Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Biar betul kau. Betul kau tak sukakan dia?" Maziah bertanya lagi. Alia tersengih dan menggaru kepalanya. Dia sendiri tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. "Nampak macam kau sukakan dia. Kalau tak, mustahil kau tak pernah bercinta dan menolak setiap pinangan dari orang kampung kau tu. Memang kau cintakan dia. Aku yakin," Imah memandang wajah Alia. Alia gelisah. Memang dia cintakan Syah sejak dulu lagi, cuma dia tidak mahu menyekat kebahagiaan orang lain hanya untuk kepentingan diri sendiri. "Entah. Ahhh… lupakan. Itu sejarah lama hidup aku. Aku harap korang faham, kenapa aku tak mahu ada apa hubungan dengan sesiapa. Sakit rasanya dikecewakan," Alia merenung jauh kehadapan. "Ok. Kita lupakan hal lalu. Kerja kau ok?" Sara memeluk bahu Alia. Alia tersengih. Macam kerang busuk. "Kenapa? Jangan kata kau dah tak kerja kat situ lagi?" Sara merenung wajah Alia yang sudah mengangguk kepala. Sara geleng kepala. "Kenapa kau berhenti. Setahu aku, kerja kau ok je. Gaji pun ok," Alia tersenyum kelat. "Memang ok. Yang tak ok nya, bos aku tu. Dia suruh aku layan orang-orang tua dari syarikat yang bekerjasama dengan syarikat kami tu. Tak nak aku. Kalau orang muda, ok jugak, ni, ada yang dah beruban, perut buncit macam orang mengandung 10 bulan," Alia membebel. "Mengandung 10 bulan? Kau ada jumpa perempuan mengandung 10 bulan ke?" Soal Fizan pelik. Mereka ketawa dengan gelagat Fizan yang masih tidak faham. "Perumpamaan je," Alia menolak bahu Fizan. "Betul ke? Tak sangka bos kau tu orang yang macam tu. Betul tindakan kau tu," Mereka yang lain angguk kepala. "Sekarang macamana dengan perbelanjaan kau? Kereta kau siapa yang bayar?" Sara memandang wajah Alia yang tersenyum nakal. "Jangan kau marah. Abang aku yang bayar. Lepas tu, tiap bulan dia bagi aku duit belanja Rm300.00." Alia tersenyum bangga. Bangga sebab punya abang yang baik hati. "Tak hairanlah, kalau kau tak nak bekerja lagi. Aku pun, kalau orang bagi duit kat aku tiap bulan macam tu, aku pun malas nak bekerja." Sara bersuara perlahan. Ros juga bersetuju. "Kahwinlah. Bila kau dah berkahwin, suami kau yang akan tanggung perbelanjaan harian kau. Kau duk kat rumah jaga anak," Sara muncung mulutnya ke arah Hafiz. Hafiz tergelak. "Huuhuuuu… tu je yang orang lelaki tahu. Suruh perempuan jaga anak. Mampukah diaorang nak bagi belanja kat isteri dia?" Sara bersuara bengang. "Kalau kau cari lelaki yang tak bekerja, memanglah dia tak mampu nak tanggung perbelanjaan kau. Carilah lelaki yang bekerja. Tak perlu kerja bagus sangat, yang penting dia rajin bekerja," Hafiz menasihati sahabatnya. Mereka yang lain angguk kepala. "Errrr… Hafiz, selama aku kenal kau, hari ni baru aku sedar yang kau ni lelaki yang baik. Kata-kata kau juga memang masuk akal. Tak sangka kau akan berubah sampai macam ni sekali. Beruntung kau Imah." Imah tersenyum bangga. Dia juga tidak menyangka jodohnya dengan Hafiz kuat. Sangkanya dahulu, Hafiz hanya main-main untuk menjadikan dirinya teman hidup. Sekarang mereka semakin bahagia sejak berkahwin. "Kita kena berubah. Jika mahu orang yang kita sayang gembira dan bahagia selalu," Hafiz menggenggam tangan Imah. Mereka saling berbalas senyum. "Aku nak korang sediakan hadiah yang besar untuk anak kami. Tak lama lagi kami akan ada anak." Hafiz teruja memberitahu berita gembira itu. Mereka semua memandang wajah Imah yang sudah memerah itu. "Wah!!!! Cepatnya. Tak sangka korang berdua dah nak timang anak. Aku jugak yang belum jumpa calon suami. Huhhuuhuu," Ros pura-pura mengesat airmatanya. Mereka yang lain tergelak melihat Ros yang pura-pura menangis. "Kau bila lagi nak kenalkan teman wanita kau kat kita orang ni, Ajay." Ajay yang dari tadi senyap hanya tersenyum. "Tunggulah. Belum ada masa yang sesuai." Ajay menjawab sambil tersenyum "Cari gadis yang faham perangai kita tau. Supaya dia tak cemburu dengan aku. Aku ni kan selalu rapat dengan kau. Nanti tak pasal-pasal bergaduh," Ajay angguk kepala. "Alia, kau masih berhubung dengan Pn.Hamidah?" Rupa-rupanya Maziah masih tidak berpuas hati dengan penerangan Alia. Mereka yang lain turut sama menanti jawapan dari Alia. Alia angguk kepala. "Upsss… aku ingatkan dah habis tentang aku tadi," Alia angkat bahu sebelum menjawab tenang. "Ye. Masih. Tapi, selama aku berhubung dengan ma.. ups..Pn.Hamidah, aku tak pernah dengar berita tentang dia. Mereka dah janji takkan sebut tentang dia lagi depan aku. Jadi aku tak tahu perkembangan dia sekarang," Alia menerangkan satu-persatu sebelum mereka bertanya. "Mungkin dia dah bahagia dengan pilihan hati dia. Aku saja yang masih belum jumpa lelaki yang mampu buka pintu hati aku untuk bercinta. Errrrr.. korang tak marahkan aku. Tentang kisah silam aku tu?" Alia bertanya dalam keadaan takut. Mereka geleng kepala. "Aku tak sangka kau rahsiakan semuanya dari kami. 8 tahun kau simpan rahsia tu sorang diri. Kami langsung tak tahu," Imah geleng kepala tidak percaya. "Dulu kita dah berjanji takkan rahsiakan apa-apa yang melibatkan perasaan. Dulu tentang Alan, kau berahsia juga. Dengan cikgu Syah pun kau berahsia. Apa yang kau fikir sebenarnya?" Maziah bertanya hairan. Alia terlalu berahsia. Walaupun mereka rapat, namun Alia lebih senang menyimpan rahsianya sendirian. "Aku takut korang tak mahu berkawan dengan aku lagi," Alia meluahkan kebimbangannya. Mereka geleng kepala. "Itulah gunanya kita berkawan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjjing. Sentiasa bersama dalam susah dan senang," Maziah mewakili teman-tamannya. Alia memeluk tubuh Maziah. Begitu juga Ros, Sara dan Imah. Mereka saling berpelukan. "Terima kasih kawan-kawan. Koranglah kawan aku dunia akhirat." Alia mengesat airmatannya. Setelah suasana sedih berlalu. Ariy tiba-tiba bersuara meminta perhatian rakan-rakannya. "Errrrrr… kawan-kawan." Mereka memandang wajah Ariy. Ariy menghampiri Maziah. "Errrr.. sebenarnya kami berdua nak buat pengakuan jugak." Mereka yang lain memandang wajah Ariy dan Maziah yang tersipu malu. "Kami berdua akan bertunang dan sekaligus berkahwin pada hujung bulan ni," Ariy berkata perlahan. Rakan-rakannya terlopong. Mereka memandang wajah Ariy dan Maziah yang tersenyum bahagia. "Kenapa baru sekarang kamu berdua bagi tau. Sejak bila korang berdua bercinta?" Hafiz menanti penjelasan dari sahabatnya itu. Ajay tersenyum. Dia sudah lama mengetahuinya. "Baru saja. Kami bercadang nak kahwin terus. Bercinta selepas berkahwin. Baru seronok. Tak membuang masa," Ariy menjawab mewakili Maziah. "Betul ke Yah. Kenapa kau tak bagi tau kita orang?" Alia pula bertanya. Maziah tersenyum malu. "Errrrr.. aku nak Ariy sendiri yang cakap. Baru aku ada kekuatan nak bagi tau korang. Lagipun, kami bercadang nak kahwin terus. Bercinta kemudian." Teman-temannya mengucap tahniah pada mereka. "Siapa lagi yang ada rahsia. Hari ini adalah hari untuk kita buat pengakuan. Tiada rahsia antara kita," Fizan bersuara lantang. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. "Ok. Tiada sesiapa yang ada rahsia. Kita mulakan majlis potong kek, aku dah lapar sangat ni," Fizan mencapai pisau lalu memotong kek perjumpaan mereka. Mereka semua tersenyum melihat Fizan yang sentiasa gelojoh bila sebut tentang makan. ***************************
best sangat...bila alia nak jumpa shah??cepat la sambung x sbr2 nak baca lagi..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best....
bila la alia nk jumpa syah blik