa dah la Eton" jawap Tiha.
" Cepat tua baru tahu, baru beberapa hari dah lupa." Marah Eton pada sahabatnya itu.
" Jangan la marah makcik, nanti ko cepat tua juga taw.asyik nak marah aku je.hehehehe" usik Tiha.
" Yela..pandai la kenakan aku balik." balas Eton.
" Eh Eton, sampai nanti kita pergi cari buah tangan sikit. Aku ingat nak bawak juga la untuk vespa tu. Kesian pulak." Ajak Tiha.
" Kata tak mahu bawak." Perli Eton pada sahabatnya.
"Aku tak ada la kejam sangat Eton. Walaupun dia jahat dengan aku tapi aku nie ada rasa simpati lagi taw pada dia. Lain la dia tu. Masa aku sakit dulu, tak ada pulak dia datang jenguk aku. Sampaikan salam pun tidak. Dah la aku sakit pun gara-gara perbuatan dia jugak." Rungut Tiha.
Teringat lagi dia pada peristiwa yang lalu. Dimana Tiha demam 3 hari. Kata Doktor, Tiha demam terkejut. Kejadian itu berlaku disekolah. Pada pagi itu, seperti kebiasaan apabila Tiha sampai, Tiha akan meletakkan begnya terlebih dahulu sebelum menghadiri perhimpunan pagi. Perhimpunan pada hari biasa selain hari isnin akan diadakan hanya 15 minit sebelum pelajar-pelajar masuk ke kelas masing-masing.
Selepas tamat perhimpunan, Tiha masuk kelasnya. Rutinnya apabila masuk, dia akan duduk ditempatnya dan berbual bersama Eton atau rakan perempuan yang lain sementara menanti guru mata pelajaran Bahasa Melayu masuk.Ketika asyik berbual-bual, Ikram datang ke tempatnya
"Tiha, pinjamkan aku buku latihan BM ko. Ko kan budak pandai BM. Anak murid kesayangan cikgu Faridah. Mesti jawapan ko semua betul kan..." kata Ikram pada Tiha.
"Apasal ko tak pinjam je buku dengan vespa tue..vespa tu kan pandai juga." Balas Tiha pada Ikram. Tiha merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Selalunya Ikram akan meminjam buku latihan dengan Aman. Tiha memandang Aman yang hanya menjadi pendengar dan pemerhati sejak dari tadi.
" Boleh ke tak beruk?’ Soal Ikram dengan agak kasar.
" No way. Aku tak akan bagi pinjam pada orang yang kurang ajar macam ko Ikram. Kalau dah rasa nak sangat pinjam buku aku, cakap biar sopan sikit ok!" marah Tiha pada Ikram.
Ikram terus berlalu begitu sahaja. Tidak berapa lama kemudian cikgu Faridah masuk. Cikgu Faridah memulakan pengajaran seperti biasa.
" Murid-murid, keluarkan latihan yang saya berikan semalam, letak di atas meja sekarang." Arah cikgu Faridah kepada pelajar tingkatan 4 Cerdik.
Tiha dengan gembira ingin mengeluarkan buku latihan tersebut. Subjek Bahasa Melayu adalah subjek yang paling digemarinya. Tiha sentiasa memberi sepenuh perhatian ketika cikgu Faridah mengajar.
Ketika ingin mengambil buku di dalam begnya, Tiha rasakan ada sesuatu yang lembik terkena tangannya. Tiha cuba untuk melihat, tiba-tiba…..
"Makkkkkkkkkk….."jerit Tiha dengan kuatnya kerana terkejut melihat seekor katak berada dalam beg sekolahnya.
Semua rakan-rakannya memandang Tiha dengan perasaan yang terkejut. Sementara itu, Aman, Ikram dan rakan-rakannya sedang ketawakan Tiha. Saat itu, Tiha merasa sangat marah. Dia dapat rasakan yang katak tersebut diletakkan oleh Aman dan Ikram, Lantas, dia melemparkan begnya ke arah muka Aman. " Nah, ambik nie! buang katak tue cepat." Marah Tiha dan terus berlari keluar meninggalkan kelasnya. Dia lupa seketika pada cikgu Faridah. Keesokkannya Tiha tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam. Dia diberi cuti sakit selama 3 hari. Selepas kejadian tersebut, Tiha dimaklumkan yang Aman dikenakan hukuman rotan oleh cikgu Faridah. Tiha tersenyum sendiri bila mengingati peristiwa itu. Marah pun ada, lawak pun ada. Selama seminggu Aman tidak mengganggunya sejak dikenakan hukuman rotan. Saat itu, Tiha adalah orang yang paling gembira.
" Tiha! Apa pasal ko sengeh-sengeh nie. Dah sampe pun kita.cepat la turun." Ajak Eton.
"Tak ada apa pun. Saja je aku nak sengeh. Tak boleh ker?" gurau Tiha.
*******************************************
Kaunter pertanyaan semakin dihampiri oleh Tiha. Namun hatinya berdebar-debar saat ini. Tidak pasti, debaran yang bagaimanakah yang sedang dialami saat ini.
" Nurse, ada pesakit nama Mohd Aman Shah tak? Boleh saya dapatkan number wadnya tak? Ermmm..sudah sedar ke dia dari koma?". Soal Tiha seperti seorang polis.
" Sekejap ye." Jawab nurse tersebut. " Mohd Aman Shah Wad 3B ye adik. Dia hanya patah kaki dan ditempatkan di wad pesakit luar. Bukan koma." Terang nurse tersebut.
" Apa Nurse? Betul ker Mohd Aman Shah, kg Felda Raya?" soal Tiha lagi.
" Ye , betul adik" jawab Nurse tersebut bagi meyakinkan Tiha.
Saat ini, Tiha tidak pasti sama ada ingin meneruskan niatnya atau pulang sahaja….
tak sngka dia nk wat rncngn jahat ginie.. kesian tiha..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
truk betul aar bdk vespa 2, ada ke ptut tipu si tiha...lau ak ten2 ak bengang gler...tp best aar...mne sambungn dia lagi...da xsbar nie..