Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ini merupakan hari perlawanan persahabatan bola tampar antara fakulti perniagaan dengan fakulti kejuruteraan. Memandangkan aku sering sahaja diperlekehkan oleh Lisa yang sengaja menjaja kononnya aku langsung tidak pandai bermain bola tampar. Malah tamparan bolaku pula dikatakannya seperti menampar lempeng!! Ada ke patut?? Apapun yang dikatakannya, aku akan buktikan tamparan lempengku bisa membuahkan kejayaan. Itu tekadku sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik asramaku bersama dengan Shereen. "Sofia, kau rasa boleh ke fakulti kita kalahkan fakulti KJ tu? Aku tengok dia orang berlatih macam nak berlawan dengan musuh je?" bebel Shereen sambil meneguk sebotol air mineral yang baru dibelinya tadi di kafe. "Insya-Allah fakulti kita akan menang. Lagipun aku akan pastikan fakulti kita akan menang supaya si gedik tu tak sesedap gedik je cakap aku punya tamparan macam lempeng!! Kalau boleh, aku nak doa sekali supaya ada pemain fakulti KJ tu baling bola kena muka dia!" Shereen memandangku sebaik mendengar bicara 'manis' dari mulutku. "Kenapa kau cakap macam tu? Dah tu apasal doa dia macam tu sekali?" Kali ini aku pula yang memandang ke arah Shereen. Pelik pula aku bila kata-kataku tidak disokong Shereen. Selalunya dia yang akan menjadi peminat nombor satu aku menyokong kata-kataku tentang Shereen. Tapi hari ini lain pula?? "Eh, kau ni kenapa? Terlebih period ke? Selalu punyalah sokong aku kutuk Shereen, kali ini kenapa pula? Dah taubat nasuha ke kena rasuah?? Lagi satu yang kau tanya aku kenapa doa dia macam tu sekali tu, kenapa? Salah ke?" sengaja aku melemparkan peluru soalan kepada Shereen untuk mengetahui maksud yang tersirat di sebalik kelakuannya yang tiba-tiba sahaja membela Lisa. "Siapa kata kau doa Lisa macam tu salah? Maksud aku, kalau ya pun nak doa bala kat si gedik tu, doalah yang sedap sikit telinga aku dengar. Macam doa dia accident ke waktu on the way nak ke padang or doa semua lelaki tak jerit nama dia ke waktu perlawanan or doa dia kena cirit-birit ke pagi ni or doa dia kena period terlebih ke or.." "Okey! Enough! Kau ni tak senonoh betul lah! Aku ingat kau nak marah ke apa. Rupa-rupanya, ini je?" Nasib baik aku segera memintas kata-kata Shereen. Kalau tak, sampai esok pagi pun dia tak habis cakap. Shereen hanya tersengih seperti kerang busuk. "Alah, aku gurau je! Tapi betul apa yang aku cakap tadi!" Malas nak melayan bicara Shereen aku pantas melangkah laju ke destinasi kami. Terkocoh-kocoh Shereen mengejar langkahku sambil mulutnya membebel entah apa.
Lisa memandang sekeliling. Matanya melilau mencari-cari kelibat seseorang. Namun setelah hampir sejenak matanya merayau, akhirnya kelibat yang dicari kelihatan di suatu sudut. Pantas Lisa menghampiri kelibat tersebut. "Hai, Fariz! You buat apa kat sini? Datang sorang je ke? Datang sini nak tengok I bertanding ke? Oh, thank you for your coming, dear!! I tak sangka pula you sanggup bangun pagi-pagi weekend ni only because you nak tengok I bertanding. I tahu you semalam just tipu I je kan? Because you nak suprise kan I, right? Oh, so sweet, baby!" ucap Lisa sambil melemparkan senyuman paling manisnya untuk Fariz. Fariz memandang Lisa yang tiba-tiba sahaja datang menegurnya. "Oh, hai! Ha'ah I datang sorang je. Actually, I tak cakap pun yang tak nak datang tengok perlawanan hari ni. Dah you call I malam-malam buta memanglah I buat tak layan je." Lisa yang tersentak mendengar penjelasan Fariz berpura-pura seperti tidak langsung kecil hati dengan kata-kata Fariz. "Sorry lah kalau semalam I ganggu you. Jom, kita duduk kat sana! Perlawanan lambat lagi nak mula. Come!" Tanpa menunggu balasan daripada Fariz, Lisa pantas menarik tangan Fariz menuju ke sebuah bangku berhampiran. "Eh, sekejap! I datang pagi-pagi ni bukan nak duduk bersembang dengan you. I sebenarnya nak berjumpa dengan Sofia. You ada nampak dia tak?" tanya Fariz seraya menjelaskan tujuan kedatangan awal paginya ke situ. 'What??! Dia datang sini bukan nak jumpa aku?? Sofia lagi?' getus hati kecil Lisa geram sambil itu tangannya pantas melepaskan tangan Fariz. Terasa seluruh darah di tubuhnya menyerbu naik ke muka sebaik sahaja mendengar penjelasan Fariz tentang kedatangan awal ke sini. Namun, saat itu bukan sahaja darah yang menyerbu naik ke mukanya malah suhu badannya juga naik mendadak sebaik sahaja mendengar nama Sofia meniti di bibir Fariz. "Oh, nak jumpa Sofia lah ni? Dia belum datang lagi. Lambat lagi lah tu! So, sementara nak tunggu Sofia, apa kata kita duduk dulu. Lagipun I belum breakfast lagi lah!" Sedaya upaya Lisa cuba tidak kelihatan seperti tersinggung dengan butir bicara yang keluar dari dua ulas bibir jejaka kacak di hadapannya. Dia tidak mahu Fariz merasa bahawa kata-kata tadi membuatnya 'berubah' tapi sebaliknya. "Tak apalah! I nak tunggu Sofia kat sini. Lagipun, dia tak tahu I nak datang hari ni. Kalau you nak duduk ke breakfast ke, pergilah! I nak tunggu Sofia. Okey, jumpa nanti!" 'SOFIA!!' Jerit hati kecil Lisa geram. "Siap, kau lepas ni! Fariz langsung tak pandang aku! Jaga kau! Aku akan balas semua!" bisik Lisa dengan nada yang perlahan.
"Aku ingat kau tak nak datang hari ni. Yelah semalam kau cakap kau malas nak bangun pagi-pagi. Ni sekarang apa mimpi?" tanya Shereen. Dia berlagak pelik pabila melihat jejaka tinggi lampai itu tiba-tiba sahaja berada di padang menunggu mereka. Kalaulah Sofia tahu, mati mereka dikerjakannya. "Aku tak datang kau membebel. Bila aku datang pun kau membebel. Macam tak suka je aku datang tengok kau orang berdua bertanding." ujar Fariz dengan nada yang sengaja dibuat-buat merajuk. "Shereen, cukuplah! Kau ni semalam beria-ia sangat marah kat Fariz sebab dia tak nak datang. Ni, sekarang dia dah datang kau tak suka pula. Dah datang balik ke mood meroyan kau tadi?" Akhirnya aku terpaksa juga masuk campur bila melihat keduanya seperti tidak mahu kalah 'berdebat'. Fariz dan Shereen memandang ke arah Sofia. Shereen mengeluh. "Okey! Dah aku nak ambil makanan. Kau nak tak, Sofia? Fariz?" Aku tersenyum. Tak sangka pula aku tak dapat membaca apa yang ada di dalam fikirannya tadi! Geram pula bila melihat Fariz dan Shereen seperti berhubung di antara satu sama lain ketika mereka 'berdebat' tadi. Belum sempat aku menghalang Shereen, gadis itu sudah mengorak langkah dulu sambil mengenyitkan mata ke arahku. "Bijak betul lah kau orang berdua ni kan?" Sinis aku menyindir Fariz. Fariz hanya tersenyum. "Dah tu nak jumpa awak punyalah susah! Macam nak jumpa PM pula. Bila jumpa, saya nak bercakap dengan awak, awak ngelak. Bila call, langsung tak dilayan. So, ni jelah cara saya dan Shereen dapat fikirkan supaya saya dapat bercakap dengan awak lepas kita dah berdamai." "Sibuk! Bukan tak nak bercakap. Lagipun bukannya nak cakap hal yang penting pun kan? Just nak berbual je. So, saya malaslah nak layan." dalihku menyembunyikan perkara yang sebenar. "Siapa kata saya just nak berbual kosong je dengan awak?" Fariz sengaja memerangkap Sofia. Dilihatnya riak wajah gadis itu berubah. "Saya rasa saya nak pergi salin baju sekejap. Kalau Shereen datang, cakap yang saya pergi salin baju." "Lambat lagi nak start. Duduklah dulu. Lagipun saya tahu, kalau saya lepaskan awak pergi, nanti awak tak datang sini lagi kan? Alasan awak nanti, ramai salin baju lah, ada call emergency so lupa saya tengah tunggu awak lah and bermacam lagi alasn yang awak akan beri kata saya nanti kan?" Aku terpaku. Fariz ni memang sengaja nak buat aku bengang. "Mana ada! Bila masa pula sya kata nak beri alasan macam tu? So, sambunglah apa yang awak nak bualkan tadi. Saya..saya dengar." Nak tak nak terpaksa juga aku mengalah. "La, tadi kata nak pergi salin baju? Pergilah! Saya tungggu kat sini!" Air yang ditambah penuh sengaja ditambahnya lagi. Dia nak tengok apa tindakan gadis itu? Marah? Tenang? 'Dia ni memang sengaja nak buat aku geram.' desis hati kecilnya. Sofia memandang tampan jejaka di hadapannya. Perlahan-lahan dia memujuk dirinya agar bersabar sahaja dengan apa yang dikatakan Fariz. "Boleh saya tanya tak? Kenapa awak tak nak sambung belajar kat US? Shereen kata parents awak nak awak study kat sana tapi awak tak nak. Kenapa?" "Bila masa Shereen bagi tahu awak?" Aku hanya tersenyum. Nampaknya topik yang tiba-tiab sahaja terlintas di fikiranku tadi membuatkan aku boleh menarik nafas dengan lega. "Okey. Memang parents saya suruh saya study kat US. Tapi saya tak nak. Lagipun kalau pergi sana, kesian pula kat mama saya. Sunyi. Dah lah papa always busy. Outstatin sana, outstation sini. Kalau tak saya yang temankan mama bila papa tak ada, siapa lagi nak temankan mama?" Aku mengangguk faham. Tak sangka aku Fariz seorang anak yang sentiasa mengambil kira soal perasaan kedua ibu bapanya. Jauh benar bezanya dengan sikapnya ketika di universiti. "Untung betul parents awak dapat anak macam awak! Tak pentingkan diri. Tapi kenapa bila awak kat sini, awak sebaliknya? Nak kata awak tak enjoy, tak pula. Anak Tan Sri, tak akan terkongkong! Kenapa ya?" tanyaku. "Kenapa ya orang kat sana nak tahu pasal orang kat sini?? Orang kat sana tak teringin ke nak cerita tentang diri dia pula? Asyik nak korek 'secret mecrets' orang je. Orang kat sini pun nak juga korek 'secret mecrets' orang kat sana?" Aku ketawa kecil tatkala mendengar ayat pelik yang diungkapkan Fariz. "Perkataan negara mana awak ambil tu? Tak pernah dengar pun? Ada dalam kamus ke?" tanyaku dalam ketawa. "Awak tak pernah dengar ke? Adalah dalam kamus!" Senang hati Fariz bila melihat gadis itu tertawa. Selama ini punyalah sukar nak melihat gadis itu tertawa. "Ada ke dalam kamus? Tak pernah jumpa pun?" "Memanglah awak tak pernah jumpa. Sebab perkataan tu cuma ada dalam kamus saya je!" selamba Fariz menuturkannya bila melihat riak wajah Sofia yang begitu serius ingin mengetahuinya. "Awak kenakan saya! Jahat betul!" geram aku usai mengetahui yang aku telah ditipunya. Kali ini giliran Fariz pula yang ketawa besar. Lucu melihat wajah Sofia yang seperti kanak-kanak yang marah tidak diberi gula-gula.
Dari jauh sepasang mata asyik memerhatikan tingkah laku Fariz dan Sofia. Geram dibuatnya! "Eh,Lisa apasal kau sembunyi kat sini? Ngendap pakwe ke geram tak dilayan?" sindir Shereen sebelum beredar. Panas hati Lisa bila Shereen yang entah dari man timbul tiba-tiba sahaja menyindirnya. Nasib baik dia tiada sakit jantung. Kalau tak rasanya dah lama jalan. "Tak apa! Ada ubi ada batas, ada hari aku akan balas!"
Perlawanan yang begitu sengit membuatkan aku lelah seketika di awal permainan. NAsib baik aku boleh mengawalnya. Apapun fakulti perniagaan masih lagi mendahului permainan. Hanya tinggal beberapa minit lagi sahaja permainan akan tamat. "Sofia, cayalah kau! Lisa langsung tak ada peluang nak bagi mata." ujar Shereeen sambil meneguk air yang dihulur Sofia. "Apapun aku tak nak bangga dulu. Karang kalau kalah, tak pasal-pasal aku disalahkan. Jom!" Sofia merendah diri. Dia tidak mahu pujian tapi apa yang dia mahu hanyalah membuktikan kemampuan.
Perlawanan yang sejak tadi sengit, menjadi semakin sengit. Pasukan lawan sudah mula mengambil takhta dengan mendahului satu mata di hadapan. Namun semua itu hanya sementara apabila Shereen menyamakan mata pasukan kami sekaligus memberikan saingan kepada pasukan lawan. Sedang asyik aku menumpukan tumpuan pada permainan, tiba-tiba mataku menangkap sepasang figura yang sedang duduk di suatu sudut memerhatikan aku. 'Tidak mungkin dia!' dalih hati kecilku. "Sofia, hati-hati!" Buk!! Aku terjatuh. "Auw!! Sakit!" Rintihku. "Sofia, kau okey?" tanya Shereen. Aku memandang Shereen sejenak sebelum terasa pandanganku menjadi semakin kabur dan gelap. Dan..
Syamsul menghempas pintu biliknya dengan geram. Apa yang dilakukannya ni? Kenapa dia langsung tidak mempunyai perasaan sabar. 'Sofia.. Maaafkan abang!' bisiknya perlahan. Hilmi membuka perlahan pintu bilik sepupunya itu. Dia yang sedang lena diulit mimpi terkejut bila mendengar bunyi hempasan pintu yang kuat. "Hoi,kau ni kenapa? Aku nak tidur pun tak boleh! Dahlah keluar awal pagi, dah tu balik kacau orang mimpi pula! Apasal dngan kau ni?" bebel Hilmi sambil sesekali menutup mulutnya menguap tanpa dijangka. Syamsul menoleh. "Sorry lah kalau aku ganggu kau tidur! Sorry! Pergilah sambung tidur balik!" "Bro, did you have any problems with Nisra?" Hilmi memasukkan jarum dan berharap jarum itu disambut Syamsul tanpa syak. Gelengan Syamsul menjawab pertanyaan Hilmi. "Aku dengan Nisra dah lama putus. Bukan pasal Nisra tapi.." "Tapi apa? "Aku nak balik England!! Aku akan uruskan syarikat ayah aku kat sana! Jangan tanya kenapa!" ujar Syamsul sebelum keluar dari biliknya meninggalkan Hilmi yang kelihatan terpinga-pinga dengan tindakan sepupunya itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wow, makin best ar...