Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Chan, macamana? Setakat mana virus tu menyerang?" Syah bertanya cemas. Dr.Chan geleng kepala. "Mengikut laporan ni, dah semakin serius. Tapi, aku kagum dengan semangat dia untuk hidup seperti orang lain. Aku Cuma takut, kau tak dapat terima hakikat tu. Baik kau bersedia awal." Syah geleng kepala. "Aku tak dapat nak buat apa-apa. Aku berserah pada ketentuan Tuhan. Kalau dah ajal dia, kita tak dapat nak halang," Syah berkata perlahan. Dr.Chan angguk kepala. "Aku kagum dengan sikap kau. Sanggup jaga dia walaupun dia bukan anak kau," Syah tersenyum kelat. Pada mulanya agak sukar untuk dia menerima keadaan Nura. Namun bila setiap hari dia menjaganya, perasaan sayang itu timbul dengan sendirinya. Walaupun marah dengan perbuatan Nadia, tetapi Nura tidak bersalah. Semuanya salah Nadia dan Jack yang terlalu mengikut nafsu, sehingga dia yang menjadi mangsa. "Oklah. Terima kasih. Chan, aku nak jenguk dia sekejap," Syah menepuk bahu temannya. Beberapa hari lepas, Nura dimasukkan ke hospital bila dia mengalami batuk berdarah. "Hai sayang," Syah duduk disebelah Nura. Sedih dia melihat keadaan Nura yang semakin tenat itu. Minggu lepas wajah itu bersih dan comel. Namun kini, sudah berubah, Nura nampak kurus dan matanya cekung. "Papa, sakit," Nura menggenggam tangan papanya. Kelopak matanya dipenuhi air mata. "Sabar sayang. Papa ada kat sini." Syah mengesat airmatanya yang sudah mengalir. "Papa, kenapa papa menangis? Nura yang sakit, kenapa papa yang menangis," Anak kecil berusia 3 tahun lebih itu bertanya. Petah sekali dia bertanya sehingga membuatkan Syah semakin sedih. Hampir 4 tahun dia menjaga Nura sehingga dia lupa kesakitan yang ditinggalkan oleh Nadia bila bersama Nura. Dari merah tapak kaki, sehingga Nura pandai merangkak kemudian berjalan dan yang paling dia ingat, bila Nura pertama kali memanggilnya papa. Bertapa saat itu, dia ingin memberitahu seluruh dunia betapa bahagianya dia. Namun kegembiraan itu semakin pudar bila Nura disahkan mengidap HIV positif. Gelap dunianya mendengar perkhabaran itu. Dan yang paling dia sedih, Nadia tidak memberitahu padanya tentang penyakit itu. "Maafkan aku Syah. Masa tu, aku terlalu mengikut nafsu. Dan, Nadia, dia…dia datang padaku ketika aku sedang mabuk. Dan aku tak sangka, dia berniat nak perangkap kau." Jack terbatuk. Badannya semakin kurus. "Jadi, Nadia mengandung anak kau? Dan korang berdua sepakat tuduh aku yang meniduri dia?" Syah geleng kepala. Memang dia tahu kehidupan Jack sangat bebas. Meniduri pelbagai perempuan, yang dia kesali, mengapa teman serumahnya itu sanggup memerangkap dirinya. Dan Nadia sanggup memusnahkan masa depannya hanya untuk memiliki cintanya. "Aku cadangkan kau buat pemeriksaan jugak. Mungkin kau terkena jangkitan melalui Nadia," Pesan Jack perlahan. Syah geleng kepala. "Aku tak pernah sentuh dia. Kau kan tahu, aku cintakan perempuan lain. Perkahwinan kami tak pernah bahagia. Aku tak dapat terima dia dalam hidupku," Syah tunduk memandang lantai. "Aku minta maaf. Tolong jaga Nura baik-baik. Jangan biarkan dia jadi seperti kami," Pesannya lemah. Batuknya semakin menjadi. Syah angguk kepala. "Papa….papa…" Syah tersentak. Kenangan lalu terbang melayang. Syah kembali ke alam nyata. "Pak cik Awan panggil," Syah mengesat airmatanya sebelum menoleh keluar pintu bilik. "Ok. Papa pergi dulu ye. Nanti papa datang lagi. Rajin makan ubat tau." Syah mencium dahi anaknya. "Ye. Papa jangan nangis lagi. Ok," Syah tersenyum melihat Nura yang sentiasa tersenyum biarpun sakit. "Kita nak ke mana ni?" Syah bertanya hairan. Awan tersenyum penuh rahsia. "Ikut jelah." Syah merenung wajah Awan dengan pandangan curiga. Tentu sahabatnya itu membuat sesuatu tanpa pengetahuannya. "Ok. Dah sampai. Aku nak kau duduk kat meja tu. Sekejap lagi ada perempuan akan jumpa kau. Kau berbuallah dengannya," Awan menolak tubuh Syah menghampiri meja yang ditunjuknya. Syah berusaha melepaskan diri. "Errr.. tak nak. Berapakali aku cakap, aku tak suka blind date. Aku boleh cari sendiri ok," Syah cuba lari. Namun Awan sudah berjaya membuatkannya duduk di kerusi. Semua mata memandang ke arah mereka. Awan tersenyum ramah pada pelanggan lain yang memandang mereka. "Jangan nak malukan diri sendiri. Cool beb, buat macam biasa," Awan tersenyum. Syah menjeling tajam. Syah semakin gelisah menanti. ‘Kurang asam punya kawan. Pandai-pandai dia je buat temu janji untuk aku. Memang nak kena budak ni,’ Syah mengutuk sahabatnya. Hampir 15 minit menunggu, seorang gadis datang menghampirinya. "Syah Aiman?" Soalnya perlahan. Syah berdiri tegak memandang gadis yang menegurnya. "Errrr..Ye saya," Syah gugup bila berhadapan dengan perempuan. Sudah agak lama dia tidak berbual dengan perempuan dalam keadaan begitu. Biasanya dia hanya melayan pesakit sahaja. "Wowww… nampaknya Awan memang tak tipu. Awak seperti yang dia gambarkan. Tampan. Dan yang penting, awak ni pemalu ye," Gadis itu tersenyum manis. "Saya Shila. Kawan kepada isteri Awan," Syah tersenyum. "Owhhhh.. Saya tak tahu pula Awan dah atur semua ni," Syah terus terang. Shila tergelak. "Dia tak cakap apa-apa tentang ni?" Shila bertanya tidak percaya. Syah geleng kepala. "Takpelah. Kita buat seperti orang lain." Shila berkata yakin. Syah garu kepala. "Saya tak pernah buat semua ni. Saya takde masa, sebab asyik jaga anak saya yang sedang sakit," Syah bercerita tanpa di pinta. Wajah Shila yang tenang itu bertukar riak. "Anak awak sakit? Sakit apa?" Syah merenung wajah Shila. ‘Kalau aku bagi tahu, tentu dia pengsan kat sini. Susah jugak aku dibuatnya,’ Syah berfikir sejenak. ‘Tapi bagus jugak, biar dia tahu awal, dan pertemuan ini pun berakhir awal,’ Syah tarik nafas perlahan. "Sebenarnya, anak saya disahkan HIV Positif," Shila yang sedang minum terkejut dan air yang diminumnya tersembur keluar terkena muka Syah. "HIV Positif?" Semua mata memandang ke arah mereka. Syah terkejut dengan reaksi Shila. "Jadi, awak pun mengidapnya sama. Saya nak balik," Shila terus beredar tanpa meminta maaf. Syah tersandar lesu. Menunggu lebih lama dari mereka berbual. Tanpa sempat menerangkan hal sebenar Shila sudah beredar. ‘Kan aku dah cakap,’ Syah geleng kepala kemudian menghirup air yang di pesannya tadi. Awan menghampirinya. "Kenapa kau bagitau dia penyakit Nura tu. Kau ni memanglah," Awan geleng kepala. "Baik dia tahu dari awal. Tak susah kemudian hari. Yang kau pandai-pandai atur temujanji dengan aku ni kenapa?" Syah memarahi temannya. "Aku kasihan tengok kau. Sunyi tak berteman," Awan tersenyum. Syah geleng kepala. "Tak sangka pulak Shila tu terkejut sampai sembur kau dengan jus ni," Awan tergelak. Syah tersenyum kemudian geleng kepala. "Jangan buat macam tu lagi. Aku tak suka. Kalau dah sampai seru aku nak kahwin, aku akan kahwin," Awan angguk kepala. "Ok. Sorry," Ucapnya perlahan. Mereka beredar setelah membayar bil.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahaha
cpat la smbung
xsbar neyh